rusa yang bongkak

3

Click here to load reader

Upload: mecha-bee

Post on 07-Nov-2015

208 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

CERITA KANAK-KANAK

TRANSCRIPT

SK SRI PULAI PERDANA

Rusa Yang BongkakDi sebuah hutan, ada seekor rusa yang sungguh bongkak. Rusa itu selalu pergi berjalan sambil mendabik dada ke tepi kolam untuk melihat bayang-bayangnya. Dipusing ke kiridipusing ke kananlebar senyumnya rusa itu, berasa bangga melihat tanduknya yang cantik. Oh, cantiknya tandukku! kata rusa itu kepada dirinya. Dia tersenyum sendirian kerana berfikiran bahawa dialah haiwan yang tercantik di dalam hutan itu. Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus.Para hadirin sekalian,

Begitulah rasa tidak bersyukur yang wujud di dalam diri rusa dalam kisah Rusa Yang Bongkak yang akan saya ceritakan pada pagi yang berbahagia ini. Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian.Setiap hari, rusa memandang kakinya, terkebil-kebil kemudian mukanya masam mencuka. Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku juga mahu kaki yang cantik. Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki, rungutnya. Begitulah rungutan rusa setiap hari. Walaupun di mata haiwan-haiwan yang lain rusa sudah cantik dari atas sampai bawah, namun rusa tetap menganggap kakinya menghalang dirinya daripada mendapat kecantikan yang sempurna.

Pada suatu hari, seperti biasa rusa pergi ke kolam untuk melihat bayang-bayangnya. Ketika sedang dia sedang asyik melihat bayangnya dalam air, rusa terdengar bunyi bising. Dia cuba untuk mendengar lebih teliti bunyi tersebut. Tak salah lagi, itu bunyi seekor anjing menyalak teriak rusa di dalam hati.

Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang berlari-lari menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa sangat takut. Dia takut akan ditangkap anjing pemburu tersebut. Dia takut akan menjadi habuan si pemburu. Dia terbayang yang dia akan menjadi santapan di meja hidangan. Dia juga terbayang sekiranya ditangkap, kelak dia akan menjadi perhiasan di dinding rumah pemburu tersebut. Tanpa menoleh lagi, rusa berlari sekuat hati. Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya yang cantik, yang menjadi kemegahannya selama ini patah sedikit. Anjing pemburu semakin hampir untuk menangkap rusa. Dengan kaki belakangya, rusa menedang anjing pemburu itu. Rusa itu dapat melarikan diri selepas itu kerana ia boleh berlari laju. Apabila rusa menoleh ke belakang, sudah tiada lagi kelibat anjing pemburu.

Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang kurus itu. Kakinya telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya. Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.Pengajaran daripada cerita ini, kita janganlah bongkak dengan kecantikan paras rupa yang telah dikurniakan. Kita juga hendaklah menyedari bahawa setiap ciptaan tuhan mempunyai kegunaan dan kelebihan yang tersendiri. Semoga rakan-rakan semua mendapat pengajarran daripada cerita ini. Sekian, terima kasih.