lampiran b · web viewnama saya ialah nur ernadilla binti sulaiman. saya merupakan pelajar tahun...

52
DOKUMEN PEMBUKTIAN HASIL PEMBELAJARAN KOKURIKULUM (HHHC9301) PROJEK: FAMILY DAY PPSM PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK UKM 14 DISEMBER 2014 NAMA: NUR ERNADILLA BINTI SULAIMAN FAKULTI: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI NO. MATRIK: A146030 NAMA PENSYARAH: PROF MADYA DR SITI AMINAH BT OSMAN

Upload: dinhhuong

Post on 31-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DOKUMEN PEMBUKTIAN

HASIL PEMBELAJARAN KOKURIKULUM(HHHC9301)

PROJEK: FAMILY DAY PPSM

PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK UKM

14 DISEMBER 2014

NAMA: NUR ERNADILLA BINTI SULAIMAN

FAKULTI: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

NO. MATRIK: A146030

NAMA PENSYARAH: PROF MADYA DR SITI AMINAH BT OSMAN

SINOPSIS

Hari Keluarga Pusat Pengajian Sains dan Matematik merupakan satu program yang merangkumi acara sukaneka dan makan malam. Acara sukaneka telah dilakukan di padang Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala acara makan malam pula telah dilaksanakan di Canselori UKM. Hari Kleluarga ini telah bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 11 malam. Program ini telah dirancang selama lebih kurang dua bulan lebih sebelum program sebenar dijalankan iaitu pada 14 Disember 2013. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari tersebut. Hal ini kerana semua ahli jawatankuasa telah melaksanakan tugas mereka dengan amanah dan bekerjsama. Seterusnya, sasaran utama dalam program ini ialah pelajar-pelajar tahun satu, dua, dan tiga, serta para pensyrah dan juga kakitangan di Pusat Pengajian Sains dan Matematik. Seramai 100 orang pelajar tahun satu, 37 orang pelajar tahun dua dan 40 orang pelajar tahun tiga yang terlibat dalam program ini. Terdapat 12 jawatankuasa yang telah ditubuhkan bagi menjayakan program ini. Akhir kata, program ini telah menyimpan seribu kenangan dan menghasilkan seribu pengalaman yang dapat digunakan pada masa akan datang.

ISI KANDUNGAN

BIL. SENARAI KANDUNGAN1 SINOPSIS2 ISI KANDUNGAN3 PENGENALAN4 PENYATAAN MASALAH5 KAEDAH6 ANALISIS DATA7 PERBINCANGAN8 HASIL DAN IMPLIKASI9 KESIMPULAN10 RUJUKAN11 LAMPIRAN

PENGENALAN

Nama saya ialah Nur Ernadilla Binti Sulaiman. Saya merupakan pelajar tahun satu di Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya mengambil jurusan matematik di pusat pengajian tersebut. Saya telah melibatkan diri dalam satu program yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Matematik iaitu program Hari Keluarga. Saya telah menjadi ahli jawatankuasa cenderamata dalam program tersebut.

Sebagai ahli jawatankuasa cenderamata saya dan beberapa orang rakan sejawatan yang lain telah ditugaskan untuk menyediakan segala hadiah yang berkaitan dengan hari keluarga ini. Antara hadiah yang telah kami sediakan ialah 12 buah hamper dan 10 buah hadiah cabutan bertuah. Bilangan hadiah hamper yang disediakan ini ialah mengikut kehendak jawatankuasa program. Mereka telah merancang aktiviti sukaneka dan memberitahu saya dan rakan-rakan jumlah hadiah yang perlu disediakan untuk para pemenang. Selain itu, jawatankuasa cenderamata juga ditugaskan untuk menempah cenderamata yang merupakan button. Cenderamata ini telah diberikan kepada semua peserta yang terlibat sebagai tanda kenang-kenangan mereka menyertai progam ini. Saya dan rakan-rakan telah menyediakan segala hadiah dan menempah button berdasarkan bajet yang telah diberikan kepada jawatankuasa cenderamata. Bajet yang diperuntukkan untuk jawatankuasa ini ialah Rm 1140. . Namun, bajet ini telah dapat dikurangkan kerana ajk cenderamata telah membeli barangan borong untuk persiapan membuat hamper. Kami tidak membeli hamper yang tersedia, sebaliknya bekerjasama membuat hamper tersebut dari barangan borong.

Ironinya, keuntungan bagi program ini telah bertambah kerana pengurangan bajet tersebut. Selain itu, sikap kerjasama juga dapat disemaikan dalam diri ahli jawatankuasa cenderamata.

PENYATAAN MASALAH

Setelah program ini selesai dijalankan, beberapa kekurangan telah dikenal pasti berlaku bagi setiap jawatankuasa. Kekurangan ini akan diperbaiki dan diatasi pada Hari Keluarga yang akan datang. Masalah dan tindakan yang akan diambil pada masa akan datang adalah seperti di dalam jadual di bawah.

MASALAH CARA PENYELESAIANProgram :-pelajar memberi komen semasa sukaneka ajk program terlalu tegas-sebelum family day tidak sedar kaitan kerjasama antara ajk-semasa senamrobik berlaku masalah teknikal-program terlalu padat, tidak cukup masa-terpaksa tukar agenda kerana kehadiran peserta kurang daripada yang dirancang

-pengarah program perlu memberi talkimat awal kepada semua ajk agar mereka bersikap ramah mesra dengan peserta.- perlu ade kesedaran megenai hubungan kerjasama antara setiap ajk sejak awal perancangan program.-perlu ada perancangan yang sempurna, seperti plan B. Hal ini supaya program dapat berjalan dengan lancar walaupun berlaku sesuatu masalah.

Pengangkutan :-kelam-kabut sebab tidak dapat pengangkutan iaitu bas pada saat akhir-dapat bantuan dari ajk lain

Perlu menempah pengangkutan sejak awal program bagi mengelakkan masalah pada saat akhir.

Protokol:-gimik dah ada plan tapi tiada rehearsal-semasa perbincangan gerak kerja respon kurang, banyak gurauan-tentatif protocol semasa makan malam berterabur-jemputan semasa dinner kurang-pensyarah yang berucap sepatutnya ada cenderahati

-perlu ada rehearsal bagi setiap program bagi memastikan program berjalan dengan sempurna.-perlu serius dalam perbincangan, dan mengambil kira pendapat semua ajk.-perlu ada kajian mengenai atur cara makan malam yang sempurna.-perlu menyediakan makan malam yang menarik dan meuar-uarkannya kepada semua pelajar agar mereka berminat untuk

menghadiri makan malam tersebut.-perlu menyediakan cenderahati bagi setiap pensyarah yang berucap.

Cenderamata :-belanja bagi cenderamata dapat dijimatkan dengan banyak

-perlu menyediakan cenderamata yang lebih berguna dan menarik. Contohnya, membuat buton daripada kain perca. Sekaligus, hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan, meningkatkan naluri seni dan melahirkan sikap kerjasama antara ajk.

Publisiti :

Tempat :-masalah alas meja daripada katering-dapat pujian peserta tentang hiasan dan bajet

-perlu mencari katering yang menyediakan segala apa yang kita perlukan seperti alas meja. Hal ini bagi mengelakkan kekalutan pada saat akhir.

Teknikal :-masalah PA Sistem-sewa PA Sistem daripada pihak luar

-perlu memohon pinjaman sejak awal, sekiranya tidak dilayan perlu memberi aduan kepada pihak atasan.

Tugas-tugasKhas :Jamuan:-makanan cukup-cukup dengan kehadiran jemputan yang kurang

-perlu menyediakan makanan di setiap meja berbanding buffet bagi mengelakkan kekurangan makanan. Sekiranya ingin melakukan buffet, perlu ada orang yang mengendalikan pembahagiaan makanan tersebut.

KAEDAH

Bagi memastikan Hari Keluarga PPSM ini berjalan dengan lancar dan sempurna beberapa rujukan telah dibuat sebagai panduan untuk merancang dan melaksanakan program ini. Antara kaedah yang telah digunakan ialah:

1. Rujukan kertas kerja hari keluarga dari universiti yang lain. Iaitu Universiti Teknologi Malaysia.

Program yang dianjurkan UTM ini ialah Hari Terbuka Kolej yang berlangsung selama tiga hari di kolej kediaman. Melalui kertas kerja ini, saya dapat melihat banyak kelebihan dan keistemewaan dalam program ini yang tiada dalam program Hari Keluarga PPSM, UKM. Tamsilannya, dalam program Hari Terbuka Kolej itu, selain mereka mengadakan aktiviti sukaneka dan makan-makan, mereka juga mengadakan aktiviti yang dapat mengisi kekosongan rohani seperti aktiviti tilawah al-Quran, forum dan aktiviti menderma darah. Semua aktiviti ini bukan sahaja dapat memberikan kenangan kepada para peserta, tetapi dapat menyemai juga nilai-nilai murni dalam diri peserta-peserta. Ironinya, mereka akan menjadi manusia yang lebih cemerlang dan berhati mulia.

Dari segi cenderamata, mereka telah menyediakan banyak kategori cenderamata, iaitu cenderamata VVIP, para peserta, penceramah, dan doktor.

Konklusinya, banyak kelebihan yang terdapat dalam program ini yang boleh kita jadikan panduan dan ikutan untuk melaksanakan program hari keluarga yang seterusnya. Hal ini supaya program yang dilaksanakan nanti akan meriah dan tidak akan dilupakan.

KERTAS KERJA

HARI TERBUKA KOLEJ 10

TARIKH

16 Hingga 18 September 2011

TEMPAT

Sekitar Kolej 9 Dan Kolej 10

ANJURAN:

JKM KOLEJ 10, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA KOLEJ 10

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KERTAS KERJA

HARI TERBUKA KOLEJ 10

1.0 Pendahuluan

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan warga UTM

khususnya warga Kolej 10 yang berbilang kaum, agama, bangsa, dan negara selaras

dengan tema gagasan ‘1 Malaysia’ yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang

ke-5, iaitu Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Di samping itu, ia akan

memperkukuhkan lagi ikatan silaturrahim yang sedia terjalin demi menjamin konsep

hubungan kekeluargaan yang mantap. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk

mendedahkan tentang kepelbagaian aktiviti menarik yang di anjurkan oleh Kolej 10

kepada masyarakat setempat. Hal ini secara tidak langsung menambah minat mereka

untuk terlibat sama dalam setiap aktiviti yang dianjurkan dan merapatkan jurang antara

warga universiti dan masyarakat. Pelbagai pengisian telah dirancang bagi menjayakan

serta melaksanakan aktiviti wajib ini untuk kesemua warga Kolej 10 pada tahun

hadapan.

2.0 Tujuan

Kertas kerja ini disediakan untuk memohon peruntukan serta kelulusan daripada Yang

Berbahagia Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa Dan Alumni), Universiti

Teknologi Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Bin Haji Ninggal

3.0 Nama Program

HARI TERBUKA KOLEJ 10

4.0 Tema Program

‘MAHASISWA DAN MASYARAKAT KOLONI BERILMU’

5.0 Matlamat

Merapatkan hubungan antara mahasiswa yang berbilang kaum dengan menekankan

konsep gagasan ‘1 Malaysia’, mewujudkan hubungan kekeluargaan antara warga kolej

dan masyarakat setempat serta memberi pendedahan kepada warga kolej tentang cara

memimpin dan menguruskan sesebuah organisasi atau program.

6.0 Penganjur

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 10,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

7.0 Objektif

7.1 Menerapkan perpaduan diantara mahasiswa yang berbilang kaum yang bukan

sahaja di Kolej 10 malah di kolej-kolej lain di UTM.

7.2 Menyokong dan mengaplikasikan konsep ‘1 Malaysia’ yang diperkenalkan oleh

kerajaan Malaysia.

7.3 Ke arah pemantapan pemikiran mahasiswa sebagai generasi muda yang bakal

memimpin di masa hadapan.

7.4 Menggalakkan mahasiswa untuk bersaing dengan cara yang sihat dalam aktiviti

yang diceburi.

7.5 Mengukuhkan ikatan kekeluargaan untuk kesemua warga kolej 10 demi

menjamin keharmonian hidup bermasyarakat.

7.6 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia pengurusan dan

kepimpinan yang berkesan serta melahirkan individu yang berpotensi dalam

mewujudkan masyarakat yang harmoni.

8.0 Tarikh Pelaksanaan

16 Hingga 18 September 2011

9.0 Tempoh Pelaksanaan

3 hari 2 malam

10.0 Tempat Program

Sekitar Kolej 9 dan Kolej 10

11.0 Bentuk Program

11.1 Sukaneka

Hampir kesemua aktiviti yang dianjurkan adalah bermotifkan untuk mewujudkan

suasana ceria kepada semua mahasiswa contonhya adalah ‘station games’.

11.2 Sukan Rakyat

Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan adalah permainan lari dalam guni, sepak bulu

ayam dan baling selipar. Sukan rakyat yang dianjurkan ini juga bertujuan untuk

mewujudkan suasana ceria kepada semua mahasiswa disamping menyihatkan

tubuh badan.

11.3 Forum

Memberi kesedaran kepada semua mahasiswa dan masyarakat yang terlibat

tentang peri pentingnya hidup sebagai satu koloni yang teguh dan berkerjasama.

Para ahli panel yang dijemput akan memberikan input yang berguna kepada

semua agar dapat dipraktikkan dlam kehidupan seharian.

11.4 Bengkel Persediaan ke Alam Universiti

Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah yang berdekatan

tentang teknik terbaik ketika melangkah ke alam universiti. Hal ini bertujuan

agar semua mahasiswa baharu kelak tidak terlalu terkejut dengan suasana baru

di alam universiti.

11.5 Keusahawanan

Memberi peluang kepada warga kolej melibatkan diri dalam bidang perniagaan

dan berpeluang mendapatkan keuntungan bagi kelab atau individu. Mahasiswa

yang terlibat akan membuka bebrapa gerai jualan sebagai cara untuk menjana

pendapatan.

11.6 Tilawah Al-Quran

Aktiviti ini khusus untuk warga kolej 10 yang beragama islam untuk sedar dan

peka tentang hukum tajwid dalam pembacaan Al-Quran. Mereka akan di adili

oleh juri dari segi gaya bahasanya, tajwidnya dan lain-lain lagi.

11.7 Kursus Asas Imam dan Bilal

Juga merupakan aktiviti khusus untuk warga kolej beragama islam untuk

memberanikan dan memahirkan diri dalam mengimami solat fardu secara

berjemaah. Mereka yang terlibat akan diberikan ceramah khusus untuk menjadi

seorang imam atau pun bilal.

11.8 Pameran

Aktiviti ini bertujuan agar setiap ahli kelab warga kolej 10 aktif dalam kegiatan

kelab yang mereka ceburi. Disamping itu, ia menjadi satu platform untuk ahli

kelab mempromosikan kelab mereka sendiri kepada seluruh warga kolej 10 dan

warga kolej-kolej yang lain. Pada masa yang sama, menjemput beberapa kelab

badan bukan kerajaan untuk tampil mempromosikan kelab mereka kepada

mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia dan masyarakat.

11.9 Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan

Memupuk semangat prihatin kepada semua mahasiswa dan masyarakat untuk

sama-sama membantu pihak hospital mengumpul tabung darah untuk

membantu pesakit yang memerlukan. Disamping itu, memupuk kesedaran

kepada semua pihak terhadap tahap kesihatan mereka yang menjadi aset yang

cukup berharga demi kelangsungan hidup.

11.10 Mesra Kampus

Menjemput para pelajar sekolah yang berhampiran untuk mengenali dengan

lebih dekat dan rapat lagi tentang salah sebuah universiti penyelidikan yang

cukup disegani iaitu Universiti Teknologi Malaysia. Para pelajar sekolah yang

terlibat akan dibawa ke beberapa tempat menarik di dalam universiti ini,

contohnya, Pusat Sumber Sultanah Zanariah, Pusat ICT, dan seterusnya kolej 10.

14.0 Sasaran Penyertaan

Semua warga kolej 10, mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia, pelajar sekolah dan

masyarakat setempat.

15.0 Jawatankuasa Program

Jawatankuasa pengurusan program adalah seperti dalam LAMPIRAN A

16.0 Tentatif Program

Tentatif program sepanjang kursus ini seperti dalam LAMPIRAN B.

17.0 Perbelanjaan

Butiran penuh seperti dalam LAMPIRAN C.

18.0 Penutup

Pihak Kolej 10 Universiti Teknologi Malaysia merasakan bahawa program ini seharusnya

diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak, sama ada terlibat secara langsung

ataupun tidak langsung. Hal ini kerana ia bakal menjana hasil yang positif di mana

kesinambungannya yang bermanfaat adalah penting untuk kesemua warga kolej 10 dan

masyarakat setempat . Penyertaan yang benar-benar komited dan optimum seharusnya

dijadikan iltizam dan aspirasi dalam pembentukan koloni mahasiswa dan masyarakat

yang unggul dan cemerlang dalam semua aspek.

LAMPIRAN A

JAWATANKUASA EKSEKUTIF

PENAUNG

YBHG. PROF. DATUK DR. MOHD. TAJUDDIN BIN HJ. NINGGAL

Timbalan Naib Canselor Hem Dan Alumni

Universiti Teknologi Malaysia

PENASIHAT

PROF. MADYA DR. ABDUL LATIF BIN IBRAHIM

Pengetua Kolej 10

Universiti Teknologi Malaysia

FELO PENASIHAT

KUBERARAAJ NAMBARAJA

Pembantu Felo Kolej 10

Universiti Teknologi Malaysia

PENGERUSI JKM

MOHAMAD ARIFF BIN MAKHFUDZ

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGARAH

MUHAMAD SHAFIQ BIN ITHNIN

TIMBALAN PENGARAH I (AKTIVITI)

MUHAMMAD ISHYAK BIN MOHAMMAD NURI

TIMBALAN PENGARAH II (PENGURUSAN)

MOHAMMAD ARIFF B MAKHFUDZ

TIMBALAN PENGARAH III (TEKNIKAL/TUGAS-TUGAS KHAS)

MUHAMAD IDHAM BIN JAAFAR

SETIAUSAHA

NUR MUHAMAD MURSYIQ BIN MOHD ZUKI

BENDAHARI

MUHAMAD SADIQ BIN MUZAKIR

KETUA UNIT PENAJAAN

KAMARUDIN BIN ZAKI

KETUA UNIT PUBLISITI DAN MULTIMEDIA

ISKANDAR DZULKARNAIN BIN MOHAMAD

KETUA UNIT JAMUAN

MUHAMMAD FARIS BIN AHMAD

KETUA UNIT PERSEMBAHAN DAN KEBUDAYAAN

NOR HAZUAN BIN ABD HALIM

KETUA UNIT TEKNIKAL DAN PERALATAN

NUR MUHAMAD MURSYIQ BIN MOHD ZUKI

KETUA UNIT PROTOKOL

HISAMUDIN BIN MOHD YUNUS RAJANDRAN

KETUA UNIT CENDERAMATA DAN HADIAH

MUHAMMAD FAIZAL MAULA BIN MUHAMAD LAZIM

KETUA UNIT TUGAS-TUGAS KHAS

MUHAMMAD ASLAM B SHAARI

KETUA UNIT GRAFIK DAN BACKDROP

RAVIN A/L ANNAMALAI

KETUA UNIT KESELAMATAN

CHAN GUAN YU

KETUA UNIT FOTOGRAFI & VIDEO

MICHEAL A/L MOSES

KETUA UNIT SUKAN DAN SUKANEKA

MOHAMMAD FAKRUL NIZAM B AHMAD LUTHFFI

KETUA UNIT KEUSAHAWANAN

MOHD SHAFIQ FAHMI AB LATIF

KETUA UNIT KEROHANIAN DAN KEBAJIKAN

MUHAMAD IMAN BIN RAMLAN

KETUA UNIT PENDIDIKAN

MUHAMAD MIZWAN HAKIMIE BIN MUSTAFA

KETUA UNIT AKTIVITI LAIN-LAIN

HERZULEZAINI BIN ABDUL KAHAR

KETUA UNIT PAMERAN

MOHAMAD HAMIDI BIN SHUFI

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM16 September 2011 (Jumaat)

1400: Kursus Asas Imam dan Bilal

2100: Perasmian Hari Terbuka Kolej 10, (Pengetua Kolej 10)

2130: Forum (Kepentingan Hidup Bermasyarakat)

17 September 2011 (Sabtu)

0930: Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan, Gerai Jualan, Pameran, Mesra

Kampus

1000: Sukaneka

1400: Bengkel Persedian Menghadapi Alam Universiti

2100: Tilawah Al-Quran

18 September 2011 (Ahad)

0930: Sukan Rakyat, Pameran

1200: Majlis Penutup

LAMPIRAN C

ANGGARAN BELANJAWAN

BELANJAWAN

Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan

Alumni

RM 3 500.00

Kolej 10 RM 750.00

JUMLAH RM 4 250.00

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)

1.0 Perasmian dan Penutup

1.1 Backdrop

1.2 Cendereamata VVIP

1.3 Minum Malam

1.4 Makanan Tengahari

1.5 Pamphlet

1

2

15

15

10

150.00

100.00

3.00

4.50

1.00

150.00

200.00

45.00

67.50

10.00

2.0 Sukan Rakyat

2.1 Peralatan

2.2 Hamper

2.3 Minuman

1

3

10

150.00

150.00

10.00

150.00

450.00

100.00

3.0 Sukaneka

3.1 Hamper ‘Station Games’

3.2 Hamper Tarik Tali

4

3

100.00

50.00

400.00

150.00

3.3 Minuman 10 10.00 100.00

4.0 Gerai dan Keusahawanan

4.1 Peralatan jualan 1 200.00 200.00

5.0 Derma Darah dan Pemeriksaan

Kesihatan

5.1 Makanan Doktor dan

Jururawat

5.2 Cenderamata

20

2

5.00

50.00

100.00

100.00

6.0 Tilawah Al-Quran

6.1 Peralatan Hiasan

6.2 Cenderahati Juri

6.3 Minum Malam

6.4 Hadiah

1

3

15

3

100.00

100.00

3.00

25.00

100.00

300.00

45.00

75.00

7.0 Publisiti

7.1 Banner Utama (10” x 6”)

7.2 Poster A4

5

20

120.00

5.00

600.00

100.00

8.0 Bengkel Persedian Ke Alam

Universiti

8.1 Jamuan Minum Petang

8.2 Cenderahati Penceramah

35

1

3.00

150.00

105.00

150.00

9.0 Forum

9.1 Jamuan Ahli Panel 5 4.00 20.00

9.2 Cenderahati Ahli Panel 4 50.00 200.00

10.0 Mesra Kampus

10.1 Jamuan Ringan

10.2 Minuman

35

10

3.00

10.00

105.00

100.00

11.0 Rencam 1 127.50 127.50

Jumlah Keseluruhan 4 250.00

ULASAN PENASIHAT MENGENAI PROGRAM

TAJUK PROGRAM HARI KELUARGA KOLEJ 10

TARIKH PROGRAM 16 HINGGA 18 SEPTEMBER

2010

(Jumaat-Ahad)

TEMPAT SEKITAR KOLEJ DAN

KOLEJ 10

ULASAN PENASIHAT

Program ini disokong sepenuhnya kerana:

Memupuk semangat ukhuwah dalam diri setiap warga Universiti

Teknologi Malaysia dan masyarakat setempat yang terlibat.

Membantu merapatkan jurang antara mahasiswa dan masyarakat

dalam hubungan ukhuwah secara berterusan.

Menjadi penghubung dan pemangkin kepada sikap kerjasama dan

perpaduan antara koloni bermasyarakat.

Memantapkan kesedaran rohani mahasiwa demi kesejahteraan

hidup.

NAMA PENASIHAT Prof. Madya Dr. Ab. Latif Ibrahim

TANDATANGAN TARIKH

COP RASMI

RINGKASAN EKSEKUTIF

Nama Program Hari Terbuka Kolej 10

Jenis Program Aktiviti:

Sukaneka

Sukan Rakyat

Kursus Imam Dan Bilal

Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan

Forum

Gerai Keusahawanan

Bengkel Persediaan ke Alam Universiti

Pameran Kelab

Mesra Kampus

Matlamat Dan Objektif

Program Menggalakkan mahasiswa untuk bersaing dengan

cara yang sihat dalam aktiviti yang diceburi.

Merapatkan dan mengeratkan hubungan ukhuwah

di antara warga UTM dan masyarakat setempat.

Memberi pendedahan tentang tahap kesihatan

mahasiswa dan masyarakat di samping memupuk

sifat prihatin.

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang

dunia pengurusan dan kepimpinan yang berkesan

serta melahirkan individu yang berpotensi dalam

mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Memartabatkan sukan rakyat yang menjadi darah

daging masyarakat luar bandar.

Menjana masyarakat berilmu samada dari aspek

rohani, jasmani dan intelek.

Memperkenalkan dan merapatkan hubungan

warga Universiti Teknologi Malaysia kepada

masyarakat.

Anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej 10, Universiti

Teknologi Malaysia (UTM).

Tarikh Dan Tempat 16 Hingga 18 September 2011

Sekitar Kolej 9 Dan Kolej 10

Peserta Pelajar UTM

Anggaran Kos RM 4 250.00

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kelulusan

Makluman

KERTAS KERJA

HARI TERBUKA KOLEJ 10

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Disediakan oleh: Disahkan oleh: Diluluskan oleh:

Tandatanga

n

NamaMuhamad Shafiq Bin

Ithnin

Prof Madya Dr. Ab.

Latif Bin Ibrahim

Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin

Bin Hj. Ninggal

Jawatan Pengarah Program PengetuaTimbalan Naib Canselor

(Hal Ehwal Mahasiswa dan ALUMNI)

Tarikh

Disediakan oleh :

…………………

(Muhamad Shafiq Bin Ithnin)

Pengarah

Hari Keluarga Kolej 10

Disemak oleh :

………………

( Mohamad Ariff Bin Makhfudz)

Pengerusi

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa

Kolej 10

Disokong oleh :

……………......

(Kuberaraaj Nambaraja)

Penasihat

Hari Keluarga Kolej 10

ANALISIS DATA

Jadual di bawah menunjukkan senarai hadiah dan barang-barang yang perlu dibeli dan disediakan oleh saya dan rakan-rakan sebagai ahli jawatankuasa cenderamata. Bajet yang diperuntukkan untuk jawatankuasa cenderamata ialah Rm1140. Namun, bajet ini telah dapat dikurangkan kerana ajk cenderamata telah membeli barangan borong untuk persiapan membuat hamper. Kami tidak membeli hamper yang tersedia, sebaliknya bekerjasama membuat hamper tersebut dari barangan borong.

HADIAH HARGA UNIT (RM) BILANGAN JUMLAH (RM)HAMPER TEMPAT PERTAMA

50 4 200

HAMPER TEMPAT KEDUA

35 4 140

HAMPER TEMPAT KETIGA

25 4 100

BUTTON 2 180 360TUALA PESERTA 2 170 340

1140

PERBINCANGAN

Semua orang menginginkan program yang dirancang berjalan dengan sempurna dan lancar mengikut plan awal. Namun, sebaik sahaja sesuatu program itu selesai dijanakan, kita dapat melihat beberapa kekurangan dalam perancangan dan perlaksanaan program tersebut. Kelemahan ini perlu diperbaiki dan diatasi jika ingin melakukan program yang lain pada masa akan datang agar program seterusnya berjalan dengan lebih teratur, sempurna dan menarik. Di sini, saya ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan yang perlu di isi dalam kekosongan semasa perancangan program.

Aspek pengurusan: - dari segi aspek pengurusan apa yang perlu ditambah ialah mengenai jadual kehadiran semasa mesyuarat. Jadual ini perlu dibuat agar kita dapat melihat individu mana yang memberi komitmen kerja dan individu mana yang melakukan kerja sambil lewa. Bagi individu yang tidak dapat menghadiri mesyurat melebihi tiga kali tanpa sebab yang munasabah, tindakan lanjut akan diambil seperti pengguguran nama mereka dalam projek tersebut. Walaupun perkara ini dilihat seperti terlalu kejam, namun ini adalah sebagai salah satu teknik untuk mendapatkan kerjasama dari semua individu yang terlibat, sekaligus, perbincangan dapat dilaksanakan dengan lancar.

- Selain itu, setiap kali sebelum mesyurat diadakan ahli jawatankuasa mestilah menunjukkan satu laporan ringkas dan pendek mengenai kerja yang telah mereka lakukan berdasarkan tugas masing-masing. Hal ini bagi memastikan setiap individu peka dan amanah dengan tugas yang diberikan, sekaligus, program dapat dilaksanakan dengan lancar .

- Seterusnya, buku laporan kewangan juga perlu disediakan. Hal ini bagi melihat carta aliran wang keluar dan masuk program tersebut serta melihat perbelanjaan dan pendapatan organisasi yang terkini.

- Buku senarai nama peserta yang telah membayar yuran juga perlu disediakan agar tidak berlaku kecelaruan maklumat di kemudian hari., lalu menyebabkna perbalahan antara pihak pengurusan dan peserta.

Aspek Tempat:

Bagi menarik ramai peserta untuk menyertai sesuatu program, tempat program itu diadakan mestilah menarik. Tamsilannya, mengadakan Hari Keluarga di luar universiti seperti di pantai. Hal ini akan menarik minat ramai individu untuk mengikuti program tersebut kerana mereka dapat menghilangkan stres dengan melakukan aktiviti di luar universiti. Rentetan itu, bayaran yang akan dikenakan juga akan menjadi sedikit mahal. Namun, mereka tetap juga akan berminat untuk menyertai kerana tempat yang ditawarkan menarik dan memuaskan seitimpal dengan apa yang mereka bayar.

Aspek Program:

Bagi ajk program, mereka haruslah merancang aktiviti yang tidak terlalu padat, tetapi menyeronokkan dan memberi seribu kenangan. Hal ini kerana aktiviti yang terlalu padat akan menyebabkan peserta berasa terkongkong dan cepat letih. Ironinya, mereka akan berasa tidak seronok melakukan aktiviti yang seterusnya, lalu program akan menjadi suram dan tidak meriah.

Aspek Cenderamata:

Saya selaku ajk cenderamata bercadang agar ajk cenderamata yang seterusnya menyediakan cenderamata yang lebih bermakna dan memberi seribu kenangan. Ukwahnya, membuat button dari kain perca songket. Walaupun cenderamata ini tidak bernilai tetapi ianya lebih seni dan dapat mengurangkan perbelanjaan. Selain itu, perkara ini juga dapat meningkatkan semangat

kerjasama antara ahli pasukan kerana mereka bersama-sama membuat button tersebut.

Seterusnya, setelah program selamat dilaksanakan, sekeping kad yang bertulis kata-kata penghargaan perlulah diberi kepada setiap pensyarah dan peserta menunjukkan rasa terima kasih kita kepada mereka kerana telah menyertai program yang dianjurkan.

Aspek Dana:

Penyertaan dan kehadiran peserta dalam program Hari Keluarga ini tidaklah sebegiti ramai. Justeru, dana yang terkumpul juga tidak maksimum. Oleh itu, bagi meningkatkan dana sesuatu program, aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti jualan pada hari kejadian seperti jualan air minuman dan makanan. Mereka yang sememangnya lapar setelah melakukan aktiviti akan membeli apa yang kita tawarkan. Seterusnya jualan kecil-kecilan di fakulti seperti menjual donut sepanjang perancangan program.

Selain itu, bagi menarik minat seseorang individu untuk menyertai program yang kita laksanakan, kita mestilah menyediakan sesuatu yang boleh menarik minat meraka. Tamsilannya, menjemput artis di dalam program kita. Apabila mereka mengetahui terdapat artis dalam sesuatu program, mereka akan mengikuti program tersebut hanya semata-mata untuk melihat dan berjumpa dengan artis tersebut. Pada masa yang sama kita juga mendapat keuntungan kerana ramai individu yang ingin menyertai program yang dianjurkan. Oleh itu, dana bagi program kita juga akan bertambah.

Aspek Pengangkutan:

Pengangkutan perlulah disediakan agar para peserta berasa lega kerana tidak perlu memikirkan cara untuk pergi ke lokasi program diadakan. Oleh itu, ajk pengangkutan perlulah membuat penempahan awal pengangkutan, agar tidak timbul masalah pada saat akhir. Pengangkutan juga tidak dikenakan bayaran tambahan kerana semua kos telah dimasukkan dalam yuran penyertaan peserta. Hal ini akan menyenangkan hati para peserta kerana mereka tidak perlu mengeluarkan banyak perbelanjaan.

Aspek Publisiti:

Dalam sesuatu program yang diadakan, sudah tentu kita menginginkan program yang meriah dan diketahui ramai. Oleh itu, aktiviti yang diadakan haruslah diiklankan di corong radio universiti dan juga dipaparkan di e-warga ataupun di skrin iklan universiti. Hal ini bagi memastikan agar ramai yang mengetahui program tersebut, sekaligus mereka dapat menyertai program yang diadakan itu.

HASIL DAN IMPLIKASI

Terdapat pelbagai persediaan yang perlu dilakukan sebelum Program Hari Keluarga PPSM dapat dijanakan. Antaranya ialah kutipan yuran bagi menyertai program tersebut. Yuran yang dikenakan untuk setiap pelajar ialah RM20. Kutipan ini bertujuaan untuk menampung segala perbelanjaan pada hari kejadiaan seperti makanan yang disediakan semasa acara sukaneka dilakukan dan makanan untuk acara makan malam pada hari tersebut. Selain itu, duit kutipan ini juga digunakan untuk menempah baju dan juga cenderamata. Setiap peserta yang terlibat akan memperoleh sehelai baju dan juga satu cenderamata yang berupa buton. Pendek kata, para peserta yang terlibat tidak akan rugi kerana mendapat pulangan yang setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

Selain itu, jualan donut Big Apple juga telah dijalankan di Pusat Pengajian Sains Matematik bagi menampung dana untuk program ini. Saya dan beberapa orang rakan telah melakukan aktiviti tersebut. Kami telah menjual donut dari bilik ke bilik para pensyarah. Duit yang diperoleh dari jualan ini telah digunakan untuk menyempurnakan persiapan bagi program tersebut. Tambahan lagi, jualan ini juga telah dapat mengeratkan hubungan antara para pelajar dan juga pensyarah, selain dapat mempelajari cara untuk menguruskan sesuatu perniagaa.

Seterusnya, melalui program ini sikap kerjasama antara ahli pasukan telah dapat disemai. Hal ini dapat dilihat melalui kerjasama saya dan rakan-rakan jawatankuasa cenderamata serta ajk yang lain membuat hamper daripada barangan borong. Kami telah brganding bahu menyiapkan hamper tersebut.

Tambahan lagi, kami ajk cenderamata juga telah membantu ajk lain dalam projek ini. Contohya, kami telah membantu ajk pendaftaran

mengedarkan baju peserta, membantu ajk dana menjual donut dan menolong ajk tempat menghiasi tempat makan malam.

Pendek kata, walaupun kami berbeza jawatankuasa, tetapi kerja yang dilakukan adalah bersama-sama dan secara berpasukan. Hal ini telah sedikit sebanyak menyemai semangat kerja berpasukan dalam diri kami, sekaligus, program yang dilaksanakan telah berjalan dengan lancar.

KESIMPULAN

Di dalam program Hari Keluarga PPSM ini, saya dan dua orang rakan yang lain telah menyandang jawatan sebagai ahli jawatankuasa cenderamata. Kami telah melaksanakan tugas yang diberikan dengan lancar dan jayanya. Kedua-dua orang rakan saya telah memberi komitmen yang baik dalam jawatankuasa ini. Kami bersama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi sepanjang pelaksanaan program tersebut.

Melalui penglibatan diri saya dalam program ini, saya telah dapat mempelajari cara-cara untuk menguruskan maklumat seperti menyediakan data mengenai perbelanjaan bagi jawatankuasa cenderamata. Ironinya, penyediaan data ini telah dapat melancarkan kerja yang ingin dilakukan, sekaligus semua yang dirancang menjadi kenyataan.

Selain itu, ilmu yang dipelajari dalam perlaksanaan program ini dapat saya gunakan untuk masa yang akan datang, seperti cara-cara untuk membuat tempahan barang. Barang yang ditempah dalam program ini ialah button yang merupakan cenderamata kepada para peserta.

Konklusinya, program ini telah menyebabkan saya dapat mengetahui cara pengurusan maklumat yang baik dan betul serta ilmu yang saya pelajari dalam program ini dapat saya manfaatkan untuk masa yang akan datang.

RUJUKAN

Muhamad Shafiq Bin Ithnin . 2011. Kertas Kerja Hari Terbuka Kolej 10. http://www.utm.my/group/kolej10/files/2011/10/Hari-Terbuka-Kolej-10.docx [12 Januari 2014].

Madrasah Al-Ittihadiyah. 2012. Kertas Kerja Hari Keluarga dan Sukaneka. http://www.slideshare.net/tamanmaim/kertas-kerja-hari-keluarga-dan-sukaneka [12 Januari 2014]

En Wong Chee Kheon. 2010. Mbsskl Family Day. http://mbsskl.edu.my/familyday/ajk-induk/ [12 Januari 2014].

Shafinaz Saad. 2008. Program Hari Keluarga 2008. http://www.scribd.com/doc/64891781/Kertas-Kerja-Hari-Keluarga [12 Januari 2014].

Dr. Asmady Idris. 2008. Kertas Kerja Hari Keluarga Universiti Malaysia Sabah Ke-8. http://sssums.files.wordpress.com/2007/10/kertascadangan_hakums2008_.pdf [12 Januari 2014].

LAMPIRAN

CARTA ALIR PERJALANAN PROJEK( FLOWCHART)

2 minggu- kertas kerja lulus

(jualan donut)

Lantikan

-Ketua projek menerangkan program yang akan dilaksanakan iaitu Hari Keluarga PPSM.

-Menerangkan objektif dan tujuan projek tersebut.

-Melantik ajk dan menerangakan tugas ajk.

Mesyurat kedua

-Ketua program menerangkan semula tugas dan peranan setiap ajk.

-Setiap jawatankuasa membentangkan pendapat masing-masing mengenai apa yang diperlukan oleh mereka dalam jawatankuasa tersebut bagi menjayakan program.

Jawatankuasa

Kebajikann DanaTeknikalProtokolTugas-tugas khas

Pendaftaran

Program

Tempat

Publisiti Jamuan

Pengangkutan

Cenderamata

-Menerangkan cadangan hadiah yang akan dibeli

Mesyuarat ketiga

-menempah button

Mesyuarat keempat

-Tidak hadir

Mesyuarat kelima

-Tidak hadir

-beli barang borong untuk membuat hamper

- button telah siap

-membantu ajk pendaftaran mengagihkan baju -membantu ajk tempat menghias tempat makan malam

-hari kejadian

Mesyuarat keenam

-terdapat 12 buah hamper yang telah siap dan 10 hadiah cabutan bertuah.

Mesyuarat ketujuh

-Postmoterm. Jawatankuasa cenderamata berjalan dengan lancar.

CARTA GANTT & BATUKALA (MILESTONE)

Aktiviti Bulan 9 Bulan 10 Bulan 11 Bulan 12 Bulan 11 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

1.Mesyuarat pertama2.Mesyuarat kedua3.Jualan donut

4.Membuat tempahan button5.Mesyuarat ketiga6.Membeli barang hamper dan cabutan bertuah7.Mesyuarat keenam8.Balut hamper & hadiah cabutan bertuah9.Mengagihkan baju peserta10.Menghiasi tempat makan malam11.Hari Keluarga PPSM-membantu jawatankuasa program mengendalikan acara12.Mesyuarat ketujuh13. Penghantaran laporan HP

Button yang ditempah sebagai cenderamata kepada para peserta

Tuala untuk ahli jawatankuasa

Hamper yang dibuat daripada barang borong dan hadiah cabutan bertuah

Acara sukaneka

Acara makan malam