sejarah sistem ejaan bahasa melayu 1.docx

17
1.0 SEJARAH SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi bahasa Melayu dilakukan oleh pedagang, pengembaraa dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara secara perseorangan. Huruf Latin pertama yang digunakan untuk menulis bahasa Melayu ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta dari itali pada tahun 1957. Dalam abad ke-17 pula, sistem tulisan Rumi mendapat perhatian daripada bangsa Belanda sekaligus tulisan rumi mendapat asas daripada Rumi bahasa Indonesia. Orang Inggeris juga turut berminat terhadap ejaan Rumi dan telah mengasaskan beberapa keadah kajian Rumi. Antaranya ialah, Rumi Thomas Bowrey (1701), Rumi J.Howison (1800), ejaan Rumi Wiliam Marsden (1812) dan Ejaan Rumi Maxwell (1882). Di Tanah Melayu, ejaan Rumi pertama diperkenalkan pada tahun 1902 apabila Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menubuhkan Jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J Wilkinson sekaligus menghasilkan Ejaan Wilkinson yang diterbitkan pada tahun 1904. Sistem ejaan rumi yang terkenal selepas Ejaan Wilkinson ialah Sistem Ejaan Rumi Za ba. Pada 16 Ogos 1972, Sistem Ejaan Bahasa Melayu telah dilaksanakan dan dipersetujui bersama Kerajaan Malaysia dan Pemerintah Republik Indonesia. Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia bagi pihak Kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia. Badan yang ditugaskan menyusun yang ditugaskan menyusun pedoman ejaan Rumi di Malaysia ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pendidikan. Jawatankuasa ini diletak di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1987). Hasil kesepakatan antara dua negara jiran ini banyak membantu pengguna Bahasa Melayu mengeja bahasa Melayu dengan baik dan tepat. Walaupun begitu, tidak banyak perubahan yang berlaku dalam Sistem Ejaan Rumi Za ba kepada Sistem Ejaan Rumi Baharu. Contohnya: Sistem Ejaan Za’ba Sistem Ejaan Rumi Baharu Chacat Cacat Dharab Darab 1

Upload: mei-jiun-chong

Post on 16-Dec-2015

99 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

1.0 SEJARAH SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU

Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi bahasa Melayu dilakukan oleh pedagang, pengembaraa dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara secara perseorangan. Huruf Latin pertama yang digunakan untuk menulis bahasa Melayu ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta dari itali pada tahun 1957. Dalam abad ke-17 pula, sistem tulisan Rumi mendapat perhatian daripada bangsa Belanda sekaligus tulisan rumi mendapat asas daripada Rumi bahasa Indonesia. Orang Inggeris juga turut berminat terhadap ejaan Rumi dan telah mengasaskan beberapa keadah kajian Rumi. Antaranya ialah, Rumi Thomas Bowrey (1701), Rumi J.Howison (1800), ejaan Rumi Wiliam Marsden (1812) dan Ejaan Rumi Maxwell (1882).Di Tanah Melayu, ejaan Rumi pertama diperkenalkan pada tahun 1902 apabila Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menubuhkan Jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J Wilkinson sekaligus menghasilkan Ejaan Wilkinson yang diterbitkan pada tahun 1904. Sistem ejaan rumi yang terkenal selepas Ejaan Wilkinson ialah Sistem Ejaan Rumi Za ba. Pada 16 Ogos 1972, Sistem Ejaan Bahasa Melayu telah dilaksanakan dan dipersetujui bersama Kerajaan Malaysia dan Pemerintah Republik Indonesia. Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia bagi pihak Kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia. Badan yang ditugaskan menyusun yang ditugaskan menyusun pedoman ejaan Rumi di Malaysia ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pendidikan. Jawatankuasa ini diletak di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1987). Hasil kesepakatan antara dua negara jiran ini banyak membantu pengguna Bahasa Melayu mengeja bahasa Melayu dengan baik dan tepat. Walaupun begitu, tidak banyak perubahan yang berlaku dalam Sistem Ejaan Rumi Zaba kepada Sistem Ejaan Rumi Baharu. Contohnya:Sistem Ejaan ZabaSistem Ejaan Rumi Baharu

ChacatCacat

DharabDarab

Walaupun sudah berdekad Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu ini diperkenalkan dan dikuatkuasakan dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia supaya menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dalam segala penggunaannya, namun masih ramai pengguna bahasa Melayu ini tidak menggunakan bahasa Melayu dengan baik sama ada dari segi ejaan, istilah dan sebagainya. Atas dasar itulah kami diarahkan untuk membuat tugasan projek tentang kesalahan ejaan yang selalu dilakukan oleh masyarakat, faktor-faktor dan cara mengatasinya.2.0 DEFINISI KESALAHAN EJAANMaksud kesalahan ejaan ialah tidak mematuhi hukum ejaan sesuatu perkataan seperti yang tertulis dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kesalahan ejaan ini akan mencemarkan keindahan dan martabat bahasa Melayu. Sebagai contoh, ejaan sebenar perkataan untuk dieja menjadi untok.Kesalahan ejaan ini semakin membimbangkan dan adalah satu hal yang mendukacitakan kerana ramai pengguna masih lagi tidak menghiraukan kepentingan menggunakan bahasa dengan betul.

3.0 FAKTOR-FAKTOR KESALAHAN EJAANFaktor-faktor kesalahan ejaan ini boleh terbahagi kepada dua iaitu faktor khusus dan faktor umum. Faktor khusus ialah faktor yang dinyatakan daripada buku ilmiah, manakala faktor am ialah faktor yang berpunca daripada perubahan semasa atau perubahan sekeliling yang menyumbang kepada berlakunya kesalahan ejaan bahasa Melayu ini.FAKTOR KHUSUS Salah satu faktor khusus yang menyumbang kepada berlakunya kesalahan ejaan ialah penggunaan sistem tulisan lama atau lebih dikenali dengan nama Sistem Tulisan Zaba. Sistem tulisan ini banyak mempengaruhi kesalahan ejaan yang sering kita temui hari ini. Masyarakat yang ada pada zaman 1970 khususnya, iaitu semasa sistem tulisan Zaba diguna pakai secara meluas masih lagi menggunakan sistem ejaan Zaba sehingga kini kerana mereka sudah terbiasa menggunakan sistem ejaan tersebut.. Selain daripada itu, masyarakat tidak peka dengan perubahan zaman yang perubahan yang telah berlaku dalam sistem tulisanSistem Ejaan ZabaSistem Ejaan Rumi BaharuBahasa Malaysia

DhukaDuka

MeshuaratMesyuarat

Faktor khusus yang kedua ialah peminjaman bahasa asing dalam bahasa Melayu. Pada asasnya, peminjaman bahasa asing ini bertujuan untuk meluaskan dan menambahkan perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu kerana pada waktu itu bahasa Melayu masih kekurangan istilah dan kata. Namun kesalahan ejaan berlaku kerana ejaan bagi perkataan yang asing yang dipinjam daripada bahasa asing itu dieja mengikut bentuk visual atau tampak, iaitu hampir sama dengan ejaan yang ditetapkan. Misalnya, perkataan atom menjadi atom dan bukannya atum. Begitu juga dengan perkataan clinic menjadi klinik dan bukannya menjadi kelinik. Perkataan script menjadi skrip dan bukannya sekerip dan perkataan drama menjadi drama dan bukannya menjadi derama. Contoh lebih jelas adalah:Bahasa InggerisBahasa MelayuEjaan yang salah

1) blockBlokBelok

2) collegeKolejKoleg

Faktor ketiga ialah kesalahan dari segi pola keselarasan vokal. kesalahan dalam ejaan Rumi iaitu pengguna tidak mengikut pola keselarasan vokal yang telah ditetapkan pada 14 pola keselarasan vokal. Antara contoh pola keselarasan vokal adalah seperti yang berikut :PolaContoh Perkataan

SalahBetul

a-iAdekAdik

a-ukampongKampung

e (pepet) iBetekBetik

e (pepet) uBerokBeruk

e (taling) -e (taling)GelingGeleng

e (taling) oEsukEsok

Ini berlaku sejajar dengan Sistem ejaan bahasa Melayu yang baharu digubal dengan mengambil kira sistem keselarasan huruf vokal. Dengan sistem keselarasan bererti sistem atau aturan mengikut kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan suku huruf vokal ini berlaku mengikut syarat berikut :i. Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.ii. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup.iii. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

FAKTOR UMUMFaktor umum bagi yang menyumbang kepada kesalahan ejaan ialah perubahan globalisasi iaitu, penggunaan bahasa ringkas dalam dunia digital seperti bahasa dalam Sistem pesanan Ringkas (SMS) dan penggunaan bahasa semasa bersembang di ruangan siber. Bahasa ringkas ini membawa implikasi yang besar dalam kehidupan manusia kerana perkara ini melibatkan komunikasi harian serta jati diri bangsa yang diwakilinya. Amalan seharian yang di guna pakai ini menjadi ikutan remaja sehingga mereka mengadaptasikannya sebagai bahasa ringkas dalam perbualan siber. Ledakan teknologi menyebabkan bahasa turut masuk dalam arus perkembangannya. Menurut Rubiah dan pakar bahasa, Nik Safiah Karim dalam bukunya Singkatan Cemar Bahasa (2010), terdapat penggunaan bahasa ringkas secara dan tidak menepati ejaan sebenar secara berleluasa berbanding dengan bahasa sebenar kerana penerimanya lebih selari dengan aliran dan fenomena bahasa terkini. Sebagai contohnya: Bahasa SMS (salah) Transkrip (betul)

Law cam 2 xpe r.. nty fri gtawKalau macam itu, baiklah, Nanti ada masa lapang, beritahu.

Saya nak tido dah. Siapkanlah xment. Jgnlah tido lwt sgt.Saya nak tidur suda. Siapkanlah tugasan. Jangan tidur lewat sangat.

Faktor umum yang turut menyumbang kepada kesalahan ejaan ialah tidak menguasai bahasa Melayu Sebagai contoh, seorang yang berbangsa Cina yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pertama dan tidak didedahkan dengan pengunaan bahasa Melayu, maka dia akan mengalami kesukaran untuk menggunakan bahasa Melayu dengan baik khusus sekali dari segi aspek penulisan.Faktor umum yang lain ialah, seseorang atau komuniti tersebut terbiasa mengeja perkataan mengikut sebutan bahasa kolokial atau bahasa daerah mereka. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk menulis dan mengeja perkataan bahasa Melayu dengan baik. Bahasa Kolokial Transkrip

Kmi nada lect. Lect nada, ganti ari rbu. Bha, aq pigi tdo dlu ar. Penat eh dang.Kami tidak ada. Pensyarah tidak ada, ganti hari rabu. Baiklah, saya pergi tidur dulu. Saya sangat penat.

4.0 CARA CARA MENGATASI KESALAHAN EJAAN

Sebagai rakyat Malaysia adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memurnikan semula bahasa Melayu khususnya dari aspek pengejaan. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya begitu juga dengan gejala kesalahan ejaan dalam kalangan masyarakat. Gejala ini dapat ditangani dengan menyarankan kesedaran terhadap penggunaan bahasa yang betul di semua peringkat rasmi dalam masyarakat dari aspek ejaan bahasa Melayu. Langkah ini boleh dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab seperti tindakan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Selaku pemangkin kepada kewujudan bahasa Melayu, mereka seharusnya mampu menjulang tinggi martabat bahasa Melayu kepada masyarakat. Oleh itu, DBP boleh mengadakan ceramah umum dan khas kepada masyarakat tentang Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Baharu kepada masyarakat supaya mereka lebih jelas tentang ejaan sesuatu perkataan. Pihak DBP juga boleh mengadakan ceramah-ceramah di institusi-institusi tinggi awam dan swasta, dan juga di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Ceramah seperti ini akan membantu lagi masyarakat untuk lebih peka terhadap sistem ejaan. Selain itu, peranan media massa juga penting untuk mengatasi masalah kesalahan ejaan bahasa Melayu. Media massa seharusnya berfungsi untuk menyalurkan maklumat menggunakan bahasa Melayu dengan betul, contohnya penulisan-penulisan cerita dalam majalah dan juga iklan-iklan yang dipaparkan di dada akhbar mesti menggunakan bahasa Melayu dengan betul khususnya dari segi ejaan. Ini kerana, masyarakat amat dipengaruhi oleh media massa terutamanya bagi golongan remaja melalui program television, filem dan drama, isi-isi akhbar dan cerita yang menggunakan bahasa rojak dan dan bahasa-bahasa yang tidak mengandungi unsur estetika bahasa Melayu itu sendiri.Kita juga boleh mengatasi masalah ejaan ini daripada akar umbi, iaitu kita mula menerapkan penggunaan bahasa Melayu dengan betul sejak kecil lagi kepada masyarakat di Malaysia. Contohnya, sejak kana-kanak memasuki sekolah rendah, guru-guru harus menekankan dan mendedahkan penggunaan bahasa Melayu dengan betul supaya apabila mereka besar kelak mereka mampu untuk mengaplikasikan penggunaan bahasa Melayu dengan baik, khususnya daripada segi ejaan bahasa Melayu itu sendiri. Hal ini penting kerana pada usia kanak-kanaklah mereka mudah dibentuk dan dilentur khusus sekali dalam hal penggunaan dan penguasaan sesuatu bahasa tersebut berbanding dengan orang-orang dewasa yang kadarnya untuk belajar tentang bahasa agak lambat berbanding kanak-kanak.

5.0 ANALISIS KESALAHAN EJAAN Contoh 1 Kesalahan ejaanLatehan

Pembetulan ejaanLatihan

Punca kesalahanKesalahan dari segi sistem keselarasan huruf vokal.

Cara mengatasiMasyarakat harus didedahkan kepada pola keselarasan vokal yang berubah sejajar dengan pembaharuan tulisan Rumi daripada sistem tulisan Zaba kepada sistem tulisan Rumi baharu.

Berdasarkan kesalahan ejaan di atas, kita dapat melihat bahawa masyarakat belum dapat menguasai sistem keselarasan vokal sistem ejaan lama dan sistem keselarasan vokal ejaan baharu. Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal dan terdapat lapan pola yang merupakan pola yang berubah daripada ejaan lama. Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vokal I atau u pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir menggunakan huruf vokal a, e pepet, I atau u seperti contoh berikut: Ejaan lama Ejaan baharu

Pola ContohPola Contoh

a-e talingAleha-iAlih

Contoh 2

Kesalahan ejaanKosmetic

Pembetulan ejaanKosmetik

Punca kesalahanKesalahan ejaan kerana pengaruh pinjaman perkataan daripada bahasa Inggeris

Cara mengatasiMasyarakat harus didedahkan kepada penyesuaian huruf-huruf konsonan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris

Jika sepintas lalu kita melihat kepada papan tanda ini, kita mungkin tidak menyedari bahawa terdapat kesalahan ejaan pada tulisan papan tanda ini. Ejaan kosmetic pada papan tanda tersebut sepatutnya dieja sebagai kosmetik. Pada dasarnya, perkataan kosmetik merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris cosmetic dan diguna pakai dalam bahasa Melayu untuk menambahkan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Namun, terdapat masalah kerana masyarakat tidak dapat mengeja kata pinjaman bahasa asing ini mengikut sistem ejaan bahasa Melayu kerana mereka menganggap bahawa ejaan kosmetic dan kosmetik mempunyai sebutan yang sama, maka mereka mengejanya mengikut ejaan sebenar kata pinjaman bahasa asing tersebut dan tidak mengikut penyesuaian huruf-huruf konsonan kata asing dalam bahasa Melayu. Oleh itu masyarakat perlu merujuk kamus atau daftar ejaan Rumi sekiranya mereka tidak yakin akan ejaan sesuatu perkataan.

Contoh 3

Kesalahan ejaanKelinik

Pembetulan ejaanKlinik

Punca kesalahanTidak menguasai ejaan gugus konsonan dalam bahasa Inggeris yang tetap dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu.

Cara mengatasiMasyarakat harus mengeja dan menyebut mengikut penyesuaian yang dibuat terhadap kata pinjaman.

Dalam contoh di atas, kita dapat melihat bahawa ejaan kelinik adalah salah dan sepatutnya dieja sebagai klinik. Buku Siti Hajar (2011) mengatakan bahawa ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris tetap dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Contoh:Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Blok menjadi blok bukan belok

Clinic menjadi klinik bukan kelinik

Contoh 4

Kesalahan ejaanLogi

Pembetulan ejaanLoji

Punca kesalahanSerapan bahasa asing

Cara mengatasiMengeja dengan menggunakan bahasa asal dan juga merujuk kamus atau daftar ejaan Rumi sekiranya mereka tidak yakin akan ejaan sesuatu perkataan.

Berdasarkan gambar rajah 4, jelas dapat dilihat bahawa terdapat kesalahan ejaan pada perkataan logi kerana perkataan logi tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Merujuk kepada penggunaan pernyataan diatas, perkataan yang tepat untuk menggantikan perkataan logi ialah loji. Ini kerana, loji merujuk kepada penapis untuk menapis sesuatu iaitu menapis kumbahan. Kesalahan ini berlaku kerana serapan daripada bahasa Inggeris. iaitu pengunaan g dan j. Menurut Siti Hajar (2011), dalam ejaan kata pinjaman, semua huruf g yang diucapkan sebagai /j/ menurut sebutan bahasa Inggeris, tetap ditulis sebagai g dan disebut sebagai /g/ dalam bahasa Melayu. Namun demikian, sebagai kekecualian, terdapat beberapa perkataan yang menggunakan huruf /g/ dan disebutkan sebagai /j/ menurut sebutan dalam bahasa Inggeris telah disesuaikan menjadi huruf /j/ dalam bahasa Melayu. Atas dasar tidak menguasai kekecualian inilah masyarakat seringkali mengalami masalah dalam mengeja terutama sekali ejaan kata pinjaman bahasa Inggeris.

Contoh 5

Kesalahan ejaanDi larang

Pembetulan ejaanDilarang

Punca kesalahanTidak menguasai penulisan kata sendi nama.

Cara mengatasiMenguasai dan memahami penggunaan kata sendi nama dengan betul.

Jika kita melihat sepintas lalu pada papan tanda di atas, kita tidak akan menyedari bahawa perkataan di larang adalah salah. Siti Hajar (2001) menyatakan bahawa sekiranya kata yang mengikuti kata sendi nama di ialah kata kerja, maka kata itu harus dirapatkan dengan kata sendi nama. Sebagai contoh, di merupakan kata sendi nama, manakala larang adalah satu perbuatan atau disebut sebagai kata kerja. Oleh itu, ejaan yang tepat adalah dilarang. Untuk lebih jelas lagi, dalam buku Pedoman Umum Ejaan Jawi hendaklah ditulis terpisah sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata yang menunjukkan arah atau kedudukan sesuatu kata nama, contohnya di atas, di bawah, di tepi dan di hadapan. Oleh itu, melalui kesalahan yang kita lihat diatas, kita dapat menyimpulkan bahawa masyarakat masih belum mahir dalam menguasai penggunaan kata sendi nama ini. Justeru itu, rakyat perlulah menguasai dan memahami penggunaan kata sendi nama dengan betul.

Contoh 6

Kesalahan ejaanTahuh

Pembetulan ejaanTahun

Punca kesalahanTidak menguasai ejaan bahasa Melayu.

Cara mengatasiMenguasai dan harus lebih peka dalam mengeja perkataan.

Daripada surat khabar diatas, kita dapat melihat bahawa terdapat kesalahan pada tajuk utama berita. Kesalahan seperti ini seharusnya tidak berlaku apatah lagi surat khabar merupakan bahan bacaan semua lapisan masyarakat. Kesalahan ejaan ini biasanya berlaku akibat kecuaian semasa menaip kerana perkataan tahun merupakan perkataan yang senang dieja dan juga bukan merupakan kata pinjaman serta tidak mengalami perubahan ejaan daripada sistem ejaan lama kepada yang baru. Oleh itu, semua pihak akhbar di Malaysia patut lebih peka dalam menerbitkan akhbar khusus sekali akhbar berbahasa Melayu dengan mementingkan aspek ejaan dengan tepat.

6.0 KESIMPULAN

Daripada perbincangan dan analisis yang dibuat, kita dapat menyimpulkan bahawa menguasai sesuatu bahasa itu sangat penting khususnya penggunaan bahasa kebangsaan kita sendiri iaitu bahasa Melayu. Kelemahan bahasa yang sangat ketara dapat kita lihat dari aspek pengejaan sesuatu perkataan itu sendiri. Sekiranya masalah ini dipandang enteng oleh semua, maka martabat dan keagungan bahasa Melayu itu sendiri terjejas. Kita tahu bahawa dalam usaha untuk mengatasi dan membendung masalah pengunaan bahasa ini mungkin mengambil satu tempoh yang agak lama, namun sekiranya usaha untuk mengatasi permasalahan ini tidak berhenti, maka sedikit sebanyak kita mampu untuk mengembalikan semula martabat bahasa Melayu.Sebagai rakyat Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memurnikan bahasa Melayu seperti yang telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Malaysia. Semua rakyat Malaysia perlu menggunakan bahasa Melayu dengan betul tanpa mengira bangsa selagi seseorang itu bergelar warganegara Malaysia. Justeru itu, semua pihak perlu mengembleng usaha bersama ke arah memurnikan bahasa Melayu ini. Bermula daripada pendidikan di sekolah, peranan media massa, iklan-iklan televsyien, penggunaan bahasa Melayu dengan betul dalam penulisan cerita, majala-majalah, komunikasi yang betul, bahasa Melayu perlu diutamakan dan digunakan dengan sebaik mungkin. Pihak DBP boleh memantau dari masa ke masa untuk melihat sejauh mana komitmen masyarakat dalam memurnikan bahasa Melayu.Oleh itu, marilah kita bersama-sama menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan terus mengangkat martabat bahasa Melayu di mata dunia. Kita sebagai rakyat Malaysia harus mempunyai semangat mencintai bahasa sendiri dan memastikan bahawa bahasa kebangsaan ini terus megah seiring dengan peredaran masa.

7.0 SURAT KIRIMAN RASMI

TAJUK: TULIS SEPUCUK SURAT KEPADA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MENGENAI KEKESALAN ANDA MENGENAI MASALAH KESALAHAN EJAAN INI. ANDA MEMOHON SUPAYA MASALAH INI DAPAT DISELESAIKAN OLEH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BERDASARKAN CADANGAN-CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN.

PERSAPENA Persatuan Penulis Nasional, Aras 3, Bangunan Yayasan Komuniti, 89300, Telupid, Sabah. Tel: 089-1236 890 Faksimile: 089 5351 700______________________________________________________________________Ruj. Kami : PERSAPENA/SP/1-4/klt.1/2012 (3) Tarikh : 23 November 2011Yang Berbahagia,Ketua Pengarah,Dewan Bahasa Dan Pustaka,Jalan Dewan Bahasa Dan Pustaka,50460 KUALA LUMPUR. UP: Jabatan Penerangan Dan Bahasa,Bahagian Penguatkuasaan,Aras 26, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur. Tuan,ADUAN KEKESALAN TERHADAP KESALAHAN EJAAN BAHASA MELAYU YANG SEMAKIN MENINGKATDengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.2. Saya, Arzilah Azie selaku pengerusi Badan Bukan Kerajaan Persatuan Penulis Nasional Sabah (PERSAPENA) ingin menyuarakan kekesalan saya terhadap kesalahan ejaan yang kian meningkat. Pihak kami memandang serius akan masalah ini lalu mengambil satu pendekatan iaitu, menjalankan tinjauan mengenai masalah ini meliputi ejaan pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, tajuk-tajuk akhbar, iklan-iklan televsyien dan penulisan novel dan cerpen dalam majalah. 3.Oleh yang demikian, saya mengambil langkah proaktif mengadukan hal ini kepada pihak tuan supaya masalah ini dapat diselesaikan segera oleh pihak tuan berdasarkan cadangan yang saya kemukakan. Antara cadangan yang saya kemukakan ialah pihak tuan boleh melaksanakan seminar mahupun program bahasa untuk memperbetulkan sistem ejaan khusus untuk rakyat di negara ini. Program atau seminar ini boleh dibuat melalui media massa ataupun secara bersemuka dengan masyarakat, khusus sekali kepada para pelajar dan juga penuntut institut pengajian tinggi awam dan swasta. 5.Selain itu, DBP juga perlu berbincang dengan pihak atasan supaya diberi kuasa undang-undang untuk menegur dan mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang melakukan kesalahan bahasa terutamanya dari segi sistem ejaan.6. Disamping itu, pihak tuan juga boleh meminta bantuan daripada cawangan-cawangan Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh Malaysia dan menjalinkan hubungan kerjasama dengan badan-badan NGO yang memperjuangkan bahasa Melayu untuk bersama-sama memurnikan dan mengatasi masalah ejaan bahasa Melayu.7.Akhir sekali saya mencadangkan agar pihak tuan mengadakan lebih banyak pertandingan dalam bentuk penulisan seperti penulisan esei, cerpen, sajak dan juga syair bukan sahaja di peringkat kebangsaan, negeri, malahan juga di peringkat sekolah dan menggunakan rujukan daripada bahan DBP. 8. Dengan cadangan ini diharapkan pihak tuan dapat mengambil langkah susulan agar masalah sistem ejaan ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin. Perhatian dan kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.MELESTARIKAN BAHASA, MENGINTERGRITIKAN BANGSASaya yang menurut perintah,_______________________(ARZILAH AZIE BINTI DUSIN)PengerusiPersatuan Penulis Nasional5