(sebuah perbadanan di bawah lembaga getah malaysia ... file1 berita lgmpc • edisi khas (sebuah...

4
Berita LGMPC Edisi Khas 1 (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia) Edisi Khas KELUARAN 12 P restasi kewangan LGMPC bagi tahun 2010 adalah lebih baik dari tahun sebelumnya. Ini berdasarkan kepada kenyataan kewangan yang diperolehi sehingga suku tahun ketiga 2010. Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC, Hj Basri Hamzah, berkata, prestasi baik ini dipacu oleh kenaikan harga getah dan minyak sawit. Katanya, peningkatan pengeluaran getah dari Ladang LGM Pahang Tenggara, Pahang pada tahun 2010 turut membantu ladang tersebut memperoleh pendapatan yang tinggi, walaupun jumlah keluasan tanaman getah berkurangan oleh kerana penanaman semula. Mengenai pengeluaran BTS pula, Hj Basri berkata, pengeluaran dari Ladang LGM Penawar dan Ladang LGM Panti di Johor meningkat pada tahun 2010. Manakala ladang-ladang lain tidak mencatatkan peningkatan disebabkan beberapa faktor termasuk faktor cuaca. Namun begitu, disebabkan harga purata komoditi tersebut tinggi, pendapatan dari BTS adalah melebihi dari tahun 2009. Dalam pada itu, pendapatan dari sewaan mencatatkan pertambahan dari tahun 2009 dan prestasi yang sama juga direkodkan dari sumber- sumber lain. “Perbadanan juga sentiasa memberi penekanan kepada aspek-aspek kawalan perbelanjaan mengurus dan penjimatan tanpa menjejaskan operasi Perbadanan,” kata Hj Basri. “Di samping itu, prestasi yang baik juga disumbangkan oleh kakitangan yang menunjukkan prestasi kerja yang lebih efisyen” tambah beliau. L GMPC telah diberi peranan penting dalam pembinaan sebuah apartmen servis untuk Pusat Latihan LGM di Langkawi. Ia juga diberi tanggungjawab oleh LGM untuk mendapatkan penyewa, menguruskan sewaan dan menyelia bangunan tersebut apabila ia siap kelak. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC, Hj Basri Hamzah, kertas cadangan pembinaan apartmen tersebut yang dikemukakan oleh Perbadanan telah mendapat restu LGM. Bangunan setinggi 10 tingkat yang mempunyai 50 unit apartmen itu, memerlukan anggaran kos sebanyak RM28 juta dan ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Hj Basri berkata, selain dari apartmen servis di Langkawi, Perbadanan akan turut terlibat dalam pembangunan hartanah di beberapa lokasi di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Tambah beliau, pembangunan secara usahasama (JV) itu dijangka bermula awal 2012 sebaik sahaja semua butiran dan urusan dengan pihak-pihak berkaitan dapat dibereskan. Prestasi kewangan 2010 lebih baik LGMPC terlibat dalam pembangunan hartanah Kakitangan baru LGMPC telah melantik empat kakitangan baru. Mereka ialah Roslan Sukeimi yang dilantik sebagai Pengurus Kanan (Perladangan), Yahya Azmuddin Ayob Pengurus Kanan (Hartanah), Norfadillah Ahamad Nawawi, sebagai Penolong Akaun dan Abdul Rahman Ismail, sebagai Pembantu Tadbir.

Upload: duongkhanh

Post on 10-Jun-2019

248 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia ... file1 Berita LGMPC • Edisi Khas (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia) KELUARAN 12 Edisi Khas P restasi kewangan

Berita LGMPC • Edisi Khas1

(Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia)Edisi KhasKELUARAN 12

Prestasi kewangan LGMPC bagi tahun 2010 adalah lebih baik daritahun sebelumnya. Ini berdasarkan kepada kenyataan kewanganyang diperolehi sehingga suku tahun ketiga 2010.

Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC, Hj Basri Hamzah, berkata, prestasibaik ini dipacu oleh kenaikan harga getah dan minyak sawit.

Katanya, peningkatan pengeluaran getah dari Ladang LGM PahangTenggara, Pahang pada tahun 2010 turut membantu ladang tersebutmemperoleh pendapatan yang tinggi, walaupun jumlah keluasantanaman getah berkurangan oleh kerana penanaman semula.

Mengenai pengeluaran BTS pula, Hj Basri berkata, pengeluaran dariLadang LGM Penawar dan Ladang LGM Panti di Johor meningkat padatahun 2010. Manakala ladang-ladang lain tidak mencatatkanpeningkatan disebabkan beberapa faktor termasuk faktor cuaca.

Namun begitu, disebabkan harga purata komoditi tersebut tinggi,pendapatan dari BTS adalah melebihi dari tahun 2009.

Dalam pada itu, pendapatan dari sewaan mencatatkan pertambahandari tahun 2009 dan prestasi yang sama juga direkodkan dari sumber-sumber lain.

“Perbadanan juga sentiasa memberi penekanan kepada aspek-aspekkawalan perbelanjaan mengurus dan penjimatan tanpa menjejaskanoperasi Perbadanan,” kata Hj Basri.

“Di samping itu, prestasi yang baik juga disumbangkan oleh kakitanganyang menunjukkan prestasi kerja yang lebih efisyen” tambah beliau.

LGMPC telah diberi peranan pentingdalam pembinaan sebuah apartmen

servis untuk Pusat Latihan LGM diLangkawi.

Ia juga diberi tanggungjawab oleh LGMuntuk mendapatkan penyewa,menguruskan sewaan dan menyeliabangunan tersebut apabila ia siapkelak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC, Hj Basri Hamzah,kertas cadangan pembinaan apartmen tersebut yangdikemukakan oleh Perbadanan telah mendapat restu LGM.

Bangunan setinggi 10 tingkat yang mempunyai 50 unitapartmen itu, memerlukan anggaran kos sebanyak RM28 jutadan ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Hj Basri berkata, selain dari apartmen servis di Langkawi,Perbadanan akan turut terlibat dalam pembangunan hartanah dibeberapa lokasi di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Tambah beliau, pembangunan secara usahasama (JV) itudijangka bermula awal 2012 sebaik sahaja semua butiran danurusan dengan pihak-pihak berkaitan dapat dibereskan.

Prestasikewangan 2010

lebih baik

LGMPC terlibat dalampembangunanhartanah

Kakitangan baru LGMPC telah melantik empat kakitangan baru. Mereka ialah RoslanSukeimi yang dilantik sebagai Pengurus Kanan (Perladangan),Yahya Azmuddin Ayob Pengurus Kanan (Hartanah), NorfadillahAhamad Nawawi, sebagai Penolong Akaun dan Abdul RahmanIsmail, sebagai Pembantu Tadbir.

Page 2: (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia ... file1 Berita LGMPC • Edisi Khas (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia) KELUARAN 12 Edisi Khas P restasi kewangan

Berita LGMPC • Edisi Khas2

Sumbangan sosial LGMPC

Sepanjang tahun 2010, LGMPC telah menghulurkan pelbagaisumbangan kewangan. Ia adalah sebagai memenuhi

tanggungjawab korporat kepada LGM dan tanggungjawab sosialkepada badan-badan amal dan kebajikan.

Pada tahun 2010, sebanyak RM5 juta telah diserah kepada LGMsebagai sumbangan korporat tahunan. Selain itu, LGMPC turutmenyumbangkan RM450 ribu kepada LGM untuk membiayaisukan KPPK pada 16 – 18 Disember 2010.

Lain-lain sumbangan yang dibuat ialah pemberian sebanyakRM80 ribu kepada Yayasan Orang Asli Perak untukmembekalkan benih getah kepada penduduk orang asli di Perakdan sebanyak RM60 ribu kepada Al-Khalifah Foundation untukmenubuhkan pusat nurseri getah bagi penduduk orang asli di KgTuel, Gua Musang, Kelantan.

Perbadanan turut menyumbang sebanyak RM12 ribu kepadaPersatuan Kebajikan Rumah Perlindungan Nur Insan.

Getah ditanam di Ladang LGM Begia

LGMPC telah memulakan penanaman getah di satu kawasan berbukit seluas30 hektar di Ladang LGM Begia, Kedah dan ia merupakan pertama kali

tanaman tersebut ditanam di ladang yang pada keseluruhannya mempunyaitanaman kelapa sawit.

Menurut Pengurus ladang tersebut, Shahriman Abd Samad, disebabkan musimhujan pada bulan November dan awal Disember 2010, kerja-kerjamembersihkan kawasan dan membuat teres kerap tergendala.

“Namun demikian, kerja-kerja berkaitan telah dapat disiapkan menjelangpertengahan Disember apabila cuaca bertambah baik,” katanya dan menambahbahawa kerja-kerja penanaman klon PB350 di kawasan tersebut sedang giatdijalankan sepanjang bulan Januari 2011 ini.

Urusan parkir lancarPengurusan parkir di kawasan Kompleks Bangunan Getah Asli

yang mula dikendalikan sendiri oleh Perbadanan mulai Mac2010 berjalan lancar dan sehingga kini memberi pulangan yangbaik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan, Hj Basri Hamzah,sebelum mengambil tindakan tersebut, Perbadanan telah membuatkajian-kajian terperinci mengenainya dan ia didapati berdaya majudan berpotensi mendatangkan pulangan yang baik.

Sementara itu, Pengurus (Operasi) Bahagian Pengurusan Hartanah,Zulkurnain Saaiddin berkata, buat permulaan, Perbadananmenggunakan kakitangan sedia ada dari syarikat terdahulu untukurusan harian serta peralatan yang ada.

Bagaimanapun, pengurusannya sentiasa dipantau oleh satu JKyang telah ditubuhkan,” kata beliau lagi. Perbadanan bercadangmenggantikan peralatan yang sedia ada dengan peralatan automasiyang lebih moden bagi melicinkan urusan parkir dan bayaran,”sambung beliau.

Page 3: (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia ... file1 Berita LGMPC • Edisi Khas (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia) KELUARAN 12 Edisi Khas P restasi kewangan

Berita LGMPC • Edisi Khas3

Majlis HariKeluarga

Seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya, LGMPC telahmengadakan majlis Hari Keluarga dan pada tahun ini ia telah diadakan

di Eagle Range Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 29 Oktoberhingga 1 November 2010. Tema pada tahun ini ialah “Cowboy andWestern”.

Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC, Hj Basri Hamzah berkata, beliau gembirakerana penyertaan kali ini adalah lebih besar dan juga didapati lebihmeriah dari tahun-tahun yang lalu.

Sempena dengan Hari Keluarga tersebut, pihak penganjur telahmengadakan sukan keluarga yang mendapat sambutan baik darikakitangan dan ahli keluarga.

Sempena majlis Hari Keluarga ini, satu majlis makan malam turutdiadakan dengan acara-acara menarik terutama yang melibatkan kanak-kanak.

Seperti biasa acara yang paling ditunggu-tunggu ialah cabutan nomborbertuah dan acara pakaian beragam kakitangan dan kanak-kanak.

Di majlis yang sama, beberapa anugerah telah disampaikan. Bagi kategoriKakitangan Popular Lelaki, ia dimenangi oleh Hj Basri Hamzah, manakalabagi kategori Kakitangan Popular Wanita pula, ia dimenangi oleh NorbaitiAbdullah. Mereka menerima sijil dan hadiah wang tunai RM200.

Turut diberi penghargaan ialah tiga kakitangan yang menunjukkan prestasicemerlang semasa mengikuti program ‘team building’ yang diadakan pada24 – 26 Jun 2010 di Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Mereka ialah, Wan Sharifudzillah b Wan Abdul Malik, sebagai KakitanganBerkarisma LGMPC 2010, Foo Li Li, sebagai Kakitangan Contoh(bersistematik) LGMPC 2010 dan Shahriman Abd Samad, sebagaiKakitangan Harapan LGMPC 2010. Masing-masing telah menerima sijildan hadiah wang tunai sebanyak RM200.00 seorang.

Tuan Hj Mohd Rosli Mohd Yusof dan isteri telah dijemput sebagai tetamukhas dalam majlis Hari Keluarga 2010 ini.

Page 4: (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia ... file1 Berita LGMPC • Edisi Khas (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia) KELUARAN 12 Edisi Khas P restasi kewangan

Berita LGMPC • Edisi Khas4

Seminar Bina InsanSeramai 28 kakitangan Perbadanan telah mengikuti Seminar Bina

Insan pada 13 – 15 Januari 2011 di Hotel Impian Morib, Selangor.Seminar yang bertajuk ‘On Track Asas Bina Nilai’ itu dikendalikan olehdua penceramah dari syarikat Human Touch Consultant yang tidakasing lagi iaitu Dato’ Ustaz Zawawi Yusof.

Seminar tersebut bertujuan memantapkan unsur dalaman manusiaberdasarkan cetusan kesedaran dan untuk meningkatkan semangatkerja sebagai satu ibadah di kalangan kakitangan Perbadanan.

Selain dari mendengar ceramah-ceramah yang berkaitan denganagama dan solat berjemaah, para peserta turut terlibat dalam aktivitiriadah seperti permainan bola tampar dan futsal serta mengikuti aktivitiberkawad dan menyanyi berkumpulan.

Jamuan akhir tahun

Kakitangan Perbadanan di Ibu Pejabat telah menghadiri majlis jamuan ringan pada 18 Januari 2011 dan ia merupakan jamuan akhirtahun 2010 anjuran ‘Tea Club’ kakitangan.

PenasihatHj Basri bin Hamzah

Editor (kontrak)Hj Ahmad Azly Mohd Yusof

Jawatankuasa EditorialHj Iskandar Zulkarnain Hussin

Zulkurnain SaaiddinWan Sharifudzillah Wan Abdul Malik

Penyumbang beritaMohd Amin Deraman

Shahriman Abdul SamadNorbaiti Abdullah

JurugambarNor Azli Mat PayronSaiful Rizal Ghazali

BERITA LGMPC diterbitkan dua kali setahun mengandungi berita, pandangan dan aktiviti kakitangan LGMPC, berita korporat dan berita umum semasa.

S I DA N G P E N G A R A N G B E R I T A L G M P C