rumusan.docx

1
3.0 RUMUSAN Kesimpulannya, guru merupakan insan yang amat berjasa sehinggakan Usman Awang mengungkapkan kata-kata penghargaan beliau kepada guru dalam sajak karangan beliau yang bertajuk Guru Oh Guru . Tidak ada permulaan seseorang manusia yang berjaya tanpa kehadiran seorang guru. Perkataan pengorbanan amat sinonim dengan guru. Namun, disebalik pengorbanan dan jasa seorang guru dunia perguruan juga tidak sunyi dengan kehadiran pelbagai isu yang menarik perhatian masyarakat untuk diperkatakan dan wajar diambil perhatian agar kebajikan dan profesionalisme keguruan dapat dipertingkatkan. Sufean Hussin (1996), Aminuddin Baki dianggap sebagai seorang pejuang di arena pendidikan. Jika hendak dihitung satu persatu segala jasa dan baktinya dalam bidang pelajaran, terutamanya pelajaran anak-anak Melayu, tentulah sukar sekali untuk menghitungnya. Jasa dan bakti beliau adalah begitu besar sekali. Beliau memainkan peranan sebagai seorang pelaku utama. Beliau juga berperanan sebagai penggerak dan penyumbang idea. Hasil daripada peranan tersebutlah maka terdapat beberapa perubahan besar di bidang pendidikan negara kita ini. Di antara perubahan besar yang berlaku ialah wujudnya asas pendidikan kebangsaan dan bertambahnya bilangan pelajar di sekolah. 17

Upload: azam-sadirin

Post on 11-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rumusan.docx

3.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, guru merupakan insan yang amat berjasa sehinggakan Usman

Awang mengungkapkan kata-kata penghargaan beliau kepada guru dalam sajak

karangan beliau yang bertajuk “Guru Oh Guru”. Tidak ada permulaan seseorang

manusia yang berjaya tanpa kehadiran seorang guru.  Perkataan “pengorbanan”

amat  sinonim dengan guru. Namun, disebalik pengorbanan dan jasa seorang guru

dunia perguruan juga tidak sunyi dengan kehadiran pelbagai isu yang menarik perhatian

masyarakat untuk diperkatakan dan wajar diambil perhatian agar kebajikan dan

profesionalisme keguruan dapat dipertingkatkan.

Sufean Hussin (1996), Aminuddin Baki dianggap sebagai seorang pejuang di

arena pendidikan. Jika hendak dihitung satu persatu segala jasa dan baktinya dalam

bidang pelajaran, terutamanya pelajaran anak-anak Melayu, tentulah sukar sekali untuk

menghitungnya. Jasa dan bakti beliau adalah begitu besar sekali.

Beliau memainkan peranan sebagai seorang pelaku utama. Beliau juga

berperanan sebagai penggerak dan penyumbang idea. Hasil daripada peranan

tersebutlah maka terdapat beberapa perubahan besar di bidang pendidikan negara kita

ini. Di antara perubahan besar yang berlaku ialah wujudnya asas pendidikan

kebangsaan dan bertambahnya bilangan pelajar di sekolah.

17