sambutan 100 tahun masjid khalid: berjasa dengan rasa...

1
BELIAU kerap berkunjung dan membantu di Masjid Khalid sejak usia remaja dahulu. Kini, meskipun setelah berkhidmat hampir setengah abad, Pengerusi Masjid Khalid, Haji Allaudin Mohamed, 64 tahun, masih terus mencurahkan bakti kepada jemaah dan penduduk di sekitar masjid. Sumbangan besar Disebabkan sumbangannya selama 48 tahun, Haji Allaudin kini mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Masjid Khalid – bak pepatah, bagaikan isi dengan kuku. Beliau menunjukkan semangat yang tidak pernah luntur biarpun mengharungi pelbagai cabaran sepanjang perjuangannya untuk agama dan masyarakat. Bagi Haji Allaudin, dorongan utamanya ialah menyampaikan ajaran suci Islam di samping mengeratkan ikatan muhibah bersama jiran dan penduduk berbilang agama di kawasan Joo Chiat dan Geylang khususnya, dan masyarakat Singapura amnya. Bapa lima orang anak itu juga berkhidmat semata-mata mencari keredaan Allah tanpa memikirkan ganjaran wang mahupun nama dan gelaran. Ketika ditemui di masjid itu, Haji Allaudin menekankan segala usahanya di Masjid Khalid tercapai dengan bantuan para pemimpin terdahulu dan semua ahli Jawatankuasa Pentadbir Masjid (LPM), kakitangan serta sukarelawan di samping pelbagai pertubuhan yang menjadi rakan masjid. “Saya amat berterima kasih kepada mereka semua kerana memberi sokongan kuat. Para pemimpin dan imam-imam terdahulu masjid ini telah menyemai benihnya dan kini kita semua menikmati hasil kerja keras mereka,” ujar Haji Allaudin yang berkhidmat di masjid itu sejak akhir 1960an dalam suasana kehidupan kampong dan ketika masjid itu masih berdinding papan dan beratap zink. Kini, Masjid Khalid yang boleh memuatkan 1500 jemaah padat dengan pelbagai aktiviti. Menyingkap kisah silam, Haji Allaudin berkata sejarah masjid itu luar biasa dan membanggakan. Antara cabaran utamanya ialah usaha memperluaskan masjid bagi menampung lebih ramai jemaah, kata beliau yang menjadi pengerusi masjid itu secara sukarela selama 17 tahun. Program agama Beliau gembira dengan program agama ketika ini bagi memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar dan jemaah. Beliau memberi contoh Pengajian Halaqah Hujung Minggu yang kini menarik lebih 400 pelajar. Terbaru, masjid itu turut memperkenalkan program ‘Ask Ustaz’ (Tanya Ustaz) yang membolehkan orang ramai bertanyakan kemusykilan agama secara online. Peristiwa Gemilang & Bersejarah Berjasa Dengan Rasa Ihsan dan Kasih Sayang Kegiatan kemasyarakatan Bagi kegiatan ‘outreach’ atau jangkauan luar, beliau berbesar hati dengan pelbagai aktiviti masjid itu, seiring dengan cogan katanya, ‘Masjid Yang Melangkaui Menara’ (A Mosque Beyond Minarets). Masjid Khalid menjalin kerjasama dengan Gereja Heart of God, Kuil Geylang United, Persekutuan Buddha Singapura dan persatuan-persatuan suku kaum Cina untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang memupuk perpaduan masyarakat. Contohnya, beliau cukup gembira masjid itu masih meneruskan tradisi 17 tahun memasak nasi beriani amal bagi Cabaran Presiden. Sepanjang tempoh itu, acara itu berjaya mengumpul dana sekitar $2 juta untuk tujuan amal, katanya yang mahir memasak nasi beriani. Di samping itu, pada setiap Tahun Baru Cina, beliau bersama kakitangan masjid akan berkunjung ke kira-kira 60 rumah di sekitar masjid itu untuk mengagihkan buah limau dan minuman ringan kepada setiap keluarga dengan hasrat membina rasa muhibah antara kaum. Cabaran Hari Ini Beliau menerangkan keadaan dunia hari ini dengan pelbagai berita palsu mengenai Islam, ancaman pengganasan dan lain-lain. Keadaan ini memerlukan kita untuk lebih giat menganjurkan kegiatan keharmonian agama, katanya. “Kita perlu mendampingi masyarakat Islam dan bukan Islam untuk memberi gambaran yang betul terhadap Islam. Dengan pemahaman lebih baik, rakyat berbilang agama di sini akan menjalin hubungan lebih baik antara satu sama lain,” jelas Haji Allaudin yang juga usahawan dalam pelbagai bidang perniagaan. Sambutan 100 Tahun Kini, kemeriahan terasa dengan sambutan 100 tahun masjid itu, bertema ‘Seabad Menjalin Minda dan Menyentuh Hati’ yang bertujuan menghargai semua yang telah menghulurkan jasa kepada masjid itu sepanjang seabad lalu. Masjid Khalid telah menjalani beberapa projek ubah elok, dengan projek renovasi terakhir dijalankan pada 1999. Haji Allaudin berharap ia dapat diperluaskan lagi pada masa hadapan untuk menampung lebih ramai jemaah. “Alhamdulillah, masjid ini makin lama makin makmur. InsyaAllah, saya akan terus berkhidmat dan tidak akan tinggalkan masjid ini selagi hayat dikandung badan. “Saya akan sentiasa menghargai ikatan yang kita jalinkan sepanjang 50 hingga 100 tahun lalu. Pada tahun-tahun mendatang, saya berharap lebih banyak program outreach diadakan oleh masjid ini yang melibatkan semua kaum,” tambah beliau. Para ahli Jawatankuasa Pentadbir Masjid Khalid berbincang mengenai usaha memperbaiki lagi khidmat masjid. Seluruh kakitangan masjid bersama Haji Allaudin (lima dari kiri) gigih menjalankan tugas seharian. Sempena sambutan 100 tahun Masjid Khalid, kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Pentadbir Masjid (LPM), kakitangan dan sukarelawan yang menghulurkan jasa dan sumbangan kepada Masjid Khalid selama ini. Anda sentiasa berganding bahu untuk memastikan pelbagai kegiatan dan program agama dan kemasyarakatan masjid ini berjalan dengan jayanya. Kami juga amat berterima kasih kepada semua rakan-rakan masjid ini, termasuk Gereja Heart of God, Kuil Geylang United, Persekutuan Buddha Singapura dan Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) kerana menjalin kerjasama yang erat bersama Masjid Khalid dalam menganjurkan pelbagai aktiviti yang menggalak keharmonian kaum dan agama. Segala usaha untuk jemaah dan penduduk berbilang agama di kawasan Joo Chiat dan Geylang ini pasti meninggalkan kenangan manis yang berpanjangan. Jasa anda amat dihargai, seperti yang terungkap dalam pantunYang merah saga, yang kurik kundi, Yang indah bahasa, yang baik budi. Semoga Masjid Khalid mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan bermakna pada masa hadapan. 130 Joo Chiat Road Singapore 427727 • Tel: 6345 2884, 6346 1279 • Fax: 6440 5396 • Laman Web: www.masjidkhalid.sg • E-mel: [email protected] facebook.com/masjidkhalidsg http://instagram.com/masjidkhalidsg  http://www.youtube.com/masjidkhalidsg Sajian beriani bersama kuah, Dinikmati penduduk jauh dan dekat, Kegiatan outreach menjalin ukhuwah, Hidup harmoni bertambah berkat. Begitulah serangkap pantun yang menggambarkan kebaikan pelbagai kegiatan ‘outreach’ atau kemasyarakatan Masjid Khalid selama ini, dengan sokongan kakitangan dan para relawannya yang sentiasa berganding bahu untuk menjayakannya. Seiring dengan usaha itu, Masjid Khalid menjalin kerjasama dengan beberapa pertubuhan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang menggalak keharmonian kaum. Pengerusi Masjid Khalid, Haji Allaudin Mohamed, berkata di samping program agama, masjid itu turut mengutamakan program kemasyarakatan untuk menyemai nilai-nilai harmoni antara kaum dan agama di sini. Program kemasyarakatan anjuran masjid itu termasuklah: • Nasi Beriani Amal bagi Cabaran Presiden Masjid Khalid yang terkenal dengan nasi berianinya masih meneruskan tradisi memasak nasi beriani amal bagi Cabaran Presiden. Tradisi memasak nasi beriani ini juga diamalkan untuk majlis lain seperti sambutan Maulidur Rasul. Setiap kali projek nasi beriani dijalankan, kakitangan dan para relawan masjid akan bergotong-royong dan bergembira memasak beriani bak pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. • Kegiatan Tahun Baru Cina Setiap Tahun Baru Cina, Haji Allaudin bersama kakitangan masjid akan berkunjung ke kira-kira 60 rumah di kawasan kejiranan masjid itu untuk mengagihkan sekotak buah limau dan sekarton minuman kepada setiap rumah dengan hasrat membina rasa muhibah antara kaum. • Pesta Kuih Cang Kuih cang, sejenis makanan masyarakat Cina lazimnya dihidangkan ketika menyambut pesta kuih cang (dumpling festival). Sajian ini juga boleh mengerat ikatan pertalian antara agama dan bangsa. Tahun ini, lebih 80 belia dari Masjid Khalid, Gereja Heart of God dan Kuil Geylang United bergotong-royong membuat kuih cang dalam sebuah pesta beberapa bulan lalu. Dalam acara yang diadakan sejak tiga tahun lalu itu, keluarga daripada kaum berlainan berkumpul di Masjid Khalid untuk mempelajari makna Pesta Kuih Cang menerusi sesi bercerita dan membuat kuih cang. • Karnival Sambutan 100 Tahun Masjid Pada 4 November 2017, Masjid Khalid riuh rendah dalam kemeriahan Karnival Sambutan 100 Tahun masjid itu. Sekitar 500 tetamu daripada berbilang bangsa dan agama mengunjungi karnival itu. Acara itu bertujuan mengukuhkan ikatan antara kaum berbilang agama. Para pengunjung turut bergembira mempelajari mengenai makanan Melayu seperti putu piring dan menyertai permainan tradisional Melayu seperti batu Seremban, capteh dan gasing. • Kempen Derma Darah Tiga penganjur - Gereja Heart of God, Masjid Khalid dan Kuil Geylang United telah menganjurkan kempen derma darah pada Januari 2017. Acara tersebut dapat menyatukan masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama untuk membantu mereka yang memerlukan. Memupuk Nilai Harmoni Dengan Program Outreach “Sedang Masjid Khalid meraikan ulang tahunnya yang ke-100, saya gembira melihat masjid ini memperkenalkan dan melaksanakan kaedah pengajian halaqah. Sekitar 400 pelajar kini meraih manfaat daripada sesi halaqah hujung minggu ini, termasuk kurikulum berstruktur dan perbincangan merangsang minda mengenai isu-isu masa kini yang dipimpin para asatizah. “… Saya yakin Masjid Khalid akan meneruskan usaha baiknya dan terus maju bagi memperkenalkan lebih banyak inisiatif untuk berkhidmat dan membimbing masyarakat.” Dr Mohamed Fatris Bakaram Mufti Negara Tahniah kepada Masjid Khalid atas ulang tahunnya yang ke-100. Ini satu detik bersejarah dan membanggakan. Seabad adalah satu tempoh yang lama dan tempoh ini amat bermakna kerana sepanjang kewujudannya, masjid ini aktif memenuhi keperluan keagamaan jemaahnya di samping gigih memupuk keharmonian di kalangan semua rakyat Singapura. Masjid Khalid berkongsi Nasi Berianinya yang enak lagi masyhur bersama jiran-tetangga dan mengumpul dana tahun demi tahun bagi golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama. Usaha murni menyemai persefahaman, kasih sayang dan perpaduan ini amat penting dalam masyarakat majmuk kita. Saya yakin Masjid Khalid akan terus melestarikan usahanya untuk menabur bakti kepada masyarakat dan Singapura dalam tahun-tahun mendatang. Para sukarelawan Masjid Khalid bergembira memasak nasi beriani amal bagi Cabaran Presiden. “Sebagai titik pertemuan aktif dalam kehidupan masyarakat, Masjid Khalid sering menganjurkan kegiatan-kegiatan sosial yang memberikan manfaat kepada semua golongan masyarakat tidak kira latar belakang mereka. “…Saya yakin Masjid Khalid akan terus cemerlang sebagai sebuah institusi yang berkhidmat dan berjuang demi kebaikan masyarakat.” Haji Abdul Razak Maricar Ketua Eksekutif, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) Sambutan 100 Tahun Masjid Khalid: Menjalin Minda dan Menyentuh Hati Awal 1900 • Sebuah banglo milik Allahyarham Haji Abdul Khalid Bin Haji Mohamed Tyeb, seorang usahawan yang dermawan, dijadikan sebuah masjid. • Dahulu, sekumpulan penjual makanan yang memikul kandar sering berniaga, berehat dan beribadah di kawasan yang kini terletaknya Masjid Khalid. • Para penjaja ini menyarankan kepada Allahyarham Haji Abdul Khalid supaya mewakafkan tanahnya untuk membangunkan sebuah masjid, dan beliau melakukannya. Setelah masjid didirikan, ia dinamakan Masjid Khalid sempena nama Haji Khalid. 1917 – 1930 • Imam pertama masjid ini ialah Allahyarham Syeikh Osman bin Syaikh Omar Al Ganus, seorang Arab dari Palembang. • Bilal pertama pula ialah Ustaz Hussein yang kemudiannya mengambil alih sebagai imam kedua masjid ini selepas Syeikh Osman. 1940 Masjid Khalid selamat bertahan sepanjang Perang Dunia Ke-2. Masjid ini kemudian ditadbir oleh Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA). 1968 Masjid Khalid diletak di bawah pentadbiran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). 1970 • Masjid Khalid dibuka lebih luas bagi membolehkan pelbagai kegiatan diadakan. • Ibadah Korban pertama dijalankan di masjid ini. • Majlis iftar beramai-ramai yang pertama diadakan. Dengan ini, bermulanya tradisi memasak bagi majlis iftar di Masjid Khalid. 1980 • Imam kedua Masjid Khalid memperkenalkan cara pembelajaran yang lebih teratur. • Lebih ramai belia yang berminat datang ke Masjid Khalid untuk belajar dan menjadi sukarelawan. Akhir 1990 • Penutupan masjid sebelum pengubahsuaian besar. • Atas sebab ini, Masjid Khalid mendirikan solat Jumaat di Persatuan Darul Arqam Singapura selama lebih setahun. 2000 • Pembukaan rasmi Masjid Khalid selepas diubahsuai. Namun, keindahan reka bentuk asal masjid masih dikekalkan hingga ke hari ini. • Haji Allaudin Mohamed mengambil alih tugas sebagai Pengerusi Masjid Khalid. • Masjid Khalid mula menjadi tuan rumah bagi projek Memasak Nasi Beriani Amal bagi Cabaran Presiden. 2010 Masjid Khalid bekerjasama dengan badan-badan agama lain seperti gereja-gereja dan kuil-kuil serta kelab-kelab masyarakat (CC), sekolah-sekolah dan Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) Geylang Serai. 2014 Kumpulan kelas-kelas pertama Pengajian Halaqah Hujung Minggu dimulakan. 2017 Masjid Khalid diiktiraf bagi pelbagai kegiatan dakwah dan outreach (jangkauan luar): • Menyertai pesta kuih cang (Dumpling Festival) dan kempen derma darah bersama badan-badan agama lain. Menyambut Ulang Tahun Ke-100 Masjid Khalid: • Mengadakan Karnival Ulang Tahun Ke-100 Masjid Khalid pada November 2017. • Mengadakan Majlis Makan Malam Gala di Hotel Shangri-La pada Disember 2017, sempena sambutan 100 tahun masjid. • Menerbitkan sebuah Majalah Ulang Tahun Ke-100 Masjid Khalid. 1960-an Khabar angin tersebar bahawa Imam dan Bilal masjid ini telah dibunuh di Joo Chiat ketika peristiwa rusuhan kaum. Ini disebabkan masjid ini terletak di kawasan tengah orang-orang Melayu dan Cina. Imam dan Bilal kemudian terpaksa membuat pengumuman di radio bahawa mereka selamat untuk menenangkan masyarakat. Sekalung Budi Pengerusi Masjid Khalid, Haji Allaudin Mohamed Dr Yaacob Ibrahim Menteri Perhubungan dan Penerangan, Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber, dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.

Upload: phamkhue

Post on 27-Jul-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BELIAU kerap berkunjung dan membantu di Masjid Khalid sejak usia remaja dahulu.

Kini, meskipun setelah berkhidmat hampir setengah abad, Pengerusi Masjid Khalid, Haji Allaudin Mohamed, 64 tahun, masih terus mencurahkan bakti kepada jemaah dan penduduk di sekitar masjid.

Sumbangan besarDisebabkan sumbangannya selama 48 tahun, Haji Allaudin kini mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Masjid Khalid – bak pepatah, bagaikan isi dengan kuku.

Beliau menunjukkan semangat yang tidak pernah luntur biarpun mengharungi pelbagai cabaran sepanjang perjuangannya untuk agama dan masyarakat.

Bagi Haji Allaudin, dorongan utamanya ialah menyampaikan ajaran suci Islam di samping mengeratkan ikatan muhibah bersama jiran dan penduduk berbilang agama di kawasan Joo Chiat dan Geylang khususnya, dan masyarakat Singapura amnya.

Bapa lima orang anak itu juga berkhidmat semata-mata mencari keredaan Allah tanpa memikirkan ganjaran wang mahupun nama dan gelaran.

Ketika ditemui di masjid itu, Haji Allaudin menekankan segala usahanya di Masjid Khalid tercapai dengan bantuan para pemimpin terdahulu dan semua ahli Jawatankuasa Pentadbir Masjid (LPM), kakitangan serta sukarelawan di samping pelbagai pertubuhan yang menjadi rakan masjid.

“Saya amat berterima kasih kepada mereka semua kerana memberi sokongan kuat. Para pemimpin dan imam-imam terdahulu masjid ini telah menyemai benihnya dan kini kita semua menikmati hasil kerja keras mereka,” ujar Haji  Allaudin yang berkhidmat di masjid itu sejak akhir 1960an dalam suasana kehidupan kampong dan ketika masjid itu masih berdinding papan dan beratap zink.

Kini, Masjid Khalid yang boleh memuatkan 1500 jemaah padat dengan pelbagai aktiviti.

Menyingkap kisah silam, Haji Allaudin berkata sejarah masjid itu luar biasa dan membanggakan. Antara cabaran utamanya ialah usaha memperluaskan masjid bagi menampung lebih ramai jemaah, kata beliau yang menjadi pengerusi masjid itu secara sukarela selama 17 tahun.

Program agamaBeliau gembira dengan program agama ketika ini bagi memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar dan jemaah.

Beliau memberi contoh Pengajian Halaqah Hujung Minggu yang kini menarik lebih 400 pelajar. Terbaru, masjid itu turut memperkenalkan program ‘Ask Ustaz’ (Tanya Ustaz) yang membolehkan orang ramai bertanyakan kemusykilan agama secara online.

Peristiwa Gemilang & Bersejarah

Berjasa Dengan Rasa Ihsandan Kasih Sayang

Kegiatan kemasyarakatanBagi kegiatan ‘outreach’ atau jangkauan luar, beliau berbesar hati dengan pelbagai aktiviti masjid itu, seiring dengan cogan katanya, ‘Masjid  Yang Melangkaui Menara’

(A Mosque Beyond Minarets).

Masjid Khalid menjalin kerjasama dengan Gereja Heart of God, Kuil Geylang United, Persekutuan Buddha Singapura dan persatuan-persatuan suku kaum Cina untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang memupuk perpaduan masyarakat.

Contohnya, beliau cukup gembira masjid itu masih meneruskan tradisi 17 tahun memasak nasi beriani amal bagi Cabaran Presiden. Sepanjang tempoh itu, acara itu berjaya mengumpul dana sekitar $2 juta untuk tujuan amal, katanya yang mahir memasak nasi beriani.

Di samping itu, pada setiap Tahun Baru Cina, beliau bersama kakitangan masjid akan berkunjung ke kira-kira 60 rumah di sekitar masjid itu untuk mengagihkan buah  limau dan minuman ringan kepada setiap keluarga dengan hasrat membina rasa muhibah antara kaum.

Cabaran Hari IniBeliau menerangkan keadaan dunia hari ini dengan pelbagai berita palsu mengenai Islam, ancaman pengganasan dan lain-lain. Keadaan ini memerlukan kita untuk lebih giat menganjurkan kegiatan keharmonian agama, katanya.

“Kita perlu mendampingi masyarakat Islam dan bukan Islam untuk memberi gambaran yang betul terhadap Islam. Dengan pemahaman lebih baik, rakyat berbilang agama di sini akan menjalin hubungan lebih baik antara satu sama lain,” jelas Haji Allaudin yang juga usahawan dalam pelbagai bidang perniagaan.

Sambutan 100 Tahun Kini, kemeriahan terasa dengan sambutan 100 tahun masjid itu, bertema ‘Seabad Menjalin Minda dan Menyentuh Hati’ yang bertujuan menghargai semua yang telah menghulurkan jasa kepada masjid itu sepanjang seabad lalu.

Masjid Khalid telah menjalani beberapa projek ubah elok, dengan projek renovasi terakhir dijalankan pada 1999. Haji Allaudin berharap ia dapat diperluaskan lagi pada masa hadapan untuk menampung lebih ramai jemaah.

“A l h a m d u l i l l a h , masjid ini makin lama makin makmur. InsyaAllah, saya akan terus berkhidmat dan tidak akan tinggalkan masjid ini selagi hayat dikandung badan.

“Saya akan sentiasa menghargai ikatan yang kita jalinkan sepanjang 50 hingga

100 tahun lalu. Pada tahun-tahun mendatang, saya berharap lebih banyak program outreach diadakan oleh masjid ini yang melibatkan semua kaum,” tambah beliau.

Para ahli Jawatankuasa Pentadbir Masjid Khalid berbincangmengenai usaha memperbaiki lagi khidmat masjid.

Seluruh kakitangan masjid bersama Haji Allaudin(lima dari kiri) gigih menjalankan tugas seharian.

Sempena sambutan 100 tahun  Masjid  Khalid, kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Pentadbir Masjid (LPM), kakitangan dan sukarelawan yang menghulurkan jasa dan sumbangan kepada Masjid Khalid selama ini. Anda sentiasa berganding bahu untuk memastikan pelbagai kegiatan dan program

agama dan kemasyarakatan masjid ini berjalan dengan jayanya.

Kami juga amat berterima kasih kepada semua rakan-rakan masjid ini, termasuk Gereja Heart of God, Kuil Geylang  United, Persekutuan Buddha  Singapura dan Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC)

kerana menjalin kerjasama yang erat bersama Masjid Khalid dalam menganjurkan pelbagai aktiviti yang menggalak keharmonian kaum dan agama.

Segala usaha untuk jemaah dan penduduk berbilang agama di kawasan Joo Chiat dan Geylang ini pasti meninggalkan kenangan manis yang berpanjangan.

Jasa anda amat dihargai, seperti yang terungkap dalam pantun:

Yang merah saga, yang kurik kundi,Yang indah bahasa, yang baik budi.Semoga Masjid Khalid mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan bermakna pada masa hadapan.

130 Joo Chiat Road Singapore 427727 • Tel: 6345 2884, 6346 1279 • Fax: 6440 5396 • Laman Web: www.masjidkhalid.sg • E-mel: [email protected] facebook.com/masjidkhalidsg http://instagram.com/masjidkhalidsg   http://www.youtube.com/masjidkhalidsg

Sajian beriani bersama kuah, Dinikmati penduduk jauh dan dekat,

Kegiatan outreach menjalin ukhuwah, Hidup harmoni bertambah berkat.

Begitulah serangkap pantun yang menggambarkan kebaikan pelbagai kegiatan ‘outreach’ atau kemasyarakatan Masjid Khalid selama ini, dengan sokongan kakitangan dan para relawannya yang sentiasa berganding bahu untuk menjayakannya.

Seiring dengan usaha itu, Masjid Khalid menjalin kerjasama dengan beberapa pertubuhan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang menggalak keharmonian kaum.

Pengerusi Masjid Khalid, Haji Allaudin Mohamed, berkata di samping program agama, masjid itu turut mengutamakan program kemasyarakatan untuk menyemai nilai-nilai harmoni antara kaum dan agama di sini.

Program kemasyarakatan anjuran masjid itu termasuklah:

• Nasi Beriani Amal bagi Cabaran

Presiden

Masjid Khalid yang terkenal dengan  nasi berianinya masih meneruskan tradisi memasak nasi  beriani  amal bagi Cabaran Presiden. Tradisi memasak nasi beriani  ini juga diamalkan untuk majlis lain seperti sambutan Maulidur Rasul.

Setiap kali projek nasi beriani dijalankan, kakitangan dan para relawan masjid akan bergotong-royong dan bergembira memasak beriani bak pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

• Kegiatan Tahun Baru Cina

Setiap Tahun Baru Cina, Haji Allaudin bersama kakitangan masjid akan berkunjung ke kira-kira 60 rumah di

kawasan kejiranan masjid itu untuk mengagihkan sekotak buah limau dan sekarton minuman kepada setiap rumah dengan hasrat membina rasa muhibah antara kaum.

• Pesta Kuih Cang

Kuih cang, sejenis makanan masyarakat Cina lazimnya dihidangkan ketika menyambut pesta kuih cang (dumpling festival). Sajian ini juga boleh mengerat ikatan pertalian antara agama dan bangsa. Tahun ini, lebih 80 belia dari Masjid  Khalid, Gereja Heart of God dan Kuil Geylang United bergotong-royong membuat  kuih  cang dalam sebuah pesta beberapa bulan lalu.

Dalam acara yang diadakan sejak tiga tahun lalu itu, keluarga daripada kaum berlainan berkumpul di Masjid 

Khalid untuk mempelajari makna Pesta  Kuih  Cang  menerusi sesi bercerita dan membuat kuih cang.

• Karnival Sambutan 100 Tahun 

Masjid

Pada 4 November 2017, Masjid Khalid riuh rendah dalam kemeriahan Karnival  Sambutan 100 Tahun masjid  itu. Sekitar 500 tetamu daripada berbilang bangsa dan agama mengunjungi karnival itu.

Acara itu bertujuan mengukuhkan ikatan antara kaum berbilang agama. Para pengunjung turut bergembira mempelajari mengenai makanan Melayu seperti putu piring dan menyertai permainan tradisional Melayu seperti batu Seremban, capteh dan gasing.

• Kempen Derma Darah

Tiga penganjur - Gereja Heart of God, Masjid Khalid dan Kuil Geylang United telah menganjurkan kempen derma  darah pada Januari 2017. Acara tersebut dapat menyatukan masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama untuk membantu mereka yang memerlukan.

Memupuk Nilai HarmoniDengan Program Outreach

“Sedang Masjid Khalid meraikan ulang tahunnya yang ke-100, saya gembira melihat masjid ini memperkenalkan dan melaksanakan kaedah pengajian halaqah. Sekitar 400 pelajar kini meraih manfaat daripada sesi halaqah hujung minggu ini, termasuk kurikulum berstruktur dan perbincangan merangsang minda mengenai isu-isu masa kini yang

dipimpin para asatizah.

“… Saya yakin Masjid Khalid akan meneruskan usaha baiknya dan terus maju bagi memperkenalkan lebih banyak inisiatif untuk berkhidmat dan

membimbing masyarakat.”

Dr Mohamed Fatris BakaramMufti Negara

“Tahniah kepada Masjid Khalid atas ulang tahunnya yang ke-100. Ini satu detik bersejarah dan membanggakan. Seabad adalah satu tempoh yang lama dan tempoh ini amat bermakna kerana sepanjang kewujudannya, masjid ini aktif memenuhi keperluan keagamaan jemaahnya di samping

gigih memupuk keharmonian di kalangan semua rakyat Singapura.

Masjid Khalid berkongsi Nasi Berianinya yang enak lagi masyhur bersama jiran-tetangga dan mengumpul dana tahun demi tahun bagi golongan yang memerlukan tanpa mengira

bangsa atau agama. Usaha murni menyemai persefahaman, kasih sayang dan perpaduan ini amat penting dalam masyarakat majmuk kita. Saya yakin Masjid Khalid akan terus melestarikan usahanya untuk menabur bakti kepada masyarakat dan Singapura dalam tahun-tahun mendatang.”

Para sukarelawan Masjid Khalid bergembira memasak nasi berianiamal bagi Cabaran Presiden.

“Sebagai titik pertemuan aktif dalam kehidupan masyarakat,

Masjid Khalid sering menganjurkan kegiatan-kegiatan sosial yang

memberikan manfaat kepada semua golongan masyarakat tidak

kira latar belakang mereka.

“…Saya yakin Masjid Khalid akan terus cemerlang sebagai sebuah

institusi yang berkhidmat dan berjuang demi kebaikan masyarakat.”

Haji Abdul Razak MaricarKetua Eksekutif, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis)

Sambutan 100 Tahun Masjid Khalid:

Menjalin Minda dan Menyentuh Hati

Awal 1900• Sebuah banglo milik Allahyarham Haji Abdul Khalid Bin Haji Mohamed Tyeb, seorang usahawan yang dermawan, dijadikan sebuah masjid.

• Dahulu, sekumpulan penjual makanan yang memikul kandar sering berniaga, berehat dan beribadah di kawasan yang kini

terletaknya Masjid Khalid.

• Para penjaja ini menyarankan kepada Allahyarham Haji Abdul Khalid supaya mewakafkan tanahnya untuk membangunkan sebuah masjid, dan beliau melakukannya. Setelah masjid didirikan, ia dinamakan Masjid Khalid sempena nama Haji Khalid.

1917 – 1930• Imam pertama masjid ini ialah Allahyarham Syeikh Osman bin Syaikh Omar Al Ganus, seorang Arab dari

Palembang.

• Bilal pertama pula ialah Ustaz Hussein yang kemudiannya mengambil alih sebagai imam kedua masjid ini

selepas Syeikh Osman.

1940Masjid Khalid selamat bertahan

sepanjang Perang Dunia Ke-2. Masjid ini kemudian ditadbir oleh Persatuan Dana Amanah Muslimin

(MTFA).

1968Masjid Khalid diletak di bawah

pentadbiran Majlis Ugama Islam Singapura

(Muis).

1970• Masjid Khalid dibuka lebih luas bagi

membolehkan pelbagai kegiatan diadakan.

• Ibadah Korban pertama dijalankan di masjid ini.

• Majlis iftar beramai-ramai yang pertama diadakan. Dengan ini, bermulanya tradisi memasak bagi

majlis iftar di Masjid Khalid.

1980• Imam kedua Masjid Khalid memperkenalkan cara

pembelajaran yang lebih teratur.

• Lebih ramai belia yang berminat datang ke Masjid Khalid untuk belajar dan

menjadi sukarelawan.

Akhir 1990• Penutupan masjid sebelum

pengubahsuaian besar.• Atas sebab ini, Masjid Khalid

mendirikan solat Jumaat di Persatuan Darul Arqam Singapura

selama lebih setahun.

2000• Pembukaan rasmi Masjid Khalid selepas diubahsuai. Namun, keindahan reka bentuk asal masjid masih dikekalkan hingga ke hari ini. • Haji Allaudin Mohamed mengambil alih tugas sebagai Pengerusi Masjid

Khalid.• Masjid Khalid mula menjadi tuan

rumah bagi projek Memasak Nasi Beriani Amal

bagi Cabaran Presiden.

2010Masjid Khalid bekerjasama dengan

badan-badan agama lain seperti gereja-gereja dan kuil-kuil serta kelab-kelab masyarakat (CC),

sekolah-sekolah dan Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan

Agama (IRCC) Geylang Serai.

2014Kumpulan kelas-kelas pertama

Pengajian Halaqah Hujung Minggu dimulakan.

2017Masjid Khalid diiktiraf bagi pelbagai kegiatan

dakwah dan outreach (jangkauan luar): • Menyertai pesta kuih cang (Dumpling

Festival) dan kempen derma darah bersama badan-badan agama lain.

Menyambut Ulang Tahun Ke-100 Masjid Khalid:• Mengadakan Karnival Ulang Tahun Ke-100

Masjid Khalid pada November 2017.• Mengadakan Majlis Makan Malam Gala

di Hotel Shangri-La pada Disember 2017, sempena sambutan 100 tahun masjid.

• Menerbitkan sebuah Majalah Ulang Tahun Ke-100 Masjid Khalid.

1960-anKhabar angin tersebar bahawa Imam dan Bilal masjid ini telah dibunuh di Joo Chiat ketika peristiwa rusuhan kaum. Ini disebabkan masjid

ini terletak di kawasan tengah orang-orang Melayu dan Cina. Imam

dan Bilal kemudian terpaksa membuat pengumuman di

radio bahawa mereka selamat untuk

menenangkan masyarakat.

SekalungBudi

Pengerusi Masjid Khalid,Haji Allaudin Mohamed

Dr Yaacob IbrahimMenteri Perhubungan

dan Penerangan,Menteri Bertanggungjawab

bagi Keselamatan Siber,dan Menteri Bertanggungjawabbagi Ehwal Masyarakat Islam.