sejarah perkembangan sofbol di malaysia

12
Sejarah Perkembangan Sofbol di Malaysia Permainan softball diciptakan oleh George Hansock (Amerika Serikat) dan dimainkan pertama kali di Chicago. Peraturan Permainan dibuat oleh Lewis Robert tahun 1906 dan pada tahun 1916 diperbaiki oleh Mattew. Pada tahun 1930, ada perubahan permainan dari indoor ke outdoor oleh H.Fischer dan M.J. Ponley. Pada tahun 1968, permainan softball diperkenalkan di asia, ketika dilakukan kejuaraan di Manila. Softball pertama kali dipertandingkan di Indonesia pada PON VII di Surabaya tahun 1969. Peringkat Awal - dimainkan sebagai satu sukan rekreasi oleh mubaligh-mubaligh Amerika (1939) di ACS Kampar, Perak. Perang Dunia Kedua - permainan sofbol terhenti. Tetapi tentera Jepun yang menggemari permainan ini telah meneruskannya dengan menggunakan bola tenis. Pada tahun 1960 - Mr. Jack Robinson telah mengadakan klinik Sofbol di seluruh Tanah Melayu dalam usaha untuk menghidupkan semula permainan ini. Berbagai usaha telah dilaksanakan untuk mempopularkan permainan ini termasuk memasukkannya ke dalam program MSSM namun masih tidak dapat sambutan yang mengalakkan dari beberapa buah negeri.

Upload: saadah-mahani

Post on 09-Aug-2015

485 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

softball

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Perkembangan Sofbol Di Malaysia

Sejarah Perkembangan Sofbol di Malaysia

Permainan softball diciptakan oleh George Hansock (Amerika Serikat) dan

dimainkan pertama kali di Chicago. Peraturan Permainan dibuat oleh Lewis

Robert tahun 1906 dan pada tahun 1916 diperbaiki oleh Mattew.

Pada tahun 1930, ada perubahan permainan dari indoor ke outdoor oleh

H.Fischer dan M.J. Ponley. Pada tahun 1968, permainan softball diperkenalkan

di asia, ketika dilakukan kejuaraan di Manila. Softball pertama kali

dipertandingkan di Indonesia pada PON VII di Surabaya tahun 1969.

Peringkat Awal - dimainkan sebagai satu sukan rekreasi oleh mubaligh-mubaligh

Amerika (1939) di ACS Kampar, Perak.

Perang Dunia Kedua - permainan sofbol terhenti.  Tetapi tentera Jepun yang

menggemari permainan ini telah meneruskannya dengan menggunakan bola tenis.

Pada tahun 1960 - Mr. Jack Robinson telah mengadakan klinik Sofbol di seluruh Tanah

Melayu dalam usaha untuk menghidupkan semula permainan ini.

Berbagai usaha telah dilaksanakan untuk mempopularkan permainan ini termasuk

memasukkannya ke dalam program MSSM namun masih tidak dapat sambutan yang

mengalakkan dari beberapa buah negeri.

Pada akhir tahun 1960an, negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang telah mengambil

inisiatif mempopularkan permainan ini antara tahun 1970 hingga 1973.

Pada tahun 1972, negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah mengadakan satu

perjumpaan di Kediaman Menteri Besar Perak untuk menubuhkan Persatuan Sofbol

Malaysia (SAM), di mana Dato' Sri Haji Mohd Isa, Menteri Besar Perak pada waktu itu

sebagai pengerusi dan didaftarkan pada 16 Mac 1997.

Page 2: Sejarah Perkembangan Sofbol Di Malaysia

Ogos 1973, Kejohanan Sofbol Kebangsaan yang pertama telah diadakan serentak

dengan Kejohanan Sofbol Jemputan Perak di Ipoh, Perakk yang hanya disertai oleh

pasukan lelaki dari tiga buah negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Kemudian, beberapa buah negeri lain turut berminat menjadi anggota SAM termasuk

RAAF Softball Association of Malaysia.

Oktober 1976, Kejohanan Sofbol ASEAN pertama telah diadakan di Kuala Lumpur dan

telah disertai oleh lima buah pasukan.  Malaysia telah memperolehi tempat ketiga.

Pada tahun 1977, Malaysia telah menghantar pasukan Sofbol buat pertama kalinya ke

luar negara dengan menyertai Kejohanan Sofbol ASEAN di Manila, Filipina.  Pada

tahun tersebut, Kejohanan sofbol ASEAN untuk wanita yang pertama juga telah

diadakan.

Pada tahun 1979, permainan sofbol telah diterima bagi pertama kali dimasukkan ke

dalam sukan SEA.  Malaysia hanya menyertai acara lelaki sahaja dan berjaya

menduduki tempat ketiga.

Pada tahun1982, pasukan Sofbol Wanita Malaysia telah menyertai Kejohanan Sofbol

Wanita Dunia Kelima yang diadakan di Taipei.

Kini, permainan sofbol telah berkembang di seluruh tanah air.

Page 3: Sejarah Perkembangan Sofbol Di Malaysia

KEPERLUAN DAN PERALATAN

Permainan softball memerlukan beberapa peralatan antaranya bola softball, kayu

pemukul dan sarung tangan ( glove ). Selain daripada itu, keperluan utama yang lain

adalah padang atau gelanggang. Alatan lain lagi yang diperlukan bagi satu perlawanan

permainan sofbol Adang muka, Bes (berbentuk segiempat), Penahan dada,penahan

muka, Plat (berbentuk segi tiga)

Padang atau gelanggang softball

Gambarajah gelanggang softball

Bola softball sarung tangan/gloves

kayu pemukul atau bet

Bola softball beratnya adalah antara 177 hingga198 gm, ukur lilitnya di antara 30.1

hingga 30.7 cm dan bola ini biasanya diperbuat dari kulit dan sintetik. Kayu pemukul

atau bet panjangnya adalah 86.4 cm dan tebalnya adalah 5.7 cm

Plet picer, plet rumah, bes dan petak picer

Peralatan lain yang digunakan :

· Pengadang muka

· Pengadang dada

· Pelindung kaki

· Topi Softball

Page 4: Sejarah Perkembangan Sofbol Di Malaysia

JENIS PERMAINAN SOFTBALL

Permainan sofbal yang biasa dimainkan di peringkat antarabangsa ada tiga jenis iaitu

fast pitch, modified pitch, dan juga slow pitch. Dalam permaian jenis ini pitcher

menentukan permainan. Pitcher melempar bola dengan kecepatan maksimum, serupa

dengan baseball. Perbezaan hanya pada gaya lemparan pitcher dan cara pelepasan

bola. Pelepasan bola terletak di bawah atau sama dari posisi glove.

Pitch softball atau dikenali juga dengan nama modball. Tujuan utamanya adalah untuk

memudahkan peraturan-peraturan yang dipakai dalam kategori fast-pitch. Pemain-

pemain yang belum biasa dengan permainan sofbal tidak akan terkejut dengan

peraturan-peraturan yang "ketat" di softbal seperti strike zone, jarak antara base, masa

permainan dan lain-lain. Kecepatan lemparan pitcher dalam modball berada di antara

fast dan slow pitch. Kecepatan bola dibatasi dengan putaran lengan melebihi bahu.

Slow pitch softball pula memberikan kemudahan bagi batter untuk memukul bola. Batter

diberi bola terus menerus oleh pitcher sampai boleh untuk memukul bola tersebut.

Lemparan pitcher perlahan dan melambung (flyball). Permainan ini sering dimainkan

dalam masyarakat tanpa terhad kepada umur dan jantina. (

http://en.wikipedia.org/wiki/Softball )

PERMAINAN SOFTBALL

Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan diwakili oleh 9 pemain.

Ianya dimainkan di dalam kawasan yang berbentuk berlian dan ditandakan dengan 3

bes dan satru plet rumah ( rujuk gambar padang atau gelanggang softball ).

Pasukan yang memukul akan memukul mengikut giliran dan cuba mendapatkan

seberapa banyak larian yang boleh. Satu larian bererti pelari bes berjaya melalui ketiga-

tiga bes dan balik ke rumah. Pasukan memadang pula akan cuba menggagalkan usaha

Page 5: Sejarah Perkembangan Sofbol Di Malaysia

pasukan memukul dengan “mematikan” pemukul dan pelari bes dengan pelbagai cara

yang sah. Satu perlawanan biasanya terdiri daripada 7 pusingan. Satu pusingan bererti

satu pasukan memukul dan lawannya memadang sehingga 3 pemukul dimatikan. Pada

akhir 7 pusingan, pasukan yang jumlah lariannya lebih, diisytiharkan sebagai

pemenang.

Gambarajah menunjukkan gelanggang dan posisi pemain

PERATURAN-PERATURAN ASAS PERMAINAN SOFTBALL

a. Lapangan

lapangan softball berbentuk segi empat, panjang setiap sisinya 16,76 m. Ukuran

lapangan softball adalah sebagai berikut:

* Panjang setiap sisinya 16,76 m

* Jarak dari home base ke tempat pelempar adalah 13,07 m

* Tempat pelempar berdiri (pitcher plate), berukuran 60 x 15 m

b. Perlengkapan pemain

Setiap tim harus menggunakan sragam softball dan topi yang bernomor, serta alat lain

untuk penjaga.

Perlengkapan untuk para penjaga antara lain :

1. Pemain penjaga memakai glove (semacam sarung tangan) yang terbuat dari kulit

agak tebal, berukuran 38 x 38 cm dan beratnya 283 gram. Untuk penjaga belakang

atau catcher, selain memakai glove juga mengenakan pelindung muka atau kepala

yang disebut masker/ face mark dan pelindung badan yang disebut body protector.

Page 6: Sejarah Perkembangan Sofbol Di Malaysia

2. Bola terbuat dari kulit yang didalamnya terdiri atas campuran gabus dan karet.

Lingkaran bola 30 cm dan berat bola 190 gram.

3. Alat pemukul atau stick yang dipakai harus sesuai dengan ketentuan yang

dikeluarkan oleh PB PERBASASI yang panjangnya tidak lebih dari 40 cm.

1. Satu pasukan sofbol terdiri daripada 9 orang pemain untuk memulakan dan

meneruskan sesuatu perlawanan.

2. Pemain-pemain padang boleh mengambil posisinya di mana-mana dalam kawasan

padang kecuali kecer (penangkap) mesti berada dalam petakkecer dan picer mesti

berada di tempat sah untuk memicing.

3. Pemilihan giliran untuk memukul dahulu atau kemudian oleh kedua-dua pasukan

yang bertanding ditentukan melalui lambungan duit syiling.

4. Sesuatu pertandingan rasmi hendaklah bermain 7 pusingan atau mengikut

peraturan-peraturan pertandingan yang mengawal pertandingan itu.

5. Picing yang sah adalah bola yang dilempar kepada pemukul dengan pergerakan

bawah tangan (under arm).

6. Pemukul hendaklah berada dalam petak pemukul untuk membuat pukulannya.

7. Pukulan ‘straik’ dilaungkan pengadil bila bola yang dipic masuk kawasan zon pukulan

sebelum tercecah tanah atau pemukul tidak berusaha memukul bola itu.

8. Pelari bes mestilah memijak bes mengikut susunan yang sah (1B, 2B, 3B,PR)

apabila membuat larian. Pelarian bes dibenarkan terlajak bes pertama (1B) setelah

menyentuhnya tanpa risiko dicecah oleh pemadang.

9. Pelari bes yang terkena bola yang dipukul ketika ia keluar dari besnya dikiramati.

Page 7: Sejarah Perkembangan Sofbol Di Malaysia

10. Kedua-dua pasukan bertukar peranan apabila pasukan yang memadang berjaya

mematikan pemain ketiga daripada pasukan yang memukul.

11. Permainan softball mempunyai tiga tempat hinggap pelari yang disebut base. Base

terdiri atas base I,II dan III, sedang base IV merupakan tempat untuk memukul (home

base). Setiap base terbuat dari karet atau kanvas yang merupakan bantalan, dengan

ukuran masing-masing base 38 x 38 cm dan tebal 5 – 12,5 cm, kecuali home base

berukuran 42,5 x 21,5/22 cm sisi puncaknya berukuran 30 cm.

12. Perpanjangan garis dari home base ke base I dan II disebut garis batas/ sektor,

gunanya untuk menentukan bola jatuhnya di dalam atau di luar garis batas.

TEKNIK DAN KEMAHIRAN PERMAINAN SOFTBALL

1. Cara memegang bola – genggam penuh atau genggam dua jari

2. Lemparan bola –

i. Pergerakan Secara Turutan Lemparan Atas Bahu

ii. Lemparan Bawah Tangan

iii. Lemparan Sisi

3. (a )Tangkapan Bola -

i. Tangkapan depan bawah dan atas dengan gloves

ii. Tangkapan layang (tlyball) bola tinggi aras kepala

iii. Tangkapan bola aras pinggang

iv. Tangkapan leret

Page 8: Sejarah Perkembangan Sofbol Di Malaysia

v. Tangkapan leret bola perlahan – pemadang perlu pagi ke arah bola

melencung

3. (b ) Tangkapan Kecer

4. Memicing

i. Pergerakan secara turutan teknik asas picing gaya ayunan bawah. (underarm

slingshot )

ii. Teknik Kincir Angin (Windmill)

5. Memukul

i. Genggaman Pangkal (End Grip) ii. Genggaman Tengah (modified grip)

iii. Genggaman Cekik (Choke)

6. (a) Larian bes

6. ( b ) Larian ke Bes Secara Menggelungsur

Untuk sampai ke bes, kadang-kadang pelari bes terpaksa menggelungsur untuk

mengelakkan disentuh oleh pemadang.

6. (c) Larian ke Bes Secara Mencecah atau Menyentuh

ISYARAT-ISYARAT RASMI PERMAINAN SOFTBALL

LATIHAN

i. Latihan larian bes /pemadang

Lari berganti-ganti antara dua bes secara Berpasukan

Latihan berlari mengelilingi 4 bes secara Berpasukan / Berseorangan

Page 9: Sejarah Perkembangan Sofbol Di Malaysia

Latihan berlari dan tukar arah – 4 arah, Peserta berlari ulang alik antara bes tengah

(BT) dengan bes yang diletak 20m di empat penjuru (SBUT). Selepas 3 ulangan, tukar

arah larian.

Latihan berlari bes berlawanan dengan hantaran bola A cuba berlari Ice ke bes X dan

menyentuh bes Y sebelum 2 orang pemadang sempat menyempurnakan hantaran.

Jarak bes 20m. Jarak pemadang 25m.

Latihan berlari mengelilingi bes dan plet rumah seperti berlumba dengan isyarat wisel.

Masa boleh diambil atau dicatat untuk menguji ketangkasan pelari.

ii. Latihan Membaling.Memicing

§ Latihan membaling bola ke sasaran segiempat di tembok

§ Membaling bola ke petak bernombor dari jarak 10m, 20m dan 30m

§ Membaling bola melalui gelung rotan paras pinggang

Latihan membaling berpasukan di antara kecer dan pemadang

iii. Latihan Memukul

Latihan mengenggam dan menghayun bet, secara bersendirian membaling bola dan

memukul ke dinding.

Memukul bola statik -

bola yang tergantung dan bola yang diletak di atas T (tee memukul)

Memukul dan berlari. Ambil giliran sebagai pemukul, pembaling dan

pemadang

Latihan memukul secara bergilir-gilir menjadi pembaling dan pemadang.