rukun tawaf

2
RUKUN HAJI UMRAH (5 PERKARA RUKUN HAJI 6 PERKARA RUKUN UMRAH 5 PERKARA 1. Niat ihram mengerjakan haji 2. Wukuf di Arafah 3. Tawaf di Kaabah 4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah 5. Bergunting atau bercukur rambut 6. Tertib pada kebanyakan rukunnya 1. Niat ihram mengerjakan umrah 2. Tawaf 3. Sai'e 4. Bergunting atau bercukur 5. Tertib Tawaf Haji Bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak (7) pusingan bermula dari sudut Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama menurut syarat-syaratnya. Jenis-Jenis Tawaf Jenis-jenis tawaf adalah seperti berikut:- i. Tawaf Ifadah (Rukun) ialah tawaf bagi mereka yang balik dari Arafah iaitu tawaf rukun bagi mereka yang mengerjakan haji (dinamakan tawaf rukun umrah bagi mereka yang mengerjakan umrah) ii. Tawaf Qudum ialah tawaf selamat datang ke Mekah mengunjungi Baitullah bagi mereka yang mengerjakan haji ifrad dan haji qiran disunatkan tawaf qudum, iii. Tawaf sunat iaitu tawaf biasa yang dilakukan pada bila-bila masa yang disukai. iv. Tawaf Wada' (tawaf selamat tinggal) ialah tawaf yang wajib dilakukan apabila seseorang itu hendak meninggalkan Mekah kerana menghormati dan memuliakan Baitullah Al- Haram. Tawaf Rukun (Ifadah) Di Baitullah. Tawaf adalah rukun yang ketiga bagi fardu haji dan yang kedua pentingnya selepas wukuf di Arafah. Tawaf ertinya mengelilingi Ka'abah sebanyak tujuh kali pusingan. Tawaf ini hendaklah dilakukan atau dilaksanakan selepas melontar Jamrah Aqabah, bercukur atau menggunting rambut dan berkorban pada pagi 10 Zulhijjah ataupun selepas melontar kesemua Jamrah dari 11 hingga 13 Zulhijjah.

Upload: suzie162

Post on 08-Jul-2015

1.362 views

Category:

Entertainment & Humor


3 download

DESCRIPTION

annuur2011

TRANSCRIPT

Page 1: Rukun tawaf

RUKUN HAJI UMRAH (5 PERKARA

RUKUN HAJI

6 PERKARA

RUKUN UMRAH

5 PERKARA

1. Niat ihram mengerjakan haji 2. Wukuf di Arafah 3. Tawaf di Kaabah 4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah 5. Bergunting atau bercukur rambut 6. Tertib pada kebanyakan rukunnya

1. Niat ihram mengerjakan umrah 2. Tawaf 3. Sai'e 4. Bergunting atau bercukur 5. Tertib

Tawaf Haji

Bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak (7) pusingan bermula dari sudut Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama menurut syarat-syaratnya.

Jenis-Jenis Tawaf Jenis-jenis tawaf adalah seperti berikut:-

i. Tawaf Ifadah (Rukun) ialah tawaf bagi mereka yang balik dari Arafah iaitu tawaf rukun bagi mereka yang mengerjakan haji (dinamakan tawaf rukun umrah bagi mereka yang mengerjakan umrah)

ii. Tawaf Qudum ialah tawaf selamat datang ke Mekah mengunjungi Baitullah bagi mereka yang mengerjakan haji ifrad dan haji qiran disunatkan tawaf qudum,

iii. Tawaf sunat iaitu tawaf biasa yang dilakukan pada bila-bila masa yang disukai. iv. Tawaf Wada' (tawaf selamat tinggal) ialah tawaf yang wajib dilakukan apabila seseorang

itu hendak meninggalkan Mekah kerana menghormati dan memuliakan Baitullah Al-Haram.

Tawaf Rukun (Ifadah) Di Baitullah. Tawaf adalah rukun yang ketiga bagi fardu haji dan yang kedua pentingnya selepas wukuf di Arafah. Tawaf ertinya mengelilingi Ka'abah sebanyak tujuh kali pusingan. Tawaf ini hendaklah dilakukan atau dilaksanakan selepas melontar Jamrah Aqabah, bercukur atau menggunting rambut dan berkorban pada pagi 10 Zulhijjah ataupun selepas melontar kesemua Jamrah dari 11

hingga 13 Zulhijjah.

Page 2: Rukun tawaf

Permulaan waktu tawaf rukun ialah selepas tengah malam hari raya qorban, iaitu selepas wukuf di Arafah. Tiada waktu akhir baginya, iaitu boleh ditangguhnya kepada bila-bila masa, tetapi jika ditangguhkan tawaf ini, maka belum boleh bebas lagi dari beberapa pantang larang ihram, seperti nikah, bersetubuh dan bersentuh-sentuhan antara lelaki dan perempuan tanpa berlapik serta ada syahwat.

Syarat Sah Tawaf

i. Menutup aurat ii. Suci daripada hadas besar dan kecil iii. Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis iv. Bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad v. Menjadikan di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan vi. Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar binaan Kaabah, Hijr Ismail dan Syazarwan vii. Mengekalkan niat tawaf viii. Cukup tujuh (7) pusingan dengan yakin

Amalan sunat tawaf :

Berjalan kaki

Beridtiba (اضطباع) : memakai ihram dalam keadaan bahu kanan dinampakkan, bagi tawaf

yang diikuti oleh saie bagi lelaki sahaja Mengucup Hajarul Aswad pada permulaan tawaf

Istilam Hajarul Aswad dan kemudian mengucup tapak tangan atau isyarat (إشارة) dengan

tapak tangan ke arahnya sambil bertakbir lalu mengucup tapak tangan tersebut pada setiap permulaan tawaf

Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucup rukun tersebut

Melakukan ramal (رمل) iaitu berlari-lari anak, pada tiga pusingan pertama, bagi tawaf

yang diikuti dengan sa’ie bagi lelaki sahaja Mengelilingi Kaabah sebanyak (7) pusingan secara muwalat (berturutan) Melakukan tawaf dengan tawaduk dan khusyuk Mendirikan solat sunat tawaf setelah selesai melakukan tawaf, yang afdalnya di

belakang Maqam Ibrahim, sekiranya tidak berkemampuan boleh dilaksanakan di Hijr Ismail atau mana-mana tempat di dalam Masjidil Haram

Berdoa, berzikir dan membaca al-Quran