saranan semasa tempoh rawatan final8

Download Saranan Semasa Tempoh Rawatan Final8

If you can't read please download the document

Upload: rosli-johor

Post on 26-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

  • RENUNGAN BERSAMA.

    Assalamualaikum YA ALLAH azzawajallah.

    Sebagai mukaddimah bicara terlebih dahulu, ingin saya mengucapkan ribuan

    TERIMA KASIH, YA ALLAH di atas keizinan-Nya memberikan saya ruang dan peluang

    untuk merasa menyampaikan sedikit perkongsian kebaikan sebagai rujukan serta panduan

    amalan kepada anda semua yang sedang dimuliakan ALLAH. Hanya dengan SIFAT KASIH

    dan SAYANG ALLAH jualah yang menyatukan kita agar berpesan-pesan kebaikan diantara

    satu sama lain.

    Wahai saudara/saudari turunan ku insan yang sedang dimuliakan ALLAH,

    Saya dengan rasa rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon

    keredhoan jiwa kalian kerana membaca risalah yang tak seberapa ini. Tujuan risalah

    diterbitkan hanya sebagai perkongsian sihat demi menimbulkan rasa kesedaran diri

    terutamanya dalam perihal kesihatan tubuh badan.

    Kebelakangan ini terlalu banyak gejala penyakit yang menghantui kita. Namun begitu,

    tidaklah ALLAH mencipta penyakit itu buat kita dan bukan juga sebagai takdir (Ujian)

    ketetapan dari-Nya.

    Apa yang berlaku sebenarnya kita dengan penuh kelekaan telah menikmati segala

    jenis makanan tanpa memikirkan apakah makanan yang kita makan boleh mengundang

    kemudaratan terhadap kesihatan diri kita.

    Allah s.w.t mengingatkan apa yang terdapat dalam al-Quran dalam Surah al-A'raf ayat 31:

    "Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan kerana Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan"

    Ketahuilah bahawa jasad dan nyawa merupakan kurniaan ALLAH yang tiada ternilai.

    Jasad adalah satu ciptaan yang amat sempurna dan amatlah penting dari segala-galanya.

    Malah lebih penting dari kereta dan perhiasannya, lebih penting dari rumah dan

    perhiasannya serta lebih penting dari hiburan dan makanan yang memudaratkan.

    Marilah kita bersama-sama berusaha untuk menyedarkan diri kita dan mula

    mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Jadikan Amalan sihat ini sebagai amalan

    memuliakan ALLAH dan sebagai tanda terima kasih kita kepada-Nya.

  • Makanan yang sihat tidaklah mahal ataupun menyusahkan. Malahan ianya dapat

    memberi banyak manfaat kepada kita serta zuriat yang bakal dilahirkan ke dunia. TEPUK

    DADA, TANYA DIRI dan lakukanlah tanpa seribu alasan yang merugikan. Sayangilah Jasad

    dan nyawa selagi kita masih bersamanya.

    Sehingga kini kita sedia maklum bahawa belum ada lagi alat ganti (spare-part)

    anggota atau organ badan yang sehebat ciptaan ALLAH. Walaupun ada percubaan untuk

    menirunya namun tidak mampu menandingi kehebatan ALLAH. ALLAH amat IKHLAS

    dalam penciptaan-Nya. Dengan sifat KASIH SAYANG ALLAH, maka dapatlah kita nikmati

    kehidupan di MAHA DUNIA dengan penuh kepuasan yang membahagiakan.

    Oleh yang demikian, wahai turunan ku insan yang sedang dimuliakan ALLAH,

    Selagi ada hayat dikandung badan, selagi ada nyawa dikandung jasad. Maka jagalah

    dengan sebaiknya serta bahagiakanlah jasad dengan kesungguhan tanpa jemu. ALLAH amat

    bangga dengan insan yang menjaga amanah pemberian-Nya yang sungguh istimewa ini.

    Malahan kita sendiri mendapat manfaat kebaikan kerana amalan penjagaan kesihatan

    tersebut .

    Dunia dalam (Jasad kita) melambangkan Dunia luar (Dunia nyata) kita. Sekiranya

    kita mampu menjaga dan menghargai pemberian ALLAH ini., sudah Maha pasti kita juga

    akan dijaga sebaiknya oleh ALLAH.

    Dengan mengamalkan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat dapat membantu kita

    untuk memutuskan janin pewaris penyakit yang selalu kita dengar sebagai penyakit

    keturunan. Makanan sihat dan gaya hidup sihat menjamin juga zuriat yang sihat FIZIKAL,

    MENTAL dan JIWA. Maka ubahlah demi turunan yang lebih baik.

    Ahkir kata dari saya, marilah kita sama-sama renungkan dan hayati akan maksud

    yang tersirat di dalam risalah pendek ini . Saya doakan agar kita perolehi kesedaran dan

    mampu mengubah gaya hidup kita serta turunan kita. Semoga amalan ibadah kesedaran ini

    mendapat keredhoan-Nya.

    TERIMA KASIH YA ALLAH, MAHA NYATA MAHA SIFAT KASIH SAYANG MU

    TERHADAP KU. MAHA PASTI DAKU MENJAGA NYAWA DAN JASAD UNTUK MENIKMATI

    KEHIDUPAN INI DENGAN PENUH KESEMPURNAAN. LINDUNGI DAN PELIHARALAH

    DAKU SERTA TURUNAN KU DARI SEGALA KELEMAHAN DAN KELEKAAN CIPTAAN KU,

    SESUNGGUHNYA DIKAU JUA YANG MAHA MERAJAI SEGALA PERLINDUNGAN. MAHA

    BENAR.

  • AMALAN UNTUK MENIKMATI KEHIDUPAN YANG LEBIH SEMPURNA

    1- Minum 2 cawan air masak bercampur sudu teh garam asli/garam bukit dan diamalkan

    setiap pagi sebelum gosok gigi ( pastikan gosok gigi sebelum tidur).

    (Untuk pelawasan dan mengatasi sembelit).

    2- Minum 1 cawan jus penawar (Al-Fitrah) setiap pagi sebelum sarapan atau makan sebarang

    makanan.

    (Mengawal kandungan gula, toksin, asid dan garam dalam darah).

    3- Mengamalkan 3 5 liter air tawar (air putih) tapisan / yang telah dimasak sehari

    sekurangnya 2 minggu dalam tempoh 24 jam.

    (Mengawal kandungan gula, toksin, asid dan garam dalam darah).

    4- Kurangkan makan nasi yang banyak kanji dan kurangkan jumlah pengambilan nasi,

    sekiranya boleh berhenti sebelum kenyang.

    (Mengawal kolestrol).

    5- Kurangkan makanan dan minuman yang mengandungi lebih lemak dan manis.

    (Mengawal Diabetes dan penyakit berkaitan darah).

    6- Perbanyakkan lauk seperti daging kambing, segala jenis ikan yang bersisik seperti ikan

    kerisi, ikan tilapia dan lain-lain serta sayur-sayuran berdaun.

    (Memambahkan zat dan mengawal pemakanan nasi yang berlebihan).

    7- Digalakkan untuk memakan sayuran ulam terutamanya ulam raja setiap hari.

    (Mengawal kandungan gula, toksin, asid dan garam dalam darah).

    8- Kurangkan makan makanan lauk / sungai seperti sotong dan ikan yang mempunyai sengat

    seperti pari, sembilang, patin, ikan keli dan sejenis dengannya.

    (Untuk mengawal Toksin)

    9- Kurangkan makan dari segala jenis kobis dan bunganya.

    (Untuk mengawal toksin)

    10- Kurangkan makan segala sayuran jenis kekacang atau sebarang bentuk kacang

    (Untuk mengawal asid dan gas berlebihan dalam badan).

    11- Kurangkan makanan yang diperbuat dari tepung seperti Mee Kuning, Mee Maggi, Roti Canai,

    lempeng, Jemput2 dan Sebagainya.

    (Untuk mengawal kelikatan darah yang berlebihan).

    12- Elakkan dari makan Aji-no-moto atau penyedap rasa makanan.

    (Untuk mengawal kelikatan darah yang berlebihan).

    13- Kurangkan dari makan ikan masin dan asam jeruk berlebihan seperti pekasam.

    (Untuk mengawal Toksin, garam dan asid).

  • 14- Elakkan dari mandi air sejuk dan mandi lewat malam.

    (Untuk mengawal kelikatan darah yang berlebihan).

    15- Digalakkan Mandi air suam.

    (Untuk mengawal kelikatan darah yang berlebihan).

    16- Mulakan senyum seawal pagi dan amalkan setiap waktu.

    (Untuk membangkitkan aura positif, hormon dan emosi).

    17- Kawal perasaan marah dan benci dengan bersungguh-sungguh.

    (Untuk mengawal hormon serta emosi).

    18- Berfikiran positif bahawa setiap penyakit ada penawarnya dan pasti sembuh.

    19- Perbanyakkan penyerahan diri kepada ALLAH (Maha PENCIPTA) serta memohon ampun

    atas kelekaan kita atas pengambilan makanan yang menyebabkan jasad menanggung

    penyakit.

    20- Mulakan hidup baharu dengan mula mengamalkan makanan kesihatan serta gaya hidup

    sihat.

    21- Jauhi mengumpat, hasat dengki, buruk sangka serta perkara negatif.

    (Untuk mengawal sakit barah dan jantung).

    22- Sentiasa bersangka baik dan mendoakan hanya kebaikan kepada orang lain.

    23- Jasad kita adalah anugerah ALLAH (Maha PENCIPTA) untuk kita. Maka wajar didoakan agar

    sentiasa sihat serta wajib mengamalkan ucapan Terima kasih Ya ALLAH atas Maha Jasad

    dan Maha Nyawa yang Hebat ini terhadap ku, Maha Sentiasa Maha selamanya.

    24- Hargai semua kehidupan termasuk tumbuh-tumbuhan dan binatang.

    25- Niat makan yang disarankan. TERIMA KASIH YA ALLAH, DIATAS MAKANAN YANG

    HEBAT INI, SEMOGA MAKANAN INI HANYA MENDATANGKAN MANFAAT KEBAIKAN

    BUAT KU DAN JASAD KU JUA, MAHA BENAR

    SEKIAN TERIMA KASIH.

    Thobib Rosli (010-784 2110)

    (Pengamal Rawatan Alternatif & Agen Kesedaran Diri)

    ==========================================================

    (BISMI ALLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM)

    (AMALAN SIHAT MENJAMIN KEHIDUPAN SEJAHTERA)

    ==========================================================