rumah baruku

Upload: weafareez

Post on 14-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 rumah baruku

    1/2

    KAJIAN SISTEM PENYAMANAN UDARA PADA PASARAYA GIANT SUNWAY

    CITY TAMBUN IPOH

    PENGHARGAAN

    Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan kerja

    kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut

    Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan kerja

    kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami

    mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.

    Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Md Radzi yang telah banyak memberi

    tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan

    sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini .Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih

    kepada tuan kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga

    jayanya.

    Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan

    dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian

    mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain.

    Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan

    kerja kursus ini.

    Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu

    pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan

    modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri

    kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang

    berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran

    malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya

  • 7/27/2019 rumah baruku

    2/2

    PENDAHULUAN

    Kajian yang kami jalankan adalah bertujuan untuk mempelajari dan mengkaji tentang sistem

    penyamanan udara yang digunakan pada bangunan pasaraya. Dengan kajian ini kami dapat lebih

    memahami tentang sistem dan reka bentuk penyamanan udara yang sesuai digunakan pada

    bangunan pasaraya. Selain itu, kami dapat melihat bagaimana sistem tersebut beroperasi secara

    langsung.

    Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia mempunyai 25 peratus markah Peperiksaan Akhir

    Tahun 2010. Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami

    semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kampung sendiri memandangkan ia

    amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di kampung Kemubu, sememangnya terdapat migrasi

    yang berlaku di kampung ini disebabkan perkembangan sektor pekerjaan di kawasan sekitarnya.

    Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula pertengahan bulan Ogos

    sehingga bulan Oktober iaitu kira-kira 2 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang

    lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

    Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya

    kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

    OBJEKTIF KAJIAN

    1) Mempelajari dan memahami sistem penyamanan udara yang digunakan pada bangunan

    pasaraya.

    2) Mempelajari dan mengkaji reka bentuk ducting yang digunakan

    SKOP KAJIAN

    Kajian ini meliputi aspek pembelajaran bagi subjek JU604 Aircond Design And Drawing 2.Antaranya ialah :

    1) Susun atur bangunan

    2) Pelan sistem penyamanan udara bangunan

    3) Jenis sistem penyamanan udara yang digunakan

    4) Operasi sistem penyamanan udara

    5) Reka bentuk ducting