sejarah pbsm

8
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA SJKT SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR SEJARAH PBSM Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan. Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan: " Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".

Upload: knprem

Post on 18-Nov-2015

92 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Pbsm

TRANSCRIPT

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIASJKT SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR

SEJARAH PBSM

Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan:

" Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".

Cawangan Sabah

Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.

Cawangan Sarawak

Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.

Cawangan Semenanjung Malaysia

Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.

AKTA PERTUBUHAN

Bulan Sabit Merah Malaysia adahalh ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut :

1. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh di London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.

2. Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.

3. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian Red Crescent Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).

JEAN HENRY DUNANT(SEJARAH HIDUP BAPA PALANG MERAH DUNIA Lahir pada 8 Mei 1828 terkenal dgn gelaran bapa palang merah ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta ibunya seorang penyayang dan patuh pada arahan agama . Aktif dalam pelbagai kegiatan amal dan agama aktif dalam menyatukan orang kristian dan yahudi menjadi ahli LEAGUE OF ALMS di Geneva ( objektif : membantu penduduk miskin dan sakit melawat penjara untuk memulihkan banduan .)

Di usia 30 tahun minatnya adalah kepada sekumpulan organisasi di Switzerland , France ,& Belgium yang terkenal dgn nama Young Mens Christian Union dan di England di kenali sbg Young Mens Christian Assosiation . 1853 , satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah dimulakan . Dunant menentang dan mencadangkan satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah sahaja . hasil desakan Dunant , satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855. 1849 , Dunant berkerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di Geneva , utk pelajari perniagaan bank .- disebabkan ketekunannya itu dia telah di beri tugas sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan di Algeria yang dikenali sebagai Colonies Suieses de Setif .- beliau berhenti berkerja dan bekerja sendiri .- beliau akhirnya berjaya dalam perniagaan . Jun 1859 dalam perjalanan untuk menguruskan perniagaan di Itali apabila sampai di Castiglione della Piere ketika pertempuran di Solferino mula meletus. didapatinya banyak mangsa perperangan yang mati dan sakit beliau cuba membantu orang yang sakit dengan sedaya-upaya. pengalaman ini telah menyebabkan beliau meninggalkan hal perniagaan . beliau cuba menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dan peperangan dapat diringgankan .

Kenangan di Solfarino buku yang ditulis olehnya adalah permulaan bagi kejayaan kerjayanya . menyarankan agar pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih patut ditubuhkan untuk menolong anggota yang tercedera di semua negara ianya telah mendapat sambutan yang luar biasa . konsep , trinity antarabangsa diantara negara untuk menentukan penjagaan orang sakit telah menarik minat ramai 1863 & 1864 kejayaannya meningkat dan selepas itu menurun ini adalah kerana orang ramai memberi sokongan kepada beliau setelah itu jawatankuasa Palang Merah ditubuh setelah itu pula persidangan diadakan dalam tranformasi itu ,beliau menyepikan diri dan tempatnya itu digantikan oleh orang lebih praktikal 1865 & 1866 pernyataannya semakin merosot ini kerana perasaan malu dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri 1867 merupakan tahun yang amat malang bagi Dunant urusan perniagaan yang diabaikannya juga turut merosot beliau terpaksa meggunakan hartanya untuk membayar hutang-piutang - ekoran daripada itu beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Geneva (pada usia 39 tahun). 20 tahun kemudian, - Dunant menghadapi hidup yang paling malang ini kerana beliau terpaksa hidup dengan ehsan sahabat dan sedikit elaun keluarganya kadangkala beliau muncul di khalayak ramai di Perancis, Jerman, Itali & England untuk diberi penghormatan atas sumbangan tertubuhnya Palang Merah & projek-projek lain walaubagaimanapun beliau terpaksa hidup keseorangan. Julai 1887 dalam usia 59 tahun beliau kelihatan sangat tua - akibat kekecewaan yang dialami selama 20 tahun namun penduduk di bandar kecil Heidden, Switzerland mengenalinya di tempat tinggalnya itu ramai orang yang menghormatinya pada suatu waktu beliau menaruh minat dalam pergerakan yang beliau pelopori beliau juga turut dihubungi oleh rakan lama beliau 1892, kerana gangguan kesihatan beliau telah dimasukkan ke hospital dan hidup di sana selama 18 tahun.

1895 seorang wartawan muda dalam pengembaraannya telah mendapat tahu mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara Dunant ekoran wawancara itu seluruh dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun dalam keadaan daif berbagai pihak mahu membantu beliau - pengiktirafan terhadap khidmatnya sampai melalui surat oleh pihak atasan dan bawahan dari jauh dan dekat Pope Leo () menghantar potret yang yang ditandatangannya yang ditulis dengan tangannya, perkataan First Paz In Virtute Ma Deus. Dunant tenang semasa hari tuanya, ia menghargai segala pujian yang dicurahkan beliau mengatakan bahawa beliau tidak perlu dibantu, kerana bagi beliau sudah memadai dengan bantuan pihak hospital dan jiran-jirannya di Heidden 1901, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan Dunant dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama dan dikongsi dengan Frederick Pessy dari Perancis beliau tidak dapat pergi ke Christiana untuk menerima anugerah kerana terlalu lemah hadiah itu dihantar terus kepadanya dari Geneva. Ahad, 30 Oktober 1910 beliau meninggal di Heidden, di pergunungan dan di kalangan panduduk pada akhir hayatnya beliau dapat menikmati ketenangan hidup, jalinan persahabatan dan keselamatan hingga hari tuanya.