salam sejahter1

3
Salam Sejahtera TGFU ataupun dikenali sebagai Teaching Games For Understanding adalah merupakan satu pengajaran permainan untuk kefahaman kanak- kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. Kepentingan TGFU Menekankan konsep apresiasi dalam permainan kerana melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas membuat keputusan semasa bermain, selain menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan dengan memberi ruang dan peluang meneroka dan belajar dalam pergerakan kemahiran fizikal dalam lingkungan konteks aktiviti fizikal, mengekalkan minat untuk belajar dan menimbulkan keseronokan semasa bermain. TGFU mencadangkan cara seseorang mampu menghargai keseronokan bermain ke arah membina daya usaha atau kesungguhan belajar teknik kemahiran untuk meningkatkan permainan. Menyediakan persekitaran pembelajaran holistik dan konstruktif melalui beberapa soalan bagi menyokong proses belajar semasa aktiviti bermain. Meningkatkan aras domain pembelajaran kognitif dengan penggunaan permasalahan taktikal dan penyelesaian yang mengatasi atau melebihi (transcend) pelbagai permainan dan pendekatan sebagai tulang belakang. Pelajar bukan sahaja memahami apa yang mereka patut tahu untuk berjaya dalam permainan, tetapi yang lebih penting bila dan mengapa untuk membuat keputusan dalam konteks permainan yang dinamik dan pelbagai. TGFU fokus kepada pemusatan pelajar dan pemusatan bermain untuk membantu pelajar perkembangkan dan menghasilkan kemahiran yang betul yang dikehendaki supaya dapat mengambil bahagian dalam sukan tertentu. TGFU juga menyediakan pelajar dengan peluang memikul tanggungjawab ke atas pembelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain, kemahiran sosial, bersikap positif dan nilai. Membenarkan pelajar mengalihkan pengalaman belajar melalui alam penerokaan dan mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam bidang perkembangan pergerakan kognitif. Salam Sejahtera Dalam Model Teaching Games for Understanding, Prosedur 4 merupakan Kesesuaian dalam membuat keputusan. Ini bermakna, murid-murid perlu tahu apa yang hendak dibuat dan bagaimana cara hendak membuat sesuatu keputusan. Memberi ruang dan peluang kepada murid-

Upload: zulkifli

Post on 03-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Salam Sejahter1

Salam Sejahtera

TGFU ataupun dikenali sebagai Teaching Games For Understanding adalah merupakan satu pengajaran permainan untuk kefahaman kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. Kepentingan TGFU Menekankan konsep apresiasi dalam permainan kerana melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas membuat keputusan semasa bermain, selain menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan dengan memberi ruang dan peluang meneroka dan belajar dalam pergerakan kemahiran fizikal dalam lingkungan konteks aktiviti fizikal, mengekalkan minat untuk belajar dan menimbulkan keseronokan semasa bermain.

TGFU mencadangkan cara seseorang mampu menghargai keseronokan bermain ke arah membina daya usaha atau kesungguhan belajar teknik kemahiran untuk meningkatkan permainan. Menyediakan persekitaran pembelajaran holistik dan konstruktif melalui beberapa soalan bagi menyokong proses belajar semasa aktiviti bermain. Meningkatkan aras domain pembelajaran kognitif dengan penggunaan permasalahan taktikal dan penyelesaian yang mengatasi atau melebihi (transcend) pelbagai permainan dan pendekatan sebagai tulang belakang. Pelajar bukan sahaja memahami apa yang mereka patut tahu untuk berjaya dalam permainan, tetapi yang lebih penting bila dan mengapa untuk membuat keputusan dalam konteks permainan yang dinamik dan pelbagai.

TGFU fokus kepada pemusatan pelajar dan pemusatan bermain untuk membantu pelajar perkembangkan dan menghasilkan kemahiran yang betul yang dikehendaki supaya dapat mengambil bahagian dalam sukan tertentu. TGFU juga menyediakan pelajar dengan peluang memikul tanggungjawab ke atas pembelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain, kemahiran sosial, bersikap positif dan nilai. Membenarkan pelajar mengalihkan pengalaman belajar melalui alam penerokaan dan mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam bidang perkembangan pergerakan kognitif.

Salam Sejahtera

Dalam Model Teaching Games for Understanding, Prosedur 4 merupakan Kesesuaian dalam membuat keputusan. Ini bermakna, murid-murid perlu tahu apa yang hendak dibuat dan bagaimana cara hendak membuat sesuatu keputusan. Memberi ruang dan peluang kepada murid-murid. Keterlibatan sepenuhnya dalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merangka pelan untuk menguasai kemahiran supaya dapat menguasai permainan. Memberi murid-murid peluang membuat keputusan berdasarkan pehamanan mereka terhadap permainan itu tanpa campur tangan guru. Guru bertindak sebagai pembimbing sahaja.

Memberi peluang kepada murid-murid agar menghargai keseronokan bermain di dalam kumpulan sambil menggunakan kreativiti dan mengekalkan minat belajar. Menurut Almy (1964, Fagen) , kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Ia dapat membebaskan murid-murid daripada rasa bosan semasa sessi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Membentuk persekitaran pembelajaran yang kondunsif semasa aktiviti bermain dijalankan. Membebaskan murid-murid mencorak tahap bekerjasama dan meningkatkan keyakinan diri dan kumpulan. Contohnya di dalam model TGFU berbentuk serangan (invasion).

Page 2: Salam Sejahter1

Membuat Keputusan (Decision Making)

Salam Sejahtera

Dalam Model Teaching Games for Understanding, Prosedur 4 merupakan Kesesuaian dalam membuat keputusan. Ini bermakna, murid-murid perlu tahu apa yang hendak dibuat dan bagaimana cara hendak membuat sesuatu keputusan. Kebolehan membuat keputusan dalam masa yang singkat, tepat dan pantas amat sukar. Maka kaedah What, How, When, diajar kepada murid-murid untuk mereka mengenalpasti situasi dan memilih tindakan yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah.

Memandangkan dalam setiap permainan sesuatu aspek sering berubah-ubah, murid-murid perlu pantas untuk menilai APA yang berlaku dan mengenalpasti petunjuk-petunjuk bagi penyelesaian masalah.

Selain itu mereka boleh menggunakan pendekatan BAGAIMANA dan BILA untuk mencari kaedah terbaik dan pantas pada situasi yang memerlukan. Guru akan membimbing berdasarkan peraturan dan syarat-syarat permainan. Berdasarkan model ini juga, ia menggalakkan pelajar supaya melibatkan diri dalam pelbagai jenis permainan. Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Selain itu , menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untukmenjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan.