saidina umar al-khatab

9
ISL 4.0 Zaman Daulah Khulafa Al-Rashidin 4.3 Pemerintahan Khalifah Umar Al-Khatab RIWAYAT HIDUP SAIDINA UMAR AL-KHATTAB Latar belakang saidina Umar Al-Khattab-Khalifah ke-2 zaman khulafa Al-Rashidin terkenal seorang yang berani, warak, dan mempunyai siasah politik yang baik. Dikenali sebagai Al-Farouk/Amir al- Mukminin .Sahabat baik Nabi Muhammad s.a.w. Memerintah selama 10 tahun dari 13- 23H. Perlantikan sebagai khalifah telah dicalonkan oleh Abu Bakar dan dipersetujui oleh umat Islam. Melakukan banyak pembaharuan dalam pentadbiran Islam dan perluasan wilayah Islam serta mengembangkan dakwah Islamiah. Zamannya berlaku kegemilangan Islam ( dalam bidang politik, ekonomi , sosial dan Agama ) Meninggal dunia pada 23H. PERLUASAN KUASA ISLAM Gerakan perluasan kuasa Islam yang dilancarkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab lebih banyak tertumpu kepada jajahan-jajahan Rom dan wilayah Parsi. Menentang Rom Dan Membuka Baitul-Maqdis Abu Ubaidah telah memimpin tentera Islam seramai 24 ribu orang untuk menentang tentera Rom yang dipimpin oleh Jabalah

Upload: ct-norzaidah

Post on 11-Sep-2015

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Politik dan Perluasan kuasa

TRANSCRIPT

ISL 4.0 Zaman Daulah Khulafa Al-Rashidin4.3 Pemerintahan Khalifah Umar Al-Khatab

RIWAYAT HIDUP SAIDINA UMAR AL-KHATTAB Latar belakang saidina Umar Al-Khattab-Khalifah ke-2 zaman khulafa Al-Rashidin terkenal seorang yang berani, warak, dan mempunyai siasah politik yang baik. Dikenali sebagai Al-Farouk/Amir al-Mukminin .Sahabat baik Nabi Muhammad s.a.w. Memerintah selama 10 tahun dari 13- 23H. Perlantikan sebagai khalifah telah dicalonkan oleh Abu Bakar dan dipersetujui oleh umat Islam. Melakukan banyak pembaharuan dalam pentadbiran Islam dan perluasan wilayah Islam serta mengembangkan dakwah Islamiah. Zamannya berlaku kegemilangan Islam( dalam bidang politik, ekonomi , sosial dan Agama ) Meninggal dunia pada 23H.PERLUASAN KUASA ISLAMGerakan perluasan kuasa Islam yang dilancarkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab lebih banyak tertumpu kepada jajahan-jajahan Rom dan wilayah Parsi. Menentang Rom Dan Membuka Baitul-MaqdisAbu Ubaidah telah memimpin tentera Islam seramai 24 ribu orang untuk menentang tentera Rom yang dipimpin oleh Jabalah ibnul-Aiham, raja terakhir negeri Ghassan yang diberibantuan oleh Mahan daripada Armenia. Maka berlakulah Peperangan Yarmuk pada 636 M dan kemenangan berpihak kepada tentera Islam.Dalam pada masa itu juga, Abu Ubaidah dan Khalid bin Al-Walid telah menakhluki Hems,Hama, Qinnistria, Laziqiyah dan Aleppo. Amru dan Shurahbil pula berjaya merebut Acre, Haifa, Jaffa, Ghazzah dan lain-lainnya, kecuali Baitul-Magdis sahaja yang belum menyerah. Namun, akhirnya Jurusalem menyerah diri kepada Khalifah Umar Al-Khattab sendiri pada 15 H melalui perjanjian damai.Pembukaan MesirSeterusnya, Amru mara ke Bulbais dengan menghadapi tentera Rom pimpinan Artibun dan disini juga tentera Islam mendapat kemenangan, tetapi dalam pertempuran Ummu Dunain pula, tentera Islam kemudiannya mengalami kesukaran. Tentera Islam telah bertempur dengan tentera Rom pimpinan Theodore yang berjumlah 20,000 di Ainus-Sham dan berjaya memenanginya.Tentera Muslim terus mara ke Iskadariah, ibu kota Mesir namun mengalami kesukaran untuk menawannya kerana bentengnya agak kuat sehingga melemahkan semangat tentera Islam. Khalifah Umar Al-Khattab telah mengutus surat untuk membidas sikap tersebut dan barulah tentera Islam bertekad berjuang habis-habisan sehingga sanggup memanjati tembok tersebut. Ini menyebabkan tentera Parsi melarikan diri dan tentera Islam berjaya memperoleh kemenangan.Menakhluk ParsiKhalifah Umar Al-Khattab telah mengirimkan bantuan tentera yang disertai Abu Ubaid Al-Saqaty dan Sulait Al-Ansary kepada Al-Muthana yang barumengambil alih pimpinan Khalid Al-Walid dulu. Maka berlakulah Peperangan Jambatan sebanyak dua kali berhampiran Al-Hirah pada 13 H. Namun begitu, tentera Parsi yang dipimpin oleh Rustum telah mencapai kemenangan sehingga Abu Ubaid dan Sulait sendiri terbunuh. Untuk menebus kekalahan tersebut, Khalifah Uamr Al-Khattab telah menghantar satu pasukan tentera pimpinan bersama Al-Muthana dan Jarir bin Abdullah dan berhasil mengalahkan tentera Parsi.Kemenangan ini mendorong Khalifah Umar Al-Khattab untuk melantik Saad bin Abi Waqas mengetuai angkatan tentera seramai 10,000 orang untuk menghadapi tentera Parsi yang berjumlah 120,000 orang pimpinan Rustum. Ketika bertemu, kedua-dua belah pihak cuba mencari jalan penyelesaian agar peperangan tidak berlaku namun gagal. Akibatnya, tercetuslah Pertempuran Al-Qadisiyah yang hebat selama tiga hari yang menyebabkan kekalahan teruk di pihak Parsi, sementara tentera Islam telah memperoleh banyak harta rampasan perang. Tentera Islam akhirnya meneruskan kemaraan dengan merampas Bahrain yang terletak di bahagian bandar Madain. Seterusnya, tentera Islam telah menyerang Helwan dan berjaya menawannya.Kemudian, tentera Islam telah bertempur dengan 100 ribu orang tentera Parsi pimpinan Firzan di Nihawand. Dalam Pertempuran Nihawand pada 19 H ini, tentera Islam telah mencapai satu kemenangan gemilang. Bagi menamatkan siri ini, tentera Islam terus menakhluki Ahwaz, Kashan, Qam dan Azerbaijian.

PEMBAHARUAN DALAM PEMERINTAHAN DAN POLITIKSistem Syura : Majlis syura berperanan sebagai tempat perbincangan masalah yang berhubung dengan politik, ekonomi, social dan kebajikan serta masalah dalaman/ luar Negara. Keputusan diambil atas persetujuan sebulat suara ahli majlis syura yang terdiri daripada para sahabat. Membahagikan majlis syura kepada 2 jenis, iaitu Majlis Syura Tinggi dan Majlis Syura Am. Bagi hal-hal yang kurang penting khalifah Umar mengadakan perbincangan di Masjid.Perluasan Wilayah Islam : Islam berkembang melalui proses penaklukan / perluasan kuasa. Kawasan pengaruh Islam meliputi Hijaz, Syria, Iran, Iraq, Mesir, Palestin. Bagi memudahkan pengawasan, pentadbiran wilayah diperkenalkan dan dilengkapi dengan pusat pemerintahan. Contoh, Mekah, Damsyik, dan Kufah. Kota Madinah dijadikan pusat pemerintahan keseluruhan wilayah IslamPerlantikan Pegawai Wilayah : Memperkenalkan jawatan Wali/ Gabenor sebagai ketua pemerintah peringkat wilayah dan bertindak sebagai panglima tentera. Melantik Sahib Bait-Al-Mal yang bertanggung jawab atas perbendaharaan wilayah. Sahib Al-Kharaj berperanan memungut hasil percukaian wilayah Islam. Ketua polis (Sahib Al-Ahdath) untuk mengawasi keamanan. Jawatan Kadi diwujudkan untuk melicinkan sistem kehakiman. Khalifah telah menentukan kriteria pemilihan pegawai yang layak memegang jawatan di wilayah. Surat pelantikan pegawai yang mengandungi garis panduan/ tanggungjawab yang wajib dipatuhi. Setiap Wali/ gabenor wilayah wajib memberikan laporan perkembangan di wilayah setiap tahun selepas musim haji. Rakyat diberi penerangan tentang tanggungjawab pegawai yang dilantik, dan berhak untuk membuat pengaduan kepada khalifah. Khalifah berhak melantik dan memecat pegawai yang tidak amanah/ tidak cekap melaksanakan tugas.Pengurusan Tanah : Setiap wilayah Islam diperkenalkan undang-undang pengurusan tanah tersendiri, Di Iraq tanah menjadi hak milik kerajaan contoh: Tanah yang asalnya dimiliki oleh pemerintahan Parsi. Tanah yang tiada waris. Tanah yang pemiliknya melarikan diri apabila kawasannya ditakluk oleh tentera Islam. Hasil pungutan tanah digunakan oleh pemerintah Islam untuk membangunkan wilayah masing-masing. Undang-undanh pengurusan tanah di Syria dan Mesir memperuntukkan tanah yang dimiliki oleh golongan bangsawan dan pemerintah Rom diserahkan kepada petani. Tentera Islam dan orang Islam tidak dibenarkan mengambil tanah di wilayah Islam ini kecuali jika dibeli untuk melindungi kebajikan penduduk asal wilayah Islam yang baru ditakluki.Sistem Percukaian Tanah Dan Tanaman : Memperkenalkan sistem percukaian tanah berdasarkan jenis tanaman. Contoh: Gandum dikenakan cukai= 2 dirham, Barli=1dirham, Anggur =10 dirham. Tanah yang subur dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding dengan tanah yang kurang suburMemajukan Sektor Pertanian : Memperkenalkan peraturan yang membenarkan rakyat memiliki tanah sekiranya mereka meneroka tanah baru untuk tujuan pertanian. Tanah yang dibiarkan tanpa diusahakan dalam tempoh 3 tahun akan menjadi milik kerajaan semula. Bagi menggalakkan pertanian sistem pengairan dan terusan telah dibina dikenali terusan Amirul-Mukminin di Mesir dan empangan Abu Musa.

Struktur Pentadbiran Ketenteraan: Memperkenalkan pasukan tentera tetap dan sukarela. Pasukan tentera tetap dibayar gaji- Mereka tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan sampingan seperti bertani bagi mengelakkan gangguan tumpuan terhadap tugas. Tentera tetap diberi latihan intensif. Contoh-Berjalan tanpa pengalas kaki, menunggang kuda dan memanah. Setiap tentera direkodkan nama dan nombor pendaftaran. Pusat ketenteraan ditubuhkan, di Bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Fustat dan Hims. Membina kubu-kubu pertahananan sebagai langkah berjaga-jaga.Kehakiman : Menetapkan syarat-syarat perlantikan kadi atau hakim yang ketat. Seperti berilmu, berperibadi tinggi, dikenali oleh masyarakat. Jabatan kehakiman ditubuhkan dan dipisahkan dari Jabatan lain untuk menjamin keadilan. Prinsip kehakiman berlandaskan syariat Islam. Gaji Kadi/ hakim dibayar tinggi (500 dirham sebulan) untuk mengelakkan berlaku tidak adil. Kadi/ hakim tidak digalakkan untuk terdedah kepada umum seperti di pasar atau tempat tumpuan ramai bagi menjamin keadilan perundangan.