rumusan.doc

2
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang punca- punca gejala sosial gagal ditangani dan keburukannya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Rakyat Negara ini harus sama-sama menggiatkan usaha untuk mengekang penularan gejala sosial dalam kalangan masyarakat kerana penglibatan masyarakat diyakini dapat menangani gejala tersebut secara berkesan. Selama ini, rakyat negara ini meletakkan tanggungjawab tersebut di atas bahu pihak kerajaan dan agensi- agensinya. Kita mengakui bahawa kerajaan dan agensi yang bertanggungjawab dalam hal ini mempunyai peranan khusus dalam mempelopori usaha membanteras gejala sosial. Usaha kerajaan sahaja kurang berkesan tanpa wujudnya kerjasama orang ramai, khususnya pada peringkat unit terpenting masyarakat, iaitu institusi keluarga. Program-program seperti Karnival Keluarga Bahagia dan Rumahku, Syurgaku termasuk dalam usaha kerajaan menangani gejala sosial. Walau bagaimanapun, program kemasyarakatan hanya berperanan sebagai pendorong kerana keberhasilannya bertitik tolak daripada usaha orang ramai terutama di peringkat keluarga yang komponen pentingnya ialah ibu bapa. Dalam hubungan ini, bapa memikul tanggungjawab yang lebih utama kerana secara tradisi, kedudukannya sebagai ketua keluarga berperanan memastikan lecemerlangan institusi penting ini. Namun begitu, pada masa ini peranan bapa sebagai pemutus kata dalam keluarga semakin longgar. Dalam banyak hal, dapat kita saksikan sebahagian program motivasi keibubapaan lebih banyak disertai oleh pihak ibu daripada pihak bapa. Sesungguhnya, mentality bapa harus berubah demi kejayaan masa depan keluarganya. Pada perspektif yang lain pula, apa-apa yang diistilahkan sebagai gejala sosial memerlukan definisi yang jelas supaya dapat dipastikan puncanya dan cara melunturkannya. Soal penyalahgunaan dadah misalnya, jika sudah terkesan bahawa anak-anak terdorong untuk terlibat dengannya, sedangkan anggota keluarga, khususnya ibu bapa kurang mengambil perhatian terhadapnya, maka mudahlah ahli keluarga terlibat secara lebih serius dalam gejala tersebut. Dalam soal penyalahgunaan dadah ini terdapat faktor di luar keluarga yang menyumbang penularan masalah tersebut. Antaranya termasuklah pengedaran dadah secara berleluasa disebabkan oleh pengaruh rakan-rakan sebaya yang mengamalkan hidup secara negatif. Oleh sebab itulah, usaha membanteras pengedaran dadah memerlukan pasukan penguat kuasa yang lebih berkesan. Selain itu, kita perlu tahu dengan jelas tentang perubahan nilai dalam masyarakat berhubung dengan budaya hiburan yang berleluasa dan bersifat global. Perubahan nilai ini bukan sahaja mempengaruhi

Upload: mazura-mai

Post on 03-Oct-2015

67 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang punca-punca gejala sosial gagal ditangani dan keburukannya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.Rakyat Negara ini harus sama-sama menggiatkan usaha untuk mengekang penularan gejala sosial dalam kalangan masyarakat kerana penglibatan masyarakat diyakini dapat menangani gejala tersebut secara berkesan. Selama ini, rakyat negara ini meletakkan tanggungjawab tersebut di atas bahu pihak kerajaan dan agensi-agensinya. Kita mengakui bahawa kerajaan dan agensi yang bertanggungjawab dalam hal ini mempunyai peranan khusus dalam mempelopori usaha membanteras gejala sosial. Usaha kerajaan sahaja kurang berkesan tanpa wujudnya kerjasama orang ramai, khususnya pada peringkat unit terpenting masyarakat, iaitu institusi keluarga.

Program-program seperti Karnival Keluarga Bahagia dan Rumahku, Syurgaku termasuk dalam usaha kerajaan menangani gejala sosial. Walau bagaimanapun, program kemasyarakatan hanya berperanan sebagai pendorong kerana keberhasilannya bertitik tolak daripada usaha orang ramai terutama di peringkat keluarga yang komponen pentingnya ialah ibu bapa. Dalam hubungan ini, bapa memikul tanggungjawab yang lebih utama kerana secara tradisi, kedudukannya sebagai ketua keluarga berperanan memastikan lecemerlangan institusi penting ini. Namun begitu, pada masa ini peranan bapa sebagai pemutus kata dalam keluarga semakin longgar. Dalam banyak hal, dapat kita saksikan sebahagian program motivasi keibubapaan lebih banyak disertai oleh pihak ibu daripada pihak bapa. Sesungguhnya, mentality bapa harus berubah demi kejayaan masa depan keluarganya. Pada perspektif yang lain pula, apa-apa yang diistilahkan sebagai gejala sosial memerlukan definisi yang jelas supaya dapat dipastikan puncanya dan cara melunturkannya.

Soal penyalahgunaan dadah misalnya, jika sudah terkesan bahawa anak-anak terdorong untuk terlibat dengannya, sedangkan anggota keluarga, khususnya ibu bapa kurang mengambil perhatian terhadapnya, maka mudahlah ahli keluarga terlibat secara lebih serius dalam gejala tersebut. Dalam soal penyalahgunaan dadah ini terdapat faktor di luar keluarga yang menyumbang penularan masalah tersebut. Antaranya termasuklah pengedaran dadah secara berleluasa disebabkan oleh pengaruh rakan-rakan sebaya yang mengamalkan hidup secara negatif. Oleh sebab itulah, usaha membanteras pengedaran dadah memerlukan pasukan penguat kuasa yang lebih berkesan. Selain itu, kita perlu tahu dengan jelas tentang perubahan nilai dalam masyarakat berhubung dengan budaya hiburan yang berleluasa dan bersifat global. Perubahan nilai ini bukan sahaja mempengaruhi generasi muda tetapi juga mempengaruhi ibu bapa yang mencorakkan anak-anak mereka dalam keluarga termasuklah nilai-nilai baru sama ada positif atau negatif. Pengaruh ini disalurkan menerusi media massa yang sumber ambilannya ialah masyarakat dan budaya Barat. Pengaruh nilai-nilai baru ini perlu kita lihat secara kritikal tetapi lebih terbuka.

Sehubungan dengan itu, peranan ibu bapa pada zaman yang cepat berubah akan menghadapi cabaran besar untuk menilai pengaruh baru ini. Mereka memerlukan bantuan daripada pihak-pihak yang berkelayakan, bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga daripada badan-badan bukan kerajaan.Soalan 2: Pemahaman Petikan UmumBerdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata dapat dipastikan puncanya dan cara melunturkannya. [2 markah]2. Nyatakan peranan bapa yang kian terhakis fungsinya. [3 markah]

3. Pada pendapat anda, mengapakah ada pihak beranggapan bahawa media massa berperanan menyebarkan gejala sosial? [4 markah]