rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

53
PERTUNANGAN, RUKUN PERKAHWINAN & MAHAR MENURUT MAZHAB 4 OLEH: SHIFAK BINTI AHMAD BAHARRUDIN (A144905) NASRIAH BINTI ABDUL MUTALIB (A146883)

Upload: ris-azi

Post on 29-Jan-2018

318 views

Category:

Spiritual


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

PERTUNANGAN, RUKUN PERKAHWINAN & MAHAR MENURUT

MAZHAB 4

OLEH:SHIFAK BINTI AHMAD BAHARRUDIN(A144905)NASRIAH BINTI ABDUL MUTALIB(A146883)

Page 2: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

PENGERTIAN PERTUNANGAN Wahbah al-Zuhaili:

Melahirkan hasrat ingin berkahwin

dengan seorang perempuan tertentu, dan perkara ini dinyatakan sama ada kepada perempuan berkenaan atau penjaganya (wali)

Boleh dilakukan oleh lelaki itu sendiri atau melalui orang tengah.

Jika pihak perempuan bersetuju, maka terlaksanalah pertunangan.

Page 3: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

HIKMAH PERTUNANGAN

Mengenali antara satu sama lain.

Mengkaji akhlak dan kecenderungan masing-masing

dalam hidup (mengikut had

syariat).

Page 4: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

BENTUK PEMINANGAN

LANGSUNG

Lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tertentu

Contoh : Dia berkata: “Saya ingin berkahwin dengan perempuan X.”

TIDAK LANGSUNG

Lelaki yang ingin meminang perempuan berkenaan tidak melahirkan

hasrat secara langsung, tetapi hanya memberi bayangan @ isyarat yang

dapat difahami.

Contoh dia berkata:

- “Saudari ini memang sesuai untuk diperisterikan.”

- “Bertuahlah orang yang berkahwin dengan saudari”

- Saya sedang mencari seorang gadis seperti anda untuk diperisterikan.”

Page 5: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

PINANGAN ATAS PINANGANDiharamkan lelaki lain untuk meminang perempuan yang telah bertunang dengan pasangannya.

Para ulama’ bersepakat mengharamkan, atas syarat-syarat berikut:

1- Pihak perempuan telah menerima pinangan secara terus terang.

2- Pihak lelaki 1 tidak beri izin kepada lelaki ke-2 untuk meminang perempuan itu.

3- Pihak lelaki 1 tidak membatalkan pertunangannya dengan perempuan tersebut.

Page 6: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

hukum HARUS

Jika lelaki yang bertunang membenarkan lelaki lain

meminang tunangnya

Jika salah seorang yang bertunang membatalkan

pertunangan mereka

RAJIHTidak haram bagi seorang lelaki

meminang seorang perempuan yang sedang dalam perundingan untuk

bertunang dengan lelaki lain.

HANAFI

Pinangan seperti ini adalah makruh kerana berdasarkan pengertian umum hadis yang

menegah seseorang menjual atas jualan saudaranya, atau meminang atas saudaranya.

Page 7: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

JUMHUR ULAMA’

HARUS pinangan kedua andai pinangan pertama belum mencapai

persetujuan kedua-dua pihak.

Berdasarkan kisah Fatimah bt Qais yang dipinang oleh 3 lelaki

serentak

Page 8: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

SIFAT-SIFAT WANITA YANG AKAN DIPINANG

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: : ، ولحسبها لمالها، لربع المرأة تنكح

بذات فأظفر ولدينها، ولجمالها،يداك تربت الدين،

Terjemahan: Seorang perempuan biasanya dikahwini kerana 4 faktor: harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Maka, pilihlah yang beragama nescaya tangan engkau akan subur(berkat).

Page 9: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

Sifat-sifat bakal isteri yang dinyatakan oleh ulama’ Syafie, Hambali dan lain-lain

yang dianggap sebagai sunat (mustahab)

Berpegang teguh dengan agama. Yang tidak mandul. Masih dara. Datang daripada keluarga yang

beragama dan qana’ah sifatnya. Berasal daripada keturunan yang baik-

baik. Yang jelita & rupawan. Bukan dari keluarga yang dekat.

Page 10: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

PEREMPUAN YANG HARUS DIPINANG

BUKAN YANG HARAM

DIKAHWINI:

BUKAN TUNANGAN

ORANG LAIN

Tegahan kekal Tegahan

sementara

Page 11: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

• adik perempuan lelaki itu,

• - kakaknya,• - ibu-ibu saudaranya

sebelah ibu bapa

Tegahan kekal:

• - kakak @ adik ipar lelaki itu,

• - perempuan bersuami• - perempuan dalam

‘iddah

Tegahan sementara:

Page 12: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

MEMINANG PEREMPUAN DALAM ‘IDDAH

Iddah kematian suami= fuqaha’ mengatakan harus meminang balu itu secara ta’rid (sindiran @ bayangan)

Iddah yang bercerai:1) raj’ie = haram dipinang2) ba’in = kubra & sughra. - ulama’ Hanafi : haram meminang walau secara ta’rid. - jumhur ulama’ : harus meminang secara ta’rid sahaja bagi janda yang ditalak ba’in.

Page 13: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

PEREMPUAN YANG BUKAN TUNANGAN ORANG LAIN

Semua lelaki ditegah meminang perempuan yang sudah menjadi tunang orang lain.

Menurut Jumhur Ulama’, jika pertunangan sedemikian berlaku, dan diakhiri dengan perkahwinan, maka ia tetap sah walau berdosa.

Ada riwayat menyatakan:Imam Malik & Dawud berpendapat: perkahwinan hasil pinangan atas pinangan tidak sah (batal) kerana ia perbuatan melanggar syarak.

Mazhab Maliki secara qat’ie: sekiranya perkahwinan seperti ini dibawa ke mahkamah, dan dibuktikan, maka ia wajib difasakhkan sebelum persetubuhan. Fasakh sebagai talak ba’in.

Page 14: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

MENGENALI TUNANGAN

1) Mengutuskan seorang perempuan yang dipercayai untuk melihat dan melaporkan sifat perempuan yang ingin dipinang.

- Begitu juga hak yang sama kepada wanita

2) Melihat secara langsung= bagi memastikan kecantikan & kesuburan wanita itu.

- hanya dibenarkan melihat muka, tangan & ketinggian.

- mubah melihat wanita yang hendak dipinang.

Page 15: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

KADAR YANG DIHARUSKAN MELIHAT

• muka & kedua tapak tanganMajoriti fuqaha’

• kedua kaki, tapak tangan & muka.Abu Hanifah

• anggota zahir semasa melakukan pekerjaan – muka tengkuk, tangan, kaki, kepala & betis

Ulama’ Hambali

• melihat tempat2 yang berisiAl-Auzai’e

• harus melihat seluruh tubuh badannya, berdasar hadis.Dawud al-Zahiri=

Page 16: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

WAKTU MELIHAT & SYARATNYA

Ulama’ Syafie= melihat wanita sebelum pinangan dibuat.

Ulama’ Maliki= harus melihat kedua tapak tangan & muka wanita itu, terutama sebelum ‘aqad.

Pasangan yang bertunang dilarang berdua-duaan.

Page 17: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

PEMBATALAN PERTUNANGAN

Majoriti fuqaha’= pasangan yang bertunang boleh membatalkan pertunangan.- kerana pertunangan hanyalah janji untuk berkahwin.- digalakkan tak membatalkan pertunangan kecuali atas sebab yang mendesak.

Page 18: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

SAMBUNGAN… FUQAHA’=

-mahar yang diberi awal boleh diambil balik setelah pertunangan dibatalkan.- jika sudah binasa: pihak wanita wajib mengembalikan semula secara bayaran @ diganti.

Page 19: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

HADIAH PERTUNANGAN

1) HANAFI: -hadiah pertunangan adalah hibah

(pemberian).- jika yang dihadiahkan lelaki kepada perempuan masih wujud, dia boleh ambil semula.- jika hadiah habis diguna @ binasa= lelaki itu tak berhak menarik balik hadiah itu @ tuntut ganti.

Page 20: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

SAMBUNGAN…2) MALIKI:

- jika pembatalan berpunca dari lelaki= dia tak boleh tuntut hadiah walau ia masih wujud.-jika berpunca dari wanita = semua hadiah wajib dipulangkan. - jika hadiah sudah tak ada, dia mesti mengembalikan harganya.

3) SYAFIE & HAMBALI:

- pihak lelaki tak berhak mengambil hadiah yang dah diberi.- hadiah pada hakikatnya adalah hibah(pemberian)-pihak pemberi tak harus menarik balik apa yang diberi.

Page 21: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

RUKUN PERKAHWINAN

Ulama’ Maliki = -suami-isteri -wali-mahar-sighat (ijab & qabul)

Page 22: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

SAMBUNGAN… Mazhab Syafi’e:

-akad (sighah ijab & qabul)-calon pengantin (lelaki & wanita)-saksi-dua orang yang melakukan akad (wali/wakil & calon suami).

Mazhab Hambali= perkahwinan sah jika ada wali & saksi.

Page 23: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

RUKUN KAHWIN1) Lelaki2) Wanita3) Wali bagi perempuan

- jumhur= wanita tak boleh jadi wali & tak boleh mengahwinkan dirinya.-majoriti ulama’ & para sahabat= batal perkahwinan tanpa izin walinya.

-Abu Hanifah & Abu Yusuf= gadis dewasa yang berakal berhak menjalankan akad bagi dirinya: janda@dara. – disunatkan mewakilkan kepada walinya bagi menjaga kehormatan. –Wali ‘ashib (waris) tak berhak menghalang kecuali jika lelaki yang dikahwininya tak setaraf @ maharnya kurang dari mahar misil. –jika tidak perkahwinan itu tak sah.

4) 2 orang saksi

Page 24: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

Menurut Syafie, Maliki & Hambali

SYARAT WALI

Beragama Islam

Merdeka

BerakalOrang dewasa

Lelaki

Page 25: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

sambungan SYARAT-SYARAT WALIHANAFI: - Membolehkan perempuan dewasa &

waras akad untuk dirinya.- Sunat wakilkan kpd wali (utk jaga nama

baik)- AS-SYAFIE: wali mestilah adil(mursyid)-KEBANYAKAN ULAMA’: tak

mensyaratkan wali mesti adil, yang fasik sah menjadi wali.

Page 26: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

TERTIB WALI

1) Bapa2) Datuk 3) Pemegang wasiat bapa4) Ahli waris yang terdekat5) Orang yang memerdekakan hambanya6) Sultan7) Pemilik hamba8) Orang yang memelihara wanita

kehilangan bapa & keluarganya (imam Malik)

Page 27: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

SAMBUNGAN…

Jumhur ulama’ (imam Malik, al-Thauri, al-Laith, & as-Syafie)= wali dalam perkahwinan ialah AHLI WARIS, tapi bapa saudara sebelah ibu, saudara ibu, saudara seibu & zawil arham bukan.

Tertib wali menurut as-Syafie:1- bapa, datuk dan seterusnya ke atas2- saudara lelaki seibu sebapa3- saudara lelaki sebapa4- anak lelaki dari saudara lelaki seibu sebapa5- anak lelaki dari saudara lelaki sebapa dan seterusnya ke bawah6- saudara lelaki ayah seibu sebapa7- saudara lelaki ayah sebapa8- anak lelaki dari saudara lelaki ayah seibu sebapa9- anak lelaki dari saudara lelaki ayah sebapa dan seterusnya ke bawah10- sultan

Page 28: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

WALI GHAIB1) MAZHAB HANAFI:Bila wali akrab ada & memenuhi syarat,

perwalian tak boleh berpindah kpd wali ab’ad.

Jika calon suami sekufu, tapi wali akrab (dekat) ghaib, maka perwalian berpindah kpd wali yg jauh.

Jika wali akrab pulang, dia tak berhak menghalang perwalian itu kerana ghaibnya spt tiada.

Page 29: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

2) MAZHAB SYAFIE Jika perwalian oleh wali jauh sedangkan

wali dekat ada, perkahwinan BATAL. Jika wali dekat ghaib, maka hanya wali

hakim dibolehkan.

3) IMAM MALIK Sependapat dgn IMAM ABU HANIFAH. Jika wali dekat terpenjara @ tertawan yg

tak mungkin dihubungi walau dekat, hukumnya serupa dengan jauh juga.

Page 30: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

GHAIB JAUH

Page 31: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

WALI ‘ADHAL (enggan) ULAMA BERSEPAKAT:

- Wali tak boleh menolak @ enggan mengahwinkan jika dia akan berkahwin dengan bakal suami yg sekufu & mahar yg layak.- jika enggan:berlaku kezaliman & wanita yg dihalang berhak buat aduan kpd hakim utk dikahwinkan.- wali tak boleh halang jika yg meminang baik agama & akhlak.-jika enggan juga, perwalian akan berpindah kpd wali hakim(sultan).

Page 32: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

Abu Hatim al-Muzani meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Apabila datang kpd kamu orang yang kamu sukakan agama & akhlaknya, maka kahwinkanlah dia. Jika kamu tak berbuat demikian akan timbul fitnah & kerosakan besar di muka bumi. Mereka bertanya, ‘Ya Rasulullah! Walau ada sesuatu (kekurangan) padanya?’ Rasulullah SAW bersabda, ‘Apabila datang kepada kamu orang yang kamu sukakan agam & akhlaknya, kahwinkanlah dia.’ Baginda mengulanginya hingga 3 kali”

[riwayat Tirmizi]

Page 33: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

WALI SULTAN

Page 34: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

WALI MUJBIR Iaitu wali yg boleh memaksa anaknya,

tak perlu minta izin anaknya. Hanya utk anak perempuan yg kurang

berkelayakan. Perkahwinan ini adalah SAH walau

dengan paksaan.

Page 35: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2
Page 36: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

KUASA WALI MUJBIR

Page 37: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

MAS KAHWIN

Takrif Mas Kahwin

seorang suami wajib memberikan isterinya satu pemberian yang berupa wang ringgit @ harta

benda @barang2 @pakaian @ khidmat dan sebagainya. Maka pemberian ini dinamakan

mahar.

Dalil firman Allah s.w.t maksudnya : “Dan berikanlah kepada wanita-wanita (yang kamu

kahwini) itu mahar-mahar mereka sebagai satu pemberian wajib, tetapi jika mereka berikan

kepada kamu sebahagian daripadanya dengan kerelaan mereka, maka bolehlah kamu

memakannya dengan senang sentosa.”(surah An-Nisa’:Ayat 4)

Page 38: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

Dalil hadis: sahal bin Sa’ad berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Carilah (untuk mahar ) walaupun sebentuk cincin besi.”

Jumlah Dan Jenis Mahar: dalam Islam tidak ditentukan jumlah @ jenis harta untuk dijadikan sebagai mahar. banyak atau sikit dan jenis-jenisnya atas pertimbangan dan persetujuan antara pihak pengantin lelaki dan perempuan. semua jenis harta yang bernilai yang berupa emas, perak, batu-batu yang berharga, wang ringgit, ladang, sawah, bangunan, binatang ternakan, barang perhiasan, pakaian mahupun jasa dan sebagainya. Ia sah untuk dijadikan mahar.

Dalil hadis: Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah mahar kami di kala Rasulullah s.a.w masih hidup ialah 10auqiah.”

(hadith riwayat An-Nasai,Ahmad)

Mas kahwin yang mahal Penetapan mas kahwin yang mahal dan memberatkan tidak disukai oleh Islam. hukum makruh bagi maskahwin yang mahal, malah boleh jadi haram kerana maskahwin yang tinggi boleh menyebabkan tutupnya pintu perkahwianan dan terbukanya pintu maksiat

Page 39: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2
Page 40: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

Pemilik Mas Kahwin

milik pengantin perempuan sahaja. wali berhak terima bagi pihak pengantin perempuan.

Firman Allah Taala maksudnya: maka janganlah kamu mengambil sedikitpun daripada harta itu. Adakah kamu mahu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan dosa yang nyata.

(An-Nisa’:20)

Menyegerakan atau menangguhkan mas kahwin

sah hukumnya menyegerkan kesemua jumlah mas kahwin sebelum berlaku persetubuhan. Sah juga tangguhkan sebahagian. penagguhan itu mesti ditentukan tempohnya kerana mas kahwin adalah hak isteri.Jika mas kahwin diminta untuk segerakan, maka isteri ada hak untuk tolak persetubuhan sehingga isteri terima mas kahwin itu. jika mas kahwin itu dibenarkan untuk tangguh, isteri tidak berhak menolak persetubuhan dengan suaminya kerana atas kerelaannya dengan penagguhan tersebut.

Page 41: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

1. Suami wajib beri keseluruahan Mas Kahwin (dua keadaan) pertama: -apabila suami sedah menyutubuhi isterinya. Suami wajib beri Mas kahwin sama ada

persetubuhan itu dalam keadaan halal atau haram. -Dia diwajibkan membayar keseluruhan kerana ia telah memenuhi syarat perkahwinan diadakan iaitu untuk istima’. - Firman Allah s.w.t maksudnya : “kemudian, mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka upahnya (mas kahwinnya) dengan sempurna.”

(An-Nisa’:24)

Kedua: suami atau isteri meninggal dunia sama ada sebelum berlakunya persetubuhan atau selepasnya.

Page 42: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

2. Suami beri separuh Mas Kahwin - suami ceraikan isterinya selepas akad yang sahih dan mas kahwin disebut dengan jelas. perceraian berlaku sebelum suami memyetubuhi isterinya. - Dalilnya dalam firman Allah maksudnya: Dan jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh (bersetubuh dengan) mereka, padalah kamu telah menetapkan kadar mas kahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh daripada mas kahwin yang kamu telah tetapkan.

(Al-Baqarah)

3. Suami tidak perlu beri mas kahwin - suami berpisah dengan isteri sebelum berlaku persetubuhan, ia terjadi disebabkan isteri, contohnya, isteri memeluk Islam yang menyebabkan perkahwinan itu terfasakh. - isteri murtad. - isteri minta fasakh disebabkan kecacatan suami atau suami memfasakhkan perkahwinan sebab kecacatan isterinya. - situasi di atas menyebabkan mas kahwin tidak perlu diberikan kerana ia dari pihak isteri. maka dengan itu dia telah menghilangkan hak suami untuk menyetubuhinya, dengan itu hilang haknya untuk dapat mas kahwin.

Page 43: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

Pandangan Fuqaha’ berkaitan Mahar (mas kahwin)

1.Mazhab Maliki pertama : seorang laki-laki yang menikahi wanita dan menyentuhnya (massaha) meskipun wanita itu ada penyakit kusta atau gila, mahar harus dibayar. kedua : seorang laki-laki yang menikah dengan seorang wanita, tetapi meninggal sebelum menyentuhnya bahawa wanita itu tidak berhak mendapat mahar. ketiga : seorang laki-laki yang belum dewasa kalau ada harta wajib membayar mahar. Jika perceraian berlaku tanpa suami menyentuhnya dan wanita itu berstatus gadis, berhak mendapat separuh mahar.

2.Mazhab Hanafi mahar adalah kewajipan tambahan dalam akad nikah yakni statusnya sama dengan nafkah. Akad nikah adalah akad pertukaran manfa’at antara suami isteri. kalau akad nikah sudah sah maka mahar wajib dibayar. suami yg menceraikan isteri sebelum dhukul tidak wajib bayar mahar (pertukaran sudah tiada). wanita itu berhak daapat mut’ah tetapi jumlah yang harus dibayar tidak lebih dari separuh mahar.

Page 44: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

3.Mazhab Asy-Syafi’e Akad nikah sebagai akad tukar menukar antara suami isteri. Dengan akad nikah suami isteri berhak tukar menukar bukan memiliki. kadar mahar yang wajib yakni mempunyai nilai (berharga). Disunatkan tidak melebihi dari mahar yang pernah Nabi beri kepada isteri-isterinya, dan mahar anak perempuannya, yakni 500 dirham. Boleh juga hanya sepotong besi bahkan dibolehkan jasa (upah) seperti menjahit baju.

4.Mazhab Hanbali mahar merupakan hak pertama yang menjadi kewajipan suami. suami wajib bayar mahar kalau sudah menyentuh isterinya tetapi sebaliknya jika belum menyentuhnya. menurut Hanbali jumlah mahar adalah sesuai dengan mengikut kepantasan.

Page 45: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

Mahar Misil

harta yang diberikan kepada pengantin perempuan dengan kadar pada kebiasaan. kadarnya : membuat perbandingan dengan mas kahwin yang pernah diterima oleh kaum keluarga. perempaun asobah yg hampir dengan pengantin perempuan yakni adik-beradik perempuan seibu sebapa, adik beradik perempuan sebapa, anak-anak perempuan kpd adik beradik lelaki dan ibu-ibu saudara sebelah bapa.Persamaan sifat juga diambil kira untuk tentukannya. faktor penentuan kadar mahar misil : ambil kira faktor umur, kecerdikan, kedudukan kewangan (harta), mulia diri, beragama, ketaqwaan, keilmuan, masih dara dan anda.

Page 46: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

Sebab wajib mahar misil

Fasad (rosak) akad nikah

Mas kahwin dibatalkan

Mas kahwin disebut dengan sebutan yang merosakkan

1.Mas kahwin yang disebut bukan harta yang diiktiraf syarak.2.Harta yang disebutkan bukan harta miliknya.3.Lelaki mengahwini dua orang perempuan @ lebih dengan satu mas kahwin sahaja.4.Seorang wali kahwinkan kanak-kanak lelaki dengan mas kawin yang lebih kadar mahar misil dengan menggunakan harta tersebut.5.Seorang perempuan yang cerdik dan berakal, janda atau dara berkata kpd walinya “kahwinkan aku tanpa mas kahwin.”6. Dlm akad, disyaratkan sebahagian drp mas kahwin diserahkan kepada org lain spt bapa @ adik beradiknya.

Page 47: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

Dua orang saksi yang adil

Kebanyakan ulamak berpendapat bahawa perkahwinan yang tidak ada saksi adalah tidak sah, walaupun menunjukkan kepada orang ramai tetapi sebaliknya tetap sah apabila suatu perkahwinan memenuhi rukunnya sekali pun ia dirahsiakan daripada orang ramai.

siti ‘Aisyah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :“Tidak sah nikah melainkan dengan wali dan dua orang saksi yang adil, maka jika mereka enggan mengahwinkannya, sultan adalah wali bagi wanita yang tidak mempunyai wali.”

(Hadith Riwayat Ad-Daruquthni)

Rukun peRkahwinan

Page 48: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

Dalam sesuatu perkahwinan perlunya saksi, untuk menjadi saksi dalam perkahwinan mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:-

Orang dewasa. Berfikiran waras. Mendengar dan mengerti akad nikah yang dilakukan. Adil.

menurut pendapat Asy-Syafi’e mensyaratkan bagi kedua-dua orang saksi hendaklah orang yang adil, tidak sah orang yang fasik berdasarkan hadith riwayat Ad-Daruquthi. Manakala, Imam AbuHanifah, Zaid bin ‘Ali dan beberapa ulamalain berpendapat bahawa orang fasik sah menjadi saksi. orang yang sah menjadi wali dalam perkahwinan sah menjadi wali.

Lelaki.Asy-Syafi’e dan Hanbali mensyaratkan kedua-dua orang saksi mestilah orang lelaki, tidak sah perkahwinan yang disaksikan oleh seoarang lelaki dan dua orang perempuan.Manakala, golongan Hanafi tidak meletakkan syarat bahawa saksi mesti dua orang lelaki. Sah jika persaksian melibatkan dua orang lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan. Akad nikah adalah perjanjian timbal balik jadi ia sama dengan akad jual beli, maka persaksian dalam perkahwinan sama dengan persaksian dalam jual beli.

Page 49: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

Dalil firman Allah S.W.T. maksudnya:

“ Dan adakanlah dua orang saksi dari lelaki kalangan kamu sendiri, dan jika tidak ada dua orang lelaki, maka cukup seorang lelaki dan dua orang perempuanyang kamu

sukai untuk menjadi saksi.”(Al-Baqarah:Ayat 282)

Orang merdeka.Menurut pendapat mazhab Asy-Syafi’e dan Hanafi hamba tidak sah menjadi saksi.manakala, mazhab Hanbali menyatakan hamda sah menjadi saksi. Ia sama juga dalamhal lain yang membolehkan hamba menjadi saksi selagi mereka bersifat amanah.

Beragama Islam.Pendapat yang dipegang oleh mazhah Asy-Sayafi’e, Hanbali dan Muhammad bin Al-Hasan, jika pasangan yang berkahwin itu orang Islam atau lelaki Islam danperempuan wanita kitabi, maka saksi-saksi mesti orang Islam bukan orang kafir.

Sebaliknya, membolehkan orang kafir kitabi menjadi saksi jika yang kahwin itu lelakiIslam dan wanita kitabi.

Page 50: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

Ijab dan Qabul

sighah (صيغة) ialah lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab daripada wali seperti “ Aku nikahkan

engkau,” atau “aku nikahkan engkau dengan anak perempuan aku.”

lafaz qabul daripada pengantin lelaki seperti “Aku terima nikahnya, atau “aku terima nikah

anak perempuan engkau.”

Page 51: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

Ijab

kata wali perempaun:“saya nikahkan engkau dengan anakku siti saleha binti saleh dengan maharnya 1,000.00 tunai/hutang.”Kata wakil wali perempuan :“saya mewakili wali perempuan dengan ini menikahkan engkau dengan siti saleha binti saleh dengan maharnya sebanyak 1,000.00 tunai/hutang.”

Qabul

Awapan pengantin lelaki:“saya terima nikah tersebut dengan maharnya sebanyak 1,000.00 tunai/hutang.”Wakil menjawab:“saya terima nikah tersebut bagai anak saya siti saleha binti saleh dengan maharnya sebanyak 1,000.00 tunai/hutang.”

Page 52: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

SyaRat ijab dan Qabul

Page 53: Rukun perkahwinan&mahar.pptx 2

para ulama sepakat menetapkan lafaz ijab dalam perkahwinan dengan perkara

“NIKAH” atau “ZIWAJ” kerana dua-dua istilah itu disebutkan dalam Al-Quran dan

Al-Hadith, ia juga jelas daan tegas.

Golongan Hanafi, Ath-Thauri, Abu Thaur, Abu ‘Ubaid dan Abu Daud

membolehkan penggunaan kalimah milik, hubah, mut’ah, hadiah, sedekah dan lain-

lain. Ia menunjukkan persetujuan atau kerelaan boleh digunakan dan sah.

Lafaz Akad (Ijab dan Qabul)