sejarah perkembangan pendidikan khas di luar negara

Upload: ielya-nana

Post on 30-Oct-2015

694 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas di Luar NegaraSejarah pendidikan khas di luar negara pada tahun 1960-an telah memaparkan bahawa kanak-kanak khas atau kanak-kanak dengan keperluan khas dibiarkan di rumah ataupun dihantar ke rumah kebajikan untuk didik. Oleh sebab itu, pada tahun 1975, Undang-Undang Awam atau Public Law (PL) 94-142 telah di gubal dimana setiap negeri perlu menyediakan akses kepada program pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak istimewa yang berumur 3 hingga 8 tahun.Pendidikan ini hendaklah dimasukkan ke dalam sistem sekolah awam.Didalam PL 94-142 ini berkehendakan supaya program sekolah mempunyai beberapa komponen seperti : (a) Pengenalpastian kanak-kanak yang mungkin mempunyai keperluan khas.(b) Penilaian berkaitan jenis dan tahap keperluan.(c) Intervensi atau tindakan.

Kemudian, hak bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini diperkembangkan lagi dengan peruntukan PL 99-457 yang memberi fokus kepada bayi dan kanak-kanak.Ini member hak yang jelas kepada ibu bapa dalam membentuk dan membantu dalam melaksanakan program pendidikan kepada anak-anak mereka yang istemewa. Program-program ini perlu menyediakan segala kemudahan yang diperlukan oleh kanak-kanak khas dalam persekitaran yang tidak terhad (Least Restrictive Environment) ataupun setaraf dengan persekitaran kanak-kanak biasa.Persekitaran yang tidak terhad ini bermaksud dimana kanak-kanak istemewa ini boleh bergaul bersama dengan kanak-kanak normal.Hal ini menyebabkan Program Inklusif disediakan supaya kanak-kanak khas tidak terasing dengan kanak-kanak normal.Ini bermakna mereka boleh bergaul antara satu sama lain tanpa disisihkan. Kemudian,falsafah pendidikan inklusif telah diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi. Matlamatnya agar kanak-kanak keperluan khas mendapat akses pendidikan yang sama dengan kanak-kanak normal.

Usaha bagi membentuk program inklusif dalam sisitem pendidikan diteruskan lagi pada tahun 1990-an dimana perhatian khusus diberikan terhadap Kurikulum Kebangsaan.Kurikulum Kebangsaan ini digunakan sebagai salah satu cara bagi mengekalkan sisitem pendidikan inklusif dan bagi menilai keberkesanan peruntukan bagi keprluan pendidikan khas.Pada tahun 1992, Majlis Kurikulum Kebangsaan di United Kingdom (Aird 2000) telah menetapkan beberapa subjek tambahan terutama kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang teruk. Walau bagaimanapun,Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan itu tidak dapat memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak ini. Maka sebab itulah Kurikulum Khas dibentuk kerana rentetan daripada implikasi kecacatan dan bukannya untuk memberi laluan kepada murid-murid khas dalam arus perdana.Kurikulum Khas ini dibentuk berasas empat pengaruh iaitu :(a) Pengaruh adaptif iaitu pengajaran berdasarkan model intervensi perubatan, respon langsung bagi kecacatan fizikal dan deria atau dikenali sebagai sensori.(b) Pengaruh perkembangan iaitu pengajaran bagi membantu murid-murid mencapai petunjuk atau tanda perkembangan dan tingkah laku.

(c) Pengaruh tingkah laku iaitu pengajaran yang menggunakan langkah-langkah kecil bagi membantu kanak-kanak memperkembangkan sesuatu kemahiran atau pemahaman.(d) Pengaruh fungsional iaitu pengajaran amali atau kemahiran vokasional dalam situasi sebenar.