sarel ampangan gdm

15
ISI KANDUNGAN BIL . PERKARA M/S 1 PENGENALAN 2 2 PERNYATAAN MASALAH 3 3 PENCARIAN LITERATURE 4 4 PENEMUAN 5-6 5 PERBINCANGAN 7 6 CADANGAN DAN PENYELESAIAN 8 7 HUBUNG KAIT DENGAN DIABETIS SELEPAS MENGANDUNG 9 8 RUMUSAN 10 9 LAMPIRAN 11 1

Upload: gusescheilla-revoltva

Post on 03-Oct-2015

70 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

gdm

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGANBIL.PERKARAM/S

1PENGENALAN2

2PERNYATAAN MASALAH3

3PENCARIAN LITERATURE4

4PENEMUAN5-6

5PERBINCANGAN7

6CADANGAN DAN PENYELESAIAN8

7HUBUNG KAIT DENGAN DIABETIS SELEPAS MENGANDUNG9

8RUMUSAN10

9LAMPIRAN11

10RUJUKAN12

PENGENALAN

Gestational Diabetes Mellitus merupakan suatu penyakit dimana perempuan yang tidak pernah mengalami masalah diabetis tetapi mengalami kadar glukosa yang tinggi semasa mengandung. Sehingga sekarang masih lagi tidak diketahui punca kepada masalah ini. Sesetengah pakar kesihatan berpendapat, masalah ini berpunca daripada hormon ynag dihasilkan pada plasenta.

Plasenta membantu dalam perkembangan janin, tetapi hormon ini juga menyekat tindakan insulin di dalam badan ibu mengandung. Masalah ini dikenali sebagai keadaan insulin menjadi resistan. Ini akan menyebabkan badan ibu mengandung tersebut sukar untuk menggunakan insulin bagi mengawal kadar glukosa badannya.

Ibu tersebut mungkin memerlukan tiga kali ganda kadar insulin yang sedia ada di dalam badannya untuk mengawal kadar glukosa di dalam badannya. Ia amat merbahaya kepada bayi perlu dikawal bagi memastikan bayi dalam keadaan stabil.

PERNYATAAN MASALAH

Masalah Gestational Diebetes Mellitus biasanya berlaku apabila sistem badan tidak mampu untuk menghasilkan dan menggunakan semua insulin di dalam badan. Tanpa insulin yang cukup, glukosa yang berlebihan di dalam badan akan ditukarkan kepada tenaga. Glukosa tersebut akan berada di dalam darah dan menyebabkan kandungan glukosa yang tinggi di dalam darah, yang dipanggil hyperglycemia. Masalah ini berlaku kepada ibu mengandung semasa lewat kehamilan, iaitu ketika janin telah sempurna terbentuk.

Masalah ini jarang memberi kesan kepada kelahiran, tetapi dapat dilihat kesannya kepada bayi selepas lahir terutamanya bagi ibu-ibu yang telah mengalami masalah diabetis sebelum mengandung lagi. Walaubagaimanapun, masalah ini akan memberi kesan buruk kepada bayi anda jika tidak dirawat secara awal. GDM akan menyebabkan pancreas bekerja secara berlebihan, tetapi kadar glukosa di dalam badan tidak juga berkurangan. Malahan, insulin tidak melalui plasenta tetapi glukosa dan bahan nutrient lain akan melalui palsenta dan seterusnya menyebabkan bayi di dalam kandungan menerima kadar glukosa yang banyak. Ini akan menyebabkan pancreas bayi tersebut menghasilkan lebih insulin untuk mengawal kadar glukosa yang diterimanya.

Tenaga yang berlebihan yang diterima oleh bayi tersebut akan disimpan di dalam badannya sebagai lemak. Bayi tersebut akan mengalami kadar glukosa yang sangat rendah di dalam darah dan berisiko tinggi mengalami masalah sukar bernafas ketika lahir. Bayi ini juga berisiko tinggi akan mengalami masalah obesiti apabila dewasa dan lahir dalam keadaan makrosomia.

PENCARIAN LITERATURE

Dalam memonitor maternal, dan komplikasi perinatal berkaitan Gestational Diabetes mellitus beberapa bahan dan kaedah digunakan. Mengikut kajian yang dijalankan di Zekai Tahir Burak Womens Hospital, diantara Januari dan Jun 2009, sebanyak 481 pesakit Mild Gestational Hyperglycemia (MGH) dan 212 pesakit Gestational Diabetes Mellitus (GDM) telah dikaji. Antara komplikasi yang dialami oleh pesakit-pesakit ini adalah macrosomic baby, pregnancy induced hypertension (PIH), kelahiran melalui kaedah ceaserean, kelahiran pretem dan hyperglycemia neonatal. Purata bagi bagi kelahiran dengan risiko shoulder dystocia juga amat tinggi. Konklusinya, risiko yang dialami oleh pesakit GDM dan MGH adalah, kelahiran secara ceaserean, kelahiran pretem, PIH dan macrosomi baby dan large gestational age (LGA).OLEH : Kaymak O, Iskender CT, Ustunyurt E, Yldz Y, Doganay M, Danisman N.( Division of Gynecology, and Department of Obstetrics and Gynecology, Zekai Tahir Burak Women's Hospital, Ankara, Turkey. )

PENEMUAN

Biodata pesakit

Klinik : Klinik Kesihatan Ibu dan Anak AmpanganNama : Aini Maimon Binti RamliUmur : 33 TahunNo. Kad Pengenalan : 811224-02-6482Pekerjaan : Suri RumahLMP(last menstrual period) : 23 Jun 2014EDD( estimate date of delivery) : 30 Dec 2014LMP(last Menstrual Period ) : 23 jun 2014EDD(estimate date of delivery) 30 Dec 2014Kehamilan : gravida 1para 0C/O : sakit kepala, kerap kencing, cepat rasa lapar dan penglihatan semakin kabur.Sejarah keluarga : tiada masalah kesihatanFBC URINANALISIS1. WBC : 13.2 10/Ul1. Ph : 65. PROTEIN : NEG2. HGB : 11.9 Lg/Dl2.GLUCOSE : 3006. ERYTROSITE : NEG3. PLT : 354 10/Ul3. KETONE : NEG4. RBC : 4.08 4. LEUKOSITE : NEG

Keputusan ujian MGTT.....

Fasting : 7.1 (normal 6.1)Selepas 2 jam : 9.0(normal 7.8)

Kadar glukosa pesakit tetap tinggi walaupun dalam keadaan berpusasa. Berat badan pesakit juga bertambah tidak mengikut tempoh gestasi dan pesakit selalu kerap kencing. Pesakit tidak mempunyai masalah diabetes ketika tidak mengandung. Simptom dan tanda-tanda yang dialami oleh pesakit, menunjukkan simptom yang biasa dialami oleh pesakit diabetes.

Diagnosis : gestational diabetes mellitus

PERBINCANGAN

Gestational Diabetes Mellitus(GDM) adalah masalah ketidaktoleransi kadar glokosa badan yang dikesan apabila seseorang itu mengandung. GDM dikesan melalui kaedah penyaringan kepada wanita mengandung bagi mengesan masalah berisiko ketika mengandung dengan cara ujian untuk mengesan keabnormalan toleransi glukosa. GDM muncul dengan keputusan yang sama dengan abnormal genetic yang bercirikan dengan cirri-ciri yang sama seperti diabetis yang lain. Wanita yang mengandung akan berisiko tinggi mengalami masalah diabetis walaupun ketika tidak mengandung. Oleh itu, GDM memberikan peluang yang unik untuk kita mengkaji pathogenesis awal diabetis dan membantu dalam merancang intervensi untuk mencegah penyakit ini.

Gestational diabetes kebiasaanya hilang selepas mengandung. Jika sekali pernah mengalami masalah ini, kemungkinan besar anda akan mengalami masalah ini lagi pada kehamilan yang akan datang. Bagi sesetengah wanita mengandung, terlalu sukar untuk dikesan sama ada wanita tersebut mengalami diabetis type 1 atau type 2, atau juga mengalami diabetis ketika mengandung. Wanita-wanita ini perlu meneruskan rawatan diabetis walaupun selepas mengandung. Ramai wanita yang mengalami gestational diabetes akan mengalami diabetis type 2 selepas mengandung. Gestational diabetes dan diabetes type 2 adalah jenis yang menyebabkan insulin menjadi resisten. Gaya hidup yang sihat, dapat membantu masalah diabetis selepas mengalami gestational diabetis.

CADANGAN DAN PENYELESAIAN

1. Nasihat mengenai pemakanan : perlu mengambil makanan yang rendah karbohidrat dan tinggi fibre2. Mengikut jadual temujanji untuk ke pusat rawatan bagi memantau kadar glukosa dengan kaedah MGTT, menerima suntikan insulin dan pemeriksaan oleh doktor .3. Memantau keadaan fetus dan mengesan lain-lain komplikasi sebagai persediaan sebelum bersalin4. Bersalin di pusat kesihatan yang mempunyai peralatan mencukupi bagi menyambut kelahiran bayi anda contohnya di hospital5. Meneruskan rawatan yang sama selepas bersalin bagi mencegah daripada menagalami diabetis

HUBUNG KAIT DENGAN DIABETIS SELEPAS MENGANDUNG

Jika kadar glukosa tidak menunjukkan kadar kebiasaan pada kes diabetis, GDM akan menunjukkan keadaan intoleransi glukosa yang tebatas dalam kehamilan. Ianya dalam keadaan kronik tetapi stabil, atau menunjukkan keadaan progersif ke arah diabetis. Kajian telah membuktikan hanya 10% wanita mengalami diabetis selepas GDM dan 80% tidak mengalami diabetis selepas mengandung.

Kebanyakan kajian yang dijalankan gagal membuktikan apakah faktor risiko pembentukan ke arah diabetis selepas mengalami GDM. Secara umumnya, kajian yang dijalankan membuktikan bahawa faktor seperti obesiti, berlebihan berat badan dan pertambahan umur adalah faktor yang lebih menunjukkan ke arah diabetis jenis kedua selepas mengalami GDM. Hasil daripada semua kajian yang dijalankan menyatakan faktor berlakunya diabetis selepas GDM adalah berpunca daripada kerosakan sel dan insulin yang resisten.

RUMUSAN

Secara konklusinya, Gestational Diabetes Mellitus adalah satu keadaan yang boleh membahayakan kandungan. Masalah ini berpunca daripada keadaan insulin yang menjadi resistan akibat daripada hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Bayi di dalam kandungan akan memerima kadar glukosa yang sangat tinggi daripada ibu melalui plasenta.

Glukosa yang diterima oleh bayi tersebut akan disimpan sebagai lemak kerana ianya tidak diperlukan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bayi tersebut akan lahir dalam keadaan makrosomia. Pancreas bayi tersebut juga akan bekerja secara berlebihan untuk mengawal kadar glukosa yang diterimanya. Bayi tersebut kemungkinan lahir dengan masalah kesukaran bernafas dan masalah buah pinggang .

Rawatan awal mesti dilakukan kepada ibu-ibu yang mengandung dan mengalami masalah ini. Rawatan yang biasa dilakukan adalah dengan memngambil makanan yang sesuai dan rendah kadar glukosa serta suntikan insulin setiap hari, disamping pemeriksaan kadar glukosa ibu tersebut secara berterusan.

LAMPIRAN

RUJUKAN

1. Duncan, M. On puerperal diabetes. Trans. Obstet. Soc. Lond. 1882. 24:256-2851. Carrington, ER, Shuman, CR, Reardon, HS. Evaluation of the prediabetic state during pregnancy. Obstet. Gynecol. 1957. 9:664-669.1. The incidence of type 2 diabetes with lifestyle intervention or metformin N. Engl. J. Med. 2002. 346:393-403.

1. Oxford Handbook of Clinical Medicine : seventh edition

12