sumbangan hasil dan manfaat siapkan cek-cek sumbangan. sumbangan kepada madrasah miftahul irfan...

Click here to load reader

Post on 19-May-2019

250 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

SUMBANGAN HASIL DAN MANFAAT WAKAF

Majlis sumbangan hasil dan manfaat wakaf kepada sekolah tahfiz di Gelugor. YDP sedang memberi ucapan dan nasihat kepada kanak-kanak tahfiz ini, terimakasih kawan-kawan yang berusaha dan siapkan cek-cek sumbangan. Sumbangan kepada madrasah Miftahul Irfan Sungai Rusa, 200 orang pelajar tahfiz sedang tekun menghafal, ada 3 orang ditingkat atas sedanag menerima ijazah 30 juzuk (3 tahun) semoga dengan bantuan kepada golongan ini akan diberkati dan dipermudahkan segala usaha pengurusan dan pembangunan wakaf di negeri ini.

Sumbangan wakaf kepada Pusat Pengajian Al-Aziz Bakar Kapor Penaga, 80 orang pelajar sebelah pagi dan 80 pelajar sebelah malam, kesian, anak-anak zaman ini masih belajar quran macam dalam bangsal, moga sedikit bantuan dapat membantu dan menaikkan semangat guru-guru untuk terus mendidik dan mengajar Al-Quran kepada anak-anak, seterusnya mengalirkan pahala kebajikan kepada pewakaf, InsyaAllah

Penerima pertama yang kami berjaya sampaikan pagi ini, OKU cacat pengelihatan.

(457) DWBP-DANA WAKAF BANDAR PERDA KOMERSIAL : 3 UNIT

LOKASI : BANDAR PERDA, BUKIT MERTAJAM JUMLAH : RM 560,000.00

TAHUN DIBELI : 2009

(456) DWTS-DANA WAKAF TAMAN SELAT KOMERSIAL : 1 UNIT

LOKASI : TAMAN SELAT, BUTTERWORTH JUMLAH : RM880,000.00

TAHUN BELI : 1996

(454) DWLCH-DANA WAKAF LEBUH CHULIA KOMERSIAL : 1 UNIT

LOKASI : LEBUH CHULIA JUMLAH : RM 850,000.00

TAHUN DIBELI : 2007