sejarah penubuhan tunas kadet remaja sekolah.docx

6
SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS ) Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar- pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja

Upload: k

Post on 15-Dec-2015

475 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH.docx

SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15

Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis )

menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur

yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak

Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd.

Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti

mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah

sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan

pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana

TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum,

matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet

Remaja Sekolah ( KRS ). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan

Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali

dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet

Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan

Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim,

Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

Page 2: SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH.docx

3.0 PENGERTIAN LOGO

3.1 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

3.2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

3.3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

3.4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa

Page 3: SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH.docx

mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

3.6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

3.7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

3.8 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

Page 4: SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH.docx

4.1 WARNA HIJAU MELAMBANGKAN a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS. 4.2 COGAN KATA KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’

A. ILMU : ASAS KEINTELEKTUALAN DAN KETRAMPILAN AHLI KRS/TKRS.

B. IMAN : KEIMANAN YANG MENDALAM MERUPAKAN ASAS PEMBINAAN DIRI.

C. AMAL : PENGHAYATAN DAN PERLAKUAN GAYA HIDUP SIHAT YANG BERTERUSAN MERUPAKAN NATIJAH DARIPADA KEKUATAN INTELEKTUAL DAN DISIPLINDIRI.

Page 5: SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH.docx

5.0 ELEMEN KURIKULUM TKRS