salma binti mat yasim - faculty of education | universiti …€¦ ·  · 2011-10-12x bab 4...

33
MAKANAN HALAL:KEPENTINGANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM SALMA BINTI MAT YASIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuongtuyen

Post on 09-May-2018

218 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

MAKANAN HALAL:KEPENTINGANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

SALMA BINTI MAT YASIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i

MAKANAN HALAL: KEPENTINGANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

SALMA BINTI MAT YASIM

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2011

ii

iii

Dedikasi

Ya Allah Ya Tuhanku

Setinggi-Tinggi Kesyukuran Ku Panjatkan PadaMu

Ku Syukuri Atas Setiap AnugerahMu Yang Tidak Ternilai

Hanya KepadaMu Aku Berserah Dan Memohon Pertolongan

Ku Abadikan Halaman Istimewa Ini Buat

Insan-Insan Yang Paling Bermakna Dalam Hidupku

Bonda & Ayahanda Tercinta….

Rufiah Binti Ramlee & Mat Yasim Bin Muhamed

Doa..Pengorbanan..Semangat & Kasih Sayang Kalian

Menjadi Kekuatan Dan Pendorongku Menuju Ke Puncak Kejayaan

Kekanda-Kekanda Yang Ku Kasihi….. Sabri..Sazihan..Mohd Sariff…Salmi

Kalian Pembakar Semangat Dikala Aku Kehilangan Arah

Adinda-Adindaku Yang Sentiasa Dirindui…

Salihah…Muhammad…

Mohamad Syahrul Rahzi….Salsabila…Safaanaz…Safinatunnaja

Ketahuilah Perjalanan Kalian Masih Jauh

Buat Penyeri Keluarga Yang Sentiasa Menghiburkan Hatiku

Kakak Effa…Yasmin…Qaseh…Hanzholah

Semoga Kalian Menjadi Kebanggaan Agama

Buat Penyelia Yang Dikagumi.. Ustaz Abdul Halim Bin Zulkifli

Syukran Jazilan..Terima Kasih Atas Tunjuk Ajarmu

Teristimewa Buat 4SPI 2007-2011...

Terima Kasih Atas Segala Pertolongan Dan Pengorbanan Kalian..

.

Wahai Sahabat-Sahabat Seperjuanganku

iv

Penghargaan

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan Rasulullah

SAW. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnia dan izin-Nya, laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan

dengan sempurna. Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga

buat penyelia yang disegani, Ustaz Abdul Halim bin Zulkifli atas segala nasihat,

dorongan dan bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang proses

menyiapkan laporan PSM ini.

Jutaan terima kasih buat pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun Islam

(FTI) dan Fakulti Pendidikan (FP) atas tunjuk ajar yang diberikan. Terima kasih

diucapkan kepada Puan NorHalina binti Othman, Penolong Pengarah Kanan,

Bahagian Perancangan & Penyelidikan, Jabatan Agama Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) di atas temubual yang dijalankan. Tidak dilupakan juga

kepada penolong pengarah unit pemantauan dan penguatkuasaan halal JAKIM

iaitu Encik Mohd Khalis bin Aroff di atas maklumat statistik yang diberikan.

Kepada pegawai teknologi makanan di unit pengurusan halal Jabatan Agama

Johor (JAJ), Encik Rozman Hairul kerana sudi meluangkan masa untuk

ditemuramah dan memberi sedikit sebanyak maklumat.

Buat sahabat-sahabat tahun akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam) sesi 2010/2011, terima kasih kerana memberikan sokongan

dalam usaha menyiapkan projek ini. Akhir kata, kepada semua individu yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung, terima kasih diucapkan. Semoga

Allah melipatgandakan pahala amalan kalian seterusnya dikurniakan kejayaan di

dunia dan di akhirat, amin.

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan mengenai makanan halal dan menggunakan lima

kaedah pengumpulan data iaitu kajian perpustakaan, dokumentasi, temuramah,

persampelan dan kajian lapangan. Dalam konteks dunia sekarang tidak memadai

jika hanya mengetahui mengenai makanan halal menurut perspektif Islam serta

kepentingannya jika tidak mengetahui mengenai bioteknologi makanan dan

peranan badan-badan yang berkaitan mengenai makanan halal. Hasil kajian

mendapati dalam Islam memang jelas mengenai makanan halal dan haram yang

telah ditetapkan dalam al-Quran dan Sunnah serta kepentingan makanan halal

terhadap jasmani dan rohani. Mengenai bioteknologi makanan,hasil dari kajian

yang dijalankan Islam membenarkan penggunaan bioteknologi makanan dengan

syarat bahan-bahan yang digunakan adalah halal. Hasil dari analisis statistik-

statistik yang diperolehi dari Hub Halal JAKIM dan Unit Pengurusan Halal,

Bahagian Penyelidikan JAJ menunjukkan pengesahan persijilan halal JAKIM dan

JAJ meningkat hampir setiap tahun. Dari segi pemantauan dan penguatkuasaan

halal JAKIM dan JAJ menunjukkan bahawa kerajaan komited dengan syarat

persijilan yang telah ditetapkan. Di akhir kajian, beberapa cadangan telah

dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu untuk memastikan makanan yang

diambil adalah halal.

vi

Abstract

This research is about halal foods and it employed five methods in

collecting its data which are the library method, documentation, interview,

sampling and field study. In todays world context, it is not sufficient to only know

the halal food according to Islam’s perspective and its importance without

knowing the food biotechnology and the roles of organizations which are related

to halal food. The findings from this study show that Islam is really clear about

the halal and haram as written in al-Quran and Sunnah along with the importance

of halal foods toward human’s physical and spiritual. Regarding the food

biotecthnology, the findings show that food biotechnology is allowed in Islam as

long as all the ingredients used in the process are halal. Based on the statistical

analyses gained from JAKIM’s Halal Hub and the Halal Management Unit of JAJ

Research Department, it is suggested that the halal certificate authorization by

JAKIM and JAJ are increasing every year. For the monitoring and enforcement

aspect, JAKIM and JAJ shows that the government is very committed with the

halal regulations. By the end of the study, a number of suggestions were also

proposed to the related parties in order to ensure that the food consumed by the

muslims is halal.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENDAHULUAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI AYAT AL-QURAN xvii

SENARAI SINGKATAN xviii

SENARAI LAMPIRAN xx

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.6.1 Masyarakat Islam 8

1.6.2 JAKIM dan JAIN 9

viii

1.7 Batasan Kajian 9

1.8Definisi Istilah 9

1.8.1 Makanan 9

1.8.2 Halal 10

1.8.3 Kepentingan 10

1.8.4 Perspektif 10

1.9 Kesimpulan 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Definisi Halal 13

2.3 Penentuan Hukum Mengenai Makanan Dalam Islam 14

2.4 Makanan Dalam Islam 16

2.5 Kaedah Umum Menentukan Makanan Halal

Dan Haram 18

2.5.1 Penyembelihan 21

2.52. Hidangan Dan Penyimpanan 22

2.6 Kepentingan Makanan Halal 22

2.6.1 Doa Dimakbulkan 23

2.6.2 Membentuk Peribadi Mulia 24

2.6.3 Rajin Beribadat Dan Menimbulkan

Rasa Benci Kepada Maksiat 25

2.6.4 Menjaga Kesihatan Tubuh Badan 26

ix

2.7 Bioteknologi Dalam Makanan 28

2.7.1 Lemak Dan Minyak 31

2.7.2 Gelatin 32

2.7.3 Enzim 33

2.7.3.1 Renet 34

2.7.3.2 Pepsin 36

2.7.4 Perisa Ekstrak 37

2.7.5 Glukosa 38

2.8 Sijil Pengesahan Halal 39

2.8.1 Pemeriksaan Dan Pengesahan Halal 39

2.8.2 Pemantauan Dan Penguatkuasaan 41

2.9 Kajian Lepas 46

2.10 Kesimpulan 48

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 49

3.2 Rekabentuk Kajian 50

3.3 Instrumen Kajian 51

3.2.1 Data Primer 51

3.2.2 Data Sekunder 52

3.4 Kaedah Pengumpulan Data 53

3.4.1 Kaedah Penyelidikan Perpustakaan 53

3.4.2 Kaedah Dokumentasi 54

3.4.3 Kaedah Temubual (Interview) 55

3.4.4 Kaedah Persampelan 55

3.4.5 Kaedah Kajian Lapangan 56

3.5 Kaedah Analisis Data 56

3.5.1 Kaedah Induktif 57

3.5.2 Kaedah Deduktif 58

3.5 Kesimpulan 58

x

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 59

4.2 Analisis Data Bahagian A 60

4.2.1 Kategori Permohonan YangTelah Diaudit

dari Tahun 2000 Sehingga 2011 60

4.2. 2 Kategori Pemantauan dari Januari 2010

Sehingga Disember 2010 63

4.2.3 Pemantauan dan Penguatkuasaan

Halal JAKIM dari Januari 2010 Sehingga

Disember 2010 62

4. 2.4 Data Kesalahan dari Januari 2010

Sehingga Disember 2010 63

4.2.5 Peratusan Bagi Kes NCR

dan Komited Halal Tahun 2010 65

4.2.6 Ramuan 66

4.3 Analisis Data Bahagian B 68

4.3.1 Statistik Pengesahan Persijilan Halal JAKIM

Tahun dari Tahun 2005 sehingga tahun2007 69

xi

4.3.2 Statistik Pengesahan Sijil Halal dari Tahun 2005

Sehingga tahun 2007 (Status Syarikat &

Jenis Industri) 69

4.3.3 Statistik Pengesahan Sijil Halal dari

Tahun 2005 Sehingga Tahun 2007

(Jenis Permohonan & Jenis Industri) 71

4.3.4 Statistik Pengesahan Persijilan Halal JAKIM

dari Tahun 2005 Sehingga Tahun 2007 Untuk

Bumiputra (Jenis Permohonan & Jenis Industri) 72

4.3.5 Statistik Pengesahan Persijilan Halal JAKIM

dari Tahun 2005Sehingga Tahun 2007-Bukan

Bumiputra (Jenis Permohonan & Jenis Industri) 73

4.3 .6 Statistik Pemantauan dan Penguatkuasaan

dari Tahun 2005 Sehingga 2007 74

4.3.7 Statistik Pemantauan & Penguatkuasaan Halal

JAKIM dari Januari 2007 Sehingga

Disember 2007 75

4.3.8 Statistik Kes Berkala dari Januari 2007

Sehingga Disember 2007 76

4.4 Analisis Data Bahagian C 77

4.4.1 Statistik Jumlah Permohonan

Sijil Pengesahan Halal dari Januari 2010

Sehingga Disember 2010 78

xii

4.4.2 Statistik Analisis Keputusan

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal

Johor dari Januari 2010 Sehingga

Disember 2010 79

4.4.3 Statistik Tindakan Pemantauan

(Berkala) Syarikat Yang Tidak Mematuhi

Manual Persijilan Halal Johor dari

Januari 2010 Sehingga Disember 2010 80

4.4.4 Statistik Jumlah Syarikat yang

Masih Memiliki Sijil Halal Johor

Berdasarkan Jenis Industri 81

4.4.5 Statistik Senarai Syarikat yang

Telah Mendapat Halal Berdasarkan

Status Bumiputera & Bukan

Bumiputera (Multinasional, Industri Kecil

Sederhana, Industri Kecil) 82

4.5 Kesimpulan 83

Bab 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 84

xiii

5.2 Perbincangan 84

5.2.1 Perbincangan Bahagian A 85

5.2.2 Perbincangan Bahagian B 91

5.2.3 Perbincangan Bahagian C 95

5.3 Rumusan 98

5.3.1 Rumusan Makanan Halal dan

Haram Menurut Perspektif Islam 99

5.3.2 Rumusan Mengenai Kepentingan

Makanan Halal 100

5.3.3 Rumusan Mengenai

Bioteknologi Makanan Menurut Islam 100

5.3.4 Rumusan Statistik Yang

Dikeluarkan Oleh Hub Halal Jakim

dan Unit Pengurusan Halal, Bahagian

Penyelidikan, JAJ 101

5.4 Cadangan 102

5.4.1 Kerajaan 102

5.4.2 Media Massa 103

5.4.3 Industri Makanan 103

5.4.4 Masyarakat 103

5.5 Kajian Lanjutan 104

5.6 Kesimpulan 104

BIBLIOGRAFI 106

LAMPIRAN 113

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 4.1 Kategori permohonan 60

Jadual 4.2 Kategori pemantauan 61

Jadual 4.3 Pemantauan dan penguatkuasaan 62

Jadual 4.4 Kesalahan 63

Jadual 4.5 Kes NCR dan komited halal 65

Jadual 4.6 Jenis ramuan 66

Jadual 4.7 Pengesahan Persijilan Halal JAKIM 69

Jadual 4.8 Pengesahan sijil halal dari tahun 2005 sehingga

tahun2007 (status syarikat & jenis industri) 70

Jadual 4.9 Pengesahan sijil halal dari tahun 2005 sehingga

tahun2007 (jenis permohonan & jenis industri) 71

xv

Jadual 4.10 Pengesahan persijilan halal JAKIM

dari tahun 2005 sehingga tahun 2007 untuk

bumiputra (jenis permohonan & jenis industri) 72

Jadual 4.11 Pengesahan Persijilan Halal JAKIM dari tahun

2005 sehingga tahun2007-bukan bumiputra (jenis

permohonan & jenis industri) 73

Jadual 4.12 Pemantauan dan penguatkuasaan

dari tahun 2005 sehingga tahun 2007 74

Jadual 4.13 Pemantauan & Penguatkuasaan Halal

JAKIM tahun 2007 75

Jadual 4.14 Kes berkala dari Januari 2007 sehingga

Disember 2007 76

Jadual 4.15 Permohonan sijil pengesahan halal dari Januari

2010 sehingga Disember 2010 78

Jadual 4.16 Analisis keputusan mesyuarat panel pengesahan

halal Johor 79

Jadual 4.17 Tindakan pemantauan (berkala) syarikat yang

tidak mematuhi manual persijilan halal Johor

dari Januari 2010 sehingga Disember 2010 80

xvi

Jadual 4.18 Syarikat yang masih memiliki sijil halal johor

berdasarkan jenis industri 81

Jadual 4.19 Syarikat yang telah mendapat halal

berdasarkan status Bumiputera & Bukan

Bumiputera (multinasional, industri kecil

sederhana, industri kecil) 82

xvii

SENARAI AYAT AL-QURAN

AL-QURAN HALAMAN

Surah Al-Maidah,5 :4 1

Surah Al-A’raf, 7:157 1

Surah Al-Baqarah,2:29 2

Surah Al-Mu’minun,23:51 2

Surah Al-Nahl,16:114 3

Surah al-Baqarah,2:29 14

Surah al-Ma’idah,5:96 19

Surah al-Baqarah,2:195 20

xviii

SENARAI SINGKATAN

DNA - Asid deoksiribonukleik

CAP - Customer Association in Penang

HDC - Halal Industri Development Corporation

IK - Industri Kecil

IKS - Industri Kecil Sederhana

INS - International Numbering System

MAIN - Majlis Agama Islam Negeri

MARDI - Malaysian Agricultural Research and Development

Institute

MPPHJ - Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Johor

JAIN - JAbatan Agama Islam Negeri

JAJ - Jabatan Agama Johor

JAKIM - Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia

JPV - Jabatan Perkhidmatan Veterinar

KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia

KPDNKK - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi

dan Kepenggunaan

xix

NCR - Non Conformence Report

SAW - Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam

SPHM - Sijil Pengesahan Halal Malaysia

SWT - Subhanahu Wa Ta’ala

xx

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Kelulusan dari Fakulti Tamadun Islam untuk

Menjalankan Kajian

B Temuramah

C Statistik-statistik dari JAKIM dan JAJ

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Makanan merupakan sesuatu yang menjadi santapan dan menjadi darah

daging manusia. Manusia tidak boleh memakan makanan melainkan yang telah

dihalalkan oleh syarak. Firman Allah SWT:

……

Maksud: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan)

yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan)

yang lazat-lazat serta baik…..

(Surah al-Maidah, 5:4)

Makanan yang baik adalah makanan yang dianggap lazat mengikut

citarasa manusia yang normal. Manakala makanan yang buruk adalah makanan

yang dianggap jijik oleh manusia yang normal. Firman Allah SWT:

….. …..

2

Maksud: …..dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan

mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk…..

(Surah al-A’raf, 7:157)

Makanan yang halal serta baik adalah merupakan makanan yang

mengandungi banyak khasiat serta baik untuk kesihatan. Allah SWT pada

dasarnya telah menciptakan segala apa yang ada di bumi ini adalah halal

melainkan terdapat bahaya di dalamnya, maka Allah SWT mengharamkannya.

Firman Allah SWT:

Maksud: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi,

kemudian ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu

dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan ia maha mengetahui akan tiap-

tiap sesuatu.

(Surah al-Baqarah, 2:29)

Allah SWT telah memerintahkan kepada manusia supaya memakan

makanan yang baik iaitu halal sebelum Allah SWT memerintahkan berbuat amal

kebaikan. Firman Allah SWT:

3

Maksud: “ Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal

dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa

yang kamu kerjakan.”

(Surah al-Mu’minun,23:51)

Melalui ayat ini dapat diketahui kepentingan memakan makanan yang

halal serta kesannya terhadap amal-amal kebaikan yang dilakukan. Allah SWT

telah memberikan panduan kepada umat manusia dalam memilih makanan dan

setiap apa yang telah ditetapkan oleh Allah pasti mempunyai hikmah yang

tersembunyi untuk kebaikan umat manusia.

Sebagai muslim yang berpegang teguh pada ajaran Islam hendaklah

prihatin dan mengambil berat terhadap pemakanan yang dimakan. Manusia perlu

memastikan setiap makanan dan minuman yang diambil adalah daripada sumber

yang halal dan disediakan mengikut cara yang ditetapkan syarak. Hal ini kerana

setiap apa yang dimakan boleh memberi kesan terhadap keadaan fizikal dan juga

rohani. Perkara ini juga merupakan cara mensyukuri nikmat yang telah Allah

SWT berikan kepada hamba-hambaNya. Firman Allah SWT:

Maksud: “ Oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang

telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan

bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-

mata.”

(Surah al-Nahl,16:114)

4

Makanan dan bahan gunaan merupakan dua keperluan asas harian yang

mana seseorang itu tidak akan terlepas daripada batasan halal haram. Sempadan

yang diletakkan oleh Islam ini bagi memastikan supaya manusia hidup

berdasarkan fitrah sebagai insan yang sempurna.

1.2 Latar Belakang Masalah

Umat Islam pada hari ini tidak seharusnya mengabaikan konsep halal

haram dalam kehidupan terutama dari segi pemakanan. Perkara ini adalah amat

penting kerana pemakanan yang halal mampu menjana pembikinan muslim yang

hakiki dan sempurna dari semua segi keperibadian manusia.

Namun perkembangan sains dan teknologi industri pemprosesan turut

memberikan kesan kepada hasil pengeluaran produk makanan dengan inovasi

baru. Pada umumnya, makanan mempengaruhi kehidupan manusia dan segala

tindakannya. Melalui makanan yang halal seseorang itu memperolehi kekuatan

untuk melakukan amal soleh dan anggota akan mentaati akal. Imam Ghazali r.a

pernah menceritakan mengenai seorang wali, Suhail r.a pernah berkata: “Apabila

seseorang itu makan makanan haram, anggota badannya enggan untuk mengikuti

fikirannya”. Ertinya, otak akan memerintahkan tubuh agar melakukan amalan

soleh tetapi anggota tubuh badan enggan melakukannya (Muhammad

Zakaria,1996:15).

Menurut Mohd Amri masyarakat Islam perlu menjaga kehalalan makanan

kerana sumber makanan yang haram akan turut mencacat-celakan keturunan.

Menurut beliau, ada pihak yang menyatakan generasi orang Islam hari ini sebagai

generasi strawberi, lemah dan rosak akhlak."Buah strawberi itu lembik, tidak

boleh diusik, ini semua berpunca daripada makanan. Kita mesti beratkan makanan

5

yang halalan toyyiba. Jika ini tidak ditangani, generasi Islam akan terus lemah.

"Otak yang cergas datang dari sumber makanan. Saya ibaratkan makanan sebagai

minyak. Kalau minyak tidak berkualiti, nak nyalakan lampu pun tak boleh, nak

gerakkan kereta pun tak boleh. Kita perlu tukar generasi strawberi ini dengan

faktor makanan” (Bernama, 11 Februari 2010).

Sebagai masyarakat Islam di Malaysia yang berkongsi sebuah negara

dengan masyarakat bukan Islam perlu lebih prihatin dan mampu memilih

makanan yang halal mengikut syarak. Masyarakat bukan Islam di Malaysia perlu

dijelaskan dengan lebih mendalam tentang konsep halal-haram makanan

mengikut perspektif Islam yang sebenarnya. Masyarakat Islam perlu mengubah

tanggapan masyarakat bukan Islam bahawa makanan yang halal bukan makanan

daripada babi sahaja tetapi juga meliputi pelbagai konsep lain yang perlu

dijelaskan dengan lebih mendalam (Mohamad Syafiqe Abdul Rahim, Majalah

Cahaya: http://www.halal.gov.my/).

Menurut Yaakob, makanan terproses halal sekiranya ia memenuhi ciri-ciri

berikut iaitu bahan-bahan mentah yang digunakan adalah halal, komponen

ramuan dan aditif (bahan tambahan) adalah halal dan proses penghasilannya

berdasarkan garis panduan Islam. Malangnya, dalam aspek pemakanan juga,

perkembangan teknologi makanan menyebabkan banyak keraguan timbul

mengenai soal sama ada bahan dan proses yang digunakan adalah halal dan bersih

(Utusan Malaysia, 26 Mac 2005).

Menurut Lokman Ab.Rahman, pada umumnya penggunaan logo dan

sistem pensijilan halal semata-mata untuk kelompok pengguna Melayu Muslim di

negara ini bagi memudahkan mereka membuat pilihan barangan tanpa ragu-ragu

di pasaran. Sebaliknya setelah diperkenalkan hampir sepuluh tahun, sambutan

kehadirannya amat mengejutkan. Perkataan halal hari ini bukan lagi menjadi

6

milik mutlak etnik Melayu Muslim. Golongan peniaga yang rata-ratanya dipegang

oleh etnik China mula sedar kepentingan halal dan menuntut supaya produk

barangan mereka diberikan pengesahan halal sedangkan mereka majoritinya

bukan penganut Islam (Berita Harian, 09 Mei 2006).

Demi tujuan perniagaan, ada kalanya pihak pengeluar begitu melampau,

mereka seboleh mungkin cuba mengekplotasi para pengguna dan pembeli dengan

memakai logo halal pada semua barangan tidak kira apa jenis produk yang

dipasarkan. Hal ini menimbulkan kebimbangan menyebabkan lahir desakan

supaya logo haram turut diperkenalkan. Dalam hal ini, Mantan Menteri di Jabatan

Menteri, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin telah memberi jawapannya bahawa

logo halal sudah memadai bagi umat Islam di negara ini membezakan sesuatu

produk itu halal atau sebaliknya (Utusan Malaysia, 27 September 2002).

1.3 Pernyataan Masalah

Sejauhmanakah keperihatinan masyarakat Islam di Malaysia terhadap

makanan halal dan haram terutama dalam perkembangan teknologi makanan

sekarang. Apakah kesan pemakanan tehadap umat Islam serta generasi yang akan

datang dan mengapa makanan halal begitu penting kepada umat Islam. Apakah

tugas bahagian hub halal Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan

unit pengurusan halal Jabatan Agama Islam Islam Negeri (JAIN) dalam

menguatkuasaan sijil halal di Malaysia dan sejauhmana keberkesanan

penguatkuasaan halal dalam membanteras penipuan terhadap produk yang

bertanda halal. Justeru itu penyelidik merasakan bahawa kajian ini perlu

dilakukan untuk mengkaji tentang makanan halal, kepentingan makanan halal,

7

bioteknologi makanan dan menganalisis statistik-statistik yang berkaitan

pengurusan halal JAKIM dan Jabatan Agama Johor (JAJ).

1.4 Objektif Kajian

Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi

perhatian memandangkan ia berfungsi sebagai suatu rangka rujuk bagi

memastikan pelaksanaan kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru itu

penyelidik telah menetapkan beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian

ini iaitu:

1.4.1 Mengenal pasti makanan halal dan haram menurut Islam

1.4.2 Mengenal pasti kepentingan makanan halal

1.4.3 Mengenal pasti bioteknologi makanan menurut Islam

1.4.4 Menganalisis statistik-statistik yang dikeluarkan oleh Hub Halal

JAKIM dan Unit Pengurusan Halal, Bahagian Penyelidikan, JAJ

8

1.5 Persoalan kajian

Bagi mencapai objektif kajian, penyelidik telah menggariskan beberapa

persoalan kajian bagi menjawab objektif kajian. Antara persoalan kajian tersebut

ialah:

1.5.1 Apakah makanan halal dan haram menurut Islam?

1.5.2 Apakah kepentingan makanan halal?

1.5.3 Apakah bioteknologi dalam makanan dibenarkan dalam Islam?

1.5.4 Sejauh manakah permohonan halal serta pemantauan dan

penguatkuasaan halal JAKIM dan JAJ dijalankan?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam dan

pihak JAKIM serta Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

1.6.1 Masyarakat Islam

Antara kepentingan kajian ini, adalah untuk memberi kefahaman kepada

masyarakat Islam tentang kepentingan makanan halal dan kesannya pada jasmani

dan rohani manusia.

9

1.6.2 JAKIM dan JAIN

Hasil dapatan kajian ini, dapat membantu pihak JAKIM danJAIN dalam

memantau, memberi panduan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai garis

panduan makanan halal yang sebenar dalam melaksanakan hasrat kerajaan untuk

menjadikan Negara Malaysia sebagai pengeluar makanan halal dunia.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya memfokuskan mengenai makanan halal dan haram

menurut perspektif Islam serta kepentingan makanan halal, bioteknologi

makanan yang melibatkan bahan ramuan tambahan dan pengurusan halal JAKIM

dan JAJ.

1.8 Definisi Istilah

Dalam kajian ini beberapa definisi istilah diberikan bagi mengelakkan

kesalahan tafsiran pembaca.

1.8.1 Makanan

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2005:981) menjelaskan makanan

ialah apa sahaja yang boleh di makan.

10

1.8.2 Halal

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2005:502) menjelaskan halal ialah

hukum membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan (dalam Islam), diperbolehkan

(tidak ditegah oleh syarak), diizinkan, dibenarkan.

1.8.3 Kepentingan

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2005:1174) menjelaskan

kepentingan ialah sesuatu yang penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan,

keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat.

1.8.4 Perspektif

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2005:1194) menjelaskan

perspektif ialah pandangan (pentafsiran) yang wajar bukan sesuatu dengan

memperkirakan bahagian-bahagiannya dalam hubungan keseluruhannya.