satu konsep baru untuk mengesan kanser prevention and early... · setiap tahun 10 juta daripada...

Download Satu Konsep Baru untuk Mengesan Kanser Prevention and Early... · Setiap tahun 10 juta daripada lelaki dan wanita di ... 1 daripada 2 lelaki mungkin menghidap kanser dalam ... Rawatan

If you can't read please download the document

Upload: buique

Post on 06-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • Satu Konsep Baru untuk Mengesan Kanser

    Cip Protin Biomarkers C-12

    BIOMARKERS SDN BHD 2005 Biomarkers Sdn Bhd

    Lot 3.6, Level 3, PNB Darby Park, 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

    TEL +60-3-2711 2345 FAX +60-3-2711 2346 www.ScreenOnCancer.com

    TM

  • 2

    Pencegahan dan Pengesanan Awal Kanser

    Konsep baru untuk mengesan kanser

    Satu konsep terbaru pengesanan penyakit kanser boleh didapati di Pusat

    Perubatan HSC dengan menggunakan peralatan pengimejan yang terkini (seperti

    MSCT 64-Kepingan, ultrasound, mamografi dan endoskopi) dan Petanda Tumor

    BIOMARKERS C-12 (12 petanda tumor) untuk menolong mengesan dan rawatan

    susulan kanser. Konsep ini mengambarkan satu penyelesaian paling komprehensif

    dan kos pengesanan yang berpatutan yang boleh didapati pada masa ini.

    Strategi Efektif Dua cara paling penting dan strategi efektif bagi mencegah dan mengenal pasti

    penyakit kanser untuk mencapai matlamat menyelamatkan nyawa dari penyakit

    kanser, mengurangi penderitaan yang disebabkan oleh penyakit kanser, dan

    menghapuskan kanser sebagai masalah utama kepada kesihatan, penjelasan dari

    pertubuhan kanser seluruh.

    Pencegahan Lebih dari satu per tiga kehilangan nyawa disebabkan oleh kanser dapat diselamatkan

    dengan pencegahan penggunaan tembakau. Seribu kes yang lain berpotensi dicegah melalui amalan pemakanan atau kurang mendedahkan persekitaran yang berkarsinogen.

    Pengesanan Pengesanan awal bermakna rawatan awal, oleh demikian ia mungkin mengurangkan morbiditi dan mortality disebabkan oleh kanser.

    Pengesanan awal termasuk pemeriksaan oleh pelbagai parameter untuk mengenal pasti penyakit kanser pada peringkat awal bila ia boleh dirawat dengan lebih

    berkesan.

    Strategi yang paling berkesan termasuk :

    Pengunaan MSCT 64-Kepingan terpantas dan peralatan pengimejaan (seperti dos

    rendah pengimbasan paru-paru MSCT 64-kepingan boleh mengesan kanser paru-paru pada peringkat awal, laju dan resolusi tinggi untuk mendapatkan imej kepala, leher, dada dan abdomen), dan pemeriksaan darah dengan menggunakan Petanda Tumor BIOMARKERS C-12.

    MSCT 64-Kepingan bersama Petanda Tumor

    BIOMARKERS C-12 ialah cara yang efektif untuk

    mengesan penyakit kanser.

    Diagram menunjukkan pengesanan awal kanser

    paru-paru dengan menggunakan MSCT 64-

    Kepingan (lihat bulatan). Nodul sekecil 2mm dalam

    ukuran diameter di dalam paru-paru boleh dikesan

    menggunakan MSCT 64-Kepingan.

  • 3

    Eksklusif Petanda Tumor BIOMARKERS C-12 adalah ujian darah yang menghasilkan

    12 perbezaan petanda tumor pada wanita dan lelaki menjadikan ia satu petanda

    tumor yang paling komprehensif yang terdapat di dunia pada masa kini. Ujian ini

    adalah berdasarkan teknologi pelbagai petanda tumor sistem cip protin,

    menggunakan interaksi antigen-antibodi yang spesifik, pada masa yang sama dapat

    mengesan 12 antigen tumor secara kuantitatif dengan serentak. Tumor dapat

    menyatakan pelbagai petanda secara positif, oleh demikian dapat meningkatkan

    kadar pengesanan kanser. Tujuan ujian ini adalah untuk mengesan kanser pada tahap

    awal, bila kadar berjaya dalam rawatan paling tinggi.

    Jadual berikut menunjukkan kanser boleh dikesan melalui Petanda Tumor

    BIOMARKERS C-12, dan petanda berkait dengan setiap jenis kanser:

    CA19-9 NSE CEA CA242 Ferritin HCG AFP F-PSA PSA CA125 HGH CA15-3

    Hati

    Paru-paru

    Perut

    Esofagus

    Prostat

    Kolorektal

    Payudara

    Ovari

    Pankreas

    uterine

    Testis

    Pundi Kencing

    Tiroid

    Endometrium

    menunjukkan petanda berkait dengan kanser. Bilangan yang banyak bermakna

    kadar kemungkinan kanser juga meningkat. Pelbagai petanda digunakan untuk mengesan satu kanser, dimana akan menambah lagi ketepatan diagnosis.

  • 4

    Adakah anda prihatin terhadap kanser ?

    Adalah penting untuk memahami konsep dinamik yang menyeluruh untuk mengesan kanser yang disediakan oleh Pusat Perubatan HSC: penggunaan alat pengimejan yang terkini (seperti MSCT

    64-Kepingan, ultrasound, mamografi dan endoskopi) bersama Petanda Tumor BIOMARKERS C-12 (dikesan sehingga 12 petanda tumor) untuk membantu dalam pengesanan kanser dan rawatan susulan

    kanser: konsep ini adalah salah satu pengesanan yang paling komprehensif yang boleh didapati pada masa kini. Petanda Tumor BIOMARKERS C-12 yang baru ini: memberikan teknik pengesanan yang

    mudah, tepat dan kos efektif.

    Petanda Tumor BIOMARKERS C-12 menggunakan system chip protin untuk menganalisis 12 petanda tumor dengan serentak. Ia dapat mengesan beberapa jenis kanser dengan serentak termasuk kanser hati, kanser paru-paru, kanser prostate, kanser pancreas, kanser gastric, kanser esofagus, kanser

    ovari, kanser endometrium, kanser kolon/rektum, kanser payudara dan kanser nasofarings. Pelbagai petanda digunakan untuk mengesan satu penyakit, dimana boleh meningkatkan ketepatan pengesanan. Keputusan boleh cetak semula dan mengambil masa 3 jam untuk disiapkan.

    Apa itu kanser ? Kanser bermaksud pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Ia merujuk kepada sel badan yang bertukar

    menjadi tumor ganas yang boleh bertumbuh secara tidak terkawal. Tumor ini merebak pada satu

    bahagian dengan pertumbuhan saiz yang lebih besar, dan merebak ke bahagian lain melalui metastasis bila sel kanser masuk ke dalam salur darah atau system limfa .

    Statistik Setiap tahun 10 juta daripada lelaki dan wanita di dunia ini mengidap kanser dan 5 juta daripadanya

    telah mati. Jikalau negara maju masih terdiri daripada kes kanser yang paling banyak (yang dikesan!), maka negara kurang maju mungkin kekurangan kemudahan untuk pengesanan awal. Dalam Negara tersebut, frekuensi penyakit ini meningkat disebabkan oleh kadar hidup yang lebih panjang, masalah persekitaran dan pencemaran yang meningkat.

    Risiko Kanser dalam hidup seseorang (Source: American Cancer Society):

    1 daripada 2 lelaki mungkin menghidap kanser dalam kehidupannya (Kekerapan kanser pada lelaki : paru-paru 31%, prostat 10%, kolon-rektum 10%)

    1 daripada 3 wanita mungkin menghidap kanser dalam kehidupannya (kekerapan kanser pada wanita: paru-paru 25%, payudara 15%, kolon-rektum 11%)

    Kanser, adalah satu realiti dalam kehidupan harian kita semua Kita ketahui bahawa dalam kalangan kawan atau keluarga kita dimana mereka mederita akibat kanser,

    ataupun anda sendiri yang mengalaminya. Petanda Tumor BIOMARKERS C-12 telah dicipta oleh pakar kesihatan profesional untuk anda.

    Petanda Tumor BIOMARKERS C-12 Petanda Tumor BIOMARKERS C-12 telah dicipta oleh bioteknologis dan saintis molekul dalam bidang

    kajian petanda tumor. Ia menggunakan ujian darah, seperti pengesanan gula dalam darah atau

    kolestrol. Peringatan : Nyawa ANDA adalah di tangan anda. Anda mesti prihatin mengenai kanser.

    Kanser boleh dielakkan dengan penjagaan kesihatan yang baik bermula dari hari ini.

  • 5

    Pengesanan Kanser Petanda Tumor

    Mengapa perlu mengesan kanser? Jika Kanser dirawati pada peringkat awal, ini mungkin dapat menyelamat dan memanjangkan peluang hidup pesakit.

    Berapa banyak kematian dalam setahun dapat dielakkan melalui pengesanan

    kanser? Anggaran berbeza dari 3% ke 35%, berdasarkan pelbagai anggapan (National Cancer Institute :

    Cancer control, objectives for the nation 1985-2000).

    Siapa yang berisiko? Sesetengah individu diketahui berisiko tinggi mengidap kanser, seperti mereka yang mempunyai latar belakang kanser atau keluarga yang mempunyai latar belakang kanser. (dalam dua atau lebih

    saudara). Kanak-kanak juga boleh mewarisi gen yang abnormal dimana boleh meningkat lagi risiko

    untuk mendapat kanser. Merokok dan alkohol dapat meningkat risiko kanser.

    Kemajuan dalam pengesanan awal Pada peringkat awal, kanser tak menunjukkan sebarang tanda. Petanda Tumor (molekul yang terhasil

    daripada tumor boleh dikesan dan diketahui) kelihatan dalam darah dan berhubung dengan pertumbuhan kanser.

    Pengenalpastian petanda tumor adalah berguna sebab ia boleh mengesan sebarang molekul kanser

    dalam darah pada peringkat awal, tanda-tanda tersebut memerlukan pemerhatian rawatan perubatan yang awal.

    Strategi yang paling efektif termasuk : dengan menggunakan peralatan diagnostic yang

    terkini seperti MSCT 64-Kepingan , ultrasound tanpa radiasi, mamogram, gastroskopi dan

    kolonoskopi (sama ada tradisional dan kolonoskopi maya) dan Petanda Tumor BIOMARKERS

    C-12, untuk pengesanan awal penyakit kanser semuanya boleh didapati di Pusat Perubatan HSC.

    Amaran

    " Jikalau ujian petanda tumor saya negatif ? " Sudah tentu, ia berita yang baik, tetapi anda mesti sentiasa berwaspada. Bukan semua kanser dapat

    dikesan oleh petanda tumor, setengah daripadanya dikesan dengan pengimejan (seperti kanser paru-

    paru) atau endoskopi (seperti gastroskopi) " Jikalau ujian petanda tumor saya positif ? "

    Ini tidak bermakna anda mempunyai kanser. Jika bacaan lebih dari paras normal, anda disarankan

    untuk berjumpa doktor. Sila mempertimbangkan. Rawatan susulan dan ujian diagnostik susulan (seperti pengimejan, endoskopi) mungkin perlu dan seterusnya meminta nasihat dari doktor anda.

  • 6

    Diagram menunjukkan pelbagai jenis petanda tumor bagi kanser yang berbeza

  • 7

    Tumor sites dan ujian

    No Petanda Tumor Kanser Kemungkinan Relevant Tests

    1 Ca 19.9

    Hati Perut Esofagus Kolorektal Prostat Pankreas

    MSCT Abdomen (dengan kontrast), Gastroskopi, Kolonoskopi,

    2 NSE Paru-paru Pankreas Tiroid

    MSCT total body scan (dengan kontrast) Ultrasound tiroid

    3 CEA

    Paru-paru Perut Kolorektal Payudara Pankreas Uterus Pundi Kencing Tiroid Esofagus

    MSCT total body scan (dengan kontrast) Gastroskopi Kolonoskopi Mamogram Ultrasound tiroid

    4 Ca 242 Kolorektal Pankreas Perut

    Kolonoskopi MSCT Abdomen (dengan kontrast) Gastroskopi

    5 Ferritin

    Hati Paru-paru Payudara Pankreas

    MSCT Total Body Scan (dengan kontrast) Mamogram

    6 HCG

    Ovari Endometrium Paru-paru Esofagus Prostat Payudara Pankreas Testis

    MSCT total body scan (dengan kontrast) Gastroskopi Mamogram Ultrasound Testis

    7 AFP

    Hati Paru-paru Perut Esofagus Ovari Pankreas Testis

    MSCT total body scan (dengan kontrast) Gastroskopi Ultrasound testis

    8 F-PSA / PSA

    Prostat Endometrium Hati Paru-paru

    MSCT total body scan (dengan kontrast) Ultrasound rektal prostrat

    9 Ca 125

    Ovari Paru-paru Payudara Hati Kolorektal Pankreas

    MSCT total body scan (dengan kontrast) Mamogram Kolonoskopi

    10 HGH Pituitari Paru-paru Renal

    MSCT Brain (dengan kontrast) MSCT total body scan (dengan kontrast)

    11 Ca 15-3

    Ovari Paru-paru Kolon Pankreas

    MSCT total body scan (dengan kontrast) Kolonoskopi

  • 8

    Sensitiviti dan spesifisiti pelbagai petanda tumor adalah lebih

    tepat dibanding dengan hanya menggunakan satu petanda tumor

    Pengunaan protin pelbagai petanda untuk mengesan penyakit

    kanser

    Kanser secara amnya ditentukan dengan menggunakan kaedah mengkaji satu jenis

    petanda protin dari ujian darah atau sampel tisu pesakit. Walaupun kegunaan kaedah ini dapat menghasilkan pelbagai jenis petanda yang munasabah tetapi ianya

    membebankan dan mengambil masa yang lama..

    Buat masa terkini ramai ahli sains menggunakan kaedah teknologi 'cip protin' dengan bantuan perisian komputer untuk mengenalpasti sebilangan petanda protin di dalam darah yang boleh membezakan antara pesakit yang mengidap penyakit kanser

    dengan individu yang sihat.

    Kaedah pemeriksaan pelbagai petanda protin lebih tepat untuk mengenalpasti pesakit kanser dari individu yang sihat jika dibandingkan dengan mengguna satu jenis petanda protin sahaja.

    Penemuan dan Kesahihan Pelbagai petanda protin

    Drs Chip Petricoin dan Lance Liotta dari gabungan FDA/NCI pusat proteomics, Dr

    Daniel Chan dari Universiti Johns Hopkins dan Dr George Wright dari Sekolah Perubatan Eastern Virginia telah mendapati keputusan yang memberangsangkan.

    Pakar-pakar penyelidik yang terkenal ini, menggabungkan teknologi cip protin dengan

    pelbagai jenis perisian statistik komputer dan dapat menghasilkan pelbagai jenis petanda protin untuk penyakit kanser ovari, kalenjar prostat dan payudara.

    Data dari penyelidikan mereka yang terkini jelas membuktikan bahawa kaedah sedemikian menghasilkan keputusan yang lebih tepat jika dibandingkan dengan

    mengguna satu petanda protin untuk membezakan pesakit kanser dari individu yang sihat seperti carta di bawah.

    Data berasal dari Adam et al., Cancer Research, 62, 3609-3614 (2002); Li et al., Clinical Chemistry, 48, 1296-1304 (2002); dan Petricoin et al., The Lancet , 359, 572-577 (2002)

    Rujukan (1) Adam, B-Leg Qu, Y., Davis, J.W., Ward, M.D.,Clements, M.A., Cazares, L.H., Semmes, O.J.,Schellhammer, PF, Yasui, Y., Feng, Z., Wright,G. Serum protein fingerprinting coupled witha pattern-

    matching algorithm distinguishes prostate cancer from benign prostate hyper-plasia and healthy men. Cancer Research , 62,3609-3614 (2002).

    (2) Li, J., Zhang, Z., Rosenzweig, Wang, Y.Y.,Chan, D.W. Proteomics and bioinformaticsapproached for identification of serum biomarkers to detecting breast cancer. Clinical Chemistry , 48, 1296-

    1304 (2002).

    (3) Petricoin, E.F., Ardekani, A.M., Hitt, B.A.,Levine, P.J., Fusaro, V.A., Steinberg, S.M.,Mills, G.B., Simone, C., Fishman, D.A., Kohn,E.C., Liotta, L.A. Use of proteomic patterns in serum to identify

    ovarian cancer. The Lancet , 359, 572-577 (2002). (4) Petricoin, E.F., Ornstein, D.K., Paweletz, C.P.,Ardekani, A., Hackett, P.S., Hitt, B.A., Velassco,A., Trucco, C., Weigand, L., Woo, K., Simone,C.B., Levine, P.J., Linehan, M., Emmert-Buck,M.R.,

    Steinberg, S. M., Kohn, E.C., Liotta, L.A.Serum Proteomic Patterns for Detection of Prostate Cancer. Journal of the National Cancer Institute 94, 1576-1578 (2002).

    (5) Rai, A.J., Zhang, Z., Rosenzweig, J., Shih, L.,Pham, T., Fung, E., Sokoll, L.J., Chan, D.W.Proteomic Approaches to Tumor Marker Discovery. Identification of Biomarkers for Ovarian Cancer. Arch.

    Pathol. Lab. Med. 126, 1518-1526 (2002)

    PETANDA KANSER SENSITIVITI SPESIFISITI

    PSA Prostat 65% 35%

    Pelbagai Petanda Prostat1 83% 97%

    CA15.3 Payudara 23% 69%

    Pelbagai Petanda Payudara2 93% 91%

    CA125 Ovari 35% 98%

    Pelbagai Petanda Ovari3 100% 95%

  • 9

    Rawatan Kanser Masa Kini

    Penyembuhan dan kualiti hidup Asas penyembuhan dankualiti hidup adalah:

    - meningkatkan rawatan; - teknik biologi yang terkini; - pengesanan awal dari ujian (ujian darah).

    Rawatan yang dijalankan Dengan menggunakan rawatan yang terkini dalam pembedahan, radioterapi dan rawatan perubatan: - Surgeri: lebih konservatif, kurang kesakitan semasa rawatan. - Radioterapi: meningkatkan perlindungan tisu badan, meningkatkan rawatan kanser dengan menggunakan tiga dimensi dosometri, pengimejan dan pelbagai intensiti.

    - Rawatan Perubatan: kemoterapi, hormon-terapi dan imunoterapi yang memberi kesan yang lebih

    efektif dan rawatan kurang agresif. - Kombinasi daripada rawatan ini: kombinasi rawatan terutamanya radioterapi dan kemoterapi, memberi efektif yang baik tanpa meningkatkan toksik. - Rawatan susulan dan rawatan kesakitan: rawatan suportif (antinausea, faktor pertumbuhan sel)

    rawatan mengurangkan kesakitan bagi meningkatkan kualiti hidup.

    Biologi yang dijalankan Biologi adalah penting kepada doktor dalam rawatan susulan semasa dan selepas: Kebelakangan tahun ini, antibodi monoklonal (lebih spesifik dibanding pada zaman dulu) dapat meningkatkan diagnosis.

    Kemajuan dalam automasi dapat meningkatkan ketepatan analisis ujian "petanda tumor". Sesetengah

    kanser lebih senang dikesan dengan menggunakan pelbagai jenis petanda tumor, rather than a simple observation of an isolated elevation of one of them. Tahap petanda tumor ini boleh diperolehi daripada analisa darah: ujian darah. "Petanda tumor " adalah molekul yang dihasilkan oleh tumor yang dapat dikesan dan diukur.

    Selain daripada itu, pengimejan melalui MSCT dan biologi dengan Petanda Tumor BIOMARKERS

    C-12 perlu diperluaskan penggunaannya. Konsep ini juga perlu diperluaskan untuk memberi rawatan kepada pesakit yang normal dan pesakit yang disyaki mempunyai penyakit melalui pembuktian Petanda Tumor yang dipastikan oleh PET Skan.

    Jagalah kesihatan anda bermula hari ini dan jalani ujian Petanda Tumor BIOMARKERS C-12 anda sekarang. Kanser dapat dikesan lakukan SEKARANG.

    Bacaan Tambahan:

    National Cancer Institute, USA (www.cancer.gov)

    Laman Web Penyaringan Kanser (www.ScreenOnCancer.com)

  • 10

    BIOMARKERS SDN BHD

    Sistem Cip Protin bagi Pelbagai Tumor

    Pembaca Cip D-2001 (sistem cip protin yang sepadan)

    Sistem Cip Biomarkers bagi

    Pelbagai Pengesanan Petanda Tumor

    Sistem Cip Protin adalah berasakan interaksi antibodi-antigen yang khusus. Melalui

    antibodi yang dipegunkan di atas pepejal matrik, sehingga 12 petanda tumor dapat

    diukur secara kuantitatif secara selari, juga sehingga 42 contoh serum pesakit

    dapat diuji serentak. Penggunaan system cip protin inilah yang membolehkan

    pengesanan pelbagai tumor secara serentak.

    Kebaikan cip protin boleh dilihat dari beberapa sudut:

    - Kepekaan dan Penkhususan yang tinggi

    - Diagnosa serentak bagi sepuluh jenis tumor yang biasa

    - Pengesanan yang cepat

    - Pengeluaran tinggi dengan harga rendah, sesuai untuk penapisan besar-besaran

    atau pemeriksaan fizikal.

    Sistem Cip Protin boleh digunakan untuk analisa 12 petanda tumor

    AFP

    NSE

    PSA free-PSA

    CEA

    CA125

    CA242

    CA15-3

    CA19-9 -HCG

    Ferritin

    HGH

    Pengesanan Kanser Biomarkers C12 boleh didapati di kebanyakan

    patologi dan makmal klinikal, klinik GP dan sesetengah hospital yang

    dipilih. Sila hubungi kami pada talian +60-3-2711 2345 atau melayar

    laman web www.ScreenOnCancer.com untuk informasi lanjutan.