rumah - · pdf filel embaga pembangunan industri pembi-naan (cidb) dan jabatan kerja raya...

Download RUMAH -   · PDF fileL embaga Pembangunan Industri Pembi-naan (CIDB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) merancang untuk menggunapakai Sistem Bangunan Industri (IBS) secara berperingkat

If you can't read please download the document

Upload: vuphuc

Post on 06-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

  • ANALISIS | BERITA | STRATEGI | HARTANAH HOT 29 SEPT 2017Edisi : #12

    CERITA-NAH!

    Analisa Hartanah

    Bina Rumah Kaedah IBS

    Isu menarik:

    Fokus KawasanDamansara Jaya

    Pendedahan Eksklusif !Aku Mangsa Penipuan Rumah Idaman

    RUMAHMAMPU MILIK @ MAMPU TENGOK

    APA SOLUSINYA?

    [email protected] | 03-76104766 | www.hartabumi.com @hartabumi.com

  • 29 SEPTEMBER 2017HB 01

    Ketua EditorRADZI TAJUDDIN

    EditorNADZRI SAZALI

    PenulisYASMIN RIDZUAN

    KreatifAMIRUL NIDZAM

    HASIENAH ROSLAN

    Maklum [email protected]

    Maklum balasJika anda ada sebarang komen atau cadangan, sila email kami :

    [email protected] sedia mendengar pandangan anda

    Penerbit:

    REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)D-12-05, Empire DamansaraJalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 47800, PJ SelangorTel : 03 76104766

    Hak cipta terpelihara. Semua artikel yang diterbitkan tetap menjadi hak milik REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)

    Buletin hartabumi.com di-terbitkan setiap hujung bulan dan diedarkan secara atas talian di portal:

    www.hartabumi.com/buletin Tanya PeguamBolehkah tanah rizab Melayu diwariskankepada bukan Melayu?

    4

    Rumah Mampu Milik. Mampu TengokSahaja atau Ada Solusinya?Menjawab persoalan sama ada rumah mampu milik di Malaysia masih wujud berserta jalan penyelesaiannya.

    Isu Muka Depan14-16

    Kisah seorang mangsa penipuan rumah idaman

    Pendedahan Eksklusif8

    Damansara JayaSebuah kawasan matang dan serba lengkap.

    Fokus Kawasan17-18

    Trio By SetiaHartanah Hot11-12

    Pembangunan bercampur yang pertamadi Bukit Tinggi kini dibina. Lihat bagaimanahartanah ini bakal membentuk transformasidi bandar ini.

    Berikutan isu viral hartanah yang berlaku baru baru ini dimana sebuah pihak mendakwa sebuah banglo boleh dibeli pada harga serendah RM50,000.

    Analisis Hartanah5-7

    Bina rumah kaedah IBS,ini jawapan kami.

  • Lembaga Pembangunan Industri Pembi-naan (CIDB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) merancang untuk menggunapakai Sistem Bangunan Industri (IBS) secara berperingkat dan akhirnya secara wajib pada tahun 2020.

    Ketua Pengarah JKR Kamuludin Abdul Rashid berkata IBS sudah pun diwajibkan kepada projek binaan kerajaan dan hanya boleh dikecualikan untuk beberapa keadaan seperti kerja-kerja ubahsuai atau naiktaraf menggunakan struktur sedia ada.

    "Jumlah projek kerajaan yang mematuhi keperluan IBS berkembang 21.74% dari 2016 hingga 2017, dengan 23 projek pada tahun 2016 meningkat kepada 44 tahun ini, tambah beliau.

    Menurut statistik CIDB 2016, syarikat swasta mewakili majoriti sebanyak 89% projek pembinaan di Malaysia berupa kediaman, komersial, dan bukan komersial.Oleh kerana penggunaan IBS telahpun diwajibkan kepada kerajaan, maka cabaran seterusnya ialah cara untuk mempromosi-kan IBS di sektor swasta.

    "IBS tidak terhad kepada projek mega, tetapi juga boleh digunakan untuk projek berskala kecil seperti blok bangunan sekolah dengan enam bilik darjah boleh dibina dan sepenuhnya mengikuti standard IBS," kata Ketua Pengarah JKR Datuk Sri Roslan Md Taha.

    Sumber: Star Property

    Putrajaya Holdings Sdn Bhd, pemaju utama Putrajaya meluaskan wilayahnya ke Kuala Lumpur dengan dua projek baru di Jalan Ampang dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM5.2 bilion.

    Datuk Azlan Abdul Karim selaku Ketua Pegawai Eksekutif berkata syarikat itu baru-ba-ru ini memperoleh dua buah tanah di Jalan Ampang seluas 3.2 hektar di tapak kedutaan Perancis yang lama dan juga plot 0.52 hektar di sebelah kedutaan China.

    Syarikat itu menyasarkan pembangunan 429 unit pangsapuri servis di plot 0.52 hektar, manakala plot 3.2 hektar akan dibangunkan menjadi projek pembangu-nan campuran yang terdiri daripada pusat komersial, hotel, dan kediaman.

    "Projek kediaman akan mempunyai GDV sekitar RM500 juta hingga RM600 juta manakala GDV projek pembangu-nan campuran adalah lapan kali lebih besar," kata beliau.

    Pembinaan ini dijangka bermula pada awal pertengahan 2018.

    Sumber: The Star

    Kira-kira 70% daripada Pavilion Daman-sara Heights yang baru sahaja dilancarkan telahpun dijual. Projek seluas 16 ekar itu mempunyai 10 blok pejabat dan 7 daripadan-ya telah diperoleh. Blok tertinggi antara 40 dan 50 tingkat kini sedang dirunding.

    Pengurus Pemasaran Datuk Tracey Lai menyatakan jenama Pavilion, alamat Daman-sara Heights, serta akses kepada dua stesen MRT menjadi sebab utama pembeli tertarik dengan projek ini.

    Pembangunan bercampur ini didatangi kira-kira 1,300 unit residen dengan keluasan dari 600kps hingga 2,800kps dengan harga RM1,800/kps hingga RM2,500/kps.

    Pusat membeli-belah, blok pejabat, dan unit residen dijangka akan siap seluruhnya pada 2022. Projek ini bakal mengadaptasi kedudukan Pavilion KL yang bertaraf tinggi. Namun begitu, Menteri Wilayah Persekutuan telah menyuarakan kebimbangan berlakunya kesesakan jalanraya yang makin serius di kawasan ini.Sebagai solusi, Pemaju Pavilion Group dan Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB) bakal membina lebuhraya yang meng-hubungkan antara Seksyen 16 Petaling Jaya dan Jalan Semantan.

    Sumber: The Star

    BERITA HARTANAH MINGGU INIIBS AKAN DIWAJIBKAN PADA 2020

    BERITA HARTANAH

    PUTRAJAYA HOLDINGS BAKAL BINA DUAPROJEK DI IBU KOTA

    70% PROJEK BARUPAVILION DAMANSARA HEIGHTS TELAH DIJUAL

    29 SEPTEMBER 2017HB 03

  • BOLEHKAH TANAH RIZAB MELAYUDIWARISKAN KEPADA BUKAN MELAYU?

    TANYA PEGUAM

    Rupanya orang Melayu zaman awal 1900an ni sangat suka menjual tanah mereka kepada orang bukan Melayu dan syarikat Eropah. Ya lah, mungkin pulangan-nya menarik dan berbaloi. Namun hal ini jadi tidak terkawal sehingga Sultan Perak pada ketika itu menjadi bimbang.

    Dari situlah munculnya Enakmen Rizab Melayu (ERM) 1913 yang bertujuan untuk melindungi kepentingan Tanah Rizab Melayu. Tanah-tanah ini tidak boleh dipindah milik, digadai, dan dipajak kepada bukan Melayu.

    Tetapi bagaimana pula sekiranya pemilik tanah tersebut meninggal dunia dan beliau mewariskan tanah kepada bukan Melayu?

    Peguam Hartanah, Tuan Salkukhairi Abd Sukor berkongsi jawapan dan ulasannya.

    Secara umumnya Tanah Rezab Melayu tidak boleh diturunmilik kepada waris bukan Melayu.

    Namun ERM memberi pengeculian untuk kes turunmilik kepada waris bukan Melayu dengan syarat perlu ada kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri.

    Untuk pengesahan, rujukan perlu dibuat di ERM negeri masing-masing kerana peruntukan ERM di setiap negeri mungkin berbeza.

    iii. Menyerah semula tanah tersebut kepada Kerajaan Negeri dan memohon kembali atas status bukan Rezab Melayu.

    Dengan ini, bolehlah wasiat si mati dijalankan mengikut apa yang tertulis tanpa ada apa-apa sekatan dasar.

    Sumber: Salkukhairi Abd Shukor http://bit.ly/2f96371

    Sekiranya terjadi sekatan akibat undang-undang ERM negeri tersebut, waris bukan Melayu boleh lakukan 3 alternatif berikut:

    i. Membuat rayuan terhadap Pihak Berkuasa Negeri agar tanah pusaka Rizab Melayu itu diturunmilik kepadanya.

    ii. Menjual tanah tersebut kepada pihak ketiga (orang Melayu), dan hasil daripadanya dibahagi kepada waris waris (termasuk waris bukan Melayu) mengikut bahagian faraid masing masing.

    Salkukhairi Abd SukorPresiden

    Persatuan Guaman HartanahMalaysia (HartaGuam)

    29 SEPTEMBER 2017HB 04

  • BINA RUMAH KAEDAH IBS

    ANALISIS HARTANAH

    Baru-baru ini kecoh tentang sebuah syarikat perumahan yang mendakwa sebuah banglo boleh dibeli pada harga serendah RM50,000 dengan bayaran pendahuluan serendah RM2,000. Wah, jika betul, sudah pasti lebih banyak banglo akan didirikan sepanjang jalan berbanding jumlah kereta di atas jalanraya.

    Orang kuatnya yang dikenali sebagai Iman mendakwa, Iman boleh settle melalui sistem pembinaan IBS yang membolehkan rumah itu dijual pada harga sama dengan sebuah Perodua Myvi. Sejauh manakah kebenaran yang didakwa oleh pihak ini?

    Sistem IBS ataupun Industrialised Building System dikenali sebagai pembi-naan pasang siap dimana komponen-kom-ponen binaan dihasilkan di kilang dan dihantar ke tapak pembinaan untuk dipasang menjadi struktur. Berbeza dengan kaedah konvensional, bahan-bahan binaan perlu disediakan dan dibentuk di tapak pembinaan.

    Sistem IBS telah diperkenalkan dalam industri pembinaan Malaysia sejak tahun 1960-an. Dua projek terawal di Malaysia yang berjaya dibina menggunakan sistem IBS adalah Flat Pekeliling, Kuala Lumpur dan Flat Rifle Range Road, Pulau Pinang.

    Antara projek signifikan di Malaysia yang dibina menerusi sistem IBS adalah Menara Berkembar Petronas. Selain itu, bangunan Kompleks Sukan Bukit Jalil yang menjadi pusat acara Sukan SEA baru-baru ini juga dibina menggunakan kaedah yang sama. Sistem IBS juga turut digunakan untuk pembinaan Menara Kuala Lumpur.

    Kewujudan bangunan-bangunan ikonik di ibu kota ini membuktikan kaedah ini sememangnya berkualiti dan boleh digunapakai secara menyeluruh di samping menaiktaraf standard pembinaan Malaysia ke taraf pembinaan moden.

    Penggunaan kaedah IBS tidak terhad di kawasan bandar sahaja. Sebagai contoh, pembinaan lebih 500 unit rumah di Perumahan Generasi Baharu FELDA di Wilayah Jengka, Pahang berjaya didirikan dengan kukuh. Bangunan di Institut Aminuddin Baki di Sarawak juga telah dibina menggunakan sistem IBS.

    Selain itu, kerajaan juga turut mengguna-kan sistem IBS dalam pembinaan Perba-danan PR1MA Malaysia yang kini sedang dijalankan.

    Melalui sistem IBS, banyak manfaat yang boleh diperolehi dari segi masa, tenaga, dan wang. Antaranya ialah:

    Ini kerana bahan-bahan acuan telah sedia dibentuk daripada kilang, jadi yang tinggal di tapak pembinaan hanyalah tugas mencantumkan bahan-bahan tersebut. Kaedah konvensional memerlukan masa selama 10 hari bagi menyiapkan seunit rumah, namun pen