bersemuka dengan kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · bersemuka dengan kanser...

130
Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan isterinya, Angeline Lim mencatatkan pengalaman perjalanan kanser Ewe Jin dengan tujuan untuk memberikan ketenangan dan harapan kepada pesakit-pesakit kanser dan penjaga-penjaga mereka. Empat edisi yang pertama merupakan rentetan perjuangan Ewe Jin dengan casinoma nasofaringeal atau kanser hidung pada tahun 1999. Edisi kelima termasuk perjalanan kedua pada tahun 2006, dan edisi keenam perjalanan ketiga pada tahun 2011. Dalam edisi ketujuh ini, isterinya Angeline menceritakan perjuangan Ewe Jin yang keempat dan yang paling mencabar dengan kanser dari Mei 2015 sehingga beliau meninggal dunia pada 17 Nov, 2016. Sikap positif Ewe Jin ketika mengharungi keempat- empat perjalanannya menjadi satu inspirasi. Beliau tidak mengizinkan penyakitnya menghalang dia menjalani kehidupan harian dengan sepenuhnya. Dalam kisah keberanian dan harapan, mesej beliau jelas: terus berjuang, tanpa menyerah kalah. Empat Perjalanan Dengan Kanser… Tuhan Sentiasa Hadir

Upload: others

Post on 04-Sep-2019

47 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

Bersemuka Dengan Kanser

Soo Ewe Jin & Angeline Lim

Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan isterinya, Angeline Lim mencatatkan pengalaman perjalanan kanser Ewe Jin dengan tujuan untuk memberikan ketenangan dan harapan kepada pesakit-pesakit kanser dan penjaga-penjaga mereka. Empat edisi yang pertama merupakan rentetan perjuangan Ewe Jin dengan casinoma nasofaringeal atau kanser hidung pada tahun 1999. Edisi kelima termasuk perjalanan kedua pada tahun 2006, dan edisi keenam perjalanan ketiga pada tahun 2011.

Dalam edisi ketujuh ini, isterinya Angeline menceritakan perjuangan Ewe Jin yang keempat dan yang paling mencabar dengan kanser dari Mei 2015 sehingga beliau meninggal dunia pada 17 Nov, 2016. Sikap positif Ewe Jin ketika mengharungi keempat-empat perjalanannya menjadi satu inspirasi. Beliau tidak mengizinkan penyakitnya menghalang dia menjalani kehidupan harian dengan sepenuhnya. Dalam kisah keberanian dan harapan, mesej beliau jelas: terus berjuang, tanpa menyerah kalah.

Empat Perjalanan Dengan Kanser…Tuhan Sentiasa Hadir

Page 2: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

TUHAN ialah gembalaku;aku tidak kekurangan apa-apa.

Dia membaringkan aku di padang rumput yang hijaudan membimbing aku ke air yang tenang.

Dia memberi aku kekuatan baru.Dia membimbing aku di jalan yang benar,sebagaimana yang dijanjikan-Nya.

Walaupun aku melalui tempat yang gelap gelita,aku tidak akan takut, ya TUHAN,kerana Engkau menyertai aku.Engkau melindungi aku dengan tongkat dan gada-Mu.Engkau menyediakan jamuan untukku,di hadapan semua musuhku;Engkau menyambut aku sebagai tetamu yang dihormatidan mengisi cawanku sehingga penuh.

Aku tahu Engkau baik kepadakudan mengasihi aku seumur hidupku;rumah-Mu akan menjadirumahku sepanjang hidupku.

Alkitab Berita Baik

Mazmur 23

Mazmur ini mempunyai makna khas kepada Ewe Jin. Dia akan melafazkannya dengan senyap ketika sedang menjalani rawatan. Dia biasanya akan memakai kemeja-T yang sama ke hospital. Gambar ini telah diambil semasa berjalan ke air terjun Lepok pada Jun 2012.

Jangan berhenti ketika air pasang terendah,Kerana seketika lagi ia akan berubah;

Jangan berhenti kerana ragu-ragu dan pelbagai persoalan,Kerana mungkin ada sesuatu kamu akan pelajari.

Jangan berhenti ketika malam paling gelapKerana beberapa saat lagi tiba waktu subuh;Jangan berhenti ketika kamu telah berjalan paling jauh,Kerana perlumbaan hampir dimenangi.

Jangan berhenti ketika tiba bukit paling curam,Kerana kamu makin menghampiri matlamatmu;Jangan berhenti, kerana kamu tidak gagal Sehingga kamu gagal mencuba.

– Jill Wolf

Jangan Berhenti

Page 3: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

i

Bersemuka dengan Kanser

Empat perjalanan – Tuhan Sentiasa Hadir

Oleh Soo Ewe Jin & Angeline Lim

Edisi 2017

Page 4: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

ii

Percuma:Tidak dijual. Terus menyuakan.

Edisi Pertama 2002Edisi Kedua 2004Edisi Ketiga (Bahasa Cina) 2006Edisi Keempat 2006Edisi Kelima 2009Edisi Keenam 2012Edisi ini 2017© Soo Ewe Jin & Angeline LimDiterjemah oleh Yen Yoon Lee

Dicetak oleh My-Alliance Sdn BhdEmail: [email protected]

Semua kandungan penerbitan ini boleh digunakan secara bebas, dengan syarat ia digunakan untuk menggalakkan pesakit-pesakit kanser atau penjaga-penjaga mereka, dan bukan untuk peroleh keuntungan komersial. Sila maklumkan kepada penulis jika anda gunakan mana-mana kandungan buku ini. Versi e-book Face to Face with Cancer, termasuk edisi-edisi lama, boleh dimuat-turun dari blog berikut: sooewejin.blogspot.com.

Page 5: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

Kepada Tuhan, Penyembuh,

Pemberi Kekuatan dan

Penyelamat Kita

Page 6: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

iv

Kata-kata PenghantarBuku kecil ini telah melalui enam edisi, dengan 15,000 salinan dicetak. Empat edisi pertama, termasuk edisi Bahasa Cina, bertumpu kepada perjalanan Ewe Jin yang pertama menghadapi kanser pada April 1999.

Edisi kelima muncul ketika Ewe Jin sedang dalam perjalanan kanser yang kedua dalam tahun 2006/2007. Ianya mengandungi bahan baru serta bahan terpilih dari buku yang pertama.

Pada Mac 2011, Ewe Jin bertarung dengan kanser sekali lagi, dan kami merakamkan perjalanan ketiganya dalam edisi keenam.

Pada Mei 2015, Ewe Jin mula perjalanan kanser keempat dan terakhir. Beliau berani bertarung namun dia alah kepada penyakit tersebut pada 17 November, 2016. Edisi ketujuh ini telah disemak dan kemaskini oleh saya, isterinya, orang yang diberi penghormatan untuk bersama dengannya dalam perjalanan hidupnya. Daripada 30 tahun kami berkahwin, selama 17 tahun Ewe Jin menjalani terapi kanser atau rawatan perantaraan.

Setiap perjalanan berbeza bagi setiap pesakit. Semasa Ewe Jin dan saya mula-mula bersetuju untuk berkongsi kisah kami – dia sebagai pesakit, dan saya sebagai penjaganya – tujuan kami hanya untuk memberi semangat pesakit-pesakit dan penjaga-penjaga mereka.

Kami berkongsi buah-fikiran, kerisauan, kegembiraan, dan timbunan pelbagai emosi dengan cara yang kami harap akan berguna kepada sesiapa saja yang

Page 7: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

v

mengharungi perjalanan sedemikian. Terutama sekali, kami berkongsi bagaimana kekuatan iman kami sentiasa memelihara kami.

Buku kami tidak memberikan nasihat rawatan terbaik atau doktor terbaik. Tetapi ia banyak mengenai keluarga, rakan-rakan, kepelbagaian negara ini, dan Tuhan yang amat menakjubkan dan mengasihi.

Edisi ketujuh ini mengandungi bahan-bahan asal dari edisi-edisi lama tanpa sebarang semakan kemaskini, demi memelihara konteknya ketika ianya ditulis. Saya telah menambahkan kisah perjalanan Ewe Jin yang terakhir dan bagaimana beliau terus memberi inspirasi kepada semua yang mengenalnya sehingga ke hari-hari terakhir hayatnya.

Semoga anda perolehi galakkan dengan buku kecil ini. Terima kasih kepada semua yang murah hati memberi sumbangan untuk penerbitan ini agar ia terus bebas diedarkan, percuma.

Saya berharap anda tidak simpan senaskah jika ada sesiapa yang anda kenali memerlukannya. Terus menyuakan buku kecil ini.

Angeline LimSeptember 2017

> Untuk mendapatkan semua edisi dalam format pdf, termasuk edisi Bahasa Cina, sila lawati sooewejin.blogspot.com

Page 8: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

vi

Mengenai PengarangSoo Ewe Jin dan Angeline Lim adalah wartawan untuk sebahagian besar kehidupan mereka.

Kerjaya Ewe Hin dengan The Star bermula dari tahun 2000 sehingga kematian beliau pada 17 November, 2016. Beliau telah berkhidmat dalam beberapa jawatan: sebagai Penyunting Star Online, Penyunting Sunday Star, Penyunting Projek Khas, Timbalan Penyunting Eksekutif dan yang terakhir sebagai Penyunting Eksekutif. Beliau pernah menulis ruangan tetap Sunday Starters dalam The Star.

Sebelum itu, beliau pernah bekerja dengan The National Echo, The Malay Mail, ISIS Malaysia, WWF Malaysia dan The Edge. Beliau juga menghabiskan beberapa tahun di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa dan menganggap tahun-tahun tersebut ialah tempoh yang paling indah dalam kerjayanya.

Angeline bekerja sebagai wartawan dengan Malaysian Business dan The Edge sebelum menyertai The Star. Beliau meninggalkan The Star dalam tahun 2001 untuk menjadi suri-rumah sepenuh masa. Dalam tahun 2014, beliau menyertai Petronas tetapi letak jawatan selepas dua tahun untuk menemani Ewe Jin dalam perjalanan terakhirnya.

Mereka mempunyai dua anak lelaki, Kevin, sudah berkahwin dengan Evelyn Yarzebinski, dan Timothy.

Angeline boleh dihubungi melalui e-mel di: [email protected]

Page 9: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

vii

Terima kasih seikhlas hatiPerjalanan sedemikian tidak mampu diharungi tanpa banyak sokongan dan kasih-sayang. Dalam semua empat perjalanan, insan-insan yang setia bersama Ewe Jin dan saya, makin bertambah dan terlalu ramai untuk disenaraikan di sini.

Terima kasih ikhlas dari hati kami kepada anda semua yang telah meluangkan sedikit masa (atau banyak detik) untuk berdoa, menghulurkan bantuan, berkongsi jamuan rezeki, meringankan beban kami dan menunjukkan kasih sayang kalian kepada kami dengan pelbagai cara. Anda tahu siapa anda.

Lebih-lebih lagi, kami amat bersyukur kepada Tuhan yang amat sempurna dengan kasih-Nya yang dengan akal manusia tidak dapat difahami, dapat melakukan perkara yang jauh lebih banyak daripada yang kita mohon atau bayangkan. (Efesus 3:19-20)

Page 10: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

viii

Kulit bukuGambar ini menunjukkan Ewe Jin sedang berendam dalam keriangan di dalam sungai di Ulu Yam hanya beberapa minggu sebelum dia meninggal dunia, mencerminkan personaliti periangnya dan pencinta kehidupan, walaupun ketika dia sedang menghadapi cabaran. Kebahagiaan dari Tuhan sentiasa menjadi kekuatannya! Terima kasih tidak terhingga kepada Sweeng Hoo atas rekaan kulit dan susun atur halaman edisi ini.

Page 11: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

1

Perjuangan keempat

Ia bermula pada bulan Mei 2015...

Page 12: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

2

Pertarungan keempat EweJin menghadapi kanser adalah yang paling mencabar, dan

sungguh sedih, merupakan perjuangan terakhirnya. Beliau meninggal dunia pada 17 November 2016. Dalam beberapa bulan terakhirnya, ketabahan dan keceriaannya

tidak pernah luntur. Isterinya, Angeline Lim menceritakan perjalanannya.

DiagnosisPerjalanan keempat Ewe Jin menghadapi kanser bermula dalam bulan Mei 2015 apabila satu diagnosis mengesahkan kehadiran tumor ganas dalam “sinus karvernus menyentuh saraf kranial 3, 4, 5 dan 6” - satu ketumbuhan di belakang mata kanannya, tepat di bawah tengkorak. Sebenarnya, sejak Disember 2014, muncul tanda-tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Dia mengalami penglihatan berganda dan pendengarannya bermasalah. Kemudian dia mula menghadapi kesukaran menelan. Ketika kelopak mata kanannya mulai terkulai sehingga hampir tertutup matanya, kami sedar ada sesuatu yang tidak kena.

Diagnosis itu tidak dapat dikenalpasti secara langsung, kerana tumor terbenam jauh dalam kepala dan sukar untuk ujian biopsi. Selepas beberapa siri imbasan dan beberapa konsultasi dengan pelbagai doktor, termasuk seorang rakan pakar radiologi yang membawa filem-filem imbasan ke Singapura untuk mendapatkan pandangan rakan-rakannya di sana, akhirnya telah mengesahkan bahawa kanser telah berulang. Berita terbaik ialah sekali lagi, ia tidak merebak – tumor setempat dan otak bebas. Pakar onkologi Ewe Jin di Hospital Pakar Damansara (HPD), Dr Lum Wan Heng, mengesyorkan rawatan pisau-siber dengan Dr Kua di Hospital Beacon, kerana HPD tiada kelengkapan berkenaan.

Page 13: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

3

Pisau-siberPisau-siber merupakan sistem rawatan pembedahan radio robotik yang maju. Rawatan ini tidak menyakitkan dan tidak invasi, menyasar-tepat dos-dos radioterapi tinggi. Pada 8 Mei, 2015, saya menemani Ewe Jin untuk membuat “perancangan” rawatannya. Dia menjalani 10 sesi Pisau-siber antara 14 Mei dan 23 Mei, setiap rawatan berlangsung selama seminit sahaja, lebih kurang sama dengan rawatan RT yang lepas. Pada ketika itu, saya bekerja sepenuh masa. Saya bersyukur Ewe Jin mempunyai ramai kawan yang sukarela menemani dia dalam sesi-sesi rawatan seterusnya. Dia membuat jadual pengiliran agar orang yang berlainan mengiringinya setiap kali dia mendapat rawatan. Sama seperti rawatan-rawatan sebelum ini, Ewe Jin tetap riang, bergaul-mesra dengan staf-staf hospital dan memberi galakan kepada pesakit-pesakit lain. Sikap ini memberi kesan sampingan minima dalam dirinya.

Selepas selesai 10 sesi, Dr Kua menjadualkan imbasan susulan pada bulan September, selepas tempoh rehat tiga bulan. Jika lebih awal dari itu, hasil imbasan tiada kepastian kerana tisu-tisu masih bengkak akibat radiasi. Doktor berharap rawatan itu berjaya. Kami sedar keadaan Ewe Jin tidak bertambah baik selepas terapi – dia masih alami kesukaran menelan dan mendengar, dan mata kanannya masih tertutup. kami berfikir mungkin hasil rawatan itu memerlukan masa untuk bertindak.

Perubahan tidak terjangka Pada 3 Sept, 2015, Ewe Jin menjalani MRI yang telah dijadualkan. Ketika kami bertemu dengan doktor, dia menyampaikan berita bahawa tumor asal telah hilang, tumor baru pula muncul di kawasan sekitarnya. Kami tidak menjangka apa yang kami dengar. Kami terkejut. Memandangkan kepala Ewe Jin telah didedahkan dengan tahap maksimum radioterapi, satu-satunya pilihan ialah rawatan kemoterapi. Ewe Jin bertanya pandangan ramalan doktor jika dia

Page 14: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

4

pilih untuk tidak dirawat. Jawapan doktor: “Dari pengalaman saya, ternyata kamu hanya bertahan kira-kira 3 bulan.” Semasa balik dari hospital, kami berasa suram. Rasanya seolah-olah kami sudah sampai ke penghujung jalan.

KemoterapiEwe Jin memutuskan untuk menjalani kemoterapi di HPD dengan Dr Lum, kerana dia biasa dengan doktor dan hospital tersebut, dan semua rekod rawatannya masih di sana. Pada 4 Sept, kami berjumpa Dr Lum dan dia yakin bahawa dengan kemoterapi, kehidupan Ewe Jin akan bertambah baik. Beliau juga sedar Erbitux, ubat yang Ewe Jin pernah gunakan sebelum ini, telah berkesan mengecilkan tumor ketika itu, dan ianya pasti berkesan sekali lagi.

Semangat Ewe Jin bangkit kembali. Ia tidak lagi bimbang akan rawatan kemoterapinya kerana hal ini bersifat paliatif; dan dia sudah sedia untuk bertarung. Masih banyak hal lagi yang ingin dia capai, dan dia tidak akan mengizinkan penyakit ini menjadi penghalangnya! Saya memohon cuti tanpa gaji (dan akhirnya letak jawatan) untuk menemani dia. Ewe Jin merupakan seorang pesakit yang bersikap positif, dan ianya benar-benar satu keistimewaan menjadi teman sehati dan sejiwa dalam menempuhi bersama perjalanannya yang terakhir.

Kemoterapi bermula pada 8 Sept, 2015. Rakan-rakan bertanya, berapa lama rawatan ini? Berapa kitaran? Kami tiada jawapan. Sebenarnya, ianya mungkin berpanjangan lebih dari setahun, sehingga akhir hayat Ewe Jin. Semua sekali, dia menjalani 30 kitaran – 12 kitaran dengan koktel Gemzar, Oxaliplatin dan Erbitux; disusuli dengan 13 kitaran Paclitaxel; 2 kitaran nab-Paclitaxel; dan akhir sekali 3 kitaran Gemita bercampur Navelbine. Oleh kerana Ewe Jin dijangka perlu menjalani banyak sesi kemo, maka dia menjalani pembedahan untuk memasang port kemoterapi sebelum rawatan bermula.

Page 15: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

5

Pergi ke Suite Onkologi di HPD selang setiap 2 atau 3 minggu menjadi rutin kami. Pada peringkat awal, ada sedikit kemajuan sebab kemoterapi mengecilkan tumor itu. Ketidakselesaan yang disebabkan oleh tumor banyak berkurangan dan Ewe Jin berasa lebih baik. Tetapi, akhirnya, perjalanan menjadi semakin sukar kerana ubat kemo menjadi kurang berkesan. Makan menjadi cabaran utama. Hidangan mesti dikisar. Menelan menjadi proses sukar dan berat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Berat badannya semakin menyusut pada ketika ini. Masalah kesukaran menelan menyebabkan episode aspirasi berulang apabila makanan masuk ke dalam paru-parunya, mencemari paru-parunya dan mengakibatkan dua kali pneumonia teruk. Menerusi semua ini, Ewe Jin terus menjangkau pesakit-pesakit kanser yang lain dan mendorong mereka terus berjuang sepertimana yang dia sedang lakukan.

Dalam bulan Disember 2015, kepulangan anak sulung kami Kevin yang sedang belajar di Amerika Syarikat balik untuk bersama ayahnya, membuat kami terasa begitu teruja kerana pada masa yang sama teman wanitanya pada masa itu Evelyn Yarzebinski, seorang gadis yang manis berbangsa Amerika, juga datang melawat kami buat pertama kalinya. Kevin dan adiknya Timothy sedar bahawa masa untuk bersama dengan ayah mereka sangat terhad, dan mereka menggunakan minggu-minggu berikutnya sebaik mungkin, berbual panjang dengan Papa kesayangan mereka dan mengenang kembali tahun-tahun yang indah hidup bersama-sama sebagai satu keluarga.

Menjelang Krismas, Ewe Jin memberitahu saya bahawa dia rasa lebih dekat dengan Tuhan dan dia tidak takut mati. Tetapi dia masih belum bersedia untuk “melepaskannya”. Mengimbas kembali, saya boleh nampak, sesungguhnya, bukan masanya lagi bagi dia kerana masih banyak lagi yang ingin dicapai dalam bulan-bulan yang berikutnya. Seperti biasa, sikapnya yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih, terus mendorongnya agar terus memandang kehadapan. Hal ini terpapar dalam refleksi yang ditulisnya pada akhir tahun:

Page 16: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

6

SENTUHAN PENYEMBUHAN TUHAN30/12/15, 4:45am

Tanda kanser normalTumor mengecutTiada pendarahan hidungTiada sakit pada muka di waktu petangTiada isu mengimbangi diriPergerakan perkumuhan usus lancarBoleh makan dengan lebih baik, terutama makan malamBoleh rasa ais krimBoleh dengar dengan lebih baikKurang pembuangan cecairBoleh pergi ke taman & mallKiraan sel darah merah meningkatBoleh tidur, rehat dengan baikTERIMA KASIH TUHAN

I Petrus 5:10

[tandatangan Jin]

Ewe Jin’s reflections on Dec 30, 2015

Page 17: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

7

PneumoniaPada 23 Jan, 2016, Ewe Jin demam panas sehingga 39.5 darjah. Dia tidak boleh menyimpan makanan dan minuman dalam badan dia, ubat yang ditelan terus dimuntahkan. Saya membawa dia ke hospital dan dia dimasukkan ke ICU kerana pneumonia bilateral. Tekanan darahnya begitu rendah dan tidak stabil, dan terdapat bahaya kegagalan buah pinggang. Dr Lum, doktor onkologinya bekerjasama dengan Dr Tiang, doktor kardiologi, untuk menstabilkannya. Dia tidak boleh bernafas tanpa bantuan dan diberikan topeng oksigen dan ubat menstabilkan tekanan darah.

Dr Tiang berkata keadaannya “stabil tapi kritikal” dan “Kita akan tahu dalam dua hari lagi.” Ianya merupakan hari-hari yang tegang, tetapi Ewe Jin seorang pejuang berani, dan dia berjaya mengharunginya. Dia menghabiskan 3 hari di ICU, dua hari di HPD, dan 10 hari lagi dalam wad biasa. Pada masa itu, dia bebas bergantung kepada oksigen, dan kembali berjalan dengan bantuan seorang jurufisioterapi.

Tiub MakananSetelah disyorkan oleh pakar onkologi, dia menjalani pembedahan pada 5 Feb untuk memasukkan tiub makanan PEG (Percutaneous Endoscopic Gastronomy) ke dalam perutnya. Dr Lum berkata ianya pilihan terbaik sebab terlalu berisiko bagi dia makan seperti biasa dengan masalah kesukaran menelannya. Ewe Jin balik ke rumah pada 7 Feb, petang Tahun Baru Cina dan saya amat gembira dia boleh bersama meraikan perjumpaan makan malam. Dia menerima tiub makanan dengan lancar dan pelan pemakanannya begitu berkesan sehingga berat badannya bertambah 8 kilogram dalam tempoh dua bulan! Saya amat bersyukur kerana semangatnya kental walaupun setelah mengalami beberapa kali situasi cemas.

Page 18: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

8

Selain masalah makanan, dia juga menghadapi beberapa masalah perubatan lain. Pendengarannya beransur-ansur lemah dan dia memakai alat bantu pendengaran. Dia tidak boleh mengimbangkan diri ketika bangun berjalan sebab tumor itu menekan ke atas otaknya, dan dia memerlukan kerusi roda. Dia juga pengsan beberapa kali (yang disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah ke kepalanya akibat kesan radioterapi ke atas saluran pendarahan di lehernya). Namun, Ewe Jin tetap optimis dan terus maju menangani semuanya.

Majlis PerkahwinanBeberapa bulan pada awal 2016 ditempuhi bagaikan naik roller-coaster. Keadaan Ewe Jin naik dan turun melalui sesi-sesi rawatannya. Pada hari-hari yang dia agak baik, dia akan ke pejabat sebentar untuk bekerja dan berkongsi berita-berita terkini dengan rakan-rakan. Pada hari-hari yang dia rasa amat keletihan dan tidak bermaya untuk berbuat sesuatu kecuali baring dan rehat. Walau apa pun, satu hal yang mendorong dia pada ketika itu ialah majlis besar yang akan datang: perkahwinan Kevin dan Evelyn. Ada dua majlis, satu di Amerika dan satu lagi di Malaysia. Bagi majlis di Malaysia, Ewe Jin dan saya sibuk membuat perancangan majlis jamuan tengahari dan menetapkan senarai akhir para jemputan.

Kami bersyukur kerana kesihatan dia kelihatan cukup baik dalam bulan April sehingga saya boleh meninggalkan dia di rumah untuk lebih dari seminggu, di bawa penjagaan dua orang adik perempuan saya, sementara saya berlepas ke Pittsburg pada 24 April menghadiri majlis perkahwinan di sana. Dia begitu gembira menyaksikan majlis itu menerusi Skype, awal subuh pada 1 Mei, (pukul 2:00 petang, 30 April, masa di Pittsburg).

Page 19: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

9

Dalam bulan Mei, Kevin dan Evelyn kembali ke Malaysia bagi majlis di sini. Majlis jamuan perkahwinan telah berlangsung pada 28 Mei di Hotel Saujana, Shah Alam. Ewe Jin bagaikan berada di atas kayangan! Dia menyampaikan ucapan yang menyentuh hati kepada 30 meja penuh dengan tetamu, dia beredar dari meja ke meja untuk bergambar, dan berbual-bual dengan rakan-rakan. Sepanjang hari itu dia telah berdiri dan berjalan selama 5 jam – dari pukul 10 pagi apabila majlis minum teh bermula, hingga pukul 3 petang ketika majlis jamuan tamat. Kami berasa sedih apabila pasangan pengantin baru ini berlepas kembali ke Amerika Syarikat pada 29 Mei, namun, saya amat gembira sebab Ewe Jin telah berjaya melakukan semua dengan baik dan sempurna seiring dengan kepadatan jadual sepanjang majlis tersebut.

Dua bukuDalam bulan-bulan akhir hayatnya, Ewe Jin terlibat dalam penerbitan bukan satu, tetapi dua buah buku. Buku yang pertama ialah penyusunan ruang tetapnya Sunday Starters yang disiarkan dalam akhbar Sunday Star, hasil jualan buku sebanyak RM60,000 didermakan tujuan kebajikan. Rumah Kenosis, sebuah pusat pemulihan dadah, dan United Voice, satu pertubuhan yang membantu individu bermasalah pembelajaran, masing-masing menerima RM30,000 dari jualan buku ini. Pada 28 Julai, Ewe Jin menghadiri majlis penyampaian cek yang diadakan di Menara Star di Petaling Jaya.

Sebuah buku lagi yang disuntingnya ialah Moderation, satu koleksi 28 karya penulisan oleh warganegara dan wartawan terkenal di Malaysia, diterbitkan oleh Kumpulan Media Star. Buku ini dilancarkan oleh Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak pada 29 Sept, dalam satu majlis di Menara Star dan sekali lagi Ewe Jin hadir bersama, kali ini dia berkerusi roda.

Page 20: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

10

Hari jadiDalam tiga bulan terakhir hidup Ewe Jin, keadaan fizikal tubuhnya semakin lemah tetapi imannya semakin kuat. Semakin hari dia semakin keletihan dan perlu tidur lebih lama, sehingga bahu kanannya mula melecek (dia lebih selesa tidur di sebelah kanannya). Dia juga menghidapi jangkitan paru-paru berulang kali.

Meskipun makanannya melalui tiub makanan, dia masih suka menikmati minumannya terutamanya ‘coffee blended’. Kebanyakan air kopi yang diminum meleleh ke bawah dagunya sebab dia hampir tidak dapat menelan, tetapi ada juga yang mengalir ke dalam kerongkongnya. Malangnya seringkali ada yang mengalir ke dalam saluran pernafasannya, yang mengakibatkan jangkitan paru-paru. Sepanjang dia mengharungi masa sedemikian, saya melihat dia melepaskan kemarahannya hanya sekali, dan hanya sedetik lamanya, bahawa “Tuhan tidak mendengar doanya memohon penyembuhan”. Pada bulan September, dia merasa sangat tidak sihat, dan akhirnya dia dimasukkan ke hospital sekali lagi kerana pneumonia.

Selepas keluar dari hospital, dia masih agak lemah untuk menghadiri jamuan makan tengahari harijadinya yang telah saya anjurkan pada 25 Sept, harijadinya yang ke-57. Kami menangguhkan sambutan itu ke 1 Oktober dan memanglah sikapnya, dia kelihatan pulih untuk sambutan harijadinya itu. Ewe Jin gemar bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakannya. Dia menangis gembira dengan hampir 50 orang berkumpul di sebuah bilik di Hotel Crystal Crown pada pagi itu, dan kami meraikan harijadinya dengan pelbagai penghormatan, gelak ketawa dan tangisan.

Page 21: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

11

Ulu YamSatu perkara yang Ewe Jin benar-benar suka dalam bulan-bulan akhir hayatnya ialah bersiar-siar (berjalan kaki atau berkerusi roda) di taman. Kami telah menjelajahi beberapa taman sekitar KL dan PJ. Seringkali dia akan meminta berhenti sejenak di satu sudut yang sunyi untuk merenung dan mengucap syukur kepada Tuhan. Penghargaannya terhadap alam semulajadi semakin kuat – dia gemar melihat matahari terbit dan matahari terbenam, burung-burung, tasik-tasik, dan yang paling digemarinya ialah kemunculan pelangi.

Yang paling mengembirakan ketika itu ialah kami berupaya membawa Ewe Jin untuk berendam dalam air sungai yang sejuk dan segar di Ulu Yam, bukan sekali tetapi tiga kali – pada 27 Sept, 10 Okt dan 25 Okt. Ewe Jin yang meminta untuk ke sana sebab ia merupakan tempat yang paling digemarinya kerana kami sering pergi ke sana ketika anak-anak lelaki kami masih kecil. Agak sukar untuk merancang aktiviti seronok ini kerana pada ketika itu, dia sering memerlukan kerusi roda. Kami berjaya mencari satu laluan jalan berturap terus berhampiran dengan sungai , jadi kami boleh membawa dia dengan berkerusi-roda hingga ke tebing sungai. Sebaik saja dia berada dalam sungai, dia jadi bertenaga dan dia akan berpaut pada batu-batu berjalan terus menuju ke lokasi terbaik di mana terdapat arus deras air melimpahi kepala dan bahunya. Dia suka mandi di bawah pancuran air, tapi selepas ke sungai, dia mengepos dalam Facebook: “Mandi air pancuran di rumah tidak akan sama lagi.”

KesyukuranPerkembangan kanser tersebut mengecewakannya. Disamping kesukaran menelan, ketika itu dia hampir-hampir tidak boleh mendengar walaupun dia memakai alat bantu mendengar. Dia terlalu lemah untuk berjalan walau untuk beberapa langkah. Pertuturannya sudah

Page 22: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

12

tidak jelas. Dan penglihatannya pada satu-satunya mata yang tinggal (mata kiri) juga semakin merosot. Beberapa luahan dari hatinya ketika itu: “Saya rasa seperti mengharungi sungai”; “Mata saya rasanya mahu berhenti berfungsi”; “Saya rasa seperti saya sedang memanjat cenuram dan berpaut pada batu-batu”; “Saya rasa seperti saya sedang terperangkap di antara syurga dan bumi.”

Meskipun berdepan dengan cabaran-cabaran sedemikian, yang jelas semua rakan karib yang rapat dengan Ewe Jin tahu bagaimana iman dan kepercayaannya kepada Tuhan semakin kukuh dan mendalam serta murni dari minggu ke minggu. Dia meluahkan kesedihannya kerana kemerosotan fizikalnya, tetapi dia juga memperlihatkan ketenangan dan kesediaannya untuk berdepan dengan kematian. Dia memiliki sifat semulajadi yang sentiasa positif, sikap bersyukur yang tidak pernah luntur serta kepercayaan yang kekal kukuh pada Tuhan yang mengasihi dan senantiasa setia berjalan seiring bersama di sepanjang perjalanan hidupnya.

Suatu hari beberapa minggu sebelum dia meninggal, ketika sedang berbaring atas katil, dia memandang saya dengan satu matanya yang baik, tersenyum dan berkata, “Aku amat diberkati.” Kemudian dia terus berkata ada ramai yang mengalami penderitaan yang lebih teruk. Dia memang betul, tapi bagi seseorang yang berada dalam keadaannya, kenyataan sedemikian tidak kurang menakjubkan.

Pada minggu-minggu terakhir, kami berjaya mengawal kesakitan di kepala dan muka dengan ubat tahan sakit seperti Celebrex, Tramadol dan Panadol. Dia tidur berjam-jam pada siang hari tapi sedar beberapa kali pada waktu malam meminta minuman. Walaupun keadaannya begitu, dia masih berupaya terus menulis ruang tetapnya Sunday Starters sehingga minggu sebelum dia meninggal dunia. Sama seperti perjalanan

Page 23: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

13

hidup sebelum ini, sikap Ewe Jin ialah mengekalkan “urusan seperti biasa” seboleh yang mungkin, tidak pedulikan keadaannya yang semakin merosot dan sentiasa memandang ke atas.

Kembali ke rumah syurgaPada 16 Nov, 2016, sekali lagi Ewe Jin dimasukkan ke hospital kerana kesukaran untuk bernafas berulang lagi. Dia bergelut untuk bernafas, sehingga doktor terpaksa memberi ubat penenang. Sepanjang malam itu, sebaik saja kesan ubat penenang hilang, pernafasannya menjadi amat berat, kuat dan sukar. Keesokkan hari, doktor memeriksa tahap kesihatan dan keadaan tekanan darahnya, doktor memaklumkan bahawa keadaan Ewe Jin semakin tenat dan kemungkinan meninggal dunia pada hari yang sama sangat tinggi. Saya terpaku; dia yang senantiasa bangkit dari kecemasan demi kecemasan dan saya menjangkakan dia masih mampu sekali lagi, tetapi kali ini, ianya agak berlainan.

Adik-beradik perempuan Ewe Jin terbang dari Pulau Pinang, tiba sebelum jam 4 petang, dan mereka berkumpul di tepi katil Ewe Jin. Pelawat-pelawat bertali-arus menziarahinya – rakan-rakan sekolahnya, rakan-rakan sekerjanya, saudara-saudara seiman dari gereja. Pada jam 5 petang, pernafasannya mulai perlahan. Kami menyanyikan lagu-lagu rohani dan rakan kami Gembala Micky Kua berdoa. Kami mengelilinginya untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Saya mencium pipi dan memeluknya, kemudian melihat dia menarik nafas lembut akhirnya pada jam 5:24 petang bersamaan hari Khamis, 17 Nov, 2016. Ewe Jin telah berjaya menamatkan pertarungannya dengan baik dan kembali kepada Tuhan Bapanya di syurga.

Saya berasa amat bersyukur bahawa Ewe Jin melalui tahun kehidupan terakhirnya dengan penuh kepuasan dan bermakna. Dia tidak pernah menderita kesakitan teruk walaupun doktor memberitahu saya bahawa

Page 24: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

14

apabila tumor membesar, kesakitan akan semakin bertambah. Saya juga amat menghargai semua sokongan keluarga, sahabat handai, rakan sekerja dan jemaat Tuhan pada hari itu, dan sepanjang menempuh perjalanan ini.

Beberapa hari selepas peninggalan Ewe Jin, The Star dan beberapa akhbar menyiarkan eulogi-eulogi oleh rakan-rakan sekerja, sahabat-handai dan para pembaca. Pada majlis kebaktian peringatan dan majlis pengkebumian beliau, ramai orang dari semua lapisan masyarakat memberikan ucapan penghormatan sepanjang beliau melalui kehidupannya yang penuh bermakna. Mereka berkongsi kisah akan kebaikan dan kemurahan hati Ewe Jin, serta visinya iaitu perpaduan sosial merentasi semua kaum-bangsa dan agama.Nyata sekali selama hidupnya beliau telah mempengaruhi hidup ramai orang. Dengan sumbangan dari rakan-rakan yang murah hati – kami mengumpulkan RM50,000 yang dijadikan wang-benih bagi Biasiswa Soo Ewe Jin, dibawah Dana Pendidikan Star, untuk pelajar-pelajar jurusan kewartawanan USM.

Ewe Jin telah berjuang dengan gagah berani menentang kanser. Banyak kejayaan yang dicapai oleh beliau semasa hidup dan ketika matinya. Doa saya sekarang ialah agar warisannya akan berterusan, dan orang lain akan meneruskan kerjanya memberi galakkan dan dorongan kepada orang lain, menyebarkan kebaikan, dan mengalahkan kegelapan dengan kasih yang sempurna.

Page 25: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

15

Tahun ini, bagi saya, satu kesaksian terhadap kesetiaan Tuhan. Secara peribadi,

dengan mengambil kira semua yang dilalui, ianya merupakan satu pengalaman yang amat

sukar bagi diri saya, dan keluarga saya. Namun saya memilih untuk menyerahkan kesemuanya kepada Tuhan, saya belajar merangkul kedamaian yang Tuhan janjikan dan terus maju dengan keberanian serta keyakinan – berasaskan kekuatan dari Tuhan.

Sejak tahun lepas, beberapa perubahan fizikal yang menunjukkan sesuatu yang tidak betul dengan fizikal saya telah muncul. Saya ada masalah dengan penglihatan, pendengaran, dan makan. Ujian-ujian yang kami jalani tidak memberikan gambaran yang sempurna jelas. Tetapi dengan dapatan dari doktor-doktor di Singapura, saya diminta menjalani rawatan Pisau-siber pada bulan Mei. Rawatan ini amat intensif dan merupakan rawatan radioterapi yang dapat menyasar dengan tepat dan jitu untuk menghapuskan tumor yang terselit di bawah otak saya.

Rawatan pisau-siber berjalan lancar, dan kami agak terkejut lega kerana hampir tiada sebarang kesan sampingan. Doktor yakin tumor itu sudah dimusnahkan. Jangkaan beliau tepat kerana imbasan pada September mengesahkan tumor sudah hilang. Akan tetapi, apa yang tidak kami jangkakan ialah kemunculan tumor-tumor baru. Maka, bermulalah

Disember 25, 2015

Catatan Hari Krismas oleh Ewe Jin

Page 26: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

16

perjuangan yang keempat dengan kanser yang memerlukan kemoterapi, yang masih berterusan ketika anda menerima berita ini. Pakar onkologi memutuskan untuk memanjangkan tempoh masa rawatan saya dengan dos-dos yang lebih kecil.

Secara keseluruhan, rawatan telah berjalan lancar. Seperti biasa adakala saya baik dan adakala tidak tetapi Tuhan amat baik dan telah membawa kami melalui ujian ini. Saya dikelilingi dengan begitu ramai teman-teman yang menyayangi saya, untuk mengharungi semua alunan aliran air yang berombak ini.

Saya beritahu Tuhan saya akan menyerah semua kepada-Nya. Saya akan taati-Nya dan biar apapun hasilnya, saya mahu nama Tuhan dimuliakan. Ini banyak membantu saya untuk berusaha dan hidup seperti biasa sebaik yang saya mampu buat. Keadaan fizikal saya terbatas tetapi secara umum saya mampu berfungsi seperti biasa dengan sedikit bantuan. Sekarang saya memakai alat bantu mendengar dan saya bersyukur saya boleh mengambil nutrisi yang sesuai walaupun hidangan masih perlu dikisar halus.

Saya mengambil cuti tambahan, dan bersyukur semua bil-bil ditanggung oleh majikan saya. Pada akhir bulan Oktober, ruangan tetap yang saya tulis setiap minggu dalam The Sunday Star dijadikan sebuah buku. Ruangan berikut mempunyai ramai peminat dan saya amat berterima kasih bahawa semua cerita yang saya tulis setiap minggu menyentuh jiwa ramai pembaca. Buku itu laris dan menjadi keseronokan menandatangani naskah-naskah untuk rakan-rakan saya.

Page 27: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

17

Tahun ini juga menunjukkan kepada saya betapa istimewanya teman sejiwa yang saya miliki, Angie, yang telah menjaga saya dengan baik cemerlang. Tuhan juga menghantar ramai malaikat-malaikat insan untuk membantu Angie menjaga saya, terutama sekali adik-beradik perempuannya. Kebanyakan adik-beradik perempuan saya berada di Pulau Pinang namun sentiasa mendokong saya di dalam doa mereka dan melawat sekali sekala.

Kelengkapan kemudahan komunikasi moden membolehkan saya mengepos berita terkini secara berkala. Sebagai rakan-rakan saya dalam Facebook, anda boleh mendapatkan kisah hari-ke-hari apa yang sedang berlaku.

Saya berterima kasih kepada anda semua atas persahabatan dan kasih sayang anda. Percayalah semestinya Tuhan yang maha berkuasa dalam keluarga saya dan telah menjaga kami dengan baik. Begitu gembira melihat Kevin kembali ke rumah sebentar, selepas meninggalkan kami selama dua tahun, dan juga bertemu dengan teman wanitanya, Evelyn, yang amat dikasihi. Tim sudah mulai menyesuaikan diri dan selesa di tempat kerjanya, dan sungguhpun saya tidak berupaya melakukan banyak perkara yang biasa saya lakukan, saya gembira bahawa setiap keperluan saya diuruskan oleh keluarga dan rakan-rakan.

Dalam musim sambutan Krismas ini, ketika kita mengingati kelahiran Yesus, mari kita juga mengingati hadiah Keselamatan yang Dia telah berikan kepada kita semua – Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi peroleh hidup sejati dan kekal.Tuhan memberkati kamu semua.

Page 28: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

18

Dari atas: 23 Mei 2015, rawatan pisau-siber selesai; Buku The Sunday Starters diterbitkan pada Oktober 2015; Rancangan rawatan pakar onkologi Dr Lum membolehkan Ewe Jin terus maju

Perjalanan 4 Dalam Gambar

Page 29: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

19

Atas: Dengan gembira Ewe Jin mengumumkan “set rodanya”, kerusi roda baru; Kiri dan bawah: Kami melawat banyak taman-taman di sekitar KL dan PJ

Page 30: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

20

Dari atas: 28 Mei 2016, meraikan perkahwinan Kevin dan Evelyn; Jun 2016, meraikan ulang tahun perkahwinan ke-30 kami di Suite Onco; Mencintai lawatannya ke sungai di Ulu Yam

Page 31: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

21

Dari atas: Menderma RM30,000 kepada Rumah Kenosis pada Julai 2016; Bersama Lat dalam acara Anak-anak Malaysia Walk pada 2016; Sambutan Harijadi Ewe Jin ke-57

Page 32: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

22

Dari jurnal kami: Perjuangan yang

KetigaBermula pada bulan Mac 2011...

Page 33: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

23

Selepas satu tahun…

Hari ini hari minggu, 9 September, 2012. Pada pukul 8.30 pagi ini, saya mengetuai pelayanan

kebaktian di gereja saya, Gereja Methodist Emmanuel. Ianya seolah satu temujanji Ilahi bagiku. Hari ini menandakan sudah genap setahun saya selamat melalui setiap rawatan kanser yang doktor tetapkan.

Pada kebaktian 8.30, biasanya, jemaat yang hadir lebih kecil, namun saya merasakan limpahan kasih sayang besar dari saudara-saudari seiman yang berkumpul.

Saya menyerahkan jambangan bunga di gereja, sebagai persembahan kesyukuran saya dan isteri. Saya memaparkan imej diri saya “Menamatkan Perlumbaan” pada 9 September setahun lalu, melalui paparan potret kulit buku yang kamu sedang baca sekarang.

Walaupun hanya setahun berlalu, tetapi saya merasai seolah-olah sebahagian besar hidup saya telah berlalu dalam tempoh masa tersebut.

Saya masih ingat peristiwa pada 20 Mac, 2011 hingga ke rentetan yang terakhir. Pada hari minggu itu, di samping membuat persiapan untuk menjalani rawatan pada keesokkan harinya, saya bersemangat menyampaikan khutbah bertajuk Harapan. Ia satu tugasan khutbah yang telah ditetapkan, dan saya telah bertanya kepada pakar onkologi, sebaik selepas diagnosis pada awal Mac yang lalu, samada saya boleh menundakan rawatan saya agar saya dapat berkhutbah di gereja.

Pada hari itu, hanya beberapa jemaat gereja tahu akan keadaan saya, namum saya merasai seakan-akan seluruh dunia tahu selepas saya selesai berkhutbah pada kedua-dua kebaktian, iaitu pada 8.30 pagi dan kemudian pada 10.30 pagi.

Page 34: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

24

Adakala emosi saya tersentuh tetapi saya masih mampu menyampaikan Harapan sebaik yang diri saya mampu. Jemaat gereja berdoa untuk saya, dan dua orang ahli gereja yang sedang berhadapan dengan situasi yang sama. Semua yang hadir tampil ke hadapan gereja. Begitu ramai saling berpelukan dan saya tidak pernah melihat begitu ramai lelaki dewasa mengeluarkan air mata.

Tetapi semua tangisan mereka bukannya titisan air mata kehampaan. Sebaliknya, tangisan yang penuh pengharapan. Walaupun saya sudah dikenali umum sebagai seorang yang bersikap positif, saya sedar bahawa yang terutama bukannya kekuatan dari diri saya.

Tuhan akan menjaga saya, dan Dia akan menghantar ‘para-malaikat’ di bumi untuk menghulur pelbagai jenis bantuan sepertimana yang Dia lakukan dalam kedua-dua perjuangan saya yang lalu.

Saya telah berkongsi pengalaman saya dalam Facebook dan dalam blog saya, serta menerusi ruangan tetap saya dalam The Star, kesemuanya telah membantu saya menelusuri perjalanan hidup saya ketika saya menyediakan buku ini.

Dua artikel berikut yang dimuatkan dalam buku ini memberikan gambaran jelas apa yang kami lalui dan alami, tetapi saya berfikir akan menggunakan artikel yang pertama bagi merenungi keunikkan perjuangan yang ketiga ini.

Dari segi rawatan, ia mungkin yang paling sukar bukan kerana saya perlu menjalani rawatan kemoterapi, tetapi ianya disusuli dengan rawatan radioterapi. Tubuh badan saya sudah pasti seperti diremukkan.

Dari aspek sokongan, saya senantiasa mengkagumi begitu ramai orang yang tampil membantu. Mereka

Page 35: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

25

yang tinggal berhampiran menyediakan makanan harian saya sementara mereka yang berjauhan kerap-kali menghantar hadiah dan bunga berserta dengan ucapan selamat– sebagai tanda peringatan bahawa saya tidak pernah bersendirian.

Dan melalui Internet, saya didukungi doa dari segenap pelusuk dunia. Rakan karib saya dari Vermont, Mark Tarnacki, melakukan sesuatu yang amat berlainan. Beliau menghantar beberapa permainan susun suai gambar dari hamparan sejauh separuh dari bumi agar saya tidak leka di rumah.

Saya juga merupakan seorang penulis dalam ruangan tetap bagi suratkhabar The Star yang dikenali sebagai ‘Monday Starters’ (kini ruangan ini ditukar menjadi Sunday Starters), ketika saya membayangkan perjalanan itu tanpa menulis perinciannya, saya mulai menerima e-mel dari pembaca-pembaca yang menyampaikan ucapan selamat, dan berdoa bersama saya.

Pada hari saya memulakan rawatan pada 21 Mac, saya menulis bahagian berikut:

“Saya bakal mengharungi satu perjalanan yang pernah saya lalui. Pada saat ini, saya tidak nampak tanda-tanda dan hala-tuju yang jelas, namum saya tahu saya mampu membuka langkah pertama dengan yakin dalam iman.

Dalam kehidupan, ketika berdepan dengan lencongan yang tidak dijangka, kita sentiasa bertanya, “Kenapa saya?” Kadang-kala, ada baiknya untuk bertanya, “Kenapa bukan saya?”

Walaupun masa depan kita tidak jelas, kita sudah mempunyai pengalaman, walaupun ada yang masih dalam ketakutan akibat pengalaman lepas, kini boleh yakin bahawa kita sudah lebih bersedia berhadapan

Page 36: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

26

dengan sebarang cabaran yang dilemparkan pada kita dalam hidup ini.

Kita tidak boleh sombong kerana kemampuan kekuatan diri, sebaliknya jika kita merendahkan diri dan tahu akan Tuhan yang berkuasa, perjalanan ini mungkin tidak seburuk yang dijangkakan.

Bagi kamu yang kerap mengikuti ruangan ini, anda mungkin faham bahawa saya pernah memberikan satu dos perasaan positif bagi membantu anda pada awal minggu, menyuntik cebisan sanubari dalam jiwa korporat, melihat perkara yang luarbiasa dari biasa, dan sekali sekala membuat anda ketawa kecil.

Dengan penuh harapan, saya akan terus berbuat demikian pada minggu-minggu yang akan datang, meskipun saya tidak hadir di tempat kerja kerana perlu menghadapi rutin harian peribadi saya ini.”

Walaupun saya tiada di pejabat, saya tetap setia meneruskan penulisan di ruangan tetap saya. Penulisan itu bagaikan rawatan terapi, dan saya jarang menulis tentang perjuangan saya ketika itu, tetapi saya terus merenungi semua aspek hidup yang juga menjadi ciri khas ruangan saya.

Perjuangan kali ini juga berlainan sebab putera sulung saya, Kevin, berada di London melanjutkan pelajaran keperingkat sarjananya di University College London, atas biasiswa Komanwel.

Syukur ada Skype, kami boleh sentiasa berbual dan dia sentiasa mengikuti perkembangan diri saya.

Ahli keluarga saya juga turut memainkan peranan mereka dengan lawatan-lawatan singkat dan memenuhi setiap kehendak selera saya dengan pelbagai hidangan lazat disaluti sentuhan istimewa mereka.

Page 37: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

27

Setiap kali saya berada di hospital, pasti ramai yang datang melawat, maka saya sentiasa membawa kamera siap sedia untuk bergambar dan merakam detik bersama. Dan kerana hospital juga dilengkapi kemudahan Wifi, saya boleh menuliskan pukulan demi pukulan pada detik masa itu juga. Begitulah keistimewaan teknologi zaman moden.

Pada 7 Jun, saya dan isteri menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-25, namun, ianya hanya sambutan yang kecil sebab saya berada ditengah-tengah proses rawatan.

Saya harus berkongsi bahawa kali ini saya ditemani paling ramai rakan-rakan seperjuangan. Ia juga membuka peluang bagi kami saling memberi sokongan dan galakan meskipun saya amat sedih ketika beberapa rakan senasib meninggal dunia.

Seperti dalam perjuangan pertama dan kedua, saya tidak tahu mengapa saya harus mengharunginya. Namun, saya tahu semua ujian dan cabaran ini adalah untuk satu tujuan dari Tuhan, saya hanya perlu mematuhi di sepanjang perjalanan ini.

Sub-tajuk buku ini, “Tiga Perjalanan, Tuhan Sentiasa Bersama”. Memangpun, Dia telah dan masih bersama. Tuhan begitu nyata bagi saya dan keluarga saya, dan kami berpaut kukuh akan janji-Nya bahawa Dia sekali-kali tidak akan membiarkan kami dan Dia sekali-kali tidak akan meninggalkan kami. Dalam Tuhan, kami sentiasa punyai damai sejahtera-Nya yang tidak mungkin difahami oleh manusia.

Hari ini 9 September, 2012 dan ruangan Sunday Starters saya muncul dalam The Sunday Star dengan nota akhir ini: “Hari ini Timbalan Penyunting Eksekutif Soo Ewe Jin meraikan, 9 Sept, kerana ia menandakan sudah genap setahun sejak rawatan perubatannya tamat. Dia tertanya-tanya samada ubat kanser akan ditemui dalam jangkamasa hayatnya.”

Page 38: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

28

Sebahagian perkongsian Ewe Jin dalam Facebook, dan melalui e-mel, dimana dia membuat penanda kad sebagai tanda perjalanan khas dalam menempuhi perjuangan ini. Kad ini telah diposkan pada 9 Sep, 2011 selepas dia menjalani rawatan radioterapi terakhir.

Dia mempersembahkan jambangan bunga sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan di gereja kami pada 9 Sep, 2012 bagi sambutan genap setahun selepas tamat rawatan.

Kita semua berharap bahawa harapan senantiasa ada. Buku ini diterbit sebagai sumbangan kami agar sedikit sebanyak dapat memberi semangat dan panduan kepada semua orang dalam melalui perjalanan hidup ini, samada sebagai pesakit, sebagai penjaga, atau sebagai ahli keluarga dan rakan-rakan.

Ucapan terima kasih tidak terhingga apabila buku ini boleh berada di tangan anda. Bacalah, menangislah jika perlu (sebab ramai yang memberitahu mereka menangis selepas membaca kisah cerita ini), dan anda boleh terus mengongsikan buku ini kepada orang lain. Buku ini diterbit agar dapat memberkati orang lain yang membacanya, dan kami menyedari bahawa sepanjang melalui proses buku ini dibuat kami sangat diberkati.

Page 39: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

29

Perjalanan yang Ketiga – Pandangan Seorang PenjagaOleh Angeline Lim

Pada 7 Mac, 2011, kami menerima keputusan biopsi ketumbuhan dalam hidung Ewe Jin, yang

dikesan dalam pemeriksaan rutin ENT – ganas! Kami menguatkan diri menerima satu lagi beban panjang yang perlu dilalui, perjuangan kanser Ewe Jin yang ketiga. Yang pertama dalam 1999 bagi ketumbuhan di tempat yang sama dalam hidung, yang kedua dalam tahun 2006 bagi ketumbuhan dalam nodus limfa di leher.

Pada 8 Mac, imbasan menunjukkan diagnosis agak rumit. Selain dari ketumbuhan dalam hidung, terdapat massa yang terbenam dalam kawasan submandibular di rahang dan sifatnya sukar dikenalpasti. Pakar onkologi Dr Lum Wan Heng merujuk Ewe Jin mendapatkan konsultasi dari Dr Roslan Abdul Rahman, seorang pakar pergigian dan doktor bedah yang peramah dan mudah mesra.

Selepas meneliti kes itu, Dr Roslan mencadangkan rawatan bagi hidung harus didahulukan. Amat sukar untuk mencapai massa yang terbenam jauh dalam rahang dan ia juga agak mustahil untuk mengenalpasti sifatnya tanpa pembedahan berisiko, untuk mendapatkan tisu bagi ujian biopsi. Dr Awal Hassan, doktor ENT yang telah bersama kami sejak 1999, bersetuju dengan nasihat Dr. Roslan.

Oleh itu, masih banyak persoalan yang bermain-main dalam kepala kami samada massa itu kanser atau tidak, kami terus berbincang dengan Dr Lum pilihan bagi rawatan ketumbuhan hidung dahulu.

Page 40: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

30

Dia mengesyorkan enam sesi kemoterapi dengan Docetaxel dan Eloxantin, dan berserta dengan satu ubatan agak baru yang akan menyasarkan ketumbuhan di kepala dan leher, iaitu Erbitux.

Tarikh untuk kemoterapi pertama ditetapkan pada 21 Mac. Pada masa yang sama, kami panjangkan permohonan doa kami kepada kaum keluarga dan sahabat-handai agar senantiasa membawa kami di dalam doa supaya Tuhan selalu mengawasi, rawatan dapat berjalan lancar dan apa jua tindakan bagi menangani ketulan yang belum dikenalpasti. Saya peroleh keyakinan dari firman Tuhan: “Engkau, TUHAN, memberi kedamaian dan kesejahteraan kepada orang yang teguh hati, kepada mereka percaya kepada-Mu” (Yesaya 26:3). Damai sejahtera Tuhan menguasai saya. Kami yakin bahawa Tuhan berkuasa sepenuhnya.

Bagi saya, sesi rawatan kelima ialah yang paling bermakna dalam perjuangan yang ketiga ini. Selepas menjalani rawatan kemoterapi lebih dari dua bulan, Ewe Jin mudah letih kali ini. Pada saat kami perlukan galakkan, doktor mengarahkan imbasan CT pada 8 Jun. Keputusan menunjukkan bahawa ketumbuhan dalam hidung sudah susut 70 peratus. Selain dari itu, imbasan juga menunjukkan massa di rahang masih sama saiznya meskipun selepas empat kitaran rawatan kemo. Oleh itu, doktor dapat membuat rumusan bahawa massa di rahang tidak ganas, sebab ia tiada respon terhadap ubat kemoterapi. Kini sudah disahkan kanser hanya terhad dalam hidung dan – untuk kali ketiga – langsung tidak merebak!

Dalam firman Tuhan, “TUHAN, Engkaulah Tuhan-ku; aku akan menyanjungi Engkau dan memuji nama-Mu. Engkau telah melakukan hal-hal yang mengagumkan; Engkau telah merancangkannya sejak dahulu dan melaksanakannya dengan setia” (Yesaya 25:1). Sukar untuk menggambarkan kesempurnaan, kerana

Page 41: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

31

kita telah biasa dengan dunia yang tidak sempurna, dimana janji-janji tidak ditepati dan impian-impian yang berkecai berlaku di mana jua. Tetapi pada hari itu, saya dapat menangkap seimbas akan kesempurnaan kesetiaan teguh Tuhan. Dan semakin jelas bagi saya bahawa damai sejahtera yang sempurna hanya datang daripada Tuhan yang setia sepenuhnya. Kita hanya perlu percaya kepada-Nya.

Berikut ialah log kemaskini e-mel mengenai kemoterapi yang dihantar kepada kaum keluarga dan rakan-rakan yang bersama kami dalam perjalanan ini.

Kitaran 1 – 21 MacEwe Jin dan saya ingin mengucapkan terima kasih yang ikhlas dari kami kepada semua yang telah mendoakan kami sepanjang melalui perjalanan ini, serta semua wanita ‘Sajian yang disediakan’ yang sukarela telah menawarkan diri menyedia dan menghantar makanan yang lazat kepada kami setiap minggu.

Kami juga ingin memaklumkan kepada semua bahawa sesi kemo yang pertama pada hari Isnin berjalan lancar, dan ini pasti jawapan doa kalian semua. Titisan kemo kali ini mengambil masa yang panjang – kami berada di pusat rawatan selama 8 jam dari pukul 9 pagi hingga selepas pukul 5 petang, sebab 3 jenis ubat yang berlainan digunakan – namun semuanya berjalan lancar. Tiada sebarang kesan sampingan. Sebaik sampai di rumah, Ewe Jin dihidang dengan makanan sihat (dari dapur Saudari Violet) dan selepas makan, dia dapat berehat dengan baik. Pada hari-hari berikutnya, Ewe Jin ceria, mempunyai selera makan yang baik, dan hanya perlu baring rehat sekali-sekala.

Kami dimaklumkan bahawa ruam dan jerawat mungkin kelihatan dalam tempoh dua minggu, dan rambutnya akan mulai gugur pada masa yang sama. Kami bersiap-sedia menghadapi semua kesan sampingan itu, dan kami juga memantau demam panas

Page 42: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

32

sebab immunasinya semakin lemah mengharuskan kami untuk lebih berhati-hati. Betapa kemurahan hati Tuhan Bapa kita di syurga! Dia menopang kita dan mengelilingi kita dengan penjagaan-Nya yang lembut. Kasih karunia Tuhan senantiasa mencukupi bagi setiap keperluaan kami. Doa kalian menyenangkan kami. Terima kasih kerana bersama kami mengharungi perjalanan ini.

Kitaran 2 – 11 AprilTerima kasih kepada semua yang terus mendoakan Ewe Jin serta mereka yang kurang sihat. Rawatan kemo kali ini lebih mencabar. Ewe Jin lebih letih. Selain itu, ulser mulai kelihatan di dalam mulut dan lidahnya, menyebabkan dia lebih sukar untuk dia makan. Syukurlah tiada ulser di tekak, menelan tidak menyakitkan. Butiran doa bagi Ewe Jin ialah: Untuk kesan sampingan kemo reda, terutama ulser

akan hilang Untuk kesegaran dan nantikan Tuhan dengan hati

tenang, dan untuk pemulihan tenaga Untuk ketenangan dalam jiwanya Untuk dia persiapkan tubuh dan jiwa menjalani

kemo seterusnya pada 3 Mei.

Bagi diri saya, kitaran hidup ini dipenuhi dengan kesedihan sebab pada 13 April, Kak Long saya, Lucy meninggal dunia selepas tiga tahun bertarung dengan kanser. Kebaktian memperingati beliau dan upacara pengkebumian benar-benar menyentuh hati. Lucy bersama suaminya Pastor Alvin Tan telah bekerjasama menubuhkan Sunbeams Home, dan membuat kebaktian sebelum pengebumian, lebih dari seratus kanak-kanak dari Sunbeams turut hadir memberikan penghormatan terakhir mereka. Saya amat terhibur Kak Long telah membawa perubahan hidup bagi ramai kanak-kanak, dan dia pasti akan menerima ganjaran Tuhan.

Kitaran 3 – 3 MeiRawatan kemo kali ini, Ewe Jin masih sentiasa ceria,

Page 43: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

33

meskipun rasa lebih letih. Ubatan panas sekali lagi menyebabkan ulser di mulut, tapi kurang banyak berbanding dengan rawatan sebelum ini. Cuaca amat panas ketika ini tidak membantu langsung, dan tubuh Ewe Jin sudah mula ada ruam merah yang gatal dan tidak selesa. Namun, setelah tamat 3 kitaran, dia berjaya melepasi separuh jalan dan ianya satu tonggak psikologi!

Kami menerima banyak hadiah berupa buah-buahan, ikan, minuman penyejuk badan, telur, sup, pencuci mulut, makanan lazat dan banyak lagi – kami amat terharu dan menghargai semua curahan kasih sayang keluarga dan rakan-rakan yang indah. Berikut ialah beberapa bahan doa untuk Ewe Jin: Untuk kesan sampingan yang minimal dari ubat

kemo, dan tanpa ulser dan ruam Untuk ubat agar berkesan mengecilkan

ketumbuhan, dan melindungi sel-sel sihat Untuk keselesaan dan jiwa tenang rehat dalam

Tuhan Untuk keceriaan berterusan dikekalkan Untuk kemo ke-4 pada 23 Mei berjalan lancar.

Kitaran 4 – 23 MeiKitaran ke-4 selesai dengan lancar, punca utama ialah kerana doktor mengurangkan ubat dari 3 jenis kepada 2 jenis selepas mendapati “kawah” jahat di lidah Ewe Jin, dan tertinggal sedikit ulser degil yang enggan sembuh.

Jadi, hanya Erbitux dan Eloxantin kali ini; Docetaxel dikecualikan, dan titisan kemo juga dipendekkan. Pada pukul 4 petang, kami dengan girang bersiap untuk balik rumah. Regimen yang lebih mudah bermakna Ewe Jin lebih bertenaga dan riang, dan selera makan yang menyerlah.

Ia memberi kami peluang untuk meraikan Ulangtahun Perkahwinan ke-25 (Jubli Perak) pada 7 Jun, pada skala lebih kecil dari yang telah dirancang, namun ia masih

Page 44: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

34

satu sambutan yang bermakna dan mengembirakan bersama keluarga.

Kitaran 5 – 13 JunPada 8 Jun, Ewe Jin telah menjalani imbasan untuk menilai kemajuan rawatan. Ketika kami tiba untuk kitaran kelima kemo pada 13 Jun, Dr Lum memberitahu kami keputusan imbasan sangat baik –pengalaman hebat bagi kami akan kesetiaan Tuhan!

Imbasan menunjukkan ketumbuhan di hidung sudah susut 70% - satu laporan awal yang amat baik. Selain itu, massa di rahang masih tidak mengecil, bermakna ianya tidak ganas! Massa itu akan disiasat dengan pakar bedah ENT atau mulut. Selepas kitaran kemo ke-6, doktor onkologi berniat untuk melakukan imbasan MRI bagi merancang radioterapi. Keseluruhan rawatan ialah 70 gray sinaran – biasa diberi dalam 35 sesi (7 minggu) sinaran. Pilihan menambah RT dengan brakiterapi boleh dipertimbangkan.

Sehari sebelum Kitaran 5, seorang rakan karib, VK meninggal dunia. Ewe Jin amat sedih. Dia menulis obituary beliau untuk suratkhabar dan kami pergi memberikan penghormatan terakhir. Kemo pada keesokan hari berjalan lancar, sekali lagi hanya Erbitux dan Eloxantin kali ini; Docetaxel dikecualikan. Namun, Ewe Jin kelihatan lebih letih kali ini, mungkin disebabkan oleh aktiviti kelmarin, dan pada pukul 9 malam dia sudah tidur. Syukurlah dia masih ada selera makan yang baik dan telah habiskan makan malam hari itu.

Kitaran 6 – 4 JulaiKemo Ewe Jin ke-6 dan yang terakhir pada 4 Julai berjalan lancar. Kami berada di hospital sepanjang hari, kerana pada hari yang sama, dia harus menjalani pemeriksaan CT dan MRI, yang perlu bagi merancang jadual radioterapi seterusnya. RT mungkin akan bermula pada minggu terakhir bulan Julai dan selama 7 minggu.

Page 45: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

35

Ianya akan dilakukan setiap hari selama 5 hari berturut-turut, hanya 2 hari rehat pada hujung minggu. Pakar onkologi masih belum memberitahu kami berapa sesi keseluruhan rawatan, tapi besar kemungkinan ianya akan berlanjutan sehingga awal September. Berikut ialah beberapa butiran doa: Pertama, ucapan kesyukuran kerana Tuhan telah

menjawab semua doa kita! Mulai dari kemo ke-4, Ewe Jin TIADA kesan samping kecuali keletihan!

Untuk RT yang akan datang, doakan agar doktor akan membuat perancangan dengan baik dan supaya hanya ada kerosakan minima pada tisu di bahagian kepala dan leher.

Khususnya, doakan: Saraf optik akan dipelihara, sehingga tiada

kerosakan pada penglihatan Ewe Jin Tekaknya tidak sakit, dan dia boleh makan dan

minum sepanjang rawatan RT. Kebanyakan kelenjar air liur dan tunas-tunas

rasa akan terselamat, dan Ewe Jin tidak akan kehilangan deria rasanya.

Tubuh dan jiwa kami agak keletihan minggu lepas. Kemo bagaikan satu marathon, dan anda tahu bagaimana adakala anda tidak rasa keletihan sehingga larian itu tamat. Tapi Tuhan baik dan kami dipulihkan-Nya. Selesai marathon, Ewe Jin kini bersiap-sedia untuk ‘pecutan jarak sederhana’ – radioterapi.

RT bermula – 26 JulaiPada 26 Julai, hari pertama RT, Dr Lum menjelaskan bahawa dia akan menambahkan radioterapi dengan dos mingguan ubat Cisplatin menerusi kemoterapi, untuk merangsang tumor dan menjadikan RT lebih berkesan. Ianya amat sukar bagi Ewe Jin, terutama pada hari-hari kemonya. Namun, dia gagah menghadapinya.

Teknologi radioterapi kini jauh lebih maju dari yang Ewe Jin lalui pada tahun 1999. Pada masa itu, mesin hanya 2-D, bermakna sinar ditujukan hanya pada

Page 46: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

36

dua dimensi, secara menegak dan mendatar, oleh itu wujud kerosakan agak besar pada tisu di sekeliling.

Kali ini, mesin adalah 3-D, dan juruteknik menunjukkan kepada kami bagaimana sinar akan dipecahkan kepada lebih dari 10 dos berlainan ketika mesin bergerak 360 darjah mengelilingi kepala Ewe Jin. Dengan cara ini, sinar telah disasar-tepat pada tisu dan sebahagian besar tisu lain akan terselamat.

Namun, tiada jalan langsung untuk mengelakkan saluran tekak Ewe Jin. Sekali lagi dia terpaksa berdepan dengan kesukaran menelan pepejal dan berdiet cecair sepenuhnya. Dia kehilangan semua berat yang telah bertambah ketika kemo, dan sebelumnya. Akan tetapi jika dibandingkan dengan 11 tahun yang lepas, dia lebih bertenaga dan sentiasa bersemangat sehingga sesi terakhir.

Kemuncak bagi setiap kunjungan harian kami ke Suite RT(kecuali hari minggu) ialah interaksi kami dengan ramai pesakit serta dengan staf-staf yang baik dan ceria di sana. Semangat persahabatan dan perkongsian kisah hidup dan kisah lucu mendorong kami semua terus berjuang.

Ini ialah e-mel Ewe Jin kepada seorang rakan karibnya pada pertengahan rawatan RT:“Kesan-kesan sampingan termasuk ulser, luka baru dalam mulut yang menghalang makan, minum dan percakapan (tiga hal yang saya cintai dalam hidup!). Maka, saya lebih senyap (secara vokal) dan hilang berat badan yang agak banyak sebab saya tidak berupaya makan makanan pepejal. Saya mengambil minuman berkhasiat seperti Ensure untuk memastikan badan masih bertenaga dan banyak minuman biasa bagi mengelakkan dehidrasi.

Yang paling mengecewakan apabila kehilangan deria rasa, meskipun ketika memakan ais-krim yang paling

Page 47: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

37

terkenal rasanya seperti kadbod. Sama seperti dalam tahun 1999, saya berdoa agar kehilangan ini hanya sementara. Sinaran harian RT pada kawasan yang sama mengakibatkan banyak kapilari yang terkoyak maka berlaku pendarahan dari hidung dan darah juga sering kelihatan dalam kahak dari tekak.

Semua ini agak sukar tetapi apabila saya membuat perbandingan dengan apa yang pernah saya lalui beberapa tahun yang lepas, saya harus mengatakan bahawa rawatan kali ini lebih melegakan dan kesan-kesan sampingan juga berkurangan. Merenung kembali pada tahun 1999, pada suatu peringkat saya begitu letih tidak berdaya, saya terpaksa dihantar ke hospital dan menerima drip. Saya fikir, hidup ialah mengenai perspektif dan bagaimana kita memilih untuk melihat semua hal. Dengan dikelilingi kasih sayang, saya sudah menang dalam perjuangan ini.”

Sudah berakhir dan bebas9 September, 2011 merupakan satu hari yang diraikan sebab Ewe Jin sudah selesai RT yang terakhir; dia telah melalui 33 pusingan. Sepanjang perjalanan ketiga ini, kami yakin akan kehadiran Tuhan menyertai kami – “Tuhan akan memimpin kamu, Tuhan Israel akan melindungi kamu dari setiap penjuru” (Yesaya 52:12).

Ewe Jin kehilangan sebahagian deria rasa, dan menjadi cabaran baginya ketika ingin makan sebaik sahaja selesai rawatan. Namun, tunas-tunas rasanya beransur-ansur dipulihkan dan saya sungguh gembira melihat dia menikmati makanan sekarang. Pada 23 April 2012, Ewe Jin menjalani imbasan PET-CT lengkap dan keputusan amat cemerlang – semua hilang! Betapa hebatnya Tuhan kita yang mampu menyembuhkan!

Page 48: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

38

Angeline suka melukis dan

ini hasil karya istimewa

ucapan terima kasih kini

terpapar pada wad onkologi

hospital.

Topeng RT terkenal yang menjadi tajuk perbualan sesama rakan-rakan.

Page 49: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

39

Tiga perjalanan dengan kanserOleh Soo Ewe Jin

“Tetapi setelah kamu menanggung penderitaan untuk sementara waktu, Tuhan sendiri akan menyempurnakan kamu, Dia akan menegakkan, menguatkan, dan mengukuhkan kamu, kerana Dia Tuhan yang sangat baik hati dan yang sudah memanggil kamu untuk turut menikmati kemuliaan-Nya yang kekal, kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus.” (1 Petrus 5:10)

Saya terima ayat yang menyenangkan ini daripada seorang rakan karib, Peter Young, sebaik saja saya menghantar berita pada 7 Mac, 2011 iaitu keputusan biopsi positif pemeriksaan rutin hidung. Ketumbuhan pada tempat yang sama seperti perjalanan pertama saya dengan kanser bermula April 1999.

Beberapa ujian perlu dilakukan sebelum doktor-doktor memutuskan bahawa saya harus mengharungi kemoterapi dahulu, enam sesi rawatan dengan selang tiga minggu. Pakar onkologi saya tidak memberi sebarang amaran yang saya akan dirawat serta-merta maka saya mohon agar ianya bermula pada 21 Mac. Saya ada beberapa alasan.

Pada hari Ahad itu, beberapa jemaat gereja telah tahu mengenai penyakit kanser saya, tetapi ramai lagi yang tidak tahu. Saya telah merancang untuk menyampaikan berita itu dipenghujung khutbah, tetapi Gembala Andrew telah mencelah awal dengan meminta semua hadirin berdoa bagi saya sebelum saya berkhutbah.

Ianya satu pengalaman yang amat menyentuh hati

Page 50: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

40

saya dan saya tidak berupaya menahan air-mata menitis keluar.

Jemaat gereja tampil ke depan dan ramai tumpang tangan pada saya, dan juga Saudari Ruby, yang sedang melalui perjalanan yang sama pada ketika masa itu.

Ianya begitu menusuk hati kerana tiga anggota EMC (seorang lagi ialah Gay) menghadapi ujian iman serupa pada masa yang sama.

Sebaik saja saya berucap, saya menenangkan diri dan menyampaikan satu mesej bertajuk “Harapan”. Ramai rakan-rakan dari lain gereja hadir, begitu juga dengan dua saudara kandung perempuan saya serta keluarga mereka.

Pada kebaktian 10.30 pagi sekali lagi, jemaat gereja yang hadir berdoa untuk saya. Pada hari itu Tuhan bukan saja beritahu saya betapa nyatanya Dia, malah melalui ‘malaikat-malaikat” di bumi, Dia akan membimbing dan menuntun tangan saya, setiap saat. Ramai yang menangis dan memeluk saya; ia amat menyentuh hati.

Dan kemo bermula pada keesokan harinya. Sepanjang enam kitaran yang telah saya harungi, luar biasa sungguh sokongan kalian. Ramai yang menziarahi saya di hospital, ada juga yang menziarahi di rumah. Pasukan ‘Meals on Wheels” (‘Sajian yang disediakan’) lantas bertindak dibawah pengawasan Dr. Violet How, dan mereka telah memasakkan pelbagai juadah istimewa untuk saya sekeluarga. Jiran-jiran yang berbilang kaum dan agama juga memberi sokongan seperti yang mereka lakukan dalam kedua-dua perjalanan saya yang lalu.

Sekali lagi saya berterima kasih kepada Tuhan, sama seperti dalam tahun 2006, syarikat saya bersetuju membayar bil-bil perubatan saya.

Page 51: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

41

Dalam kitaran kemo keempat, imbasan CT telah menunjukkan bahawa semua ketumbuhan telah hilang. Tetapi perjalanan masih perlu diteruskan. Selepas kemo tamat, doktor memberitahu saya perlu menjalani 35 rawatan radioterapi.Ini melemahkan hati saya.

Dalam perjalanan pertama saya juga menjalani 35 sesi rawatan RT dan kesan sampingannya agak sukar. Saya kurang senang memikirkan saya perlu melaluinya lagi, terutama ketika saya hilang deria rasa untuk seketika. Bagi penjalanan yang kedua, saya telah menjalani satu pembedahan untuk membuang ketumbuhan di leher dan seterusnya rawatan kemoterapi tidak seburuk yang dijangkakan.

Tetapi kini, saya perlu menjalani dua jenis rawatan berturut-turut. Selepas berunding dengan beberapa doktor lain dan banyak berdoa, saya terus menjalani RT.

Saya bertahan dan dengan kemajuan kelengkapan RT rawatan kali ini tidak seteruk seperti pada 1999. Walaupun ketika kemajuan perubatan membantu, saya tahu akhirnya Tuhan yang menyembuhkan.

Pada 7 Jun, tepat di pertengahan rawatan saya, isteri saya dan saya meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-25. Sepanjang rawatan saya, anak sulung saya Kevin sedang belajar di London dan kami sentiasa berhubung menerusi Skype. Tetapi saya amat gembira apabila dia telah menamatkan pengajiannya dan pulang ke rumah, sebaik saja rawatan saya tamat dalam bulan September.

Walaupun saya telah mengambil enam bulan cuti, dan tidak ke pejabat, namun saya masih menulis dalam ruangan tetap saya di ‘The Star’. Saya juga merekodkan perjalanan saya di alam siber, menerusi

Page 52: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

42

blog dan Facebook, saya berupaya memberikan laporan detik demi detik perjalanan saya, dan ramai rakan-rakan dari seluruh dunia menyertai saya dalam perjalanan ini. Kata-kata perangsang semangat mereka, dari jarak ribuan batu jauh, melakar dimensi baru ke atas segala yang telah saya alami.

Pada 20 Mac, 2012, saya mengeposkan di Facebook, “Hari ini, 21 Mac, menandakan genap setahun selepas kitaran pertama kemo. Lagi lima kitaran dan disusuli dengan 35 sesi radioterapi. Satu perjalanan mencabar. Kemeja-T yang saya pakai sama dengan yang dipakai pada 2006. Mazmur 23 mengingatkan saya akan penjagaan Tuhan dan kehadiran-Nya. Bunga teratai indah hadiah dari Maria Rode yang dihantar menerusi isteri saya malam kelmarin bagi ‘meraikan kebaikan, kesetiaan dan kasih karunia Tuhan kepadaku’. Terima kasih Tuhan. Terima kasih kepada keluarga FB saya.”

Saya berterima kasih kepada setiap orang yang bersama saya dalam perjalanan ini, termasuk keluarga EMC saya. Saat-saat sedih dan duka saya, apabila beberapa pesakit seperjalanan kembali kepada Tuhan. Tetapi saya sentiasa yakin bahawa mereka semua selamat dalam tangan Tuhan, di mana tiada kesakitan dan tiada tangisan.

Apakah tujuan Tuhan membawa saya mengharungi tiga perjalanan bersama kanser dan menyembuhkan saya setiap kali? Saya sedang mencari rencana Tuhan bagi diriku.

Untuk sekarang, saya sedar Tuhan meletakkan saya kembali ke wad onkologi hanya dengan satu matlamat, sebab begitu ramai pesakit yang boleh saya kenali, berkongsi dan mendoakan. Saya juga berharap untuk memulakan satu misi penulisan untuk mengemaskini

Page 53: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

43

Masa riang-gembira dengan susun padan gambar: Terima kasih khas kepada seorang rakan karib, Mark Tarnacki dari Vermont, yang Ewe Jin kenali ketika dia bersama Brattleboro Reformer pada 1986 di Persatuan Akhbar Amerika. Mark telah menghantar beberapa permainan sedemikian melalui pos agar Ewe Jin leka menyusun atur gambar ketika menjalani rawatan dan pemulihan.

buku kecil saya, “Bersemuka dengan Kanser” di mana saya boleh mencatat dengan lebih terperinci, perjalanan kanser yang ketiga ini.

Mesejnya masih sama: Tuhan yang mahakuasa dan Tuhan masih berkuasa sepenuhnya. Dan menerusi semua ujian dan cobaan, bezanya hanya kerja besar Tuhan. Kepada-Nya segala kemuliaan!

Ini telah dituliskan dalam buku Tuhan yang Baik, diterbitkan oleh Gereja Methodist Emmanuel sempena ulangtahun ke-15 pada Mac 2012.

Page 54: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

44

Agak mustahil untuk memuatkan semua posting Facebook Ewe Jin dalam perjalanan ini, tetapi

pos ini istimewa dan kami bersetuju untuk memasukkannya dalam buku ini.

Di celah-celahkepulan awan gelap, wujud sinar cahayayang istimewa …

Pada 7 Jun, hari ini, isteri saya dan saya menyambut ulangtahun perkahwinan ke-25. Ianya sambutan

ulangtahun Jubli Perak dan ia mengingatkan saya pepatah biasa yang menyatakan bahawa di belakang setiap awan gelap, wujud satu sinar harapan perak.

Saya tertanya-tanya ada berapa orang yang benar-benar nampak sinar harapan perak sedemikian. Saya pernah nampak beberapa kali kerana mendongak pandang ke atas ialah sesuatu yang kerap saya lakukan – samada menghargai matahari terbit, matahari terbenam, awan-awan, atau sekadar langit biru cerah.

Saya sedar bahawa ianya amat sukar bagi mereka yang mengenali saya untuk menyamakan perjuangan saya dengan kanser sebagai awan gelap. Ramai yang menziarahi saya sering berkata bahawa saya kelihatan sempurna. Kecuali wajah yang botak, tiada orang akan tahu apa yang saya sedang hadapi.

Menerusi penulisan positif saya dalam suratkhabar, ada yang tertanya samada saya juga ada mengalami saat-saat gelap. Ianya kelihatan yang kamu sentiasa berenang menentang arus, seorang rakan berkata.

Saya juga tertanya-tanya samada berapa orang di kalangan anda yang telah membaca buku kami Face

Page 55: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

45

to Face with Cancer, dengan rentetan detik demi detik kedua-dua perjalanan saya sebelum ini ada melalui seperti saya.

Saya sedar satu hal – pesakit-pesakit kanser, atau penjaga mereka, dan yang sudah membaca dari kulit ke kulit buku ini yang juga saya yakin kebanyakan mereka memiliki buku ini, tapi kanser tidak nyata bagi mereka, hanya akan membaca seimbas lalu.

Sungguh mengecewakan. Catatan sejarah saya menunjukkan bahawa ianya bukan sentiasa positif. Adakala emosi saya jadi liar seperti roller-coaster, kata isteri saya. Buku ini bukan hanya satu perjalanan dengan kanser, malah satu perjalanan bersama teman Sejiwa saya.

Begitu juga dengan perjalanan ini. Hanya pada hari sebelum ini, saya benar-benar tidak bermaya dan malah memberitahu isteri saya yang saya sudah tidak percayakan sesiapa. Saya rasa keseorangan saat semua pelawat sudah tiada, begitu juga dengan surat-surat, kad-kad, dan SMS. Tiada orang yang mahu memeluk saya lagi.

Ketika terpaksa berada di rumah, tanpa keperluaan perubatan, saya tidak lagi proaktif untuk mencari rakan teman, sepertimana saya mampu ketika saya masih sihat. Rakan-rakan yang senasib berada di hospital, dan saya tidak boleh ziarahi mereka. Saya juga tidak boleh kunjungi rakan wargatua yang berseorangan untuk minum dan bersembang. Saya tidak mampu buat kerja-kerja di rumah. Ianya seperti dunia sudah berubah.

Meskipun begitu, hakikatnya tidaklah seteruk yang saya gambarkan. Lucu apabila ubat kemo mampu memutar-belit minda anda juga. Rasa kesunyian sekadar diperbesarkan. Itulah sebabnya mengapa isteri saya hanya senyum dan berkata, “Jangan risau,

Page 56: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

46

kamu tidak pernah hilang keyakinan, kamu tidak pernah putus asa.”

Dan dia memang betul, saya akan kembali bersemangat pada keesokkan hari.

Isteri saya memanglah begitu. Dia ialah sinar harapan dalam hidup saya, dan saya yakin Tuhan tidak akan memurkainya kerana Dia lebih mengetahui.

Tetapi yang pasti, di dalam syurga bumi ini, siapa yang boleh dibandingkan dengan isteri kesayanganku? Selama 25 tahun kami berkahwin, dia telah berjalan seiring setiap langkah sepanjang perjalanan. Dalam masa gembira, dalam masa kesusahan, dia masih menjadi tempat berpaut dalam hidupku.

Ianya masih kehidupan menarik bagi kami. Saya telah berjaya dalam kerjaya tetapi saya masih mengingati tahun-tahun yang paling bermakna, apabila saya tinggal di rumah sebagai seorang suri rumah sepenuh masa untuk menjaga kedua anak lelaki saya. Hanya seorang isteri istimewa yang boleh memberitahu dunia dengan bangga bahawa ketua dalam keluarga ialah suri rumah.

Dan bagaimana dengan perjalanan-perjalanan saya dengan kanser? Bukan sekali, bukan dua kali, tapi tiga kali? Dalam ketiga-tiga perjalanan ini, isteriku ialah penjaga khas yang amat cemerlang. Saya mendapat banyak sokongan dan galakkan dari ramai rakan-rakan, saudara-mara dan jiran tetangga tetapi hanya dia yang boleh bersama saya pada saat saya memerlukan tempat mengadu dan menangis, atau ketika saya terjaga di tengah malam, cemas dan ketakutan, tertanya-tanya apa yang akan berlaku esok.

Saya telah membuat perancangan agak besar untuk meraikan ulangtahun ke-25 ini, tetapi situasi semasa kesihatan saya tidak mengizinkan berbuat demikian. Kemudian, saya sedar bahawa bagi kami, setiap hari

Page 57: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

47

merupakan satu perayaan. Kita tidak perlu menetapkan satu hari untuk meraikannya secara rasmi.

Setiap pagi saya bangun dalam dakapan seorang yang benar-benar serius menepati perjanjian perkahwinan kami. Dan dia tidak perlu menyertai Kelab Isteri Setia untuk membuktikannya. Dia bukan saja seorang isteri yang hebat, tetapi juga seorang kawan dan teman sehati sejiwa saya.

Selepas 25 tahun, kita masih berbual antara satu sama lain, seperti masa kita berpacaran dahulu. Dan sebagai seorang ibu kepada dua orang anak lelaki, tiada seorang pun yang saya temui dapat dibandingkan dengan beliau.

Setiap kali apabila dia ditanya mengapa dia memilih saya di antara semua peminat-peminatnya, dia menjawab, “Saya tahu hatimu!”

Begitu juga dengan saya. Kedua-dua hati kami bergabung menjadi satu sebab kedua-dua hati kami serentak dan seiring dengan satu sama lain. Sebagaimana dia mencintai saya, hatinya berganda lebih besar lagi. Kasih-sayangnya meluas sehingga sentiasa berusaha memberkati orang lain.

Dia sering memberi peringatan penting bahawa kita berada di dunia, dan kita bukan dari dunia ini. Kekayaan kebendaan sentiasa ada untuk kami memilih tetapi kami amat bersyukur kepada Tuhan yang telah memberkati dengan apa yang kami perlukan, tidak lebih, tidak kurang.

Saya bertemu dengan isteri saya pada 2 Mei 1985 dan kami berkahwin selepas 401 hari kemudian. Sudah pasti ketika bermadu kasih bagai puting beliung melanda, kami tiada masa untuk benar-benar saling mengenali sesama sendiri secara mendalam sebelum kami memutuskan untuk menghabiskan seluruh kehidupan bersama.

Page 58: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

48

25 tahun yang lalu telah menjadi satu perjalanan yang penuh dengan penemuan pengalaman baharu dan setiap detik masa, setiap keputusan, telah menjadikannya suatu perjalanan yang mengembirakan.

Bagi ramai orang, kita mungkin nampak sinar harapan perak sekali-sekala. Saya bersyukur akan sinar harapan perak ini berada dalam hidupku sepanjang masa.

Jadi, samada kita meraikan Ulangtahun Perak, Ulangtahun Emas, atau Ulangtahun Berlian, ianya sungguh istimewa kerana kita tidak pernah menyesali walau sehari pun dalam tahun-tahun yang berlalu.

Dan respon teman sejiwaku ….

A dakala saya pernah diibaratkan sebagai isteri Amsal 31 oleh Ewe Jin. Pada hakikatnya, tiada

isteri Amsal 31 tanpa lelaki Mazmur 1 – seperti pokok yang ditanam di tebing sungai, yang berbuah pada musimnya, dan tidak pernah layu daunnya dan dia berjaya dalam segala usahanya.

Saya melihat terus ke dalam hati Ewe Jin sejak dari hari pertama kita bertemu dan saya tertarik dan kagum dengan apa yang saya nampak – seorang yang baik hati dan tidak mementingkan diri sendiri dan cukup besar hatinya untuk berbuat baik pada semua orang, tidak kira kawan atau lawan.

Wain dan bunga mawar sepintas lalu memberi laluan kepada pertukaran lampin dan hidung berhingus. Masalah-masalah kecil, tumbuh gigi, kesakitan tumbesaran, kegelisahan remaja – semua ini cukup membinggungkan sesiapa pun. Namun dengan Ewe

Page 59: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

49

Jin bersama saya, setiap saat detik keibubapaan telah menjadi detik kegirangan. Sudah pasti, ianya telah menjadi kegembiraan dan keistimewaan saya untuk menjadi seorang wanita biasa berkahwin dengan seorang lelaki luar biasa ini.

Ewe Jin seorang yang tidak pernah memikirkan sesuatu untuk berhenti kerja serta-merta (dan bayangkan, dia memang mahir dalam hal ini) untuk tinggal di rumah dan menjadi ayah sepenuh masa kepada anak-anak lelaki kami selama beberapa tahun. Dia juga sering menjadi sukarelawan yang pertama menawar diri untuk membantu mereka yang serba kekurangan. Lebih-lebih lagi, dia mempunyai semangat membara melalui kehidupan ini. Dalam 25 tahun kehidupan bersama, terdapat banyak kejutan harijadi! Saya masih sangat disayangi dan disanjunginya. Dan kami bersama terus dalam menelusuri perjalanan hidup ini, ketika sakit mahupun ketika sihat, saya sedar tahun-tahun yang terbaik masih ada di tahun yang mendatang. Selamat Ulangtahun kepada teman sehati sejiwaku. Saya cintamu!

Kita mencuri masa untuk mencipta hadiah khas untuk meraikan ulangtahun kami. Jambakan bunga itu dihantar oleh ibu Ewe Jin dari Pulai Pinang.

Page 60: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

50

Perjalanan 3 Dalam Gambar

Terima kasih kepada kamera digital, kami telah mengambil banyak gambar sepanjang perjalanan ini. Setiap orang yang menziarahi kami di hospital atau di rumah dirakamkan dengan kamera sebagai kenangan. Tidak mungkin semua gambar tersebut dimuatkan di sini, kecuali beberapa gambar ‘rasmi’ sebagai penanda detik-detik manis perjalanan ini.

Pertama kali, kemudahan WiFi disediakan di wad onkologi.

Berambut hari ini, botak esok ... sebab rambut mulai gugur, sudah tiba masa untuk memberikan diri satu cukuran licin.

Perjalanan kemo bermula – dos pertama pada 21 Mac

Page 61: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

51

Dr Lum, pakar onkologi dan kawan.

Timothy sentiasa membawa kegembiraan dalam wad

Kevin sentiasa bertanya khabar dari London menerusi Aplikasi Skype.

Page 62: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

52

Siapsedia untuk radioterapi.

Pasukan RT yang membawa Ewe Jin menjalani kesemua 33 dos bermula pada hari Selasa, 26 Julai hingga 9 September.

Jururawat-jururawat yang sentiasa ceria berseri menjaga Ewe Jin mengharungi perjalanan kemo.

Page 63: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

53

Meraikan ulangtahun kami ke 25 pada 7 Jun, dipertengahan tempoh rawatan.

14 Sept: Kevin balik, selepas tamat pengajian sarjananya di London.

Imbasan PET yang mengesahkan bebas kanser pada 23 April 2012.

Page 64: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

Ia tidak boleh melumpuhkan kasihIa tidak boleh menghancurkan harapan

Ia tidak boleh menghakis imanIa tidak boleh menghilangkan

kedamaianIa tidak boleh memusnahkan

keyakinanIa tidak boleh memutuskan

persahabatanIa tidak boleh menutup kenangan

Ia tidak boleh mematahkan semangat keberanian

Ia tidak boleh menyerang jiwa insanIa tidak boleh mengurangkan

kehidupan abadiIa tidak boleh memadamkan api

semangatIa tidak boleh melemahkan kuasa

kebangkitan semula.

– Penyajak tidak dikenali

Apa yang Kanser Tidak Boleh Lakukan

Page 65: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

Dari jurnal kami: Perjuangan Yang

Kedua Bermula dalam bulan November, 2006 ...

Page 66: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

56

Diari Perjalanan Kedua KamiSama seperti perjalanan pertama pada tahun 1999, Ewe Jin dan Angeline mengisahkan peristiwa dan pandangan mereka dengan gaya kewartawanan tulen.

Ketumbuhan dan PembedahanKisah Ewe JinPada hari Isnin, 30 Okt 2006, setelah membawa seorang kawan bersama saya berjumpa pakar onkologi, untuk pendapat kedua, Dr Gurcharan Singh memeriksa ketumbuhan pada leher yang telah menganggu saya selama dua minggu yang lalu.

Pada minggu kelmarin, doktor ENT saya, Dr Awal Hassan, telah memeriksa ketumbuhan itu dan membuat kesimpulan bahawa secara klinikal ianya baik, tetapi mengatakan bahawa hanya dengan imbasan sepenuh dapat memberikan hasil yang konklusif. Pakar onkologi saya mahu saya melakukan MRI, dan saya jalani pada hari berikutnya.

MRI dan ultrasound mendedahkan massa keras berukuran 2cm x 2cm. Dalam kes jangkitan, massa akan menjadi lebih tersebar dan tidak keras, jelas doktor-doktor.

Pakar onkologi saya kemudian berkata ketumbuhan itu menunjukkan 50-50 kanser (sebab kes lampau saya) dan sebelum meneruskan sebarang rawatan, dia ingin menolak kemungkinan itu. Saya melakukan imbasan tulang, satu imbasan CT bagi paru-paru dan satu imbasan CT untuk hati dan buah pinggang.

Ianya satu proses yang memakan masa panjang, saya mengenang kembali peristiwa pada April 1999. Isteri saya sentiasa bersama saya sepanjang masa, dan

Page 67: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

57

pastinya, kami merasa lega dengan banyak panggilan telefon dan SMS ketika kami sedang menunggu giliran untuk membuat semua ujian dan imbasan serta berjumpa para-doktor.

Selepas membuat analisis semua keputusan, pakar onkologi saya berkata bahawa “ini satu berita terbaik” kerana tiada sebarang tanda aktiviti kanser di mana-mana bahagian lain badan saya. Namun, ketumbuhan itu, mesti dikeluarkan. Pada 15 Nov, Dr Awal melakukan pembedahan bersama seorang pakar bedah kepala/leher dari Hospital Tawakal, Dr Solahuddin Kenali. (Kedua-dua Dr Gurcharan dan Dr Awal telah merawat saya sejak perjalanan pertama saya.)

Rancangan doktor ialah untuk membuat satu pembedahan kecil di bahagian leher dan hantar satu sampel kepada ahli patologi untuk pemeriksaan segera. Sekiranya tiada petanda aktiviti kanser di situ, pembedahan akan jadi mudah dan mereka hanya perlu mengeluarkan ketumbuhan itu dan tutup semula luka bedahan itu. Sebaliknya jika ada sebarang tanda sel kanser, mereka akan membuat penerokaan lebih dalam dan mengeluarkan nodus-nodus dan tisu-tisu berhampiran.

Pembedahan dijangka mengambil masa lebih kurang tiga jam. Oleh kerana saya tidak pernah menjalani pembedahan melibatkan pembiusan am sebelum ini, saya agak risau tetapi saya tahu Tuhan bersama saya sepanjang masa dan pasti saya mampu mengharunginya.

Pakar pembiusan, Dr Ibtisan Ibrahim, tiba pada waktu petang untuk mempersiapkan saya menjalani pembedahan. Saya meminta beliau supaya beliau lebih berhati-hati dan pastikan saya akan bangun. Dia tersenyum dan sikap lembutnya membuatkan saya rasa selesa. Dia memberitahu saya supaya makan beberapa biji ubat sebelum tidur agar saya dapat tidur lena malam itu.

Page 68: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

58

Pagi keesokan hari, saya telah dibawa masuk ke bilik pembedahan. Saya gembira bertemu Dr Awal dan beliau beritahu saya supaya jangan risau. Saya terdengar jururawat-jururawat berkata, “Dia menyerupai Dr Tong.” Saya pernah mendengar kenyataan yang sama sebelum ini. Sebenarnya, Dr Sebestian Tong, pakar bedah am dan kolorektal di Damansara, seiras saya. Saya berkata kepada diri saya, saya harus pergi bertegur-sapa dengan beliau selepas saya sembuh dari pembedahan.

Kami telah bersiap-sedia. Dr Ibtisan melihat saya dan beritahu yang dia akan memberikan gas ubat bius. Kira sampai 10, katanya. Saya mengira 1 ... dan terus ke alam mimpi. Selepas itu, saya dapati saya dikejutkan. “Encik Soo, kamu dengar kami tak?” Jawapan segera saya ialah, “Saya masih hidup lagi ke?”

Kisah Angeline 15 Nov 2006: Selepas peroleh keputusan baik semua imbasan dua minggu yang lalu, saya menjangka ujian biopsi Ewe Jin juga baik. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Semasa saya dimaklumkan oleh jururawat-jururawat bilik bedah ketika pembedahan sedang dijalankan pada hari Rabu, bahawa ketumbuhan itu ganas, ianya agak memeranjatkan saya. Saya telah menjangkakan ianya tidak ganas. Oleh yang demikian, pembedahan yang dijangka mengambil masa selama 3 jam berlanjutan sehingga 7 jam.

(Sebagai sampingan, doktor bedah memanggil saya ketika dia sedang menjahit Ewe Jin, untuk menunjukkan tisu yang dibungkus dalam satu beg plastik, sebab jururawat telah memaklum kepadanya bahawa “isterinya rungsing hendak melihat spesimen itu”. Saya tidak pernah berkata begitu, sebenarnya saya hanya bertanyakan keputusan biopsi sahaja. Walau bagaimanapun, tisu itu sebesar tapak tangan dan kelihatan seperti ketulan hati.)

Page 69: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

59

Oleh kerana kesibukan pada dua hari berikutnya, saya tidak berkesempatan untuk berhenti sejenak dan berfikir. Tetapi pada pagi hari Jumaat, akhirnya saya sedar akan bahaya ketumbuhan tersebut. Ianya menunjukkan betapa hampir Ewe Jin dan saya dengan perjuangan yang lebih sengit.

Ianya bermakna bahawa sudah ada sel kanser yang menunggu untuk merebak, tapi saya yakin satu perkara Tangan Tuhan akan menyekat kanser dan menghalangnya dari merebak ke tulang, paru-paru, hati dan organ-organ lain. Dan pasti ketepatan masa Tuhan begitu jitu. Tuhan telah menyelamatkan Ewe Jin dan saya dari perjalanan yang lebih sukar dan kami sentiasa bersyukur kepada-Nya.

Pakar bedah telah memaklumkan kepada kami bahawa mereka akan melakukan biopsi ke atas ketumbuhan yang telah dikeluarkan. Jika pinggiran tisu baik, maka besar kemungkinan tidak perlu rawatan lanjut. Tetapi, jika sel-sel ganas wujud di pinggir tisu, doktor onkologi akan membuat keputusan tindakan susulan.Kami dijadualkan berjumpa dengan ENT pada 22 Nov untuk mendapatkan keputusan penuh ujian biopsi tersebut. Doa-doa, SMS dorongan, hadiah-hadiah dan sumbangan tunai, kesudian untuk memasak, dan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan, menyenangkan kami. Sehingga kini, sepanjang perjalanan kami miliki kedamaian Tuhan. Kami menyaksikan dengan lebih dekat dan nyata betapa prihatin dan hebatnya Tuhan menyediakan keperluaan bagi hamba-hambanya – kami berasa amat kagum.

Keputusan BiopsiKami “menyiarkan secara langsung” kepada ahli keluarga dan rakan-rakan keputusan biopsi Ewe Jin: 10 dari 25 nodus limfa yang dikeluarkan mengandungi sel-sel kanser, yang lain tiada. Semua tisu sekeliling (otot, saluran darah, kelenjar, dll) juga bebas kanser.

Page 70: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

60

Doktor ENT gembira dengan hasil pembedahan itu dan merasakan bahawa tidak perlu rawatan lanjut pada tempat berkenaan.

Semestinya ia satu mesej dari Tuhan, bahawa Dia sedang mengawal penuh situasi ini, sama seperti dalam setiap situasi lepas. Perlindungan dan pemberian-Nya dalam tiga minggu yang lalu menyakinkan kami yang kasih-Nya kepada kita berlimpah tanpa had. Lebih-lebih lagi, kehadiran Tuhan sentiasa bersama kami dalam setiap laluan kami. “Kesejahteraan daripada Tuhan yang tidak mungkin difahami oleh manusia”, yang pernah kami kiaskan, sekali lagi menjadi hakikat benar. Dan kami tahu tanpa sebarang keraguan bahawa Tuhan kami memang Nyata-Benar. Dan berikut ialah limpahan berkat lain iaitu pemberian yang telah menyentuh jiwa kami: Doa-doa kesungguhan keluarga dan rakan-rakan banyak memberikan ketenangan kepada kami. Begitu banyak hadiah-hadiah yang kami terima, sebenarnya melebihi keperluan kewangan kami. Beberapa rakan-rakan dan jiran-tetangga dengan sukarela menawar diri untuk memasak bagi kami, maka Angeline menyediakan satu jadual tugasan dan kami menikmati hidangan-hidangan indah dari dapur yang berlainan setiap hari sepanjang minggu, semuanya dimasak dengan kasih-sayang. Kami tidak pernah makan begitu banyak!

Belum Berakhir LagiSemasa kami beriya-iya untuk mencantumkan kisah kami pada bahagian sebelumnya, catatan tambahan diperlukan. Ketika kami berjumpa dengan pakar onkologi pada 29 Nov, beliau bertanya samada Ewe Jin mahu menjalani rawatan kemoterapi sampingan.

Pada asasnya rawatan ini bersifat mencegah, dan bertujuan untuk menghapuskan sebarang sel-sel kanser yang tersembunyi di mana-mana bahagian

Page 71: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

61

badan. Ianya hanya satu rawatan pilihan, kerana tiada cara untuk mengenalpasti samada ianya benar-benar diperlukan.

Kami tersentak dengan pilihan yang ditawarkan, sebab kami beranggapan pakar ENT dan doktor onkologi telah bersetuju bahawa tidak perlu rawatan susulan lagi. Rasanya seperti baharu kembali dari satu penjelajahan gunung dan bersedia untuk mandi air panas dan rehatkan kaki kami, kami disuruh untuk memulakan penjelajahan ke satu gunung lain.

Walau bagaimanapun, setelah berunding dengan beberapa rakan (termasuk doktor) dan selepas banyak berdoa, Ewe Jin memilih untuk menjalani satu lagi rawatan kemo.

Keseluruhan rawatan ini merangkumi enam kitaran. Ianya akan bermula pada 14 Dis, dan jika semuanya berjalan lancar seperti yang dijadualkan, akan tamat pada 29 Mac 2007. Koktel ini terdiri dari Carboplatin dan Taxol. Tiga booster GCSF juga akan diberikan pada setiap kitaran. Ewe Jin mungkin masih berambut menjelang Krismas, tapi akan hilang semuanya selepas itu.

Sesungguhnya, perkembangan baharu ini tidak merampas apa jua dengan cara Tuhan membantu kami sepenuhnya, dari imbasan kepada pembedahan dan biopsi, semua dalam kawalan masa-Nya yang sempurna. Kami bersyukur kerana terlepas dari pertarungan yang lebih sukar.

Dan seperti kata Ewe Jin, kita tahu walau apa jua gunung yang perlu kita daki, kita ada Tuhan Baik yang sentiasa mendaki bersama kita. Kita sedar Dia tidak akan menyingkirkan atau meninggalkan kita.

Ewe Jin bersifat positif dan berkata ini akan melengkapkan pengalaman kansernya (sebab dia

Page 72: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

62

hanya menjalani radioterapi pada rawatan yang terakhir) dan akan menjadikan dia seorang “pemandu komprehensif” apabila dia memberi kaunseling dan dorongan kepada pesakit-pesakit kanser yang lain.

Perjalanan KemoPemikiran AngelineSaya tidak perlu meminta lebih lagi dari pesakit sebegini. Ewe Jin seorang periang, positif, tidak merungut dan sembuh dengan baik. Sebulan selepas pembedahannya untuk membuang nodus-nodus limfa ganas, kami memulakan satu lagi perjalanan: kemoterapi.

13 Dis / Malam sebelum kemo: Ewe Jin lebih girang daripada saya pada 13 haribulan. Saya memang kuat sebelum ini kerana saya bersandar pada Tuhan tetapi ketika berdiri di laluan pintu masuk, detik-detik peristiwa perjalanan pertama kembali bagai banjir melanda dan saya mulai goyah. Terima kasih kepada Tuhan kerana kegembiraan Ewe Jin membantu kami mengharungi malam sebelum kemo. Selepas itu, saya lebih yakin bahawa perjalanan ini akan berbeza, satu laluan lain dari yang sebelum ini, dan kami akan mengharungi dan mempelajari lebih banyak hal lagi.

Air mata mengalir jua akhirnya. Saya yakin akan kehadiran Tuhan Namun khuatir akan jalan di depan, jalan yang biasa ini dengan kesemua puncak dan lurahnya. Saya masih dilanda oleh pengalaman hari-hari lampaudan keletihan hingga ke tulang.Dalam kelemahan diriku, Tuhanialah kekuatan-Mu yang menyempurnakan.Kasih-Mu mencukupi bagiku.Aku akan bersandar pada Lengan Abadi-Mu.

Page 73: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

63

14 Dis / Hari Penentuan: Saya telah bangun dari pukul 6.30 pagi untuk membungkus sandwic dan minuman, tetapi ini bukan berkelah. Ewe Jin perlu makan ringan dan kerap minum semasa kemo. Kami telah berada di pintu klinik onkologi pada 7.15 dan ramai orang sudah berkumpul. Jururawat-jururawat tiba pada 7.30 dan mulalah adegan berebut mendapatkan nombor giliran. Kami dapat nombor 8.

Ujian darah dan kemudian konsultasi dengan doktor membawa kami sehingga jam 10 pagi, kemudian kami berkejar ke farmasi untuk ‘memesan’ koktel – Carboplatin dan Taxol. Pada jam 11 pagi, Ewe Jin diberi titisan tersebut. Koktel berkenaan mengandungi pra-ubat yang menghilangkan rasa loya secara ajaib. Ewe Jin masih lagi ‘Pesakit Paling Ceria’, sama seperti 7 tahun dahulu. Ianya bagai satu nikmat melihat dia, sambil aliran sebeg racun yang masuk ke dalam vena-venanya, dia memberi sokongan dorongan kepada pesakit-pesakit lain dalam bilik kemo.

Proses rawatan sepatutnya mengambil 4 jam telah dipanjangkan sehingga 6 jam pada kitaran pertama, sebabnya ialah langkah berjaga-jaga dan kelajuan titisan diselaraskan dan diperlahankan. Ianya urusan satu hari suntuk dan ianya melepasi jam 5 petang pada ketika semuanya selesai.

Semasa berjalan ke kereta, Jin berkata yang dia perlu ke tandas. Saya menunggu di kereta. Selepas seketika, saya menerima satu panggilan darinya, dengan suara tercungap-cungap, “Mari tolong saya ...” Saya meluru masuk ke dalam dan mendapati dia lemah lesu di kerusi dan peluhnya menitis. Cirit-birit salah satu kesan sampingan rawatan tersebut. Saya mendapatkan bantuan seorang atendan untuk menolaknya dengan kerusi roda ke pintu sementara saya membawa kereta, bersiap-sedia untuk perjalanan yang jauh.

Page 74: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

64

Ewe Jin keletihan ketika bahan-bahan kimia mulai bertindak dan dia tidur serta-merta selepas makan malam yang ringan.

Pemikiran Ewe JinIsteri saya masih seorang wartawan walaupun sudah lama dia berhenti bekerja. Rentetan renungannya bukan hanya satu refleksi lengkap mengenai apa yang dia sendiri alami, tetapi merangkumi apa yang saya alami juga.

Saya rasa saya harus hidup dan kekalkan reputasi saya sebagai pesakit yang paling ceria dan positif di HPD. Selama bertahun-tahun, saya telah kerap melawat wad onkologi untuk menziarahi rakan-rakan dan orang yang tidak dikenali, dan melakukan usaha kerdil saya untuk membantu. Bagi mereka yang sedang menjalani kemo, saya dapati saya tidak dapat memahami pengalaman mereka sebab saya hanya menjalani RT. Kini, saya rasa seperti rencana Tuhan untuk saya melalui satu pembedahahn dan juga kemo agar saya dapat berkongsi sepenuhnya semua aspek saintifik yang sudah diketahui mengenai rawatan kanser.

Namun, ada rasa kebimbangan dalam diriku. Saya hanya manusia biasa, bukannya Superman. Bahkan, walau Superman sekali pun, juga lemah bila terdedah kepada batu kriptonit ....

Pada hari pertama kemo diberikan, ianya seperti angin sepoi-sepoi, sehingga saya ke tandas selepas rawatan selesai. Cirit-birit, rasa seperti nyawa dikeringkan daripada jiwa saya. Fikiran pertama saya ialah, “Hei, adakah ini rawatan kemo sebenarnya? Adakah saya salah untuk percaya bahawa ianya mudah?”

Soalan demi soalan, dan banyak lagi persoalan. Pada saat itu, saya rasa saya akan mendaki Gunung Everest dan bukan hanya mendaki Bukit Pulau Pinang yang saya minati, yang juga kerap saya daki dalam

Page 75: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

65

zaman persekolahan dahulu. Tuhan, bukannya dengan kekuatanku, tetapi kekuatan-Mu.Semuanya tersusun dengan teratur menurut Janji yang menyakinkan dari Firman Tuhan dalam setiap sudut perspektif kehidupan. Tetapi saya keletihan.

Sebenarnya, pada kitaran-kitaran yang seterusnya, menunjukkan bahawa cirit-birit hanya satu reaksi badan saya pada kitaran pertama sahaja. Saya tiada masalah diarea lagi sepanjang rawatan saya.

Pemikiran Angeline 15-16 Dis / Kitaran bermula: Dua hari berikutnya, tiada sebarang kesan sampingan yang dijangkakan berlaku – tiada sengal, sakit atau loya. Ewe Jin baik-baik sahaja, syukur selera makannya baik. Cabaran saya ialah untuk memastikan makanannya berkhasiat tinggi, hidangan berprotein tinggi – bukannya satu tugas mudah bagi seorang tukang masak tak berpengalaman atau berinspirasi.

Tapi Ewe Jin tidak pernah mengeluh walau sekali pun berkenaan dengan makanan, berkati dia. Secara amnya, tahap tenaga Ewe Jin rendah sebab tubuhnya terpaksa menangani bahan-bahan kimia yang dipam masuk ke dalam badannya. Sudah pasti Krismas tahun ini akan jadi agak sunyi bagi keluarga Soo.

17-20 Dis / Mulai jadi mudah: Perkataan ‘kitaran’ sebelum ini ialah satu perkataan yang biasa bagiku. Tapi dengan rawatan Ewe Jin yang dijalankan dalam kitaran (enam kesemuanya), perkataan tersebut kini membawa pelbagai makna – naik dan turun, tinggi dan rendah ... dan lingkaran sepenuhnya berulang kali mencemaskan. Bayangkan satu roller-coaster dengan enam luncuran pecut meninggi dan menjunam cemas, dan kamu duduk di gerabak depan sekali naik tinggi untuk pecutan menjunam bebas yang pertama. Keadaan itu menggambarkan situasi diri saya yang perlu melalui semua perkara hiba, cemas, gembira dan sebagainya.

Page 76: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

66

Akan tetapi ketika kami mulai memasuki minggu pertama kemoterapi Ewe Jin, saat- saat cemas jarang berlaku. Pada hari-hari berikutnya, saya sangat berterima kasih kepada Tuhan kerana limpahan berkat-berkat yang dihantar-Nya kepadaku – selera makan Ewe Jin yang baik, langit yang cantik (tanpa jerebu), rakan-rakan dan ahli keluarga yang senantiasa prihatin merupakan kekuatan untuk hari ini, baik fizikal dan rohani.

Kami juga diberitahu bahawa tindak balas setiap pesakit dari rawatan kemoterapi adalah berbeza. Badan Ewe Jin kelihatan lebam bagai dipenuhi dengan kesan tumbukan dan tiada sebarang kesan sampingan lain kecuali keletihan berterusan. Cirit-birit juga berhenti. Tiada rasa loya. Rasa kebas teruk yang telah dimaklumkan awal pada kami tidak pernah terjadi, dan minggu pertama berlalu dengan tenang. Beberapa malam, Ewe Jin dan dua anak lelaki, yang sedang bercuti, bermain Scrabble. Betapa saya sangat bersyukur dapat melalui kehidupan seperti biasa.

21 Dis / Imuniti rendah: Pada minggu kedua selang kitaran tiga-minggu, keimunan Ewe Jin jatuh ke tahap paling rendah. Kami telah diberi amaran bahawa sebarang jangkitan ketika ini mungkin mengancam nyawa. Walaupun Ewe Jin gemar berteman, saya perlu memainkan watak jahat dan mengenakan peraturan ‘Pelawat Tidak Dibenarkan’ buat masa ini.

Pada hari Khamis, kami memandu ke hospital untuk suntikan booster Granocyte – satu keajaiban perubatan moden yang serta-merta menaikkan kiraan sel darah merah untuk membantu sistem imunnya bertahan. Saya perhati dan belajar bagaimana mengatur suntikan ke dalam perut Ewe Jin. Apa yang boleh saya katakan ialah saya bersyukur saya tidak memilih kejururawatan sebagai kerjaya.

Page 77: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

67

Kami telah menikmati makan tengahari hidangan atas daun pisang. Selera makan Ewe Jin lebih baik sebelum rawatan bermula. Setakat ini, ianya satu perjalanan yang berbeza dengan perjalanan pertama kami, dan juga pengajaran yang baik untuk saya mempercayai Tuhan untuk menunjukkan selangkah demi selangkah ke depan dan bukannya asyik mengintai ke arah ufuk.

22-24 Dis / Ruam, pelawat dan ayam belanda: Saya sudah belajar bahawa siapa pun tidak boleh mengongkong jiwa yang bebas. Ewe Jin dengan riang tidak menghiraukan langsung peraturan saya ‘Pelawat Tidak Dibenarkan’ dan rakan-rakannya kerap datang menziarahi dia. Apa yang saya boleh buat hanya menjalankan pemeriksaan saringan seperti hidung berair dan sakit tekak. Satu kesan sampingan baru muncul pada hari Jumaat: Tompok-tompok ruam merah di seluruh badan, dengan tompokan besar sekitar siku dan lutut.

Pada hari Sabtu, kami memandu ke hospital untuk booster kedua Ewe Jin. Doktor onkologi bercuti, maka kami merujuk kepada jururawat mengenai ruam berkenaan. Pada waktu petang, dua orang adik-beradik perempuan Ewe Jin tiba dari Pulau Pinang dan berlakulah sesi memasak bagai ribut melanda di dapur – satu jamuan sambutan bagi kami semua.

Pada hari berikutnya ialah malam Krismas. Selepas makan tengahari, adik-beradik Ewe Jin kembali ke Pulau Pinang dan jelas kelihatan dia kurang gembira. Ruam merah menganggu dia dan pernafasannya mulai lebih berat. Suasana muram menyelubungi rumah kami. Kami semua merasa mudah tersinggung dan suram.

Tuhan mengetahui setiap keperluan kami. Senja itu Dia menghantar “malaikat-malaikat” dari keluarga Chan bersama hantaran hidangan ayam belanda khas untuk Krismas. Kemudian keluarga Loo pula

Page 78: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

68

menghantar semangkok besar spageti lazat dari jamuan malam Krismas mereka. Semangat Jiwa kami melonjak naik. Kami mempunyai hidangan mewah untuk makan malam, ditambah dengan sebotol jus anggur berkarbonat daripada Audrey, anak saudara Ewe Jin yang datang untuk makan bersama kami.

Tuhan kami telah menyediakan semua keperluan kami dari awal perjalanan ini, jauh melebihi dari segala yang kami minta. Tanpa diduga, keperluan kewangan kami juga terjaga. Rakan-rakan dan ahli keluarga bergandingan untuk membantu dan memberi sokongan.

Keluarga Kua dan keluarga Oh terus menghantar sekurang-kurangnya satu hidangan makan malam berkhasiat setiap minggu – mereka menamakannya ‘Hidangan Atas Roda’. Keluarga Kana berterusan menyediakan bekalan dadih kacang soya (berprotein tinggi) dan lain-lain. Pati ayam buatan sendiri juga kerap dihantar oleh Vivian dan Karen. Kami juga menerima banyak hadiah cek dan tunai. Dan setiap hari kepulan-kepulan awan doa ditinggikan kepada Tuhan bagi pihak kami.

Kami rasa sangat diberkati dan amat disayangi.

25 Dis / Krimas yang bermakna: Pada hari Krismas, kami tidak ke gereja untuk Kebaktian Krismas sebab ramai orang dijangka hadir dan ianya berisiko tinggi bagi Ewe Jin. Kami juga melepaskan tradisi rumah terbuka untuk kali pertama selepas bertahun-tahun. Kesunyian jauh berbeza dengan sambutan Krismas kami yang lain.

Tetapi suasana mulai berubah pada tengahari. Rakan-rakan Kevin datang untuk makan tengahari dengan sisa ayam belanda dan spageti kelmarin, dan pai ayam enak lazat daripada jiran baik kami Mahani. Kami memesan pizza dan seronok bersama begini. Ewe

Page 79: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

69

Jin gembira bermain Boggle dan lain-lain permainan dengan orang muda.

Dua keluarga lain juga datang dan berbual berkenaan dengan perjalanan baru Ewe Jin. Pada sebelah petang, kami menyertai Keluarga Lim untuk jamuan makan malam, menyanyi lagu-lagu Krismas, berbual-bual dan bertukar hadiah.

Kemoterapi sudah pasti tiada dalam senarai permintaan Krismas sesiapapun. Namun, saya gembira ianya tidak melemahkan semangat kami dalam perayaan ini. Sambutan kami mungkin bernada lebih rendah dari biasa, tetapi apabila dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan, ia tidak membuat kita kekurangan apa pun.

Pemikiran Ewe JinSaya sedar sambutan Krismas 2006 akan berlainan. Saya ingin menjangkau rakan-rakan saya dan orang awam secara keseluruhan. Saya mahu berkongsi komen penerokaan jiwa dari hati-ke-hati dengan mereka. Maka, ini yang saya tulis dalam The Sunday Star pada Malam Krismas:

Musim untuk Memberi dan MemaafkanTiada majlis rumah terbuka di kediaman saya Krismas ini. Tapi saya tahu Makcik Mahani akan hantar pai ayam istimewanya ke rumah saya. Beliau juga menasihati saya, atas sebab kesihatan, kekalkan sambutan yang sederhana tahun ini.

Pada tahun-tahun sebelum ini, jiran baik ini telah banyak memberi pengajaran praktikal kepada saya, dan banyak mengenai kehidupan Melayu/Muslim. Begitu juga dengan lain-lain jiran tetangga saya dari berbilang etnik dan agama.

Page 80: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

70

Kami belajar bukan sekadar apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dilakukan semasa rumah terbuka, malah juga pada majlis kelahiran, perkahwinan dan pengebumian. Pengajaran yang paling penting ialah bagaimana saling menghormati sesama jiran tetangga.

Menerusi perhubungan interaksi sedemikian, rumah kita sentiasa terbuka kepada satu sama lain dan bukan hanya pada hari-hari perayaan sahaja.

Hari ini ialah sehari sebelum perayaan Krismas, meskipun dengan lambakan berita utama serta laporan mengenai ketegangan hubungan antara etnik-etnik dalam negara rapuh, saya berterima kasih atas keistimewaan pergaulan mesra jiran tetangga saya.

Saya percaya semangat saling memberi dan berkongsi mengekalkan perpaduan kami. Kami sering rela tolong belikan sesuatu dari kedai runcit tempatan, atau menghulurkan tangga atau gerudi, atau membenarkan jiran menggunakan bekalan elektrik dan air semasa kenduri.

Apabila berkongsi menjadi kebiasaan pada masa aman, ianya juga akan menjadi kebiasaan bila kesusahan melanda.

Kini saya sedang mengharungi pergolakan perubatan sukar. Dan jiran tetangga banyak membantu. Mereka bukan hanya menyokong saya dengan doa-doa, malah pantas dengan pelbagai bantuan praktikal.

Sejurus selepas pembedahan saya baru-baru ini, jiran-jiran berlainan bergilir-gilir menyediakan hidangan makan malam kami. Dari makanan yang lengkap dengan sup ayam (begitu baik bagi jiwa), jus-jus dan makanan ringan sihat, mereka memastikan saya dijaga dengan baik. Semua hidangan-hidangan muhibbah tersebut, dimasak dengan kasih-sayang, tidak pernah saya nikmati makanan begitu enak dan lazat.

Page 81: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

71

Tun Hanif menulis dalam ruangannya Point of View (Sunday Star, 3 Dis, 2006) bahawa “sebelum kita mulai melihat sekeliling dan perhati jenis perangai manusia, teliti kepada diri sendiri dahulu, sebab di kalangan orang ramai, di tengah-tengahnya ialah diri kita sendiri.

“Ya, rakan-rakanku sekalian, kamu dan saya dan sikap kita; kamu dan saya dan keinginan kita; kamu dan saya dan apa yang kita buat; kamu dan saya dan bagaimana kita membesarkan anak-anak kita; kamu dan saya yang telah memilih parlimen dan membenarkan penjawat-penjawat awam dan orang awam untuk menjadi siapa mereka!

“Bagi kebanyakan kita, apakah sumbangan tunggal kita kepada perpaduan nasional selain dari hanya wujud, membuat tuntutan dan mengharapkan?”

Kata-kata yang pedih, sudah pasti, tetapi maksudnya tepat pada hakikat. Ramai yang mengadu mengenai apa yang tidak betul dengan negara kita menjalani kehidupan yang jauh berbeza dari sistem yang mereka persoalkan.

Apabila saya menghantar anak-anak saya ke sekolah kebangsaan berhampiran, kami dapat mengenali guru-guru, ibu-bapa, dan anak-anak murid. Dalam PTA, kami berkongsi pendapat dan kebimbangan.

Melalui penglibatan kami, meskipun barisan pentabdir kedua-dua sekolah rendah dan sekolah menengah, kebanyakkannya Melayu dan Muslim, namun mereka sentiasa peka kepada keperluan minoriti.

Selepas hampir 50 tahun sebagai sebuah negara, sedih pilu tatkala kita perlu berjuang untuk membincangkan isu-isu sedemikian dalam domain umum, rasa seperti kita sentiasa menempuhi isu-isu sensitif.

Page 82: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

72

Berkenaan dengan memberi dan menerima, dan mungkin negara akan maju secara lebih mudah sekiranya kita semua memberi keutamaan kepada memberi dan bukannya mengambil.

Ya, kita punyai hak, tetapi begitu juga dengan setiap insan. Dan jika kita memberi dengan murah hati dan penuh dengan kasih sayang, semua pemecah-belah etnik dan agama akan menjadi pudar serta tidak penting lagi.

Dan, jika sedemikian, walau kita telah diberi layanan tidak adil atau tersinggung dengan kata-kata kurang sopan, mungkin jawapannya bukan melawan-balik tetapi kemaafan.

Ini ialah Krismas sebenarnya. Musim untuk memberi dan memaafkan.

Semoga kita semua berusaha memberi keyakinan mereka yang lemah, pengharapan kepada mereka yang kecewa, dan kasih kepada mereka yang tidak disayangi.

Pemikiran Angeline 26-28 Dis /Satu lagi kejayaan: Rakan karib kami Peter belanja makan tengahari makanan Jepun hebat pada hari setelah Natal. Ewe Jin masih dengan gaya rambut belah samping. Pada waktu senja, kami dapati rambutnya mulai gugur berumpun-rumpun apabila ditarik lembut. Maka pada 27 Dis, hari ke-13 selepas kemo, kami menyeberangi satu lagi penanda jalan: Ewe Jin ke kedai tukang gunting rambut untuk cukuran licin. Botak itu cantik, dia kata. Dia tidaklah seperti Yul Bryner – lebih mirip Telly Savalas – tapi pastinya tampan segak.

Kami merasa tenang sekarang walaupun kehilangan rambut dan gatal dengil ruam-ruam. Ini merupakan minggu akhir keimunan rendah, dan suhu badan Ewe

Page 83: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

73

Jin tidak pernah mencapai tahap kritikal 38 darjah. Beberapa orang yang prihatin telah memberi amaran bahawa kitaran selanjutnya ‘lebih toksik’. Ya, kami tidak tahu apa akan berlaku tetapi kami sedar tanpa sebarang keraguan bahawa Tuhan kami pasti mampu membantu kami mengharungi setiap badai yang melanda.

29-31 Dis / Selamat tinggal 2006: Hari Jumaat, semangat Ewe Jin menurun, tapi dia sendiri menguruskan ubat mujarabnya “Terapi Ikea”. Dia membeli empat rak DIY dan menghabiskan waktu senja memasang rak-rak dan menyusun semula DVD dan majalahnya. Kurang dari RM200 untuk ruang tamu yang lebih kemas dan seorang pesakit yang lebih ceria – memang berbaloi wang yang dibelanjakan.

Pada keesokan hari, Nancy datang untuk menyediakan satu pesta jamuan di dapur kami – ayam goreng, daging stew dan stroganof ayam dengan sayur-sayuran. Kami menikmati hidangan yang disediakan dengan penuh kasih sayang dan bergaya.

Hari Ahad ialah malam Tahun Baru. Ewe Jin membaca firman Tuhan di gereja hari ini dan dia telah disambut mesra oleh rakan-rakan yang rindukan dia selepas berminggu-minggu dia tidak hadir. Hari itu juga merupakan harijadi Tim. Ewe Jin dan saya mahu membuat sesuatu yang istimewa bagi Tim sebab dia telah banyak membantu dan tidak pernah mengeluh hari cuti ini walaupun semua perhatian tertumpu kepada perawatan ayahnya. Kami mengadakan barbeku sederhana. Beberapa sahabat Tim dan makcik-makcik kesayangannya hadir bersama.

Tidak lama kemudian, pada waktu malam, rakan-rakan Kevin pula datang untuk menyambut Tahun Baru di rumah kami – dengan jus anggur berkarbonat, sedikit wain dan permainan daun terup brij. Tiada bunga api

Page 84: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

74

atau makanan istimewa enak, tapi sekali lagi kami menikmati masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.

1-4 Jan / Tahun baru, permulaan baru: Helo 2007. Saya telah mendoakan satu tahun yang lebih baik dan lembut. Tapi jika semuanya tiada, saya mendoakan satu tahun lagi untuk lebih mendekati Tuhan. Jika saya dapat tahu pada tahun sebelumnya, apa yang bakal saya hadapi dalam tahun 2006, saya mungkin lari dan bersembunyi. Tapi sebaliknya saya telah belajar bersandar sepenuhnya pada Tuhan. Dia setia berjalan bersama saya langkah demi langkah, biarpun melalui api yang menyala dan hujan.

Kami mempunyai permulaan tahun baru yang aman. 4 Jan kitaran pertama Ewe Jin berakhir dan badannya mulai sembuh sepenuhnya dari rawatan pertama. Kini, kami telah bersedia dari segi fizikal dan mental, untuk kitaran seterusnya pada 8 Jan. Selepas melalui satu kitaran, ianya bukan lagi lautan baru bagi kami. Kadang-kala keadaan mungkin bergelora, tetapi perahu kami tidak pernah dalam bahaya kerana Tuhan berserta, kami aman di dalamnya. Malah dengan pertolongan Tuhan, rakan dan keluarga, kami mampu mengukir senyuman ketika berhadapan dengan badai.

8 Jan – 1 Feb / Renungan dalam Kitaran Kedua: Saya tidak pernah melihat awan yang tidak menarik. Samada gumpalan, tersergah, ribut, bergaris-perak, merah-jambu atau keemasan – semuanya mempunyai kecantikan yang tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata. Setiap kali saya mendongak ke langit, hati saya akan melonjak dan saya ucapkan doa kesyukuran.

Apa kaitan awan dengan kemoterapi? Sebenarnya, pada kitaran kedua ini keadaan cuaca lebih basah – dan setiap kali sebaik selepas hujan, awan-awan begitu menarik sekali, karya unggul Tuhan atas kanvas yang cerah bersinar. Bagiku, mereka merupakan peringatan

Page 85: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

75

harian bahawa Tuhan hadir dekat dan Dia memberikan saya semua perkara yang baik untuk dinikmati.

Selain dari kemuliaan di langit, rakan-rakan yang baik juga merupakan berkat – tiga orang kawan Ewe Jin datang mengantikan saya dari tugas menjaganya semasa kemo kedua pada 8 Jan, supaya saya boleh menjemput Timothy pulang dari sekolah dan juga dapat berehat. Berat badan Ewe Jin bertambah 1.9kg sejak rawatan bermula; satu lagi berkat! Kitaran kedua berjalan lancar – tiada cirit-birit kali ini, kecuali keletihan berterusan.

Pada hari kelima, ruam-ruam Ewe Jin bertambah dan menyebabkan ketidakselesaan sehingga kami terpaksa berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat. Ubat pil pula menyebabkan rasa mengantuk dan apabila Ewe Jin memandu Kelisa keluar untuk melaksanakan tugasan kecil, dia telah menggeser pintu kereta lain. Ianya satu pengajaran baik untuk membaca label-label kesan sampingan ubat. Satu hal yang susah ditangani ialah timbunan setinggi gunung nasihat-nasihat yang tidak diminta, pada masa begini kami lebih suka orang ramai hanya pinjamkan telinga mereka dan jadi pendengar kami sahaja.

Kini saya sudah biasa dengan corak kesan rawatan: keletihan pada minggu pertama, keimunan rendah pada minggu kedua, pemulihan pada minggu ketiga, dan kemudian ke kitaran seterusnya. Selepas semua yang diperkatakan, ianya kitaran kedua yang aman tenang – tidaklah seberat rawatan radioterapi tahun lepas - dan kami lebih bersemangat.

Namun, kita bukannya orang alim; malah jauh lagi. Ewe Jin juga ada hari-hari suramnya dan masa-masa muramnya. Dan setakat ini secara purata saya ada menangis dua kali setiap satu kitaran. Ianya besar kemungkinan kesan perubahan hormon badan dalam kitaran sebelum putus haid tapi saya tidak ambil kisah;

Page 86: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

76

ada banyak kitaran yang perlu ditangani bersamanya.

Pada saat ini dalam perjalanan berkenaan, masa bagaikan hampir terhenti sebab Ewe Jin dan saya mengenepikan semua urusan lain untuk memberi tumpuan kepada rawatannya. Adakala ianya amat sengsara, apabila semua hal bergerak perlahan-lahan seperti dalam filem John Woo. Tapi saya fikir Tuhan sedang mengajar kami untuk menantikan Dia.

Saya bersyukur kepada Tuhan yang telah menepati janji-janji-Nya – memberi kekuatan setiap hari, beristirehat dari kerja berat, cahaya menerangi laluan jalan, restu rahmat-Nya bagi setiap ujian, bantuan dari syurga, kebaikan-Nya yang tidak terhingga, kasih-abadi-Nya.

2 – 22 Feb / Renungan dalam Kitaran Ketiga: Tiga kitaran sudah berlalu dan masih ada tiga lagi. Setelah melepasi separuh perjalanan hal ini memberikan kami satu dorongan kuat dari aspek psikologi. Tapi, secara fizikal, beg ketiga yang penuh dengan racun memberikan satu tamparan hebat dan merampas angin dari layar Ewe Jin. Dia kelihatan lebih tidak bertenaga samada fizikal atau rohani dan keadaan ini berterusan sepanjang minggu sebelum dia kembali seperti biasa, dua kali lamanya berbanding dengan kitaran awal.

Saya amat bersyukur kerana dia tidak rasa loya dan berat badannya bertambah 2.3kg, benar-benar satu mukjizat. Namun, ombak-ombak ubat berterusan mulai bertindak ke atas badannya dan kami bersiap sedia menghadapi kesan yang sama dalam kitaran seterusnya.

Berbanding dengan radioterapi, di mana rawatan diberi pada kadar segera berturut-turut selama tujuh minggu, kemoterapi bagaikan larian jarak jauh maraton. Ianya memang tidak mungkin dapat ditangani dengan

Page 87: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

77

pecutan jarak pendek. Sesungguhnya, hari demi hari menyusur pergi dan sama seperti pertandingan lumba lari jarak jauh, terdapat banyak tempat sunyi sepanjang jalan. Pelawat-pelawat yang berduyun-duyun ke bilik hospital mulai berkurangan tinggal segelintir yang masih serentak dengan kami untuk jangka masa panjang. Kami sungguh berterima kasih kepada “malaikat-malaikat” ini yang kerap membantu kerja-kerja rumah, membawa makanan dan memberi kami sokongan dalam doa.

Ianya menjadi satu peringatan bagi diri saya bahawa banyak perjalanan hidup yang kritikal adalah maraton, dan perkara yang penting ialah terus mengikut laluan yang ditetapkan dan tamatkan larian. Kami yakin dan sedar bahawa Tuhan yang juga Sahabat paling setia kami, akan menjaga dan memastikan kami mampu menamat larian kami.

Pemikiran Ewe JinSaya seharusnya membuat catatan apa yang terjadi pada hari pertama Tahun Baru Cina yang jatuh pada 18 Feb. Saya pergi untuk mengembalikan bekas-bekas makanan kepada rakan-rakan kami yang telah menyediakan banyak hidangan bagi kami.

Apabila saya menghampiri pintu pagarnya, anjing mereka, yang kami kenali beberapa tahun, meluru ke arah saya dan terus mengigit perut saya.

Mungkin ia tidak boleh mengenali saya sebab saya botak, atau mungkin bau badan saya berlainan disebabkan oleh kemo. Kami mengambil sedikit masa untuk mencari seorang doktor yang boleh memberikan saya suntikan anti-rabies.

Saya beritahu sesiapa yang mahu mendengar bahawa anjing itu rasa kecewa sebab Tahun Anjing terpaksa memberi laluan kepada Tahun Khinzir. Dan saya dilahirkan dalam Tahun Khinzir.

Page 88: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

78

Pemikiran Angeline 23 Feb – 15 Mac / Buah Fikiran dalam Kitaran Keempat: Seseorang boleh mendapati dari catatan jurnal saya, bahawa adakala ianya kurang jelas samada Ewe Jin yang kena kemo, atau saya. Saya telah terlalu bebas dalam penulisan saya. Sebenarnya, Ewe Jin yang duduk bertali-pinggang pada roller-coaster. Ianya bukan untuk saya ... namun saya dapat merasakan cemas gerunnya. Penjaga pesakit sebegini sering terperangkap dalam Tanah Tiada Penghuni, tiada di sini atau tiada di sana. Saya berharap Ewe Jin akan menceritakan pengalamannya agar kita ketahui ‘kisah dalaman’. Sementara itu, penulisan sebegini menjadi terapi diri saya.

Bilik kemoterapi merupakan jendela ke satu dunia yang baru. Apa saja penderitaan saya rasai semasa saya menyaksikan dari luar, saya tidak mungkin ketahui semua alunan emosi seorang pesakit yang menunggu lima jam untuk setengah liter racun mengalir ke dalam saluran darahnya, menyedari akan kesan bahaya terhadap tubuh badannya. Mereka yang gagah berani berdepan rawatan begini dengan cekal-teguh layak diberi Anugerah Pahlawan.

Saya sungguh bersyukur yang Ewe Jin masih berupaya menangani rawatan ini dengan bergaya. Secara fizikal, berat badannya naik sebanyak 1.4kg dan buktinya ialah ukur-lilit pinggang yang makin meningkat. Secara keseluruhan, dia masih dirinya yang ceria bersemangat selalu. Meskipun perlu menangani keletihan lesu kitaran ini, dia nekad berusaha untuk terus hidup seperti biasa.

Pada hari ke-4 dia pergi ke pasar membeli-belah dan memasak makanan tengahari. Dia pulih sepenuhnya pada hari ke-7 (sama seperti kitaran sebelum ini) dan dia keluar lagi, melawat pesakit-pesakit kanser yang lain dan berbual berita terkini dengan kawan-kawannya. Ibarat lirik sebuah lagu, kamu tidak boleh “tangkap tarik segumpal awan dan pakukannya ke

Page 89: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

79

bawah”. Namun, apabila tarikh rawatan seterusnya semakin dekat, dia kelihatan sugul – dan saya mendapat gambaran awal terapi ini, cemas-gerun-getar perjalanan.

Kami mulai selesa menanti kitaran seterusnya pada 16 Mac, iaitu yang kedua akhir. Selepas itu, tinggal sehari lagi! Saya mulai sedar selepas tamat satu bab, bab baru bakal bermula. Akan ada penilaian semula jadual kami, peranan masing-masing, diet-diet; tumpuan perhatian kami dalam hidup. Tetapi kami akan hadapinya langkah demi langkah.

Seorang kawan menyatakan bahawa Ewe Jin dan saya mesti mempunyai iman kuat sebab dia nampak “begitu banyak kedamaian dan ketenangan” dalam diri kami. Sebenarnya, iman kami kerdil, tapi kami punya Tuhan yang Mahabesar. Perjalanan ini mencabar, adakala meletihkan, tapi satu perkara yang saya perolehi setelah melalui semuanya ialah damai sejahtera yang bertahan lama. Ianya kedamaian yang bertentangan logik – janggal dalam situasi bergelora dan begitu tegap-teguh sehingga ia dapat bertahan dalam keganasan ribut ini. Ianya kedamaian yang menyakinkan saya bahawa Tuhan ku di sisi ku pada setiap gerak langkahku sepanjang perjalanan ini.

16 Mac – 6 April / Buah Fikiran dalam Kitaran Kelima: Apabila kedua-dua pesakit dan penjaganya kurang sihat, siapa yang menjaga siapa? Kami telah berpeluang untuk mengetahui jawapannya dalam kitaran ini. Dua hari sebelum kemo, saya diserang vertigo iaitu pening gayat. Syukur kami mempunyai sokongan kukuh keluarga dan kakak saya Adeline, menggantikan saya pada 16 Mac, rawatan kitaran kelima Ewe Jin. Pada pukul 6.45 pagi, Adeline sudah berada di depan rumah kami, bersedia untuk menjadi pemandu Ewe Jin ke hospital. Dia juga menyediakan makanan tengahari Ewe Jin, dan membawanya pulang ke rumah pada pukul 3 petang. Terima kasih Tuhan bagi para-pembantu yang sentiasa ceria dan mesra.

Page 90: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

80

Kesan ubat kelihatan bertambah satu tahap setiap dua kitaran atau lebih, bukan kerana dos lebih tinggi tapi besar kemungkinan kerana kesan terkumpul pada tubuh badan yang sudah lebam. Kekuatan kesan kitaran ini sudah pasti lebih teruk dari yang sebelum ini, walaupun ia berlarutan selama seminggu. Saya boleh nampak letih lesu tidak bermaya dalam diri Ewe Jin – bukan hanya pada tubuh badan sahaja tetapi juga dalam jiwanya. “Tiada yang betul”, dia kata kepada saya dengan nada suara lemah. Sekali lagi saya teringat kemanjuran ubat-ubatan, dan tertanya-tanya akan kesan jangkamasa panjang terhadap tubuh badannya, terutama hati.

Tapi, masa memang boleh menyembuhkan dan dalam tempoh seminggu dia “melenting kembali aktif”. Ketika kami melawat dan membantu pesakit-pesakit kanser, Ewe Jin sedar bahawa dia terselamat daripada banyak penderitaan bila dibandingkan dengan pesakit-pesakit kanser yang lain. Dia yakin bahawa Tuhan mempunyai satu matlamat dan membimbingnya dalam perjalanan sedemikian “hanya sekadar” – membenarkan dia mengalami kanser dan melindungi dia daripada kesengsaraan sakit teruk.

Dos terakhir pada Good Friday, satu hari yang paling sesuai untuk menamatkan perjalanan ini. Bagi Ewe Jin, ia melambangkan “kematian sel-sel kanser” dan kehidupan baru yang lebih jauh. Kami mendekati kemo terakhir dengan perasaan bercampur-aduk. Kami merancang untuk meraikannya, tapi kami perlu juga tekun merancang secara realistik bagi menangani “kehidupan selepas kemo”.

Perubahan-perubahan sentiasa menjadi cabaran, dan kami juga berharap dapat mengharungi perjalanan ini sebaik mungkin. Pada suatu hari dalam kitaran ini, kami menghadiri satu majlis kebaktian memperingati seorang lelaki yang telah mengabdikan hidupnya kepada Tuhan. Nada kemenangan lagu-lagu pujian

Page 91: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

81

untuk Tuhan dan eulogi-eulogi yang dikongsikan menegaskan sekali lagi kepada kami bahawa perjalanan hidup di bumi ialah satu persiapan untuk kehidupan di syurga, dan kami bertekad untuk mengorak langkah sekarang untuk memastikan perubahan terakhir ini baik. Sepertimana kami bersukacita dalam kesengsaraan, kami juga bersyukur bahawa sumber kegembiraan dan kekuatan kami datangnya daripada Tuhan yang tidak berubah, yang Maha Penyayang.

6 April / Renungan Saya ketika Perjalanan Tamat: Ianya sambutan sederhana – mufin, kacang dan kismis diedarkan sekeliling klinik, dan sesi bergambar kenang-kenangan dengan sepanduk mini “Kemo Terakhir” buatan sendiri. 6 April bukannya garisan penamat perjalanan ini, tetapi ianya merupakan kali terakhir Ewe Jin menerima titisan Taxol dan kami meraikan peristiwa ini dengan pesakit-pesakit lain dan jururawat-jururawat onkologi yang sentiasa sangat ceria.

Pada keesokan hari saya terlantar. Vertigo yang menyerang saya dalam Kitaran Kelima, tidak reda dengan rehat yang tidak mencukupi, kembali membalas dendam. Kali ini saya tiada pilihan lain kecuali tidur selama lima hari berturut-turut. Kasihan Ewe Jin yang terpaksa menjadi penjaga saya dalam tempoh ini, meskipun dia sendiri merasai kesan penuh kemo. Ianya satu peluang untuk menepati janji-janji kami untuk membantu teman sehati sejiwa “masa sakit dan masa sihat”.

Pada masa ini juga, kami amat berduka dengan pemergian kakak-ipar saya, Magdalene, yang juga pernah melalui perjalanan kanser. Meskipun kami berduka, nada kemenangan bergema dalam majlis kebaktian peringatan dan majlis kebaktian pengkebumian beliau. Eulogi-eulogi indah jelas menunjukkan bahawa beliau telah menyentuh ramai orang menerusi kesetiaanya melayani Tuhan.

Page 92: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

82

Sekali lagi, kami diperingatkan bahawa kematian adalah peralihan terakhir yang penting dalam hidup. Ianya satu jaminan untuk mengetahui dengan kepastian mutlak bahawa melalui kepercayaan kepada Yesus, saya akan berada dalam hadirat Tuhan sebaik saja saya melewati pintu kematian.

Masih ada lagi urusan kecil yang belum selesai dan perlu membuat keputusan penting selepas kemo – mengenai gaya hidup kami, diet, kerjaya. Ewe Jin akan kembali bekerja bulan depan, dan perlu menjalani lebih banyak imbasan dalam tempoh tiga bulan. Oleh itu, sementara perjalanan kemo hampir tamat, perjalanan hidup diteruskan. Ketika saya merenung kembali tempoh enam bulan yang lalu, berikut ialah beberapa buah fikiran yang terbentuk.

Ketakutan-ketakutan Tidak Berasas. Pada permulaan perjalanan ini, ddua perkara yang menyebabkan saya menangis. Pertama, saya takut pengalaman emosi roller-coaster berulang, yang pernah kami alami semasa radioterapi Ewe Jin beberapa tahun lalu. Dan kedua, saya amat takut bila mengingat kembali masa menyuap Ewe Jin makan ketika dia loya beberapa bulan. Sebaliknya, apa yang berlaku ialah kedua-dua ketakutan begini langsung tidak berasas. Ewe Jin seorang pesakit paling ceria. Tiada alunan buaian emosi. Tiada rasa loya juga– dia punyai selesa makan yang baik sehingga berat badannya bertambah 10 paun dalam enam kitaran. Selain dari itu, tiada kesan sampingan lain (kebas, ulser mulut, dll) kecuali keletihan dan botak.

Tuhan yang setia. Sepanjang perjalanan ini, kami telah menerima berkat demi berkat. Kesetiaan Tuhan memang melimpahi kami. Semua keperluan kewangan dipenuhi. Sehingga ke penghujung perjalanan, kami telah menerima hadiah-hadiah sumbangan, seringkali tepat pada waktunya ketika bayaran perlu dibuat. Kami juga telah diberkati dengan sokongan yang kukuh

Page 93: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

83

daripada keluarga dan rakan-rakan. Selalu ada tangan-tangan yang rela membantu kerja-kerja harian di rumah, menyediakan makanan dan melakukan tugas-tugasan kecil. Sehingga ke garisan penamat, Ewe Jin telah menerima pati ayam segar direneh sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Dan ‘Hidangan Atas Roda’ yang kerap dihantar ke depan pintu rumah, bagi saya, ianya idea yang terbaik.

Pengajaran yang dipelajari. Apabila saya menoleh ke belakang, saya sedar bahawa perjalanan-perjalanan menerusi pergolakan hidup merupakan masa yang saya benar-benar belajar dan berkembang. Tujuh tahun lalu ketika rawatan radioterapi Ewe Jin, saya menemui kekuatan tersembunyi yang tidak mungkin saya miliki selain Tuhan. Kekuatan Tuhan sempurna dalam kelemahan diri ku. Kali ini, kedamaian Tuhan pula – ianya tidak mungkin dapat dijelaskan dan tidak mungkin dapat disangkal – telah membuatkan saya mantap dan yakin. Ketika saya berpaut kuat pada Tuhan mengharungi waktu-waktu bergelora, Dia telah menarik perhatian saya mendekati-Nya. Dengan tamatnya ‘maraton’ ini, saya percaya bahawa segalanya berjalan baik, seperti yang telah dijanjikan-Nya. Saya berdoa agar Ewe Jin dan saya sendiri akan terus menantikan Tuhan apabila Dia mendedahkan rencana-Nya dalam hidup kami selepas perjalanan ini.

Kesaksian Ewe JinDan keduanya akan jadi satu – dalam masa sakit dan masa sihat; dalam masa baik dan buruk. Jika kamu sudah membaca sehingga di sini, anda akan sedar betapa bertuahnya saya mengahwini Angeline. Saya tidak mungkin dapat mengisahkan perjalanan ini dengan lebih baik.

Pada 7 Jun, ulangtahun perkahwinan kami yang ke-20, kami telah membuat lawatan pendek ke Port Dickson bersama-sama dengan kedua orang anak lelaki,

Page 94: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

84

sebelum saya kembali bekerja semula. Saya bersyukur kepada The Star yang telah membenarkan saya mengambil cuti sakit panjang dan juga membiayai bil-bil perubatan saya.

Ketika saya kembali bertugas, saya masih tidak berambut tetapi rambut akhirnya tumbuh jua. Saya bukan lagi penyunting Sunday Star tapi telah dilantik semula sebagai penyunting Projek Khas. Saya menyambut jawatan baru ini dengan satu keterujaan menghadapi cabaran-cabaran baru. Tidak lama kemudian kehidupan saya kembali seperti biasa dan saya mulai kembali menghulur bantuan dan sokongan kepada pesakit-pesakit kanser, kali ini dengan lebih banyak ‘kelayakan’.

Dalam bulan April 2008, setahun selepas rawatan saya tamat, saya telah bertanya kepada Pastor saya untuk mendapatkan kebenaran memberi ucapan terima kasih dari mimbar kepada jemaat gereja atas sokongan padu mereka sepanjang perjalanan kanser saya. Gembala Ting mengambil langkah lebih jauh dan meminta saya berkongsi pengalaman sebagai satu khutbah. Saya ingin berkongsi beberapa bahagian khutbah saya di sini.

Perkongsian dengan jemaat gereja sayaPerjalanan pertama saya, sepertimana ramai di kalangan kalian ketahui, hanya melibatkan radioterapi, tapi sekarang saya telah melalui satu pembedahan dan kemoterapi. Dalam dunia kanser, kami merujuk kepada ketiga-tiga jenis rawatan ini sebagai regimen Kelar, Bakar dan Racun. Apabila anda membedah, anda kelar; apabila anda buat radioterapi, anda bakar; apabila anda buat kemo, anda meracuni. Kini saya boleh memberi khidmat nasihat kepada sesiapa saja berkenaan ketiga-tiganya.

Page 95: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

85

Saya cuba bersikap positif. Ya, Tuhan, ujilah saya. Tetapi Tuhan, saya letih. Saya masih perlu bertanyakan Tuhan, “Mengapa? Mengapa saya?” Respons Tuhan ialah Dia memahami, dan kasih karunia-Nya cukup bagiku. Pembedahan dan kemoterapi memakan masa selama enam bulan dan saya berterima kasih kepada Tuhan bahawa majikan saya membayar semua bil hospital. Dalam bulan-bulan berkenaan, Tuhan telah memberikan saya kedamaian dan kesejahteraan yang tidak mungkin difahami oleh akal manusia dan menghantar begitu ramai “malaikat-malaikat” menjaga saya.

Sebagai pesakit kanser yang selamat dan sebagai penggalak kepada ramai yang mengharungi perjalanan yang sama, saya boleh mengatakan bahawa hanya Tuhan yang boleh melakukan keajaiban. Sungguh jelas bagaimana kedamaian yang tidak mungkin difahami oleh manusia mengatasi hal dalam kehidupan mereka yang telah berserah semua keadaan mereka kepada- Nya. Biarpun di pintu kematian, damai sejahtera dan ketenangan pada wajah mereka membuktikannya.

Saya juga ingin berkongsi mengenai tindakbalas manusia kepada situasi-situasi di mana ahli keluarga atau rakan yang dikasihi perlu melalui penderitaan kerana penyakit. Patutkah saya berasa marah? Patutkah saya menangis? Patutkah untuk memikirkan bahawa Tuhan yang mengasihi saya tiada bersama? Patutkah saya menjerit, “Mengapa saya?”

Saya selalu menyokong hak pesakit (dan orang yang dikasihi) untuk marah, azab dan tidak gembira. Tuhan kita Tuhan yang Mahabesar dan Dia bersabar dengan semua rintihan dan rungutan yang kerap dari kita.

Dalam perjalanan saya, tiada yang terguris dihati lebih dari ketika saya ditegur punyai ‘sedikit iman’ pada Tuhan. Mengapa adakalanya kita diharapkan mempunyai kepercayaan yang kuat ketika kita sedang

Page 96: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

86

bergelut secara fizikal, emosi dan rohani? Saya masih ingat apabila ada yang cuba memdiamkan saya, kerana mereka khuatir jika saya mempersoalkan Tuhan, ianya bermakna iman saya terlalu kerdil.

James Dobson, dalam bukunya yang paling laris When God Doesn’t Make Sense, berkata, “Meragui iman sendiri dan kendiri ialah kebiasaan semulajadi kehidupan seorang Kristian.”

Beliau menceritakan bagaimana penganut-penganut Kristian sering gagal dalam hal ini kerana mereka terlalu beria-ia untuk mengingatkan si-pesakit apa yang Tuhan boleh buat. Maka, terdapat banyak “perbualan-perbualan Tuhan” ketika lawatan yang boleh menyebabkan si-pesakit lebih murung dan sengsara.

Semasa rawatan saya, isteri saya telah melarang pelawat meziarahi kerana ada kesan ke atas kesihatan fizikal saya. Fikirkan sejenak – adakah anda salah seorang yang berkeras mendesak melawat pesakit kanser, bukan untuk hulur bantuan praktikal atau berdoa, tetapi untuk menyakinkan diri anda bahawa Tuhanlah yang berkuasa?

Saya ingin mencadangkan beberapa langkah praktikal yang diharapkan dapat memberi faedah kepada sesiapa yang rapat dengan kita yang perlu mengharungi perjuangan melawan kanser.

Jika anda bukan doktor, dan terutamanya, jika anda tidak tahu apa-apa pun tentang kanser, diminta jangan memberi nasihat perubatan. Saya bukan saja tidak memberikan nasihat perubatan, tapi saya juga berjaga-jaga agar saya tidak keterlaluan berkongsi kisah pengalaman saya sebab kita tahu setiap pesakit itu berbeza, bukan saja dari segi perangai tapi juga cara bagaimana seseorang pesakit bertindak balas terhadap rawatan masing-masing.

Page 97: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

87

Kita harus gembira berkongsi kepercayaan kita dengan mereka yang berlainan agama tapi saya secara peribadi tidak percaya bahawa penginjilan agresif pada masa sedemikian berguna atau bersesuaian. Secara peribadi, saya pernah mengalami kes-kes dimana beberapa jemaat gereja dilarang dari menziarahi pesakit-pesakit tertentu kerana sipesakit dan penjaganya tidak berupaya menangani situasi semasa. Pergi sebagai kawan dan biar Tuhan laksanakan kerja- Nya dengan cara-Nya dan dalam masa-Nya sendiri.

Saya dapati bahawa saya sering membantu pesakit-pesakit dengan memaparkan kepalsuan pelbagai kisah mitos. Saya beritahu mereka jangan dengar kisah-kisah seram bekas pesakit-pesakit beberapa tahun yang lepas. Satu permasalahan yang sering dihadapi oleh semua pesakit kanser ialah pada saat C besar disebut, setiap orang akan ada kisah gerun untuk dikongsi, cadangan khasiat tambahan, promosi rawatan alternatif, dan kritikan terhadap seseorang doktor. Nasihat-nasihat yang tidak diminta sebegini boleh mengelirukan, menyedihkan dan menganggu. Mari kita berhati-hati bagaimana kita memberi nasihat.

Saya telah belajar melalui banyak ujian dan kesilapan, bahawa ketika seseorang sedang menghadapi masalah, hal terakhir yang dia ingin dengar ialah masalah orang lain. Perlu ambil perhatian apabila anda melawat, buatkan orang yang anda lawati orang yang paling penting pada ketika itu. Tidak perlu beritahu dia mengenai orang lain. Saya masih ingat bagaimana seseorang beritahu seorang pesakit kisah saya dan pesakit itu pantas berkata, “Tengok, Tuhan sangat tidak adil. Dia menyembuhkan Ewe Jin tapi Dia buat saya menderita!”

Page 98: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

88

Daripada memberi nasihat, perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk pesakit kanser ialah hanya berada di sana. Sekiranya pesakit ingin berkongsi bebannya dengan kita, mari belajar tutup mulut kita dan buka telinga kita. Mari kita berada di sana sambil memegang tangan mereka.

Bantuan praktikal yang sering di belakang tabir, adalah yang paling berguna. Tolong dengan beri pengangkutan, bantu memasak, bawa anak-anak pesakit keluar. Pinjamkan koleksi buku-buku, CD dan DVD anda dengan pesakit.

Akhir sekali, hargai penjaga pesakit. Isteri saya, wanita dari Amsal 31, jauh lebih bernilai daripada batu delima. Betapa gembiranya saya ketika seorang rakan datang bukan hanya memberi saya buah-buahan tapi juga memberi pati ayam atau sejambak bunga kepada isteriku. Ajak sipenjaga keluar makan atau tengok wayang, atau bersiar-siar di taman. Ayuh kawan, beri sokongan dan penghargaan kepada sipenjaga, bukan hanya ambil berat sipesakit sahaja.

Page 99: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

89

Diari bergambar Perjalanan 2

Pembedahan pada leher berjaya: Rakan dan doktor ENT, Dr Awal Hassan, yang masih menjadi salah satu doktor utama Ewe Jin melalui semua perjalanannya. Dr. Gucharan Singh ialah doktor onkologi Ewe Jin dalam dua perjalanan pertama sehingga dia berhijrah ke AS.

Perjalanan kemoterapi jadi lebih ringan dengan jururawat-jururawat yang sentiasa mesra dan ceria di wad onkologi Hospital Pakar Damansara, Aminah (kiri), Azura (kanan) dan Anita (belakang). Aminah juga merawat Ewe Jin dalam Perjalanan 3.

Page 100: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

Tuhan tidak menjanjikan hari tanpa kesakitan,ketawa tanpa kesedihan atau matahari tanpa hujan.Tetapi Tuhan telah berjanjikekuatan pada hari berkenaan,penawar hati bagi tangisandan cahaya bagi jalan.

Dan bagi semua yang percayadalam kerajaan-Nya di atas,Dia menjawab iman kaliandengan kasih yang kekal abadi.

(Sajak ini terkenal tetapi penyajaknya tidak diketahui. Ewe Jin miliki plak tertulis sajak ini di atas meja kerjanya di pejabat untuk mengingatkan diri supaya tetap setia kepada Tuhan samada masa baik atau sebaliknya.)

Janji-janjiTuhan

Page 101: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

91

Tuhan melindungi dan membela aku; aku percaya kepada-Nya. Dia menolong aku dan mengirangkan hatiku; aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran. - Mazmur 28:7

Dengan tenang aku menantikan Tuhan;Dia sahaja yang menyelamatkan aku.Hanya Dia pelindungku dan penyelamatku;Dialah pembelaku, dan aku tidak akan dikalahkan.

- Mazmur 62:1-2

Jangan takut kerana Aku menyertai kamu.Jangan cemas kerana Akulah Tuhan kamu.Aku akan menguatkan dan menolong kamu; Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.

- Yesaya 41:10

Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberi hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya.

- Yohanes 11:25-26

Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.

- Yohanes 3:16

Mutiara Kata Penawar Jiwa

Page 102: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

Dari jurnal kami: Perjuangan

PertamaBermula dalam bulan April, 1999 ...

Page 103: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

93

Satu diari perjalanan tersebutSaya masih ingat 19 April, 1999, seperti semalam. Pada hari tersebut saya telah “ditembak” semasa radioterapi atau RT, yang pertama dari 35 sesi yang dijadualkan berjalan selama tujuh minggu, setiap hari kecuali hari minggu. Sudah lima tahun berlalu.

Hari ini, NPC atau karsinoma nasofaringeal – kanser hidung secara umum – sudah tiada lagi.

Semasa rawatan saya, berat badan saya turun mendadak. Sekarang seluar lama saya muat dengan selesa sekali lagi. Ketika RT semua deria rasa saya terjejas. Hari ini saya dapat merasai semua makanan, malah kelenjar air liur saya kelihatan berfungsi penuh dan bekerjasama.

Dalam lima tahun yang lepas, saya bagaikan bergerak dari tempat yang tinggi dan menjunam hingga kebahagian yang paling rendah kerana ketidaktentuan keadaan kesihatan saya. Namun, ianya telah menguatkan keyakinan saya kepada Tuhan, yang menyembuhkan saya. Di sini ialah catatan ringkas rawatan mingguan saya yang ditulis sepanjang perjalanan tersebut. Pemikiran isteri saya, Angeline, berselang dengan pemikiran dan penulisan saya.

Peringkat Penemuan dan Pra-rawatan: Pada pertengahan November 1998, hidung saya berdarah dan satu telinga saya tersumbat. Biasanya saya tidak akan berjumpa doktor bagi masalah kecil sedemikian. Tetapi oleh sebab tertentu, saya pergi berjumpa dengan rakan saya, Dr Chang Chee Wah. Beliau merujuk saya ke pakar ENT di Hospital Universiti Malaya (kini dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Malaya) untuk memeriksa simptom “sebagai langkah berjaga-

Page 104: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

94

jaga”. Ujian biopsi negatif, dan memberikan kami sekeluarga peluang untuk meraikan ‘berita baik’ pada Majlis Jamuan Kesyukuran Krismas. Pada Mac 1999, ketika masalah tekanan telinga berulang, biopsi kedua disyorkan bersama dengan imbasan CAT dan saya diminta mendapatkan keputusan pada 15 April.

15 April: Doktor di HUM memberitahu saya bahawa saya ada kanser. Ianya amat memeranjatkan kerana sel-sel yang tidak merbahaya bertukar menjadi ganas dalam tempoh empat bulan. Berita baik ialah kanser saya tahap satu dan 100 peratus boleh disembuhkan. Doktor di HUM tahu apa yang mereka katakan. Pakar kanser hidung tetap HUM, Profesor Umapati Prasad, yang sepanjang hayat penyelidikannya mengenai kanser hidung telah mendapat pengiktirafan di Malaysia dan di seluruh dunia. Saya berterima kasih kerana seorang doktor biasa tidak melepaskan sebarang kemungkinan. Oleh kerana ianya akan mengambil masa beberapa minggu untuk giliran saya di klinik radioterapi HUM, saya minta pilihan lain dan telah dirujuk ke Hospital Pakar Damansara dibawah pengawasan Dr Gurcharan Singh Khera.

16 April: Saya pergi ke HPD untuk bersiap sedia bagi radioterapi, 35 sesi dalam tempoh tujuh minggu. Satu topeng plastik dipasang pada kepala saya. Ianya kelihatan seperti pelindung peserta seni bermain pedang, yang diskrewkan agar kepala saya berada dalam posisi setiap kali mesin menembak saya. Anak-anak lelaki saya berkata saya kelihatan seperti Darth Vader!

19 April: RT bermula. Sesi pertama seperti satu karnival. Saya ditemani isteri saya, Angeline, kak Andak saya dan suaminya yang kebetulan melawat dari Pulau Pinang ketika itu. Staf-staf hospital begitu sopan dan menggalakkan, saya mengucap syukur kepada Tuhan kerana memimpin kita ke tempat ini.

Page 105: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

95

Saya berkenalan dengan pesakit-pesakit lain dan penjaga mereka. Seorang pesakit berulang alik setiap pagi dari Nilai; seorang lagi datang dari Klang. Berbanding dengan mereka, saya seperti berada dalam jarak jalan-kaki ke hospital. Tetapi pengalaman tinggal sementara dalam bilik radioterapi lebih kurang sama: paling lama pun tiga minit sekali.

Dua minggu yang pertama berlalu bagai tiupan bayu. Staf-staf di klinik mengelarkan saya “pesakit paling ceria”. Itu sebelum bakteria dan kulat mulai berpesta di dalam tekak saya.

(Renungan Angeline pada akhir Minggu Kedua)Pada umumnya kami optimis kerana kanser Ewe Jin pada Tahap Satu dan mempunyai peluang sembuh dengan cemerlang baik. Dia sedang menjalani radioterapi, dan kami bersyukur kerana terselamat dari kemusnahan kemoterapi.

Ketika kami menghitung keberkatan-keberkatan ini, kami merasa kasihan kepada pesakit-pesakit lain yang baharu kami kenal bersama di dalam klinik onkologi – mereka yang mempunyai perjuangan lebih sukar dan yang bersendirian ketika menderita. Kami tidak tahu apa tujuan kejadian melencong begini dalam kehidupan kami. Apa yang kami sedar ialah kami telah mulai berempati dengan pesakit-pesakit kanser, sesuatu yang tidak mungkin diperolehi dengan melihat dari luar.

1 Mei: Tempoh yang paling sukar dalam RT ialah diantara Minggu Ketiga dan Minggu Kelima. Tekak saya diserang bakteria dan kulat yang menyebabkan jangkitan serius. Saya hanya boleh ambil Enercal (sejenis minuman bertenaga tinggi) dan jus-jus, dan berat badan saya turun mendadak. Keseluruhan kawasan sekitar tekak saya amat sakit hinggakan meminum cecair pun amat menyeksa. Saya sentiasa rasa loya dan mual.

Page 106: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

96

Dalam dua minggu pertama, saya meneguk banyak air sehingga botol-botol air saya tidak sempat dipenuhi. Dalam Minggu Ketiga, saya bergelut untuk menghabiskan walau hanya sebotol air.

7 Mei: Batuk saya berdarah dan saya muntah dalam bilik mandi. Saya baring di atas lantai, tidak bermaya. Pada saat itu, kak andak dan kak tam saya datang melawat, dan saya rasa amat teruk apabila mereka terpaksa melihat saya dalam keadaan ini. Akhirnya, saya buat keputusan untuk masuk hospital untuk semalam, untuk mendapatkan drip.

Nah, hanya satu hari dalam hidup pesakit kanser yang sedang menjalani radioterapi. Drip semalaman berkesan dan tekak saya mulai beransur baik. Tapi kulit pada pipi dan leher saya mulai kelihatan seperti kes selaran matahari teruk. Orang akan terbeliak melihat tanda-tanda pembakaran merah itu.

(Renungan Angeline pada akhir Minggu Ketiga)Mual. Tekak penuh ulser. Sakit pedih luar biasa. Ianya mulai jelas bagi saya bahawa kami akan hadapi keadaan sedemikian untuk jangkamasa panjang. Ewe Jin dimasukkan ke hospital pada Jumaat kelmarin untuk dapatkan drip. Doktor telah memberi kami pilihan itu dan Ewe Jin buat keputusan ikut cadangan doktor. Ianya terlampau menyakitkan walaupun dia hanya minum. Kami mempunyai banyak persoalan, semuanya membingungkan kami, tapi oh-seperti-biasa bagi doktor. Ya, hanya satu hari drip sudah mencukupi bagi Ewe Jin. Tidak, sakit tekak masih tidak hilang, sehingga terapi ini selesai. Ya, dia harus mulai yakin untuk makan semula, dan tabah menghadapi rawatan berikutnya.

Ada lagi soalan-soalan? Tiada, sebenarnya tiada perbezaan bagaimana makanan diambil – hanya diet cecair sepenuh pun baik juga, selagi ianya berkalori tinggi, berprotein tinggi. Ada soalan lain?

Page 107: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

97

Rawatan di hospital lima bintang. Jururawat sangat ceria dan ubat-ubatan berkesan bertindak. Saya tinggal satu malam bersama Ewe Jin dan bantu dia menanggalkan tiub apabila dia perlu ke tandas.

Hari Sabtu dia telah keluar hospital dan pagi Ahad dia sudah ceria dan cergas. Kemudian pada sebelah petang, sakit kembali. Kening Ewe Jin berkeringat. Dan saya tersentak. Jangan berayun naik turun seperti yo-yo, dan jangan bawa saya bersama kamu, saya kata dengan tidak munasabah.

9 Mei: Hari ini Hari Ibu. Saya bangun dan rasa hebat, pergi ke gereja dan berjumpa dengan ramai ahli gereja yang telah mendoakan saya. Saya boleh minum sebotol air. Bila balik ke rumah, saya mampu makan sedikit bubur. Ulser tidak akan hilang semalaman tapi saya fikir kini ianya terkawal. Doktor telah memberi saya pelbagai jenis ubatan untuk mengurangkan ketidakselesaan, termasuk anestetik tempatan dalam bentuk jeli. Melalui semua ini, saya dijaga dengan kasih-sayang dan prihatin ahli-ahli keluarga dan secara mental saya mengucap kepada semua ibu-ibu dalam keluarga “Selamat Hari Ibu”.

(Renungan Angeline pada akhir Minggu Keempat)Kami kini ditengah-tengah terapi ini. Peringkat Satu sudah tamat, kata pakar radiologi sambil tersenyum. Nah, peringkat pertengahan kelihatan tegang dengan perubahan alunan emosi, seperti menaiki roller-coaster. Banyak naik turun dalam sehari, saya rasa amat letih.

Waktu pagi biasanya penuh dengan janji yang penuh harapan. Ewe Jin akan rasa dia boleh tangani semuanya. Dia akan mundar-mandir membuat kerja rumah. Setiba tengahari, pergerakannya mulai perlahan. Pada waktu petang, dia mulai menjeluak. Dan hati saya akan tengelam lagi.

Page 108: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

98

Ianya satu tempoh yang penuh dengan banyak percanggahan. Saya begitu bingung dengan perubatan Ewe Jin, dan tidak ambil endah dengan hal-hal remeh – kerja-kerja rumah, hias diri. Namun, pada masa yang sama, hal-hal kecil menjadi begitu penting.

Semalam Hari Ibu. Ewe Jin terlalu letih untuk merancang hadiah-hadiah dari anak-anak lelaki. Anak perempuan seorang sahabat memberi saya bunga ros, seorang lagi anak kawan memberi saya satu beg rampaian bunga wangi. Entah macam mana, sungguh bermakna apabila rakan-rakan ini berkongsi hadiah Hari Ibu mereka dengan saya.

Hadiah tunai dan bantuan yang tidak dijangka dari rakan-rakan mengeluarkan tekanan dalam tekak saya. Mata saya berair apabila ahli keluarga datang membantu – jemput anak-anak, mop lantai, sedia ada bersama. Apabila Ewe Jin senyum atau berjenaka, ianya sudah cukup untuk membuat saya menangis. Saya rasakan mungkin emosi akan memuncak akibat keletihan dan tidak cukup tidur. Apabila semua sudah berlalu dan saya renung kembali tempoh masa berkenaan, saya rasa mungkin agak bodoh kerana begitu beremosi. Pada ketika itu, apa yang saya tahu ialah saya perlu bekerja lebih kuat hanya untuk mempertahankan agar kemajuan kehidupan tetap tidak terganggu. Mungkin puncak dan lurah akan berkurangan dalam Peringkat Dua. Saya berharap pasti demikian.

19 Mei: Hari ini, saya selamat jalani Dos No 23, tinggal 12 dos lagi. Saya yakin berkata bahawa saya boleh nampak cahaya di penghujung terowong. Saya berbual dengan seorang rakan pesakit, seorang Datuk yang baik dalam lingkungan umur 50an, yang memberitahu saya bahawa “radioterapi ialah seperti bayu berbanding dengan kemoterapi” yang beliau perlu bertahan selepas salah satu paru-parunya telah

Page 109: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

99

dibuang kerana kanser paru-paru. Lelaki ini bukannya seorang perokok. Seorang pemuda lain yang berbual dengan saya pula sama penyakit dengan saya, tapi kanser dia Tahap Dua apabila ia disedari. Saya cuba sedaya upaya untuk memberi dorongan dan galakkan kepada setiap insan yang saya jumpa di klinik. Saya amat diberkati kerana sentiasa mempunyai ‘rombongan mini’ bersama saya semasa saya dirawat. Dari segi kewangan, kami mempunyai cukup untuk memenuhi apa saja perbelanjaan setakat ini. Yesuslah Sauhku dalam setiap Ribut. Sebuah kereta dengan pelekat ini pada cermin depannya lalu didepan saya. Memang benar sekali!

(Renungan Angeline pada akhir Minggu Kelima)Hitungan ke belakang telah bermula. Hanya tinggal 10 sesi terapi! Kami sudah nampak cahaya di hujung terowong dan tanpa disedari, walaupun telah melalui hari-hari buruk pun, kami masih dapat bertahan. Tetapi pada masa ini tubuh badan saya pula memutuskan bahawa ia sudah cukup kena hukuman dan menyerah kepada demam selesema sepenuhnya. Kekuatan rohani lebih penting dari kekuatan fizikal, tapi kalau ada kedua-duanya pasti banyak membantu!

Kebelakangan ini, Ewe Jin lebih banyak senyum, dan anak-anak lelaki gembira “dapat Pap mereka semula”, walaupun dia “kurus macam anjing di padang rumput”, seperti yang Tim gambarkan. Kami juga telah melayan berdozen-dozen pelawat. Saya rasa saya gembira Jin mempunyai ramai rakan-rakan yang ambil berat. Namun, ianya meletihkan. Ramai orang cuba membantu, dan ada yang benar-benar membantu. Mengenang kembali, apa yang lebih membantu ialah menjadi pendengar, tanpa nasihat; dan khidmat yeoman – memasak, mencuci, membeli-belah barangan runcit, menjemput anak-anak, jadi pasangan tangan dan kaki apabila saya perlukan mereka! Saya berterima kasih kepada Tuhan ramai orang yang peka terhadap keperluan-keperluan saya.

Page 110: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

100

Minggu ini, saya juga menerima sekeping kad yang dialamatkan kepada saya. Bukan untuk Ewe Jin dan saya. Perbuatan ini kerdil, tapi ianya amat bermakna. Di sini, kepada semua penjaga kepada pesakit-pesakit di seluruh dunia, saya fikir mereka semua layak diberi anugerah.

4 Jun: Hurray, hari terakhir RT! Saya meraikannya dengan mengedarkan hadiah teddy-bear kecil kepada doktor dan staf di Klinik Onkologi. Pemeriksaan seterusnya ialah selepas satu bulan tapi ia akan mengambil sekurang-kurangnya setahun sebelum laporan bebas kanser diberikan. Saya kehilangan 10 kg sejak dari Minggu Pertama. Nampaknya seperti satu program menguruskan badan yang baik, radioterapi!

7 Jun: Hari ulangtahun perkahwinan kami ke-13 dan juga hari untuk kami pergi ke Hospital Universiti Malaya bagi mendapatkan keputusan imbasan hati dan tulang saya. Semuanya bebas kanser – barah tidak merebak! Saya masih perlu buat pemeriksaan setiap enam bulan, dan rekod bersih selama 5 tahun sebelum saya diumumkan “sudah sembuh” secara rasmi.

Page 111: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

101

PelangiSehari sebelum terapi bermula, kami ambil keputusan makan malam makanan laut sebelum saya terpaksa mengamalkan kawalan diet. Ketika kami duduk agak muram dalam restoran pada awal senja, saya melihat keluar dan terkejut melihat pelangi, jelas dan cerah, walaupun tiada setitis air hujan pun. Bagi saya, itu satu petanda janji Tuhan yang Dia menolong saya mengharungi perjalanan ini. Saya menulis sajak ini sebaik saja selepas itu.

Satu hati begitu dibebaniTiada terjawab “mengapa’Kegawatan dalamanPutus asa dan keluhan

Jiwa luka lebamFikiran lari liarKemudian satu suara bisikPandang ke atas, anak-Ku

Itu dia pelangi kuMenerangi seluruh jalan kuPetanda Tuhan kepada kuPada hari baik dan cerah

Bawa bertenang, anak-Kuusah takutkau fikir Aku jauhtapi Aku sangat dekat

Aku akan hantar malaikat-KuMengusap jiwa letih muRehat dalam-Ku, anak-KuKau tidak akan berjalan sendirian

Page 112: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

102

Sajak ini telah dijadikan lagu dan dinyanyikan buat kali pertama pada tahun 2014 apabila Ewe Jin memberi kesaksian di gereja.

Satu janji dibuatSatu janji dituntutMaka mulalah perjalanan kuKe hujung pelangi ku

Di hadapan adaKedua-dua mentari dan hujanNamun, kegirangan dibebaskanMeskipun dalam kesakitan

Tiada pasu emas di sana Di hujung pelangi aku Tapi janji Tuhan ada hidup Pada setiap liku jalan.

Page 113: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

103

Pengajaran daripada seorang penjaga pesakitOleh Angeline

Ia satu dunia baru, di luar realiti dan dingin. Suatu ketika dalam bulan April 1999, Ewe Jin dan saya

tersandung secara tidak rasmi ke dalam dimensi baru yang dipanggil onkologi.

Tiada yang meletihkan seperti kanser. Kelihatan hanya ada yang kalah; bezanya hanya bagaimana kamu kalah. Ia mungkin tunas-tunas rasa, rambut, organ-organ dalaman atau orang yang dikasihi.

Melalui ribut trauma fizikal dan pergolakan emosi sedemikian, kami bertuah kerana mempunyai satu rangkaian sokongan kaum keluarga dan rakan-rakan, dan paling utama, satu iman teguh-setia dalam Tuhan.

Ewe Jin disahkan NPC atau karsinoma nasofaringeal atau kanser hidung oleh doktor-doktor di Hospital Universiti Malaya di Petaling Jaya. Mujurlah kanser ini berada di Peringkat 1.

Prognosis itu baik. “Encik Soo, awak ada peluang lebih tinggi dilanggar kereta daripada mati kerana kanser ini,” seorang doktor beritahu kami dengan gembira. “Walau bagaimanapun, dalam tempoh 12 tahun lalu, kami telah mempunyai rekod yang sembuh 100 peratus.”

Ewe Jin diberikan 35-sesi rawatan radioterapi. Kami memilih untuk menjalani terapi ini di Hospital Pakar Damansara sebab senarai tunggu yang panjang di HUM.

Pertama kali kami masuk ke Klinik Onkologi di Damansara, kami nampak buat kali pertama, hakikat

Page 114: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

104

sebenar di belakang statistik kanser. Pesakit-pesakit terdiri dari yang muda ke tua, Muslim ke Kristian, Datuk ke Pakcik biasa.

Kami mengenal ramai pesakit. Ada berada di Peringkat Dua atau Tiga, berjuang gigih menentang sel jenama ganas. Hati kami menjerit-menangis terutama bagi mereka yang kelihatan bertarung bersendirian melalui penderitaan ini.

Saya tertanya-tanya, apakah tujuan bagi semua lencongan peristiwa begini dalam kehidupan kami? Sudah pasti kami akan mengetahuinya pada suatu masa nanti. Buat masa sekarang, kami hanya bersyukur bahawa Tuhan tetap setia kepada kami dan menolong Ewe Jin dan saya mengharungi perjalanan ini.

Dalam beberapa bulan yang lepas, kami telah memperolehi beberapa pandangan bagaimana untuk meresponi pada krisis begini dengan cara yang lebih berguna dan bukannya menghalang.

DoaSebaik sahaja kami “bunyikan loceng amaran”, seluruh keluarga dan rakan-rakan berdoa bersama kami dan untuk kami. Ianya satu sumber ketenangan yang amat besar tatkala kami sedar bahawa awan besar doa ini telah menyelubungi Ewe Jin agar terus setia setiap hari kepada Tuhan kami di syurga!

Saya mesti mengatakan bahawa, walaupun Ewe Jin dan saya mempunyai keyakinan kendiri berkenaan penyembuhan fizikal. Kami pernah berdoa bagi rakan-rakan yang sakit, dan kami tahu dari pengalaman bahawa bagi setiap pesakit yang sembuh melalui doa, sekurang-kurangnya ada seorang lain tidak.

(Saya ingin membezakan penyembuhan fizikal daripada penyembuhan roh, yang kami percaya datang kepada semua yang mencarinya.)

Page 115: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

105

Jadi, di mana Tuhan apabila penyembuhan fizikal tidak berlaku? Adakah kita menyalahkan ketiadaan iman seseorang? Adakah Tuhan begitu cerewet bahawa Dia tidak akan menyembuhkan jika keragu-raguan bermain-main dalam minda kita? Adakah Tuhan tiada kuasa sehingga halangan kecil boleh menyekat laluan penyembuhan-Nya?

Akhirnya, Ewe Jin dan saya percaya bahawa “Tuhan di syurga dan semuanya baik dengan dunia”. Bagi kami, datang penyembuhan atau penyakit, Tuhan masih berkuasa penuh. Kami akan menaruh kepercayaan sepenuhnya pada Tuhan untuk merungkai kehidupan kami menurut rencana-Nya.

PreskripsiDalam tempoh singkat dua minggu, kami telah dibebani timbunan nasihat mengenai diet, ubat dan penawar kanser.

Kami menerima semua dengan semangat yang diberikan, melalui kasih. Namun, yang penting ialah kami telah dimaklumkan tanpa sebarang syarat oleh doktor bahawa kami harus mengelak dari perubatan alternatif sepanjang tempoh rawatan radioterapi.

Terapi meletihkan dan mencabar bagi kedua-dua sipesakit dan sipenjaga. Dan perlu mendengar cerita-cerita yang tidak berkesudahan bagaimana jiran atau rakan sekerja telah sembuh dengan jus ‘wheatgrass’ atau rumput gandum, atau herba-herba lain boleh membuat kami letih dan bosan untuk mendengar. Kami benar-benar tidak mahu tahu kisah kanser orang lain pada ketika ini. Ini memang satu pengajaran bagi saya. Sebelum ini, saya pernah memberikan nasihat sedemikian apabila seseorang memberitahu saya, saudara rapat mereka ada kanser. Sekarang saya sedar saya harus jadi pendengar, sebab ianya lebih banyak membantu.

Page 116: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

106

HadiahWalaupun Ewe Jin tidak ada kerja tetap pada masa itu, kami beritahu setiap orang bahawa keadaan kewangan kami masih mampu diurus. Namun, apabila wang tunai secara senyap diselitkan ke dalam tapak tangan kami atau dimasukkan ke dalam akaun kami, kami amat bersyukur.

Kami menghargai pemberian setengah kotak epal hijau untuk dijuskan. Dan bekalan tetap kari dhal yang dimasak sendiri. Dan vitamin-vitamin untuk mengekal daya tahan kami. Kad-kad dan surat-surat juga banyak memberikan ketenangan dan keselesaan.

Secara ringkas, hadiah-hadiah prihatin dari hati sering menjadi ubat penawar kepada jiwa-jiwa yang keletihan.

Saya juga mesti menceritakan peristiwa apabila tekak Ewe Jin bagai dihentam teruk daripada sinaran-sinaran X-ray, sehinggakan dia tidak boleh telan cecair. Dia telah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan drip.

Penginapan satu malam di hospital menyebabkan kami kesempitan kewangan sebanyak RM1,200. Kami berbincang samada kami harus minta bantuan ahli keluarga dan rakan-rakan. Lagipun, dalam Alkitab juga mengatakan, minta dan kamu akan diberi. Kemudian, kami teringat, ianya bermaksud minta kepada Tuhan, maka kami pun membawa keperluan kami kepada Tuhan dalam doa.

Dalam tempoh tiga hari, wang tunai datang dalam tiga bahagian – RM500, RM500 dan kemudian RM200. Kiraan sempurna! Tuhan begitu baik-indah!

Kami belajar bergantung kepada Dia untuk menyediakan keperluan kami, dan masih belajar setiap hari sehingga kini.

Page 117: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

107

KehadiranTidak seperti hadiah, kesan kehadiran seseorang sukar diramalkan. Secara jujur, Ewe Jin dan saya mendapati kehadiran sesetengah orang merangsangkan, yang lain pula melemahkan kekuatan kami.

Sebelum anda melawat seseorang pesakit kanser, tanya diri anda apa tujuan lawatan anda. Usah pergi jika ia hanya untuk menyakinkan diri sendiri bahawa semua orang yang dikasihi masih baik.

Adakala besar kemungkinan, orang itu mungkin melawan penyakitnya dengan baik tapi kesan-kesan sampingan terapi akan mulai kelihatan – mungkin mulut lepuh, kulit lecuh, sakit tekak dan sebagainya. Dalam keadaan sedemikian, bukan tugas mudah untuk menenangkan pelawat dan sebenarnya tidak adil bagi pesakit!

Sebaliknya, Ewe Jin ada seorang kawan yang muncul setiap hari di klinik onkologi di mana radioterapi diuruskan. Rakan ini hanya menunggu Ewe Jin, baca suratkhabarnya, kemudian balik selepas sesi rawatan selesai. Lawatan-lawatan begini menjadi sebahagian dari jadual hariannya.

Dia tidak kecoh atau heboh akan kesan-kesan samping Ewe Jin yang semakin jelas kelihatan. Dia hanya memberikan sokongan dengan kehadirannya di sana.

Pengalaman ini telah mengajar saya bahawa ketika melawat seorang pesakit, kehadiran anda mesti memberikan sokongan dan keselesaan, jika tidak ianya tidak bermakna. Jika ada keraguan, sila tanya dahulu. Jika kehadiran anda tidak membantu, penjaga akan beritahu anda. Tangguhkan lawatan anda; anda boleh memainkan peranan anda dengan cara lain.

Page 118: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

108

Pembelajaran ialah poses seumur hidup. Ianya pasti satu lekuk pembelajaran yang curam bagi kami. Meskipun tidak selesa dan menyusahkan, saya percaya kami telah berjaya keluar darinya dengan lebih berpengalaman.

Pada 4 Julai, Ewe Jin dijadualkan untuk membaca kitab suci di Gereja Wesley Methodist Kuala Lumpur, di mana kami menyembah. Dia ucap terima kasih kepada jemaat gereja bagi doa dan sokongan mereka.

Dia telah mengharungi satu jalan yang jauh. Begitu juga saya. Dan kami berdua sedar bahawa kami tidak mungkin dapat melakukannya tanpa kebaikan Tuhan yang bertahan selama-lamanya.

Sepatah kata daripada pesakitPada hari Ahad sebaik sebelum saya mengetahui tentang kanser saya, khutbah hari itu ialah berkenaan bagaimana Tuhan tidak pernah memberi kita kekuatan terlebih dahulu. Apabila kita perlu mendaki bukit, pastor berkata, Tuhan akan beri kita kekuatan untuk mendaki bukit. Dan apabila kita perlu mendaki gunung, Tuhan akan memberi kita kekuatan untuk mendaki gunung.

Semasa saya melalui perjalanan yang haru-biru ini, sesungguhnya Tuhanlah yang memberikan tenaga dan mengekalkan saya pada setiap lencongan. Tuhan bukan hanya mengekalkan dan menguatkan saya tapi Dia juga memastikan Angeline menjadi tiang teguh ku, kubu kuat ku dan pokok yang ditanam di tepi aliran sungai yang enggan dipindahkan.

Page 119: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

109

Dia mengejutkan kami semua dengan kecekapannya mengurus kerja-kerja rumah dan memastikan peristiwa ini mengakibatkan sedikit gangguan kepada keluarga kami. Angeline mendaki bukit-bukau dan gunung-ganang. Dia menyeberangi sungai bergelora.

Bersama dia di sisi, saya boleh memberi tumpuan kepada rawatan dan proses pemulihan saya. Terima kasih Tuhan untuk isteri yang begitu baik!

“Ya Tuhan, sembuhkanlah aku, supaya aku sihat. Selamatkanlah aku, agar aku selamat. Engkau saja yang aku puji!”

– Yeremia 17:14

“Akulah Tuhan yang menyembuhkan kamu.” – Keluaran 15:26

Artikel ini telah diterbitkan dalam Wesley Tidings, surat berita gereja, pada tahun 1999.

Page 120: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

110

Renungan Ewe JinApabila kami mula-mula ingin membuat buku kecil ini, saya tertanya-tanya adakah berbaloi saya menceritakan kisah saya. Apa yang istimewa tentang perjalanan saya? Ramai yang telah menempuhi jalan sedemikian sebelum ini. Ramai yang telah menulis banyak buku-buku berinspirasi.

Tetapi saya yakin bahawa kisah saya unik dalam caranya tersendiri. Saya kehilangan Kak Anjang dan ayah saya akibat kanser. Saya telah mengembara bersama mereka berdua dalam kedua-dua perjalanan mereka dan setiap kali ianya berbeza.

Apabila kakak saya dikenalpasti diserang kanser, kami sekeluarga terperanjat dan kami terbiar dan hanya mampu meraba-raba dalam kegelapan. Ketika saya merenung kembali beberapa bulan terakhirnya, saya sedar dia sedang mencari jawapan yang tiada seorang pun dalam keluarga boleh memberi jawapan kepadanya.

Sebagai adik lelakinya yang berjauhan, saya hanya mampu melakukan sedikit dengan menghantar duit dan melawatnya sekali-sekala. Saya berada di sana apabila dia menghembuskan nafas terakhir tapi saya rasa tidak bermaya kerana tidak mampu berbuat lebih baginya.

Apabila ayah saya dikenalpasti diserang kanser, saya mampu memberikan sedikit keselesaan. Saya telah mengenali Tuhan ketika itu dan hanya dengan mengetahui bahawa Dia ambil berat dan akan menjaga ayah saya menjadikan perjalanannya dapat bertahan sedikit. Saya bercakap dengan ayah berkenaan dengan iman saya dan ketika bersama dengannya, dia juga menghembuskan nafas terakhir.

Setelah menyaksikan dua orang yang tersayang pergi dengan cara ini, ia adalah satu keajaiban bahawa apabila tiba giliran saya, saya tidak rasa kematian

Page 121: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

111

telah datang mengetuk pintu saya. Sebaliknya, janji kehidupan kekal terjamin, saya berdepan perjalanan saya dengan satu keyakinan yang hanya dengan beriman boleh berikan.

Saya masih ingat beberapa kali, saya nampak wajah-wajah pelawat dan saya akan mengusik mereka, “Mengapa pandang saya macam saya akan mati?” Mereka bertanya saya rahsia kepada ketenangan damai sejahtera dan saya akan jawab, “Percaya kepada para doktor, dan percaya sepenuhnya kepada Tuhan.”

Apabila kanser menyerang dalam tahun 1999, saya berada di ambang untuk kembali bekerja. Tetapi jawatan yang kononnya dijanjikan kepada saya tidak ditunaikan. Walaupun saya kecewa pada mulanya, saya sedar kemudian bahawa niat untuk kembali bekerja telah ditangguhkan buat sementara waktu oleh satu Kuasa Lebih Besar sebab saya harus melalui ujian ini dahulu.

Adakah saya lulus ujian ini? Saya tidak boleh beri satu jawapan tapi saya tahu bahawa saya akan gagal teruk jika saya tiada Penyelamat Peribadi untuk keselesaan dan untuk bimbingan. Saya berpaut kuat pada kepercayaan bahawa “kita tidak pernah diberi beban yang lebih daripada kemampuan kita untuk menanggungnya.”

Tepat satu tahun kemudian, apabila kesan-kesan radioterapi saya telah lama berlalu, saya boleh mendapat kerja di The Star, tempat saya bekerja sekarang.

Keajaiban-keajaiban tidak pernah berhenti. Buku kecil ini terpaksa dipadatkan supaya anda boleh cepat menjelajahi apa yang saya telah lalui dan saya terpaksa tinggalkan banyak kisah yang tidak diceritakan. Apa yang membuat perbezaan dan apa yang menjadikan perjalanan ini istimewa? Jawapannya ialah: Tuhan yang membuat perbezaan.

Page 122: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

112

Renungan AngelineKami mengalahkannya. Kami semua lakukan: Ewe Jin dan saya, anak-anak lelaki kami Kevin dan Tim, kaum keluarga besar kami, ramai rakan-rakan setia – dan, yang terutama sekali, Tuhan yang Maha Penyayang yang jadi sumber kekuatan dan harapan kami. Sekarang, tiga tahun selepas Ewe Jin didiagnos dengan kanser, kini dia sembuh sepenuhnya.

Sebagai penjaga utama kepada Ewe Jin semasa dia sakit, saya sering mendapati diri saya berada pada roller-coaster emosi. Ianya bukan satu tunggangan yang selesa, sebab saya pada asasnya jenis orang hakikat –sebenar dan tidak mudah menunjukkan emosi.

Satu pertarungan peribadi ialah belajar “cakap serupa bikin”, dan meletakkan kepercayaan penuh saya kepada Tuhan. Ini bukannya perkara mudah walaupun sudah bertahun-tahun sebagai seorang Kristian. Ewe Jin telah menjadi tiang kekuatan teguh saya dalam segala hal, dari keputusan kerjaya hingga pembayaran semua bil-bil. Ianya satu pengalaman yang menakutkan apabila tiba-tiba mendapati tiang itu ada keretakan.

Saya juga risau jika ditinggalkan berseorangan untuk membesarkan anak-anak. Ini satu fikiran yang mengerunkan, tidak kurang langsung sebab Ewe Jin seorang penjaga yang sering menyertai keibubapaan dan melakukan lebih dari peranannya dengan anak-anak lelaki kami.

Saya rasa seperti saya sedang berjalan atas dawai tegang tanpa sawang keselamatan di bawah. Lebih dari sekali, saya tersungkur dalam tangisan kehampaan ketika saya mempunyai sedikit masa untuk bersendirian. Beban perjalanan yang sedang ditanggung kelihatan terlalu sukar untuk dipikul.

Page 123: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

113

Hanya apabila saya telah kehabisan keupayaan dan tidak berdaya memikul beban dengan kekuatan saya sendiri, saya rela menyerah dan biar Tuhan mengambil alih. Dan apabila saya berbuat demikian, betapa manisnya kelegaan yang datang! Saya tidak lagi risau mengenai segala “bagaimana” dan “apa jikalau”.

Tetapi Tuhan menjawab, “Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah.” - 2 Korintus 12:9

Ya, perjalanan ini bergelora. Tetapi menerusi semuanya, Tuhan terbukti tetap kekal setia– walaupun kematian.

Walaupun aku melalui lembah bayangan kematian, aku tidak akan takut, ya Tuhan, kerana Engkau menyertai aku. Engkau melindungi aku dengan tongkat dan gada-Mu.

–Mazmur 23:4

Page 124: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

114

Saya menulis ini seminggu selepas doktor memberikan saya laporan lima-tahun bebas kanser pada 7 April 2004. Ia sememangnya satu hari yang

penuh beremosi bagi saya walaupun saya telah bersedia untuk berita baik. Saya telah membawa

kamera untuk mengambil bersama dengan Dr Gucharan Singh dan Dr Awal Hassan.

Tuhan yang Menyembuhkan SayaPada 7 Jun, 1999, saya telah menulis dalam jurnal: Hari ini ulangtahun perkahwinan kami ke-13 dan juga hari apabila kami pergi ke HUM untuk mengambil keputusan imbasan hati dan tulang. Semuanya bebas kanser. Kanser di hidung saya tidak merebak! Saya masih perlu menjalani pemeriksaan setiap enam bulan, dan rekod bersih selama lima tahun sebelum saya diumumkan “sudah sembuh” secara rasmi.

Pada 7 April, 2004, para doktor saya di HPD mengistiharkan saya bebas-kanser, genap tepat lima tahun selepas ianya ditemui dan dirawat. Saya telah bebas dalam sepanjang tempoh ini tetapi tanda lima-tahun dianggap penting dari pandangan para-doktor. Tuhan Penyembuh, sudah semestinya, bekerja dalam jadual waktu berlainan dan jaminan penyembuhan-Nya kepada saya datang lebih awal. Tapi saya gembira yang para-doktor dapat membuktikan secara perubatan apa yang dijanjikan Tuhan. Walaupun berita ini telah dijangka, hari itu masih lagi terbukti menjadi agak beremosi bagi saya.

Saya pantas menghantar SMS ketika masih berada di hospital dan balasan pantas dan bersemangat sampai. Saya amat tersentuh apabila rakan-rakan benar-benar menjerit kegembiraan dengan berita baik ini. Ada di kalangan anda yang telah mendengar kesaksian

Page 125: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

115

saya, dan mungkin anda diantara mereka yang telah membaca buku yang ditulis oleh isteri saya dan saya berjudul Bersemuka dengan Kanser.

Lima tahun dahulu, saya penuh dengan pelbagai persoalan kenapa saya terpaksa bertarung dengan C Besar. Hari ini, saya percaya saya tiada sebarang sebab untuk diragui bahawa ujian yang telah saya lalui telah menguat-kukuh-teguhkan saya. Untuk ini, saya berterima kasih kepada Tuhan. Ini ialah kesaksian saya.

Perjalanan Tersebut: Aku Tuhan yang menyembuhkan kamu. Entah berapa kali saya telah mendengar lagu ini dinyanyikan oleh Don Meon. Tuhan menyembuhkan. Kami semua tahu. Tetapi penyembuhan tidak semestinya terhad kepada aspek fizikal saja. Saya beruntung akan hal ini tetapi saya mesti juga berkata bahawa dalam tempoh lima-tahun ini, saya juga kehilangan beberapa kawan kerana kanser. Isteri saya dan saya mempunyai keyakinan kendiri berkenaan penyembuhan fizikal.

Kami pernah mendoakan rakan yang sakit, dan kami juga sedari dari pengalaman bahawa bagi setiap orang yang disembuhkan, ada seorang lain yang tidak. (Saya ingin membezakan penyembuhan fizikal daripada penyembuhan roh, yang kami percaya datang kepada semua yang mencarinya.) Jadi, di mana Tuhan apabila penyembuhan fizikal tidak berlaku? Adakah kita menyalahkan ketiadaan iman seseorang? Adakah Tuhan begitu cerewet bahawa Dia tidak akan menyembuh jika keraguan bermain-main dalam minda kita? Adakah Tuhan tiada kuasa sehingga halangan kecil boleh menyekat laluan penyembuhan-Nya?

Dalam kes saya khususnya, keyakinan kami berasaskan prognosis para-doktor sama sepertimana ianya berasaskan iman dalam Tuhan. Pada setiap masa, kami percaya “Tuhan di syurga-Nya dan semuanya

Page 126: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

116

baik dengan dunia.” Bagi kami, datang penyembuhan atau penyakit, Tuhan masih berkuasa sepenuhnya. Kami akan menaruh kepercayaan sepenuhnya pada Tuhan untuk merungkai kehidupan kami menurut rencana-Nya. Meskipun saya melalui penderitaan sebelum ini, saya juga sedar bahawa penderitaan menghasilkan ketekunan; ketekunan menimbulkan tahan uji dan tahan uji menghasilkan pengharapan. Dan pengharapan tidak mengecewakan, kerana Tuhan sudah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita. Tuhan melakukan hal itu dengan perantaraan Roh- Nya, yang sudah dikurniakan-Nya kepada kita. Tuhan Pemberi, Penjaga dan Pelindung: Pada masa apabila saya sedang melalui perjalanan ini, saya sedang menikmati salah satu tugasan sebagai ayah sepenuh-masa. Ini bermakna saya tidak dilindungi oleh sebarang skim syarikat dan segala yang kami belanjakan perlu datang dari sumber lain. Penjagaan dan perlindungan Tuhan terang menyinari pada masa tersebut. Semua bil-bil telah diselesaikan dengan sumbangan murah hati daripada kaum keluarga dan rakan-rakan.

Contoh yang terbaik ialah apabila saya menginap semalaman di hospital dan bil ialah RM1,200. Dari mana nak dapatkan wang ini, kami bertanya. Tambahan lagi, kami sudah menjangkakan banyak bil-bil tapi bil ini tidak dijangka. Kami tahu jika kami berhubung dengan orang, mereka akan bertindak tapi kami buat keputusan untuk berlutut dan berdoa. Dalam tempoh tiga hari kemudian, tiga cek diterima, dua cek RM500 dan satu cek RM200. Bercakap tentang Tuhan pakar matematik sempurna.

Page 127: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

117

Tujuan menjadi lebih jelas dan bermanfaat di kemudian hari. Pengalaman saya sudah pasti membuatkan saya seorang kaunselor yang lebih baik kepada mereka yang akan memulakan perjalanan yang sama. Saya boleh memberi nasihat yang praktikal dan berguna, dan menutur kata-kata yang selesa-lega yang tidak berbunyi kosong. Saya rasa ianya seakan menjadi jurulatih renang yang masuk dalam air bersama dengan murid-muridnya, dan bukan hanya menjeritkan arahan dari tepi kolam. Malah, jururawat-jururawat di klinik onkologi saya mendapati nombor telefon saya berguna, dan mereka memberikan kepada pesakit-pesakit baru yang sedih-runsing, dan perlu bercakap dengan seseorang. Saya kira ini satu keistimewaan, sebab dalam membantu orang lain dengan cara ini, saya sendiri benar-benar diberkati.

Dan akhir sekali, Perspektif yang saya perolehi ialah Terima Kasih serta Bersyukur. Berjuta-juta hal yang kami harus berterima kasih kepada Tuhan waktu kita bangun setiap pagi, tapi selalunya kita merasa segala hal biasa saja. Saya cuba menyemai sikap berterima kasih serta bersyukur ini kepada mereka yang bertembung dengan laluan saya. Saya pernah memberi buku kecil Kanser saya kepada rakan-rakan sekerja yang dibebani dengan masalah tugasan kerja, atau kawan-kawan yang sedang menghadapi kesukaran, dan setiap kali mereka kembali mengatakan bahawa kisah saya telah membantu mereka untuk mundur selangkah dari masalah mereka dan sedari bahawa mereka benar-benar lebih bernasib baik.

Ya, kanser punyai cara tersendiri untuk membuatkan pelbagai masalah lain kelihatan kerdil!

Page 128: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

118

Sepuluh Hukum Untuk Terus Hidup dari Kanser1. Kamu harus menganggap perkataan ‘kanser’

betul-betul sebagai: satu kata. Tiada lebih, tiada kurang. Sebab makna asalnya telah banyak berubah beberapa tahun lalu, begitu juga dengan kata-kata seperti cacar dan polio, pada suatu ketika semuanya merupakan penyakit yang mengerunkan, kini tidak lagi wujud sebagai penyakit. Dan begitu juga kanser kamu akan pupus jua. Jawapan akan datang kepada mereka yang hadir untuk mendengarnya. Sila hadir bila ia tiba.

2. Kamu harus mencintai kemoterapi, radioasi, dan rawatan lain sepertimana kamu mencintai diri sendiri, sebab mereka ini rakan dan juara kamu. Walaupun mereka menuntut kerosakan bagi usaha mereka, mereka sering paling murah hati dalam kebaikan yang dihadiahkan.

3. Kamu harus mengambil bahagian sepenuhnya dalam pemulihan kamu. Kamu harus belajar setiap perincian penyakit kamu, diagnosisnya, prognosisnya, rawatan-rawatannya, konvensional dan alternatif. Kamu harus membincangkan semua hal secara terbuka dan terus-terang dengan pakar onkologi kamu dan harus bertanya semua yang kamu tidak faham. Kemudian, kamu harus bekerjasama secara bijak dan berilmu dengan doktor kamu.

4. Kamu harus menganggap penyakit ini sebagai lencongan sementara dalam hidup kamu, dan harus merancang masa depan kamu, seolah-olah lencongan ini tidak pernah terjadi.

Page 129: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

119

Jangan sesekali, pada bila-bila masa, walau bagaimanapun, kamu menganggap penyakit sementara ini sebagai penyakit kekal. Kamu harus menetapkan matlamat jangka panjang untuk diri kamu sebab kamu AKAN pulih dan kepercayaan kamu sebegini akan memberi sumbangan besar kepada pemulihan kamu.

5. Kamu harus meluahkan perasaan secara terus-terang dan terbuka kepada orang yang menyayangi kamu sebab mereka juga terjejas. Kamu harus menghiburkan dan menyakinkan mereka, sebab mereka juga, perlukan galakan selesa dan keyakinan berulang, sepertimana yang kamu perlukan.

6. Kamu harus jadi penghibur kepada rakan-rakan senasib, memberi ilmu pengetahuan, sokongan dan dorongan, persefahaman dan kasih. Kamu harus memberi mereka harapan di mana tiada harapan, sebab hanya dalam harapan wujud keselamatan mereka. Dan dengan berbuat demikian, kamu juga menghiburkan diri sendiri.

7. Kamu harus jangan sesekali melepaskan harapan, biar apapun perasaan kamu pada ketika itu, sebab kamu sedar, jauh dalam sanubari hati kamu, bahawa kekecewaan kamu itu akan berlalu cepat dan satu hari yang lebih baik menanti kamu.

8. Kamu harus jangan menganggap penyakit kamu sebagai keseluruhan hidup kamu tapi sebagai hanya sebahagian kecil sahaja. Penuhi kehidupan kamu dengan pelbagai aktiviti lain, samada kurang seronok, berani, timbang rasa, atau sekadar kelakar. Memenuhi hidup kamu dengan penyakit kamu hanya menyerah-kalah kepadanya.

Page 130: Bersemuka Dengan Kanser - dttk.netdttk.net/face2face/face2face2017bm.pdf · Bersemuka Dengan Kanser Soo Ewe Jin & Angeline Lim Dalam ‘Bersemuka dengan Kanser’, Soo Ewe Jin dan

120

9. Kamu harus mengekalkan, setiap masa dan dalam semua situasi, sikap kelakar, sebab ketawa meringankan hati kamu dan mempercepatkan pemulihan kamu. Ini bukan satu tugasan mudah, adakala seakan mustahil, tapi ianya satu matlamat yang berbaloi dengan usaha kamu.

10. Kamu harus bertahan dan beriman yang tidak mudah termusnah, samada iman kamu dalam Mahluk Agung, dalam Sains Perubatan, dalam Masa Depan Kamu, dalam Diri Kamu, atau dalam Apa Saja. Kekalkan iman kamu dengan mantap sebab ia akan mempertahankan kamu.

Oleh Paul H KleinPunca: www.lymphomation.org