sains

Upload: robert-becker

Post on 10-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN KAEDAH ALEP DALAM MEMBANTU MENINGKA TKAN PENGUASAAN KONSEP DAN MINAT MURID BAGI TOPIK LITAR..... BERSIRI DAN SELARI.

AZWADI BIN ISMUL AZAM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahanIjazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

Sains Pendidikan Rendah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

OKTOBER 2013

Abstrak

Pengalaman saya semasa ak:tiviti P&P dalarn prak:tikum, ramai murid yang tidak dapat memaharni konsep bagi tajuk 'Li tar bersiri dan selari'. Mereka hanya menghafal ciri-ciri bagi litar bersiri clan selari tanpa memahami konsep litar bersiri dan selari dengan betul. Kajian ini bertujuan membantu murid tahun 5 dalam menguasai konsep bagi tajuk 'Litar bersiri dan litar selari' dengan menggunak:an kaedah ALEP (Analogi Litar Elektrik. Berdasarkan Penghantaran Pizza). Kajian ini melibatkan 10 orang murid yang mana mempunyai markah terendah di dalam ujian pra dan juga berdasarkan pemerhatian awal. Intervensi ini dijalankan dengan menggunakan kaedah analogi. Kaedah analogi telah digunak:an untuk membantu murid-murid memahami konsep litar bersiri clan litar selari. Data dikumpul adalah melalui rakaman foto, temubual dan juga ujian pra dan ujian pos. Ujian pra menunjukkan 60% murid gagal menguasai konsep litar bersiri dan litar selari dan murid kurang benninat terhadap P&P yang dijalankan. Waiau bagaimanapun, selepas intervensi dijalankan, telah berlaku sedikit peningkatan dalam ujian pos. Bilangan murid yang gagal dalam menguasai konsep litar bersiri dan selari dapat dikurangkan,iaitu daripada 60% kepada 0%. Minat murid yang meningkat terhadap topik ini juga dapat dilihat berdasarkan rakaman foto dan juga temu bual yang telah dijalankan. Kajian mendapati bahawa kaedah ini telah membantu murid untuk meningkatkan penguasaan konsep dan minat mereka dalam tajuk ini.

vi

Abstract

Many pupils do not understand the concept of 'series circuit and parallel circuit' during teaching and learning during practicum. Pupils learned by memorizing the characteristics" of series and parallel circuit without a proper understanding of the concept of 'series and parallel circuit. The purpose of this study was to improve my teaching by scaffolding year 5 pupils in understanding the concept of 'series circuit and parallel circuit' by using ALEP (Electrical Circuit Analogy Based Pizza Delivery). This study consist of 10 pupils who have the lowest score in pre-test and also based on preliminary observations. The intervention was carried out by using an analogy method. The analogy method was used to promote pupils' understanding on the concept of series circuit and parallel circuit. Data was collected based on recording photos, interviews and pre-test and post-test. Pre-test showed 60% of the pupils failed to understand the concept of a series circuit and a parallel circuit with students becoming less interested in the classroom's activities. However, after the intervention was carried out, there had been slight improvement in the post-test. The number of pupils who failed in the concept of series and parallel circuits had been reduced, from 60% to 0%. The pupils showed higher interest on this topic which could be seen on the photo image and the interview conducted. The study found that this method has helped pupils to improve their understanding on the concept and interest in this topic.

vuKANDUN GAN

Vlll

MlikADEPAN

HAL AMANPENGESAHAN PENYELJA 11HALAMANPENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ABSTRAK VJ ABSTRACT vu SENARAI K.ANDUNGAN VUI SENARAI JADUAL ix SENARAI RAJAH x SENARAJ LAMPIRAN xi

1.0Pendahuluan1.1 Refleksi Sorotan Literatur1

2.0Fokus Kajian/Isu Keprihatinan7

3.0Objektif14

SoaJan Kajian

4.0Kumpulan Sasaran15

5.0Pelaksanaan Tindakan17

5.1 Prosedur Tindakan

5 .2 Cara Pengumpulan Data

6.0AnaJisis dan Intepretasi Data26

7.0Dapatan45

8.0Cadangan Kajian Seterusnya49

Senarai Rujukan51

Lampi ran52

JaduaJMuka Surat l) KumpuJan sasaran 152) Perbandingan di antara analogi yang digunakan dengan 20

komponen dalam litar atau penerangan.

3) Skala Pemarkahan 38

.....) Jadual Peratusan Ujian Pra 39

SENARAI JADUAL5) JaduaJ Peratusan Ujian Pos 41

lX

Rajah

1)

Model Stepehen KemmisMuka Surat

17

2)Perancangan Intervensi18

3)Analogi penghantaran pizza yang digunakan dalam P&P20

4)Murid kurang benninat dengan P&P27

.5...)Murid kurang berminat dengan P&P27

6)Murid berminat dengan P&P28

7)Murid benninat dengan P&P semasa intervensi dijalankan30

dan ada di antara murid yang cuba bertanyakan soalan

8)Penglibatan kurang aktif murid sebelum intervensi dijalankan31

9)Penglibatan aktif murid semasa intervensi dijalankan32

10)Graf peratusan Ujian Pra39

11)Graf peratusan Ujian pos41

12)Graf perbandingan peratusan Ujian Pra dan Ujian Pos42

SENARAI RAJAH

x

SENARAI LAMPIRAN

XILampi ran

Muka Surat

ARancangan pengajaranharian Sains tahun 552

BPersembahan Slaid Kaedah ALEP58

cSoalan Ujian Pra dan Ujian Pos62

D~Transkrip Temu bual64

1.0 PENDAHULUAN

1.1 REFLEKSIPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pengalaman saya sepanjang praktikum yang lalu banyak mengajar erti hidup untuk menjadi seorang guru yang bermutu serta dapat menyampaikan ilmu dengan baik kepada murid-rnurid. Dalam proses penyampaian ilmu tersebut banyak dugaan dan cabaran yang saya terpaksa tempuh. Cabaran yang saya perlu tempuh adalah termasuk dari segi kekangan masa, pemilihan strategi, teknik dan kaedah pengajaran, serta murid yang diajar datang dari pelbagai latar belakang dan tahap pemikiran yang berbeza.

Sebagai seorang guru saya perlu peka dengan hal tersebut dan perlulah menggunakan strategi.teknik dan kaedah yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran saya. Pencapaian objektif bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan teknik yang digunakan. Jika kaedah clan teknik yang tidak. sesuai digunakan dalam pembelajaran maka kemungkinan objektif pembelajaran yang ingin dicapai tidak tercapai. Ini kerana sesuatu pembelajaran diukur melalui objektif pembelajaran tersebut sama ada ia tercapai atau tidak. Jika objektif pembelajaran tersebut tidak tercapai maka boleh dianggap pengajaran pada hari tersebut tidak berk.esan.

1

Kaedah dan teknik yang digunakan juga perlulah mengambil kira latar belakang muridnya seperti tahap pemikiran murid, gaya pembelajaran murid serta minat murid. Pembelajaran yang berkesan adalah apabila murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan apa yang ada di sekiling mereka. Hal ini dapat membantu murid untuk meningkatkan kefahaman serta minat mereka. Sebagai contoh murid yang berada di bandar perlu dikaitkan dengan benda yang selalui dilihat merekaseperti bangunan, peralatan teknologi canggih, dan sebagainya. Hal ini dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu dengan lebih mudah.

Berhubung dengan masalah ini saya telah membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran saya bagi tajuk litar bersiri dan selari bagi tahun 5 semasa praktikum pertama di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2. Saya ditugaskan untuk mengajar tahun 5 Delima bagi matapelajaran Sains. Kelas tersebut adalab merupakan kelas kedua hujung bagi tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Tuanku Jaafar 2. _Tahap pem.ikiran bagi murid tahun 5 Delima adalab lemah berdasarkan prestasi akademik mereka yang lepas.

Tajuk litar bersiri dan selari adalah merupakan salah satu tajuk bagi matapelajaran Sains tahun 5. Secara kebetulan pada masa tersebut saya mengajar tahun 5 Delima mengenai tajuk tersebut. Tajuk ini adalah salah satu tajuk yang agak mencabar kerana konsep sains yang dibawa adalah berbentuk abstrak dan agak sukar untuk disampaikan kepada murid-murid. Bagi saya tajuk ini perlu ditekankan kerana jika pembelajaran murid dilakukan secara sambil lewa murid pasti tidak akan memahaminya.

2