vokal bahasa melayu

40
PENGGOLONGAN BUNYI BAHASA MELAYU Bunyi bahasa Melayu dapat digolongkan kepada vokal, konsonan dan diftong BUNYI VOKAL – bunyi bahasa yang bersuara iaitu ketika membunyikannya pita suara digetarkan Udara keluar dari paru-paru melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan Dalam BM terdapat 6 vokal asli (3 vokal depan, 1 vokal tengah dan 2 vokal belakang)

Upload: norzila-nasir

Post on 20-Jun-2015

811 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Vokal Bahasa Melayu

PENGGOLONGAN BUNYI BAHASA MELAYU

Bunyi bahasa Melayu dapat digolongkan kepada vokal, konsonan dan diftong

BUNYI VOKAL – bunyi bahasa yang bersuara iaitu ketika membunyikannya pita suara digetarkanUdara keluar dari paru-paru melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatanDalam BM terdapat 6 vokal asli (3 vokal depan, 1 vokal tengah dan 2 vokal belakang)

Page 2: Vokal Bahasa Melayu

KERATAN RENTAS LIDAH (CARTA VOKAL)

Depan Tengah Belakang

Sempit [i]

Separuh Sempit [e]

Separuh luas

Luas [a]

Sempit [u]

Separuh Sempit [o]

Bibir terhampar Bibir bundar

[ ]ə

Page 3: Vokal Bahasa Melayu

Kata DEPAN, TENGAH, BELAKANG bermaksud bahagian lidah iaitu depan lidah, tengah lidah dan belakang lidah.

Istilah sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas pula bermaksud keadaan rongga mulut.

Garis melintang pula menggambarkan ketinggian lidah

Page 4: Vokal Bahasa Melayu

VOKAL

VOKAL LAMBANG NAMA VOKAL

Vokal depan

[i][e][a]

Vokal depan sempitVokal depan separuh sempitVokal depan luas

Vokal tengah

[ə] Vokal tengah

Vokal belakang

[u][o]

Vokal belakang sempitVokal belakang separuh sempit

Page 5: Vokal Bahasa Melayu

Dalam Sistem Ejaan Baharu BM, bunyi vokal depan separuh sempit [e] dan vokal tengah [ ] ədilambangkan oleh huruf yang sama iaitu e

Vokal depan separuh sempit dikenal sebagai e taling (ekor, sembang)

Vokal tengah disebut e pepet (emak, pekan) Vokal i, a dan u hadir di awal, tengah dan akhir

kata Vokal e taling , e pepet dan o hadir di awal dan

tangah kata asli BM Vokal e taling, e pepet dan o hanya hadir di akhir

kata pinjaman yang bersuku kata akhir terbuka – tauke, nasionalisme, logo

Page 6: Vokal Bahasa Melayu

BUNYI KONSONAN BAHASA MELAYU

Bunyi konsonan ialah bunyi selain bunyi vokal Konsonan boleh terdiri daripada bunyi bersuara

dan bunyi tak bersuara Semasa menghasilkan bunyi konsonan, udara dari

paru-paru menerima sekatan atau gangguan udara Bunyi konsonan BM dapat dibahagikan kepada

konsonan asli dan konsonan pinjaman

Page 7: Vokal Bahasa Melayu

Cara sebutan

Daerah sebutan

Bibir Gigi-gusi

Lelangit keras

Lelangit lembut

Glotis

Letupan p, b t, d k, g k(?)

Letusan c[č], j[ ]ǰ

Geseran s h

Getaran r

Sengauan m n /ny/[ ]ɲ /ng/[ŋ]

Sisian l

½ vokal w y

Page 8: Vokal Bahasa Melayu

Konsonan pinjaman bahasa Melayu:- geseran bibir-gigi tak bersuara [f]- geseran bibir-gigi bersuara [v]- geseran gigi tak bersuara [θ] - th- geseran gigi bersuara [ð]- dh- geseran gigi-gusi bersuara [z]- geseran lelangit keras tak bersuara [š]- sy- geseran lelangit lembut tak bersuara [x] - kh

- geseran lelangit lembut bersuara [ ᴽ ]- gh

Page 9: Vokal Bahasa Melayu

BUNYI DIFTONG BAHASA MELAYU

Percantuman dua bunyi vokal yang dikeluarkan dengan satu hembusan nafas

Bersifat satu suku kata dan mempunyai satu puncak kelantangan kerana berlaku geluncuran dari satu vokal ke vokal yang mengikutinya

Diftong mesti dibezakan daripada vokal rangkap . Contoh vokal rangkap ialah pada perkataan kain. Vokal a dan i merupakan vokal penuh dan kata itu terdiri daripada dua suku kata iaitu ka dan in

Tiga bunyi diftong dalam Bahasa Melayu iaitu [ai], [au] dan [oi]

Contoh perkataan yang mengandungi diftong ialah aising, hairan, pandai (ai)

Aurat, saudara, kerbau (au) Boikot, amboi (oi)

Page 10: Vokal Bahasa Melayu

Untuk mengeluarkan bunyi bahasa, alat-alat sebutan yang terlibat perlu difahami. Berikut ialah rajah yang menunjukkan alat-alat sebutan

CARA MENGELUARKAN BUNYI BAHASA

Page 11: Vokal Bahasa Melayu

Alat- alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis :

i. Alat artikulasi (artikulator) – alat yang dapat digerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Cthnya. Hujung lidah, bibir

ii. Daerah artikulasi (titik artikulasi) – tempat-tempat tetap yang terletak di sebelah atas alat-alat artikulasi dan dapat dicapai oleh alat-alat tersebut. Misalnya gigi atas, gusi dan lelangit keras

Cara menghasilkan bunyi bahasa Melayu terbahagi kepada :

i. cara mengeluarkan bunyi vokal asliii. Cara mengeluarkan bunyi konsonan asli iii. Cara mengeluarkan bunyi konsonan pinjamaniv. Cara mengeluarkan bunyi diftong

Page 12: Vokal Bahasa Melayu

Cara Mengeluarkan Bunyi Vokal Asli

Vokal depan sempit [i]

• Depan lidah diangkat setinggi-tingginya

• Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutup rongga hidung

• Udara kelaur tanpa sekatan• Pita suara bergetar• Bibir terhampar

[ikat], [iras][bisu], [ciku][basi], [pasti]

Page 13: Vokal Bahasa Melayu

Vokal depan separuh sempit [e]

• Depan lidah diturunkan satu pertiga

• Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutup rongga hidung

• Udara keluar tanpa sekatan• Pita suara bergetar• Bibir terhampar

[ejen], [ela][besen], [herot][merah], [kole]

Page 14: Vokal Bahasa Melayu

Vokal depan luas[a]

• Depan lidah diturunkan serendah-rendahnya

• Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutup rongga hidung

• Udara keluar tanpa sekatan• Pita suara bergetar• Bibir terhampar

[adu], [ampuh][basuh], [busana][halwa], [darat]

Page 15: Vokal Bahasa Melayu

Vokal belakang sempit[u]

• Belakang lidah diangkat tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuhnya

• Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutup rongga hidung

• Udara keluar tanpa sekatan• Pita suara bergetar• Bibir bundar

[ubah], [umpat][busut], [kupas][garpu], [k liru]ə

Page 16: Vokal Bahasa Melayu

Vokal belakang separuhsempit[o]

• Belakang lidah diturunkan satu pertiga

• Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutup rongga hidung

• Udara keluar tanpa sekatan• Pita suara bergetar• Bibir bundar

[olak], [omboh][ozon], [bora?][koko], [cole?]

Page 17: Vokal Bahasa Melayu

Vokal tengah[ ]ə

• Puncak tengah lidah terletak di antara kedudukan untuk mengeluarkan vokal separuh luas dan vokal separuh sempit

• Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutup rongga hidung

• Udara keluar tanpa sekatan• Pita suara bergetar• Bibir biasa

[ mas], ə[ nam]ə[c kal], ə[g lang]ə[idealism ]ə[kronism ]ə

Page 18: Vokal Bahasa Melayu

Letupandua bibir tak bersuara [p]

• Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu

• Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta

• Pita suara tidak bergetar

[pasu] [p ram]ə[hampas] [topeng][malap] [sirip]

CARA-CARA MENGELUARKAN BUNYI KONSONAN ASLI

Page 19: Vokal Bahasa Melayu

Letupandua bibir bersuara[b]

• Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu

• Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta

• Pita suara bergetar

[batu] [bingkai][imbas] [timbun][kutub] [kiub]

Page 20: Vokal Bahasa Melayu

Letupangigi-gusi tak bersuara[t]

• Hujung lidah ditemukan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan hujung lidah dengan gigi-gusi

• Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta

• Pita suara tidak bergetar

[tarah] [timba][latah] [gitar][lompat] [solat]

Page 21: Vokal Bahasa Melayu

Letupangigi-gusi bersuara[d]

• Hujung lidah ditemukan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan antara hujung lidah dengan gigi-gusi

• Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta

• Pita suara bergetar

[dasar] [dosa][adab] [hidap][abad] [zuhud]

Page 22: Vokal Bahasa Melayu

LetupanLelangit lembut tak bersuara[k]

• Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut dan dibiarkan tersekat di bahagian pertemuan belakang lidah dengan lelangit lembut

• Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta

• Pita suara tidak bergetar

[karat] [kilat][angkat] [bakat][antik] [klinik]

Page 23: Vokal Bahasa Melayu

LetupanLelangit lembut bersuara[g]

• Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut dan dibiarkan tersekat di bahagian pertemuan belakang lidah dengan lelangit lembut

• Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta

• Pita suara bergetar

[gari] [guruh][bagasi] [logam][beg] [dialog]

Page 24: Vokal Bahasa Melayu

Hentian glotis [?]

• Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang rapatan pita suara itu

• Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta

• Pita suara tidak bergetar

[mu?min] [ta?wil][adi?] [bili?][soro?]

Page 25: Vokal Bahasa Melayu

Letusan lelangit keras tak bersuara [č]

• Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras

• Sekatan udara dilepaskan perlahan-lahan

• Pita suara tidak bergetar

[čapai] [čukur][ačuh] [pečah][koč] [Mač]

Page 26: Vokal Bahasa Melayu

Letusan lelangit keras bersuara [ ]ǰ

• Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras

• Sekatan udara dilepaskan perlahan-lahan

• Pita suara bergetar

[ asa] ǰ[ ohan]ǰ[ba a] ǰ[man a]ǰ[gara ] ǰ[pake ]ǰ

Page 27: Vokal Bahasa Melayu

Geseran gigi-gusi tak bersuara [s]

• Daun lidah didekatkan ke daerah gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar

• Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Udara dikeluarkan dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah itu

• Pita suara tidak bergetar

[salin] [sopan][asah] [hasut][kalis] [waras]

Page 28: Vokal Bahasa Melayu

Geseran glotis tak bersuara [h]

• Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Pita suara direnggangkan luas dan udara keluar dari paru-paru dengan bebas melalui glotis yang terbuka itu seperti keadaan biasa ketika bernafas

[hapus] [huruf][bahan] [dahi][alah] [dalih]

Page 29: Vokal Bahasa Melayu

Getaran gigi-gusi bersuara [r]

• Hujung lidah dikenakan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi

• Pita suara digetarkan

[rajin] [rela][bara] [cari][lebar] [zuhur]

Page 30: Vokal Bahasa Melayu

Sengauan dua bibir bersuara [m]

• Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas

• Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung

• Pita suara digetarkan

[mari] [musuh][laman] [damar][dehem] [pitam]

SENGAUAN (NASAL) IALH BUNYI YANG TERHASIL APABILA LELANGIT LEMBUT DIRENDAHKAN DAN UDARA KELUAR MELALUI RONGGA HIDUNG

Page 31: Vokal Bahasa Melayu

Sengauan gigi-gusi bersuara [n]

• Hujung lidah dirapatkanke gigi-gusi

• Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung

• Pita suara digetarkan

[naga] [nilam][bunuh] [manis][awan] [turun]

Page 32: Vokal Bahasa Melayu

Sengauan lelangit keras bersuara [ ]ɲ

• Depan lidah dirapatkan ke lelangit keras

• Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung

• Pita suara digetarkan

[ awa] ɲ[ aris]ɲ[pu ya] ɲ[su i]ɲ

Page 33: Vokal Bahasa Melayu

Sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ]

• Belakang lidah dinaikkan rapat ke lelangit lembut

• Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung

• Pita suara digetarkan

[ŋaŋa] [ŋilu][buŋa] [suŋai][abaŋ][wayaŋ]

Page 34: Vokal Bahasa Melayu

Sisian gigi-gusi bersuara [l]

• Hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi

• Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

• Udara dikeluarkan dari –paru-paru melalui rongga mulut tetapi hanya dapt keluar melalui tepian lidah

• Pita suara digetarkan

[lahir] [leka][kalih] [zalim][bakal][nakal]

Page 35: Vokal Bahasa Melayu

Separuh vokal dua bibir bersuara [w]

• Bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut

• Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak

• Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah

[wali] [wilayah][bawah] [sawit][takraw][straw]

Bunyi terhasil apabila artikulator yang terlibat membuat geluncuran dan penujuan dari satu vokal ke arah vokal yang mengikutinya

Page 36: Vokal Bahasa Melayu

Separuh vokal lelangit keras bersuara [y]

• Depan lidah diangkat tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir dihamparkan

• Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak

• Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah

[yakin] [yatim][bayar] [payah]

Page 37: Vokal Bahasa Melayu

CARA-CARA MENGELUARKAN BUNYI DIFTONG

• Fonem berperanan sbg satu fonem dan dilambangkan oleh 2 lambang vokal iaitu [ai], [au], dan [oi]

• Utk menghasilkan bunyi diftong, berlaku geluncuran bunyi, iaitu dari vokal yang mendahului ke vokal yang mengikutinya.

Page 38: Vokal Bahasa Melayu

Depan Tengah Belakang

Sempit [i]

Separuh Sempit [e]

Luas [a]

Sempit [u]

Separuh Sempit [o][ ]ə

[ai] [au]

[oi]

Anak panah menunjukkan

arah geluncuran pergerakan lidah dari kedudukan vokal ke vokal

yang lainKedudukan diftong dalam bahasa Melayu

Page 39: Vokal Bahasa Melayu

Diftong Cara Membunyikannya Contoh

[ai] • Dimulai dengan vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit

• Keadaan bibir daripada biasa menjadi terhampar

[aikido], [aising][hairan], [šaitan][l rai], ə[abai]

[au] • Dimulai dengan vokal depan luas dan digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit

• Keadaan bibir daripada keadaan biasa menjadi bundar

[aura], [aurat][daulat], [maulana][lampau], [pantau]

Page 40: Vokal Bahasa Melayu

[oi] • Dimulai dengan vokal belakang separuh sempir lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit

• Keadaan bibir daripada bundar menjadi terhampar

[boikot][amboi], [baloi]