kanser payudara (1)

Upload: mohihsanramadani

Post on 10-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    1/46

    Kanser Payudara

    Untuk WanitaYang MenghidapKanser Payudara

    ms - 1

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    2/46

    Kanser Payudara

    KANDUNGAN

    Pengenalan 7

    Kami Memahami Apa Yang Anda Alami 7

    Apakah Kanser Payudara? 8

    Faktor Risiko kanser payudara 9

    Mengapakah anda perlu mendapatkan rawatan segera 10

    Mengesan kanser payudara yang tersembunyi 11

    Mamogram 13

    Kemoterapi 13

    Anda adalah ahli pasukan 14

    Pakar 15

    Berbincang dengan rakan sepasukan penjagaanKesihatan anda 17

    Pendapat kedua 18

    Sebelum Diagnosis

    Bukan semua ketulan menandakan kanser 20

    Mamogram: Apakah ia dan bagaimana ia dilakukan? 20

    Soalan untuk ditanya sebelum mamogram 20

    Biopsi jarum 22

    Biopsi pembedahan 22

    Pembedahan selepas biopsi: Dua langkah atau satu 23

    Soalan untuk ditanyakan sebelum biopsi 24

    Laporan selepas biopsi 24

    ms - 2

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    3/46

    Kanser Payudara

    Wanita didiagnosis menghidap kanser payudara 30

    Pemeringkatan 30

    Soalan untuk ditanyakan tentang pemeringkatan 32

    Pilihan rawatan 30

    Pembedahan: Lumpektomi atau Mastektomi 31

    Soalan untuk ditanyakan tentang pembedahan 30

    Radioterapi / Terapi sinaran 34

    Soalan untuk ditanyakan tentang radioterapi 37

    Kemoterapi 38

    Soalan untuk ditanyakan tentang kemoterapi 40

    Terapi Hormon 41

    Soalan Untuk ditanyakan tentang terapi hormon 43

    Ujian Klinikal (Clinical Trials) 43Soalan untuk ditanyakan tentang Ujian Klinikal 43

    Pembentukan semua payudara: Autolog atau implan? 44

    Soalan untuk ditanyakan tentang pembentukan

    semula payudara 46

    Bagaimanakah Menghadapi Kanser Payudara? 47

    ms - 3

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    4/46

    Kanser Payudara

    Pengenalan

    Kami memahami apa yang anda alami

    Buku kecil ini adalah adaptasi dan terjemahan dari penerbitanAmerican Cancer Society. Buku ini telah diilhamkan dan ditulisoleh wanita yang pernah mengalami ketulan dalam kanserpayudara, telah menjalani biopsi, atau didiagnosis kanserpayudara. Mereka memahami apa yang anda alami.

    Buku kecil ini bukan untuk menjawab segala soalan anda. Bukuini tidak sepatutnya menggantikan tempat doktor atau jururawat.

    Buku kecil ini menjelaskan perkara-perkara asas tentangmamografi, biopsi payudara, penentuan tahap kanser, pilihanrawatan, dan pembentukan semula payudara. Ia jugamemberikan maklumat umum tentang penyertaan dalam ujianklinikal (clinical trials) dan panduan tentang bagaimanamendapatkan sokongan emosi. Ada banyak hal yang tidak dapatkami serta tanyakan kepada doktor dan jururawat anda. Kamijuga meninggalkan sedikit ruang untuk anda tuliskan soalan andasendiri.

    Kami menggunakan dan menjelaskan beberapa banyak istilahperubatan yang akan anda dengar semasa anda menjalanipenilaian, diagnosis, atau rawatan. Dengan mengetahui maknaistilah-istilah ini, anda akan lebih memahami apa yang dikatakan

    kepada anda. Dengan mengetahui maknanya juga, anda akandapat berkomunikasi dengan pasukan penjagaan kesihatandengan lebih jelas. Jika anda didiagnosis menghidap kanserpayudara, amat baik sekali jika anda dapat berbincang denganmereka yang pernah mengalami kanser payudara.

    ms - 4

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    5/46

    Kanser Payudara

    Ingatlah:

    Kebanyakan ketulan dalam payudara bukanlah kanser. Walaubagaimanapun, hanya ada satu cara untuk memastikannya.Berjumpalah dengan doktor jika berlaku sebarang perubahanpada payudara anda.

    Apakah Kanser Payudara?

    Kanser payudara ialah pertumbuhan sel atau kumpulan sel yangtidak normal (ketumbuhan atau tumor) pada payudara. Sel iniamat berbeza daripada sel biasa yang sihat.

    Sel sihat membahagi dan bertambah dengan cara yang teratur.Tubuh kita bergantung pada aktiviti yang teratur ini untukmembaiki kerosakan akibat kecederaan dan menggantikan tisulama.

    Kadangkala proses ini terganggu. Sel mulai tumbuh secara tidakterkawal dan menghasilkan tisu tambahan yang disebut tumor.

    Tumor ini boleh bersifat benigna (bukan kanser) atau malignan(kanser)

    Ada banyak teori yang menjelaskan bagaimana dan mengapa iniberlaku. Dalam sesetengah jenis kanser sebabnya jelas.Misalnya merokok merosakkan paru-paru, dan ini menyebabkankanser. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakkan kes,sebabnya tidak diketahui.

    Faktor Risiko Kanser Payudara

    Kita sememangnya mengetahui beberapa faktor risiko untukmenghidap kanser payudara.

    Antaranya ialah;

    ms - 5

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    6/46

    Kanser Payudara

    Sejarah kanser payudara individu

    Sejarah kanser payudara dalam keluarga, terutamakeluarga terdekat (ibu, kakak atau anak) jika kanser terjadi

    sebelum putus haid (menopaus), atau terjadi dalamkedua-dua belah payudara pada mana-mana ahli keluargatersebut.

    Mula datang haid pada usia muda (juga disebut menarkawal)

    Mengalami putus haid pada usia yang lanjut

    Tidak mempunyai anak (nulipariti)

    Mula hamil selepas berumur 30 tahun

    Jika anda terlalu berat (obes) dan banyak meminum minumankeras, anda juga menambahkan risiko penyakit kanser payudara.Oleh sebab hanya satu dalam empat wanita yang mengalamikanser payudara menghadapi faktor risiko ini, pengesanan awalmelalui mamografi, menjalani pemeriksaan payudara secaraklinikal, dan membuat pemeriksaan payudara secara sendiriadalah penting bagi semua wanita.

    Satu faktor penting yang mendasari semua faktor risiko ini ialahhormon wanita iaitu estrogen. Estrogen memainkan perananutama dalam kitaran haid dan kehamilan wanita. Ada lebihbanyak maklumat lagi tentang estrogen di bahagian lain dalam

    buku ini.

    Mengapakah anda perlu mendapatkan rawatan segera?

    Kita tahu bahawa kanser payudara bukanlah sesuatu yangdijangkiti secara kebetulan, seperti campak. Kanser payudaramengambil masa untuk berkembang, mulanya daripada satu selkecil yang tidak normal. Kadangkala perkembangan inimengambil masa yang lama. Kadangkala jenis kansernya sangatganas dan ketumbuhan (tumor) ini membesar dengan cepat.

    ms - 6

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    7/46

    Kanser Payudara

    Bahaya tumor malignan ialah sel-sel malignannya boleh terpisahdaripada tumor ini. Sel-sel ini kemudiannya beredar melaluiedaran darah ke bahagian tubuh yang lain. Sel-sel kanserpayudara boleh merebak ke nodus limfa di ketiak (nodus aksilari)atau ke salur darah yang membawanya ke paru-paru, hati, tulangatau bahagian tubuh yang lain.

    Merebaknya kanser ke bahagian lain di dalam tubuh disebutmetastasis. Apabila ini terjadi, penyakit ini menjadi amat sukaruntuk dirawat.

    Kanser yang dikesan pada peringkat awal selalunya (tetapibukan setiap kali) tidak menyakitkan. Pada peringkat awal,ketumbuhan ini terlalu kecil dan sukar dikesan dengan merabapayudara. Tetapi setelah besar, ketumbuhan ini dikesan sebagaiketulan atau ketebalan pada payudara.

    Kanser payudara sering terdapat di bahagian atas luar payudara,tetapi boleh juga terjadi dimana-mana bahagian payudara.

    Antara tanda yang perlu diperhatikan ialah:

    Ketulan atau ketebalan di mana-mana bahagian padapayudara.

    Lekukan atau kecutan kulit pada payudara

    Puting yang tertolak ke dalam, yang biasanya tidak begitu.

    Lelehan dari puting keluar dengan sendirinya, danmeninggalkan tanda pada pakaian anda.

    Sebarang perubahan pada bentuk, tekstur misalnya kulitmenebal atau timbul), atau warna kulit.

    Semua perubahan ini boleh anda lihat atau rasa jika andamemeriksa payudara anda setiap bulan. (Pemeriksaan

    ms - 7

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    8/46

    Kanser Payudara

    sendiri payudara). Perubahan ini juga dapat dilihat ataudikesan oleh pekerja profesional kesihatan semasapemeriksaan payudara di klinik. Pemeriksaan sendiripayudara untuk mengesan ketulan atau ketebalan, atautanda luar biasa yang lain, dan memicit puting dadaperlahan-lahan untuk memastikan samada keluar lelehanatau tidak.

    Periksa payudara anda setiap bulan. Beritahu doktor ataujururawat anda jika terdapat sebarang perubahan.

    Sungguhpun pemeriksaan payudara amat penting dilakukan,

    namun faktor tumor payudara tetap dapat tumbuh tanpamenunjukkan sebarang tanda. Sebab itulah mamogram amatpenting sekali.

    Mengesan kanser payudara yang tersembunyi: Mamogram

    Mamogram ialah filem x-ray payudara. Penjelasan tentangtatacara mamografi diberikan pada halaman 18.

    Salah satu perkara terbaik yang patut dilakukan oleh wanitaberusia 50 tahun ke atas untuk menghindari kanser payudaraadalah dengan menjalani mamogram mengikut jadual yangdisarankan oleh Kementerian Kesihatan.

    Mamogram biasanya tidak bermanfaat bagi wanita berumur 40tahun ke bawah. Tisu payudara pada wanita semuda itu terlalupadat dan tidak akan menghasilkan gambaran x-ray yangmemuaskan. Tisu mereka juga lebih sensitif terhadap sinaran xray malah terhadap dos rendah yang selamat, yang biasanyadigunakan dalam mamogram hari ini.

    Mamogram membolehkan kita melihat tumor yang sedangberkembang lebih awal sebelum ia dapat dikesan oleh anda atau

    profesional kesihatan yang mahir. Mamogram dapat mengesankanser payudara dengan awal lagi.

    ms - 8

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    9/46

    Kanser Payudara

    Apabila doktor melihat mamogram, mereka membandingkanfilem-filem x-ray ini dan mencari perbezaan antara imej-imejyang ada. Kadang kala x-ray ini akan menunjukkan ketulan haluskalsium dalam payudara yang disebut mikroalsifikasi.Kebanyakkan mikroalsifikasi ini tidak merbahaya, tetapiadakalanya ia menandakan kanser atau keadaan sebelumterjadinya kanser. Jika kelompok baru kalsium muncul, doktormungkin akan melakukan biopsi.

    Satu lagi tanda kanser payudara pada mamogram ialah adanyabayang-bayang. Jika ini muncul, pemeriksaan lanjut juga perlu

    dilakukan.

    Ingatlah:

    Kanser payudara boleh dipulihkan, terutamanya jika ia dikesanawal.

    Anda dan Pasukan Penjagaan Kesihatan Anda

    Setiap wanita mempunyai cara tersendiri untuk menjagakesihatan diri masing-masing. Tidak semua wanita mahumengetahui semuanya tentang kanser payudara danrawatannya. Sesetengahnya pula berasa selesa melakukan apasahaja yang dicadangkan oleh doktor, tanpa sebarangpertanyaan. Ada pula yang mahu mempertimbangkan semuapilihan yang ada. Ada yang mahu meminta nasihat pakar lain

    sebelum membuat sebarang keputusan.

    Apa jua pilihan anda, anda adalah rakan penting dalam pasukanpenjagaan kesihatan anda.

    Atas sebab inilah, anda perlu berasa selesa dengan perkejakesihatan profesional atau pakar anda yang sentiasa bersama-sama anda. Jika diagnosisnya kanser payudara, anda mungkin

    akan berjumpa dengan beberapa orang pakar.

    ms - 9

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    10/46

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    11/46

    Kanser Payudara

    Pakar Radiologi

    Mereka ialah doktor yang akan menjalankan latihan tambahanselama beberapa tahun untuk memeriksa imej x-ray dan

    mendiagnosis apa-apa kelainan yang terdapat pada imejberkenaan.

    Pakar Onkologi

    Pakar Onkologi ialah doktor yang akan menjalankan latihantambahan selama beberapa tahun khusus dalam bidang kanser.Pakar Onkologi radiasi mahir menggunakan x-ray (radiasi atau

    sinaran) untuk membunuh tumor kanser. Pakar Onkologiperubatan menggunakan ubat (kemoterapi) untuk merawatkanser. Pakar ini juga menggunakan bahan yang biasanyadihasilkan oleh tubuh anda ( bahan biologi, misalnya interferon)sebagai sebahagian rawatan. Pakar Onkologi klinikalmengunakan kedua-duanya, iaitu sinaran dan ubat, untukmerawat kanser.

    Pakar BedahPakar bedah ialah doktor yang melakukan pembedahan,misalnya untuk membuang ketulan atau tumor pada payudara.

    Pakar Patologi

    Pakar Patologi mengenalpasti penyakit dengan memeriksa tisudan cecair tubuh. Setelah ketulan payudara diambil sampel atau

    dikeluarkan seluruhnya melalui pembedahan, pakar patologiakan memeriksanya untuk memastikan samada ia kanser atautumor beingna yang tidak berbahaya.

    Jururawat Onkologi

    Jururawat ini telah menjalani latihan lanjutan yang lebihmengkhusus selepas memperolehi ijazah Jururawat Berdaftar.

    Jadi mereka memang berkhalayakan merawat pesakit kanser.Mereka menyediakan ubat kanser dan memberikannya melalui

    ms - 11

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    12/46

    Kanser Payudara

    suntikan, titisan IV (intravena), atau cara lain. Mereka membantudalam memberikan rawatan sinaran , pembedahan, danpemindahan tulang sumsum, serta mengendalikan penjagaanselepas rawatan.

    Pekerja Sosial

    Pekerja Sosial memberikan kaunseling, sokongan moral danhubungan sumber, terutamanya bagi masalah yang tidakberkaitan dengan perubatan. Misalnya pekerja sosial onkologiboleh membantu pesakit dan keluarganya mendapatkan tempattinggal atau bantuan kewangan, jika pusat kanser jauh dari

    rumah.

    Berbincang dengan rakan pasukan kesihatan anda.

    Ramai orang tidak selesa untuk berbincang dengan pakarkesihatan profesional mereka, terutamanya jika mereka kelihatansibuk. Jika anda menghadapi masalah ini, ia tidak akan lenyapdengan sendirinya, terutamanya apabila anda bersedih kerana

    anda menghidap kanser payudara.

    Salah satu manfaat pasukan penjagaan kanser ialah keputusanbersama boleh dibuat dengan pasukan anda. Anda seharusnyatidak teragak-agak untuk bertanya bagi mendapatkan penjelasandaripada pasukan anda tentang apa-apa hal yang berkaitandengan kesihatan anda.

    Jika anda tidak selesa dengan sesiapa sahaja yang menjagaanda, atas apa-apa sebab, mungkin lebih elok anda dapatkanorang lain.

    Dari satu segi pula, anda perlulah ingat bahawa pekerjakasihatan profesional ini juga adalah manusia biasa, danpertemuan anda dengan mereka mungkin diselubungi rasa risaudan sedih pada diri anda.

    ms - 12

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    13/46

    Kanser Payudara

    Ramai pekerja kesihatan profesional yang merawat pesakitkanser berada di situ kerana mereka begitu mengambil berattentang pesakit. Jika anda mengenang kembali hal ini, apa yangtidak boleh anda lupakan ialah kenangan terhadap mereka yangtelah mencurah tenaga, kasih sayang dan simpati terhadap andaketika melalui detik-detik yang paling mencabar.

    Buat Catatan.

    Soalan yang kami sertakan dalam setiap bahagian seterusnyamembantu anda memulakanya. Tulis soalan lain dalam ruang

    yang disediakan.

    Bawa buku catatan setiap kali anda datang ke klinik atau datanguntuk rawatan. Tulis masalah anda dengan ringkas, bila bermula,berapa lama, samada menyakitkan atau tidak, dan sebagainya.Berdasarkan catatan itu, anda akan dapat memanafaatkan masadi klinik dengan lebih baik. Ini berkmakna anda tidak akan lupaakan sesuatu yang penting.

    Buat catatan tentang apa yang dikatakan oleh pekerja kesihatanprofesional. Ini akan membantu anda mengingatkan apa yangpatut anda ingat. Catatan nama dan dos ubat yang anda ambil.Catat apa-apa ubat yang tidak lagi anda makan. Tulis arahan,dan soalan tambahan yang timbul dari masa ke semasa.

    Alat perakam suara juga berguna. Kebanyakan pekerja

    kesihatan profesional tidak keberatan jika pesakit merekamenggunakan alat perakam. Walau bagaimanapun, minta izindaripada mereka sebelum menggunakannya.

    Inilah satu-satunya masa anda boleh menyampuk. Jika adasesuatu yang tidak jelas, jangan segan-segan untuk memintapenjelasan. Anda perlu faham apa yang berlaku dalam tubuhanda dan mengapa sesuatu rawatan itu dijalankan. Dengan

    ms - 13

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    14/46

    Kanser Payudara

    memahami fakta sejelas-jelasnya, anda akan dapat membuatpilihan yang terbaik untuk rawatan anda.

    Bawalah Teman

    Eloklah anda datang bersama kawan, suami/isteri, atau ahlikeluarga. Teman ini dapat:

    Mendengar apa yang dikatakan

    Mengingatkan anda apa-apa soalan yang ingin andatanyakan.

    Membantu anda mengingat kembali apa-apa yangdibincangkan

    Pendapat Kedua

    Anda boleh meminta pendapat doktor lain tentang keputusanujian anda, atau pilihan rawatan. Ini bukanlah sesuatu yang

    menghina atau tidak sopan untuk meminta pendapat daripadadoktor lain. Doktor yang bagus mengalu-alukan pendapat pakarlain.

    Sebelum Diagnosis

    Bukan semua ketulan menandakan kanser

    Jika orang yang pertama anda temui ialah doktor keluarga atau

    pakar ginekologi anda, anda mungkin dinasihatkan berjumpapakar bedah. Ini tidaklah semestinya bermakna doktor andaberpendapat anda menghidap kanser. Doktor keluarga ataupakar ginekologi mungkin tidak mempunyai pengalaman yangsama dalam mendiagnosis perubahan pada payudarasebagaimana pakar bedah. Jadi wajarlah pakar memeriksapeyudara anda.

    ms - 14

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    15/46

    Kanser Payudara

    Mamogram

    Mamogram ialah sejenis filem x-ray khas. Mamogram dapatmengesan kanser payudara pada peringkat awal, sebelum anda

    ataupun pakar kesihatan yang mahir dapat mengesan sebarangketulan dengan tangan.

    Mamogram dihasilkan pada mesin x-ray yang direka khas hanyauntuk mamagram. Ia boleh dibuat di pusat radiologi, klinik atauhospital atau pejabat doktor.

    Semua tempat yang menjalankan mamogram hendaklah

    memenuhi kelakayakan profesional dan mempunyai petugasterlatih untuk menjalankan dan mentafsirkan mamogram.

    Mamogram sebenarnya hanya mengambil masa beberapa minit,tetapi jumlah masa (termasuk menaggalkan pakaian, memakaisemula pakaian dan menunggu) mungkin mencapai 20 minit ataulebih. Jangan pakai bedak talkum atau deodoran pada haritersebut kerana kedua-dua bahan ini boleh muncul sebagaibayang-bayang pada filem x-ray, menyebabkannya sukardiperiksa dan ditafsirkan.

    Anda akan diminta untuk menanggalkan pakaian dari pinggangke atas. Gaun berbelah akan diberikan. Mesin mamogram pulaakan dilaraskan ketinggiannya sesuai dengan anda.

    Sambil berdiri, dengan gaun terbuka, sebelah payudara akandiletakkan di atas plat dasar. Setelah juruteknik / radiografermembetulkkan kedudukan payudara, plat kedua iaitu plat plastikyang jernih diturunkan ke atas payudara. Payudara dikepitkanuntuk menghasilkan gambaran struktur dalamannya yang penuhdan jelas.

    Malangnya plat mampatan selalunya sejuk. Sesetengah

    juruteknik yang prihatin membalut plat menggunakan pad hangat

    ms - 15

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    16/46

    Kanser Payudara

    sewaktu selang masa antara sesi x-ray untuk mengatasi masalahini.

    Selalunya, dua set imej diambil untuk sebelah payudara satupandangan sisi dan satu pandangan dari atas. Tekanandilepaskan sebaik-baik sahaja imej telah diambil.

    Sebaik-baik sahaja juruteknik telah memeriksa filem berkenaanuntuk memastikannya boleh diterima, selesailah tugas anda. Jikaimejnya tidak memuaskan, yang kadangkala berlaku, makamamogram perlu dibuat sekali lagi. Mendapatkan imej tambahan

    tidaklah bermakna ada sesuatu yang tidak kena denganpayudara anda.

    Mamogram tidak semestinya menyakitkan. Juruteknik yangmahir tahu bagaimana membetulkan kedudukan anda.Sebahagian tekanan sepatutnya dikenakan pada dada,bukannya mengepit payudara sahaja.

    Sewaktu payudara anda dikepit, anda mungkin berasa tidakselesa. Pengepitan ini hanya sebentar sahaja sekadar cukupmasa untuk juruteknik pergi ke panel kawalan dan mengambilgambar x-ray. Jika tekanan tersebut menyakitkan, anda bolehmeminta juruteknik melepaskan tekanan sedikit danmembetulkan kedudukan sewajarnya.

    Soalan untuk ditanya sebelum mamogram

    Soalan dibawah boleh anda tanyakan sebelum mamogram. Jikaada soalan lain, tulis di ruang kosong.

    Di manakah boleh saya dapatkan mamogram?

    Apakah yang perlu saya buat sebelum mamogram?

    Berapa lamakah untuk mendapatkan laporan mamogram?

    ms - 16

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    17/46

    Kanser Payudara

    Bolehkah saya berbincang tentang x-ray saya denganpakar radiologi?

    Berapakah kos mamogram?

    _____________________________________________

    _____________________________________________

    _____________________________________________

    Biopsi dan DiagnosisJika terdapat ketulan atau tanda luar biasa pada mamogram,hanya ada satu cara untuk mengetahui samada kanser ataubukan. Pakar bedah perlu mengeluarkan sebahagian atauseluruh tisu berkenaan. Spesimen ini akan dihantar kepadapakar patologi yang akan memeriksanya denga mikroskop danmembuat laporan samada spesimen berkenaan menunjukkan selkanser atau sebaliknya.

    Ketulan yang dapat dirasa dengan tangan hendaklah dibuatbiopsi, walaupun mamogram adalah normal.

    Sebelum anda bersetuju untuk membuat biopsi, anda mungkinmahu mendapatkan pendapat kedua. Dengan cara ini, pakar darihospital atau pusat mamografi lain akan memeriksa mamogram

    anda. Doktor anda boleh menguruskan hal ini untuk anda, atauanda boleh meminta supaya filem tersebut dihantar kepadapakar yang anda pilih.

    Jika anda tidak diperiksa di pusat kanser yang besar, anda bolehmeminta hospital atau klinik anda membantu. Pusat kesihatanberkenaan hendaklah menghantar mamogram terdahulu danyang terkini ke pusat yang pakar dalam mamografi dan diagnosis

    kanser payudara. Atau anda sendiri boleh menghantar

    ms - 17

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    18/46

    Kanser Payudara

    salinannya kepada pakar lain untuk mendapatkan pandangankedua.

    Mentafsirkan mamogram dengan tepat memerlukan kemahirandan pengalaman yang banyak. Anda mahu memastiakan filem x-ray anda dibaca oleh pakar.

    Tatacara Biopsi

    Biopsi boleh dilakukan dengan menggunakan jarum atau melaluipembedahan untuk mengeluarkan sebahagian atau seluruhtumor. Jenis biopsi ditentukan berdasarkan saiz dan kedudukan

    ketulan atau kelainan dari segi mamografik. Pastikan andabertanya tentang jenis biopsi yang akan anda jalani supaya andatidak terkejut.

    Jika doktor anda berpendapat anda tidak memerlukan biopsitetapi anda terasa ada sesuatu yang tidak kena denganpayudara anda, ikutilah gerak hati anda. Jangan takut untukberbincang dengan doktor anda, atau untuk pergi berjumpadoktor lain untuk mendapatkan pendapatnya. Jika doktor keduabersetuju dengan doktor pertama, anda bolehlah berasa legadan janganlah risau lagi.

    Biopsi Jarum

    Biopsi jarum boleh dilakukan di pejabat doktor. Dua jenis biopsijarum:

    Biopsi aspirasi jarum halus (AJH). Sedikit sel dan ataucecair disedut keluar dari ketulan ke dalam picagaridengan menggunakan jarum halus.

    Biopsi Teras. Jarum besar digunakan untuk mengeluarkansecebis daripada ketulan atau sebahagian tisu payudarayang menunjukkan sesuatu kelainan pada mamogram.

    ms - 18

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    19/46

    Kanser Payudara

    Dalam kedua-dua jenis biopsi, spesimen dihantar ke makmalpatologi untuk dikaji.

    Doktor yang melakukan biopsi AJH atau biopsi teras selalunyamemasukkan jarum ke dalam tisu yang tidak normal sambilmengesan ketulan dengan tangan. Jika kawasan yang tidaknormal terlalu kecil untuk dikesan, pakar radiologi atau doktorlain boleh menggunakan pengganti jarum, suatu alat stereotaktik,atau alat ultrasound untuk memandu jarum masuk kesasarannya.

    Kaedah biopsi stereotaktik menggunakan komputer untukmenganalisis maklumat dari mamogram yang diambil dari duasudut. Komputer dapat menentukan sudut dan kedalaman yangbetul untuk meletakkan hujung jarum ke dalam kawasan tisuyang tidal normal. Kaedah ini biasanya digunakan untuk biopsimikrokalsifikasi. Ultrasound menggunakan alat yangmengeluarkan gelombang bunyi frekuensi tinggi dan komputeruntuk menjanakan imej dari corak gelombang pantulan dari tisu

    tidak normal payudara. Doktor dapat menggunakan ujian iniuntuk menujukan jarum ke arah tumor atau sista yang kecil.

    Jika anda masih mengalami haid (iaitu belum putus haid), andamungkin tahu bahawa tanda ketulan muncul setiap kali andadatang haid. Walau bagaimanapun, jika anda berasa adasesuatu yang tidak kena dengan ketulan ini, doktor mungkinmahu anda membuat biopsi AJH untuk memastikan samada

    anda ia sista (kantung berisi cecair) atau ketumbuhan pejal(tumor). Jika aspirasi dilakukan dan ketulan ini tiada lagi selepascecairnya dikeluarkan, in bermakna ia sista dan bukannyakanser. Sebenarnya kebanyakan ketulan payudara memangbukan kanser.

    ms - 19

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    20/46

    Kanser Payudara

    Biopsi Pembedahan

    Dahulu, biopsi pembedahan memerlukan anda tingal di hospitalsemalaman, tetapi kini hampir semua biopsi dilakukan di klinik

    pesakit luar sahaja.

    Ada dua jenis biopsi pembedahan:

    Biopsi hirisan mengeluarkan sebahagian ketulan

    Biopsi potongan mengeluarkan seluruh ketulan.

    Jika ketulan itu sebenarnya kanser dan dikeluarkan denganpotongan meliputi tisu payudara yang normal dan tidak dijangkitikanser di keliling katulan tersebut, maka tatacara ini disebutlumpektomi (pembuangan ketulan)

    Jika ketulan atau kawasan yang disyaki itu terlalu kecil sehinggatidak dapat dirasakan, pakar radiologi boleh menggunakan jarumpengesan semasa pembedahan untuk membantu pakar bedah

    mengesannya. Anestesia setempat, seperti ubat yangdisuntikkan oleh doktor gigi anda, diberikan untuk membuatpayudara berasa kebas. Dengan berpandukan imej x-ray, pakarradiologi memasukkan sejenis dawai ke dalam payudara melaluijarum, sehingga hujung dawai berkenaan menyentuh bahagianyang disyaki.

    Dawai tersebut mempunyai cangkuk halus dihujungnya. Cangkukini menetapkan kedudukan dawai semasa pesakit dibawa ke bilikpembedahan. Pakar bedah boleh menggunakan dawaiberkenaan sebagai penunjuk bagi bahagian yang hendakdibiopsi. Tisu, cecair dan dawai dikeluarkan untuk diperiksa olehpakar patologi. Dalam kedua-dua jenis biopsi, jika terdapatkanser, anda akan memerlukan rawatan selanjutnya.

    ms - 20

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    21/46

    Kanser Payudara

    Pembedahan selepas biopsi:

    Dua langkah atau satu langkah

    Dalam penjagaan payudara hari ini, jika anda memerlukanpembedahan selepas biopsi, ia selalunya dilakukan pada waktuyang berlainan daripada biopsi. Ini disebut sebagai tatacara dualangkah. Walau bagaimanapun kadangkala tatacara satulangkah boleh dilakukan, iaitu biopsi dan pembedahan dilakukanpada masa yang sama. Jika anda akan menjalani tatacara satulangkah, anda sepatutnya tahu semua pilihan rawatan andakerana anda perlu membuat keputusan penting sebelum tatacara

    dimulakan.

    Tatacara Dua Langkah: Hanya beberapa dekad yang lalutatacara satu langkah merupakan satu-satunya pilihan. Kinikebanyakkan wanita dan pasukan penjagaan kesihatan lebihgemar memilih agar pembedahan dilakukan pada waktu lainselepas biopsi. Banyak kajian yang menunjukkan bahawatekanan emosi akibat kanser payudara adalah lebih ringan jikabiopsi dan rawatan dilakukan pada waktu berasingan.

    Dalam tatacara dua langkah, biopsi biasanya tidak memerlukanpesakit tinggal di hospital. Anestasia setempat digunakan, jadianda sentiasa sedar. Ramai wanita memilih anestasia setempatdan sedatif melalui kaedah IV (intravena atau melalui vena). Ubatsedatif mlenyapkan rasa gelisah atau cemas yang mungkin anda

    alami semasa tatacara dilakukan. Biopsi mungkin mengambilmasa kira-kira satu jam. Anda boleh pulang sejam atau dua jamselepas itu, apabila kesan sedatif sudah hilang.

    Tatacara Satu Langkah: Jika anda atau doktor anda berpendapattatacara satu langkah yang sesuai untuk anda, fikirkan hal-hal inisebelum membuat keputusan muktamad.

    Tatacara satu langkah dilakukan dengan anestasia am,jadi anda tidak akan sedar semasa pembedahan.

    ms - 21

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    22/46

    Kanser Payudara

    Pakar patologi akan membuat analisis keratan bekuterhadap tisu berkenaan untuk didiagnosis segera (lihatbagaimana diagnosis dibuat pada halaman 20)

    Jika selnya bersifat benigna, tiada rawatan lanjutandiperlukan dan selepas pulih daripada anestasia andaboleh pulang

    Namun jika terdapat kanser, pakar bedah akan melakukanpembedahan yang telah anda persetujui lumpektomi ataumastektomi. Anda tidak akan tahu akan keputusan ujian

    berkenaan atau samada rawatan pembedahan telahdilakukan sehinggalah anda sedar.

    Oleh itu, sebelum menjalani tatacara satu langkah, anda perlulahfikir semasak-masaknya tentang semua kebaikan dan keburukanlumpketomi beserta dengan radioterapi berbanding denganmastektomi.

    Ingatlah:

    Berfikir tentang apa yang akan anda buat jika anda ada kanseradalah amat berbeza daripada apa yang sebenarnya akan andalakukan jika anda benar-benar didapati menghidap kanser.

    Kebaikan tatacara satu langkah ialah:

    Anda tidak perlu menunggu beberapa hari untukmendapatkan keputusan biopsi

    Anda tidak perlu datang lagi untuk pembedahan jikakeputusan biopsi menunjukkan tanda positif

    Keburukan tatacara satu langkah ialah:

    Anda tidak diberi masa untuk membuat pilihan rawatan

    ms - 22

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    23/46

    Kanser Payudara

    Anda tidak diberi masa untuk mendapatkan pandangankedua tentang biopsi atau pilihan rawatan anda.

    Anda akan mengalami anestasia am.

    Analisis keratan beku tidak selalunya tepat seperti analisiskeratan kekal yang digunakan dalam tatacara dua langkah

    Jika diagnosis menyatakan kanser, anda tidak diberi masauntuk mengetahui seteruk mana penyakit anda(pemeringkatan : lihat halaman 24 untuk keterangan

    lanjut)

    Bagaimana didiagnosis dibuat. Selepas sampel tisu diambil, iadihantar segera ke makmal

    Jika pesakit menjalani tatacara satu langkah, pakar patologi akanmelakukan pemeriksaan keratan beku pada sebahagian sampeltisu. Ujian ini memberikan diagnosis segera. Jika terbukti kanser,

    pakar bedah mungkin akan mengeluarkan sedikit tisu payudaraatau seluruh payudara. Sebahagian sampel tisu yang tidakdigunakan untuk keratan beku kemudiannya digunakan untukpemeriksaan keratan kekal. Ini mengambil masa sekurang-kurangnya sehari dan mungkin juga beberapa hari. Pemeriksaankeratan kekal adalah lebih tepat daripada keratan beku danboleh memberikan maklumat yang lebih lengkap tentang sampeltisu berkenaan.

    Pemeriksaan keratan beku sering tidak dilakukan jika tatacaradua langkah dijalankan. Sebaliknya, semua tisu digunakan untukpemeriksaan keratan kekal. Jika keratan kekal menunjukkankanser, selalunya anda akan datang lagi ke hospital dalam masabeberapa minggu untuk pembedahan selanjutnya.

    Bagi tatacara dua langkah, jika didiagnosis kanser payudara,anda selalunya tidak perlu membuat keputusan segera tentang

    ms - 23

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    24/46

    Kanser Payudara

    rawatan. Bagi kebanyakan kes kanser payudara, menungguhingga beberapa minggu tidaklah membahayakan kesihatananda. Ini akan memberi anda waktu untuk berbincang tentangpilihan rawatan bersama-sama dengan doktor, keluarga danrakan anda, dan kemudian membuat keputusan apa yang terbaikuntuk anda. (Maklumat lanjut tentang pilihan rawatan bermulapada halaman 32)

    Apa jua pilihan anda, anda akan menanggung kesannyasepanjang hayat anda. Jadi anda tentunya tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan. Tatacara dua langkah juga memberi

    anda masa untuk bersedia menangguhkan aktiviti anda semasasedang sembuh.

    Oleh itu kebaikan tatacara dua langkah ialah;

    Ia memberikan diagnosis yang lebih tepat daripadatatacara satu langkah

    Ia memberikan masa untuk doktor menentukan tahappenyakit (pemeringkatan tahap penyakit lihat halaman30)

    Berdasarkan maklumat pemeringkatan, pasukanpenjagaan kanser anda boleh mencadangkan pilihanrawatan yang sesuai

    Anda akan diberi masa untuk mendapatkan pandangankedua tentang laporan patologi atau pilihan rawatan jikaanda mahu.

    Anda akan diberi masa untuk membuat keputusan tentangapakah rawatan terbaik untuk anda.

    Anda akan diberi masa untuk mempertimbangkanpembentukan semula payudara, dan samada ia patut

    ms - 24

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    25/46

    Kanser Payudara

    dilakukan segera atau boleh ditangguhkan jika nadamemilih atau memerlukan mastektomi.

    Keburukan yang mungkin berlaku bagi tatacara dua langkahialah;

    Anda mungkin perlu menunggu beberapa hari sebelumanda mendapat keputusan biopsi

    Anda mungkin perlu menunggu beberapa hari sebelumanda mendapatkan keputusan biopsi

    Anda mungkin perlu datang lagi ke hospital untukpembedahan selanjutnya, jka diagnosis menunjukkankanser.

    Soalan Untuk Ditanyakan Sebelum Biopsi

    Soalan-soalan di bawah mungkin ingin anda tanyakan sebelumanda menjalani biopsi. Jika anda ada soalan lain, tulis diruang

    kosong di bawah soalan terakhir ini. Bawa senarai soalan inisewaktu berjumpa doktor anda (bersama-sama dengan kawanatau ahli keluarga) supaya anda tidak terlupa.

    Apakah jenis biopsi yang doktor anda cadangkan?Mengapa?

    Adakah doktor cadangkan tatacara satu langkah atau dualangkah? Mengapa? (Dengar pendapat doktor tetapikemudian buat keputusan sendiri tentang yang manakahanda rasakan lebih selesa)

    Berapa lamakah masa yang diambil untuk biopsi?

    Adakah anda sedar atau tidak semasa biopsi dilakukan?

    Dimanakah parutnya nanti? Bagaimanakah rupanya?

    ms - 25

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    26/46

    Kanser Payudara

    Berapa cepatkah boleh saya ketahui keputusannya?

    Adakah doktor atau orang lain yang akan menerangkankeputusan biopsi kepada saya?

    Bilakah boleh saya buka balutnya?

    Bilakah boleh saya mula mandi?

    Adakah jahitannya akan larut atau adakah saya perludatang untuk membuka jahitannya?

    ______________________________________________

    ______________________________________________

    ______________________________________________

    Selepas Laporan Biopsi

    Jika laporan biopsi anda negatif atau benigna, anda tidakmengalami kanser. Pastikan:

    Teruskan berjumpa doktor untuk pemeriksaan payudarasecara berjadual

    Jalani mamogram secara berkala

    Teruskan pemeriksaan payudara secara bulanan denganmelakukannya sendiri

    Jika anda tidak mengetahui caranya, hubungi Persatuan Kanserdi tempat anda dan dapatkan bahan terbitan tantang hal ini.Disamping itu, minta bantuan profesional penjagaan kesihatananda membantu anda. Mereka boleh memberitahu anda apayang patut anda cari dan rasa semasa melakukan pemeriksaan

    payudara.

    ms - 26

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    27/46

    Kanser Payudara

    Pemeriksaan payudara secara fizikal oleh anda (pemeriksaansendiri payudara) dan pakar profesional (pemeriksaan klinikal)diperlukan selain mamogram. Pemeriksaan fizikal danmamogram saling melengkapi dan bukannya menggantikan satudengan yang lain.

    Melalui pemeriksaan fizikal, ketulan yang tidak dapat ditunjukkanoleh mamogram dapat dikesan. Mamogram boleh menunjukkanketulan atau kelainan lain yang tidak dapat dirasa melaluipemeriksan fizikal.

    Untuk wanita yang didiagnosis menghidap kanser payudaraPemeringkatan

    Sebaik sahaja anda tahu bahawa anda menghidap kanser, makaperingkat, atau tahap kanser perlu sekali ditentukan. Inimemerlukan ujian tambahan.

    Laporan biopsi mungkin menyatakan bahawa kanser anda

    bersifat in situ. Ini bermakna kanser tersebut muncul di dalamlobul (kelenjar susu) atau duktus (salur yang mengalir susu darilobul ke puting susu), tetapi tidak merebak ke tisu berlemakpayudara yang di sekeliling. Pada peringkat ini, kanser selalunyatidak dapat merebak ke bahagian lain di dalam tubuh.

    Kanser invasif bermakna tumor muncul di dalam lobul atauduktus dan telah merebak ke tisu payudara yang berdekatan,

    Jenis ini boleh merebak ke nodus limfa atau ke bahagian lain.Inilah sebabnya rawatan seringkali melibatkan pembuangannodus limfa. Walau bagaimanapun, kanser ini mungkin belummerebak keluar dari payudara semasa didiagnosis dibuat.

    Peringkat kanser payudara adalah seperti berikut;

    ms - 27

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    28/46

    Kanser Payudara

    Peringkat 0 : bermakna kanser in situ. Kanser masihterbatas pada tempat mula-mula muncul. Ini ialah jenisyang paling awal.

    Peringkat 1 bermakna tumor mempunyai ukuran diameterkurang daripada 2 sm (3/4 inci). Ia kelihatan belummerebak keluar dari payudara.

    Peringkat 2 bermakna tumor mempunyai ukuran diameterlebih daripada 2 sm (3/4 inci) dan / atau telah merebak kenodus limfa yang berdekatan di ketiak. Pada peringkat ini,

    nodus limfa tersebut tidak melekat antara satu sama lainatau tidak melekat dengan tisu berdekatan.

    Peringkat 3 bermakna tumor mempunyai ukuran diameterlebih daripada 5 sm (2 inci) dan / atau telah merebak kenodus limfa yang berdekatan di ketiak. Kanser sebarangsaiz yang telah merebak ke kulit atau dinding dada jugatermasuk ke dalam perigkat ini.

    Peringkat 4 bermakna kanser sudah merebak ke organlain di dalam tubuh.

    Pemeringkatan membantu anda dan doktor anda membuatkeputusan tentang pembedahan dan rawatan anda. Jika kanserini masih terbatas di payudara sahaja, pembedahan akandijalankan, tanpa atau bersama-sama dengan rawatanradioterapi. Kemoterapi dan terapi hormon digunakan jika selkanser dirasakan sudah merebak ke bahagian lain di dalamtubuh.

    Pada peringkat 1 3, nodus limfa di ketiak selalunya perludibuang. Nodus limfa dikeluarkan dan diperiksa untuk melihat,jika ada, berapa banyak antaranya yang mempunyai sel kanser.

    Ini membantu doktor meramalkan samada sel kanser telahmerebak ke tempat lain. Ia juga membantu menentukan samada

    ms - 28

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    29/46

    Kanser Payudara

    anda memerlukan kemoterapi atau terapi hormon. Jikakemoterapi diperlukan, kekuatan ubatnya mungkin bergantungpada berapa banyak nodus limfa yang terlibat.

    Soalan untuk ditanya tentang pemeringkatan

    Sebelum Ujian

    Ujian apakah yang akan dilakukan untuk menentukanperingkat kanser saya?

    Selepas Ujian

    Peringkat apakah kanser saya?

    Apakah jenis rawatan yang doktor cadangkan untuk saya?

    Berapa banyakkah masa yang saya ada sebelummembuat keputusan tentang jenis rawatan yang sayamahu?

    ______________________________________________

    ______________________________________________

    ______________________________________________

    Pilihan Rawatan

    Pembedahan Lumpektomi atau Mastektomi

    Ada dua pilhan pembedahan untuk merawat kanser payudara

    1. Lumpektomi hanya mengeluarkan ketulan bersama-samasedikit tisu normal yang ada disekelilingnya. Ini seringdisebut sebagai pembedahan kekal payudara.

    ms - 29

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    30/46

    Kanser Payudara

    2. Mastektomi membuang seluruh payudara

    Kedua-dua jenis pembedahan selalunya melibatkanpembuangan nodus limfa ketiak. Nodus limfa di ketiak dibuanguntuk memastikan samada kanser sudah merebak dari payudarake nodus limfa. Maklumat ini akan membantu anda dan doktoranda menentukan rawatan selanjutnya yang diperlukan.

    Kesan sampingan yang mungkin berlaku akibat pembuangannodus limfa biasanya ialah pembengkakan lengan yangberpanjangan dan kadangkala menyakitkan (limfedema).

    Penyinaran pada nodus limfa meningkatkan kemungkinanberlaku limfedema. Walau bagaimanapun terdapat cara-carauntuk mengurangkan risiko dan merawat limfedema.

    Untuk membantu mencegah kanser payudara daripada berulangdan memusnahkan baki sel kanser, radioterapi mungkin perludilakukan selepas lumpektomi. Gabungan rawatan ini adalahsama berkesan seperti mastektomi untuk kebanyakkan wanita

    peringkat 1 dan kebanyakkan wanita yang dalam peringkat 2kanser payudara. Semakin ramai wanita memilih untukmengekalkan payudara mereka jika ia merupakan salah satupilihan rawatan.

    Setelah anda mengetahui pilihan yang ada, anda boleh memilihpembedahan yang sesuai untuk anda.

    Anda mungkin terkejut apabila mengetahui kanser payudaraboleh terjadi semula, walaupun selepas pembedahanmastektomi. Ia boleh berlaku:

    Pada payudara, jika anda telah menjalani pembedahankekal payudara

    Pada tempat mastektomi dilakukan (dinding dada)

    ms - 30

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    31/46

    Kanser Payudara

    Pada tempat lain yang jauh dari payudara, tidak kira apajenis pembedahan yang anda pilih.

    Samada memilih lumpektomi atau mastektomi, risikoberulangnya kanser tetap sama.

    Menentukan apa yang terbaik untuk anda. Ada baiknya jika andaberhubung dengan wanita yang telah menjalani pembedahanyang sama dengan yang anda pilih. Berbincang denganseseorang yang telah mengalaminya mungkin dapatmenyakinkan anda. Fikirkan keburukan dan kebaikan yang

    berikut semasa anda sedang membuat keputusan:

    Kebaikan Lumpketomi

    Anda menyelamat payudara anda, walaupun andamungkin akan mendapati ada perubahan bentuksekiranya tumor yang dikeluarkan besar.

    Anda mengelakkan masalah emosi kerana kehilanganpayudara

    Keburukan lumpektomi

    Anda perlu menjalani radioterapi . selama tiga hingga enamminggu (Kebanyakan wanita merasakan ini bukanlah masalah

    asalkan payudara mereka tidak dibuang)

    Radioterapi boleh mengubah tekstur payudara danmenjadikannya amat sensitif. ( Kebanyakan perubahan iniakhirnya akan lenyap, tetapi boleh juga berterusan sehinggaselama setahun)

    Bukan semua orang sesuai menjalani lumpektomi. Lumpektomi

    ini mungkin bukan pilihan untuk:

    ms - 31

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    32/46

    Kanser Payudara

    Wanita hamil, kerana kesan radioterapi yang bolehberlaku pada bayi di dalam kandungan.

    Wanita yang mempunyai kanser pada lebih daripada satutempat di payudara yang sama.

    Wanita dengan tumor yang besar pada payudara yangagak kecil.

    Wanita yang tidak dapat atau tidak mahu menjalaniradioterapi

    Kebaikan mastektomi

    Hasil kosmetik yang lebih baik dalam sesetangah kes.Mastektomi adalah pilihan yang sesuai jika andamempunyai banyak kumpulan ikrokalsifikasi atau jikapayudara anda kecil dan tumor pula besar. Dalam kes ini,parut selepas pembedahan lumpektomi kelihatan buruk.

    Anda tidak memerlukan radioterapi selepas mastektomikecuali jika kanser anda sudah teruk atau jika andamenghadapi risiko tinggi untuk mengalami kanserberulang. Ini penting bagi wanita yang tidak mahumelanjutkan radioterapi mereka tiga hingga enam minggulagi, terutamanya jka ada keperluan peribadi atau kerjamereka tidak mengizinkan.

    Keburukan mastektomi

    Seluruh payudara dibuang. Walau bagaimanapun andaboleh memakai payudara palsu (prostesis) atau menjalanipembedahan untuk membentuk semula payudara anda.

    Mungkin anda berasa amat tertekan dari segi emosi

    kerana kehilangan payudara. Payudara merupakan

    ms - 32

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    33/46

    Kanser Payudara

    bahagian penting dalam sifat kewanitaan dan harga diriseseorang wanita.

    Soalan untuk ditanyakan tentang pembedahan

    Apakah jenis pembedahan yang doktor anda sarankandan mengapa.

    Adakah nodus limfa saya akan dibuang?

    Adakah lengan saya akan bengkak? (Adakah saya akan

    mengalami limfedema)

    Apakah yang boleh saya buat untuk mengurangkan ataumencegah limfedema?

    Semasa di hospital, apakah yang akan berlaku sebaik-baik sahaja selepas pembedahan?

    Bagaimanakah rupa saya selepas lumpektomi ataumastektomi? Selepas keluar dari hospital, siapakah yangakan memberitahu saya bagaimana cara merawat tempatyang dibedah?

    Apakah rasanya pada tempat yang dibedah?

    Berapa lamakah perlu saya tunggu sebelum saya boleh

    melakukan kerja biasa, kerja rumah dan aktiviti rekreasisaya?

    Rawatan susulan yang bagaimanakah yang sayaperlukan?

    ______________________________________________

    ______________________________________________

    ms - 33

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    34/46

    Kanser Payudara

    ______________________________________________

    Radioterapi

    Radioterapi (terapi sinaran) biasa digunakan selepaslumpektomi. Semasa radioterapi, sejenis mesin memancarkansinar x terus pada payudara dan mungkin juga ketiak anda. Sinarx boleh memusnahkan sebarang saki baki sel kanser. Anda akanmenjalani rawatan selama lima hari seminggu selama enamminggu.

    Radioterapi tidak menyakitkan dan berlangsung selama

    beberapa minit sahaja. Walau bagaimanapun, pada awalnya,pakar mengambil masa yang lama untuk mengenalpasti sasaranrawatan, menandakan kawasan berkenaan pada kulit anda, danuntuk meyediakan peralatan sebelum rawatan sebenardimulakan. Semasa beberapa hari terakhir rawatan, andamungkin diberikan rawatan tambahan sinaran tertumpu pada dosyang tinggi. Rawatan ini disasarkan pada tempat tumor untuk

    memastikan semua sel kanser dimusnahkan.

    Ramai wanita boleh meneruskan kehidupan mereka sepertibiasa semasa rawatan sinaran. Namun demikian ada yangberasa letih pada akhir rawatan. Dalam kes ini, doktor andamungkin menasihatkan anda supaya mengurangkan kerja danaktiviti lain supaya anda mendapat rehat yang secukupnya.

    Kulit pada tempat rawatan mungkin juga kelihatan dan berasaseperti perit kerana terdedah kepada sinaran. Masalah ini akanberkurangan setelah rawatan selesai. Kulit anda akan kembalinormal selepas sebulan lebih, tetapi ada yang mengambilbeberapa bulan. Walau apa sekalipun, kawasan rawatanhendaklah dilindungi darpada cahaya matahari denganmenggunakan krim pelindung matahari.

    ms - 34

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    35/46

    Kanser Payudara

    Soalan untuk ditanyakan tentang radioterapi.

    Apakah yang berlaku pada setiap lawatan?

    Selama beberapa minggukah saya akan menjalanirawatan sinaran?

    Berapa lamakah setiap rawatan?

    Apakah kesan sampingan yang mungkin berlaku?

    Bagaimanakah cara menjaga kulit saya semasa dalamrawatan?

    Apakah krim atau sabun yang patut saya gunakan?

    Bolehkah saya mencukur buluk ketiak atau menggunakandeodoran semasa rawatan?

    Bolehkah saya terus bekerja semasa dalam rawatansinaran?

    Apakah batasan tertentu bagi aktiviti yang perlu sayapatuhi?

    _____________________________________________

    _____________________________________________

    _____________________________________________

    ms - 35

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    36/46

    Kanser Payudara

    Kemoterapi

    Kemo bermakna kimia dan terapi bermakna rawatan.Kemoterapi ialah penggunaan bahan kimia untuk merawatpenyakit. Kebanyakan orang akan terus teringat akan kemoterapiapabila mereka berfikir tentang rawatan kanser.

    Baru-baru ini kemajuan besar telah dicapai dalam kemoterapikanser. Gabungan ubat yang lebih berkesan telah ditemui.Kesan sampingan pula, seperti loya dan muntah-muntah. Kini

    telah dapat dikawal dengan lebih baik dengan menggunakanubat antiloya yang baru. Sesetengahnya boleh diberikansebelum, semasa atau selepas kemoterapi. Dengan ubat-ubatini, ada orang yang tidak langsung mengalami loya atau muntah-muntah.

    Jika anda memerlukan kemoterapi, anda akan dirujuk kepadapakar onkologi. Anda pastinya mahu tahu samada pakar

    onkologi anda berpengalaman mengendalikan kemoterapikanser payudara.

    Anda mungkin mahu berbincang dengan lebih seorang pakaronkologi sebelum menjalani kemoterapi kerana beberapa sebab;

    Memandangkan banyak terdapat dapatan kajian baru,rawatan juga kerap berubah. Anda pastinya mahu

    memastikan bahawa maklumat terkini digunakan dalamrawatan anda. Kemoterapi membunuh sel yang membiak,termasuklah sel normal dan sel kanser. Untukmenghindarkan kerosakan pada sel yang sihat, pakaronkologi akan menentukan saiz dos dan kekerapan ubatkemoterapi yang diberikan. Pakar onkologi yang berlainanakan memberi pesakit dos yang berbeza jadi pesakitperlulah memahami pilihan mereka. Pesakit perlu

    ms - 36

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    37/46

    Kanser Payudara

    mengetahui faedah dan kesan sampingan kaedah yang ditawarkan untuk jangka panjang dan jangka pendek.

    Doktor mempunyai pandangan yang berbeza tentangwanita pra menopaus yang manakah yang perlu diberikemoterapi, jika nodus limfa ketiak bebas daripadakanser. Pandangan doktor lain mungkin membantu andamenentukan apakah yang sesuai bagi anda.

    Kemoterapi biasanya dilaksanakan melalui suntikan IVkadangkala digabungkan dengan pil. Kemoterapi diberikan di

    klinik pesakit luar, di pejabat doktor atau di rumah. Rawatan inimengambil masa antara kira-kira 30 minit sehingga sejam,bergantung pada ubat yang digunakan.

    Anda boleh meminta kawan atau saudara menemani andasemasa rawatan. Satu pusingan kemoterapi biasanya mengambilmasa empat hingga enam bulan dalam kitaran 3 hingga 4minggu.

    Kemoterapi kanser payudara menggunakan gabungan beberapaubat. Ubat ini boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan,bergantung pada ubat atau gabungan ubat dan dos yangdiberikan. Antara kesan sampingannya ialah loya dan muntah-muntah, kudis mulut (stomatitis), kudis faraj , lesu dan kehilanganrambut (alopesia).

    Jika anda mengalami kesan sampingan, beritahu doktor atau jururawat. Banyak daripada kesan sampingan ini bolehdihindarkan, dirawat atau dikurangkan.

    Sungguhpun kehilangan rambut merupakan kesan sementara,namun malah ini merungsingkan ramai wanita. Anda bolehmengunakan rambut palsu, tudung, mekap atau skaf, turban dantopi sehinggalah rambut anda tumbuh seperti biasa.

    ms - 37

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    38/46

    Kanser Payudara

    Sesetengah kemoterapi menyebabkan pesakit tidak subur (tidakboleh mengandung) dan putus haid terlalu awal (putus haidbiasanya pada usia 40an dan 50an.)

    Pastikan anda tahu ubat apakah yang anda terima, bagaimana iadapat membantu anda, apakah pilihan yang anda ada dan kesansampingan yang mungkin berlaku, samada bagi jangka pendekatau jangka panjang.

    Kajian menunjukkan bahawa kemoterapi adalah paling baik bagiwanita yang masih datang haid. Sebabnya tidaklah jelas. Pilihan

    lain mungkin lebih baik bagi wanita yang sudah putus haid.

    Soalan untuk ditanyakan tentang kemoterapi

    Mengapakah saya memerlukan kemoterapi

    Apakah ubat yang akan saya ambil dan mengapa?

    Berapa kerapkah saya akan menerima rawatan?

    Berapa lamakah rawatan setiap kali?

    Bagaimanakah ubat akan diberikan (IV, oral atau kedua-duanya)?

    Apakah kesan sampingan yang mungkin berlaku danberapa lama?

    Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mengalamikesan sampingan?

    Adakah ubat pencegah loya digunakan? Bagaimanakah iadiberikan?

    Bolehkah saya menyambung kerja selepas kemoterapi?

    ms - 38

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    39/46

    Kanser Payudara

    Apakah ada batasan tertentu bagi aktiviti yang perlu sayapatuhi?

    _____________________________________________

    _____________________________________________

    _____________________________________________

    Terapi Hormon

    Ramai wanita yang mengaitkan penggunaan hormon (terapi

    penggantian hormon atau terapi penggantian estrogen) denganputus haid. Terapi hormon boleh juga digunakan dengan carayang amat berbeza untuk merawat kanser. Ketika mula-muladidiagnosis, anda mungkin dinasihati supaya tidak mengambilubat penggantian hormon(misalnya Premarin). Ini adalahlangkah berjaga-jaga sehinggalah kes anda diketahui dansehingga diketahui samada hormon boleh membahayakan.

    Hormon estrogen berkait rapat dengan kitaran haid danpembiakan pada wanita. Ovari anda mengeluarkan estrogensehingga putus hadi (menopaus). Menopaus semula jadibiasanya berlaku apabila wanita mencapai umur 40an atau 50an. Menopaus aruhan terjadi apabila ovari dibuang ataufungsinya terhenti. Sesetengah kemoterapi, termasuklah jenisyang diberikan untuk pesakit kanser payudara, mengaruh

    menopaus. Menopaus jenis ini boleh jadi kekal dan mempunyaikesan sampingan terhadap tubuh sama seperti manopaussemula jadi.

    Ada banyak teori yang berkaitan dengan peranan estrogendalam kanser payudara. Kebanyakannya masih belum terbukti.Walau bagaimanapun, para penyelidik kini sudah mengetahuibagaimana menggunakan hormon dalam terapi kanser

    payudara. Asas terapi hormon untuk kanser payudara adalahuntuk menghalang atau melawan kesan estrogen. Nama lain

    ms - 39

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    40/46

    Kanser Payudara

    bagi pendekatan ini ialah manipulasi hormon. Untuk mengetahuisamada terapi dapat membantu atau sebaliknya, pakar patologimenguji tisu biopsi untuk melihat samada ia bersifat positif ataureseptor estrogen negatif. Reseptor estrogen positif bermaknakanser berkenaan boleh bertindak balas terhadap terapi antiestrogen. Reseptor estrogen negatif bermakna kanser berkenaanmungkin tidak bertindak balas. Atas sebab yang sama, ujianreseptor progestron boleh dilakukan.

    Terapi hormon boleh digunakan bersendirian, dengankemoterapi atau selepas kemoterapi. Kesan sampingan terapi

    hormon mungkin meliputi pertambahan berat badan, panasbadan tak menentu, mood yang cepat berubah dan gejala-gejalalain.

    Ubat tamoxifen adalah ubat yang paling biasa digunakan dalamterapi hormon hari ini, ialah bahan anti estrogen. Denganmenghalang estrogen, bahan ini menghalang pertumbuhan selkanser.

    Tamoxifen ialah ubat yang pertama memberikan harapan dalamusaha mencegah kanser payudara. Ujian klinikal secara besar-besaran baru-baru ini menunjukkan aktiviti anti-estrogen olehtamoxifen dapat mencegah kanser payudara pada wanita yangtidak mengidap kanser payudara tetapi risiko yang amat tinggiuntuk menghidapnya.

    Seperti kebanyakan terapi kanser, tamoxifen mempunyai kesansampingan. Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa wanitayang mengambil tamoxifen boleh menghadapi risiko besar untukmenghidap kanser rahim (kanser endometrium). Sungguhpunrisiko ini adalah serius, kebanyakan pakar bersetuju bahawafaedah tamoxifen jauh melebihi risiko. Oleh itu para doktor terusmerawat kanser payudara dengan tamoxifen.

    ms - 40

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    41/46

    Kanser Payudara

    Soalan untuk ditanya tentang terapi hormon

    Adakah kanser reseptor estrogen atau reseptorprogestron saya positif atau negatif?

    Adakah doktor sarankan tamoxifen atau terapi hormon lainuntuk saya? Mengapa? Mengapa tidak?

    Jika ya, berapa lama saya perlu mengambil ubat tersebut?

    Apakah kesan sampinganya?

    Apakah risiko yang patut saya ketahui?

    ______________________________________________

    ______________________________________________

    ______________________________________________

    Ujian klinikal (Clinical Trials)

    Ujian klinikal ialah kajian saintifik tentang rawatan atau gabunganrawatan baru. Setiap ujian direkabentuk untuk menjawab soalansaintifik tertentu tentang kaedah rawatan.

    Dalam ujian klinikal, para penyelidik membandingkan terapistandard atau yang terbukti berkesan dengan terapi baru yang

    mungkin lebih baik hasilnya. Pesakit yang sudah bersetuju untukmenyertai ujian klinikal ditentukan secara rawak untuk menerimasamada rawatan standard atau baru.

    Soalan untuk ditanyakan tentang ujian klinikal

    Apakah ada ujian klinikal yang perlu saya pertimbangkan?

    Apakah bezanya dengan rawatan standard?

    ms - 41

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    42/46

    Kanser Payudara

    Siapakah yang menguruskan penjagaan saya semasaujian klinikal?

    Ubat apakah yang akan diberikan kepada saya?

    Berapa lamakah rawatan ini berakhir?

    Bolehkah saya berhenti bila-bila masa?

    Apakah kesan sampingan yang boleh berlaku dan apakahrisikonya?

    Siapakah yang akan membayar kos penjagaan danrawatan saya semasa ujian klinikal?

    Apakah ada keburukannya jika saya menyertai ujianklinikal?

    ______________________________________________

    ______________________________________________

    ______________________________________________

    Pembentukan semula payudara: Autolog atau implan

    Ramai wanita yang berasa tidak bermasalah jika mereka

    memakai payudara palsu (prostesis payudara) selepasmastektomi. Ada pula yang lebih rela menjalani pembentukansemula payudara. Ramai wanita beranggapan bahawa menjalanipembedahan pembentukan semula payudara membantu merekamemulihkan kesihatan dan rasa lengkap diri.

    Bagi kes pembentukan semula payudara, pakar bedah plastikmembentuk semula payudara dengan menggunakan tisu pesakit

    itu sendiri (pembentuk semula autolog) atau implan. Dengan ini,payudara akan kelihatan simetrik atau seimbang apabila pesakit

    ms - 42

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    43/46

    Kanser Payudara

    berpakaian. Pembentukan semula payudara boleh dilakukanpada semua pesakit kanser payudara, walau berapa pun usiamereka. Ini boleh dilakukan semasa mastektomi atau beberapatahun kemudian. Puting susu dan areola (bahagian gelapsekeliling puting) boleh juga dibentuk semula.

    Sesetengah wanita mahu payudara mereka dibentuk semulasemasa mastektomi, supaya mereka sedar selepaspembedahan, mereka masih lagi memiliki payudara.

    Ada pula yang mahu menangani penyakit kanser dahulu dan

    memikirkan pembedahan untuk membentuk semula payudaramereka kemudian. Dalam kes tertentu atas sebab-sebabperubatan pembedahan ini perlu ditangguhkan.

    Pembentukan semula payudara autolog

    Dalam pembedahan autolog, kulit, lemak dan otot akan diambildaripada belakang badan anda (tatacara latisimus dorsi) ataudaripada perut (tatacara flap TRAM) anda.

    Implan Payudara

    Ada dua jenis implan payudara. Bagi kedua-dua jenis, kapsulatau kantungnya dibuat dari silikon. Satu jenis diisi dengansalina, manakala yang satu lagi diisi dengan silikon.

    Salina ialah air garam. Jika implan salina terpecah atau bocor,

    tubuh pesakit akan menyerap air garam tersebut dan ini tidakmembahayakan pesakit. Silikon ialah gel yang merupakan bendaasing bagi tubuh. Seperti implan salina, implan silikon boleh jugapecah atau bocor dan gel boleh bergerak jauh ke tempat lain didalam tubuh. Jika kedua-dua jenis implan ini pecah, kantungsilikon akan tetap ada didalam tubuh, kecuali jika ia dikeluarkanmelalui pembedahan.

    ms - 43

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    44/46

    Kanser Payudara

    Beberapa tahun belakangan ini, beberapa wanita melaporkanbahawa mereka telah jatuh sakit selepas menjalani pembedahanimplan payudara. Gejala mereka seperti lesu, radang danbengkak sendi atau sakit sendir, sama seperti gejala penyakitlupus dan artritis reumatoid.

    Pestikan anda berbincang tentang risiko dan faedah setiap jenispembentukan semula payudara dengan pakar bedah anda. Andamugkin mahu berbincang dengan lebih daripada seorang pakar.

    Pakar perubatan mungkin mencadangkan pembedahan yang

    berbeza atau memberi anda lebih banyak pilihan.

    Anda perlu juga menjangkakan sesuatu yang realistik. Andabukanlah mendapat payudara baru. Walau bagaimanapunperasaan memiliki payudara mungkin timbul semula bagisebilangan kecil wanita, tetapi kebanyakan wanita tidak berasaapa-apa pada payudara yang dibetuk semula.

    Soalan yang perlu ditanyakan tentang pembentukan semulapayudara

    Apakah jenis pembedahan yang doktor cadangkan danmengapa?

    Apakah risiko dan faedah yang dikaitkan dengannya?

    Bolehkah saya lihat gambar foto wanita yang telahmenjalani pembedahan yang sama pada beberapaperingkat (dari sejurus selepas pembedahan, selepas 6bulan dan setahun selepas pembedahan?

    Bolehkah saya menghubungi beberapa pesakit doktortentang pembedahan berkenaan?

    Berapa lamakah pembedahan tersebut?

    ms - 44

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    45/46

    Kanser Payudara

    Berapa lamakah masa untuk pulih selepas pembedahan?

    Berapa lamakah saya perlu tinggal di hospital?

    Bagaimanakah rupa dan rasa payudara yang dibentuksemula sejurus selepas pembedahan? Enam bulanselepas? Setahun selepas?

    Adakah saya akan berasa apa-apa pada payudara baruitu atau putingnya?

    Apakah pembentukan semula puting dilakukan semasapembentukan semula payudara?

    Berapakah kos pembedahan?

    ______________________________________________

    ______________________________________________

    ______________________________________________

    Bagaimana menghadapi kanser payudara?

    Setiap wanita mempunyai cara tersendiri untuk menghadapikanser payudara dan rawatannya? Ada yang berasa selesaberbual dengan rakan-rakan atau menyertai kumpulan sokongan

    atau kumpulan bantu diri. Ada pula yang berasa kuat semangatdengan menyendiri. Sesetengahnya berjalan-jalan jauh,bertafakur, mendengar muzik atau berendam di dalam kolam airhanta. Walau apapun cara yang paling penting ialah cara yangpaling berkesan untuk anda.

    Sokongan emosi.

    Anda boleh mendapatkannya dengan cara ini. Anda akanmendapat sumber dan sokongan termasuklah kekuatan

    ms - 45

  • 8/8/2019 Kanser payudara (1)

    46/46

    Kanser Payudara

    dalaman diri anda sendiri yang tidak anda ketahuikewujudannya dan mungkin tidak anda perlukan sehinggalahanda menerima didiagnosis kanser payudara.

    Sumber kekuatan yang paling baik ialah keluarga anda danwanita lain yang mengalami masalah yang sama seperti anda.Berbual dengan mereka banyak membantu dan memberikankeyakinan. Dalam kumpulan sokongan, anda akan mencarisokongan atau sekadar mendengar cerita daripada oranglain yang akan memahami perasaan anda dan prihatin terhadapmasalah anda.

    Dalam perbualan dengan wanita yang menghadapi kanserpayudara atau sedang pulih daripada kanser payudara andaakan sedar bahawa perasaan anda adalah normal. Mendengarbeberapa banyak pandangan dan berkongsi pengalaman jugamengajar anda bagaimana membina kemahiran anda sendiridalam menangani penyakit anda.

    Jika anda sudah berkahwin atau sudah mempunyai hubunganyang mantap, apa yang anda lalui akan mempunyai kesanterhadap hubungan anda. Diagnosis kanser adalah cabaran bagiseisi keluarga dan juga bagi diri anda. Walau bagaimanapun,kajian menunjukkan bahawa hubungan yang kukuh dan sihattidak akan musnah disebabkan kanser. Malah dugaan hidup iniakan merapatkan ahli keluarga. Jika bantuan diperlukan,bertanyalah tentang kumpulan sokongan yang akan ikut serta

    bersama ahli keluarga dan mereka yang dicintai.