“saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat...

25

Upload: trinhkiet

Post on 21-Aug-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi
Page 2: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan

kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : EN. AHMAD JOHARI BIN SIHES

Tarikh : 24 APRIL 2008

Page 3: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

PERSEPSI PELAJAR TAHUN EMPAT TERHADAP PENGAJARAN

PENSYARAH DALAM BAHASA INGGERIS DI DUA FAKULTI,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NURSHILA BT ABDUL RAZAK

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ............................................................

Nama Penyelidik : NURSHILA BINTI ABDUL RAZAK

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 5: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

iii

DEDIKASI Lembaran ini ku buka dengan lafazLembaran ini ku buka dengan lafazLembaran ini ku buka dengan lafazLembaran ini ku buka dengan lafaz syukur kepada Yang Maha Esa kerana Projek syukur kepada Yang Maha Esa kerana Projek syukur kepada Yang Maha Esa kerana Projek syukur kepada Yang Maha Esa kerana Projek

Sarjana Muda ini dapat disiapkan akhirnya.....Sarjana Muda ini dapat disiapkan akhirnya.....Sarjana Muda ini dapat disiapkan akhirnya.....Sarjana Muda ini dapat disiapkan akhirnya.....

Dedikasi ini ku tujukan khas untuk semua yang tersayang.....Dedikasi ini ku tujukan khas untuk semua yang tersayang.....Dedikasi ini ku tujukan khas untuk semua yang tersayang.....Dedikasi ini ku tujukan khas untuk semua yang tersayang.....

Buat AyahBuat AyahBuat AyahBuat Ayah.....ABDUL RAZAK BIN NAYAN

dandandandan

EmakEmakEmakEmak.........NORMA BINTI JASIN

Jasa dan pengorbanan kalian membakaJasa dan pengorbanan kalian membakaJasa dan pengorbanan kalian membakaJasa dan pengorbanan kalian membakar semangatku. Dirimu berdua amat bermakna r semangatku. Dirimu berdua amat bermakna r semangatku. Dirimu berdua amat bermakna r semangatku. Dirimu berdua amat bermakna

buatku. Akan ku balas segala jasabuatku. Akan ku balas segala jasabuatku. Akan ku balas segala jasabuatku. Akan ku balas segala jasa----jasamu itu.jasamu itu.jasamu itu.jasamu itu.

Buat PenyeliaBuat PenyeliaBuat PenyeliaBuat Penyelia....................ENCIK AHMAD JOHARI BIN SIHES

Terima kasih ku ucapkan atas segala perhatian dan ilmu yang dicurahkan kepadaku.Ia Terima kasih ku ucapkan atas segala perhatian dan ilmu yang dicurahkan kepadaku.Ia Terima kasih ku ucapkan atas segala perhatian dan ilmu yang dicurahkan kepadaku.Ia Terima kasih ku ucapkan atas segala perhatian dan ilmu yang dicurahkan kepadaku.Ia

amat bermakna sekali buat hidupku.amat bermakna sekali buat hidupku.amat bermakna sekali buat hidupku.amat bermakna sekali buat hidupku.

BBBBuat adikuat adikuat adikuat adik----beradikberadikberadikberadik.....ABANG SHAM, IKIN dan IRAH

Terima kasih kerana banyak memahami dan membantu diriku selalu.Terima kasih kerana banyak memahami dan membantu diriku selalu.Terima kasih kerana banyak memahami dan membantu diriku selalu.Terima kasih kerana banyak memahami dan membantu diriku selalu.

Buat teman teristimewaBuat teman teristimewaBuat teman teristimewaBuat teman teristimewa…..SYED MOHD NAJIB

Terima kasih kerana memberi semangat dan dorongan kepadaku.Terima kasih kerana memberi semangat dan dorongan kepadaku.Terima kasih kerana memberi semangat dan dorongan kepadaku.Terima kasih kerana memberi semangat dan dorongan kepadaku.

Buat sahabatkuBuat sahabatkuBuat sahabatkuBuat sahabatku NAS,QIST,ALYN,AZRA,SULIA,FAEZAH,MEEN,RIN ,IJAT

Dan semua rakanDan semua rakanDan semua rakanDan semua rakan----rakan sekalian..Diharapkan semoga rakanrakan sekalian..Diharapkan semoga rakanrakan sekalian..Diharapkan semoga rakanrakan sekalian..Diharapkan semoga rakan----rakan berjaya dan rakan berjaya dan rakan berjaya dan rakan berjaya dan

kenangan bersama kalian tidak dapat kulupakan. kenangan bersama kalian tidak dapat kulupakan. kenangan bersama kalian tidak dapat kulupakan. kenangan bersama kalian tidak dapat kulupakan. Semoga kalian diberkati dan berjaya Semoga kalian diberkati dan berjaya Semoga kalian diberkati dan berjaya Semoga kalian diberkati dan berjaya

dalam hidup masingdalam hidup masingdalam hidup masingdalam hidup masing----masing.masing.masing.masing.

Page 6: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih

dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi

Muhammad S.A.W serta keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut baginda hingga ke

hari kemudian.

Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya, maka saya telah

menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Ahmad Johari Bin Sihes selaku penyelia

projek saya atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran, sokongan, dorongan dan nasihat

yang diberikan sepanjang projek ini dibangunkan.

Penghargaan ini juga ditujukan khas ayahanda dan bonda yang tanpa jemu

mendoakan kejayaan saya serta harapan yang tinggi lebih sedekad yang lalu untuk anakmu ini

ke menara gading. Kepada rakan-rakan seperjuangan juga diucapkan terima kasih yang

tidak terhingga kerana banyak memberi bantuan sepanjang menjalankan projek ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga kepada mereka yang terlibat sama ada

secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang projek ini dijalankan.

iv

Page 7: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini diadakan adalah untuk mengetahui persepsi pelajar UTM

terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa Inggeris. Responden kajian adalah seramai

204 orang pelajar tahun empat yang dipilih daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan

Fakulti Pendidikan sesi 2007/08. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal

selidik. Ia mengandungi 30 item berbentuk soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan alat

kajian adalah α = 0.894. Data-data kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian

SPSS (Statistic Package for the Social Science) versi 15.0. Analisis yang dibuat

diterjemahkan dalam bentuk min, frekuensi dan peratus. Tumpuan kajian ini ialah untuk

mengetahui persepsi pelajar UTM terhadap tahap keupayaan pensyarah menarik minat

pelajar, kaedah pengajaran pensyarah, penguasaan pensyarah terhadap penyampaian

pengajarannya dan cara pensyarah berkomunikasi dengan pelajar dalam bahasa Inggeris.

Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi pelajar terhadap pengajaran

pensyarah dalam bahasa Inggeris adalah berada pada tahap positif. Hasil ujian-t,

mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada persepsi pelajar tahun empat

Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Pendidikan terhadap pengajaran pensyarah

dalam bahasa Inggeris.

v

Page 8: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the perception of UTM students about

teaching of lecturer’s in English. Respondents of the study were 204 fourth year students

from faculty of Electrical Engineering and faculty of Education in session 2007/08. The

main instrument used was questionnaires. It contained 30 multiple choice items.

Reliability value of the instrument was α = 0.894. The data were analyzed using SPSS

(Statistic Package for the Social Science) version 15.0. Analyses were reported in mean,

frequency and percentage. The study focuses to know perception of UTM students

towards lecturer’s ability to attract their attention, lecturer’s ability in delivering lecture,

lecturer’s understanding towards his/her teaching and how lecturer’s communicate with

the students in English. The finding of the research show the level of students perception

toward lectures teaching in English is positive. From the t-test that had been carried out

indicated that there is no significance difference on perception of lectures teaching in

English among fourth year students of Faculty of Electrical and Faculty of Education.

Page 9: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop dan batasan kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Persepsi 9

Page 10: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

viii

1.8.2 Pelajar 9

1.8.3 Pengajaran 10

1.8.4 Pensyarah 10

1.8.5 Minat 10

1.8.6 Kaedah Pengajaran 10

1.8.7 Penyampaian Pengajaran 11

1.8.8 Komunikasi 11

1.8.9 Bahasa Inggeris 11

1.9 Kesimpulan 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Persepsi Pelajar 13

2.3 Pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa 14

Inggeris di Institut Pengajian Tinggi.

2.4 Kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris 15

dalam pengajaran dan pembelajaran

2.5 Penguasaan pensyarah terhadap penyampaian 17

pengajaran dalam bahasa Inggeris

2.6 Gaya pensyarah dan minat pelajar terhadap 18

pengajaran dalam bahasa Inggeris.

2.7 Konsep pengajaran 19

2.8 Pendekatan pengajaran 19

2.8.1 Pendekatan berpusatkan guru 19

2.8.2 Pendekatan berpusatkan pelajar 20

2.8.3 Pendekatan berpusatkan bahan 20

2.9 Kaedah pengajaran pensyarah dalam bahasa 20

Inggeris

2.9.1 Kaedah kuliah 21

2.9.2 Kaedah tunjuk cara/ demonstrasi 23

2.9.3 Kaedah Simulasi 23

Page 11: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

ix

2.9.4 Kaedah amali/ bengkel 24

2.9.5 Kaedah interaktif (perbincangan, brainstorming, 24

dan sesi buzz)

2.10 Komunikasi pensyarah dan pelajar dalam 26

bahasa Inggeris

2.11 Kesimpulan 27

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Tempat Kajian 29

3.4 Populasi dan sampel kajian 29

3.5 Instrumen Kajian 30

3.6 Kajian Rintis 32

3.7 Prosedur Kajian 33

3.8 Analisis Data 33

3.9 Kesimpulan 35

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 36

4.2 Analisis bahagian A 37

4.2.1 Taburan responden mengikut jantina 37

4.2.2 Taburan responden mengikut bangsa 38

4.2.3 Taburan responden mengikut fakulti 38

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tahun/Kursus 39

4.2.5 Taburan Responden Terhadap Pencapaian 40

Bahasa Inggeris Di Peringkat SPM.

Page 12: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

x

4.2.6 Taburan Responden Terhadap Bahasa Digunakan 41

Ketika Berkomunikasi Dengan Pensyarah

4.2.7 Taburan Responden Terhadap Kekerapan 41

Penggunaan Bahasa Inggeris.

4.3 Analisis Data Bahagian B (Persoalan Kajian) 42

4.3.1 Persoalan kajian 1 : Keupayaaan pensyarah 43

menarik minat pelajar terhadap pengajarannya

dalam bahasa Inggeris.

4.3.2 Persoalan kajian 2 : Kaedah pengajaran yang 46

digunakan pensyarah semasa menyampaikan

pengajarannya dalam bahasa Inggeris.

4.3.3 Persoalan kajian 3 : Penguasaan pensyarah 49

dalam menyampaikan pengajaran dalam

bahasa Inggeris.

4.3.4 Persoalan kajian 4 : Cara pensyarah berkomunikasi 52

dengan pelajar dalam bahasa Inggeris.

4.3.5 Persoalan kajian 5 : Perbezaan antara persepsi 54

pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan

Fakulti Pendidikan terhadap pengajaran

pensyarah dalam bahasa Inggeris

4.4 Analisis keseluruhan persoalan kajian 55

4.5 Kesimpulan 56

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Rumusan 57

5.3 Perbincangan dapatan 59

5.3.1 Profil Responden 59

5.3.2 Perbincangan persoalan kajian 1 : Keupayaaan 59

pensyarah menarik minat pelajar terhadap

pengajarannya dalam bahasa Inggeris

Page 13: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

xi

5.3.3 Perbincangan persoalan kajian 2 : Kaedah 61

pengajaran yang digunakan oleh pensyarah

semasa menyampaikan pengajarannya dalam

bahasa Inggeris.

5.3.4 Perbincangan persoalan kajian 3 : Penguasaan 64

pensyarah dalam menyampaikan pengajaran

dalam bahasa Inggeris

5.3.5 Perbincangan persoalan kajian 4 : Cara 66

pensyarah berkomunikasi dengan pelajar

dalam bahasa Inggeris

5.3.6 Perbincangan persoalan kajian 5 : Perbezaaan 69

persepsi pelajar Fakulti Pendidikan dan

Fakulti Kejuruteraan Elektrik terhadap

pengajaran pensyarah dalam bahasa Inggeris

5.4 Cadangan Tindakan 70

5.5 Cadangan kajian lanjutan 71

5.6 Kesimpulan 71

RUJUKAN 72

LAMPIRAN 77

Page 14: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan sampel kajian 30

3.2 Jadual taburan soalan 31

3.3 Perlaksanaan Kaedah Skala Likert 31

3.4 Skala Likert Pemeringkatan 5 Markah Skor 33

kepada 3 Markah Skor.

3.5 Kaedah analisis data berdasarkan kepada 34

persoalan kajian

3.6 Analisis petanda skor min 35

4.1 Taburan bilangan dan peratusan mengikut jantina 37

4.2 Taburan bilangan dan peratusan mengikut bangsa 38

4.3 Taburan bilangan dan peratusan mengikut fakulti 38

4.4 Taburan bilangan dan peratusan mengikut tahun/kursus 39

4.5 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut 40

pencapaian bahasa Inggeris di peringkat SPM

4.6 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut 41

bahasa dan fakulti.

4.7 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut 42

kekerapan menggunakan bahasa Inggeris

4.8 Keupayaaan pensyarah menarik minat pelajar 43

terhadap pengajarannya dalam bahasa Inggeris

4.9 Kepelbagaian kaedah pengajaran yang digunakan oleh 46

pensyarah semasa menyampaikan pengajarannya

dalam bahasa Inggeris.

4.10 Penguasaan pensyarah dalam menyampaikan 49

pengajaran dalam bahasa Inggeris.

Page 15: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

xiii

4.11 Cara pensyarah berkomunikasi dengan pelajar 52

dalam bahasa Inggeris

4.12 Analisis Ujian-t terhadap persepsi pelajar 54

Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Pendidikan

terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa Inggeris.

4.13 Analisis min setiap item bagi keseluruhan persoalan 55

kajian

Page 16: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

xiv

SENARAI SIMBOL

SIMBOL KETERANGAN α

Alpha Cronbach

f Frekuensi / Kekerapan

%

Peratus

> Lebih besar

<

Lebih kecil

Page 17: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

xv

SENARAI SINGKATAN IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

KMM - Kolej Matrikulasi Melaka

MUET - Malaysian Universiti English Test

PPMSI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris

S - Setuju

SEE - Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik

SEI - Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik-Kawalan dan Instrumentasi

SEL - Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik-Elektronik

SEM - Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik-Mekatronik

SET - Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik-Telekomunikasi

SPA - Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Awam

SPE - Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Elektrik

SPF - Sarjana Muda Pendidikan Fizik

SPJ - Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Jentera

SPL - Sarjana Muda Pendidikan Tesl

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPN - Sarjana Muda Pendidikan Sains

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UiTM - Universiti Teknologi Mara

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UM - Universiti Malaya

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

xvi

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 78

B Pengesahan Soal Selidik 83

C Surat Kebenaran Menjalankan 84

Kajian

D Keputusan Analisis Kajian Rintis 85

Page 19: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Tugas utama seorang pensyarah adalah untuk memudahkan pembelajaran para

pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pensyarah bukan sahaja harus dapat menyediakan

suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan

pengajaran yang berkesan. Ini bermakna pensyarah perlu mewujudkan suasana

pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa

memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, pensyarah kerap berhadapan dengan pelajar yang

berbeza dari segi kebolehan mereka terutamanya dalam menguasai bahasa Inggeris.

Menurut kenyataan Datuk Mustapa Mohamed (2007), kajian awal daripada

Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan tahap penguasaan bahasa Inggeris

dikalangan pelajar kurang memuaskan dan universiti telah diarahkan untuk

memperbaiki kemahiran mereka dalam bahasa tersebut. Hal ini memerlukan

kepakaran pensyarah dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini

bermakna, pensyarah boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan

teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar dalam

bahasa Inggeris. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi meransangkan pelajar

belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea

dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang

bermakna.

Page 20: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

McIntosh (1996), dalam pemerhatiannya mendapati bahawa kuliah pada

kebiasaannya adalah satu ‘proses sehala’ yang tidak disertai dengan diskusi, soalan

atau latihan dalam kelas yang menjadikan kuliah kurang berkesan. Dan juga, beliau

berpendapat bahawa kebanyakan pensyarah mempelajari cara-cara mengajar adalah

daripada pengalaman mereka sendiri semasa menjadi seorang pelajar. Kurangnya

latihan untuk menyampaikan kuliah dalam bahasa Inggeris merupakan salah satu

masalah yang utama. Pensyarah perlu menarik perhatian pelajar dalam sesuatu

pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai

potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep dalam

bahasa Inggeris yang diterjemahkan secara jelas.

Menurut teori pelbagai kecerdasan Garder, terdapat 8 jenis kecerdasan yang

dimiliki oleh insan iaitu logik matematik, linguistik, muzik, intrapersonal, ruang,

kinestetik, interpersonal dan kemahiran ahli alamiah. (Ma’rof dalam Norhaslinda,

2001). Beliau menegaskan bahawa seseorang itu cerdas dalam sesuatu jenis

kecerdasan tetapi tidak semestinya cerdas pada jenis kecerdasan yang lain. Demi

mencapai sesuatu kecerdasan, pensyarah perlu bersedia dengan pelbagai teknik

pendekatan pengajaran agar memberi ruang kepada pelajar untuk memperolehi ilmu

dengan cara berbeza dan tidak membosankan. Pelbagai teknik pengajaran dan

pembelajaran yang perlu dimasukkan dalam kelas. Antaranya pembelajaran

kooperatif dan kolaboratif, kaedah inkuiri, kaedah pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer dll. Apabila banyak teknik dan kaedah digabung-jalinkan

dengan sepadunya, ia dapat mencernakan pelajar yang mahir berbincang,

mengeluarkan idea, saling bekerjasama, mastery learning melalui bimbingan

pensyarah yang mahir.

Walaupun peranan pensyarah amat besar untuk melaksanakan pengajaran

pembelajaran dalam bahasa Inggeris, ia tidak dapat dilaksanakan jika hanya

bergantung semata-mata kepada pensyarah tersebut. Menurut George Brown (1988)

dalam Esah (2003), pengajaran berkesan tidak bergantung semata-mata kepada

pensyarah sahaja tetapi pelajar-pelajar juga mempunyai tanggungjawab untuk belajar

dan perlu ditunjukkan secara eksplisit. Ini akan dapat mewujudkan satu kesedaran

kepada pelajar betapa pentingnya sesuatu pengajaran itu. Dalam menghasilkan kualiti

Page 21: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris yang tinggi, faktor yang utama adalah

timbulnya kesedaran dalam diri pelajar-pelajar untuk terlibat sama dalam tugasan

pembelajaran yang membolehkan mereka memahami perkara yang sedang dipelajari

(Paul Ramsden, 1994 dalam Esah, 2003).

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri

Wira Abdul Rahman Arshad berpendapat pelajar akan ketinggalan dalam persaingan

merebut peluang pendidikan, perniagaan dan pekerjaan dalam era globalisasi ini jika

tidak mempunyai kemahiran menggunakan bahasa Inggeris. Ini kerana bahasa ini

menjadi alat penting dalam kebanyakan bidang terutama teknologi maklumat dan

komunikasi. Malah era k-ekonomi yang sedang diperkatakan sekarang juga

memerlukan seseorang itu mempunyai kemahiran bahasa Inggeris yang baik untuk

menjamin masa hadapan yang lebih cerah (Utusan Malaysia, 23 November 2000).

Penguasaan bahasa Inggeris yang baik banyak membantu dalam proses

pembelajaran terutamanya di Institut Pengajian Tinggi. Bahan-bahan rujukan di

perpustakaan universiti boleh dikatakan sebahagian besar adalah dalam bahasa

Inggeris. Tanpa pemahaman yang baik dalam bahasa itu akan memberi masalah untuk

membuat rujukan dan tugasan. Malah kelemahan dalam penguasaannya menyebabkan

pelajar berasa takut membuat rujukan ilmiah dalam bahasa Inggeris.

Implikasi negatif yang cukup dirasakan, terutama oleh anak-anak di luar

bandar, yang majoritinya orang Melayu ialah gangguan dalam penguasaan ilmu sains

dan matematik disebabkan oleh faktor penggunaan bahasa asing. Pelajar mengalami

masalah kerana terpaksa memindahkan konsep-konsep Sains dan Matematik daripada

bahasa asing ke dalam bahasa ibundanya dalam keadaan pelajar tidak atau belum

menguasai bahasa asing itu. Masalahnya bertambah serius kerana guru yang

diwajibkan mengajarkan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris merupakan guru

yang selama ini dilatih untuk mengajar mata pelajaran itu dalam bahasa Melayu.

Page 22: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

Kajian Dewan Bahasa dan Pustaka yang dijalankan oleh pasukan penyelidik UKM

pada tahun 2004 menunjukkan bahawa prestasi pelajar umumnya merosot dalam mata

pelajaran yang menjadi sasaran dasar baru, iaitu Sains dan Matematik dan juga bahasa

Inggeris (Persatuan Linguistik Malaysia, Julai 2005).

Menurut laporan kajian Kolej Matrikulasi Melaka (2005), perlaksanaan bahasa

Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik pada permulaan sesi 2004/2005

menimbulkan pelbagai kerisauan di kalangan pensyarah dan pelajar. Pensyarah pada

awal pengajarannya tidak mampu menguasai pengajaran kerana sering tersalah

menggunakan istilah-istilah pelajaran dalam bahasa Inggeris. Ia menyebabkan

pensyarah kurang keyakinan diri dan hilang minat untuk mengajar. Pelajar juga

merungut kerana kurang faham apa yang disampaikan oleh pensyarah dalam bahasa

Inggeris. Penguasaan pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris juga turut

menyumbang masalah kefahaman pelajar terhadap pengajaran pensyarah.

Menurut kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi (2007) terhadap

penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar mendapati 29.2 peratus daripada

penuntut IPTA berada di band 1 dan band 2 iaitu tahap terendah dalam standart yang

ditetapkan oleh Malaysian Universiti English Test (MUET). Oleh itu, kebanyakan

universiti telah melancarkan ”soft-skills” yang termasuk penguasaaan bahasa Inggeris

dan Universiti Malaya telah mula memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris

dikalangan pelajarnya. Modul ”soft-skilled” itu berkaitan dengan kualiti yang perlu

ada pada setiap graduan yang akan menjamin mereka untuk memperolehi pekerjaan

kelak dan kelas-kelas tambahan akan diadakan sebagai usaha mempertingkatkan

penguasaan pelajar dalam bahasa tersebut terutama pelajar yang lemah.

Selaras dengan itu, UTM telah mengubah penggunaan bahasa dari pengajaran

dalam bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Perubahan dalam bahasa yang di

gunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran telah menimbulkan pelbagai reaksi.

Reaksi pelajar di dalam menghadapi pengajaran dan pembelajaran perlu di ambil kira

bagi memastikan kaedah yang sesuai dalam menghadapi situasi yang timbul.

Page 23: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim dalam mengulas

kenyataan kajian yang dilakukan sekumpulan penyelidik diketuai profesor dari UM

menyatakan terdapat sebilangan pensyarah IPTA yang kurang mahir menggunakan

bahasa Inggeris. Hasil kajian awal mendapati tiga golongan pensyarah dikelaskan

sebagai mempunyai kemahiran tinggi penggunaan bahasa Inggeris, kemahiran baik

tetapi perlu memperbaiki penulisan untuk penulisan jurnal antarabangsa dan mahir

pada tahap memuaskan tetapi memerlukan latihan lanjut mengikut tahap. Berikutan

itu, pensyarah yang kurang mahir akan dihantar mengikuti kursus dan latihan intensif

bagi memantapkan penguasaan bahasa itu (Berita Harian, 19 Disember 2006).

Menurut August dan Hakuta (1997) dalam Norazif (2007), penguasaan bahasa

Inggeris dikalangan pelajar dapat membantu pelajar menguasai isi kandungan bidang-

bidang pelajaran dan seterusnya dapat menguasai bahasa Inggeris dan kemahiran.

Sejajar dengan itu, keperluan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar telah

menjadi satu cabaran kepada pensyarah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa

Inggeris seterusnya boleh menyampaikan pengajaran dengan berkesan.Terdapat

pelajar yang lemah dalam penggunaan bahasa Inggeris dan hal ini boleh menyekat

minat pelajar terhadap pembelajaran dalam bahasa Inggeris kerana sukar untuk

memahami subjek tersebut. Pensyarah memainkan peranan penting untuk

memudahkan proses pembelajaran supaya mudah difahami oleh pelajar.

Keberkesanan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah sangat bergantung kepada

penerimaan pelajar.

Pelajar merupakan agenda utama dalam merealisasikan wawasan negara.

Namun bagi memastikan hasrat tesebut tercapai, penelitian secara telus terhadap

persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris

perlulah dikaji agar pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan

berkesan.

Page 24: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

1.3 Penyataan Masalah Pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris telah meningkatkan lagi

kepentingan perbualan bahasa Inggeris dalam aspek pengajaran dan pembelajaran

pelajar dan pensyarah. Pengajaran dan pembelajaran sesetengah subjek utama dalam

bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi turut memerlukan kemahiran berbual

dalam bahasa Inggeris untuk berinteraksi dengan baik dan selesa antara pensyarah dan

pelajar-pelajar lain. Kelemahan dalam perbualan bahasa Inggeris boleh menjejaskan

proses pembelajaran pelajar dan juga memberikan kesan kepada perhubungan sosial

pelajar dan pensyarah di dalam kuliah. Pelajar tidak berani menyoal kerana tidak

boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ini menyekat pengajaran dan

pembelajaran di dalam kuliah.

Kesediaan belajar adalah faktor terpenting yang mendorong pelajar kearah

menjalankan aktiviti pembelajaran dengan mudah, seronok dan berkesan. Seseorang

pensyarah pula harus memahami dan menggunakan kesediaan belajar pelajar-

pelajarnya untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai dan sepadan dengan kebolehan pelajarnya. Namun begitu, jika seorang

pensyarah itu tidak mampu bertutur di dalam bahasa Inggeris dengan lancar dan

sempurna sudah pasti set induksi yang merupakan fasa pertama (amat penting)

pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang menarik dan hambar. Natijahnya, minat

dan kesungguhan seseorang pelajar menurun sekaligus menghilangkan tumpuan

perhatian terhadap aktiviti pengajaran pensyarah. Ini turut menyukarkan pensyarah di

dalam proses kawalan kelas kerana kurang tumpuan dan kerjasama dari pelajar. Oleh

itu, amat wajar masalah komunikasi ini diselesaikan terlebih dahulu agar pengajaran

dan pembelajaran dapat dijalan dengan lancar dan berkesan.

Kebanyakan subjek memerlukan pelajar menghafal dan memahami

pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Pengajaran dalam bahasa Inggeris

menyukarkan pelajar untuk memahami dan menguasai subjek tersebut. Ia lebih

menyukarkan jika pelajar itu sendiri lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Ia

boleh menyebabkan pelajar menjadi kurang minat terhadap pembelajarannya. Daya

tarikan sesuatu pelajaran amat bergantung kepada kemahiran mengajar dan

pengajaran pensyarah (Kamaruddin, 1999). Pensyarah perlu memainkan peranan

Page 25: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · persepsi pelajar tahun empat terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa inggeris di dua fakulti, universiti teknologi

penting dalam mengunakan kaedah pengajaran yang bersesuaian untuk menarik minat

pelajar terhadap penguasaan bahasa Inggeris dalam pengajarannya.

Oleh yang demikian, kajian dilakukan untuk mengetahui tahap persepsi pelajar

UTM terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa Inggeris. Ia meliputi aspek

keupayaan pensyarah menarik minat pelajar belajar, aspek penggunaan pelbagai

kaedah pengajaran, aspek penguasaan penyampaian pensyarah terhadap

pengajarannya serta komunikasi antara pensyarah dan pelajar dalam bahasa Inggeris.

1.4 Objektif Kajian:

i. Mengenal pasti tahap persepsi pelajar terhadap keupayaan pensyarah

menarik minat pelajar terhadap pengajarannya dalam bahasa Inggeris.

ii. Mengenal pasti tahap persepsi pelajar terhadap kepelbagaian kaedah

pengajaran yang digunakan oleh pensyarah semasa menyampaikan

pengajarannya dalam bahasa Inggeris.

iii. Mengenal pasti tahap persepsi pelajar terhadap penguasaan

penyampaian pengajaran pensyarah dalam bahasa Inggeris.

iv. Mengenal pasti tahap persepsi pelajar terhadap komunikasi antara

pensyarah dan pelajar dalam bahasa Inggeris.

v. Melihat perbezaan tahap persepsi antara pelajar Fakulti Kejuruteraan

Elektrik dan Fakulti Pendidikan terhadap pengajaran pensyarah dalam

bahasa Inggeris.