sejarah powerpoint

29
Tajuk 2 : Proses Pembinaan Negara Bangsa Disediakan oleh : Tenalagi Mahandran

Upload: tenalagi-ap-mmahandran

Post on 14-Sep-2015

250 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

powerpoint

TRANSCRIPT

Tajuk 2 : Proses Pembinaan Negara Bangsa

Tajuk 2 : Proses Pembinaan Negara BangsaDisediakan oleh : Tenalagi Mahandran

KERAJAAN MELAYU MELAKA

PENGENALANZaman kesultanan Melayu Melaka adalah institusi kesultanan Melayu yang terawal di Tanah Melayu.Kewujudan kesutanan ini menandakan bermulanya satu sistem politik Melayu yang dikenali sebagai kerajaanSebelum Melaka, beberapa buah kerajaan Melayu telah muncul di kepulauan Melayu seperti Langkasuka, Srivijaya, Gangga Negara, Palembang dan Temasik.Namun,pengaruh kerajaan-kerajaan ini tidak dapat bertahan lama sehingga kemunculan kerajaan kesultanan Melayu Melaka.

ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKASebuah perkampungan nelayan yang kecil dan tempat persembunyian lanun.

Penduduknya terdiri daripada Orang Laut dan Orang Selat.

Menyara kehidupan harian dengan menangkap ikan dan berdagang secara kecil-kecilan.

Melaka telah diasaskan oleh Parameswara (1400) yang berasal dari Palembang,Sumetera.

Beliau telah melarikan diri ke Temasik setelah Palembang ditakluki Majapahit.

Baginda terpaksa melarikan diri ke Muar kerana diusir oleh tentera Siam,sebelum berpindah ke Melaka.Kedudukan Melaka yang strategik dari segi perdagangan menyebabkan Melaka berkembang dan muncul sebagai pusat perdagangan yang terkemuka di Kepulauan Melayu.

Abad ke-15,kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menjadi senuah kerajaan yang kuat di Asia Tenggara.

Kemakmuran Melaka semakin bertambah apabila Perameswara memeluk Islam.

Langkah ini Menarik lebih ramai pedagang Islam dari Timur Tengah untuk berdagang di Melaka.Pada tahun 1405-Melaka menjalinkan hubungan diplomatik dengan China.

Melaka terus berkembang pesat serta bebas dari ancaman dan serangan Siam.FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKAKedudukan Melaka yang strategik

Jalan perdagangan antara China dan IndiaJalan masuk yang sesuai untuk kapal berlabuh kerana pelabuhan yang dalam.

Strategik dari segi geografi

Terlindung daripada angin monsun.

Kestabilan politik dan sistem pentadbiran Melayu

Baik, teratur, dan mantap.Menjamin keselamatan nyawa dan harta benda.

Tindakan raja-raja Melaka memeluk Islam

Menggalakkan perdagangan.

Kebijaksanaan Bendahara Melaka

Cth : Bendahara Tun Perak, 1456-1498 membolehkan Melaka meluaskan empayar.

Kejatuhan Melaka.Setelah Melaka ditakluki oleh Portugis pada 1511, kerajjan Melaka tidak teru lenyap.

Sebaliknya tradisi ini diwarisi Kesultanan Johor Lama yang berkembang selepas tahun1520-an.

Kewujudan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dianggap penting dalam sejarah awal Malaysia

Kerana disinilah bermulanya institusi kesultanan yang diwarisi oleh kerajaan-kerajaan Melayu yang muncul kemudian di negeri-negeri Melayu.

NEGERI-NEGERI MELAYU

( tiada sempadan moden )

SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTANDiamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad I.Baginda melantik beberapa orang pembesar bagi membantu pentadbiran baginda.Sultan Muhammad II membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran dan pemerintahan Kelantan.Terdapat 8 buah Jemaah Menteri,setiap satu dianggotai 4 orang pembesar.Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing.Sultan Muhammad II menyingkir kerabat diraja dalm pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.Mereka membantu mengukuhkan kewibawaa Sultan Muhammad II dengan memberi taat setia yang tidak berbelah bagi.

Undang-undang Tubuh Kerajaan JohorUnsur asas sebuah negara dan bangsa ialah perlembangan bertulis.1895, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar.Tujuan :Memodenkan dan menghalang British menguasai negeri tersebut.Antara perkara yang terdapat di dalamnya ialah :

Perlembagaan mengikut Perlembagaan Barat.Keturunan Sultan sebagai pewaris taktha.Pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor. Agama Islam sebagai agama negeri.

Undang-undang Tubuh Kerajaan TerengganuSultan Zainal Abidin III (1881-1918) memerintah selepas kebangkitan Sultan Ahmad Shah.

Pada 1911,Sultan Zainal Abidin meluluskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu bermaksud keyakinan kepada pemerintah berdasar keadilan.

Berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Tujuan :Menghalang British yang sedang berusaha meluaskan kuasanya di Terengganu.

Undang-undang ini :

Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.Menteri yang mengaggotai Mesyuarat Kerajaan mesti beragama Islam, Melayu, rakyat Terengganu dan mengaku taat setia.Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai Menteri Besar yang dilantik Sultan.Jemaah Menteri berhak memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenankan Sultan.Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri,menggubal undang-undang dan peraturan negeri ,menjaga kebajikan rakyat,menjaga keamanan negeri dan menjalin hubungan persahabatan dengan negeri lain.

Mengekalkan amalan sistem monarkiAgama Islam,agama negeriPemerintahan raja berpelambagaanRaja beragama Islam, berbangsa Melayu, lelaki dan waris Sulatan yang memerintah

PENUBUHAN NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)(1786) Pulau pinang merupakan tapak permulaan kuasa British di Tanah Melayu.

(1819) British Berjaya menawan Singapura melalui penjanjian Stamford Raffles dan Sultan Hussein Syah (sultan Johor) serta Temenggung Abdul Rahman.

(1824) Belanda serahkan Melaka kepada British melalui perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London).

Pada peringkat awal,Pulau Pinang ditadbir oleh Gabenor British di Culcutta iaitu Francis Light.

Singapura pula ditadbir oleh Residen British.

(1826) Ketiga-tiga petempatan ini digabungkan dalam satu unit pentadbiran yang di namakan Negeri-negeri Selat (Strait Settlements).

Ia telah diberi taraf sebagai Presiden Keempat di bawah naungan SHTI yang beribu pejabat di India.

Pulau Pinang telah menjadi pusat pentadbiran yang pertama.

Negeri Selat diketuai oleh seorang Gabenor iaitu Robert Fullertor.

(1830) taraf NNS di turunkan kepada Residensi.

Pulau Pinang dan Melaka tidak dapat menampung pembiayaan pentadbiran negeri itu sebab masalah kewangan.

Akhirnya pentadbiran NNS dipindahkan ke Singapura yang diketuai oleh Gabenor.

Hal ini kerana kedudukannya yang lebih strategik.

Tujuan Penubuhan NNSUntuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan

Pentadbiran Di Negari-negeri SelatGabenor menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India.

Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsular bagi setiap negeri di Pulau Pinang,Singapura dan Melaka.

Semua dasar dan undang-undang NNS digubal oleh Gabenor Jeneral British di India.

Kesan ?Penduduk dan pedagang tempatan tidak puas hati kerana NNS ditadbir seperti Tanah Jajahan India.

Saudagar-saudagar British di NNS merayu dan mendesak supaya dipindahkan pentadbiran ke London.

Pada 1 April 1867 NNS diisytiharkan sebagai Tanah jajahan British dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London.

Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang sendiri.Sebab-Sebab Perpindahan Pentadbiran NNS Dari India Ke London (1867)KEDUDUKAN INDIA JAUH DARI NEGERI SELATTimbul rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai.

Kerana kerajaan India tidak cuba selesaikan masalah dan memenuhi keperluan mereka.

Keadaan semakin serius bila tidak ada pegawai india yang mengetahui kedudukan sebenar NNS.

India dan NNS mempunyai perbezaan yang sangat ketara dari segi politik dan sosial.

Arahan penting yang disampaikan ke negeri selat mengambil masa yang lama untuk diterima.

SIKAP KECUAIAN KERAJAAN INDIA DALAM MENANGANI MASALAH NEGERI SELATMasalah lanunKejadian rompakan berleluasa di selat Melaka dan perairan Singapura.Dilakukan oleh puak Likanon, Sikarna, Melayu, Dayak dan lain-lain.Membakar kapal-kapal perdagangan serta membunuh anak kapal atau ditawan untuk menjadi hamba abdi.

Mengawal kegiatan kongsi gelapKerajaan india guna sistem indirect rule dengan beri kebebasan kepada kongsi gelap lakukan kegiatan mereka.Kongsi gelap ditubuhkan dengan berpuak-puak dan terjadi pembunuhan sesame mereka.Beri kesan kepada saudagar.

SIKAP KECUAIAN KERAJAAN INDIA TERHADAP PENTADBIRAN NEGERI SELATDasar pengurangan pegawai-pegawai untuk menjimatkan perbelanjaan pentadbiran negeri selat menyebabkan kecekapan pentadbirannya semakin merosot.

Ini kerana NNS sudah semakin maju,tetapi pegawai yang dihantar terlalu sedikit.

Pegawai ini diberi gaji yang murah dan kenaikan pangkat tidak terjamin sehinggakan mereka sanggup terjebak dengan rasuh.

Bilangan polis juga tidak mencukupi untuk menjaga keamanan.Cth : tahun 1831,hanya 18 orang polis yang menjaga penduddk seramai 16000 di Singapura.

Sistem keadilan tidak cekap kerana tiada hakim dan peguam yang terlatih.

Kurang mahkamah untuk membicarakan serta mengadili kes-kes jenayah dan awam.

Hanya ada 1 orang hakim di NNS pada tahun 1856.

Ini menyebabkan banyak kes yang tertangguh.KETIADAAN PERWAKILAN TEMPATANTidak mempunyai majlis perundangan.

Undang-undang digubal dan diluluskan di majlis perundangan di Calcutta atau parlimn oleh ahli-ahli dan pegawai yang jahil mengenai NNS.

Undang-undang yang digubal tidak sepadan dengan keadaan NNS kerana keadaan sosioekonomi di NNS jauh berbeza dengan India dan Britain.

DASAR TIDAK CAMPUR TANGAN KERAJAAN INDIA

Ianya berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar.

Merugikan perdagangan dan mengurangkan pengaruh British.

Mereka mengharapkan keamanan negeri selat dapat dipuluhkan untuk kemajuan perdagangan dan pelaburan.

Kerajaan India enggan berkerjasama malahan mengamalkan dasar pro-siam.

AKTA MATA WANG, 1855Menjadikan mata wang rupee dan paisa digunakan sebagai mata wang yang sah di negeri selat untuk ganti mata wang ringgit dan sen.

Timbul bantahan kerana mata wang tersebut tidak stabil.

KESAN PERPINDAHAN PENTADBIRAN NNS KE LONDON.Tahun 1871, mata wang NNS pertama telah dikeluarkan.