rujukan cara

6
Cara sebagai Seorang Guru untuk Menangani Isu-Isu Tersebut di dalam Bi likDarjah. Menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini penting bila murid keluar dari sistem persekolahan kelak, mereka mempunyai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum Untuk merealisasikannya, guru perlu menerapkan amalan-amalan berikut didalam bilik darjah.Bilik darjah yang kondusif merupakan bilik darjah yang dapat memberikan persekitaran yang membantu keinginan murid untuk belajar. Bukan sahaja bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan asas, peranan guru dalam mengawal dan menguruskan bilik darjah juga penting terutama melibatkan percampuran murid dari pelbagai latarbelakang. Guru perlu bijak memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Ini boleh dibuktikan dengan guru perlulah mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang terdapat di dalam kelas. Guru juga harus mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Contohnya ialah mengelaskan dan membuat kumpulan murid mengikut kaum sahaja seperti murid Melayu berkumpulan dengan kaum Melayu sahaja. Guru perlu mengambil langkah dengan setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluanguntuk mereka berinteraksi terbuka luas. Selain dapat membuka peluang mereka untuk berinteraksi, langkah mencampurkan mereka dalam satu kumpulan sedikit sebanyak

Upload: azeez-asyt

Post on 17-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

..

TRANSCRIPT

Page 1: Rujukan Cara

Cara sebagai Seorang Guru untuk Menangani Isu-Isu Tersebut di dalam BilikDarjah.

Menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai

material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini penting bila murid keluar dari sistem

persekolahan kelak, mereka mempunyai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai

lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum

Untuk merealisasikannya, guru perlu menerapkan amalan-amalan berikut didalam bilik

darjah.Bilik darjah yang kondusif merupakan bilik darjah yang dapat memberikan persekitaran

yang membantu keinginan murid untuk belajar. Bukan sahaja bilik darjah dilengkapi dengan

kemudahan asas, peranan guru dalam mengawal dan menguruskan bilik darjah juga penting

terutama melibatkan percampuran murid dari pelbagai latarbelakang. Guru perlu bijak

memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Semua

guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan

bersikap professional. Ini boleh dibuktikan dengan guru perlulah mengajar tanpa membezakan

bangsa murid yang terdapat di dalam kelas. Guru juga harus mengajar dengan tidak

mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Contohnya ialah mengelaskan

dan membuat kumpulan murid mengikut kaum sahaja seperti murid Melayu berkumpulan

dengan kaum Melayu sahaja. Guru perlu mengambil langkah dengan setiap murid dari kaum

yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya

peluanguntuk mereka berinteraksi terbuka luas. Selain dapat membuka peluang mereka untuk

berinteraksi, langkah mencampurkan mereka dalam satu kumpulan sedikit sebanyak membantu

mereka untuk mempelajari secara tidak langsung mengenai budaya kaum-kaum lain.

Sekiranya di dalam kelas, terdapat perbezaan kelas sosial di kalangan murid, guru harus

memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid yang datang dari kelas sosial yang

rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang datang dari kelas sosial

atasan. Guru harus bijak dalam menggalakkan murid-murid untuk bergaul dengan bebas tanpa

ada sekatan budaya. Guru juga dapat menerapkan nilai murni di dalam kelas yang mempunyai

perbezaan kelas sosial dengan menggalakkan murid dari kelas atasan untuk saling membantu

murid dari kelas social bawahan serta meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan.

Sebagai seorang role model kepada murid, guru perlu peka terhadap amalan dan kepercayaan

yang dipegang oleh murid. Guru perlu mengelakkan dari menyentuh atau mempertikaikan

Page 2: Rujukan Cara

amalan kepercayaan murid. Ini penting sekiranya seorang guru itu mempunyai murid

berketurunan Orang Asli yang mengamalkan amalan nenek moyang mereka. Guru perlu

memikirkan dan merancang aktiviti pengajaran yang sesuai supaya mereka tidak tersinggung.

Jika seseorang guru itu mempunyai murid yang mengamalkan pelbagai kepercayaan, guru

perlu mengelak dari menjadikan kepercayaan mereka itu sebagai contoh kerana dikhuatiri akan

menjadi bahan ejekan murid lain. Oleh itu, guru perlu mengetahui dan mengkaji latar belakang

murid agar perancangan aktiviti pengajaran besesuaian dengan semua kepercayaan, nilai, dan

agama murid. Guru harus bijak bertindak sekiranya berhadapan dengan situasi di mana

berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham antara murid yang melibatkan kaum yang

berbeza atau berlainan kelas sosial atau berlainan jantina. Guru perlu mempunyai kemahiran

untuk melihat masalah dari sudut pandangan yang berlainan, belajar berunding dan menjadi

pengantara apabila konflik menjadi hangat kerana secara tidak langsung mewujudkan

kerjasama dalam kehidupan dan pembelajaran di sekolah. Antara kemahiran lain untuk

menangani masalah perselihan faham ini ialah menyatakan pendirian guru, berunding antara

pihak yang terlibat dan membuat keputusan berdasarkan persetujuan murid yang terlibat. Sifat

guru yang adil ketikamenanggani permasalahan ini membantu mengelakkan berlakunya

ketidakpuasan hatiterutama di kalangan murid yang berbeza kaum atau berbeza status kelas

sosial.Tambahan lagi, penggunaan bahasa perlu dititik beratkan oleh guru ketika

mengajardidalam kelas. Dialek bahasa yang pelbagai akan dikesan sekiranya mempunyai

muridyang berbilang kaum. Guru perlu menggunakan bahasa standard bagi

mengelakkan jurang jika menggunakan bahasa dialek. Penggunaan bahasa standard akan

membukapeluang yang sama rata untuk murid mengambil bahagian dalam aktiviti

pengajarandan pembelajaran serta memudahkan sesi pengajaran kerana murid dapat

memahamipenggunaan bahasa murid. Hal ini kerana, jika guru berasal dari Kelantan,

dialekKelantan perlu dikurangkan apabila mengajar di luar kawasan Kelantan kerana

tidaksemuamurid dapat memahami dialek Kelantan dengan baik.

Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi pendidikan ialah isu-isu yangmelibatkan

unsur bias kepada jantina atau dikatakan pilih kasih. Sebagai contoh, guruperempuan bias

kepada murid perempuan dan sebaliknya. Isu ini perlu dielakkankerana akan wujudnya jurang

diantara murid. Guru sememangnya harus mengelakkandari melakukan perkara-perkara begini.

Selain itu, dalam sesetengah matapelajaran,wujud ketaksamaan peluang antara pelajar

permpuan dan pelajar lelaki sepertimatapelajaran berkaitan dengan kejuruteraan. Seakan

Page 3: Rujukan Cara

menjadi kebiasaan, kebanyakanmurid lelaki lebih banyak terlibat, oleh itu guru perlu merancang

aktiviti pengajaran danpembelajaran yang dapat melibatkan lebih ramai murid perempuan. Ini

dapat membukapeluang untuk pelajar perempuan untuk berkecimpung dalam bidang yang

dimonopolioleh lelaki.

L

angkah-

L

angkah

M

engatasi

 

Ketaksamaan

P

eluang

P

endidikan

 

Kepentingan pendidikan di dalam membangun sebuah negara apatah lagisesebuah peradaban

adalah tidak dapat disangkal sama sekali. Melalui wadahpendidikan ianya akan melahirkan

manusia berilmu yang pasti beriman danberamal dengan didikan yang diperolehinya.

Menyedari akan hakikat ini, pihakkerajaan dibawah Rancangan Malaysia ke-9 telah merangka

Page 4: Rujukan Cara

satu pelan sertabertungkus lumus bagi memajukan sektor pendidikan di dalam

mempersiapnegara kita untuk menjadi Negara maju pada tahun 2020.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, dasar Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) di bawah

Teras Ke-4 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)adalah untuk merapatkan jurang

pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomidan tahap keupayaan murid. Matlamat KPM

adalah untuk memastikan semuasekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang

sama untukmencapai kecemerlangan dalam pelajaran. KPM telah mengenal pasti

jurangpendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapatditingkatkan. (

um

ber: Bab 7- Merapatkan J 

u

rang Pendidikan dala

m

PIPP 2006-2010 

)

.

KPM telah menyediakan 19 jenis Bantuan Persekolahan kepada muridpada setiap tahun seperti

jadual di bawah.