rumah bumbung panjang kedah

9
Rumah Bumbung Panjang Kedah

Upload: masnura-saad

Post on 11-Aug-2015

138 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

e

TRANSCRIPT

Page 1: Rumah Bumbung Panjang Kedah

Rumah Bumbung Panjang Kedah

Page 2: Rumah Bumbung Panjang Kedah

Rumah Bumbung Panjang Pahang~

Masyarakat Melayu tradisional Pahang memang kaya dengan seni bina yang diwarisi sejak zaman silam.Kebiasaannya seni bina yang

kreatif dan imaginatif dijelmakan menerusi reka bentuk istana, rumah, surau, perahu, reban ayam dan peralatan tertentu yang

digunakan dalam kehidupan harian.

Salah satu seni bina dikagumi dengan kehalusan reka bentuknya ialah rumah tradisional Melayu Pahang.Keunikan rumah tradisional

Pahang dibina tanpa menggunakan walaupun sebatang paku, apabila sejenis alat yang dinamakan tanggam diguna atau

Page 3: Rumah Bumbung Panjang Kedah

diperkuatkan bagi menyambung bahagian tertentu.Sesuai dengan penempatan orang Melayu di persisiran sungai, kebanyakan rumah

berkenaan masih boleh ditemui di kampung berdekatan Sungai Jelai, Sungai Pahang dan Sungai Tembeling di daerah Lipis, Jerantut,

Temerloh, Maran dan Pekan.

Zaman telah berubah apabila nilai seni bina berciri moden kini lebih kontras dan mendominasi kehidupan masyarakat Melayu hari ini

sehingga menenggelamkan bentuk kediaman tradisional yang sepatutnya dihargai oleh semua pihak.Rumah tradisional Melayu Pahang yang juga dikenali dengan nama Rumah Serambi Pahang, biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya.Pembahagian ruang

rumah tersebut terdiri daripada rumah ibu dan dapur yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang.

Seni bina itu juga mengandungi ruang tertentu di bahagian hadapan iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang terdiri daripada

ruang pentas dan ‘perbalai.’Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang. Bagi ruang dapur, ia terdiri daripada ruang

pelantar yang digunakan untuk memasak dan membasuh.

Faktor cuaca banyak mempengaruhi seni bina rumah tradisional Pahang dan ia terbukti apabila reka bentuk atap yang lebih cerun

dan bertiang untuk mengelak banjir.

Reka bentuk yang lebih terbuka iaitu kehadiran tingkap yang banyak, beranda dan tiang itu sendiri memberi laluan angin di

bahagian bawah rumah, tingkap dan bumbung.

Bentuk berkenaan banyak diasosiasikan dengan pertembungan budaya dan pengaruh binaan Minangkabau, Aceh, Bugis, Jawa dan

Siam selain mempamerkan hasil kemahiran tukang rumah tempatan.

Seni bina rumah Pahang juga dibina bercirikan reka bentuk seni bina Melayu ‘Palladian,’ berbumbung tradisional Melayu manakala ukiran pada pintu dan dinding memaparkan motif Barat seperti yang boleh dilihat di kediaman rasmi bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, iaitu rumah kelahiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul

Razak di Bukit Bius di sini yang dibina pada 1922.

Kediaman itu dilengkapi beberapa bilik yang dibina menggunakan kayu hutan bermutu tinggi dan tahan lama tanpa boleh dirosakkan

oleh anai-anai dan haiwan pemusnah lain.

Pada zaman awal, kayu menjadi tunjang kepada struktur rumah berkenaan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh serta daun rumbia atau nipah

menjadi dinding dan atap.

Kebiasaannya, rumah tradisional Pahang diperkukuhkan oleh penggunaan kayu hutan yang dibelah dan dijadikan papan iaitu kayu

meranti, merbau, cengal dan beberapa jenis kayu hutan lain yang mampu bertahan sehingga lebih satu abad.

Page 4: Rumah Bumbung Panjang Kedah

Ciri binaan yang kreatif berunsurkan motif tumbuhan iaitu daun, bunga, dan haiwan terutama burung masih boleh dilihat pada ukiran

di tingkap, pintu, dinding, bumbung dan rasuk.

Tanggam dibuat untuk mencantum bahagian rasuk dengan tiang, alang, lantai, anak tangga dan kekuda bumbung mempamerkan kesenian binaan kediaman tanpa menggunakan sebatang paku.

Rumah Melayu tradisional Pahang merupakan warisan seni bina yang cukup unik dan sangat bernilai.

Reka bentuknya dibina oleh tukang rumah yang menampakkan kemahiran dan kreatif dalam bidang seni bina zaman silam.

Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan

penggunaan bahan binaan.

Rumah tradisional Melayu Pahang melambangkan cara hidup masyarakat zaman silam di pesisiran sungai yang menjadi nadi

sumber rezeki dan pengangkutan yang sangat penting pada zaman berkenaan.

 

Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis ini kian pupus. Ia terdapat juga di beberapa buah kampung yang mana usianya hampir seratus tahun.

Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya. Komponennya terdiri dari rumah ibu dan dapur dan di antara keduanya dipisahkan oleh ruang yang dipanggil selang. Ia juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang.

Bagi ruang dapur ia mengandungi ruangpenaggah serta pelantar. Ruang-ruang ini digunakan untuk menanti, memasak dan sebagainya.

Page 6: Rumah Bumbung Panjang Kedah

             ~Rumah Kutai~

 

Rumah ini adalah dari jenis bumbung panjang. Keistimewaan reka bentuknya adalah kerana ia lebih etnik dan ringkas. Rumah ini masih terdapat di negeri Perak dan telah berusia lebih 100 tahun. Antaranya di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Kampung Kota Lama Kanan dan Kampung Bota Kanan, Parit.

Rumah ini menggunakan sepenuhnya bahan binaan semula jadi yang terdapat di sekeliling kampung. Struktur asas adalah kayu keras manakala atap dibuat dari daun rumbia dan dinding pelupuh dari anyaman buluh atau rotan. 

Rumah ini mempunyai bumbung yang agak tinggi, tetapi terdapat sedikit keunikan dari segi keterbukaan rumah ini. Ia seolah-olah tidak mempunyai pengudaraan yang baik dan mencukupi. Dinding rumah mencapai ke paras rabung atap tanpa diselangi kerawang atau seumpamanya. Ini disebabkan dinding itu sendiri tembus angin, maka ianya tidak perlu hiasan kerawang dan  sikap rendah diri penghuni rumah ini.

Keringkasan reka bentuk menunjukkan yang rumah kutai adalah untuk orang biasa berbanding rekaan lain yang lebih moden dan canggih seperti bumbung limas dan bumbung Perak. Rumah ini menyaksikan beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri. 

Page 7: Rumah Bumbung Panjang Kedah

_____________________________________Ruma

h Bumbung Panjang Perlis

Page 8: Rumah Bumbung Panjang Kedah

Rumah tradisional (traditional house of) Perlis

ruangan dinding akan dihiasi dengan ukiran bermotif flora yang dicat dengan warna

keemasan. Ruang bahagian belakang digunakan sebagai dapur.

Rumah Tradisional Kadazan Sabah

Page 9: Rumah Bumbung Panjang Kedah

***~Gambar-Gambar Rumah Tradisional ~***