sckk

Upload: kelabk

Post on 05-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 SCKK

    1/114

    Rafina Mimi Abdullah

    1

    KRINGGG!!! Loceng berbunyi

    menandakan tamatnya waktu

    persekolahan untuk hari ini.

    Aku masih lagi terkial-kial mencari buku rujukan SPM

    Bahasa Melayu di dalam perpustakaan untuk dibawa pulang.

    Jika diikutkan hati mahu saja aku membelinya di kedai-kedai

    buku tapi memandangkan buku-buku rujukan untuk SPM

    agak mahal, niat untuk membelinya terpaksa aku batalkan

    begitu sahaja.

    Aku dilahirkan dalam keluarga yang menjalanikehidupan yang agak susah memandangkan bapaku hanya

    bekerja di kilang papan. Ibuku pula hanyalah seorang suri

    rumah sepenuh masa. Adik-beradikku empat orang

    kesemuanya dan aku pula adalah anak pertama dalam

    keluarga. Sudah menjadi kebiasaan bagi anak sulung, tugas

    sebagai anak dan kakak kepada adik-adik sangat mencabar.

    Dalam segala hal, aku banyak mengalah demi kegembiraanadik-adikku.

    Hampir dua puluh minit aku mencari dan meninjau

    rak-rak buku yang berada di dalam perpustakaan untuk

    Bab

    1

  • 7/31/2019 SCKK

    2/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    2

    mencari buku rujukan yang ingin kupinjam. Tapi aku hampa.

    Buku yang aku cari masih lagi belum aku jumpa. Jam dinding

    di dalam perpustakaan sudah menunjukkan ke angka tiga

    petang. Agak terlewat sedikit untuk aku pulang ke rumah

    pada hari ini memandangkan aku masih lagi berada di

    sekolah untuk mencari bahan bagi persediaan menghadapi

    peperiksaan SPM tidak lama lagi.

    Setelah hampir setengah jam berlalu, aku hampa.

    Buku rujukan yang aku cari tidak ada. Apa yang perlu akubuat? Perlukah sampai aku pecahkan tabung di rumah untuk

    membeli buku rujukan itu di kedai buku? Aku mengetap bibir

    dan otak mula ligat berfkir. Ah, kalau sudah terpaksa, tidak

    salah rasanya aku pecahkan tabung kesayangan itu. Demi

    menentukan masa depan, aku sanggup berkorban. Ingatan

    kembali pada lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Berkorban

    Apa Saja.

    Aku bergegas keluar dari perpustakaan untuk

    segera pulang ke rumah. Semasa menuruni tangga,

    langkahan kaki terpaksa aku cepatkan seolah-olah berlari-lari

    anak dan tanpa disengajakan, aku bertembung dengan

    seorang guru!

    Ops!Kedengaran suara guru itu seakan-akan terperanjat

    dengan perlanggaran yang berlaku. Aku yang perempuan

    macam ini pun langsung tak bersuara. Dia yang lelaki pula

    boleh terkejut?

    Habis buku teks yang berada di tanganku jatuh

    bergelimpangan. Buku-buku yang berada di tangan guru itu

    juga turut sama jatuh dan menyebabkan kami sama-sama

    duduk mengutip buku masing-masing. Tangan sibuk

    mengutip buku, mata sibuk mencuri pandang pada muka

  • 7/31/2019 SCKK

    3/114

    Rafina Mimi Abdullah

    3

    guru lelaki yang belum pernah aku lihat sebelum ini. Terlihat

    sama tanda nama yang dipakainya, Ahmad Saarin Haji

    Subki.

    Anis nak pergi mana laju sangat ni?

    Eh? Dia tahu nama aku? Oh, barangkali dia melihat

    pada tanda nama yang aku pakai.

    Nak balik rumah.

    Cikgu Saarin memerhati jam di tangannya.Dahinya berkerut. Dah lewat petang macam ni baru Anis nak

    balik?

    Saya ke perpustakaan tadi. Cari buku... jawabku.

    Cikgu Saarin membantu aku mengutip buku dan

    sesekali tangan kami bersentuhan secara tidak sengaja kerana

    kami mengutip buku dalam keadaan cepat dan menggelabah.

    Eh, bukan... dia seorang saja yang kelihatannya hendak cepat

    tapi aku seorang saja yang menggelabah. Tiba-tiba terasa

    panik tak tentu pasal.

    Anis cari buku apa?

    Buku rujukan SPM Bahasa Melayu. Cepat-cepat

    aku berdiri dan meminta maa daripada Cikgu Saarin kerana

    telah melanggarnya tanpa sengaja.

    Anis... panggil Cikgu Saarin.

    Ye....

    Kenapa mesti cari buku tu kat perpustakaan?

    Kenapa Anis tak beli aje?

    Persoalan daripada Cikgu Saarin membuatkan aku

    sedikit gusar. Bagaimana harus aku menjawab persoalan itu?Dan perlu ke aku jawab?

    Cikgu, saya minta diri dulu. Dah lambat sangat

  • 7/31/2019 SCKK

    4/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    4

    ni. Aku mula mengorak langkah sambil membetulkan beg

    sekolah yang kusandang.

    Anis, tunggu sekejap....

    Suara Cikgu Saarin tiba-tiba menghentikan

    langkah yang kuatur. Ada apa cikgu?

    Anis balik dengan apa?

    Jalan kaki.

    Rumah dekat mana?Dia ni cikgu ke polis?

    Kampung Bukit Ara.

    Eh, jauh juga tu. Jalan kaki aje dari rumah ke

    sekolah? Dahi Cikgu Saarin semakin berkerut.

    Apa yang dia pelik sangat? Sudah hampir lima

    tahun aku berulang-alik dari rumah ke sekolah hanya denganberjalan kaki. Aku sudah biasa mengharungi kepayahan

    untuk datang ke sekolah dan pulang ke rumah. Mungkin

    Cikgu Saarin ni anak orang kaya, pelik apabila pelajar

    sekolah berjalan kaki untuk pergi dan balik dari sekolah.

    Ye. Jalan kaki aje.

    Boleh saya hantar?Ha?

    Saya tanya, boleh saya hantar Anis balik?

    Aku berfkir sejenak. Entah kenapa pula tiba-tiba

    Cikgu Saarin mahu menghantar aku pulang. Tak apalah.

    Saya dah biasa balik jalan kaki.

    Nanti penat.Banyak songeh pula cikgu ni.

    Okeylah.... Aku terus bersetuju tanpa berfkir

  • 7/31/2019 SCKK

    5/114

    Rafina Mimi Abdullah

    5

    panjang. Takut pula nanti terlalu lewat sampai ke rumah.

    Tambahan pula aku malas hendak melayan segelintir budak-

    budak kampung yang selalu melepak di selekoh jalan

    memasuki lorong ke rumahku. Biasalah budak-budak lelaki

    kampung yang nakal memang suka menyakat tak kira siapa

    pun yang lalu-lalang. Apabila aku bersetuju, Cikgu Saarin

    menghampiri aku dan mengambil kesemua buku teks yang

    berada di tanganku. Beg sekolah yang sedang aku sandang

    juga ditarik talinya daripada bahuku. Eh?

    CIKGU baru masuk mengajar ke? Sebelum ni, saya tak pernah

    tengok cikgu dekat sekolah tu. Atau cikgu baru bertukar dari

    sekolah lain? Aku memulakan perbualan apabila melihatCikgu Saarin hanya mendiamkan diri. Semasa di sekolah

    tadi, bukan main rancak lagi dia bertanyakan aku bermacam-

    macam soalan. Sekarang, sudah tiada bahan atau isu untuk

    diperkatakan barangkali.

    Saya baru saja bertukar ke sini. Sebelum ini saya

    mengajar di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan Kuala

    Berang.

    Mengajar subjek apa?

    Bahasa Melayu.

    Cikgu Saarin memandangku sekilas sambil

    melemparkan senyuman.

    Errr... cikgu mengajar tingkatan lima tak?

    Sudah tentu.

    Ha? Pura-pura bertanya sedangkan aku sudah

    cukup jelas dengan jawapan yang diberikannya.

  • 7/31/2019 SCKK

    6/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    6

    Saya cakap, sudah tentulah saya akan mengajar

    pelajar-pelajar tingkatan lima.

    Lagi sekali Cikgu Saarin memandang ke arahku

    sambil mengukir senyum.

    Kelas saya cikgu mengajar tak?

    Anis duduk dalam kelas apa?

    5 Kemboja.

    Oh... kelas itu la yang akan saya ambil alih nanti.Ha?

    Saya cakap, kelas 5 Kemboja tu kelas yang akan

    saya ajar nanti. Anis ni kenapa? Kurang pendengaran ye.

    Cikgu Saarin tersengih.

    Aku sedikit terasa. Tolong sikit, bila masa aku pekak?

    TERIMA KASIH cikgu sebab hantar saya balik, ucapku

    ikhlas.

    Sama-sama. Ini rumah Anis ke?

    Cikgu Saarin memerhati keadaan rumahku yangagak kecil dan kelihatan sedikit uzur. Tanpa berasa malu

    dengan keadaan rumahku yang sebegitu, aku hanya

    menganggukkan kepala dan mengiakannya sahaja. Lagipun

    untuk apa aku nak menipu? Aku bukannya jenis manusia

    yang suka berlagak atau meninggi diri. Apa yang ada padaku,

    itulah seadanya aku.

  • 7/31/2019 SCKK

    7/114

  • 7/31/2019 SCKK

    8/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    8

    Curly maksudnya Encik Keriting. Jadi tiada salahnya kalau

    aku panggil dia cikgu keriting.

    Uhuk... uhuk. Ehem.... Mr. Curly berpura-pura

    batuk. How dare you.

    Maa... saya tidak bermaksud untuk berkata begitu.

    Its okay.Just orget about it. Sit down.

    Fuh, lega aku. Mati-mati aku fkirkan Mr. Curly

    suruh aku berdiri di atas kerusi.

    HABIS waktu persekolahan, aku dan Diana bergegas menuju

    ke dewan untuk menjalani latihan untuk pemilihan pemain-

    pemain badminton bagi mewakili sekolah. Sebenarnya akumemang berminat untuk menyertai latihan itu namun niat

    di hati terpaksa aku kuburkan begitu saja kerana aku tidak

    mempunyai raket. Usahkan nak beli raket, nak beli buku

    rujukan pun aku tak mampu.

    Aku hanya berdiri di luar dewan dan menyuruh

    rakan baikku Diana seorang saja yang memasuki latihan

    pemilihan itu.

    Kenapa Anis berdiri di luar saja? tegur Cikgu

    Saarin yang tiba-tiba sahaja berdiri di belakangku.

    Aku sedikit terperanjat dengan kehadirannya itu.

    Saya tak ada raket, jawabku.

    Masuklah ke dalam dewan. Nanti boleh pinjam

    raket saya, ujar Cikgu Saarin.

    Aku memandang Cikgu Saarin selama beberapa

    saat. Baiknya cikgu ni. Tak apalah. Raket cikgu ni tentu

  • 7/31/2019 SCKK

    9/114

    Rafina Mimi Abdullah

    9

    mahal. Kalau saya tersilap guna, nanti rosak. Saya tak ada

    duit nak ganti balik.

    Saya suruh Anis pinjam raket saya aje. Saya tak

    suruh Anis ganti balik kalau raket saya rosak.

    Aku berfkir sejenak. Lagi sekali aku memandang ke

    arahnya.

    Tak apalah. Saya tak mahu. Lebih baik saya

    beringat sebelum terkena... tuturku.

    Maksud Anis, Anis tak percayakan saya? soal

    Cikgu Saarin. Air muka Cikgu Saarin mula berubah.

    Bukan macam tu maksud saya, ujarku lembut.

    Ambillah raket saya. Saya bagi Anis pinjam bukan

    saja untuk hari ni. Nanti kalau Anis terpilih, Anis boleh

    gunakan raket saya ni bila-bila masa aje. Cikgu Saarin

    menghulurkan raket berjenama Carlton miliknya.

    Aku teragak-agak untuk menyentuh raket

    berjenama Carlton itu, apatah lagi untuk menggunakannya.

    Tertelan air liur seketika.

    Raket yang berada di tangannya masih lagi

    dihulurkan padaku. Dengan rasa berat hati aku

    mengambilnya juga. Apabila raket sudah berada di tangan,aku berasa sedikit teruja dan mengukir senyuman. Tapi dalam

    kepalaku terlintas satu soalan. Kenapa Cikgu Saarin ni suka

    berbuat baik pada aku? Semalam dia tolong hantarkan aku

    pulang ke rumah. Hari ini, dia bagi pinjamkan raket

    mahalnya pula.

    Terima kasihye cikgu.

    Sama-sama. Jom masuk dewan. Nanti Anis

    terlambat pula untuk acara pemilihan tu.

    Aku dan Cikgu Saarin mula berjalan beriringan

  • 7/31/2019 SCKK

    10/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    10

    memasuki dewan. Dalam hati berbunga-bunga kerana dapat

    juga aku menjalani acara pemilihan untuk pemain-pemain

    badminton bagi mewakili sekolah.

    ALHAMDULILLAH... aku terpilih untuk memasuki team

    badminton bagi mewakili sekolah pada bulan depan.

    Nampaknya aku perlu membahagikan masa di antara

    badminton dan pelajaran selepas ini. Tak lama lagi aku juga

    bakal menduduki peperiksaan yang paling penting. Aku tak

    mahu gagal. SPM sangat penting bagi menentukan masa

    depan yang lebih cerah.

    Aku hanya risaukan tentang masalah kewangan

    yang dihadapi oleh keluargaku sejak akhir-akhir ini. Apakahaku dapat meneruskan persekolahan atau aku terpaksa

    berkorban demi memberi laluan kepada adik-adikku?

    Pernah sekali ayahku melahirkan hasratnya supaya

    aku berhenti sekolah kerana dia tidak mampu untuk

    menanggung beban kewangan keluarga. Aku sedih

    mendengar luahan hati ayahku.

    Begitu juga dengan ayahku. Kalau boleh, dia mahu

    melihat kesemua anak-anaknya berjaya dalam pelajaran tapi

    apalah dayanya. Ayahku juga sering tidak sihat dan sakit-sakit

    sehingga tidak dapat pergi bekerja selama beberapa hari. Jika

    ayahku tidak bekerja, maka tiada jugalah sumber rezekinya

    untuk hari itu. Kehidupan kami sekeluarga seperti kais pagi

    makan pagi, kais petang makan petang.Apa yang dimenungkan tu? Cikgu Saarin datang

    menegur setelah tamat acara pemilihan untuk pemain-

    pemain badminton bagi mewakili sekolah.

  • 7/31/2019 SCKK

    11/114

    Rafina Mimi Abdullah

    11

    Eh, cikgu. Tak ada apa-apa. Letih sikit.

    Anis nak air?Penutup botol air mineral dibuka lalu dihulurkan

    padaku.

    Terima kasih.

    Aku mencapai botol yang berisi air mineral dari

    tangan Cikgu Saarin. Aku meneguknya beberapa kali bagi

    menghilangkan dahaga akibat kepenatan.Minum macam tu aje? Cikgu Saarin

    menghulurkanstraw.

    Erk! Malunya aku. Air di dalam botol mineral sudah

    habis separuh aku teguk. Baru sekarang Cikgu Saarin mahu

    memberistraw? Macam sengaja nak kenakan aku. Grrr....

    Mahu tidak mahu, terpaksa juga aku mengambilstraw yang dihulurkan. Dalam hati ada sedikit perasaan

    geram bercampur malu. Orang perempuan minum air main

    teguk-teguk. Kalah orang lelaki.Adeh!

    Nanti saya hantar Anis balikye....

    Ha... nak hantar aku balik lagi? Semalam dah

    tolong hantar. Hari ni pun nak tolong hantar juga? Ini sudah

    melebihi tanggungjawab seorang guru. Berlagak macam

    abang aku pula. Tahu la aku balik sendiri. Cikgu Saarin ni

    nampak macam kaki penyibuk pun ada.

    Saya boleh balik sendiri. Lagipun saya nak pergi ke

    sungai. Nak memancing. Kalau petang-petang macam ni saya

    suka memancing.

    Boleh saya ikut?Nak ikut pulak dah. Cikgu Saarin ni demam ke

    apa? Aku menggaru kepala. Semakin hari terasa semakin

    pelik dengan cikgu baru ni.

  • 7/31/2019 SCKK

    12/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    12

    SAMPAI sahaja di sebatang anak

    sungai, aku melipat kaki seluar

    trekku sehingga ke paras betis.

    Tanpa menghiraukan Cikgu Saarin yang masih berdiri dan

    tidak berbuat apa-apa, aku terus menuruni tebing sungai

    perlahan-lahan dan menjejakkan sepasang kaki masuk ke

    dalam sungai.

    Cikgu Saarin masih berada di atas tebing seolah-

    olah sangsi untuk turut sama mengikuti aku. Tadi beria-ia

    sangat nak ikut. Apabila sudah sampai, hendak turun ke anaksungai pun sebiji macam mak nyah. Terhegeh-hegeh. Orang

    bandar agaknya dia ni.

    Anis nak pergi mana tu?!

    Nak ke seberang sana! Saya nak ambil joran yang

    saya tinggalkan semalam! pekikku sedikit memandangkan

    aku sudah berada dalam jarak yang agak jauh daripada Cikgu

    Saarin. Kelihatannya dia menggaru-garukan kepala beberapa

    kali.

    Sejurus kemudian Cikgu Saarin turun juga ke

    Bab

    2

  • 7/31/2019 SCKK

    13/114

    Rafina Mimi Abdullah

    13

    sungai dan mengikuti aku dari belakang tanpa melipat kaki

    seluar trek yang dipakai.Aik? Turun macam tu aje? Tak kisah

    ke seluar basah?

    Semakin lama Cikgu Saarin semakin menghampiri

    jejak langkahku yang kini sudah berada di tengah-tengah

    anak sungai. Air sungai tidaklah begitu dalam parasnya

    memandangkan sekarang ini musim kemarau.

    Cikgu Saarin ikut saya buat apa? Duduk ajelah kat

    tebing sungai tu, ujarku.

    Saya risaukan Anis. Tak takut ke masuk ke sungai

    sorang-sorang macam ni?

    Saya dah biasa. Boleh dikatakan hari-hari saya

    datang ke sini.

    Hari-hari? Sorang-sorang? Dahi Cikgu Saarin

    berkerut.

    Ye. Tiap-tiap petang saya akan datang ke sini. Saya

    suka memancing. Kadang-kadang saya tinggalkan joran.

    Eesoknya baru saya datang tengok. Manalah tahu kalau ada

    ikan jerung termakan umpan yang saya letak pada mata kail.

    Aku berseloroh.

    Cikgu Saarin tertawa. Tak tahu pula saya ada ikanjerung dalam sungai sekecil ni.

    Erk! Boleh tahan juga Cikgu Saarin ni. Pandai

    melayan orang bergurau. Aku mati akal, tak tahu bagaimana

    hendak membalasnya.

    Cikgu Saarin tersenyum. Matanya tidak berkerlip

    memandang ke arahku. Senyumannya kelihatan lain pada

    pandanganku. Seperti ada maksud tertentu tapi tidak dapat

    kurungkaikan erti di sebalik senyumannya itu.

    Sepantas kilat aku mengalihkan pandanganku ke

  • 7/31/2019 SCKK

    14/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    14

    arah lain. Tidak sanggup rasanya untuk bertentang mata

    dengan cikgu pelik yang sedang berdiri di hadapanku kini.

    Memang pelik Cikgu Saarin ni. Tiba-tiba saja berbuat baik

    dengan aku. Tolong hantar aku balik rumah, bagi aku pinjam

    raket, ikut aku ke sungai. Isy, memang pelik!

    Aku meneruskan perjalanan mengharungi anak

    sungai bersama Cikgu Saarin. Apabila sampai di seberang,

    aku menghampiri joran yang aku tinggalkan petang semalam.

    Perlahan-lahan aku menarik joran yang aku sembunyikan dicelah pohon-pohon senduduk.

    Huk... tak ada ikan! Seekor pun tak dapat. Riak

    wajahku berubah sedih. Dalam hati terpalit sedikit perasaan

    kecewa. Aku meletakkan kembali joran tersebut di celah

    pohon senduduk dan mula mengharungi anak sungai untuk

    kembali ke seberang.

    Cikgu Saarin hanya mengekori aku dari belakang.

    Setelah melihat perubahan pada wajahku yang sedikit

    mencuka, Cikgu Saarin mula bersuara.

    Kalau tak dapat pancing ikan, Anis pancinglah

    benda lain.

    Nak pancing apa?

    Hati saya....

    Apa dia?

    Pancing hati saya.

    Nak pancing hati cikgu buat apa? Bukannya saya

    boleh makan. Kalau pancing ikan, dapat juga saya makan.

    Nak pancing sesuatu, tak semestinya untukdimakan. Kalau pancing ikan tu memang betul la untuk kita

    makan. Tapi kalau pancing benda lain, banyak tujuan dan

    maksudnya.

  • 7/31/2019 SCKK

    15/114

    Rafina Mimi Abdullah

    15

    Tanpa disedari, aku dan Cikgu Saarin sudah sampai

    di tebing sungai. Kata-kata Cikgu Saarin membuatkan aku

    berfkir. Entah apa maksudnya Cikgu Saarin berbicara

    seperti itu. Fikiran budak-budak mentah seperti aku, apa

    sangatlah yang dapat aku tasirkan. Cikgu Saarin ni berjiwa

    sastera barangkali. Hanya dia saja yang aham apa yang

    diperkatakannya sebentar tadi. Aku? Malas nak fkir atau

    bertanya lebih-lebih.

    WAKTU rehat sudah hampir sepuluh minit berlalu. Aku hanya

    bersendirian di dalam perpustakaan. Kawan-kawan yang lain

    semuanya menuju ke kantin untuk mengisi perut masing-

    masing. Tapi aku hanya di sini. Di dalam perpustakaan denganbertemankan buku-buku teks, surat khabar dan bahan bacaan

    yang lain.

    Sebelum datang ke sekolah, aku sudah bersarapan

    di rumah, hanya beralaskan perut dengan segelas air sejuk

    dan cekodok kosong yang digoreng oleh ibu. Kalau diikutkan

    perut yang berkeroncong sekarang ini, mahu saja aku ke

    kantin untuk membeli makanan. Namun apabila memikirkanjumlah wang belanja yang diberikan oleh ayah pagi tadi, aku

    membatalkan hasratku untuk ke kantin.

    Wang saku yang diberikan oleh ayah hari ini hanya

    berjumlah satu ringgit. Apa sangatlah yang dapat aku beli di

    kantin dengan wang sebanyak ini? Cuma satu pinggan nasi

    lemak bolehlah lepas. Bagaimana pula dengan segelas air?

    Mana mungkin aku dapat menghabiskan satu pinggan nasi

    lemak tanpa segelas air. Silap hari bulan aku boleh mati

    tercekik....Huk!

  • 7/31/2019 SCKK

    16/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    16

    Jauh betul Anis mengelamun. Teringat pada siapa?

    Boyriend?

    Huk aloh... tiba-tiba pula Cikgu Saarin ni muncul.

    Entah dari mana dia datang tiba-tiba sahaja muncul di

    belakangku sambil tersenyum.

    Cepat-cepat aku menutup buku nota mata pelajaran

    Sejarah yang aku salin sebentar tadi. Tumpuanku kini

    diberikan pada Cikgu Saarin yang masih berdiri di

    belakangku. Aku berasa sangat tidak selesa dengan kehadiranCikgu Saarin di sini. Seraya aku berdiri dan memandang ke

    kiri, kanan, depan, belakang. Mengharapkan agar masih ada

    pelajar-pelajar lain berada di dalam perpustakaan ini.

    Di satu sudut kelihatan dua orang pengawas

    perpustakaan sedang menyusun buku-buku di atas rak.

    Berhadapan dengan aku pula terdapat dua orang guru pelatihperempuan yang sedang memandang ke arah Cikgu Saarin

    sambil berbisik-bisik sesama mereka. Aku seolah-olah dapat

    mengagak apa yang mereka bisikkan. Hensem kan Cikgu

    Saarin ni. Dia dah kahwin ke belum?Bla... bla... bla....

    Saya masih sekolah lagi. Mana ada boyriend.

    Cikgu Saarin menarik kerusi lalu duduk

    bersebelahan dengan aku yang masih berdiri.

    Duduklah. Tak penat ke asyik berdiri aje?

    Cikgu Saarin menarik pula kerusiku ke hadapan

    sedikit. Tanpa bersoal jawab, aku terus duduk dan

    memandang tepat ke arah dua orang guru pelatih perempuan

    yang berpura-pura menulis agaknya.Jealous la tu.

    Anis buat apa kat dalam perpustakaan ni? Pelajar-

    pelajar lain semuanya pergi makan. Anis tak makan?

    Saya sibuk salin nota mata pelajaran Sejarah.

  • 7/31/2019 SCKK

    17/114

  • 7/31/2019 SCKK

    18/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    18

    Cikgu Saarin. Macam sengaja memerli aku. Aku tak

    pekaklah! Isy....

    Saya tak ada duit nak bayar balik nanti.

    Saya tak suruh pun Anis bayar balik. Cukup setakat

    berjanji sesuatu dengan saya.

    Cikgu Saarin membetulkan kedudukan dan

    bersungguh-sungguh memandangku.

    Berjanji apa?Berjanji dengan saya, buat yang terbaik untuk SPM

    nanti. Belajar betul-betul dan jangan banyak main. Boleh?

    Aku berfkir sejenak. Kalau hendak melaazkan janji

    seperti itu, sudah tentu saja aku boleh. Tapi kalau terpaksa

    bayar balik buku-buku rujukan SPM yang Cikgu Saarin nak

    belikan untuk aku, rasanya tak boleh. Sememangnya aku

    tidak mampu.

    Boleh janji dengan saya macam tu tak?

    Ermmm.... Aku hanya mengangguk perlahan.

    Okey... sekarang Anis tulis kat kertas ni buku

    rujukan apa yang Anis mahu. Jangan tinggal walau satu pun,

    ujar Cikgu Saarin sambil mengeluarkan sekeping kertas

    kosong dan sebatang pen daripada poket bajunya lalu

    dihulurkannya kepadaku.

    Aku menggigit ibu jari dan mula berfkir senarai

    buku-buku rujukan yang akan kutulis. Setelah selesai, aku

    menghulurkan kembali kertas dan pen itu kepada Cikgu

    Saarin.

    Kenapa cikgu baik sangat dengan saya? Setelahsoalan itu terpacul daripada mulutku, Cikgu Saarin

    tersenyum.

    Sebab, saya sayangkan pelajar-pelajar saya. Saya

  • 7/31/2019 SCKK

    19/114

    Rafina Mimi Abdullah

    19

    tak suka tengok pelajar saya bersusah payah meminjam buku-

    buku rujukan di dalam perpustakaan sedangkan buku-buku

    dekat sini belum tentu cukup muka suratnya. Mungkin ada

    yang terkoyak atau tidak cukup helaian. Nanti menyusahkan

    peminjam-peminjam yang lain macam Anis.

    Tapi, sudah tentu ramai lagi pelajar lain yang

    meminjam buku-buku rujukan dalam perpustakaan ni.

    Kenapa cikgu tak beli saja untuk semua pelajar? Kenapa

    untuk saya seorang? Satu soalan bodoh yang aku bagi padaCikgu Saarin.

    Sebab....

    Cikgu Saarin tidak dapat menghabiskan ayat.

    Secara tiba-tiba dia terdiam.

    Kringgg!!!! Waktu rehat sudah pun tamat. Aku

    segera meminta diri untuk pulang ke kelas.Anis....

    Ada apa lagi cikgu? Saya nak cepat ni. Lepas ni

    jadual kelas untuk Bahasa Inggeris pula. Kalau terlewat

    sedikit, pastiMr. Curly marah-marah.

    Kalau Mr. Curly marah Anis, nanti cepat-cepat

    bagitau saya. Tahulah saya nak mengajarnya macam mana.Boleh pula macam tu?

    Kenapa pula tak boleh? Mr. Curly tu satu rumah

    dengan saya. Bila-bila masa saja saya boleh pulas-pulas

    rambut dia kasi lebih power keritingnya kalau dia berani

    marahkan Anis. Ujar Cikgu Saarin sambil tersengih.

    Aku hampir-hampir tergelak. Rupa-rupanya Mr.Curly dan Cikgu Saarin ni tinggal serumah.

  • 7/31/2019 SCKK

    20/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    20

    SAMPAI sahaja di kelas, kelihatanMr. Curly sedang berpeluk

    tubuh sambil menunggu pelajar-pelajar lain masuk ke kelas

    termasuk aku. Gulp! Pasti kami semua akan dimarahinya

    nanti.

    Everybody sit down and keep quiet please!

    Hah! Aku dah kata.

    Anis, aku geram betul la dengan Mr. Curly ni.

    Asyik nak marah kita aje, kan? Terlambat sikit pun tak

    boleh.

    Rakan baikku Diana merungut tentang sikap Mr.

    Curly yang nampaknya langsung tidak boleh menunjukkan

    sikap bertolak ansur dengan pelajar. Aku malas hendak

    menyampuk kritikan daripada Diana tentang Mr. Curly. Nanti

    tak pasal-pasalMr. Curly dengar dan silap hari bulan, aku dan

    Diana disuruhnya berdiri di atas kerusi. Huh!Dahlah. Nanti dia dengar, kita yang susah. Kau tak

    ingat ke apa yang aku dah kena semalam?

    Apa pula tak ingat. Teruk betul, kan Mr. Curly tu.

    Tapi nasib baik jugalah dia tak suruh kau berdiri atas kerusi.

    Syyy.... Aku segera membuat isyarat jari telunjuk

    pada bibir.Diana aham.

    Hey ladies! Come here and talk to me....

    Hah, sudah! Aku dan Diana berpandangan sesama

    sendiri. Dalam hati tertanya-tanya, siapakah ladies yang

    dimaksudkanoleh Mr. Curly itu? Aku dan Diana memerhati

    keadaan sekeliling. Keseluruhan isi kelas hanya memandangke arah aku dan Diana.

    Setelah mendapati aku dan Diana masih lagi tidak

    berganjak dari tempat duduk untuk ke depan, Mr. Curly

  • 7/31/2019 SCKK

    21/114

    Rafina Mimi Abdullah

    21

    berjalan menghampiri meja Diana sambil berpeluk tubuh.

    Dalam hati aku berdoa supaya kami berdua diselamatkan.

    Miss Diana Afah, awak bercakap tentang saya

    ye? soalMr. Curly.

    Diana menggelengkan kepalanya.

    Aku di sebelah hanya menelan liur berkali-kali dan

    menundukkan kepala. Tidak berani untuk mengangkat

    muka.

    Talk to me! Jangan menggelengkan kepala saja!

    Tiba-tibaMr. Curly meninggikan suara.

    Errr... sa... saya.... Terketar-ketar Diana bersuara.

    Sesekali matanya menjeling ke arahku seolah-olah

    meminta supaya aku menjadi tukang bela. Isy, tak sanggup

    aku. Semalam aku dah kena dengan Mr. Curly. Hari ini, aku

    sudah tidak mahu mengambil risiko lagi.

    Dont you ever talk about me! Understand?

    Yes, sir....

    Good girl....

  • 7/31/2019 SCKK

    22/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    22

    SEBAIK sahaja habis waktu

    latihan badminton, aku segera

    bergegas untuk pulang ke rumah

    memandangkan hari semakin menghampiri senja. Nampaknya

    tidak sempatlah aku hendak ke sungai, melihat hasil joran

    yang aku tinggalkan semalam. Manalah tahu kalau-kalau

    ada ikan keli yang tersangkut pada umpan. Boleh juga

    aku membawanya pulang ke rumah untuk dimasak lemak

    atau digoreng begitu saja. Sudah tentu ibu dan adik-adik

    menyukainya.Sepanjang perjalanan, aku asyik memerhati raket

    yang berada di tangan. Raket tanpa sarung ini pasti saja akan

    cepat rosak talinya sekiranya terdedah pada matahari.

    Mungkin tempoh hari Cikgu Saarin terlupa hendak

    memberikan sekali sarung raket ini.

    Aku mengamati betul-betul pada batang raket yang

    kini berada di tangan. Carlton Carbotec 503. Terkumat-kamit

    aku membaca jenama raket yang aku pegang. Mahal ke raket

    ni? Kalau berharga dua tiga ratus, sudah tentulah mahal bagi

    Bab

    3

  • 7/31/2019 SCKK

    23/114

    Rafina Mimi Abdullah

    23

    orang yang hidupnya susah macam aku. Tapi mungkin tidak

    mahal bagi orang lain.

    Tanpa aku sedari, sebuah kereta Proton Wira hitam

    berhenti betul-betul di tepi kaki lima jalan sambil

    membunyikan hon. Langkah kakiku terhenti. Itu kereta

    Cikgu Saarin. Sempat lagi tu dia mengekori aku.

    Anis... panggil Cikgu Saarin sambil keluar dari

    kereta dan melambaikan tangannya.

    Semakin hari terasa lain macam pula tingkah laku

    yang ditunjukkan oleh Cikgu baru ni. Suka sangat mengekori

    aku. Hendak dikatakan tidak sengaja, tak mungkin. Mustahil

    pertemuan-pertemuan ini hanya satu kebetulan. Setahu aku,

    jalan menuju balik ke rumahnya adalah menghala ke arah

    jalan Kuala Terengganu dan bukannya menuju ke Kuala

    Berang.Aku mengorak langkah beberapa meter dan

    menghampiri keretanya. Kenapa cikgu suka ikut saya?

    Saya nak tolong hantar Anis balik. Boleh, kan?

    Saya tak suka naik kereta. Saya lebih suka jalan

    kaki.

    Kalau macam tu, saya tinggalkan kereta kat sini.Nanti kita jalan sama-samaye....

    Astaga! Cikgu Saarin ni sihat ke tak sihat?

    Nanti kereta cikgu kena curi saya tak mahu

    bertanggungjawab.

    Tak ada siapa yang berani nak curi kereta saya ni

    kalauparking depan balai polis.Aku memandang ke sebelah kiri. Baru aku perasan,

    aku kini sedang berada di hadapan balai polis. Ralit sangat

    aku berjalan sampai tak sedar aku sudah melepasi simpang

  • 7/31/2019 SCKK

    24/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    24

    empat trafc light. Baiklah, saya akan naik kereta dengan

    cikgu.

    Cikgu Saarin senyum. Hidungnya kelihatan sedikit

    kembang.

    Petang ni Anis tak nak pergi memancing?

    Semalam ada tinggalkan joran kat sungai tukan? Nak pergi

    tengok tak? Saya teruja ni nak pergi tengok, ujar Cikgu

    Saarin memulakan bicara.

    Dah lewat la cikgu. Nanti ibu dengan ayah marah

    kalau saya balik lambat.

    Oh... okey, tak apalah. Mungkin petang esok.

    Boleh?

    Okey... petang esok. Ucapku lirih.

    Aku mencuri pandang wajah Cikgu Saarin yang

    dari tadi lagi asyik tersenyum. Entah apa yang dia gembira

    sangat aku pun tak tahu. Dua tiga kali pandang, macam

    mengada-ada pun ada cikgu ni. Entah. Macam syok sendiri

    pula.Heee....

  • 7/31/2019 SCKK

    25/114

  • 7/31/2019 SCKK

    26/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    26

    SPM yang aku mahu. Jadi aku terpaksa tolak pelawaan

    daripada Diana. Pasal buku-buku tu kau tak perlulah nak

    bayarkan untuk aku.

    Kenapa pula?

    Sebab...errr... sebab....

    Sebab apa?! Diana tiba-tiba menyergah!

    Sebab Cikgu Saarin dah nak belikan untuk aku!

    Aku terperanjat dengan suara sergahan daripada Diana danmenyebabkan aku turut sama melantangkan suara.

    Hah??? Sepasang mata Diana membulat.

    Cikgu Saarin nak belikan untuk aku.

    Dengan tidak semena-mena, Diana tergelak. Entah

    apa yang lucu sangat agaknya.

    Aku rasa Cikgu Saarin tu syok dekat kau la Anis.He he he. Diana gelak lagi sambil menutup mulut.

    Mengarutlah!

    Apa pula mengarut? Cuba kau fkir baik-baik. Dia

    bagi kau guna raket dia, dia selalu hantar kau balik rumah, dia

    ikut kau pergi ke sungai.Ermmm... apa lagiye? Hah! Dia nak

    beli buku-buku rujukan untuk kau. Apa makna semua tu?

    Aku mencebikkan bibir apabila mendengarkan kata-

    kata daripada Diana yang pada aku sedikit pun tidak masuk

    akal. Cikgu yang berusia dua puluh tujuh tahun macam tu

    syok dekat pelajar yang berusia tujuh belas tahun? Mustahil!

    Kau jangan nak reka ceritalah Diana. Entah-entah

    Cikgu Saarin tu dah bertunang ke, dah kahwin ke. Manalah

    kita tahu. Kau jangan pandai-pandai nak cakap macam tu ye.Nanti kalau Cikgu Saarin dapat tahu, malu aku. Aku

    menjelaskan keadaan pada Diana supaya dia aham.

  • 7/31/2019 SCKK

    27/114

    Rafina Mimi Abdullah

    27

    Mana ada aku reka cerita? Betul apa.... Diana

    masih lagi mempertahankan apa yang sudah dia perkatakan

    sebentar tadi.

    Apa yang betulnya? Aku sudah mula naik geram

    pada Diana.

    Diana membuka zip beg sekolahnya dan mengambil

    kotak pensel. Satu kertas kecil dikeluarkan dan diberikannya

    kepada aku.

    Memandangkan kau tak ada handphone, Cikgu

    Saarin berikan nota ni. Dia bagi pada aku dua hari yang lepas

    tapi masa tu aku terlupa nak bagi dekat kau.Sorry ek.

    Dahiku berkerut sambil mengambil nota kecil

    daripada tangan Diana.

    Jumpa saya dekat Pustaka Sri Intan (PSI) hari

    Sabtu jam sebelas pagi. Datang dengan Diana

    ye. Saya tunggu Anis tau. Nanti kita sama-

    sama pilih buku rujukan yang Anis mahu.

    Kalau ikutkan hati, saya memang nak pergi

    beli sendiri. Tapi kalau Anis ada sama, tentu

    saya rasa lebih seronok dan bahagia....

    Tiba-tiba nota kecil yang berada di tanganku

    tercampak ke lantai. Ayat yang terakhir membuatkan aku

    rasa geli.

    Diana membuat muka pelik melihat aku

    mencampakkan nota kecil itu tanpa disengajakan.

    Anis, kau ni kenapa? Main campak-campak pula

    kertas tu.

    Bukannya aku sengaja nak campak....

  • 7/31/2019 SCKK

    28/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    28

    Habis tu?

    Cuba kau baca nota yang Cikgu Saarin tulis tu.Baca ayat yang terakhir. Aku memuncungkan mulut ke arah

    nota kecil yang sudah berada di atas lantai usang dan

    berlubang. Nasib baik jugalah nota itu tidak jatuh ke bawah

    rumah melalui lubang itu.

    Diana membongkokkan sedikit badannya lalu

    mencapai nota kecil yang dikirimkan oleh Cikgu Saarin.

    Tapi kalau Anis ada sama, tentu saya rasa lebih seronok danbahagia.Ha ha ha!!!

    Wah, Diana gelak besar! Sehinggakan aku juga

    turut sama tergelak besar macam dia.

    Aku dah mula rasa curiga dengan Cikgu Saarin

    ni.

    Maksud kau apa Anis?

    Entah. Dia seolah-olah menunjukkan sikap pelik

    depan aku. Cara dia bercakap, cara dia mengeluarkan patah-

    patah perkataan, tingkah laku dia. Kau tahu tak... masa dekat

    sungai tempoh hari, ada ke patut dia suruh aku pancing hati

    dia?

    Ha ha ha! Aku dan Diana sama-sama tergelak besar.Sebab itulah aku cakap Cikgu Saarin tu suka

    dekat kau tapi kau tak nak percaya. Kau cakap aku mengarut.

    Diana mula menarik muka empat belas.

    Jangan-jangan kau dah berpakat dengan Cikgu

    Saarinye nak ajak aku pergi ke PSI, kan? Aku turut berasa

    curiga pada Diana.

    Eh, tolong sikitye. Aku pun terkejut bila baca nota

    yang Cikgu Saarin bagi dekat kau tadi tu. Tak sangka pula

    aku cikgu pelik tu ajak kau pergi ke PSI hari ni juga.

  • 7/31/2019 SCKK

    29/114

    Rafina Mimi Abdullah

    29

    Kau jangan nak tipu. Habis tu, kenapa tiba-tiba

    pula Cikgu Saarin ada tulis nama kau sekali dalam nota tu?

    Kalau nak tipu aku pun agak-agak la. Aku menarik muka

    kelat dan menjeling ke arah Diana dengan perasaan geram.

    Diana tertawa kecil seraya menutup mulut.

    Ooo... pandai betul dia berlakon depan aku.

    Okey, okey. Aku mengaku aku berpakat dengan

    Cikgu Saarin tu. Dia yang beria-ia sangat minta tolong

    dengan aku supaya pujuk kau untuk pergi ke PSI tu hari ni.

    Aku berani jamin dengan kau yang Cikgu Saarin tu masih

    lagi belum berkahwin. Dia masih bujang, dia belum

    bertunang atau terikat dengan siapa-siapa pun. Dia suka

    dekat kau tu Anis.

    Bersungguh-sungguh benar Diana memberitahu

    padaku maklumat tentang Cikgu Saarin. Aku pelik dengansikap Diana. Macam mana dia boleh tahu begitu banyak

    tentang Cikgu Saarin tu sedangkan di sekolah, aku yang

    paling rapat dengan cikgu pelik tu.

    Eleh kau ni Diana. Kau percaya ke dengan

    maklumat yang kau dapat daripada Cikgu Saarin tu?

    Mestilah aku percaya. Kalau betul dia dah kahwin,

    tak mungkin dia akan tinggal satu rumah dengan cikgu

    keriting tu. Mestilah dia tinggal bersama dengan isterinya.

    Eh, manalah tahu kalau isteri dia cikgu jugak ke

    tapi mengajar kat tempat lain. Sabah ke, Sarawak ke. Ataupun

    bini dia jururawat ke, tentera ke. Tapi bertugas kat negeri

    lain. Eleh... ingat aku ni lurus bendul macam kau ke Diana?

    Amboi bahasa kau bukan main lagiye. Eh, dahlah.Cepatlah siap. Nanti kesian dekat Cikgu Pareng tu menunggu

    lama dekat sana. Tak pasal-pasal jadi tiang letrik pula dia kat

    depan PSI tu.Ha ha ha!

  • 7/31/2019 SCKK

    30/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    30

    Kau panggil Cikgu Saarin apa tadi?

    Cikgu Pareng.Ha ha ha!Lagi sekali Diana tergelak besar. Cikgu Pareng. Ki

    ki ki.

    AKU dan Diana segera bergegas ke Pustaka Sri Intan setelahturun dari bas. Kami berdua mengorak langkah dengan

    cepat apabila menyedari waktu yang dijanjikan dengan Cikgu

    Saarin sudah melebihi lima belas minit.

    Apabila kami tiba di pintu masuk ke PSI, kelibat

    Cikgu Saarin masih tidak kelihatan. Aku dan Diana

    berpandangan sesama sendiri. Dalam hati terdetik satu soalan

    yang sama. Mana Cikgu Saarin ni? Janji pukul sebelas.

    Sekarang sudah sebelas suku.

    Aku rasa dia main-main la Diana. Aku sudah mula

    berasa geram. Berkemungkinan juga Cikgu Saarin hanya

    mempermainkan aku dengan Diana. Mungkin dia saja main-

    main dengan nota yang ditulisnya itu.

    Tak mungkin. Dia dah janji nak belikan kau buku-buku rujukan, kan? Kalau dalam hal yang macam ni pun dia

    nak mainkan kau, memang dia jenis manusia yang tidak

    punya perasaan la. Kita tunggu dulu dalam masa sepuluh

    minit lagi. Kalau dia tak muncul juga, tahu la macam mana

    aku nak mengajarnya esok. Berani dia main-mainkan kawan

    baik aku. Diana mengetap bibir sambil menumbuk-numbuk

    tangan kanan pada tapak tangan kirinya.

    Ceh, tak padan dengan budak sekolah. Ada hati tu

    nak mengajar cikgu. Mimpi aje la!

  • 7/31/2019 SCKK

    31/114

    Rafina Mimi Abdullah

    31

    Ooo... mengumpat sayaye.

    Erk!Aku dan Diana cepat-cepat berpusing ke belakang.

    Berdirinya seorang cikgu yang kami nanti-nantikan. Cikgu

    Pareng!

    Eh, cikgu. Dah lama sampai? Diana berpura-pura

    ramah. Cis, hipokrit sungguh!

    Saya dah lama sampai. Kalau saya janji pukulsebelas, pukul sebelas la saya sampai. Bukannya macam dua

    orang budak sekolah yang berdiri kat depan saya ni. Langsung

    tak menepati masa. Saya tak suka orang yang sengaja

    melengah-lengahkan masa macam Anis dan Diana.

    Aku dan Diana tersenyum sumbing. Tak pasal-pasal

    dapat nasihatree daripada Cikgu Saarin.

    Maakan kami ye cikgu. Tak sengaja la datang

    lambat. Lagipun, baru saja lima belas minit kami terlewat.

    Cikgu aham-aham sajalah. Kami berdua ni naik bas. Banyak

    berhenti pula tu. Cikgu tak apalah, naik kereta sendiri. Diana

    menjelaskan keadaan yang sebenar pada Cikgu Saarin.

    Aku hanya terdiam membisu seribu bahasa.

    Okey, tak mengapalah. Saya maakan. Anis danDiana dah makan belum?

    Saya dah makan kat rumah tadi. Tapi Anis saya tak

    tahulah, ujar Diana sambil memandang ke arahku.

    Anis dah makan?

    Cikgu Saarin menundukkan kepalanya dan

    mencuri pandang ke mukaku yang sedikit terlindung dekhujung tudung yang ditiup angin.

    Sudah. Ringkas saja aku menjawab.

  • 7/31/2019 SCKK

    32/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    32

    Okey... kalau semuanya sudah makan, jom kita

    masuk dalam. Kita cari buku-buku yang Anis dan Diana

    mahu. Cikgu Saarin memulakan langkah dan memasuki

    pasar raya yang hanya menjual buku paling terkenal di

    bandar Kuala Terengganu.

    Aku dan Diana hanya mengekori dari belakang.

    SEMASA terlalu asyik memilih buku, secara tidak sengaja

    kami bertiga tiba-tiba berpecah. Diana naik ke tingkat dua.

    Cikgu Saarin pula hilang entah ke mana. Aku? Tersasar pada

    tujuan yang sebenar. Dengan tidak semena-mena aku sudah

    berada di bahagian novel.

    Aku menilik satu per satu novel-novel terbaharuyang teratur kemas. Tiba-tiba saja pandanganku terhenti pada

    sebuah novel yang begitu menarik perhatianku kerana kulit

    depannya yang cantik. Tajuknya Maa Jika Aku Tak Sempurna.

    Anis nak novel ni?

    Erk! Terdengar suara Cikgu Saarin dari sebelah

    kanan cuping telinga. Serentak aku berpaling dan tersenyum.Taklah. Tengok-tengok aje....

    Cepat-cepat aku meletakkan kembali novel yang

    berada di tangan tapi Cikgu Saarin mengambilnya semula

    dan melihat-lihat novel itu secara keseluruhannya.

    Dua dunia yang berbeza bagai langit dan bumi

    ditemukan dalam satu ikatan yang tidak pernah terduga.

    Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman

    yang matang dan penuh tertib atas dasar wasiat yang tidak

    boleh ditolak. Rasa benci daripada dua hati itu

  • 7/31/2019 SCKK

    33/114

    Rafina Mimi Abdullah

    33

    menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan

    terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina

    tanpa rela. Kehadiran Sarah yang berbelas tahun memendam

    perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yang

    menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yang

    tidak pernah terfkir akan lahir dari hati yang penuh rasa

    benci.

    Benarkah perasaan terlalu benci boleh

    mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam? Danmampukah perkahwinan tanpa rela bertukar menjadi satu

    ikatan yang bisa membuka jalan ke pintu syurga?

    Mak ai... habis satu sinopsis Cikgu Saarin baca!

    Aku terkedu.

    Ermmm... menarik sinopsis novel ni. Anis nak?

    Saya belikanye?Eh, tak apalah cikgu. Saya tengok-tengok setakat

    mencuci mata aje. Lagipun kulit depannya menarik. Ilustrasi

    watak dalam cerita tu sebiji macam... macam...errr....

    Macam siapa? Macam sayaye....

    Isy, tidak sempat aku hendak menghabiskan ayat

    tiba-tiba pula Cikgu Saarin mencelah dan tersengih. Tinggi

    betul tahap perasan Cikgu Pareng ni. Berada pada tahap

    seratus barangkali.Ha ha ha!

    Sikit la.... Aku mengaku sekali gus mengiakan

    dan tertunduk malu.

    Muka Anis dah merah. Adakah itu satu petanda

    bahawa hati dan perasaan Anis sudah terpancing oleh saya?

    Huk aloh... tiba-tiba bersastera dan berjiwang pula

    Cikgu Pareng ni. Lemah seluruh anggota badan apabila

    mendengar ungkapan seperti itu.

  • 7/31/2019 SCKK

    34/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    34

    Maksud cikgu apa? Saya tak aham.

    Ermmm... cukup hanya saya seorang saja yangaham. Anis masih budak-budak, mungkin susah nak aham.

    Saya pun tidak mahu membebankan fkiran Anis untuk

    memikirkan apa yang sudah saya perkatakan. Jadi, Anis

    lupakan sajalah.

    Cikgu Saarin meletakkan novel di atas timbunan

    buku-buku rujukan SPM yang berada di tangannya. Itu

    bermaksud, memang betul-betul dia hendak membelikannovel itu untuk aku. Alahai... tak terbalas budi baiknya. Buku-

    buku rujukan dan novel. Entah berapa banyak duit dia akan

    habis nanti.

    Betul ke cikgu nak belikan novel itu untuk saya?

    Sekali-sekala Anis kena baca buku-buku yang

    berbentuk novel macam ni. Tak boleh juga kalau asyik bacabuku pelajaran aje. Nantistress.

    Sepantas kilat hidungku disentuh dan ditonyoh

    perlahan. Aku memegang hidung dengan satu perasaan lain

    macam. Saya tak mahu terhutang budi lagi dengan cikgu.

    Nanti tak terbalas.

    Nanti Anis balas la budi saya. Bagi result yang

    cemerlang dalam SPM. Itu sudah cukup membanggakan saya.

    Insya-Allah. Saya tak berani nak jamin.

    Kenapa Anis cakap macam tu? Anis tak yakin?

    Bukan tak yakin. Tapi saya tak berani nak menaruh

    harapan yang tinggi. Saya nak buat biasa-biasa saja.

    SUASANA di dalam kereta sunyi dan sepi memandangkan

  • 7/31/2019 SCKK

    35/114

    Rafina Mimi Abdullah

    35

    Diana tidak ada. Bapa Diana sudah awal-awal lagi

    menjemputnya kerana mahu membawanya ke hospital,

    menziarahi neneknya.

    Aku berasa agak tidak selesa apabila berdua-duaan

    di dalam kereta dengan Cikgu Saarin memandangkan jarak

    perjalanan dari bandar ke rumah agak jauh. Kalau dekat-

    dekat tu tak mengapalah juga.

    Tadi aku menyatakan hasrat untuk menaiki bas

    seperti pagi tadi untuk pulang ke rumah tapi Cikgu Saarintidak membenarkan. Katanya aku tidak berteman dan masih

    di bawah umur. Dia bimbang sekiranya apa-apa terjadi pada

    aku.

    Anis....

    Ye cikgu....

    Buku rujukan dah dapat. Novel pun dah dapat.Tapi kenapa Anis macam tak gembira?

    Kalau saya gembira, takkan saya nak melompat-

    lompat dalam kereta cikgu ni?

    He he he... betul juga.

    Cikgu Saarin memandangku sekilas sambil

    tersenyum mesra.

    Cikgu... terima kasih banyakye. Tentu banyak duit

    cikgu habis untuk buku-buku rujukan tu semua.

    Aku tertunduk pilu. Dalam hati ada terselit perasaan

    terharu dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Cikgu

    Saarin.

    Sama-sama kasih.Uik? Belum pernah lagi aku dengar orang membalas

    ucapan terima kasih seperti itu. Cikgu Saarin ni memang

    suka mereka cipta ayat.

  • 7/31/2019 SCKK

    36/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    36

    Lagi sekali Cikgu Saarin memandang tapi

    pandangannya kali ini penuh makna. Seolah-olah aku dapat

    membaca apakah maksud tersirat daripada pandangan

    sepasang matanya itu.

    Kenapa cikgu terlalu baik dengan saya? Agaknya

    disebabkan saya ni anak orang susah, cikgu bersimpati

    dengan saya ke? Cikgu kasihankan saya, kan? Aku

    memandang tepat wajah cikgu yang sering menjadi perhatian

    pelajar-pelajar perempuan di sekolah. Tidak terkecuali jugacikgu-cikgu perempuan yang masih bujang.

    Itu salah satu sebabnya tapi alasan itu bukanlah

    kata kunci utama kepada persoalan yang Anis berikan.

    Cikgu, tolong berterus terang dengan saya boleh

    tak? Cikgu ni suka sangatlah guna ayat-ayat sastera. Susah

    saya nak aham.Dah nama pun saya cikgu Bahasa Melayu. He he

    he....

    Aku tersenyum. Ada nada mencuit hati dengan

    kata-kata daripada Cikgu Saarin.

    Anis mahu tahu kenapa saya suka memberi

    perhatian pada Anis?

    Ye... saya nak tahu.

    Okey... sebenarnya saya....

    Cikgu!!!

    Apa dia???

    Beg sekolah saya tertinggal!

    Tertinggal dekat mana?

    Pustaka Sri Intan!

  • 7/31/2019 SCKK

    37/114

    Rafina Mimi Abdullah

    37

    BAGAIMANA caranya untuk

    aku membalas semua kebaikan

    Cikgu Saarin? Daripada buku-

    buku rujukan SPM yang dibelikannya untuk aku, sebuah

    novel dan juga beg sekolah baru. Ingatanku kembali pada

    kejadian siang tadi.

    Anis janganlah menangis. Beg sekolah Anis tu

    mungkin ada orang lain yang ambil.

    Siapa yang nak ambil beg sekolah buruk saya tu?

    Sob... sob... sob....Mungkin ada yang tertukar beg dengan Anis

    agaknya. Faham-aham sajalah dekat PSI tu ramai pelajar

    sekolah yang datang ke situ. Masing-masing mungkin ada

    yang bawa beg sekolah. Pasti ada yang tertukar.

    Beg sekolah dah hilang. Macam mana saya nak

    pergi sekolah esok?Isk... isk... isk... sob... sob... sob....Anis tak ada beg sekolah lain ke?

    Aku hanya menggelengkan kepala sambil tanganku

    sibuk mengesat air mata dengan tisu.

    Bab

    5

  • 7/31/2019 SCKK

    38/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    38

    Macam nilah, apa kata kalau saya belikan beg

    sekolah yang baru untuk Anis. Nak tak?

    Lagi sekali aku menggelengkan kepala tanda tidak

    bersetuju. Aku tidak mahu menghabiskan duit Cikgu Saarin

    lagi. Hari ini sahaja sudah hampir dua ratus dia

    membelanjakan duitnya untuk aku.

    Kalau tak mahu, macam mana Anis nak pergi

    sekolah esok? Nak masukkan buku teks dalam guni ke apa?

    Aku tersentak dengan kata-kata daripada Cikgu

    Saarin. Dalam hati ada terpalit perasaan sebal dan geram.

    Pantas aku menggumpal tisu dan membaling tisu ke arahnya!

    Dalam keadaan aku sedih begini pun sempat lagi dia bergurau

    seperti itu.

    Cikgu Saarin sedikit mengelak dan tergelak kecil.

    Tisu yang aku baling diambil dan dibukanya gumpalan itu.Dia tersenyum.

    Air mata seorang gadis kerana kehilangan beg

    sekolah sedang melekat pada tisu ini. Boleh saya bawa balik

    tak?

    Saya tengah sedih macam ni pun cikgu masih

    sempat lagi beralsaah macam tu.Sob... sob... sob....

    Saya cuba menghilangkan rasa sedih yang Anis

    alami sekarang. Saya nak beli beg sekolah baru untuk Anis

    tapi Anis tak mahu. Habis tu, bila masalah ni nak selesai?

    Aku terdiam. Dengan serta-merta aku berhenti

    menangis. Tapi esakan tangisan masih lagi bersisa. Perasaan

    geram, sedih dan marah silih berganti. Aku menjeling ke arah

    Cikgu Saarin yang sedang tersenyum sambil matanya

    diberikan sepenuh perhatian pada sehelai tisu yang sudah

    berkedut itu.

  • 7/31/2019 SCKK

    39/114

    Rafina Mimi Abdullah

    39

    Saya suka bila tengok muka Anis tengah marah

    macam ni tapi saya tak suka tengok Anis menangis.

    Mengeluarkan air mata hanya kerana beg sekolah hilang.

    Kalaulah air mata itu dikeluarkan untuk sesuatu yang lebih

    bermakna, tentu ianya berbaloi.

    Cikgu fkir beg sekolah saya tu tidak memberi apa-

    apa makna pada saya ke? Cikgu tahu tak, dengan beg sekolah

    saya yang hilang itulah saya dapat datang ke sekolah. Dah

    bertahun-tahun saya gunakan beg tu. Senang-senang aje, kancikgu cakap macam tu? Tiba-tiba akuhot!

    Saya tidak bermaksud hendak merendah-

    rendahkan perasaan Anis tapi bagi saya kehilangan beg

    sekolah Anis itu boleh diganti dengan beg yang baru. Izinkan

    saya membantu.

    Aku memandang tepat wajah cikgu yang menjadikesayangan ramai di sekolah. Kali ini pandanganku lebih

    lama. Kenapa dia terlalu baik sangat dengan aku? Apa

    tujuannya? Jangan sampai dia menaruh hati pada budak

    sekolah seperti aku ini sudahlah.

    Dah... Anis jangan fkir banyak lagi. Sekarang juga

    saya bawa Anis ke Giant. Nanti Anis boleh pilih sendiri beg

    sekolah yang macam mana Anis mahu. Okey? Tolong janganmenangis lagi depan saya. Saya tidak sanggup melihat air

    mata Anis berterusan menitis hanya kerana hal yang kecil

    begini. Tolong sapu sisa air mata yang masih saya nampak di

    pipi Anis tu. Atau, Anis nak saya yang sapukan? tutur Cikgu

    Saarin sambil melemparkan senyuman nakal.

    Aku berpaling ke arah tingkap cermin dan

    tersenyum. Cuba melindungi senyuman ini supaya Cikgu

    Saarin tidak perasan.

    Kenapa Anis berpaling ke arah sana? Tak sudi

  • 7/31/2019 SCKK

    40/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    40

    pandang muka saya lagi ke? Saya tahu la saya ni tak

    handsome, tak kacak, tak lawa. Sampaikan pelajar kesayangan

    saya sendiri pun dah tak sudi nak pandang.

    Gulp!Sengalaje Cikgu Saarin ni. Adapulak sampai

    ke situ perginya?

    Siapa kata cikgu tak handsome? Tak kacak? Tak

    lawa? Kalau tidak, masakan cikgu jadi perhatian ramai dekat

    sekolah kita tu? Aku memandang ke depan tanpa secalit

    pandangan pun kepada Cikgu Saarin. Boleh dikatakan agakmengada-ada juga dia ni.

    Kalau mereka yang lain memberikan perhatian

    pada saya, itu langsung tidak memberikan apa-apa erti pada

    saya. Lainlah kalau Anis....

    Cikgu Saarin mencuri pandang ke arahku yang

    masih berpura-pura melemparkan pandangan ke depansedangkan dalam hati sudah berkecamuk dengan seribu

    persoalan. Kenapa Cikgu Saarin menunjukkan sikap yang

    pelik begini? Setiap patah perkataan yang keluar daripada

    mulutnya berbaur angau. Dia hendakmengorat akukah?

    Kau masih di sekolah

    Dan aku masih mentah

    Kita laazkan kata cinta

    Yang tertulis dalam kamus asmara....

    Kau dan aku terpisah

    Dewasa dibawa arah

    Kita lupa ada sejarah

    Yang tersimpan dalam kamus asmara....

  • 7/31/2019 SCKK

    41/114

    Rafina Mimi Abdullah

    41

    Terkadang kau menjelma

    Mimpi indah sewaktu bersamaItu cinta pertama

    Tak mungkin kulupa....

    Pernah aku mencuba

    Mencarimu entah di mana

    Dan kini yang kutemui

    Arca yang berbeda....

    Sayang selasih tuan

    Tumbuh di hujung taman

    Mekar bersendirianSayang kasihku intan

    Harum sepanjang zaman

    Biar kau milik orang....

    Kiranya engkau terdengar

    Kesan cinta pertama

    Walau di mana kau berada

    Doaku semoga kau bahagia

    Selamanya....

    Entah lagu zaman bila Cikgu Saarin ni dengar.Lagu zaman Pak Kaduk agaknya ni. Isy, dengarlah lagu

    Aishiteru ke, Cinta Muka Buku ke...hik hik!

  • 7/31/2019 SCKK

    42/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    42

    PETANG ini Cikgu Syima akan membuat pemilihan

    untuk pemain-pemain bola jaring. Aku juga tidak mahu

    melepaskan peluang ini untuk mengikuti latihan pemilihan

    tersebut walaupun aku sudah terpilih untuk memasuki team

    badminton bagi mewakili sekolah. Dari tingkatan satu sampai

    ke tingkatan empat, aku memang sentiasa tidak melepaskan

    peluang untuk menceburkan diri dalam acara sukan di

    sekolah kerana ianya sudah menjadi minat aku sejak dari

    sekolah rendah lagi. Sekarang aku sudah berada di tingkatanlima tapi masih lagi mahu mencari peluang untuk melibatkan

    diri dalam sukan tahunan di sekolah.

    Cikgu Syima menyuruh aku dan Diana ke stor

    peralatan sukan untuk mengambil beberapa biji bola lagi.

    Aku dan Diana berjalan seiringan sambil bergurau senda.

    Pada kebiasaannya kami berdua akan berjalan sambil

    berpimpin tangan. Usikan demi usikan daripada Dianamengenai Cikgu Saarin yang cuba hendak mengorat aku

    menjadi tajuk perbualan hangat tapi aku tidak mahu

    mengulasnya dengan lebih panjang. Bagi aku, biarlah Diana

    sendiri yang beranggapan seperti itu. Aku tidak mahu jadi

    minah yang perasan!He he he....

    Aku dan Diana berjalan di sepanjang koridor. Tiba-tiba kami terasa jejak langkah kami diekori oleh seseorang.

    Sambil berjalan, aku membuat isyarat mata pada Diana

    mengenai seseorang yang sedang berada di belakang kami.

    Aku dan Diana memberhentikan langkahan kaki

    dan perlahan-lahan kami berpaling ke belakang. Tapi tiada

    kelibat manusia pun yang kelihatan. Dalam hati mula terdetik

    perasaan takut kerana mengingatkan sekolah kami ini adalahsekolah berhantu apabila mendengar cerita daripada beberapa

    orang pelajar lain dan juga cerita daripadapakguard.

    Anis... tak ada orang pun....

  • 7/31/2019 SCKK

    43/114

    Rafina Mimi Abdullah

    43

    Haah la... tak ada sesiapa, kan?

    Jomlah nanti kita lambat pula sampai dekat bilikstor....

    Aku dan Diana kembali menyambung perjalanan.

    Tapi di sepanjang perjalanan, memang terasa benar seperti

    kami diekori. Sekali lagi aku membuat isyarat mata pada

    Diana dan mula berbisik. Psttt... nanti bila kita sampai dekat

    selekoh bangunan ni, kita sembunyi tau. Kemudian bila

    orang tu dah dekat, kau hulurkan kaki. Lepas tu bila diajatuh, aku tumbuk muka orang tuek. Okey?

    Okey, beres!

    Aku dan Diana mula buat rancangan nakal. Hi hi

    hi.... Lagi sekali kami menyambung perjalanan dan berlagak

    slumber kononnya tidak tahu apa-apa padahal dalam hati

    sudah tersemat dengan satu perancangan yang cukup rapi.Cewah! Apabila tiba di penghujung koridor, aku dan Diana

    cepat-cepat bersembunyi di tepi bangunan.

    Semakin lama, semakin jelas kedengaran bunyi

    derap kaki seseorang yang menghampiri tempat aku dan

    Diana sedang bersembunyi sekarang.

    Aku dan Diana bersedia untuk memainkan peranan

    masing-masing. Diana akan menahan kakinya, aku pula akan

    melepaskan tumbukan pada muka orang yang mengekori

    kami.

    Bunyi derap kaki semakin hampir dan jelas. Seraya

    itu juga Diana menghulurkan kakinya dan sepantas kilat aku

    mendepakan tangan ke depan sambil melepaskan tumbukan

    padu!

    Dush!

    Aduuuhhh!!!!

  • 7/31/2019 SCKK

    44/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    44

    Alamak! Cikgu Saarin? Mampus aku!

    Cikgu Pareng?! Diana menjerit sambil menutupmulut dengan kedua-dua tangan.

    Aduuuhhh....

    Cikgu... sorry.... Aku duduk di sebelah Cikgu

    Saarin yang sedang jatuh terlentang ke belakang. Dia

    memegang mata kirinya dengan kedua-dua tangan. Aku cuba

    mengalih tangannya untuk melihat kecederaan yang

    dialaminya kesan daripada tumbukan yang aku lepaskan

    sebentar tadi.

    Cikgu, kami minta maaye! Ingatkan orang jahat.

    Tak sangka pula cikgu sebenarnya yang mengekori kami dari

    tadi.

    Aku dan Diana membantu Cikgu Saarin berdiri

    semula dengan menarik kedua-dua tangannya. Makai... beratsungguh!

    Aduhhh... mana ada orang jahat dalam kawasan

    sekolah macam ni? Kuat betul Anis pukul mata saya. Siapa

    yang ajar tumbuk macam tu? Aduh....

    Errr... Cikgu Izudin yang ajar. Aku menjawab

    dalam keadaan takut-takut.Cikgu Izudin? Cikgu Izudin mana pulak? Tak

    pernah dengar pun nama cikgu tu kat sekolah ni?Auuuhhh...

    Ssss....

    Cikgu Saarin masih lagi memegang matanya yang

    sudah lebam barangkali.

    Cikgu Izudin tu guru silat yang mengajar silatdekat sekolah ni. Tiap-tiap petang Selasa dan Khamis, dia

    datanglah mengajar silat kat sini. Saya dengan Anis salah

    seorang daripada murid silatnya.

  • 7/31/2019 SCKK

    45/114

    Rafina Mimi Abdullah

    45

    Diana memberikan penjelasan pada Cikgu Saarin

    yang masih lagi mengaduh kesakitan. Kuat sangat ke aku

    melepaskan tumbukan tadi tu? Aku menilik buku lima tangan

    kananku. Ada sedikit rasa sengal. Keras juga tulang mata

    Cikgu Saarin ni. Baru sekarang aku terasa sakitnya.

    Tangan Anis tak apa-apa?

    Aik? Tiba-tiba pula Cikgu Saarin risaukan pasal

    tangan aku. Sepatutnya dia lebih risaukan lebam yang

    terdapat di bawah matanya tu.

    Tangan saya tak apa-apa. Okey aje. Cikgu, saya

    minta maa. Saya betul-betul tak sengaja.

    Tak apa. Saya pun salah. Sebenarnya saya nak

    jumpa Anis tapi saya tak panggil nama Anis. Saya cuma ikut

    saja ke mana Anis dan Diana nak pergi.

    Lain kali kalau cikgu nak jumpa dengan Anis,cikgu beritahu aje pada saya. Saya boleh aturkan pertemuan

    cikgu dengan kawan baik saya ni. He he he... ujar Diana

    seakan-akan mengusik.

    Aku senyum dan tertunduk.

    Isy awak ni Diana. Bukan main lagi ye nak

    mengajar saya. Tahu la macam mana caranya saya nak jumpadengan kawan baik awak ni.

    Eleh, kononnya Cikgu Saarin ni tahu macam mana

    cara nak jumpa dengan aku. Tahu apa kalau awal-awal lagi

    dah kena makan penumbuk?

    Cikgu Saarin tersenyum dan mencuri-curi pandang

    ke arahku. Tapi aku sengaja mengalihkan pandangan ke arah

    lain dan tersenyum. Pandangan mata Cikgu Saarin

    membuatkan jantungku berdegup lain macam.

    Haaa... cikgu nak mengorat Anis ye.... Diana

  • 7/31/2019 SCKK

    46/114

  • 7/31/2019 SCKK

    47/114

    Rafina Mimi Abdullah

    47

    Ha?

    Saya tanya... Anis suka dengan saya ke tidak?Tentulah saya suka. Cikgu kan dah banyak

    menolong saya. Cikgu pinjamkan saya raket, cikgu belikan

    saya buku-buku rujukan, cikgu belikan saya novel, cikgu

    belikan saya beg sekolah baru. Aku menghadiahkan

    senyuman pada Cikgu Saarin sambil memandang tepat

    sekitar matanya yang lebam itu. Alahai, kasihan cikgu ni.

    Cikgu Saarin menggaru kepala. Apa salah ke aku

    jawab?

    Bukan itu maksud saya.

    Maksud cikgu apa? Straight to the point la cikgu.

    Saya dah lambat ni. Lepas ni saya ada latihan bola jaring.

    Cikgu Syima dan yang lain-lain tentu sudah lama menunggu

    di padang. Aku mula berdiri dan berjalan beberapa langkah.

    Anis... tunggulah dulu. Saya belum habis cakap

    lagi ni.

    Cikgu Saarin juga turut sama berdiri dan berjalan

    beberapa meter menghampiri aku. Suasana di persekitaran

    amat jelas menunjukkan bahawa ramai pelajar yang sedang

    memerhati ke arah kami berdua. Ada juga segelintir pelajaryang mula berbisik sesama mereka dan menunjukkan tangan

    ke arah aku dan Cikgu Saarin yang masih berada di dalam

    taman bacaan ini. Aku jadi tidak selesa dan tidak mahu

    pelajar-pelajar lain memandang serong pada kami berdua.

    Kalau cikgu nak cakap apa-apa yang penting, cikgu

    cakaplah sekarang. Janganlah terlalu banyak sangat maksud

    yang tersirat di sebalik kata-kata cikgu tu. Saya ni dah mula

    rasa tak selesa bila pelajar lain memandang ke arah kita.

    Cikgu tak rasa macam tu ke?

  • 7/31/2019 SCKK

    48/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    48

    Okey, baiklah. Saya akan berterus terang dengan

    Anis sekarang.

    Aku mengangguk dan bersedia untuk mendengar

    apakah perkara yang dimaksudkan oleh Cikgu Saarin

    sebentar tadi.

    Anis....

    Ermmm....

    Sebenarnya saya....Isy, hendak bersuara pun tersekat-sekat. Sebiji

    macam CD rosak.

    Cakaplah cikgu. Kalau cikgu tak nak cakap

    sekarang, cikgu cakap lain kali ajelah.

    Aku menarik muka empat belas!

    Ehem. Okey, okey. Saya sebenarnya sudah terpaut...Assalamualaikum....

    Guru besar, Puan Shariah tiba-tiba muncul dan

    memberi salam.

    Waalaikumussalam....

    Aku dan Cikgu Saarin menjawab salam serentak.

    Saarin, esok awal-awal pagi ada mesyuarat tau.Awak dah tahu ke belum?

    Belum lagi puan. Pukul berapa?

    Lepas perhimpunan. Ujar Puan Shariah dan terus

    berlalu menuju ke tempatparking kereta.

    Aku juga turut sama meminta diri untuk pergi ke

    padang untuk mengikuti latihan bola jaring. Sambil berjalan,aku sempat melemparkan pandangan pada Cikgu Saarin

    yang masih lagi tidak berganjak dari taman bacaan itu.

  • 7/31/2019 SCKK

    49/114

  • 7/31/2019 SCKK

    50/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    50

    PAGI ini awal-awal lagi aku sudah

    bertembung dengan Cikgu

    Saarin di pertengahan koridor

    menuju ke kelas. Apabila bertembung dengannya, aku

    teringat peristiwa semalam di mana secara tidak sengaja aku

    telah menumbuk mukanya. Makai... ganas betul. Anak murid

    tumbuk muka cikgu!

    Baru aku perasan, hari ini Cikgu Saarin memakai

    cermin mata hitam. Erk! Baru nampak terserlah

    kemacoannya. Patutlah ramai sangat pelajar-pelajarperempuan yang memberi perhatian pada cikgu ini. Tapi yang

    beruntungnya aku.He he he....

    Semasa berselisih bahu dengan Cikgu Saarin, dia

    berpura-pura batuk. Aku sekadar menjeling dengan ekor

    mata sambil tersenyum. Dalam hati ada sedikit perasaan

    bersalah dek kerana peristiwa semalam. Tak pasal-pasal mata

    Cikgu Saarin lebam gara-gara termakan buku lima aku.Mungkin kerana mata dia lebam, jadi dia terpaksa memakai

    cermin mata hitam hari ini. Itu aku pasti.

    Bab

    6

  • 7/31/2019 SCKK

    51/114

    Rafina Mimi Abdullah

    51

    Assalamualaikum anak murid saya yang paling

    comel. Lajunya berjalan. Sampai tak nampak saya berdiri

    dekat sini. Dah makan belum? Nak masuk kelasye....

    Teguran daripada Cikgu Saarin segera

    menghentikan langkah yang kuatur. Aku mengundur

    beberapa langkah ke belakang dan menghampiri Cikgu

    Saarin yang sedang berdiri.

    Waalaikumussalam. Cikgu apa khabar? Mata cikgu

    macam mana? Aku bertanya tetapi tidak berani mengangkatmuka. Aku rasa betul-betul bersalah di atas perbuatan yang

    aku lakukan padanya tanpa disengajakan itu.

    Perlahan-lahan Cikgu Saarin mengangkat cermin

    mata hitam yang dipakainya ke atas kepala sambil

    melemparkan senyuman mesranya untuk aku. Apabila dia

    tersenyum seperti itu, perasaanku jadi tidak menentu dangementar.

    Saya sihat. Cuma mata saya yang tak sihat.

    Semalam dapat hadiah buku lima daripada pelajar

    kesayangan saya....

    Siapa pelajar cikgu yang menghadiahkan buku

    lima tu pada cikgu? Saya kenal ke? Hi hi hi... nak jadi

    pelakon sekejap.

    Dia comel, kulit dia putih, mata dia kecik, badan

    pun kecik. Tapi saya tak sangka dia kuat. Nasib baik mata saya

    tak buta. Kalau tidak, dah tentu saya akan minta ganti dengan

    mata dia yang kecik tu.

    Cikgu Saarin berseloroh nakal dan membuatkan

    aku tersipu malu.

    Saiz mata saya dengan cikgu tak sama. Mata saya

    saiz S, mata cikgu saiz L. Macam mana pula mata cikgu

    hendak digantikan dengan mata saya? Tentu nampak kelakar.

  • 7/31/2019 SCKK

    52/114

  • 7/31/2019 SCKK

    53/114

    Rafina Mimi Abdullah

    53

    Cikgu Izudin tu dah kahwin ke belum? Berapa

    umurnya?

    Dia dah kahwin la. Dah ada anak pun. Umurnya

    saya tak pasti. Cikgu ni sebiji macam polis, kan? Serba-serbi

    nak tahu.

    Dah kahwin? Dah ada anak? Lega saya.... Cikgu

    Saarin mengurut dadanya.

    Aku menggelengkan kepala sambil mengerutkan

    dahi. Semakin hari, tingkah laku yang ditunjukkan oleh

    Cikgu Saarin semakin pelik.

    Selang beberapa minit kemudian, Cikgu Saarin

    berjalan menuju ke arah taman bunga yang terletak tidak

    jauh dari tempat aku sedang berdiri. Perlahan-lahan dia

    membuka pintu pagar taman itu lalu menuju ke arah

    sebatang pokok bunga loceng. Aku yang berdiri di sini hanyamemerhatikannya saja.

    Sekuntum bunga loceng yang berwarna kuning

    keemasan dipetiknya lalu dibawanya bersama. Kalau

    diikutkan peraturan sekolah, adalah menjadi satu kesalahan

    apabila memetik bunga di dalam taman itu tapi nampaknya

    Cikgu Saarin ini langsung tidak menghiraukan peraturan

    yang sudah jelas tertulis di situ.

    Dengan berbekalkan sekuntum bunga loceng di

    tangan, dia datang menghampiriku berserta senyuman.

    Bunga loceng yang kini sedang berada di tangannya terus

    diletakkan di atas dua naskhah buku teks yang sedang

    kupegang.

    Untuk Anis....

    Semasa Cikgu Saarin meletakkan bunga loceng itu

    di atas buku teks, kebetulan pula ada beberapa orang pelajar

    lelaki dan perempuan yang sedang lalu-lalang di hadapan

  • 7/31/2019 SCKK

    54/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    54

    kami berdua. Pandangan mata mereka tidak berkerlip. Mulut

    berbisik sesama sendiri. Aku mengerti. Untuk saya? Terima

    kasih cikgu.

    Sama-sama kasih....

    Sama-sama kasih?Hik hik...!

    Kring!!!

    Loceng waktu perhimpunan sudah pun berbunyi.

    Aku segera meminta diri untuk berlalu ke kelas sebelummenghadirkan diri ke perhimpunan.

    Sepasang kakiku mengorak laju sambil sepasang

    mataku tidak melepaskan peluang memandang ke arah Cikgu

    Saarin yang masih setia berdiri di tengah koridor itu. Dia

    senyum, melambaikan tangan dan... mengenyitkan mata?

    Gulp!

    Apabila mendapat hadiah yang tidak terduga itu,

    sepasang kakiku semakin laju melangkah seperti robot yang

    sedang ditekanremote controlnya! Adoi... Cikgu Saarin.

    HELLOMiss Anis....

    Hello Mr. Curly....

    Awak mencari sesuatu?

    Ye....

    Cari apa?

    Cikgu Syima suruh saya ambil bola jaring katdalam stor ni.Sirada nampak tak?

    Oh, I see. Nanti saya tolong carikan. Wait a

    minute....

  • 7/31/2019 SCKK

    55/114

    Rafina Mimi Abdullah

    55

    Terbongkok-bongkokMr. Curly mencari bola yang

    aku maksudkan. Selang beberapa minit kemudian, bola yang

    dikehendaki oleh Cikgu Syima sudah pun berada di tangan

    Mr.Curly. Dia tersenyum sambil menghulurkan bola itu

    kepadaku lantas kuambil dari tangannya dan mengucapkan

    terima kasih. Baik juga rupa-rupanya Mr. Curly ni. Aku

    fkirkan dia jenis cikgu yang serius sepanjang masa tapi

    nampaknya tidak. Di dalam kelas memang mukanya saling

    tak tumpah seperti harimau yang mahu menerkammangsanya tapi apabila di luar kelas, lain pula karakter

    peribadi yang ditunjukkannya.

    Bola sudah pun berada di tangan. Tiba masanya

    untuk aku pergi ke padang dan berlatih. Sebaik sahaja aku

    berjalan beberapa langkah, kelibat Cikgu Saarin kini muncul.

    Dia berdiri betul-betul di hadapanku sambil tersenyum mesra

    seperti selalu. Cermin mata hitam masih dipakainya. Entahsampai bila agaknya lebam pada bahagian matanya akan

    sembuh? Kasihan dia.

    Aku membalas senyumannya tapi langsung saja aku

    meminta diri untuk ke padang. Sebaik saja aku ingin

    mengorak langkah, tiba-tiba Cikgu Saarin menarik bola yang

    aku pegang dari belakang. Serentak itu juga aku berpalingsemula ke arahnya dan mendapati dia sedang tersengih! Isy,

    kenapa pula dia buat begini?

    Cikgu Saarin menyembunyikan bola di belakang

    badannya. Bibirnya tidak lekang mengukir senyum.

    Cikgu... kenapa cikgu ambil bola tu? Cikgu nak

    main bola jaring ke apa? Soalan yang terpacul daripada

    mulutku berbunyi nada geram. Tindakan Cikgu Saarin yang

    mengambil bola secara diam-diam daripada tanganku seperti

    tindakan pelajar-pelajar lelaki nakal yang ada di sekolah ini.

  • 7/31/2019 SCKK

    56/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    56

    Saya saja nak bergurau dengan Anis. Tak boleh ke?

    Okey, sekarang cuba Anis ambil bola ini dari tangan saya...

    arah Cikgu Saarin lagi.

    Ooo... dia nak main-main rupanya. Okey, tak

    mengapa. Kita tengok siapa yang akan menang!Heh....

    Aku mendekatkan jarak dengan Cikgu Saarin dan

    cuba mengambil bola yang disorok di belakang tangannya

    namun sia-sia. Dia mengalihkan posisi bola yang dipegangnya

    ke sebelah kiri.

    Bila aku hendak mengambil bola itu di sebelah kiri,

    Cikgu Saarin mengalihkannya pula ke sebelah kanan. Bila

    aku hendak mengambilnya dari sebelah kanan, dia melarikan

    pula bola itu ke sebelah kiri. Aku mengetap bibir dengan

    perasaan sebal. Lagi sekali aku cuba untuk mengambil bola

    itu daripada tangan Cikgu Saarin tapi dia mengalihkan pulabola itu ke sebelah atas dengan mengangkat tinggi kedua-dua

    tangannya! Adoi dia ni.

    Kalau bola itu sudah dialihkan ke sebelah atas,

    memang aku langsung tidak dapat berbuat apa-apa. Cikgu

    Saarin lebih tinggi daripada aku. Kalau aku tak fkirkan

    segala jasa baik Cikgu Saarin pada aku dan tidak memikirkan

    dia seorang guru yang mesti aku hormat, sudah tentu akutendang kedua-dua belah kakinya!He he he....

    Mr. Curly yang baru saja keluar dari bilik stor

    peralatan sukan, memerhati saja gelagat aku yang cuba

    mendapatkan bola daripada tangan Cikgu Saarin. Dia

    tersengih dan sesekali rambut keritingnya yang lebat terbuai-

    buai ditiup angin.

    Tiba-tiba aku mendapat idea! Cikgu! Rambut Mr.

    Curly tertanggal!

    Ceh, idea lapuk!

  • 7/31/2019 SCKK

    57/114

    Rafina Mimi Abdullah

    57

    Cikgu Saarin sedikit pun tidak beralih

    pandangannya pada Mr. Curly malah dia sengaja membuat

    isyarat tangan pada Mr. Curly supaya Mr. Curly berlalu dari

    situ. Eee... geramnya!

    Ooo... Anis cuba nak pasang perangkap ye. He he

    he....

    Cikgu... please la. Saya tak larat nak main-main

    macam ni. Cikgu tahu tak, dari tengah hari tadi sampailah

    sekarang, saya tak makan apa-apa pun lagi. Saya tak nakmembazirkan tenaga saya dengan merebut bola tu daripada

    tangan cikgu. Lagipun sekejap lagi saya ada latihan bola

    jaring. Saya nak simpan tenaga yang seciput ni untuk latihan

    tu nanti. Cewah, aku buat dialog kasihan depan Cikgu

    Saarin.

    Secara tiba-tiba air mukanya berubah dan denganpantas dia menghulurkan bola yang berada di tangannya

    padaku.Hi hi hi... menjadi juga aku punya dialog kasihan aku

    itu. Aku langsung mengambil bola itu daripada tangannya.

    Anis belum makan lagi? Dahi Cikgu Saarin

    berkerut seribu.

    Aku menggelengkan kepala dan tertunduk. Memang

    betul. Sebutir nasi pun masih belum masuk lagi ke perutku

    dari tengah hari sampai ke petang dan bukannya aku sengaja

    mereka-reka cerita. Seperti biasa, wang saku berjumlah satu

    ringgit yang diberikan oleh ayah pagi tadi tidak cukup untuk

    aku berbelanja satu hari suntuk di sekolah.

    Apabila tamat waktu persekolahan, pada

    kebiasaannya aku memang tidak pulang ke rumah keranamengikuti sesi latihan sukan di sekolah pada waktu petang.

    Sebaik sahaja habis latihan sukan, selalunya air paip sajalah

    yang aku teguk untuk menghilangkan dahaga.

  • 7/31/2019 SCKK

    58/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    58

    Diana, rakan baikku selalu belanja aku tapi kadang-

    kadang terpaksa juga aku menolak kerana tidak mahu terlalu

    bergantung harap padanya yang sudah banyak kali menolong

    aku.

    Kenapa Anis tak makan? Nanti macam mana nak

    dapatkan tenaga apabila bersukan?

    Soalan yang diajukan oleh Cikgu Saarin

    membuatkan aku tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya.

    Apabila aku tidak memberikan respons dengan soalan yangdiberi, Cikgu Saarin mendekatiku. Sepasang mata kami

    bertemu. Secara tiba-tiba saja terbit satu perasaan istimewa

    yang sedang bermain-main di tangkai hatiku. Aku tidak

    mengerti apa maksudnya perasaan istimewa ini.

    Kalau Anis tak ada duit, berterus terang sajalah

    dengan saya....Aku menggelengkan kepala. Masih juga aku tidak

    mahu mengaku hal yang sebetulnya. Memang benar aku

    tidak mempunyai wang yang mencukupi setiap kali datang ke

    sekolah. Sebagai mengalas perut, setiap pagi aku sudah siap-

    siap bersarapan di rumah, hanya menikmati juadah ala kadar

    yang termampu disediakan oleh ibu.

    Anis, kalau Anis tidak mahu berterus terang

    sekalipun dengan saya, saya memang sudah tahu apa masalah

    sebenar yang Anis hadapi. Lain kali kalau Anis bermasalah

    begini, jangan segan-silu untuk datang cari saya. Saya ada di

    mana-mana dalam kawasan sekolah ini. Dalam kelas, bilik

    guru, dalam dewan. Atau di mana-mana saja dan pada bila-

    bila masa Anis boleh mengadu masalah Anis pada saya...

    okey?

    Kenapa cikgu suka berbuat baik dengan saya?

    Kerana simpati ke?

  • 7/31/2019 SCKK

    59/114

    Rafina Mimi Abdullah

    59

    Kerana lebih dari itu....

    Maksud cikgu?Sebenarnya saya... saya menyimpan satu

    perasaan...

    Anis!

    Tiba-tiba suara Diana kedengaran dan bergema di

    setiap ruang dinding batu bangunan sekolah. Segera aku

    beralih pandangan pada Diana yang sedang tercungap-cungapkeletihan kerana dia berlari anak menuju ke sini.

    Cikgu Saarin tidak dapat meneruskan kata-katanya

    kerana terganggu oleh pekikan suara daripada Diana. Dia

    bercekak pinggang dan meraup wajah maconya berkali-kali

    seperti tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghabiskan

    kata-katanya. Tak apalah cikgu, lain kali saja. Aku berbisik

    sendiri.

    Ada apa Diana?

    Cikgu Syima cari kau la... kau buat apa dekat sini?

    Ooo... dating dengan Cikgu Parengye....

    Diana tersenyum mengusik sambil menggerakkan

    kedua-dua jari telunjuk kiri dan kanannya ke arahku dan

    Cikgu Saarin. Aku tertunduk malu apabila Diana mengusikbegitu. Pandanganku beralih pula ke arah Cikgu Saarin yang

    masih lagi tidak mahu berganjak atau meminta diri.

    Cikgu... saya minta diri duluye. Saya nak turun ke

    padang....

    Kami pergi dulu ye cikgu hencem.... Lagi sekali

    Diana mengusik.Kali ini Cikgu Saarin seorang saja yang kena.

    Cikgu hencem? Makin kembanglah hidung Cikgu Saarin

    nanti.Ki ki ki....

  • 7/31/2019 SCKK

    60/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    60

    Belum pun sempat aku dan Diana mahu menyusun

    langkah dan beredar, Cikgu Saarin tiba-tiba memanggil

    namaku semula.

    Anis, tunggu sekejap....

    Cikgu Saarin mengeluarkan dompet dari poket

    belakang seluarnya sambil berjalan menghampiriku. Diana

    yang masih berdiri di sebelahku cuba menghendap ke arah

    dompet yang sedang dibuka. Pantas aku mencubit lengan

    Diana dan mengecilkan mata ke arahnya.

    Diana mengaduh perlahan dan tersengih.

    Anis ambil duit ni buat belanja... okey? Cikgu

    Saarin menghulurkan wang kertas bernilai RM50.

    Aku menggelengkan kepala dan menolak perlahan

    wang kertas yang dihulurkan. Saya tak mahu. Cikgu dah

    banyak tolong saya.

    Ambil ajelah Anis. Diana menyampuk tiba-tiba.

    Kalau Anis menolak, saya akan berkecil hati....

    Cikgu Saarin menghulurkan kembali wang kertas yang

    berada di tangannya.

    Aku menjadi serba salah sambil memerhati wang

    kertas itu. Wang sejumlah ini boleh dikatakan sama dengangaji yang diterima ayahku selama dua hari bekerja di kilang

    papan.

    Tiba-tiba hatiku tersentuh. Tanpa disedari juraian

    air mata sedang menuruni pipi mulusku dan ianya disedari

    oleh Cikgu Saarin dan Diana.

    Anis kenapa?Suara Cikgu Saarin mula kedengaran risau.

    Kenapa ni Anis? Diana pula menyoal sambil

    memeluk bahuku erat.

  • 7/31/2019 SCKK

    61/114

    Rafina Mimi Abdullah

    61

    Aku meleraikan pelukan Diana dan mula beredar.

    Hatiku diruntun pilu secara tiba-tiba. Dengan pantas aku

    berlalu tanpa bersoal jawab dengan Cikgu Saarin dan Diana.

    Air mata lebat bertitisan di pipiku.

  • 7/31/2019 SCKK

    62/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    62

    SUASANA di dalam kelas hingar-

    bingar dengan ketiadaan Cikgu

    Saarin yang sepatutnya masuk

    mengajar pada masa ini. Namun hampir sepuluh minit

    berlalu, jangankan kata orangnya, bayangnya pun masih tidak

    kelihatan.

    Entah kenapa, aku diselubungi rasa gelisah setelah

    menyedari Cikgu Saarin masih tidak muncul. Diana di

    sebelah sedang asyik melayan novel yang dibelikan oleh

    Cikgu Saarin untuk aku tempoh hari.Diana... kau rasa kenapa agaknya Cikgu Saarin tak

    masuk kelas hari ni?

    Diana tidak mengendahkan pertanyaan yang

    kuajukan. Dia leka dengan bacaannya. Kadang-kadang dia

    gelak seorang diri. Entah apa yang lucu agaknya. Tentu dia

    membaca bab kelakar yang terdapat dalam novel itu

    barangkali.

    Diana... kau dengar tak apa yang aku tanya tadi?

    Ermmm... dengar.Kik kik kik....

    Bab

    7

  • 7/31/2019 SCKK

    63/114

    Rafina Mimi Abdullah

    63

    Tingkah laku Diana tiba-tiba pelik. Dia memberi

    respons dengan pertanyaanku tapi dalam masa yang sama dia

    tergelak. Tak sihat agaknya dia ni.

    Diana masih lagi leka dengan bacaan novel yang

    sedang berada di tangannya. Aku jadi naik geram dan terus

    merampas novel itu!

    Anis... kau ni tak sporting la. Cepatlah bagi balik

    novel tu. Kedekut betul. Aku tahulah novel tu Cikgu Saarin

    yang belikan untuk kau tapi kau janganlah kedekut sangatdengan aku....

    Aku bukannya kedekut dengan kaulah. Tapi bila

    aku tanya, kau buat tak layan. Siap gelak sorang-sorang pula

    tu. Jangan sampai ada yang cakap kau tak betul sudahlah.

    Diana tertawa kecil sambil menutup mulutnya.

    Kau tanya apa tadi?Diana kembali menyoal sambil menadahkan kedua-

    dua tangannya meminta aku mengembalikan novel itu

    kepadanya.

    Aku tanya, kau rasalah kan... kenapa Cikgu Saarin

    tak masuk kelas hari ni?

    Aku rasa mata dia sakit kut? Kau dah lupa ke yangkau dah tumbuk mata dia? Tumbukan yang kau lepaskan

    tempoh hari tu boleh menyebabkan mata dia buta tau! Itulah

    kau ganas sangat. Kasihan cikgu hensem tu. Lepas ni dah

    tentu dia kekurangan peminat.Ha ha ha!

    Amboi, besarnya gelak. Kalau ada lalat terbang,

    sudah pasti mulut Diana yang akan jadi sarangnya!

    Kau rasa Cikgu Saarin kecil hati dengan aku ke

    sebab aku tak ambil duit yang dia berikan semalam?

    Diana mencebikkan bibir dan menjongket bahu.

  • 7/31/2019 SCKK

    64/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    64

    Entahlah. Tapi kan, kalau dia berkecil hati dengan kau, tak

    mungkin dia buat keputusan tak mahu masuk mengajar.

    Takkan sampai macam tu sekali, kan? Ala, kejap-kejap lagi

    dia masuklah tu. Yang kau susah hati sangat ni kenapa?

    Jangan-jangan kau suka kat dia tak?He he he!

    Giliran aku pula mencebikkan bibir dan menjeling

    maut ke arah Diana setelah mendengarkan buah bicara yang

    keluar daripada mulutnya.

    Aku suka kat Cikgu Saarin?Hey tolonglah. Umurdia berapa? Umur aku berapa? Fikir sikit. Lagipun, dia tukan

    cikgu kita. Lagi sekali aku mencebikkan bibir sambil

    menongkat dagu. Dalam hati lain pula yang berbisik. Aku

    semakin suka dekat cikgu tu. Dia baik dan sangat prihatin.

    Hu hu hu....

    Eleh, kau jangan lupa Anis. Dah ramai cikgu yangjatuh cinta pada anak muridnya. Kau dah tak ingat ke apa kes

    yang dah berlaku tahun lepas? Kecoh satu sekolah Kak

    Latiah bercinta dengan Cikgu Amri. Last-last, bila Kak

    Latiah dapat result SPM, terus Cikgu Amri masuk

    meminang. Sekarang mereka berdua pun dah kahwin.

    Haaa.... Itu satu contoh yang aku bagi dekat kau ye Anis.

    Buka mata kau tu luas-luas, Cikgu Saarin tu dah jatuh hatidengan kau tau.He he he!

    Ceh, macam terlebih yakin pula Diana ni. Itu Kak

    Latiah... sudah memang berjodoh dengan Cikgu Amri.

    Bolehlah Diana bagi contoh macam itu pada aku. Cuba kalau

    mereka berdua itu tiada jodoh, huh!

    Hai baby!

    Kus semangat aku! Si Azal budak nakal datang

    menyergah. Aku buat tak layan dan langsung memusingkan

    badan ke arah Diana.

  • 7/31/2019 SCKK

    65/114

    Rafina Mimi Abdullah

    65

    Sombongnya baby hari ni. Aku datang nak

    mengorat ni boleh tak?Hi hi hi...!

    Azal tersengih sebiji macam kerang busuk.

    Menyampah aku! Tidak puas mengusik aku di simpang jalan

    menuju ke rumahku, di dalam kelas pun dia mengganggu.

    Kau nak apa? Tolong jangan kacau aku boleh tak?

    Aku mengengsotkan badan dan menghampiri Diana setelah

    menyedari Azal yang sedang berdiri semakin merapatkan

    badannya. Tak suka!

    Sombong!

    Tiba-tiba Azal memarahi aku tak tentu pasal sambil

    tangannya mencapai kotak pensel milikku yang berada di atas

    meja lalu dicampakkannya ke dalam tong sampah! Jahat

    betul.

    Aku berdiri untuk mengambil kotak pensel yangdibuang oleh Azal. Tapi Si Azal budak nakal ini tiba-tiba

    menghulurkan kakinya ke depan dan menyebabkan aku tidak

    dapat mengimbangi badan lalu jatuh tersungkur!

    Ha ha ha! Kah kah kah! Azal membuka mulut

    luas-luas dan tergelak besar.

    Benci aku tengok muka dia! Aku segera berdiri danmengibas baju sekolah yang sudah terlekat dengan kotoran

    lantai simen. Kedengaran juga suara-suara nakal kawan-

    kawan Azal yang sedang menyorak!

    Cis, mereka belum kenal lagi aku siapa. Aku

    mengecilkan mata dan mengacip gigi. Sepantas kilat aku

    mengorak langkah ke arah sekumpulan geng nakal yang

    sedang tergelak besar! Aku menghampiri mereka dan

    membulatkan mata. Pantas saja kaki kananku menendang

    meja salah seorang daripada mereka dan menyebabkan kerusi

    yang sedang diduduki oleh seorang daripada rakan mereka

  • 7/31/2019 SCKK

    66/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    66

    terbalik ke belakang! Tuan punya kerusi itu, Kiz rakan baik

    Azal terus berdiri dan terdiam.

    Hey Azal! Kenapa kau suka buli Anis, hah?

    Tiba-tiba Diana bersuara lantang dan hampir-

    hampir pula Si Azal mahu menamparnya! Tapi mujurlah

    Cikgu Saarin muncul di pintu tiba-tiba.

    Apa hal bising-bising ni... hah?! Cikgu Saarin

    melangkah masuk ke dalam kelas sambil menunjukkan reaksi

    muka garang dan memandang ke arah satu-satu wajah

    pelajar-pelajarnya.

    Tidak terkecuali aku. Dengan langkah perlahan, aku

    menuju ke tong sampah di belakang kelas untuk mengambil

    kembali kotak penselku yang sudah dibuang.

    Azal ni cikgu. Dia buli Anis! Dia campak kotak

    pensel Anis dalam tong sampah!

    Wah, Diana bersungguh-sungguh membela aku.

    Thanks sahabat!

    Cikgu Saarin berjalan menghampiri Azal yang

    terdiam kaku. Kepalanya tunduk tidak berani menatap wajah

    Cikgu Saarin.

    Azal, awak ni dah tak ada kerja lain ke asyik nakmengganggu orang? Sekarang, balik ke tempat duduk awak!

    Terkulat-kulat seluruh isi kelas memandang Cikgu

    Saarin yang sedang memarahi Azal.

    Saya minta maa cikgu. Azal bersuara perlahan.

    Saya dah banyak kali terima aduan pasal awak yang

    suka membuli kawan-kawan awak di dalam kelas. Jangansampai nanti saya bawa awak jumpa dengan guru disiplin!

    Cikgu Saarin bercekak pinggang dan menjegilkan matanya

    ke arah Azal yang masih lagi tertunduk dan tidak berganjak.

  • 7/31/2019 SCKK

    67/114

    Rafina Mimi Abdullah

    67

    Tolong jangan buat macam tu cikgu. Saya janji tak

    buat lagi.

    Terdengar suara Azal sayu. Eleh, buat-buat kasihan

    depan cikgulah tu. Kalau sudah nakal tu, nakallah juga.

    Memang tidak boleh buat apa.

    Sudah. Pergi balik semula ke tempat awak! bentak

    Cikgu Saarin pada Azal yang masih lagi tercegat dan

    menundukkan kepala.

    Tanpa membuang masa, aku langsung mengambil

    kotak pensel yang sedang berada di dalam tong sampah

    bersama timbunan kertas-kertas dan habuk-habuk yang ada

    di dalamnya. Aku membersihkan kotak pensel dengan tangan

    sambil ditegur oleh Cikgu Saarin yang sudah pun berdiri di

    sebelahku.

    Kotor tak? Cikgu Saarin menyoal dan tersenyum.Aku hanya menggelengkan kepala dan membalas

    senyumannya juga.

    Dah, pergi balik semula ke tempat Anis. Saya nak

    memulakan pengajaran.

    Aku mengangguk dan akur. Kaki mengorak

    langkah. Mata memandang Cikgu Saarin. Terimbau kembalipada kenangan semalam di mana aku sudah menolak

    pemberian wang daripadanya.

    Apabila terlihat senyuman yang terukir pada

    bibirnya. Baru kini aku tahu Cikgu Saarin tidak berkecil hati.

    Alhamdulillah.

    KRINGGG!!! Loceng waktu rehat sudah berbunyi. Aku seperti

  • 7/31/2019 SCKK

    68/114

    Sayang Cikgu Ketat-Ketat

    68

    biasa tidak dapat ke kantin kerana wang berjumlah satu

    ringgit yang berada di dalam poket perlu aku simpan terlebih

    dahulu. Wang yang berjumlah sekecil ini perlu aku gunakan

    untuk membeli makanan di kantin bagi mendapatkan sedikit

    tenaga untuk menjalani latihan sukan pada waktu petang.

    Apabila kawan-kawan lain dengan girangnya keluar

    dari kelas menuju ke kantin untuk mengisi perut masing-

    masing, aku pula berlalu ke perpustakaan membawa buku

    rujukan Bahasa Melayu yang dibelikan oleh Cikgu Saarintempoh hari. Pelawaan daripada Diana untuk membelanja

    aku makan di kantin terpaksa aku tolak mentah-mentah. Aku

    sudah tidak mahu lagi menyusahkan Diana.

    Setibanya aku di dalam perpustakaan, suasana

    kelihatan agak lengang dengan ketiadaan pelajar-pelajar lain.

    Yang ada hanyalah dua orang pengawas perpustakaan yang

    sedang sibuk menyusun buku-buku di atas rak.

    Aku berjalan menuju ke sebuah meja yang agak

    tersorok daripada pandangan umum. Kerusi kutarik perlahan

    dan mula duduk dengan tegak untuk memberi sepenuh

    perhatian pada buku rujukan yang kini sedang kutatap.

    Setelah hampir sepuluh minit berlalu, tiba-tiba

    sahaja aku berasa bosan apabila menghadap buku rujukanyang kini berada di depan mata. Pantas saja aku menutup

    buku rujukan Bahasa Melayu itu dan mula berdiri untuk

    mendapatkan bahan bacaan yang lain.

    Aku berjalan menghampiri rak buku yang berada di

    hadapan meja tempatku berlabuh sebentar tadi. Satu per satu

    buku-buku yang berada di atas rak itu kutilik sekadar mencuci

    mata kerana mahu menghilangkan rasa bosan yang melanda

    sebentar tadi. Seperti orang yang tidak ada kerja, buku-buku

    yang berada di atas rak kutarik dan kutolak semula.

  • 7/31/2019 SCKK

    69/114

    Rafina Mimi Abdullah

    69

    Tiba pula pada sebuah kamus yang agak tebal. Aku

    mahu melakukan perkara yang sama seperti tadi. Tapi kali ini

    kamus yang kutarik tidak berganjak dari tempat asalnya.

    Dahiku berkerut dan berasa pelik seolah-ol