rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

23
RUKUN BAI‘AH KE TUJUH – THABAT DALAM DAKWAH IKHWAN MUSLIMEEN… Nazaraat fi Risalah Ta’alim Oleh: Muhammad ‘Abdullah Al-Khatib Penyampai : Ustaz Ahmad Daud Ishak El Merbawiy

Upload: asudi-hamdun

Post on 21-Apr-2017

40 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

RUKUN BAI‘AH KE TUJUH – THABAT DALAM DAKWAH

IKHWAN MUSLIMEEN…Nazaraat fi Risalah Ta’alim

Oleh: Muhammad ‘Abdullah Al-Khatib

Penyampai : Ustaz Ahmad Daud Ishak El Merbawiy

Page 2: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Imam al-Banna menjelaskan:THABAT (TETAP PENDIRIAN) YANG SAYA MAKSUDKAN IALAH: AL-AKH MESTILAH SENTIASA BERAMAL DAN BERJIHAD UNTUK MENCAPAI MATLAMAT, SEKALIPUN MATLAMAT TERSEBUT MASIH TERLALU JAUH DAN MEMAKAN MASA BERTAHUN-TAHUN SEHINGGALAH AL-AKH MENEMUI ALLAH DALAM KEADAAN BERAMAL DAN BERJIHAD. DENGAN ITU BELIAU TELAH MENDAPAT SALAH SATU DARI DUA KEBAIKAN, SAMADA BERJAYA MENCAPAI MATLAMAT ATAU MATI SYAHID PADA AKHIR HAYATNYA.

FIRMAN ALLAH SWT MAKSUDNYA: “DI KALANGAN ORANG-ORANG MUKMIN ITU ADA ORANG YANG MENEPATI APA YANG TELAH MEREKA JANJIKAN KEPADA ALLAH, MKA DI ANTARA MEREKA ADA YANG GUGUR. DAN DI ANTARA MEREKA ADA (PULA) YANG MENUNGGU-NUNGGU DAN MEREKA TIDAK SEDIKITPUN MERUBAH JANJINYA“. (Surah Al-Ahzab: 23)

Page 3: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

WAKTU DI SISI KITA, ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA PROSES RAWATAN, DAN BAGI KITA PERJALANANNYA TERLALU JAUH, BANYAK MARHALAHNYA SERTA BANYAK PULA RINTANGANNYA, TETAPI INILAH SATU-SATUNYA JALAN YANG DAPAT MENYAMPAIKAN KITA KEPADA MATLAMAT, DI SAMPING GANJARAN PAHALA YANG BESAR DAN BALASAN YANG BAIK.

OLEH YANG DEMIKIAN, TIAP-TIAP SATU DARI WASILAH KITA (Wasaa’il Tarbawiyah) YANG ENAM MEMERLUKAN KEPADA PERSEDIAAN YANG BAIK, MENUNGGU PELUANG YANG BAIK DAN MELAKUKAN PERLAKSANAAN YANG TELITI.

Page 4: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

YANG DEMIKIAN ITU IALAH KERANA TIAP-TIAP WASILAH DARIPADA WASILAH-WASILAH KITA YANG ENAM MEMERLUKAN KEPADA PERSIAPAN YANG BAIK, PENUNGGUAN YANG MEMAKAN MASA DAN PELAKSANAAN YANG RAPI. SEMUANYA ITU BERGANTUNG KEPADA MASANYA.

MAKSUDNYA: “DAN MEREKA BERKATA: BILAKAH KEMENANGAN ITU? KATAKANLAH: MUDAH-MUDAHAN IA SUDAH HAMPIR“.

(Surah Al-Isra’: 51)

Page 5: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Thabat dalam Fikrah Imam al-Banna r. ahmt

Page 6: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Thabat di dalam al-QuranJELASNYA: Dakwah kepada Allah ini terus hidup dan berkembang, ia berhajatkan kepada rijal-rijal yang terbentuk daripada takwin yang khas, lelaki-lelaki yang ikhlas, bekerja, berjihad dan berkorban serta sentiasa berada di dalam keadaan yang sedemikian, tetap hati dlm mengahdapi hlangan, ujian dan ancaman di jalan Dakwah dan sabar untuk menlepasi halangan.

Apa yg dimaksudkan dengan thabat di dlam dakwah : Untuk menjamin dakwah kepada Allah ini

terus hidup dan berkembang, ia berhajatkan kepada rijal-rijal yang terbentuk daripada takwin yang khas, lelaki-lelaki yang ikhlas, bekerja, berjihad dan berkorban serta sentiasa berada di dalam keadaan yang sedemikian, tetap hati berhadapan dengan segala halangan dan ujian serta ancaman-ancaman dan sabar di atas segala kesusahan serta mampu untuk melepasi halangan-halangan. Semuanya dihadapi tanpa merasa lemah dan tawar hati terhadapnya, tidak berundur diri dan tidak gugur di pertengahan

Page 7: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Thabat di dalam al-Quran Ya, sesungguhnya thabat rijal

di dalam jangka masa yang panjang merupakan asas terhadap kejayaan dakwah-dakwah dan pekerjaan-pekerjaan. Oleh kerana itu Al-Imam asy-syahid telah menjadikan thabat sebagai salah satu rukun daripada rukun-rukun bai’ah, kerana mengambil tunjuk ajar dengan petunjuk al-Quran dan sunnah Rasulullah saw.

thabat rijal di dalam jangka masa yang panjang merupakan asas terhadap kejayaan dakwah-dakwah dan pekerjaan-pekerjaan.

Al-Imam asy-syahid telah menjadikan thabat sebagai salah satu rukun daripada rukun-rukun bai’ah

Page 8: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Thabat dalam sunnah dan sahabat Maksudnya: “Demi Allah wahai

bapa saudaraku, sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini, aku tidak akan tinggalkannya sehingga Allah mengurniakan kemenangan atau pun aku dibinasakan kerananya“. Sirah Ibnu Hisyam: 1/240

Sesungguhnya baginda sentiasa beramal dan berjihad pada jalan untuk mencapai matlamatnya meskipun menghadapi berbagai-bagi halangan, sekatan, tawaran dan amaran. Orang-orang musyrikin telah menawarkan kepada Rasulullah saw harta, pangkat dan segala kelazatan supaya Rasulullah meninggalkan dakwahnya, tetapi mereka tidak berjaya. Lalu mereka menukar tektik kepada cara yang berbentuk ancaman dan amaran, tetapi mereka tidak juga berjaya. Tektik yg terakhir ialah Ancaman Bunuh membawa kpr langkah Hijrah ar-Rasul ke Yathrib – Madinah Munawwarah.

Page 9: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Tahabat para sahabat r.ah Firman Alalh swt:Maksudnya: “Di kalangan orang-orang mukmin itu ada orang yang menepati apa yang mereka telah janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur syahid. Dan ada pula yang menunggu-nunggu (untuk mati syahid) dan mereka tidak sedikitpun merobah janji-janji mereka“. (Surah Al-Ahzab: 23)

Anatara para sahabat telah dididik di atas petunjuk Nabi saw, maka mereka bersabar dan thabat, mereka tidak lemah dan mundur sehingga mereka bertemu dengan Tuhan mereka. Di kalangan mereka ada yang telah berjaya mendapat mati syahid dan di kalangan mereka yang dapat mengecap kemenangan. Lihatlah Sumayyah, Yasir, Bilal, Mus’aib dan lain sebagainya.

Page 10: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Contoh Abu Bakar dgn badai riddah… Lihatlah Abu Bakar As-Siddiq yang

thabat di hadapan taufan kemurtadan dan menentangnya. Beliau berkata : “Adakah deen ini menjadi kurang sedangkan aku masih hidup? Demi Allah, kiranya mereka menghalangku mengambil zakat walaupun sebesar tali pengikat unta yang mereka tunaikan kepada Rasulullah saw, nescaya aku akan memeranginya“.

Abu bakar betegas dengan golongan yang enggan mengeluar zakat sebagai menafikan solat fardhu…dihukumlah sebagai riddah dan boleh diperangi

Page 11: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Rintangan Thabat di Jalan Dakwah.. 1. Golongan yang diuji

dengan penyakit “ingin cepat” kerana dirinya adalah kerdil dan kemampuannya kurang.

2. Golongan diuji dengan penyakit “beribadat di tepi” iaitu dia akan kekal di atas jalan dakwah selama mana dakwah dalam keadaan tenang.

3. tetapi kadang-kadang beliau kecundang di dalam ujian apabila berhadapan dengan fitnah dunia dan harta. Apabila ditawarkan kepadanya pangkat yang tinggi atau pun harta yang banyak, maka terngangalah mulutnya, melelehlah air liurnya serta hilanglah pertimbangannya.

Page 12: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Tabiat dan halangan di Jalan Dakwah

Page 13: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Tabiat jalan dakwah dan keperluan terhadap thabat: Apakah tabiat jalan ini?

(Imam al-Banna Jelaskannya bahawa);

Beliau berkata: “Jalan ini jauh jaraknya dan mempunyai berbagai-bagai marhalah serta banyak halangannya“.

Seorang al-akh muslim hendaklah mengenali perkara itu supaya dapat memahami ketinggian matlamat-matlamatnya serta kebesaran peranannya. Demikian juga tentang wasilah-wasilah, manhaj-manhaj serta persiapan yang semestinya ada untuk melaksanakan perkara tersebut sehingga ia berada di dalam kejelasan; adakah jalan ini panjang atau pendek? (Maknanya yg praktikal) Khususnya di masa ini yang mana umat telah lama lena sejak lebih daripada satu kurun.

Page 14: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Peringkat2 Dakwah… Demikian juga beliau telah

menerangkan tentang marhalah-marhalah dakwah ada tiga :

1. Marhalah ta’rif (pengenalan).

2. Marhalah takwin (pembentukan).

3. Marhalah tanfiz (perlaksanaan).

* setiap peringkat itu wajib ada pertanggung jawaban yg menggugat ketahahanan dan kesabaran…

Page 15: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Bicara Halangan Dakwah… 1. Kejahilan umat terhadap hakikat Islam 2. Ulamak-ulamak resmi menganggap

asing kefahamanmu dan mengingkari jihad kamu di jalannya.

3. Pemimpin-pemimpin, orang-orang yang mempunyai pangkat dan kekuasaan akan berhasad dengki terhadapmu

4. Para Penguasa menghadkan kegiatanmu dan akan meletakkan halangan-halangan di jalanmu.

Bagi tiap-tiap marhalah mempunyai tuntutannya sendiri yang berhajatkan kepada pengorbanan dan persediaan, sabar, tanggungjawab, ketenangan dan pemerahan fikiran…..

Page 16: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

5. Semua akan bangkit menabur debu-debu syubhat, zalim dan melemparkan berbagai-bagai tuduhan buruk terhadap dakwahmu.

6. Menempelkannya dengan segala kekurangan, dan menjelaskannya kepada manusia di dalam gambaran yang paling buruk, dengan menuggunakan kekuatan, kekuasaan dan harta-harta mereka.

Page 17: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

7. Mihnah besar-besaran; Tidak syak lagi kamu akan berada di lapangan percubaan dan ujian, maka kamu akan dipenjarakan dan dibelenggu, kamu akan dipindahkan dan dibuang negeri, diperas kemaslahatan kamu, digagalkan kerja-kerja kamu, serta diperiksa rumah-rumah kamu. Mungkin jarak waktu ujian ini adalah panjang.

Rumusan :“Inilah satu gambaran daripada tabiat jalan ini dan perkara yang terkandung di dalamnya, panjangnya, marhalah-marhalahnya serta rintangan-rintangannya. Sesungguhnya tidak syak lagi bahawa kejayaan di dalam melepasinya sangat berhajat kepada thabat.”

Page 18: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Rumusan Thabat di Jalan Dakwah

Page 19: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Rumusan Thabat… al-’Ahdu wa al-‘IlajBahkan rawatan berhajatkan kepada tiga perkara :- 1- Mengetahui sarang penyakit. 2- Sabar terhadap kesakitan-

kesakitan semasa rawatan. 3- Doktor yang pakar di dalam

mengendalikannya sehingga Allah melasanakan matlamatnya di tangan doktor pakar tersebut sehingga sembuh dengan sempurna.

Maka Allah swt bersama-sama dengan hambaNya yang thabat dengan memebelainya, meringankan bebannya dan melapangkan dadanya…., kemudian memberi kemenangan kepadanya dan mendekatkannya dengan ganjaran Allah di dalam syurga-syurga dan sungai-sungai.

Page 20: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Perkara yang menolong seorang muslim untuk memikul amanah yang memerlukan thabat dan masa yang panjang ialah iman yang kuat dan persaudaraan yang benar. Iman akan menerangi jalan serta memeliharanya daripada penyelewengan, manakala persaudaraan akan membentengi langkah-langkah di atas jalan dakwah ini.

Perkara yang dituntut ialah membuang timbunan perkara-perkara yang bercanggah dan menyeleweng, kejahilan, bid’ah, lemah diri, dan sebagainya bagi mendirikan bangunan di atas asas yang kukuh dan unsur-unsur padu daripada tentera aqidah.

Page 21: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Bersimpati terhadap orang yang tidak thabat kerana mereka tidak mendapat keberkatan jamaah, kebaikan dan kemuliaan yang tinggi dengan meneruskan perjalanan bersamanya.

Matlamat yang besar ini umurnya tidak diukur dengan umur peribadi tetapi berdasarkan kepada umur dakwah dan ummat. Jangan benarkan putus asa memasuki diri.

Page 22: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Pendirian yang teguh terhadap persoalan Islam dan muslimin, penolakan kepada setiap percubaan untuk bertolak ansur terhadapnya atau pun mencuaikannya, inilah yang sentiasa mendedahkan harakah kepada tipu daya musuh serta pakatan jahat terhadapnya, bahkan kalau boleh mereka mahu menghapuskannya sama sekali.

Pendirian Ikhwan tetap tidak goyang dengan pujuk rayu serta ancaman sebelum datangnya ujian, begitu juga ketika diuji dan selepas diuji. Sesungguhnya mereka telah bersabar dengan kesabaran rijal dan thabat dengan thabat pahlawan.

Page 23: Rukun bai’ah ke tujuh – thabat dalam dakwah

Wassalam ‘alaykum Warahmatullah.