jabatan kemajuan islam malaysia - islam.gov.my · waja, kuat dan terbilang. di antaranya...

12
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA TEKS KHUTBAH Tajuk : PAHLAWAN: PENGORBANAN YANG TIADA GALANG GANTI Tarikh Dibaca : 20 MUHARAM 1441H/ 20 SEPTEMBER 2019M Disediakan oleh : Cawangan Pengurusan Masjid Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Upload: others

Post on 22-Oct-2019

34 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · waja, kuat dan terbilang. Di antaranya termasuklah Saidina Hamzah, Khalid bin al-Walid, Thariq bin Ziyad, Salahuddin al-Ayubi dan

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

PAHLAWAN: PENGORBANAN YANG TIADA GALANG GANTI

Tarikh Dibaca :

20 MUHARAM 1441H/

20 SEPTEMBER 2019M

Disediakan oleh :

Cawangan Pengurusan Masjid

Bahagian Dakwah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Page 2: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · waja, kuat dan terbilang. Di antaranya termasuklah Saidina Hamzah, Khalid bin al-Walid, Thariq bin Ziyad, Salahuddin al-Ayubi dan

Khutbah Jumaat Pahlawan: Pengorbanan Yang Tiada Galang Ganti

1

PAHLAWAN: PENGORBANAN YANG TIADA GALANG GANTI Sempena Hari Pahlawan

20 September 2019M / 20 Muharam 1441H

بالل ه من شرور أ ونتوب إليه، ونعوذ ونستغفره ونستعينه ه، نحمده مد لل نا إن الح نفا مرشدا. ومن عمالنا، من يهد الل ه فهو المهتد ومن يضلل فلن تجد له ولي سي ئات أ

ن شهد أ أ إ لا لا إله الل ه وحده هم لا لل ورسوله، ا دا عبده ن محم شهد أ يك له، وأ شر وس د وعلى آله وصحبه ومن دعا بدعوته إلى يوم الد ين.صل ل م على نبي نا محم

كم لعل تقوى الل ه وطاعته قوا الل ه، أوصيكم ونفسي ب ا بعد، فيا عباد الل ه، ات م أ تفلحون.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڀ ڀ ڀ ڀٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ٱ ٻ

ٺ ٺ ٺ ٺ

Sidang jumaat yang berbahagia,

Bertaqwalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa dengan

melaksanakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan seluruh

larangannya. Mudah-mudahan kita memperoleh keberkatan dan keredhaan

serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “Pahlawan:

Pengorbanan Yang Tiada Galang Ganti”.

Page 3: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · waja, kuat dan terbilang. Di antaranya termasuklah Saidina Hamzah, Khalid bin al-Walid, Thariq bin Ziyad, Salahuddin al-Ayubi dan

Khutbah Jumaat Pahlawan: Pengorbanan Yang Tiada Galang Ganti

2

Sidang jumaat yang berbahagia,

Dengan kemajuan dan kemakmuran negara yang dikecapi hari ini, ramai

yang tidak sedar akan pengorbanan dan perjuangan golongan perajurit

yang tiada galang gantinya demi memastikan negara bebas daripada

penjajah dan ancaman musuh. Meskipun sebahagian besar daripada kita

tidak merasakan zaman penjajahan dan darurat sebelum ini, kesiagaan

anggota keselamatan yang sedia berkhidmat menjaga keamanan di darat,

udara dan perairan negara, harus terus dikenang dan disanjung sampai

bila-bila.

Masyarakat khususnya generasi muda perlu menyelami dan mengambil

iktibar keberanian dan semangat keperwiraan yang ditunjukkan golongan

perajurit yang sentiasa di barisan hadapan mempertahankan negara pada

satu masa dahulu. Sama ada mereka ini masih hidup mahupun yang telah

meninggal dunia, sekaligus meninggalkan nama, jasa dan pengorbanan

mereka untuk dikenang dalam lipatan sejarah Negara. Pemergian mereka

merupakan kehilangan yang cukup dirasai serta tiada galang gantinya. Jasa

mereka tidak sewajarnya kita lupakan, kerana kita tidak akan kecapi apa

yang ada kini sekiranya bukan kerana pengorbanan mereka.

Justeru, setiap kali tanggal 31 Julai, kita akan menyambut Hari Pahlawan

bagi memperingati jasa dan pengorbanan pahlawan negara yang terdiri

daripada warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-

lain agensi keselamatan serta individu yang secara bersama

mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara dari ancaman

Page 4: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · waja, kuat dan terbilang. Di antaranya termasuklah Saidina Hamzah, Khalid bin al-Walid, Thariq bin Ziyad, Salahuddin al-Ayubi dan

Khutbah Jumaat Pahlawan: Pengorbanan Yang Tiada Galang Ganti

3

musuh. Ia adalah suatu tugas yang sungguh mulia dan merupakan tuntutan

syariah dalam menegakkan agama Allah dimuka bumi ini.

Firman Allah SWT di dalam surah Ali-Imran ayat 146 :

ھ ے ے ۓ ۓ ڭ ڭ ڭ ڭ ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ ۈ ٴۇ ۋ

ۅ ۉ ۉ ې ۅۋBermaksud : “Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang

dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka

mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa

mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan

tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). dan (ingatlah), Allah sentiasa

mengasihi orang-orang yang sabar.”

Sesungguhnya jasa para pahlawan negara ini telah menunjukkan

kehebatan mereka sejak dahulu lagi. Sebagai contoh para pahlawan telah

menunjukkan kehebatan mereka mempertahankan negara sewaktu

menentang pencerobohan tentera Jepun sewaktu perang dunia ke-2 dan

sewaktu zaman darurat antara tahun 1948 sehingga 1960. Bukan itu

sahaja, para pahlawan kita telah diminta untuk menjadi tentera pengaman

di pelbagai negara seperti Bosnia, Somalia, Iraq dan lain-lain.

Dalam sejarah Islam terdapat ramai pahlawan Islam yang bersemangat

waja, kuat dan terbilang. Di antaranya termasuklah Saidina Hamzah, Khalid

bin al-Walid, Thariq bin Ziyad, Salahuddin al-Ayubi dan lain-lain lagi.

Manakala dalam sejarah tanah air kita pula terdapatnya tokoh-tokoh seperti

Mat kilau, Datuk Bahaman, Mat Salleh, Datuk Onn Jaafar dan sebagainya

yang diangkat sebagai pahlawan kerana menentang penjajahan barat ke

atas ibu pertiwi tercinta.

Page 5: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · waja, kuat dan terbilang. Di antaranya termasuklah Saidina Hamzah, Khalid bin al-Walid, Thariq bin Ziyad, Salahuddin al-Ayubi dan

Khutbah Jumaat Pahlawan: Pengorbanan Yang Tiada Galang Ganti

4

Berjihad dan berkorban jiwa untuk mempertahankan negara adalah sifat

mulia yang disanjung tinggi dalam Islam. Kerana itulah, Islam telah

meletakkan kedudukan pejuang-pejuang yang berjuang semata-mata

kerana Allah serta tidak didasari sifat kebendaan dan keuntungan dunia

tetapi berjuang hanya untuk mendapatkan ganjaran dan keredhaan Allah

SWT mereka akan diberi ganjaran dan kedudukan yang tinggi disisi Allah

SWT sebagaimana firman Allah dalam surah Al- Baqarah 193 :

ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڇڃ ڃ ڃ ڃ چ چ چ چ

Bermaksud : “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan

(sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika

mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap

orang-orang yang zalim.”

Sidang jumaat yang berbahagia,

Islam mengiktiraf para pahlawan tanah air ini sebagai mujahid agama,

bangsa dan negara. Oleh itu para pahlawan hendaklah meletakkan setiap

langkah dan geraklaku dalam perjuangan mereka sebagai amalan yang

ikhlas dan penuh tanggungjawab agar mereka mendapat penghormatan

semasa hidup di dunia dan anugerah yang besar dari Allah SWT pada hari

akhirat kelak.

Segala perjuangan para pahlawan yang terdiri dari pasukan keselamatan

iaitu tentera dan polis yang mempertahankan Negara adalah satu tugas

yang sangat mulia, kerana perjuangan mereka dipenuhi pelbagai dugaan.

Kalau kita lihat perjuangan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para

sahabat r.a. dengan penuh semangat dan kesungguhan. Mereka telah

menempuh segala cabaran dan rintangan sehingga kuasa-kuasa besar

Page 6: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · waja, kuat dan terbilang. Di antaranya termasuklah Saidina Hamzah, Khalid bin al-Walid, Thariq bin Ziyad, Salahuddin al-Ayubi dan

Khutbah Jumaat Pahlawan: Pengorbanan Yang Tiada Galang Ganti

5

pada masa itu pun tunduk dibawah kekuasaan Islam. Kejayaan mereka ini

adalah berdasarkan tiga faktor utama. Pertama, segala kejayaan dan

kecemerlangan mereka adalah hasil daripada pertolongan Allah SWT.

Kedua, sifat berdisiplin, amanah, jujur dan ikhlas adalah di antara sifat-sifat

utama yang mendasari kejayaan mereka di dalam setiap perjuangan. Dan

yang ketiga, sikap sentiasa mematuhi perintah Allah dalam setiap keadaan

samaada ketika senang atau susah.

Di samping menyediakan kekuatan dalaman atau kerohanian, kita juga

diperintahkan mempersiapkan kekuatan dari sudut luaran atau fizikal bagi

menghadapi sebarang ancaman musuh sebagaimana firman Allah SWT di

dalam suruh al-Anfal ayat 60 :

ۇ ۆ ۆ ۈ ۈ ٴۇ ۋ ۋ ۅ ۅ ۉ ۉ ې

وئ وئ ۇئ ۇئ ۆئ ەئې ې ې ى ى ائ ائ ەئ

ۆئ ۈئ ۈئ ېئ ېئ ېئ ىئ ىئ Bermaksud : “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang

menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari

pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan

dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh

yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah

mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan allah

akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan

dianiaya.”

Ayat al-Quran tersebut memberikan pengajaran dan panduan agar umat

Islam sentiasalah bersiap sedia dalam apa jua keadaan bagi menghadapi

pelbagai bentuk ancaman dari pihak musuh, dengan mempersiapkan

Page 7: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · waja, kuat dan terbilang. Di antaranya termasuklah Saidina Hamzah, Khalid bin al-Walid, Thariq bin Ziyad, Salahuddin al-Ayubi dan

Khutbah Jumaat Pahlawan: Pengorbanan Yang Tiada Galang Ganti

6

segala bentuk kekuatan, baik di bidang keselamatan, perekonomian,

pendidikan, keagamaan sehinggalah kekuatan perpaduan. Bahkan tanpa

perpaduan takkan lahirnya kekuatan. Tanpa kekuatan masakan pejuang

dan pahlawan silam mampu meraih kejayaan dan kemenangan.

Sebagaimana yang disebutkan dalam Hadis Qudsi berikut:

ما ي سبيلي فى مجاهدا يخرج عبادى من عبد أ ضمنت مرضاتى ابتغاء ان له ان أرجعه صاب بما رجعته جر من أ او أ وان غنمة ان قبضته غفر أ رحمه وأ وأدخله ة ن .الج

Bermaksud: “Mana-mana hamba-Ku yang menunaikan jihad pada jalan-Ku

kerana mengharap dan mencari keredhaan-Ku, Aku jamin untuk

mengembalikannya (jika ia ku kembalikan) dengan segala apa yang

didapatinya berupa pahala atau harta rampasan. Dan jika ia Ku matikan, ia

akan Ku ampuni, Ku beri rahmah dan akan Ku masukkan ke dalam Syurga.”

Sidang jumaat yang berbahagia,

Dalam menyambut hari pahlawan agar ianya menjadi lebih bermakna

sewajarnyalah masyarakat umum memberi pengiktirafan selayaknya

kepada barisan pahlawan negara yang memikul tuntutan fardhu kifayah

dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara secara khusus. Oleh itu,

erti perjuangan sebenarnya menyedarkan kita betapa kemerdekaan yang

dilaung, agama yang didukung, negara yang disanjung perlu dipertahankan

biar ke titisan darah yang terakhir. Buat para pahlawan negara baik yang

telah syahid atau kembali menghadap Ilahi, kita berdoa agar roh mereka

sentiasa dirahmati dan dikasihi. Bagi para pahlawan yang masih gagah

berdiri mengibarkan panji perjuangan ini, demi negara yang dicintai, akan

sentiasa mempertahankan setiap inci bumi pertiwi ini walaupun darah dan

nyawa sebagai ganti.

Page 8: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · waja, kuat dan terbilang. Di antaranya termasuklah Saidina Hamzah, Khalid bin al-Walid, Thariq bin Ziyad, Salahuddin al-Ayubi dan

Khutbah Jumaat Pahlawan: Pengorbanan Yang Tiada Galang Ganti

7

Mimbar menyeru, marilah kita semarakkan kembali janji untuk beriltizam di

atas prinsip-prinsip kebenaran yang didokongi oleh Islam sebagai wadah,

bagi memastikan keberadaan kita di dunia yang fana ini tidak tergelincir dari

garisan ibadah. Marilah kita sama jalinkan kekuatan, bina kombinasi

mapan, sempurnakan amanah dan peranan, persiapkan jiwa dengan

keimanan, hiaskan diri dengan kesopanan, tingkatkan pengorbanan dan

kesiapsiagaan demi kedaulatan agama dan tanah air.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Negara kita sedang menghadapi masalah jerebu. Kejadian jerebu yang

berlaku ini telah menjejaskan aktiviti dan kehidupan masyarakat. Di

beberapa kawasan, sesi persekolahan terpaksa dibatalkan malah operasi

beberapa sektor pekerjaan turut terjejas. Keadaan jerebu ini juga bukan

sahaja memberi kesan terhadap kesihatan, bahkan mendatangkan pelbagai

penyakit-penyakit kronik seperti sakit mata, jantung, asma, radang paru-

paru dan batuk.

Justeru, untuk mengelakkan keadaan ini menjadi semakin buruk, mimbar

menyarankan agar semua anggota masyarakat mengikuti saranan-saranan

yang dikeluarkan oleh pihak berwajib antaranya ialah mengurangkan aktiviti

fizikal di luar kediaman, menggunakan penutup hidung dan mulut ketika

berada di luar, kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok,

menggunakan penghawa dingin ketika memandu dan banyakkan minum air

kosong.

Dalam usaha memulihkan kembali keadaan jerebu ini, mimbar juga

menyarankan kepada semua jawatankuasa kariah masjid dan surau untuk

mengadakan solat sunat istisqa, bagi mengharapkan agar Allah SWT

menurunkan hujan dan menghilangkan jerebu ini. Sesungguhnya doa

dengan penuh pengharapan dan keikhlasan kepada Allah SWT dan

Page 9: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · waja, kuat dan terbilang. Di antaranya termasuklah Saidina Hamzah, Khalid bin al-Walid, Thariq bin Ziyad, Salahuddin al-Ayubi dan

Khutbah Jumaat Pahlawan: Pengorbanan Yang Tiada Galang Ganti

8

penyesalan atas segala dosa yang dilakukan pasti akan dikabulkan jua.

Terima kasih juga diberikan kepada Kementerian Tenaga, Sains,

Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim yang menyampaikan

maklumat berkaitan keadaan jerebu ini kepada masyarakat dan berusaha

melakukan operasi pembenihan awan sebagai ikhtiar di kawasan-kawasan

yang terjejas teruk. Semoga dengan usaha dan tawakal setiap pihak dan

anggota masyarakat untuk memulihkan keadaan jerebu ini akan diberkati

dan dirahmati Allah SWT.

ن لي ول كم بالقرأ من الآيات والذ كر بارك الل ه اكم بما فيه العظيم، ونفعني وإي ست قول قولي هذا وأ ميع العليم. أ ه هو ال ل من ي ومنكم تلاوته إن غفر الل ه الحكيم، وتقب

ئر لي ول كم ولا حياء منهم العظيم لمات والمؤمنين والمؤمنات الأ لمين والم المحيم. ه هو الغفور الر موات، فاستغفروه إن والأ

Page 10: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · waja, kuat dan terbilang. Di antaranya termasuklah Saidina Hamzah, Khalid bin al-Walid, Thariq bin Ziyad, Salahuddin al-Ayubi dan

Khutbah Jumaat Pahlawan: Pengorbanan Yang Tiada Galang Ganti

9

KHUTBAH KEDUA

د الحم ل ل ه ب ر ال ع ال الص و ،ين م ل و اة ال ل ام د لى ع مين ن سي دنا محم بي الأ ، و الن ع ل ه ى آل ص أ و ح ين ه اب اهر ن م و الط ت ب ع م ه إ ان ح إ ب ل .ين الد م و ى ي

ن شهد أ أ ا إله إلا الل ه دا ل شهد أن سي دنا محم يك له، وأ عبده ورسوله. وحده لا شر

ا م قوا الل ه أ بعد، فيا عباد الل ه، ات اع و حق تقاته وا أن الل ه أ لم م أ ، يم ظ مر ع أ ركم ب ركم م

الص ب ت الاة و ل يل م ع ل ى ن ه ال ي ب ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ، فقال الل ه تعالى:يم ر ك

ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ

د وعلى دنا محم هم صل على سي لل وعلى آا براهيم دنا إ يت على سي د كما صل دنا محم ل سيد وعلى آ دنا محم براهيم وبارك على سي دنا إ آل سي دنا ل سي ا باركت على سي د كم دنا محم

براهيم وعلى ين إن ك حميد مجيد.آإ م براهيم في العال دنا إ ل سي

اشدين لفاء الر هم عن الخ ن ع و وارض الل ب جمعين، ة ي ق أ حابة الت ن ع و الص اب ين ع و ت ي الت ع اب اب ا ين ع م ومن تبعهم بإحان إلى يوم الد ين وارض عن ع م ه ك ا أ ي م ر ك أ ال .ين م ر

موات حياء منهم والأ لمات والمؤمنين والمؤمنات الأ لمين والم هم اغفر للم .الل

Page 11: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · waja, kuat dan terbilang. Di antaranya termasuklah Saidina Hamzah, Khalid bin al-Walid, Thariq bin Ziyad, Salahuddin al-Ayubi dan

Khutbah Jumaat Pahlawan: Pengorbanan Yang Tiada Galang Ganti

10

ي د هم أ الل وفيق والهداية دوام ب لامة الت ة وال ح ك باوه نا مل كوالص دولي يڠ م ه ليا وا م الد ين ال مصطفى يڠ دڤرتوان اڬوڠسري ڤدوك بڬيندا ، اللطان عبد الل ه رعاية

بن تعين بالل ه. سلطان حا المرحوم بالل ه شاه ا حمد شاه ال م ج أ

كذلك ك باوه و دولي يڠ م ه سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، لياوا مية بنت ال مرحوم ال متوك ل على (Tunku)تونكو مينة ميمونة إسكندر حاجه عزيزة أ

اج.الل ه سلطان إسكندر ال ح

من المؤمنين و المؤمنات ورعاياه اله وعم وقضاته ووزراءه هم احفظ علماءه الل احمين . رحم الر برحمتك يا أ

لدن هم اجعل ب يا ا الل اآمنا مطمئن ماليز مان، ، سخاء رخاء، دار ع من وأ دل وإيمان، وأ لمين ئر بلاد ال م .وسا

عداء الد ين وانصر من نصر الد ين، عداءك أ لمين ، ودم ر أ عز الإسلام والم هم أ الل عل كلمتك لمين، وأ إلى يوم الد ين.واخذل من خذل الم

هم اسقنا الل مغيثا، غيثا هنيئا مريعا، مريئا غدقا لا عاما، مجل الد ين، يوم إلى دائماهم الغيث اسقنا الل هم القانطين، من تجعلنا ولا بالعباد إن الل والخلق والبهائم لاد والب

نك والجوع الجهد من ما والض هم إليك، إلا نشكو لا نبت الل رع لنا أ در الز لنا وأ رع ماء، بركات من واسقنا الض نبت ال رض، بركات من لنا وأ هم الأ واكشف الل

ا من عن ما البلاء لا هم غيرك، يكشفه ا الل ارا، كنت إن ك نستغفرك إن رسل غف فأ

Page 12: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · waja, kuat dan terbilang. Di antaranya termasuklah Saidina Hamzah, Khalid bin al-Walid, Thariq bin Ziyad, Salahuddin al-Ayubi dan

Khutbah Jumaat Pahlawan: Pengorbanan Yang Tiada Galang Ganti

11

ماء هم علينا ال سقيا اجعلها مدرارا، الل رحمة عذاب سقيا ولا محق ولا بلاء ولا هدم ولا هم غرق، ولا جر، ومنابت الظ راب على الل هم الش حوالينا الل علينا. ولا

ار نيا حنة وفي الآخرة حنة وقنا عذاب الن نا في الد نا آت ب .ر

عباد الل ه،

چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ

ڎڈ ڈ ژ ژ ڑ ڎ

يعطكم فاذكروا لوه من فضله يزدكم، واسأ يذكركم، واشكروه على نعمه العظيم الل ه

كبر، والل ه يعلم ما تصنعون. ولذكر الل ه أ