sarjana muda pengajaran (sekolah rendah) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/hbml1203smp/185… ·...

17
SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) AMBILAN KHAS MAC 2011 SEMESTER 5 / MEI 2012 HBML1203 SMP FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU (SMP) NAMA : SIMON JACKROW NO. MATRIKULASI : 700823125523001 NO. KAD PENGENALAN : 700823125523 NO. TELEFON : 0148530888 E-MEL : [email protected] TUTOR : EN. MOHD. SENIN BIN KASSIM PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SANDAKAN

Upload: duongxuyen

Post on 02-Apr-2018

262 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH)

AMBILAN KHAS MAC 2011

SEMESTER 5 / MEI 2012

HBML1203 SMP

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU (SMP)

NAMA : SIMON JACKROW

NO. MATRIKULASI : 700823125523001

NO. KAD PENGENALAN : 700823125523

NO. TELEFON : 0148530888

E-MEL : [email protected]

TUTOR : EN. MOHD. SENIN BIN KASSIM

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SANDAKAN

Page 2: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

PENGENALAN

Bahasa merupakan suatu sistem lambang bunyi yang arbitrer yang digunakan oleh

manusia untuk tujuan komunikasi. Bahasa mempunyai tiga subsistem iaitu fonologi,

gramatikal, dan semantik. Istilah fonologi berasal dari bahasa yunani phone= „bunyi‟, logos=

„ilmu‟. Oleh itu, fonologi adalah ilmu bunyi.

Dengan demikian dapat kita simpulkan bahawa fonologi adalah cabang ilmu bahasa

(linguistik) yang mengkaji dan mendeskripsikan bunyi-bunyi bahasa, proses terbentuknya,

dan perubahannya.

Menurut Sudaryanto (1974:1), fonetik mengkaji bunyi bahasa dari sudut ucapan

(parole). Fonetik adalah ilmu yang mengkaji tentang suara/bunyi yang tercipta dari udara

yang keluar dari kerongkong atau peti suara sehingga menghasilkan bahasa.

Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan

nadi utama. Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses.

Dalam penghasilan bunyi vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting.

Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru

keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau

sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-

bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi

konsonan. Tidak ada bahasa yang tidak mempunyai vokal kerana vokal ialah nadi bunyi

dalam urutan suku kata.

Fonetik terbagi dari menjadi tiga iaitu Fonetik Organik “Mendeskripsikan cara

membentukan dan mengucapkan bunyi bahasa, serta pembagian bunyi bahasa berdasarkan

artikulasinya”. Fonetik Akustis “mendeskripsikan bunyi bahasa berdasarkan pada aspek-

aspek fisiknya sebagai getaran udara “(Malmberg, 1963:5).Fonetik Auditoris

“mendeskripsikan cara mekanisme pendengaran penerima bunyi-bunyi bahasa sebagai

getaran udara” (Bronstein & Jacoby, 1967:70:72).

Page 3: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL

Penghasilan bunyi vokal

Menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (1998:31):

“ Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar

berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan.

Bunyi vokal mempunyai cirri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi

vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.

Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa

Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.

Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala

tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu [ə] .Rajah dan

kedudukan pada gambar rajah tersebut menunjukkan kedudukan mengikut bahagiannya.

Bahagian-bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah, di sebelah kanan

merupakan bahagian belakang lidah dan di tengah pula merujuk kepada bahagian tengah

lidah. Garis-garis yang melintang itu pula merupakan garis yang menunjukkan ketinggian

lidah dinaikkan

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika

menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga

mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal

Page 4: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar

tanpa sekatan atau geseran.

Penghasilan bunyi-bunyi vokal ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu:

Vokal Depan Sempit (i)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan setingg-tingginya hingga hampir

menyentuh lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara

dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sebarang halangan. Glotis dirapatkan, pita suara

digetarkan. Bibir berada dalam keadaan terhampar.

Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari

Vokal Depan Separuh Sempit (e)

Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah diturunkan, 1/3 daripada kedudukannya

semasa penghasilan vokal [i].Lelangit lembut dinaikkan. Glotis dirapatkan, pita suara

bergetar.Bibir dihamparkan.

Contoh: kole, tauge, bendi, elok

Vokal Depan Separuh Luas

Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk

menghasilkan vokal [e ]. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara

dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sebarang halangan. Glotis dirapatkan, pita suara

digetarkan. Bibir berada dalam keadaan terhampar.

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

Vokal Depan Luas ( a)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit

lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga

mulut tanpa sebarang halangan. Glotis dirapatkan, pita suara digetarkan. Bibir berada dalam

keadaan terhampar.

Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

Page 5: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

Vokal Belakang Sempit (u)

Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi-tingg, tetapi tidak menutup ruang

aliran udara. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru

melalui rongga mulut tanpa sebarang halangan. Glotis dirapatkan, pita suara digetarkan.

Bibir berada dalam keadaan bundar.

Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang

Vokal Belakang Separuh Sempit ( o )

Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 daripada kedudukan lidah semasa

menghasilkan vokal belakang sempit [u] . Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga

hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sebarang halangan. Glotis

dirapatkan, pita suara digetarkan. Bibir berada dalam keadaan bundar.

Contoh: obor, solo, polo, toko, orang

Vokal Belakang Separuh Luas

Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan lidah semasa

menghasilkan vokal belakang separuh sempit [o] Lelangit lembut dinaikkan untuk

menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa

sebarang halangan. Glotis dirapatkan, pita suara digetarkan. Bibir berada dalam keadaan

bundar.

Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

Vokal Tengah

Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah

dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit

lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga

mulut tanpa sebarang halangan. Glotis dirapatkan, pita suara digetarkan.

Bibir dalam keadaan biasa.

Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

Page 6: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

Penghasilan bunyi kosonan

Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan

mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan

Cara

sebutan

bibir Gigi-gusi Lelangit

keras

Lelangit

lembut

Glottis

Letupan P b T d - K g -

Letusan - - C j - -

Sengau M N (ny) (ng) ŋ -

Geseran - S - - H

Getaran - R - - -

Sisian - L - - -

Separuh

vokal

W - Y - -

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir

perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, rdan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej.

Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada

akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat

artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan

konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu

memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.

Page 7: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

Konsonan Letupan:

Letupan Dua Bibir[p] dan [b]

Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar

dariparu-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan dua bibir. Kemudian sekatan

itudilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita

suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [p] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu

glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [b].

Letupan Gusi [t] [d]

Hujung lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar

dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan hujung lidah dan gusi.

Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis

direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [t] . Jika semasa

menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah

bunyi [d].

Letupan Lelangit Lembut [k] [g]

Belakang lidah ditemukan dengan lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan . Arus

udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan belakang lidah

dan lelangit lembut. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang

dihasilkan ialah [k] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan digetarkan bunyi

yang dihasilkan ialah bunyi [g] iaitu letupan lelangit lembut bersuara.

Konsonan Geseran:

Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]

Hujung lidah dirapatkan pada gusi . Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat

perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut

dan dibiar bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dan gusi. Oleh sebab bunyi ini

bunyi gusi tidak bersuara, glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.

Page 8: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

Geseran Glotis [h]

Glotis terbuka luas.Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke

rongga hidung. Arus udara ditekan keluar dari paru-paru dan melalui sempitan dilakukan

pada bahagian glotis supaya semasa udara keluar melalui ruang tersebut,akan terhasil bunyi

geseran. Adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi

dengan vokal-vokal yang lain.

Konsonan Letusan:

Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j]

Bunyi letusan atau afrikat dihasilkan dengan depan lidah ditemukan dengan lelangit

keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke didnding belakang rongga tekak.Arus udara yang

keluar dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan depan

lidah dan gusi. dan bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara [ j ] ,pita

suara digetarkan dan untuk letusan bunyi yang tidak bersuara [ c ] pita suara tidak

digetarkan. Dalam bahasa melayu asli kedua-dua konsonan ini hadir pada awal dan tengah

perkataan sahaja.Kehadiranya pada akhir perkataan,hanya pada perkataan-perkataan

pinjaman.

Konsonan Getaran:

Getaran Gusi [ r ]

Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, Hujung lidah dikenakan pada gusi ,

kemudian hujung lidah tersebut digetarkan . Lelangit lembut dinaikkan ke belakang

rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan.

Konsonan Sisian:

Sisian Gusi [ l ]

Page 9: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

Untuk menghasilkan konsonan ini, hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke

bahagan tengah gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga

hidung. Udara dari rongga mulut hanya boleh keluarmelalui kedua-dua belah tepi atau sisi

lidah. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Catatan: Untuk menyembunyikan konsonan [ l ], seperti perkataan pinjaman bahasa Arab

seperti Allah,Salleh,belakang lidah digelungkan ke arah lelangit lembut menyebabkan udara

terpaksa keluar melalui ruang sempit di belakang lidah dan pada kedua-dua tepi hujung lidah.

Konsonan Sengauan:

Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau nasal dalambahasa melayu iaitu sengau dua bibir

[ m ] ,sengau gusi [ n ],sengau lelangit keras[ ny] dan sengau lelangit lembut. [ng ]Bunyi-

bunyi sengau dhasilkan dengan membiarkan udara yang keluar dari paru-paru terus keluar

melaui rongga hidung.Udara boleh keluar melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit

lembut diturunkan menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka.Udara itu disekat atau

ditahan pada bahagian-bahagian tertentu,seperti pada bibir,gusi,lelangit keras atau lelangit

lembut.Dalam bahasa Melayu semua bunyi sengau adalah bunyi bersuara.Hal ini bermakna

semasa menghasilkannya, glotis dirapatkan dan pita suara mengalami getaran.

Konsonan Sengauan Dua Bibir [m]

Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari

paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Konsonan Senjgauan Gusi [n]

Hujung lidah ditemukan dengan gusi. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari

paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit Keras[ny]

Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. . Lelangit lembut

diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan

pita suara bergetar.

Page 10: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

Konsonan Sengauan Lelangt Lembut [ng]

Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus

udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Sengauan Gusi – Lelangit Keras [ny]

Depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus

udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Konsonan Separuh Vokal:

Konsonan ini dihasilkan dengan meletakkan lidah pada kedudukan semasa

mengeluarkan bunyi vokal sempit sama ada vokal hadapan sempit atau belakang

sempit )kemudan dengan cepat lidah digerakkan kearah kedudukan semasa menyembunyikan

vokal lain.

Penghasilan konsonan ini sama dengan cara penghaslan bunyi-bunyi vokal,tetapi berlaku

sedikit sempitan pada rongga mulut semasa arus udara keluar melaluinya.

Separuh Vokal Dua Bibir [w]

Bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [u],iaitu

bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian berlaku

geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya [0]. Lelangit lembut dinaikkan dan

pita suara bergetar.

Separuh Vokal Lelangit Keras [y]

Bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [i]iaitu bibir

dihamparkan dan hujung lidah diangkat setinggi-tingginya. Kemudian ,berlaku geluncuran

ke arah vokal yang mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.

Page 11: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON

Fonem

Fonem ialah unit bahasa yang terkecil yang berfungsi. Fonem juga merupakan unit

yangbermakna atau perkataan yang terdiri daripada beberapa unit bunyi. Contoh kata yang

menjelaskan fonem ini ialah perkataan palu. Kata ini terdiri daripada empat unit yang

berbunyi iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem iaitu unit terkecil yang berfungsi.

Sebagai contoh sekiranya p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh

itu , p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.

Selain daripada itu fonem juga boleh difahamai sebagai unit yang terkecil yang membezakan

makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil

perkataan.

Contohnya, pasangan minimal, pedang dengan petang. Dalam pasangan

minimal pedang dengan petang itu terdapat bunyi yang berbeza iaitu bunyi d dan

bunyi t. Perkataan pedangdikatakan hampir sama dengan perkataan petang namun hanya

dibezakan dengan bunyi d dan t. Dalam konteks ini, bunyi d dan t merupakan bunyi yang

distingtif yang membezakan makna. Oleh itu bunyi d dan t adalah bertaraf fonem yang

berbeza dan bunyi fonem itu diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /d / dan /t/.

Selain daripada pasangan minimal pedang dengan petang, terdapat lagi beberapa contoh yang

akan diperjelaskan untuk lebih memberi kefahaman yang mendalam. Contohnya perkataan

kaya dan paya. Kedua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza, hal ini disebabkan oleh

fonem k dan p. Fonem seperti apa yang kita harus fahami ialah unit yang terkecil yang dapat

membezakan makna. Maka bunyi k dan p merupakan unit-unit terkecil itu yang dapat

membezakan makna perkataan kaya dan paya. Maka bunyi k dan p boleh dikategorikan

sebagai fonem yang membezakan makna. Oleh itu bunyi k dan p diletakkan dalam kurungan

fonem iaitu /k/ dan /p/.

Contoh yang seterusnya ialah pasangan minimal perkataan sayang dan wayang. Pasangan

minimal sayang dan wayang ini dibezakan oleh fonem s dan w. S dan w merupakan unit Yng

terkecil yang membezakan makna pasangan minimal sayang dan wayang. Maka s dan w

merupakan unit-unit terkecil yang membezakan makna. Oleh itu, s dan w dikategorikan

sebagai unit-unit terkecil yang membezakan makna pasangan minimal sayang dan wayang.

Oleh yang demikian s dan w ini diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/.

Page 12: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

Selain daripada contoh pasangan minimal yang telah diperjelaskan diatas terdapat juga

beberapa contoh pasangan minimal yang boleh menunjukkan unit-unit terkecil yang

membezakan makna ataupun dalam istilah bahasa melayu iaitu fonem. Contoh adalah seperti

berikut :

I. Barat

Karat

/b/ dan /k/ merupakan fonem yang berbeza.

II. Dalam

Talam

/d/ dan /t/ merupakan fonem yang berbeza

III. Cari

Jari

/c/ dan /j/ merupakan fonem yang berbeza

IV. Pakar

Bakar

/p/ dan /b/ merupakan fonem yang berbeza

V. Tulang

Dulang

/t/ dan /d/ merupakan fonem yang berbeza

Page 13: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

Alofon

Alofon merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan

bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang

tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada

yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya fonem /k/ dalam bahasa Melayu

mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya,

misalnya alofon k, kʷ dan ˀ. Bunyi alofon k terjadi akibat kehadiran dalam perkataan kiri

(atau k yang diikuti oleh vokal depan i).

Bunyi kʷ terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda (iaitu k yang diikuti oleh vokal

belakang u). Bunyi ˀ terjadi kerana kehadirannya diakhiri kata dalam suku kata tertutup

seperti dalam perkataan kakaˀ. Dalam hal ini, alofon k, kʷ dan ˀ adalah alofon-alofon daripada

keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem /k/. Ketiga-tiga bunyi k, kʷ, ˀ iaitu adalah bunyi yang

mempunyai kesamaan fonetik. Maksudnya bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama

dari segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilannya. Ketiga-tiga bunyi itu adalah

saling melengkapi dimaksudkan masing-masing bunyi tersebut menduduki posisi tertentu

tempat masing-masing dalam bahasa Melayu.

Selain daripada itu alofon juga boleh difahami ataupun didefinisikan sebagai fonem yang

terdiri daripada anggota fonem. Misalnya fonem p dalam perkataan palu, lupa dan luap.

Bunyi fonem p dalam perkataan palu dan sebagai letupan bibir yang sempurna, manakala

perkataan luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna yakni tidak

diletupkan. Maka dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh yang diberikan fonem p

mempunyai dua alofon.

Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Dengan bervariasi bebas

dimaksudkan walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu misalnya faham

dengan paham tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza maknanya yang

sama.

Dalam bahasa Melayu terdapat pula beberapa perkataan yang hampir sama dari segi sebutan

tetapi maknanya sama (tidak berbeza), misalnya perkataan agama, ugama dan igama.

Walaupun perkataan agama, ugama dan igama itu dari segi makna tidak berbeza, tetapi vokal

a, u, i adalah asalnya fonem yang membezakan makna kerana terdapat pasangan minimal

masing-masing yang membezakan makna iaitu baru, buru, biru.

Page 14: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

SUPRASEGMENTAL

Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu

yang terdiri daripada tekanan, nada, jeda dan kepanjangan.

Unsur tekanan dihasilkan bersama perkataan ataupun suku kata. Tekanan merupakan

ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan suku kata. Bunyi segmental tidak disertai dengan

unsur tekanan ini. Bagi membezakan bunyi ataupun unsur tekanan ini, tanda [ʹ] digunakan.

Tekanan pada vokal biasanya berlaku dalam Bahasa Melayu. Selain itu, bunyi vokal juga

turut disebut dengan lantang dan panjang. Kebiasaannya, dalam Bahasa Melayu juga tekanan

kuat berlaku pada suku kata kedua dalam sesuatu perkataan. Contohnya:[kiʹta] [baʹpa [saʹtu]

Kepanjangan juga dikenali sebagai panjang pendek bunyi perkataan dalam sesuatu

bahasa. Dalam bahasa Melayu, kepanjangan tidak membezakan makna sesuatu perkataan.

Namun, kepanjangan bunyi perkataan membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu

seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Jeda merupakan unsur senyap dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur

linguistrik,iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata. Jeda turut dikenali sebagai persendian. Jeda

atau persendian ditandai dengan lambang [+] dalam perkataan. Manakala, dalam ayat,jeda

ditandai dengan lambang [//]. Dalam bahasa Melayu, jeda digunakan sebagai pembeza

rangkai kata dan juga ayat. Contohnya, frasa basuhkantin(basuhkan tin) dan

basuhkantin(membasuh kantin) merupakan frasa yang sama tetapi berbeza makna apabila

jeda digunakan dalam frasa tersebut. Lambang jeda harus digunakan bagi membezakan

makna dalam rangkai kata dan ayat. Contohnya:

Rangkai kata:

Basuhkan+tin “membasuhkan tin=tin yang dibasuh”

Basuh+kantin “membasuh kantin=kantin yang dibasuh”

Nada ialah naik atau turunnya suara dalam pengucapan perkataan ataupun dapat

diertikan sebagai unsur lagu dalam perkataan. Tona hanya digunakan untuk perkataan sahaja.

Tona dapat membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Vietnam,

bahasa Laos, bahasa Mandarin, bahasa Thai, bahasa Kampuchea dan lain-lain lagi. Tona

dapat dilambangkan dengan dua jenis lambang ataupun tanda bagi membezakan keadaan

Page 15: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

bunyi perkataan sama ada tinggi atau rendah. Pertamanya ialah penggunaan lambang tona

mendatar, tona meninggi, tona turun-naik, dan tona menurun. Contohnya:

Tona datar ma- “ibu”

Tona meninggi ma / “guni”

Tona turun-naik ma ˅ “kuda”

Tona menurun ma \ “marah”

Penggunaan tanda yang kedua ialah tanda nombor 1 sehingga 4 untuk menunjukkan

perbezaan seperti berikut:

NADA NOMBOR

Tinggi(sangat keras) 1

Sederhana tinggi(keras) 2

Rendah(lemah) 3

Sangat rendah(sangat lemah) 4

Page 16: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung.

Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan

setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi

bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi

manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur

tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat

artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi

konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara

ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup

rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi

yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka

sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil

ialah bunyi yang tidak bersuara.

Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan

nadi utama. Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses.

Dalam penghasilan bunyi vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting.

Secara kesimpulannya, banyak aspek yang dikaji dalam fonetik dan fonologi.

Beberapa bahagian di atas merupakan sebahagian daripada aspek yang dikaji dalam fonetik

dan fonologi sesuatu bahasa. Dengan pendedahan dan penerangan yang diberikan, kita akan

lebih memahami fonetik dan fonologi. Perkaitan dan maklumat yang paling jelas tentang

fonetik dan fonologi adalah mengkaji tentang bunyi-bunyi bahasa. Dengan kajian ini, kita

akan lebih mengetahui bunyi-bunyi dan sifat bunyi bahasa tersebut.

Page 17: SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-04PENGHASILAN BUNYI KOSONAN DAN VOKAL Penghasilan bunyi vokal Menurut

RUJUKAN

Abdullah Hassan, 2005. Linguistik Am: PTS Professional Publising, Sdn Bhd.

Adrian Akmajian terjemahan Aishah Mahdi & Azizah Husseein, 1995. Linguistik: Pengantar

Bahasa dan Komunikasi: Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Choo Say Tee, Goay Teck Chong & Zainuddin Ahmad, 2007. Teks Pra-U STPM Bahasa

Melayu Kertas 1: Pearson Sdn Bhd.

http://file.upi.edu/Direktori/DUAL-MODES/KBGSN%20I/BBM%201pdf

http://www.slideshare.net/weblike.it/fonologi-2091373