sejarah acheh
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Sejarah Acheh yang bermula sejak awal tahun 1500 telah membangun atau berdiri
sebagai sebuah negara dan kerajaan yang merdeka dan berdaulat. Dalam sejarah kerajaan
Acheh, kerajaan ini telah membina zaman kegemilangannya yang sangat hebat dan
membanggakan dunia pada masa itu sehinggalah ke hari ini. Acheh telah membina
peradaban bangsanya sendiri terutamanya di dunia Melayu seperti Sumatera, Kepulauan
Borneo dan sebagainya1. Pola pentadbiran yang mantap dan sistem pendidikan yang
mampu menaikkan semangat perjuangan dan patriotik di kalangan rakyatnya termasuklah
kaum wanita. Dalam pada itu, kerajaan yang dibentuk oleh Acheh berusaha untuk
menentang setiap pengaruh kolonialisme, imperialisme dan kapitalisme dengan
membentuk sebuah kerajaan sendiri yang teratur dan bersistematik, mewujudkan pusat-
pusat pengajian ilmu pengetahuan dan kemampuan kerajaan Acheh dalam menjalinkan
hubungan diplomatik dengan negara lain. Contohnya kesungguhan Acheh dalam
menjalinkan hubungan dengan China pada 1411 iaitu semasa Sinasti Ming mentadbir
China2. Bukti jelinan hubungan ini dapat dilihat melalui loceng “Tjakra Donya” yang kini
ditempatkan di pintu gerbang muzium di bandar Acheh3. Loceng ini adalah cenderamata
yang diberikan oleh Maharaja Dinasti Ming kepada pemerintah Acheh pada ketika itu.
Namun begitu, zaman kegemilangan Acheh mencapai puncaknya pada abad ke-16
dan abad ke-17. Kegemilangan Acheh ini pernah diceritakan oleh Prof. Wilfred Cantwell
Smith dalam bukunya Islam in Modern History, 1975. Beliau mengatakan bahawa “Pada
abad ke-16, dunia Islam telah mencapai zaman kekuasaan dan kegemilangannya, kaya
1 Nusantara ( Sejarah Indonesia ), hlm 282 A Short History of Indonesia, hlm. 963 Ibid
1
raya, mewah dan penuh kebesaran. Penganut Islam pada masa itu di Maroko, Istanbul,
Isfahan, Agra dan Acheh adalah pembina dan pembangun sejarah yang terkemuka4.
Ungkapan yang dinyatakan oleh Wilfred ini dibuktikan dengan kekuatan Acheh
menentang dan menghalau Portugis dari Selat Melaka yang mana Portugis pada masa itu
ingin meluaskan pengaruhnya ke Kepulauan Melayu.
Kejayaan Acheh ini dalam menentang Portugis yang merupakan kuasa dunia pada
itu tercatat dalam buku La Grand Encyclopedia. Buku ini menceritakan bahawa “Pada
tahun 1852, bangsa Acheh telah meluaskan jajahannya sehingga ke Pulau-Pulau Sunda
seperti Sumatera, Jawa, Borneo dan sebagainya serta sebahagian Tanah Semenanjung
Tanah Melayu5. Pada masa tersebut juga, Acheh turut mempunyai hubungan dengan
bangsa lain yang malayari Lautan Hindi yang bermula dari Jepun sehinggalah ke Arab.
Kesungguhan dan kegemilangan yang dicapai oleh kerajaan Acheh ini telah menjadikan
Acheh sebagai sebuah kerajaan yang kukuh dan mampu menentang kerajaan-kerajaan
kuat pada masa itu seperti Portugis, Belanda dan sebagainya.
4 http://ms.wikipedia.org5 Ibid
2
ZAMAN KEGEMILANGAN SULTAN ISKANDAR MUDA
1) Ekonomi
Sejarah kegemilangan Acheh bermula pada sekitar tahun 1511 iaitu selepas
kejatuhan Melaka ke tangan Portugis. Pada masa ini, kedatangan Portugis ke Melaka
menyebabkan ramai pedagang termasuk pedagang dari India, Arab dan sebagainya
beralih ke pelabuhan Acheh dan Sumatera yang semakin berkembang pada ketika itu.
Ketibaan mereka membawa kekayaan dan kemakmuran kepada Acheh dan
menandakan bermulanya dominasi Acheh dalam perdagangan dan politik di Utara
Sumatera khususnya dan Nusantara amnya6. Keadaan ini berkekalan sehinggalah ia
mencapai puncaknya antara 1610 dan 1640.
Sultan Ali Al-Mughayat Shah (1507 – 1522) yang memerintah pada ketika itu
iaitu pengasas Acheh, bertindak bijak dengan menurunkan cukai pelabuhan Acheh
untuk menarik pedagang dari pelabuhan Melaka yg dikuasai Portugis. Keadaan ini
juga telah mendorong ramai pedagang untuk berdagang di pelabuhan Acheh. Selain
daripada peralihan pedagang India dan Arab ke pelabuhan Acheh, terdapat juga
pedagang-pedagang lain yang turut beralih ke pelabuhan Acheh. Contohnya seperti
pedagang China dan pedagang dari Eropah yang turut singgah di pelabuhan Acheh.
Keadaan ini telah menjadikan Acheh sebagai kawasan perdagangan yang penting.
Walau bagaimanapun, penurunan cukai pelabuhan ini telah mangurangkan pulangan
ekonomi kepada kerajaan Acheh jika dibandingkan dengan kepentingan Acheh
sebagai pelabuhan yang penting sebelum pemerintahan Sultan Ali Al-Mughayat
Shah.
6 A Short History of Indonesia, hlm.104
3
Namun begitu, kadar cukai pelabuhan ini telah dinaikkan semula semasa
pemerintahan Sultan Iskandar Muda yang bermula pada awal abad ke-177. Selepas
Sultan Ali turun takhta, Sultan Iskandar Muda naik takhta untuk mentadbir dan
menjadikan Acheh mencapai puncak kegemilangannya. Tindakan Sultan Iskandar
menaikkan cukai pelabuhan telah meningkatkan pulangan kepada kerajaan Acheh.
Keadaan ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi yang mana
dapat digunakan untuk pelbagai tujuan dan kepentingan Acheh. Contohnya usaha
menyebarkan Islam di seluruh jajahan Acheh. Keadaan ini secara tidak langsung akan
menjadikan Acheh sebagai salah satu pusat penyebaran Islam yang utama pada ketika
itu8.
Zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda telah memperlihatkan peranan
Acheh sebagai sebuah pelabuhan entreport9 yang berjaya yang tidak hanya diakui
oleh pedagang-pedagang tempatan malah turut diakui oleh pedagang-pedagang
Eropah. Dalam pada itu, peranan Acheh tidak hanya terhad sebagai pusat pelabuhan
utama dunia pada masa itu, malah turut berperanan sebagai pusat penyebaran dakwah
Islamiyah.
2) Politik
Dalam pada itu, Sultan Iskandar juga turut menjalinkan hubungan dengan
dunia luar dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai sebuah
kerajaan yang sukar untuk ditakluki. Contohnya hubungan Acheh dengan kerajaan
7 http://www.mediacenteraceh.org8 Sejarah Islam, hlm.3719 http://www.melayu.com
4
Turki Uthmaniyah yang berlanjutan sejak tahun 157710. Tujuan jalinan hubungan
dengan kerajaan Uthmaniyah ini dalah untuk menjaga kepentingan Acheh dari
serangan kuasa-kuasa barat seperti Portugis yang sentiasa ingin menakluki Acheh
ekoran daripada kepentingan Acheh sebagai sebuah pelabuhan yang berkepentingan.
Hubungan diplomatik antara kedua-dua kerajaan ini turut berlanjutan sehinggalah
zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda.
Menurut sumber-sumber Acheh, Sultan Iskandar pernah menghantar sebuah
tiga buah kapal ke Istanbul untuk mendapatkan bekalan senjata untuk tujuan
pertahanan negara. Dalam pelayaran Acheh ke Istanbul ini, kerajaan Uthmaniyah
telah memberikan bantuan senjata, pakar dalam pelbagai bidang dan keputusan
kerajaan Uthmaniyah untuk terus menjalinkan hubungan diplomatik dengan Acheh11.
Dalam pada itu, kerajaan Uthmaniyah juga turut menghantar 12 tentera yang telah
dilantik sebagai ketua pertahanan ketenteraan di Acheh12. Kesemua pahlawan tentera
yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing tidak hanya membantu
Sultan Iskandar Muda dalam membina pertahanan di Banda Acheh, malah turut
membantu Sultan Iskandar membina istana kesultanan Acheh.
Pemberian peralatan perang ini adalah untuk membantu kerajaan Acheh
mempertahankan kerajaan mereka dari serangan Eropah seperti Portugis dan Belanda
yang sentiasa mengganggu wilayah-wilayah muslim di Nusantara. Selain daripada
senjata yang digunakan dalam peperangan, kerajaan Uthmaniyah juga turut
10 http://www.melayu.com11 http://www.mail-archive.com12 Ibid
5
memberikan bantuan dalam bentuk kapal perang yang dilengkapi dengan meriam.
Kapal-kapal dan perahu yang digunakan dalam setiap peperangan terdiri dari kapal
kecil dan besar. Menurut Court, kapal-kapal besar yang diberikan oleh kerajaan
Uthmaniyah kepada kerajaan Acheh berukuran 500 meter hingga 2000 meter13.
Keadaan kapal yang besar ini telah memperkukuhkan lagi kuasa Acheh sebagai
kerajaan yang ditakuti oleh eropah.
Selain dariapda mempertahankan kerajaan Acheh daripada penjajah Eropah,
Sultan Iskandar juga turut memperluaskan kawasan takluknya ke Sumatera, Natal
Tiku, Pariaman, Pulau Nias, Johor dan Melaka14. Ekoran daripada penguasaan ke atas
Melaka, Sultan Iskandar secara tidak langsung dapat menguasai Selat Melaka yang
turut menjadi laluan utama pedagang-pedadang pada masa itu. Penguasaan terhadap
Selat Melaka ini telah menguatkan lagi kedudukan Acheh sebagai penguasa laluan
perdagangan utama dunia. Kegemilangan yang dikecapi oleh menyebabkan beliau
digelar sebagai Alexander The GreatOf The East.
Selain daripada penguasaan terhadap beberapa wilayah di Nusantara, Sultan
Iskandar Muda juga turut merperluaskan pengaruh jajahannya ke Semenanjung Tanah
Melayu. Perak, Kedah dan Pahang adalah antara negeri yang telah ditakluki oleh
kerajaan Acheh di bawah pimpinan Sultan Iskandar Muda. Penaklukan ketiga-tiga
negeri ini adalah sebagai satu strategi untuk mengepung Portugis di Melaka menerusi
darat dan laut. Sepanjang pemerintahan Sultan Iskandar Muda, baginda telah
13 http://ms.wikipedia.org14 Nusantara ( Sejarah Indonesia ), hlm.105
6
melancarkan 16 perang jihad ke atas Portugis15. Walau bagaimanapun, kesemua
serangan yang dilakukan ini berjaya dipatahkan oleh Portugis. Namun begitu,
kemenangan dan penguasaan Acheh terhadap Selat Melak telah dapat menghalang
Portugis meluaskan pengaruhkan dan menjalankan aktiviti perdagangan di laluan
Selat Melaka dan Nusantara.
3) Soaial
Dalam aspek sosial pula, Sultan Iskandar Muda telah memperkenalkan sistem
sosialnya yang tersendiri. Secara asasnya, struktur sosial kerajaan Acheh dapat
dibahagikan kepada empat lapis yang utama iaitu golongan raja ( digelar Tuanku ),
hulubalang ( digelar Tenku ), rakyat biasa dan hamba16. Walaupun masih wujud
sistem perhambahan pada era pemerintahan Sultan Iskandar Muda, namun
bilangannya adalah kecil dan telah berkurangan. Sebelum pemerintahan Sultan
Iskandar terutamanya awal abad ke-16, amalan perhambahan sering dipraktikkan
dalam masyarakat Acheh. Walau bagaimanapun, apabila pemerintahan Acheh
ditadbir oleh sultan Acheh yang berpengetahuan agama, sistem perhambahan ini telah
dimansuhkan secara perlahan-lahan. Ini adalah selaras tuntutan agama Islam yang
melarang sistem perhambaan dalam sistem sosial masyarkat Islam.
Dalam pada itu, kedudukan kaum wanita juga mula mendapat tempat dalam
pemerintahan Acheh. Kaum wanita telah diberi hak yang sama seperti mana yang
telah diberikan kepada kaum lelaki. Contohnya seperti hak memerintah kerajaan
15 Nusantara ( Sejarah Indonesia ), hlm.12316 http://www.mediacenteraceh.org
7
Acheh. Pada tahun 1641-1675, seorang wanita iaitu Mala Hayati telah diberi kuasa
untuk memerintah kerajaan Acheh17. Pemberian ini menunjukkan bahawa wujud
keadilan dan kesaksamaan dalam pemerintahan kerajaan Acheh.
4) Agama
Kegemilangan yang dinikmati semasa era pemerintahan Sultan Iskandar Muda
turut mencakupi bidang keagamaam. Semasa Sultan Iskandar memerintah Acheh,
kepesatan perkembangan agama Islam dapat dilihat di seluruh Acheh. Peranan Acheh
tidak hanya sebagai pusat persinggahan pedagang dari Eropah dan Asia, malah Acheh
juga turut menjadi pusat pendidikan dan penyebaran Islam yang terulung pada masa
tersebut.
Antara tahun 1511 – 1650, sultan-sultan Acheh telah menunjukkan minat
mereka terhadap pendidikan agama. Langkah pertama yang didirikan oleh sultan-
sultan Acheh termasuklah Sultan Iskandar Muda ialah mendirikan pusat pengajian
agama18. Pusat pengajian agama ini dijadikan sebagai pusat berdakwah dan tempat
mengadakan pengajian pendidikan kepada penduduk setempat. Pada zaman ini,
Acheh boleh dianggap mengatasi wilayah lain di Nusantara dari segi perkembangan
ilmu pengetahuan. Sistem pendidikan yang dibentuk oleh Acheh sama seperti sistem
pendidikan moden yang ada pada hari ini iaitu meliputi pendidikan rendah, menengah
dan peringkat tinggi19. Setiap peringkat pengajian ini mempunyai korikulumnya yang
tersendiri. Contohnya pengajian peringkat rendah yang menitik beratkan aspek
17 http://www.mediacenteraceh.org18 Sejarah Islam, hlm.43119 Ibid
8
menulis, membaca bahasa Arab dan perkara-perkara fardu ain. Peringkat menengah
pula menitik beratkan aspek pendidikan ilmu tauhid, fekah, tafsir, hadis dan
matematik. Manakala perngajian peringkat tinggi pula mengajar penuntutnya
berkenaan dengan ilmu-ilmu agama dan pelbagai ilmu lain seperti mana yang
terdapat di Barat pada ketika itu.
Acheh tidak hanya berperanan sebagai tempat untuk menuntut ilmu. Lebih
dari itu, Aceh juga turut melahirkan beberapa tokoh-tokoh agama yang masyhur yang
mana hasil kerja mereka sering digunakan sebagai rujukan tentang sesuatu perkara.
Contohnya seperti Hamzah Fansuri yang telah menulis buku “Tabyan Fi-Marifati
Al-U Adyan”, Syamsuddin al Sumatrani yang telah menulis “Mi’raj al-Muhakikin
Al-Iman”, Nuruddin Arraniry dan Syeh Abdul Rauf Singkel20. Kesemua tokoh ilmuan
ini adalah antara beberapa tokoh agama yang telah dilahirkan oleh kerajaan Acheh
yang aman hasil karya mereka sering diguna pakai dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.
Kegemilangan dan kecemerlangan yang dikecapi oleh Acheh terutamanya
pada era pemerintahan Sultan Iskandar Muda menunjukkan bahawa kekuatan Acheh
tidak hanya terhad di Nusantara semata-mata, malah meliputi kawasan di sekitar
Nusantara seperti Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo. Walau bagaimanapun,
kegemilangan yang dicipta oleh sultan-sultan Acheh seperti Sultan Muda Ali Riayat
Syah, Sultan Iskandar Muda dan Sultan Iskandar Thani tidak kekal lama. Kelemahan
20 Ibid, hlm.432
9
yang dialami selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani menyebabkan Acheh
menjadi lemah dan terpaksa dijajah oleh Eropah.
KEJATUHAN ACHEH
Kejatuhan kerajaan Acheh bermula pada tahun 1641 iaitu selepas kemangkatan
Sultan Iskandar Thani. Pada masa itu, aktiviti meluaskan empayar oleh Inggeris dan
Belanda menjadi penyebab utama kepada kejatuhan kerajaan Acheh ini21. Inggeris dan
Belanda adalah dua kuasa dunia pada masa itu yang berusaha untuk menguasai dan
mendominasi perdagangan di Acheh. Hal ini adalah kerana Acheh adalah sebuah
kawasan yang mempunyai kepentingan di Sumatera. Sumatera adalah sebuah kawasan
perdagangan yang sibuk yang akan memberikan keuntungan kepada kerajaan yang
memerintahnya. Kejayaan dan kegemilangan yang dikecapi oleh Acheh pada akhir abad
ke-16 adalah disebabkan oleh penguasaan mereka ke atas kepulauan Sumatera yang
menjadai salah satu pelabuhan penting pada masa itu. Ekoran daripada kepentingan
Acheh dan Sumatera ini telah mendorong Inggeris dan Belanda malah Portugis untuk
menguasai kedua-dua pelabuhan ini.
Keinginkan kuasa-kuasa Barat ini untuk menguasai Acheh telah menyebabkan
berlaku beberapa peperangan kecil yang lebih memihak kepada kuasa Barat. Kejayaan
Acheh menguasai beberapa negeri di Tanah Melayu telah mendorong Portugis di Melaka,
Johor dan Patani untuk bergabung menentang Acheh22. Pada tahun 1629, ketiga-tiga
kerajaan ini telah menyerang Acheh melalui laut berhampiran dengan wilayah Maluku23.
21 Peperangan Kerajaan di Nusantara, hlm.28522 Nusantara ( Sejarah Indonesia ), hlm.12423 Ibid, hlm.124
10
Serangan ini telah menghancurkan kuasa Acheh secara keseluruhannya. Kejayaan
Portugis mengalahkan Acheh dalam peperangan ini menyebabkan kuasa Barat ini mula
meluaskan pengaruhnya di Acheh dengan menakluki beberapa pelabuhan penting seperti
pelabuhan Sumatera.
Dalam pada itu, pedagang-pedagang Eropah juga turut mengehadkan aktiviti
perdagangan mereka di beberapa pelabuhan utama Acheh. Pedagang Belanda misalnya
mengehadkan perniagaan mereka di Jambi dan Palembang24. Kedua-dua pelabuhan ini
adalah antara pelabuhan yang dimiliki oleh Acheh. Walau bagaimanapun, ekoran
daripada tindakan pedagang Portugis mengehadkan perdagangan mereka di kedua-dua
pelabuhan ini telah menyebabkan peranan pelabuhan ini sebagai salah satu pelabuhan
penting bagi kerajaa Acheh telah merosot. Pulangan yang diperolehi oleh kerajaan Acheh
daripada kedua-dua pelabuhan ini turut berkurangan. Keadaan ini menyebabkan
kegemilangan kerajaan Acheh dalam memonopoli beberapa pelabuhan penting dunia
telah merosot.
Dalam pada itu, perlantikan raja-raja wanita juga adalah faktor yang boleh
dikaitkan dengan kejatuhan empayar Acheh. Selepas pemerintahan Sultan Iskandar
Thani, tampuk pemerintahan Acheh diserahkan kepada kaum wanita selama hampir 60
tahun yang bermula pada 1641 – 1699. Selama tempoh ini, seramai empat orang raja
wanita telah memerintah Acheh. Mereka ialah Sri Ratu Tajul Alam Safiatuddin Syah, Sri
Ratu Nur Alam Nakiatuddi Syah, Sri Ratu Inayat Syah Zakiatuddin Syah dan Sri Ratu
24 Ibid, hlm.125
11
Kumala Syah25. Pemerintahan yang dikuasai oleh kaum wanita ini memudahkan kuasa-
kuasa Barat terutamanya Portugis, Belanda dan Inggeris untuk menguasai Acheh.
Kelengkapan kapal-kapal Eropah yang lengkap dengan pelbagai peralatan senjata perang
telah memudahkan mereka untuk menyerang Acheh sama ada dari laut mahupun dapat.
Keadaan ini menyebabkan penguasaan Eropah terhadap Acheh menjadi semakin mudah.
Dalam masa yang sama, persepakatan yang dipersetujui di antara kuasa-kuasa
Barat ini juga telah menbentuk satu perjanjian yang mana memberikan kelebihan dan
keistimewaan kepada Eropah. Persepakatan antara Belanda dan Inggeris ini telah
membentuk satu perjanjian yang dipaggil Perjanjian London 182426. Dalam perjanjian
ini, kawasan jajahan Acheh diserahkan kepada Belanda dan laluan perdagangan Selat
Melaka dikuasai oleh Inggeris. Keadaan ini menyebabkan pentadbiran Eropah tidak
dikuasai oleh sultan dan penduduk tempatan tetapi telah diambil alih oleh kuasa-kuasa
Barat ini. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan zaman kegemilangan Acheh
yang telah dicapai sejak awal abad ke-17 telah merosot. Acheh tidak lagi mempunyai
kuasa mutlak ke atas pelabuhan-pelabuhan penting dunia seperti Sumatera, Selat Melaka
dan Palembang. Kesemua pelabuhan ini telah ditadbir oleh kuasa-kuasa Eropah
terutamanya Belanda dan Inggeris.
PENUTUP
25 http://www.freewebs.com26 Peperangan Kerajaan di Nusantara, 292
12
Kejayaang yang dikecapi olh kerajaan Acheh sejak penghujung abad ke-16
sehinggalah pertengahan abad ke-17 menunjukkan kesungguhan peranan yang dimainkan
oleh sultan Acheh dalam menguasai beberapa pelabuhan yang menjadi tumpuan dunia
pada ketika itu. Pelabuhan Sumatera, Palembang dan Selat Melaka adalah antara
beberapa pelabuhan yang pernah dikuasai oleh Acheh. Kebijaksanaan Sultan Iskandar
Muda, Sultan Inkandar Thani dan beberapa sultan lain dalam merancang setiap corak
pentadbiran kerajaan Acheh telah mendorong Acheh untuk mencapai puncak
kegemilangannya. Perhubungan yang dijalinkan dengan kerajaan kukuh seperti kerajaan
Uthmaniyah dan China adalah antara strategi yang dilakukan oleh sultan-sultan Acheh
dalam mereka mendapatkan bantuan dan pertolongan dalam bentuk peralatan
peperangan, kapal dan pakar untuk mempertahankan Acheh dari serangan Eropah
terutamanya Belanda, Portugis dan Inggeris. Ketiga-tiga kuasa besar dunia ini berusaha
untuk menguasai ekorang daripada peranan Acheh yang telah menguasai beberapa
pelabuhan penting dunia pada ketika itu.
Walau bagaimanapun, selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani pada 1641,
pentadbiran kerajaan Acheh telah diambil alih oleh sultan-sultan wanita. Selama hampir
60 tahun, seramai empat ratu telah mentadbir kerajaan Acheh. Walau bagaimanapun,
sepanjang pemerintahan keempat-empat ratu ini, kerajaan Acheh semakin merosot
sehingga membawa kepada penguasaan Eropah terhadap beberapa pelabuhan yang
dimiliki oleh Acheh. Keadaan diburukkan lagi apabila kuasa-kuasa Eropah ini
terutamanya Belanda dan Inggeris mengadakan perjanjian untuk bersatu dalam
menguasai dan memerangi Acheh. Persepakatan antara kedua-dua kerajaan ini telah
13
membentuk Perjanjian London pada 1824 yang mana bertujuan untuk menjaga
kepentingan mereka di pelabuhan Palembang, Sumatera dan Selat Melaka.
BIBLIOGRAFI
14
Capt. R. P. Suyono, Pererangan Kerajaan Nusantara, Penerbit PT Gramedia
Widiasarana Indonesia, Jakarta, 2003
Colin Brown, A Short History of Indonesia : The Unlikely Nation ?, Allen &
Unwin, Australia, 2003
Benard H.M Vlekke, Nusantara ( Sejarah Indonesia ), Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1967
Azhar Mad Aras, Ali Seman dan M. Rajendran, Sejarah Islam, IBS Buku Sdn
Bhd, Kuala Lumpur, 1991.
http://ms.wikipedia.org
http://www.melayu.com
http://www.mediacenteraceh.org
http://www.mail-archive.com
http://www.freewebs.com
15