salam sejahtera

Upload: rosbadrul

Post on 01-Mar-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kk

TRANSCRIPT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Pengajaran yang berkesan adalah pengajaran yang mengambil kira semua aspek atau perkara yang membolehkan pengajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.Adakalanya persediaan dari segi penulisan perancangan amat memuaskan tetapi dari segi pelaksanaan ianya terjejas disebabkan oleh kekangan bahan , latar belakang murid yang berbeza atau sebagainya yang akhirnya merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara utama yang perlu dipertimbangkan dalam melaksanakan pengajaran matematik sekolah rendah ialah:Penelitian buku teks dan rujukan Buku teks dan buku rujukan merupakan sumber yang penting bagi mendapatkan idea untuk pengajaran pembelajaran. Aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh yang diberikan dalam buku teks dan buku-buku rujukan matematik kadangkala perlu diperincikan atau dipermudahkan secara berperingkat atau mengikut kemahiran. Aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh yang terdapat dalam buku teks dan buku-buku rujukan itu perlu diteliti bagi menentukan kesesuaian aktiviti-aktiviti atau contoh-contoh mengikut kemampuan dan kebolehan pelajar-pelajarnya sebelum ditunjukkan dalam bilik darjah. Seseorang guru matematik yang berkesan selalunya sedar bahawa pemilihan aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh yang digunakan adalah berasaskan kepada teori-teori pembelajaran matematik. Kebolehan guru matematik membuat taksiran aktiviti atau contoh yang berasaskan teori-teori pembelajaran boleh menjadikan pembelajaran matematik lebih mudah difahami dan lebih bermakna.Perancangan pengajaran untuk topik atau unitSeseorang guru matematik yang berkesan juga perlu membuat perancangan pengajaran bagi tajuk-tajuk matematik mengikut hierarki dan membuat peta konsep atau peta minda bagi tajuk-tajuk yang relevan. Kemahiran dan sub-kemahiran disusun dari yang senang ke sukar dan konkrit ke abstrak. Kemahiran pra syarat juga diambil kira dalam membuat perancangan pengajaran sesuatu tajuk. Guru matematik perlu membuat rancangan mengikut unit topik bagi melihat prespektif yang lebih luas terhadap isi kandungan sesuatu tajuk atau bidang. Unit topik ini merupakan satu perancangan rapi mengandungi beberapa set pembelajaran untuk mencapai satu atau beberapa matlamat dan objektif pengajaran. Sesuatu unit topik mungkin mengambil beberapa waktu pengajaran atau beberapa minggu pengajaran.

Latar belakang pelajarSeseorang guru matematik juga perlu mengetahui peringkat perkembangan kognitif setiap pelajar-pelajarnya. Guru perlu tahu sama ada pelajar-pelajarnya berada pada peringkat praoperasi atau operasi konkrit.Bahan bantu mengajarSeseorang guru matematik perlu memilih dan mengenal pasti tajuk-tajuk matematik yang memerlukan bahan bantu mengajar. Antara bahan-bahan bantu mengajar yang terdapat di pasaran atau yang boleh dibina oleh guru sendiri adalah carta-carta graf, model-model geometri dan poligon, transperasi, kalkulator, perisian komputer dan lain-lain bahan bantu mengajar yang sesuai. Bahan bantu mengajar ini hendaklah disimpan di bilik khas dan mudah diperoleh bila diperlukan. Guru-guru digalakkan berkongsi bahan bantu mengajar, yang tentunya akan memperkayakan lagi sumber pengajaran.

Objektif sesuatu pengajaran Matematik akan tercapai sekiranya kita sebagai guru Matematik benar-benar merancang untuk melaksanakan suatu pdp yang berkesan disamping penggunaan kaedah pengajaran yang menyeronokkan dan mengambil kira kebolehan pelajarnya.Ini supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana yang mengembirakan, memberi kefahaman kepada pelajar dan berkesan.Biarlah perancangan yang kita rancangkan dapat memberi impak yang positif kepada pelajar dan bukan menambahkan kekeliruan pelajar dan akhirnya membuatkan pelajar bosan terhadap Matematik.

Salam sejahtera ..Saya bersetuju dengan pandangan Cikgu Pua Shew Chin yang menyatakan bahawa guru perlu memilih pendekatan pengajaran yang sesuai dengan topik matemtatik dan sesuai dengan keadaan murid .Sekiranya perkara ini diabaikan ianya akan menyebabkan kelemahan berterusan murid dalam Matematik.Kelemahan murid-murid dalam matematik merupakan isu utama dalam pendidikan negara pada masa kini. Di kalangan murid, ramai yang merasakan matematik sebagai sesuatu koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar difahami, menjemukan dan jarang memberi makna secara langsung kepada mereka. Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua murid. Malangnya guru-guru tidak mengikut kehendak sukatan, tetapi mengajar mengikut pengalaman biasa mereka iaitu pengajaran ialah satu proses memindahkan atau menyalurkan pengetahuan kepada murid. Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu pengalaman, jarang diberi penekanan oleh guru. Menurut Judd, Piaget dan Dewey, pengajaran melibatkan lebih daripada mengajar murid-murid melakukan respon khusus pada masa dan tempat yang tepat; ia melibatkan pembelajaran strategi penyelesaian masalah, heuristik dan stratetgi belajar (Wittrock, 1991). Wittrock menjelaskan pembelajaran melibatkan interaksi di antara pengetahuan murid dan ingatan dan maklumat yang hendak dipelajari. Pemilihan pendekatan pengajaran yang berkesan dan menarik minat murid untuk belajar. Murid sekolah rendah biasanya lebih gemar kepada aktiviti yang melibatkan penglibatan murid itu sendiri dalam proses pengajaran .Mereka tidak berminat dengan hanya duduk mendengar penerangan guru sahaja.Oleh yang demikian guru harus kreatif dalam memilih kaedah pengajaran yang menarik dan berkesan.