saya ialah seorang guru

2
Saya ialah seorang guru pelatih di sebuah Institut Pendidikan Guru di Kuala Lumpur yang telah menjalani latihan praktikum dua kali pada tahun 2011. Saya menjalani kedua-dua praktikum ini di sebuah sekolah rendah di Kajang. Sepanjang saya menjalani latihan praktikum, saya telah melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di mana saya menerangkan pengetahuan Sains kepada murid-murid. Apabila saya lihat kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan, saya mendapati saya menghadapi kesukaran untuk menyampaikan pengajaran saya dengan berkesan. Bagi saya, penyampaian pengajaran yang berkesan ialah kemampuan saya memberikan penerangan kepada murid dengan jelas dan mudah difahami semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Biasanya, saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran setelah saya memastikan murid bersedia untuk belajar dengan keadaan duduk yang tegak dan meja dirapatkan serta tiada buku di atas meja masing-masing. Apabila saya mengajar, saya mendapati murid sering kali saling bertanya antara satu sama lain terhadap perkara yang saya perkatakan. Selain itu, saya juga perhatikan murid memahami perkara yang saya sampaikan dan menjawab “Ya” tetapi apabila saya bertanyakan “Adakah kamu faham?”, mereka tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Saya andaikan melihat murid memahami perkara yang saya sampaikan kepada mereka tetapi murid sebenarnya tidak memberikan tumpuan mereka kepada pengajaran. Saya juga sukar membuat murid memberi maklum balas kepada soalan pengajaran saya. Biasanya saya memberikan arahan kepada murid untuk mengangkat tangan dan berdiri

Upload: mie-zan

Post on 16-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sebagai rujukan

TRANSCRIPT

Saya ialah seorang guru pelatih di sebuah Institut Pendidikan Guru di Kuala Lumpur yangtelah menjalani latihan praktikum dua kali pada tahun 2011. Saya menjalani kedua-duapraktikum ini di sebuah sekolah rendah di Kajang. Sepanjang saya menjalani latihanpraktikum, saya telah melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di mana sayamenerangkan pengetahuan Sains kepada murid-murid. Apabila saya lihat kembali sesipengajaran dan pembelajaran yang dilakukan, saya mendapati saya menghadapi kesukaranuntuk menyampaikan pengajaran saya dengan berkesan. Bagi saya, penyampaian pengajaranyang berkesan ialah kemampuan saya memberikan penerangan kepada murid dengan jelasdan mudah difahami semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran.Biasanya, saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran setelah saya memastikan muridbersedia untuk belajar dengan keadaan duduk yang tegak dan meja dirapatkan serta tiadabuku di atas meja masing-masing. Apabila saya mengajar, saya mendapati murid sering kalisaling bertanya antara satu sama lain terhadap perkara yang saya perkatakan.Selain itu, saya juga perhatikan murid memahami perkara yang saya sampaikan danmenjawab Ya tetapi apabila saya bertanyakan Adakah kamu faham?, mereka tidak dapatmenjawab soalan yang dikemukakan. Saya andaikan melihat murid memahami perkara yangsaya sampaikan kepada mereka tetapi murid sebenarnya tidak memberikan tumpuan merekakepada pengajaran.Saya juga sukar membuat murid memberi maklum balas kepada soalan pengajaran saya.Biasanya saya memberikan arahan kepada murid untuk mengangkat tangan dan berdirisekiranya ingin menjawab soalan. Ketika soalan diajukan, terdapat murid yang memberikanjawapan sambil duduk serta tidak gemar mengangkat tangan. Situasi ini menunjukkan muridtidak menghormati saya sebagai guru. Pada hemat saya, nilai menghormati antara satu sama