sang merak dan sang arnab

2
SANG MERAK DAN SANG ARNAB Sang Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Ia ingin benar ekornya panjang dan cantik. Sang Arnab mahu ekornya seperti ekor merak. Ekor merak panjang dan cantik. Semua manusia memuji kecantikan ekor merak. Pada suatu hari, Sang Arnab berjumpa dengan Sang Merak. Sang Arnab memuji kecantikan Sang Merak. Sang Merak berasa bangga kerana mendapat pujian. Sang Merak mengembangkan ekornya. Ekornya sangat cantik. Sang Arnab terus memuji kecantikan Sang Merak. Namun, Sang Arnab memuji Sang Merak kerana ada tujuan lain. Sang Arnab ingin meminjam ekor Sang Merak. Sang Merak bersetuju meminjamkan ekornya kepada arnab. Sang Merak membuat pertukaran ekor dengan arnab. Sang Arnab memakai ekor Sang Merak. Sang Merak memakai ekor Sang Arnab. Alangkah gembiranya Sang Arnab apabila mendapat ekor Sang Merak. Sang Arnab berlari ke sana dan ke mari. Sang Arnab menari-menari di tengah padang. Merak pula memakai ekor arnab. Alangkah terperanjatnya merak kerana mendapati dirinya berekor kontot.

Upload: lei-tao-yu

Post on 23-Oct-2015

67 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sang Merak Dan Sang Arnab

SANG MERAK DAN SANG ARNAB

Sang Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Ia ingin benar ekornya panjang dan

cantik. Sang Arnab mahu ekornya seperti ekor merak. Ekor merak panjang dan cantik. Semua

manusia memuji kecantikan ekor merak.

Pada suatu hari, Sang Arnab berjumpa dengan Sang Merak. Sang Arnab memuji

kecantikan Sang Merak. Sang Merak berasa bangga kerana mendapat pujian. Sang Merak

mengembangkan ekornya. Ekornya sangat cantik. Sang Arnab terus memuji kecantikan Sang

Merak. Namun, Sang Arnab memuji Sang Merak kerana ada tujuan lain. Sang Arnab ingin

meminjam ekor Sang Merak. Sang Merak bersetuju meminjamkan ekornya kepada arnab.

Sang Merak membuat pertukaran ekor dengan arnab. Sang Arnab memakai ekor Sang

Merak. Sang Merak memakai ekor Sang Arnab. Alangkah gembiranya Sang Arnab apabila

mendapat ekor Sang Merak. Sang Arnab berlari ke sana dan ke mari. Sang Arnab menari-menari

di tengah padang. Merak pula memakai ekor arnab. Alangkah terperanjatnya merak kerana

mendapati dirinya berekor kontot.

Pang! Tiba-tiba terdengar bunyi senapang. Sang Arnab termengah-mengah lari masuk ke

dalam hutan. Ia pergi berjumpa Sang Merak dan menceritakan bahawa ia ditembak oleh

pemburu. Nasibnya baik kerana tidak terkena peluru pemburu. Sang Arnab meminta semula

ekornya. Mereka bertukar ekor masing-masing. Sang Arnab tidak mahu memakai ekor Sang

Merak lagi. "Biarlah ekorku pendek dan tidak cantik, asalkan diriku selamat," fikir Sang Arnab.