s2c

7
b) Strategi memupuk pelajar Hubungan positif guru-murid penting untuk menjalin hubungan mesra demi membina bilik darjah yang kondusif. Guru akan meresa seronok untuk mengajar apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik. Guru yang seronok datang ke sekolah dan bersemangat akan dapat meningkatkan kualiti P&P dengan lebih berkesan. Pada pendapat saya, strategi-strategi berikut boleh dijadikan panduan oleh para guru dalam membina hubungan positif dengan murid-murid bagi mewujudkan budaya penyayang di dalam bilik darjah. Strategi pertama ialah guru haruslah mengingati nama murid dan memanggil dengan nama masing-masing. Elakkan memanggil murid dengan menggunakan nama-nama ganti diri am,contohnya, ‘awak...’,’kamu... , atau berdasarkan posisi di dalam kelas contohnya awak yang duduk di belakang sekali...’. Hal ini kerana kebanyakan murd berasa bangga apabila guru mengingati nama mereka. Guru yang mengingati nama murid-muridnya akan lebih cepat menjalankan hubungan dengan murid-muridnya. Hal ini juga dapat menolong guru mengawal tingkah laku murid di dalam kelasnya. Apabila berlaku salah laku guru boleh memanggil nama murid dan menegurnya. Guru juga perlu menyebut nama murid dengan betul. Elakkan daripada menyebut nama dengan salah kerana situasi ini akan mengakibatkan murid tersebut diketawakan atau dijadikan nama gelaran oleh murid-murid yang lain. Perkara ini boleh menyebabkan murid berasa malu dan membenci guru. Strategi lain adalah guru harus mewujudkan amalan demokratik dalam kelas bagi mewujudkan budaya penyayang dan interaksi positif antara guru dan murid. Dengan wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana sosial yang kondusif dan harmoni. Dalam bilik darjah tersbut, murid bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka sama ada betul atau tidak. Guru juga tidak bersikap pilih kasih dan berlaku adil dalam kelas. Dengan ini, murid dapat kepercayaan daripada guru dan murid berani meyatakan pendapat mereka di depan murid di hadapan kelas. Jikalau prinsip demokrasi diwujudkan dalam kelas, maka murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Maka, guru tersebut berjaya mewujudkan komunikasi yang positif dengan murid dan beliau tidak mengabaikan mana-mana pelajar malah dia memberi tunjuk ajar kepada setiap pelajar dan memberi perhatian atau maklum balas tentang pertanyaan mereka. Suasana bilik darjah juga

Upload: puvaneswari-puva

Post on 17-Jan-2016

10 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pelan bilik huraian

TRANSCRIPT

Page 1: S2C

b) Strategi memupuk pelajar

Hubungan positif guru-murid penting untuk menjalin hubungan mesra demi membina

bilik darjah yang kondusif. Guru akan meresa seronok untuk mengajar apabila hubungan

guru-murid terjalin dengan baik. Guru yang seronok datang ke sekolah dan bersemangat

akan dapat meningkatkan kualiti P&P dengan lebih berkesan. Pada pendapat saya, strategi-

strategi berikut boleh dijadikan panduan oleh para guru dalam membina hubungan positif

dengan murid-murid bagi mewujudkan budaya penyayang di dalam bilik darjah.

Strategi pertama ialah guru haruslah mengingati nama murid dan memanggil dengan

nama masing-masing. Elakkan memanggil murid dengan menggunakan nama-nama ganti

diri am,contohnya, ‘awak...’,’kamu...’, atau berdasarkan posisi di dalam kelas contohnya

‘awak yang duduk di belakang sekali...’. Hal ini kerana kebanyakan murd berasa bangga

apabila guru mengingati nama mereka. Guru yang mengingati nama murid-muridnya akan

lebih cepat menjalankan hubungan dengan murid-muridnya. Hal ini juga dapat menolong

guru mengawal tingkah laku murid di dalam kelasnya. Apabila berlaku salah laku guru boleh

memanggil nama murid dan menegurnya. Guru juga perlu menyebut nama murid dengan

betul. Elakkan daripada menyebut nama dengan salah kerana situasi ini akan

mengakibatkan murid tersebut diketawakan atau dijadikan nama gelaran oleh murid-murid

yang lain. Perkara ini boleh menyebabkan murid berasa malu dan membenci guru.

Strategi lain adalah guru harus mewujudkan amalan demokratik dalam kelas bagi

mewujudkan budaya penyayang dan interaksi positif antara guru dan murid. Dengan

wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana sosial yang

kondusif dan harmoni. Dalam bilik darjah tersbut, murid bebas menyuarakan pandangan

walaupun pandangan mereka sama ada betul atau tidak. Guru juga tidak bersikap pilih kasih

dan berlaku adil dalam kelas. Dengan ini, murid dapat kepercayaan daripada guru dan murid

berani meyatakan pendapat mereka di depan murid di hadapan kelas. Jikalau prinsip

demokrasi diwujudkan dalam kelas, maka murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan

untuk menyuarakan pendapat mereka. Maka, guru tersebut berjaya mewujudkan komunikasi

yang positif dengan murid dan beliau tidak mengabaikan mana-mana pelajar malah dia

memberi tunjuk ajar kepada setiap pelajar dan memberi perhatian atau maklum balas

tentang pertanyaan mereka. Suasana bilik darjah juga kelihatan selesa dan mesra. Oleh itu,

amalan demokratik di dalam kelas dapat mewujudkan budaya penyayang.

Selain itu, guru juga harus meghormati dan menyayangi murid di dalam kelas tanpa

berat sebelah. Guru-guru boleh memberi salam dan bertanya khabar. Guru harus bersikap

kasih sayang terhadap pelajar dan berpegang kepada prinsip bahawa setiap pelajar boleh

diajar dan mahu belajar serta mengutamakan nilai-nilai kemanusian serta menghormati

Page 2: S2C

harga diri pelajar sebagai individu. Dengan itu, guru harus sentiasa mendorong para pelajar

untuk terus mencuba untuk belajar dan berjaya dalam bidang akademik. Guru tidak patut

melafazkan kata-kata yang kesat dan menyinggungkan perasaan apabila murid melakukan

kesilapan tanpa disedari. Tidak dapat dinafikan bahawa saling menghormati dan

menyayangi membentuk budaya penyayang dalam kelas.

Seterusnya, guru perlu mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan murid-

muridnya akan membantu beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan murid-muridnya

bagi mewujudkan budaya penyayang dalam kelas. Elakkan daripada bersikap berat sebelah

dengan hanya memberikan perhatian kepada kelompok-kelompok murid yang tertentu

sahaja. Berilah perhatian sama rata kepada semua murid. Dengan ini, murid-murid dapat

mengetahui sama ada seseorang guru itu mengambil berat atau tidak. Guru perlu

mengetahui latar belakang dan personaliti murid. Kadangkala murid-murid malu untuk

bersemuka dengan guru. Oleh itu, guru perlu tahu cara yang sesuai untuk mengenali latar

belakang murid-muridnya. Guru boleh membuat semakan butir-butir peribadi melalui rekod

yang disimpan. Guru juga boleh bertanya kepada guru terdahulu yang pernah mengajar

murid-muridnya. Selain itu, guru boleh membuat pemerhatian sendiri terhadap anak

muridnya supaya mendapat gambaran awal tentang perawakan murid-muridnya. Setelah

mengetahui sedikit sebanyak tentang personaliti muridnya, guru boleh menggunakannya

untuk mendekati dan memahami murid dan seterusnya membantu mereka sekiranya

mereka menghadapi masalah akademik, sosial dan emosi. Keprihatinan guru mendengar

dan mengambil berat tentang diri murid menolong membina hubungan baik antara guru

dengan murid. Murid yang rapat dengan guru dapat membantu menghindarkan murid

daripada terjebak dalam masalah peribadi dan disiplin.

Di samping itu, guru-guru dan pelajar harus saling berkomunikasi. Mereka harus

saling bertukar pendapat. Kemahiran berkomunikasi berkesan memberikan peluang kepada

guru bersikap mesra dan mewujudkan interaksi dengan murid – muridnya. Murid akan dapat

merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh guru. Melalui persefahaman yang tinggi, guru

dan pelajar akan mendapat bertukar-tukar fikiran dan maklumat terutamanya maklumat

bagaimana untuk mempelbagaikan teknik pengajaran agar lebih berkesan dan

mengaplikasikan corak pengajaran yang lebih efektif. Ini akan mengelakkan dari

perselisihan faham, pertelingkahan dan juga pergaduhan antara guru dan para pelajar.

Pada masa yang sama, mereka boleh membincangkan masalah pelajar seperti masalah

kewangan dan masalah tekanan. Ini juga akan menyebabkan sifat kepercayaaan yang lebih

erat di antara guru dan pelajar. Mereka juga boleh saling berhubungan melalui telefon dan

bertegur sapa. Cara-cara sebegini akan mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan

pelajar.

Page 3: S2C

Akhirnya, guru harus menggunakan peneguhan sama ada dalam bentuk positif atau

negatif untuk mewujudkan budaya penyayang dalam bilik darjah. Menurut Skinner, untuk

mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu diberi selepas

seseorang menunjukkan tingkah laku tersebut. Contonya, puji dan beri peneguhan dalam

bentuk ganjaran seperti hadiah kepada murid yang menunjukkan tingkah laku positif di

dalam kelas. Ini mendorong murid lain beusaha menunjukkan tingkah laku seperti yang

diingini oleh guru. Pada masa yang sama, guru juga harus memberi nasihat kepada murid

yang berkelakuan negatif dan meberitahu mereka akibat dan kesan daripada tindakan

mereka sendiri. Oleh itu, guru harus memberikan peneguhan dalam kelas bagi membentuk

budaya penyayang di dalam kelas agar proses p&p berjalan lancar dan berkesan.

c) Tetapkan peraturan dan rutin . Kaitkan dengan budaya kelas anda.

Guru yang berkredibiliti akan membentuk peraturan dan prosedur (rutin) di dalam

bilik darjahnya agar dapat mengurangkan gangguan dan meningkatkan kualiti hasil

pembelajaran. Menurut Haliza Hamzah, peraturan bermaksud kenyataan yang

memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Peraturan juga

merujuk satu peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Peraturan perlu

dijalankan secara konsisten dan ayat peraturan mesti ringkas dan jelas serta bermakna.

Peraturan bilik darjah ini adalah merupakan aspek yang fleksibel dan boleh dibentuk di

dalam kelas melalui persetujuan daripada guru dan murid agar pembelajaran dan

pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Hal ini disebabkan oleh, peraturan yang dibentuk

ini ialah berdasarkan keperluan murid di dalam sesebuah kelas.

Manakala, rutin bermaksud prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti murid

dalam aktiviti spesifik mereka di dalam bilik darjah. Rutin dibentuk bertujuan melicinkan

proses pengajaran dan pembelajaran. Rutin ini boleh dibentuk melalui perbincangan antara

guru dan murid dan perlu sentiasa diberi peneguhan agar prosedur-prosedur yang

ditetapkan akan menjadi amalan di dalam bilik darjah. Rutin yang sistematik akan

mewujudkan bilik darjah yang kondusif, semangat kekitaan, menjimatkan masa dan tenaga

guru. Rutin ini selalunya diperkenalkan pada awal tahun dan ini akan memberikan gambaran

kepada murid bagaimana prosedur di dalam kelas berlangsung. Justeru itu, Untuk

mewujudkan budaya kelas penyayang, saya telah menggariskan beberapa peraturan dan

rutin bagi menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah.

Dari segi peraturan kelas, murid dikehendaki berada di keas sebelum 7.20 pagi

supaya menepati masa. Tujuannya untuk melaksanakan proses pembersihan kelas

harian. Pelajar dilarang untuk berada di dalam kelas semasa waktu rehat bagi mengelakkan

berlaku kejadian yang tidak diingini seperti pencurian.  Selain itu, pelajar dilarang bermain di

dalam kelas supaya mengelakkan kecederaan pada murid. Selain itu, murid juga dilarang

Page 4: S2C

membuat bising di dalam kelas supaya tidak menganggu proses pembelajaran dan

pengajaran kelas sendiri dan kelas bersebalan.  Pelajar hanya boleh keluar kelas dengan

izin guru dan memakai pas keluar masuk kelas. Hanya dua orang pelajar sahaja dibenarkan

keluar untuk pergi ke tandas setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertujuan

untuk mengelakkan murid keluar kelas secara berkelompok dan membazir masa daripada

merayau di luar kelas serta elakkan menganggu rakan-rakan di kelas lain.

Sehubungan dengan itu, murid perlu memberi sepenuh perhatian dan tumpuan

semasa pengajaran dan pembelajaran supaya menjawab soalan yang diajukan oleh guru

bagi mengukuhkan pemahaman terhadap topik yang diajar. Pelajar juga dilarang makan

dalam kelas supaya makanan tidak tertumpah di dalam kelas dan kelas kelihatan bersih.

Bilk darjah hendaklah dibersih dan dikemaskan sebelum waktu pelajaran pertama bermula.

Murid-murid hendaklah menjalankan tugas membersihkan dan mengemaskan kelas

mengikut jadual kerja masing-masing supaya kelas kelihatan bersih dan segar. Seterusnya,

apabila murid hendak ke makmal sains/ perpustakaan/ bilik pemulihan, murid-murid

hendaklah berbaris dalam dua barisan bagi mengelakkan murid mengejar rakan lain untuk

sampai ke destinasi tersebut dan elakkan kecelakaan. Semasa ketiaddan guru, murid-murid

diminta membuat tugasan sendiri atau membaca buku. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan

kelas yang senyap dan aman tanpa kebisingan yang keterlaluan dan elakkan menganggu

waktu p&p kelas lain.

Seterusnya, murid tidak dibenarkan menulis atau bermain dengan kapur kecuali

arahan guru. Sekiranya abu kapur terkena pada mata, ia boleh membahayakan mata murid.

Murid juga tidak dibenarkan membawa alat permaianan/ peralatan tajam seperti pisau,

pembaris besi, gunting dan sebagainya kecuali atas arahan guru bagi mengelakkan

berlakunya kecederaan pada murid seperti pisau terkena pada mata murid lain. Murid juga

dilarang duduk di atas meja kecuali arahan guru keran ia merupakan budaya yang tidak

sopan. Murid juga dilarang menconteng diniding, meja, kerusi, papan kenyataan dan papan

tulis. Hal ini membolehkan keceriaan kelas dikekalkan dan elakkan berlakunya kerosakan

pada susun atur perabot fizikal kelas yang memerlukan kos yang agak sedikit tinggi

Selain itu, saya juga menetapkan peraturan menghormati guru dengan memberi

salam atau ucap selamat samada di dalam atau luar bilik darjah. Hal ini membolehkan murid

menjalinkan hubungan positif dengan guru. Saya juga menetapkan peraturan murid dilarang

membawa dan menggunakan telefon bimbit ke sekolah dan dalam kelas. Ia boleh

menganggu tumpuan murid dalam pelajaran. Semua murid hendaklah memastikan kelas

dalam keadaan bersih, dan kerusi / meja tersusun. Ia dapat mewujudkan suasana kondusif

dalam bilik darjah yang merangsang minda pelajar ke arah positif. Akhirnya saya juga

Page 5: S2C

menetapkan peraturan seperti menghantar setiap tugasan yang diberikan pada waktu yang

telah ditetapkan. Ia membolehkan guru menjalankan pemantauan terhadap pelajaran murid.

Dari segi rutin kelas, setiap pelajar harus mengikut gilirannya bertugas mengikut

jadual bertugas dan membersihkan kelas mengikut jadual pembersihan yang telah

disediakan. Maka bilik darjah akan berada dalam keadaan bersih dan guru tidak perlu

memberikan arahan untuk membersihkan bilik darjah sebaliknya terus fokus kepada proses 

P&P. Sebagai contoh mengurus kebersihan bilik darjah, termasuk menyapu lantai,

menyusun kerusi dan meja serta membersihkan papan tulis, membentuk peraturan dan

jadual kerja bilik darjah. Dengan ini, guru dapat mencipta persekitaran fizikal bilik darjah

yang kondusif dan buat beberapa peraturan dan prosedur asas bilik darjah untuk

memudahkan implementasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.  

  Selain itu, pelajar mestilah beratur masuk ke kelas dan keluar kelas setiap hari

sebelum atau selepas waktu rehat. waktu perhimpunan, makmal sains dan perpustakaan

dengan teratur. Ini adalah bagi menggalakkan ketertiban dan ketepatan masa untuk murid.

Rutin lain adalah secara bergiliran, setiap kumpulan mestilah menukar informasi dan bahan

bacaan tambahan di papan kenyataan setiap minggu.  Pelajar juga perlu mematikan suis

setiap kali meninggalkan kelas. Seterusnya, menghormati guru iaitu memberi salam semasa

guru masuk dan keluar kelas. Rutin lain adalah guru mengambil kehadiran murid sebelum

pengajaran bermula di dalam bilik darjah bagi memastikan bilangan murid mencukupi atau

tidak. Penilaian diadakan di akhir setiap proses p&p. Hal ini bertujuan untuk menilai

pencapaian murid dan menentukan kekuatan dan kelemahan proses P&P tersebut.

Kesimpulannya,. penggunaan peraturan dan rutin di dalam bilik darjah akan

menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah. Peraturan dan rutin bilik darjah

yang berkesan juga haruslah menghasilkan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan

membantu proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih lancar dan sistematik.