rujukan kami : kp terma rujukan, bidang tugas dan keahlian jpict adalah seperti di lampiran d. 3.3...

23
Rujukan Kami : KP.BTMK (S) 1/07/001/01 Jld 16 ( 34 ) Tarikh : 22 Mac 2009 Semua Setiausaha / Pengarah Bahagian Semua Pengarah Pelajaran Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia _________________________________ PEKELILING ICT KPM BILANGAN 2 TAHUN 2009 _________________________________ TADBIR URUS JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1. TUJUAN 1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan mengenai tadbir urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa kecil di bawahnya. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Kementerian (JMPK) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1997 sebagai badan induk yang bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan mengenalpasti keutamaan keperluan 1

Upload: trankhue

Post on 02-Mar-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Rujukan Kami : KP.BTMK (S) 1/07/001/01 Jld 16 ( 34 )Tarikh : 22 Mac 2009

Semua Setiausaha / Pengarah Bahagian

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Kementerian Pelajaran Malaysia

_________________________________

PEKELILING ICT KPM BILANGAN 2 TAHUN 2009_________________________________

TADBIR URUSJAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT)KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan mengenai tadbir urus

Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

dan penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa kecil di bawahnya.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Kementerian (JMPK) telah

ditubuhkan pada 1 Ogos 1997 sebagai badan induk yang bertanggungjawab

untuk merancang, menyelaras dan mengenalpasti keutamaan keperluan

1

pengkomputeran serta memantau program ICT Kementerian. Penubuhan JMPK

ini telah dijelaskan melalui Surat Pekeliling Komputer KPM Bilangan 1 Tahun 1997 bertarikh 1 Ogos 1997.

2.2 Kemudian, nama JMPK telah ditukar kepada Jawatankuasa Pemandu ICT

(JPICT) dengan bidang tugas yang telah diselaraskan berdasarkan Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2006 Pengukuhan Tadbir Urus Jawatankuasa IT Dan Internet Kerajaan bertarikh 13 November 2006.

2.3 Seiring dengan penubuhan JPICT, tiga (3) buah Jawatankuasa Kerja telah

diwujudkan iaitu Jawatankuasa Kerja Infrastruktur dan Aplikasi Pengurusan (JKK 1) yang bertanggungjawab untuk inisiatif ICT di bawah bidang pentadbiran

dan pengurusan; Jawatankuasa Kerja Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (JKK 2) yang bertanggungjawab untuk inisiatif ICT di bawah

bidang aplikasi Pengajaran dan Pembelajaran; dan Jawatankuasa Kerja Latihan (JKK 3) yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan latihan ICT bagi

modal insan yang terlibat dalam inisiatif pengajaran dan pembelajaran. Terma

Rujukan, Bidang Tugas dan Keahlian ketiga-tiga Jawatankuasa Kerja tersebut

adalah seperti di Lampiran A, B dan C.

2.4 Bagi mempercepatkan kelulusan perolehan peralatan ICT bagi agensi-

agensi dibawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), JPN telah diarah menubuhkan

JPICT JPN yang dipengerusikan oleh Pengarah atau diturunkuasa kepada

Timbalan Pengarah dan diurusetiakan oleh Sektor ICT di JPN. Arahan ini

dijelaskan melalui surat KP.BTMK(S)1/07/001/01 Jld 15 (1) bertarikh 29 Oktober 2007 “Kuasa Menimbang Dan Melulus Perolehan ICT Agensi Di Bawah Jabatan Pelajaran Negeri “.

2

3. PERANAN DAN STRUKTUR BARU TADBIR URUS JPICT

3.1 JPICT ialah satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyelaras dan

memantau projek-projek ICT Kementerian. Fungsi utama JPICT adalah

menimbang dan memberi kelulusan teknikal permohonan perolehan ICT di

Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan Pelan Strategik ICT (ISP) KPM.

Struktur baru tadbir urus JPICT adalah seperti di Rajah 1 berikut:

Rajah 1 : Struktur Tadbir Urus JPICT Kementerian Pelajaran Malaysia

Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)

Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT

Pengajaran dan Pembelajaran

Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT

Pengurusan dan Pentadbiran

Jawatankuasa ICT (JKICT)Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

3

3.2 Terma rujukan, bidang tugas dan keahlian JPICT adalah seperti di

Lampiran D.

3.3 Untuk memantapkan lagi tadbir urus JPICT, dua (2) buah Jawatankuasa

Penyelarasan Inisiatif ICT ditubuhkan seperti berikut :

3.3.1 Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT Pengajaran dan Pembelajaran (JKPICT - P&P) yang

dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

(TKPPM) (Dasar) dan diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi

Pendidikan (BTP); dan

3.3.2 Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT Pengurusan dan Pentadbiran (JKPICT – P&T) yang dipengerusikan oleh Timbalan

Ketua Setiausaha (TKSU) (Pengurusan) dan diurusetiakan oleh

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).

3.4 Maklumat lanjut mengenai bidang tugas kedua-dua Jawatankuasa

Penyelarasan Inisiatif ICT adalah seperti di Lampiran E(i) dan E(ii).

3.5 Pada umumnya kedua-dua Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT

berkenaan perlu memainkan dua peranan utama seperti berikut:-

3.5.1 Penggubalan Dasar, Strategi dan Perancangan Inisiatif ICT

(a) Apa-apa dasar dan strategi baru yang hendak dicadangkan

ataupun apa-apa dasar dan strategi yang sedia ada yang hendak

dibuat penambahbaikan yang berhubung dengan sesuatu inisiatif

ICT samada untuk P&P atau P&T hendaklah terlebih dahulu

dibincang, dirumus dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa

Penyelarasan Inisiatif ICT yang berkenaan sebelum perkara

tersebut dibawa kepada Mesyuarat JPICT untuk mendapat

keputusan muktamad.

4

3.5.2 Penyelarasan dan Pemantauan Kemajuan Pelaksanaan Inisiatif ICT

(a) Kedua-dua Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT yang

ditubuhkan itu perlu menyelaras dan menentukan pemilik projek

bagi setiap inisiatif ICT masing-masing. Pemilik projek adalah

bertanggungjawab bagi setiap peringkat pelaksanaan sesuatu

inisiatif iaitu pra pelaksanaan, pelaksanaan dan pasca

pelaksanaan. Maklumat lanjut mengenai peranan dan

tangungjawab pemilik projek dijelaskan di Lampiran E(iii). Dengan

cara ini, barulah pendekatan pelaksanaan sesuatu inisiatif ICT itu

dapat dibuat dengan lebih sistematik, bersepadu dan berkesan lagi.

(b) Apabila sesuatu inisiatif dilaksanakan, ia menjadi tanggungjawab

kedua-dua Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT yang

berkenaan untuk memantau kemajuan pelaksanaan bagi

menentukan segala inisiatif yang dilaksanakan itu menepati jadual

pelaksanaan yang telah dirancangkan. Selain daripada itu,

Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT ini juga

bertanggungjawab untuk menyelesaikan apa-apa masalah

pelaksanaan yang berbangkit dan berhubungkait dengan inisiatif

ICT masing-masing dan melaporkan kemajuan pelaksanaannya

kepada JPICT dari masa ke semasa.

(c) Mana-mana isu pelaksanaan yang tidak boleh diselesaikan di

peringkat Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT masing-masing

hendaklah dibawa ke Mesyuarat JPICT untuk mendapatkan

keputusan.

5

3.6 Sebagai pelengkap kepada struktur tadbir urus ICT seperti di Rajah 1 di

atas, Jawatankuasa ICT (JKICT) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) hendaklah

ditubuhkan di setiap negeri. JKICT-JPN ini dipengerusikan oleh Pengarah JPN

dan diurusetiakan oleh Sektor ICT di peringkat JPN.

3.7 Peranan utama JKICT-JPN adalah seperti berikut:-

3.7.1 Memantau kemajuan pelaksanaan kedua-dua inisiatif ICT dalam

bidang P&P dan P&T yang dilaksanakan di peringkat negeri.

3.7.2 Melaporkan kemajuan pelaksanaan setiap inisiatif dan juga apa-

apa masalah pelaksanaan yang berbangkit kepada JKPICT yang

berkaitan.

3.7.3 Mempertimbang dan meluluskan permohonan peralatan ICT di

Sekolah-sekolah Harian.

3.8 Maklumat lanjut mengenai bidang tugas dan keurusetiaan JKICT-JPN ini

adalah seperti di Lampiran F.

4. PEMANSUHAN

4.1 Dengan penubuhan kedua-dua Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT di

atas, maka ketiga-tiga Jawatankuasa Kerja iaitu JKK1, JKK2 dan JKK3 dimansuhkan.

5. PEMAKAIAN

5.1 Pekeliling ICT ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua

agensi dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

6

6. TARIKH KUATKUASA

6.1 Pekeliling ICT KPM ini adalah berkuat kuasa mulai tarikh ianya

dikeluarkan.

Sekian, terima kasih.

Salinan Kepada :

1. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

2. Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

3. Timbalan-timbalan Ketua Pengarah PelajaranKementerian Pelajaran Malaysia

4. SUSK Y.B Menteri Pelajaran Malaysia

5. SUSK Y.B Timbalan-timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

7

LAMPIRAN A

TERMA RUJUKANJAWATANKUASA KERJA INFRASTRUKTUR DAN APLIKASI

PENGURUSAN (JKK1)

TERMA RUJUKAN

i. Pelarasan hala tuju ICT dengan bisnes KPM.

ii. Penentuan keperluan infrastruktur ICT dan aplikasi pentadbiran dan pengurusan selari dengan Pelan Strategik ICT KPM.

iii. Penentuan standard dan spesifikasi asas teknikal infrastruktur ICT dan aplikasi pengurusan.

iv. Khidmat nasihat teknikal ICT

BIDANG TUGAS

i. Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Kementerian.

ii. Menyediakan standard dan spesifikasi asas teknikal infrastruktur ICT dan aplikasi pengurusan

iii. Mengenalpasti bidang kajian dan penyelidikan ICT dalam menentukan keperluan teknologi.

iv Memantau dan melapor status pelaksanaan ICT KPM.

v. Menilai semula standard dan spesifikasi teknikal infrastruktur ICT dan aplikasi pengurusan selaras dengan perkembangan teknologi dan perubahan dasar semasa.

vi. Memberi khidmat nasihat teknikal ICT yang diperlukan.

Lampiran A - 1

KEAHLIAN

Pengerusi :

Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Ahli :

i) Wakil BTPii) Wakil BPPiii) Wakil BKewanganiv) Wakil PPKv) Wakil BPGvi) Wakil JPTekvii) Wakil BSekolahviii) Wakil BPPDP ix) Wakil JPKhasx) Wakil JAPIMxi) Wakil LPMxii) Wakil BTMK

Urusetia :

Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Lampiran A - 2

LAMPIRAN B

TERMA RUJUKANJAWATANKUASA KERJA PENGISIAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN (JKK2)

TERMA RUJUKAN

i. Pelarasan hala tuju pengisian P&P dengan bisnes KPM.

ii. Penentuan keperluan aplikasi P&P selari dengan Pelan Strategik ICT KPM.

iii. Penentuan standard dan spesifikasi asas aplikasi P&P

iv. Perakukan kesesuaian, kecekapan dan keberkesanan perisian pendidikan ke arah mempertingkatkan lagi prestasi P&P dan pengurusan di sekolah.

BIDANG TUGAS

i. Memastikan perisian yang diperakukan selaras dengan kurikulum pendidikan kebangsaan.

ii. Memastikan perisian yang diperakukan selaras dengan aspek perkakasan dan sebaliknya.

iii. Mewujudkan norma dan piawaian perisian / sistem sebaran yang diperakukan.

iv. Memberi nasihat dan pandangan untuk membantu pihak pembuat dasar dan pengurusan membuat keputusan.

v. Menyelaras dan memperakukan aspek-aspek berikut:a. Perisian-perisian aplikasib. Perisian kursusc. Perisian pembelajaran on-lined. Bahan-bahan elektronike. Perisian pembangunan

Lampiran B - 1

KEAHLIAN

Pengerusi :

Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)

Ahli :

i) Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek)

ii) Jabatan Pendidikan Swasta (JPS)

iii) Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)

iv) Jabatan Pendidikan Khas (JPK)

v) Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan (JPJS)

vi) Lembaga Peperiksaan (LPM)

vii) Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)

viii) Jemaah Nazir Sekolah (JNS)

ix) Institut Aminudin Baki (IAB)

x) Bahagian Sekolah (BS)

xi) Bahagian Buku Teks (BBT)

xii) Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

xiii) Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

(BPPDP)

xiv) Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK)

xv) Bahagian Pembangunan dan Perolehan (BPP)

xvi) Bahagian Kewangan (BKew)

xvii) Bahagian Sumber Manusia (BSM)

Urusetia :

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)

Lampiran B - 2

LAMPIRAN C

TERMA RUJUKANJAWATANKUASA KERJA LATIHAN ICT (JKK3)

TERMA RUJUKAN

i. Pelarasan hala tuju latihan ICT untuk guru-guru dengan bisnes KPM.

ii. Penentuan keperluan latihan untuk guru-guru selari dengan Pelan Strategik ICT KPM.

iii. Penentuan standard dan spesifikasi latihan ICT guru-guru

iv. Khidmat nasihat latihan ICT berkenaan latihan ICT untuk guru-guru

BIDANG TUGAS

i. Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian Pelajaran Malaysia

ii. Menyediakan standard dan spesifikasi latihan ICT untuk guru-guru.

iii. Mengenalpasti bidang latihan ICT yang bersesuaian dengan keperluan guru-guru.

iv Memantau dan melapor status pelaksanaan latihan ICT KPM untuk guru-guru.

v. Menilai semula standard latihan ICT untuk guru-guru selaras dengan perkembangan teknologi dan perubahan dasar semasa.

vi. Memberi khidmat nasihat berkenaan latihan ICT yang diperlukan oleh guru-guru.

Lampiran C - 1

KEAHLIAN

Pengerusi :

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru.

Ahli :

i) Wakil BTPii) Wakil BPPiii) Wakil BKewanganiv) Wakil PPKv) Wakil BTMKvi) Wakil JPTekvii) Wakil BSekolahviii) Wakil BPPDP ix) Wakil JPKhasx) Wakil JAPIMxi) Wakil LPMxii) Wakil Jemaah Nazir Sekolah

Urusetia :

Bahagian Pendidikan Guru

Lampiran C – 2

Lampiran D

Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)Kementerian Pelajaran Malaysia

BIDANG RUJUKAN

i. Menetapkan arah tuju dan strategi untuk pelaksanaan ICT Kementerian;ii. Merancang, mengenal pasti dan mencadangkan sumber seperti

kepakaran, tenaga kerja dan kewangan yang diperlukan bagi

melaksanakan arah tuju/strategi ICT kementerian/agensiiii. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program/projek-projek ICT

Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya supaya selaras dengan Pelan

Strategik ICT Kementerian;iv. Menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan ICT antara Kementerian

dan agensi-agensi di bawahnya dengan Pelan Strategik ICT Sektor Awam;v. Mempromosi dan menggalakkan perkongsian pintar projek ICT antara

Kementerian dan semua agensi di bawahnya;vi Merancang dan menentukan langkah-langkah keselamatan ICT;vii. Mengikuti dan memantau perkembangan program ICT Kementerian dan

agensi-agensi di bawahnya, serta memahami keperluan, masalah dan isu-

isu yang dihadapi dalam pelaksanaan ICT;viii. Menilai dan meluluskan semua perolehan ICT Kementerian dan agensi-

agensi di bawahnya berdasarkan kepada keperluan sebenar dan dengan

perbelanjaan yang berhemah serta mematuhi peraturan-peraturan semasa

yang berkaitan;ix. Menyelaras dan mengemukakan kertas cadangan perolehan ICT bagi

Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya kepada Urus Setia JTICT

untuk kelulusan teknikal;x. Mengemukakan laporan projek ICT yang diluluskan di peringkat JPICT

Kementerian dan dibuat perolehan kepada Urus Setia JTICT; danxi. Mengemukakan laporan kemajuan projek ICT bagi Kementerian dan

agensi-agensi di bawahnya yang telah diluluskan oleh JTICT kepada Urus

Setia JTICT mengikut tempoh-tempoh yang telah ditetapkan

Lampiran D - 1

BIDANG TUGAS

i. Memberi keutamaan dalam membincang perkara-perkara dasar ICT seperti

menentukan hala tuju ICT KPM serta membangunkan Pelan Strategik ICT

dan sebagainya bagi memartabat dan memperkasakan lagi program-

program ICT Kementerian.ii. Memberi khidmat nasihat dari segi keperluan kepakaran, tenaga kerja serta

kewangan bagi melaksanakan sesuatu projek ICT.iii. Memantau pelaksanaan projek dari sudut teknikal seperti mencadangkan

tindakan-tindakan intervensi khusus bagi memantapkan lagi pelaksanaan

projek di masa hadapan. Tindakan ini adalah hasil dari penilaian ke atas

laporan-laporan pelaksanaan projek yang disediakan oleh Pemilik Projek

kepada stakeholders masing-masing. iv. Menentukan Urusetia JPICT mengemukakan laporan kepada MAMPU

setiap tiga (3) bulan sekali bagi projek-projek ICT yang diluluskan oleh

JPICT dan setiap enam (6) bulan bagi projek- projek yang melebihi RM 1

juta yang diluluskan oleh JTICT.v. Menentukan JPICT tidak membincangkan hal-hal operasi pelaksanaan

seperti kekurangan peruntukan, masalah-masalah pengisian program,

penyelenggaraan, perolehan barang pakai habis, latihan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, perkara operasi berhubung dengan sistem aplikasi

dan peralatan ICT boleh dibincangkan di dalam JPICT.vi Menimbang dan meluluskan projek-projek ICT seperti berikut :

a. Projek Barub. Pertambahan Peralatanc. Peningkatan Sistemd. Perluasan Sistem (Roll-Out System)

Lampiran D - 2

KEAHLIAN

Pengerusi :

Ketua Setiausaha Kementerian atau Pegawai yang diturunkan kuasa

Ahli :

i) Ketua-Ketua Jabatan, Badan Berkanun dan Bahagian di bawah

Kementerian

ii) Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer) Kementerian

iii) Pengurus ICT

iv) Pegawai Keselamatan ICT

v) Lain-lain ahli yang berkaitan

Urusetia :

Bahagian Pengurusan Maklumat

Lampiran D - 3

Lampiran E(i)

JAWATANKUASA PENYELARASAN INISIATIF ICT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TERMA RUJUKAN

i. Pelarasan hala tuju inisiatif ICT dengan bisnes KPM.

ii. Penentuan keperluan infrastruktur ICT dan aplikasi pengajaran dan pembelajaran selari dengan Pelan Strategik ICT KPM.

iii. Penentuan standard dan spesifikasi asas teknikal infrastruktur ICT dan aplikasi pengajaran dan pembelajaran.

iv. Khidmat nasihat teknikal ICT

BIDANG TUGAS

i. Merangka dan mengesyorkan strategi bagi pembangunan dan pelaksanaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Kementerian kepada JPICT

ii. Merangka dan mengesyorkan perancangan bagi pembangunan dan pelaksanaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran di kementerian selaras dengan arah tuju, dasar dan strategi yang diputuskan oleh JPICT

iii. Merangka dan mengesyorkan pembaharuan dalam bidang-bidang ICT serta garis panduan dan standard bagi pelaksanaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Kementerian

iv. Bertanggungjawab menyelaras semua inisiatif-inisiatif ICT di bawah sektor masing-masing;

v. Menentukan bahawa sesuatu projek yang hendak dilaksanakan mestilah mempunyai kertas konsep;

vi Mempastikan adanya Pemilik Projek bagi setiap inisiatif ICT yang dilaksanakan serta menentukan bahawa Pemilik Projek tersebut perlu menjalankan tanggungjawab seperti yang disenaraikan di Lampiran E(iii);

vii. Menyelaras keperluan perisian yang dibangunkan di bawah sektor masing-masing;

viii. Menyelaras keperluan latihan ICT di bawah bidang masing-masing;

ix. Menyelaras semua isu penyenggaraan mengikut kontrak yang disediakan;

x. Menyelaras dan membantu menyelesaikan masalah-masalah yang timbul berkaitan pelaksanaan inisiatif ICT;

xi. Membuat pemantauan untuk mendapatkan perkembangan pelaksanaan setiap inisiatif ICT di bawah bidang masing-masing;

xii. Mengambil inisiatif untuk mendapatkan keperluan sumber tenaga kerja dan kewangan bagi melaksanakan inisiatif ICT masing-masing;

Lampiran E(i) - 1

xiii. Bertanggungjawab untuk menilai kesesuaian(viability) sesuatu cadangan inisiatif baru ICT di bawah bidang masing-masing sebelum cadangan tersebut dibentangkan untuk pertimbangan JPICT.

xiv. Mengemukakan laporan pelaksanaan inisiatif kepada JPICT setiap enam (6) bulan sekali.

KEAHLIAN

Pengerusi :

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) (Dasar)

Ahli :

i) Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV)

ii) Bahagian Pendidikan Swasta (BPS)

iii) Bahagian Pendidikan Islam (BPI)

iv) Bahagian Pendidikan Khas (BPK)

v) Bahagian Sukan, Seni dan Ko-Kurikulum (BSSK)

vi) Lembaga Peperiksaan (LPM)

vii) Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)

viii) Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)

ix) Institut Aminudin Baki (IAB)

x) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

xi) Bahagian Buku Teks (BBT)

xii) Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

xiii) Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

(BPPDP)

xiv) Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)

xv) Bahagian Audit (BA)

Urusetia :

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)

Lampiran E(i) - 2

Lampiran E(ii)

JAWATANKUASA PENYELARASAN INISIATIF ICT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

TERMA RUJUKAN

i. Pelarasan hala tuju inisiatif ICT dengan bisnes KPM.

ii. Penentuan keperluan infrastruktur ICT dan aplikasi pentadbiran dan pengurusan selari dengan Pelan Strategik ICT KPM.

iii. Penentuan standard dan spesifikasi asas teknikal infrastruktur ICT dan aplikasi pengurusan dan pentadbiran.

iv. Khidmat nasihat teknikal ICT

BIDANG RUJUKAN

i. Merangka dan mengesyorkan strategi bagi pembangunan dan pelaksanaan ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran di Kementerian kepada JPICT

ii. Merangka dan mengesyorkan perancangan bagi pembangunan dan pelaksanaan ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran di kementerian selaras dengan arah tuju, dasar dan strategi yang diputuskan oleh JPICT

iii. Merangka dan mengesyorkan pembaharuan dalam bidang-bidang ICT serta garis panduan dan standard bagi pelaksanaan ICT Pengurusan dan Pentadbiran di Kementerian

iv. Bertanggungjawab menyelaras semua inisiatif-inisiatif ICT di bawah sektor masing-masing;

v. Menentukan bahawa sesuatu projek yang hendak dilaksanakan mestilah mempunyai kertas konsep;

vi Mempastikan adanya Pemilik Projek bagi setiap inisiatif ICT yang dilaksanakan serta menentukan bahawa Pemilik Projek tersebut perlu menjalankan tanggungjawab seperti yang disenaraikan di Lampiran E(iii);

vii. Menyelaras keperluan perisian yang dibangunkan di bawah sektor masing-masing;

viii. Menyelaras keperluan latihan ICT di bawah bidang masing-masing;

ix. Menyelaras semua isu penyenggaraan mengikut kontrak yang disediakan;

x. Menyelaras dan membantu menyelesaikan masalah-masalah yang timbul berkaitan pelaksanaan inisiatif ICT;

xi. Membuat pemantauan untuk mendapatkan perkembangan pelaksanaan setiap inisiatif ICT di bawah bidang masing-masing;

Lampiran E(ii) - 1

xii. Mengambil inisiatif untuk mendapatkan keperluan sumber tenaga kerja dan kewangan bagi melaksanakan inisiatif ICT masing-masing;

xiii. Bertanggungjawab untuk menilai kesesuaian(viability) sesuatu cadangan inisiatif baru ICT di bawah bidang masing-masing sebelum cadangan tersebut dibentangkan untuk pertimbangan JPICT.

xiv. Mengemukakan laporan pelaksanaan inisiatif kepada JPICT setiap enam (6) bulan sekali.

KEAHLIAN

Pengerusi :

Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) (Pengurusan)

Ahli :

i) Wakil Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

(BPPDP)

ii) Wakil Bahagian Pengurusan dan Perolehan Aset (BPPA)

iii) Wakil Bahagian Kewangan (Bkew)

iv) Wakil Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)

v) Wakil Bahagian Audit (BA)

vi) Wakil Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK)

vii) Wakil Bahagian Matrikulasi (BM)

viii) Wakil Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)

ix) Wakil Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

x) Wakil Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)

Urusetia :

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)

Lampiran E(ii) - 2

Lampiran E(iii)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMILIK PROJEK DI KPM

1. Setiap pemilik projek perlu melaksanakan tiga (3) peranan utama :

1.1 Sebelum/Pra pelaksanaan projek1.2 Semasa pelaksanaan projek1.3 Selepas/Pasca pelaksanaan projek

2. Pra pelaksanaan projek, peranan dan tanggungjawab pemilik projek adalah seperti berikut :

2.1 Mewujudkan Struktur Organisasi Pasukan Projek dengan memberi peranan pasukan projek yang konprihensif dan terperinci.

2.2 Menyediakan Project Charter yang merupakan satu dokumen yang mengandungi laporan yang jelas mengenai :

i. Keterangan projekii. Objektif projekiii. Matlamat projekiv. Skopv. Kosvi. Kumpulan sasaran projekvii. Stuktur organisasi projekviii. Tarikh mula dan tarikh akhir

2.3 Jadual projek yang menitikberatkan kepada tarikh mula dan tarikh akhir dengan menetapkan kekerapan aktiviti pemantauan bagi tujuan menentukan perlaksanaan projek adalah mengikut jadual dan ianya berhasil seperti yang sepatutnya.

3. Semasa Pelaksanaan Projek, peranan dan tanggungjawab adalah seperti berikut :

3.1 Memantau projek bagi menentukan projek mengikut jadual dan mencapai sasaran seperti yang diharapkan.

3.2 Mengambil tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah-masalah pelaksanaan dari segi perkakasan, perisian dan keperluan sumber manusia.

Lampiran E(iii) - 1

3.3 Menilai tahap keberkesanan dan mengambil langkah penambahbaikan bagi mengatasi apa-apa kelemahan yang wujud.

3.4 Mempastikan peralatan dan perisian diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan.

3.5 Menyediakan laporan penyelesaian pelaksanaan dari masa ke semasa kepada Stakeholder dan sesalinan kepada JPICT.

4. Pasca Pelaksanaan Projek, peranan dan tanggungjawab adalah seperti berikut:

4.1Lazimnya apabila sesuatu projek telah mencapai objektif dan tidak perlu diteruskan lagi maka pemilik projek perlulah menyediakan laporan pemantuan projek dimajukan kepada stakeholder dan sesalinan dihantar kepada JPICT.

4.2 Menyediakan laporan penilaian dan hasil (outcome) projek kepada stakeholder dan sesalinan dihantar kepada JPICT.

Lampiran E(iii) – 2

LAMPIRAN F

JAWATANKUASA ICT JABATAN PELAJARAN NEGERI

BIDANG TUGAS

i. Membantu pelaksanaan inisiatif ICT di Jabatan Pelajaran Negeri danagensi-agensi di bawahnya.

ii Mengikuti dan memantau perkembangan inisiatif ICT di JabatanPelajaran Negeri dan agensi-agensi di bawahnya serta mengenal pastikeperluan, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaannya.

iii. Melaksana dan memantau langkah-langkah keselamatan ICT KPM diJabatan Pelajaran Negeri dan agensi-agensi di bawahnya.

iv. Mengemukakan laporan kemajuan projek ICT yang diluluskan olehJPICT/JTICT kepada kedua-dua Jawatankuasa Penyelarasan InisiatifICT iaitu JKPICT - P&P dan JKPICT – P&T.

v. Menimbang dan meluluskan permohonan perolehan ICT bagi sekolah-sekolah harian seperti yang dibenarkan mengikut surat pekeliling yangberkuatkuasa.

vi. Mengemukakan laporan perolehan ICT yang telah diluluskan olehJKICT-JPN kepada kedua-dua Jawatankuasa Penyelarasan InisiatifICT iaitu JKPICT - P&P dan JKPICT – P&T.

KEAHLIAN

Pengerusi :

Pengarah JPN

Ahli :

i. Ketua-Ketua Sektor JPNii. Wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)iii. Wakil Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)

Urusetia :

Sektor ICT, JPN