rumusan perkahwinan kaum dusun

Upload: hasdey-harimin

Post on 04-Jun-2018

291 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Rumusan Perkahwinan Kaum Dusun

    1/7

    ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM DUSUN.

    Apabila seseorang teruna ingin berkahwin maka berdasarkan pilihannya itu ia perlu dipersetujuioleh kedua-kedua ibu bapa pihak lelaki kerana merekalah yang akan mengatur segala persediaan

    bagi perkahwinan anak mereka.

    Pertunangan:

    Di peringkat mengikat tali pertunangan biasanya seorang tua ditugaskan sebagai orang tengahdisebut "SUSURUAN" bagi pihak lelaki datang ke rumah perempuan biasanya pada hari Selasa,Khamis atau Sabtu. Pihak perempuan diberi masa untuk berunding dan ketika "SUSURUAN"kembali ditentukan sama ada pinangan pihak lelaki diterima atau tidak. Jika pinangan diterimamaka "SUSURUAN" dijemput minum dan makan oleh keluarga pihak perempuan. Jika pinanganpula ditolak maka makan dan minum tidak lagi dilayan.

    Menentukan tar ikh pertunangan:

    Tarikh pertunangan ditetapkan mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak. Lazimnya merekamemilih hari yang baik untuk majlis bertunang seperti hari-hari yang bukan bilangan ganjil danjuga dalam bulan yang dianggap baik sebagaimana menjadi kepercayaan masyarakat ini.

    Perbelanjaan bertunang bergantung kepada kedudukan keturunan atau latar belakang keluargapihak perempuan jika dia anak perempuan sulung daripada kalangan orang yang berkemampuanmaka pertunangan dilangsungkan dengan upacara penuh isitiadat.

    Jika ibu perempuan ada permintaan kerbau ketika bertunang maka anaknya mesti menuntutsama.

    Sebagaimana kebiasaannya permintaan pertunangan membabitkan perkara-perkara seperti;

    Seekor kerbau atau babi (bagi bukan beragama Islam)Sepasang kainSebentuk cincin emasGelang emasWang belanja dapur (kadar mengikut berapa yang wajar)Wang talak sebanyak RM500.00 (lima ratus ringgit) juga perlu dibayar

    Perbelanjaan pertunangan ditanggung oleh pihak lelaki, setelah pasangan bertunang mereka tidakboleh membuat hubungan sebelum berkahwin. Siperempuan tidak boleh sesuka hati pergikemana-mana kecuali mendapat keizinan tunangnya. Sekiranya pihak perempuan mengingkarisyarat pertunangan mereka, maka dia akan didenda dengan mengembalikan semua perbelanjaanketika bertunang, jika pihak lelaki pula mengikarinya, kos perbelanjaan pertunangan dikira hangusatau tidak perlu dibayar balik.

    Kotol iban/Sepangadak:

    Sekiranya sesebuah keluarga mempunyai ramai anak perempuan dan yang muda berkahwindahulu daripada kakaknya, maka kakak itu diberi "KOTOLIBAN" atau melangkah bendul danbenda seperti berikut adalah wajib dipenuhi;

    Dundung/sigarSira/bajuGonob/sarung

  • 8/13/2019 Rumusan Perkahwinan Kaum Dusun

    2/7

    Sebentuk cincin emas

    Perbelanjaan kahw in:

    Perbelanjaan perkahwinan diputuskan ketika majlis merundingkan permintaan ketika bertunangdan segala perbelanjaan mengikut persetujuan sama ada majlis perkahwinan dilangsung secarapenuh istiadat atau secara sederhana. Jika pihak perempuan daripada kalangan golongan orangberkemampuan maka keluarganya akan menyediakan seekor kerbau bagi menambah kerbaupemberian (berian). Pemberian itu dipanggil "BALUN" dan perbelanjaan perkahwinan tersebutantara lainnya melibatkan;

    Seekor kerbau besar "RINAMPUNG"Satu pikul babiGelang emas atau rantai emasInapung RM500.00 (lima ratus ringgit)Wang belanja dapur atau wang hangus mengikut keadaan upacara perkahwinan

    Masyarakat Tatana biasanya bekerjasama melakukan kerja-kerja membun gku s kolup is apabi la

    terdapat keper luan u ntuk menyempurnakan s esuatu upacara.

    Perkahwinan dengan penuh istiadat bagi orang Kadazandusun Tatana yang beragama Katolik danpagan adalah berbeza daripada adat "MOGINUM KAHWIN".

    "MOGINUM KAHWIN" dinamakan "BEMASAK" mereka menyediakanKOLUPIS" dan berbagai macam jenis makanan termasuk menyembelih kerbau bagi tujuanpenyediaan "RINAMPUNG" serta memasak sebahagian dari daging kerbau itu untuk dihidangpada malam upacara moginum.

  • 8/13/2019 Rumusan Perkahwinan Kaum Dusun

    3/7

    MANGADAA-ADAA

    Sehari sebelum majlis perkahwinan satu majlis yang dipanggil

    mangadaa-adaa akan diadakan dan pihak lelaki akanmengadakan majlis bagi pengantin lelaki tetapi pihak

    perempuan juga tidak boleh diam kerana apabila rumah

    pengantin lelaki memukul gong,rumah Pengantin perempuan

    juga kena memukul gong bagi mengelakkan cuaca yang tak

    diingini berlaku.

    Suku kaum Dusun Subpan ada dua kategori majlis perkahwinan

    iaitu (pengantin) satu majlis yang penuh adat-istiadat danbanyak pantang larang,persandingan diadakan waktu siang dan

    seterusnya majlis keramaian. Tetapi pada masa dahulu apabila

    kedua belah pihak tidak mendapat persetujuan maka acara

    persandingan akan tertunda sehingga ada yang menjelang subuh

    baru acara persandingan dapat dilakukan,kerana kebiasaannya

    apabila ada ahli keluarga pengantin pernah berselisih faham

    maka ungkit-mengungkit akan berlaku dan kena diselesaikanoleh ketua kampung terlebih dahulu,sekiranya sudah selesai

    barulah acara perkahwinan dapat di jalankan. Dan sepanjang

    malam semasa menunggu acara persandingan pasangan yang

    akan berkahwin tersebut tetidak boleh tidur kerana menurut

    kepercayaan sesiapa diantara mereka berdua yang

    tidur,bermakna dia akan meninggal duluan.

    Kahwin (musilom atau mutarang) seperti satu majlis yangdigemari oleh orang pada masa ini kerana ianya tidak banyak

    pantang larang dan persandingan diadakan pada waktu malam

    dan seterusnya majlis keramaian. Tetapi ada juga seperti

    kahwin pengantin iaitu apabila kedua belah pihak tidak

  • 8/13/2019 Rumusan Perkahwinan Kaum Dusun

    4/7

    mendapat persetujuan maka acara persandingan akan tertunda

    sehingga ada yang menjelang subuh baru acara persandingan

    dapat dilakukan, kerana kebiasaannya apabila ada ahli keluarga

    pengantin pernah berselisih faham maka ungkit-mengungkitakan berlaku dan kena diselesaikan oleh ketua kampung terlebih

    dahulu. Tetapi pada masa sekarang ramai yang mengadakan

    majlis persandingan seperti ini di waktu siang kerana pada

    malam mangadaa-adaa pihak rombongan lelaki kecuali

    pengantin lelaki akan datang untuk menyelesaikan semua urusan

    mengenai adat-istiadat Dan sebelah malam selepas

    persandingan,majlis keramaian dengan mengenakan gaun dan

    kot serta pemotongan kek perkahwinan.

    MAJLIS MANANDOH

    Pada hari ke tiga (3) perkahwinan, satu lagi majlis akan

    diadakan iaitu majlis manandoh dan diadakan juga majlis

    (manukab batol) dimana acara minum di tapai tajau dengan

    ddahului oleh pasangan pengantin dengan pukulan canang di

    samping nya dan disertai dengan pukulan (basal) muzik tradisikemudian diikuti oleh keluarga kedua belah pihak pengantin dan

    para tetamu dan seterusnya acara mangalai dan gabiluk

    diadakan. Acara mangalai adalah acara yang membuat majlis

    menjadi riuh-rendah kerana setiap orang akan kena menari

    apabila sapu tangan yang digunakan terutama (dalundung)

    tudung kahwin akan di lepaskan di atas bahu seseorang tanpa

    mengetahuinya (seperti permainan passing puzzle) dan disitu lahpada (rara'a) gadis akan berlarian kerana takut terkena giliran

    menari. Pada keesokan harinya pasangan pengantin hendaklah

    membuka ladang (kecil sahaja sebagai simbol bermulanya

    kehidupan suami isteri mencari rezeki bersama)

  • 8/13/2019 Rumusan Perkahwinan Kaum Dusun

    5/7

    ALAT-ALAT TRADISIONAL TERMASUK PAKAIAN

    YANG DIGUNAKAN SEMASA MAJLIS

    PERKAHWINAN ALAT MUZIK (Basal)

    Gong,(agung ayo,titingkoh) kulintangan dan canang

    (babandil sarok-sarok,taringkok,lambat-lambat),

    Bungkau(diperbuat daripada batang polod yang sudah tua),

    karuk (seruling yang diperbuat daripada bambu yang nipis

    dipanggil widu), Gabang (diperbuat dari potongan kayu dan ada

    yang dari tong deram besi) Untuk majlis perkahwinan muzik

    tradisional akan dimainkan mengikut turutan iaitu :

    1.Ketibaan rombongan pengantin lelaki tiba

    2.apabila pengantin menuju ke pelamin (pangaturan)

    3.sesudah pengantin lelaki duduk di pelamin (pangaturan)

    Irama muzik tersebut diantaranya diberi nama :-

    Titik Pengantin,Titik Rapat-rapat,Titik Tantasuran,Titik Bila-

    bila dan banyak lagi.

    PELAMIN DAN HIASAN

    Tilam ,bantal (lunan) ,(bunga pengantin) bungamanggar,gadur,(sarapah)Tempat menyimpan siri

    pinang,(sampiran)Kain Pelamin yang diperbuat dari potongan-

    potongan kain bermacam warna,(lantaka) Meriam kecil ,(langit-

    langit) kain yang di pasang diatas pelamin kalau kahwin adat

    pengantin seluruh siling rumah mesti ditutupi oleh kain berukir

  • 8/13/2019 Rumusan Perkahwinan Kaum Dusun

    6/7

    tersebut, (kalambu) kain yang menutupi kawasan pelamin dan

    pengantin lelaki tidak dibenarkan masuk selagi belum

    membayar adat buka kelambu dan ada kelambu sampai beberapa

    lapis,(Lansoi) kain yang menutup bahagian depan pelamin(Bandira) pihak pengantin lelaki dan perempuan mesti ada

    bendera yang di buat khas kalau dahulu pengantin lelaki akan di

    bawa dengan rakit yang berhias)dan lain-lain lagi.

    PAKAIAN PERKAHWINAN DAN AKSESORI LELAKI

    (Sigar) Tanjak,(dalundung)Tudung perkahwinan yang berwarna

    merah dijahit dengan sulaman dan labuci,(piakawan)baju darikain berwarna hitam dijahit sulam dan labuci ,(saduwor raragu)

    seluar,(kandit) kain yang di ikat di pinggang berwarna hijau dan

    merah di sambung di tengah-tengah,(Parantina) Kepala tali

    pinggang, (sabung lalom) baju dalam khas warna putih dan

    saputangan sebagai alas mencium tangan bakal mentua.

    PAKAIAN PERKAHWINAN DAN

    AKSESORI PEREMPUAN

    (Miglap) baju perempuan di perbuat dari kain yang berwarna

    merah,hitam,hijau,biru,kuning ) tapi warna hitam yang menjadi

    keutamaan ia di jahit (talambu) sulam dan (antilas)labuci ,(tapih)

    kain seperti kain songket yang ada campuran berbagai warna

    dan kebiasaanya orang suka pakai warna merah,(dalundung)di

    pakaikan di kepala pengantin dan pengapit ,(Rampih) sanggulrambut ,(Bubu'uk) biasanya orang-orang tua suka

    menyimpan rambut panjang kemudian dipotong dan di ikat

    dihujungnya dan rambut ini akan di sambung di rambut

    pengantin yang pendek untuk di jadikan sanggul. Dahi

  • 8/13/2019 Rumusan Perkahwinan Kaum Dusun

    7/7

    perempuan akan di sapu dengan sejenis bahan campuran yang

    dibuat khas dari bahan semula jadi yang berwarna hitam

    (ayok),(sudai mas )sejenis perhiasan di kepala pengantin begitu

    juga dengan (Titimpok )cucuk sanggul, anting-anting(baang)seperti bentuk kon bulat dan ada yang mempunyai

    permata,bentuk gong ada yang sampai 3

    biji bersambung,(lilingkongyang berbentuk seperti

    spring) ,(Tambuku) Butang emas atau kerongsang berbentuk

    syiling bulat,hati dan kupu-kupu dan sebagainya,rantai (pokol)

    (bunga rampai) jenis bersambung-sambung ke bawah dan

    membentuk tiga segi dengan corak bulan dan bintang dan

    bertahtakan batu permata,manik dan rantai berloket syiling bulatdan gelang (golong) perak yang lebar berukir,kawat besi kuning

    dan emas, dan (pandulung) cincin.

    .