ruhul_zikri_2

Upload: shuaib-ibni-salleh

Post on 30-May-2018

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    1/19

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    2/19

    2

    Petikan dari Buku ruhul Zikri Jilid ke-2 ini mengandungi sebahagian dari kata-kata sufi

    Syeikh Mahmud Al-Majzub, pengasas Madrasah Nurul Iman yang dipetik daripada syarahanmahupun nasihat beliau kepada murid-muridnya. Kata-kata sufi yang diungkap oleh Syeikh

    Mahmud mempunyai mutiara kata makna yang mendalam, dimana ada sebahagiandaripada kata-kata beliau tidak boleh difahami atau dibuat bandingan secara langsung

    mengikut fahaman orang awam.Mutiara kata yang indah dan bermakna ini juga diharap -dengan rahmat dan kasih sayangAllah dapat menangkis tuduhan-tuduhan liar selama ini terhadap ilmu Tasawuf. Semoga

    petikan dari buku ini menjadi santapan rohani yang dapat membersihkan jiwa dan

    mendorong hati untuk menjadi hamba Allah yang sehamba-hambaNya di dunia-Nya ini,Insya Allah.

    1. Jangan tinggal dengan nafsu. Jangan duduk dengan nafsu. Taslim (berserah)kepada Allah s.w.t.. Jangan redho dengan maksiat. Redholah dengan Qadho &

    Qadar Allah s.w.t.2. Tutuplah pintu pancaindera yang di bangsakan (ikut) nafsu. Tutuplah pintu hati

    yang di bangsakan mazmumah (sifat-sifat kebinatangan). Terbukalah pinturahmat. Terbukalah anugerah Allah s.w.t. melalui taslim (penyerahan).

    3. Tolak hajat (kemahuan) sehingga Allah s.w.t. beri faham.4. Perkara yang kita kurang puas hati jangan kritik Allah s.w.t.5. Kedatangan sombong jadi nafsu. Perasaan sudah lama mengikuti (perjalanan)

    jadi nafsu.6. Buatlah istighfar, selawat, dan zikir. Lambat atau cepat (diri terbentuk) mengikut

    tekanan masing-masing.7. Terasa penat! Susah! Itu disebabkan nafsu tidak berupaya. Ibarat (seolah-olah)

    mendahului Allah s.w.t. apabila di datangi tekanan.Sebab itu kalau hendak

    berjalan (ikut perjalanan sufi), jangan ikut nafsu! Ikutlah Al-Quran & As- Sunnah.8. Ikhlas adalah rahsia. Selagi ada rungutan. Selagi terasa sudah lama dan sebagainya.

    Tanda belum dapat lagi (Tawakkul Mutlaq & Tauhid Mujarrad). Itu tandanya kurang

    ikhlas.9. Rahsia anak kunci kejayaan guru adalah ikhlas dengan Allah s.w.t.10. Cara pembersihan (jiwa) dengan cara bersedikit-sedikit (ikut kemampuan) iaitu

    dengan selawat, istighfar dan zikir. Membaca surah Alam Nasyroh jikalau datangperasaan jemu dan membaca surah Qulhuallah hu Ahad jikalau berasa celaru dan

    serabut.11. Orang buta kena gila penuh (yakin sepenuhnya) dengan orang celik. Barulah boleh

    berjalan. Jangan soal mati atau hidup.

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    3/19

    3

    12. Wali Allah bukan maksum, jadi jangan tertipu kerana melihat syariatnya.13. Melihat kesalahan dan kelemahan guru adalah hijab bagi murid.14. Pelajaran ilmu tauhid (mengenai sifat dua puluh - usuluddin) hanya untukmengawal akal. Bagi menumpukan kepada kalimah La ila haillallah.15. Macam mana Allah hendak beri rahmat kepada kamu? Kerana kamu BIADAPDENGAN ALLAH!16. Kerohanian, tidak dicari dengan akal tetapi dengan bertaqwa. Bila datang alamatkerohanian kena tolak dulu, sehingga ia datang bertubi-tubi, buatlah sembahyang istikhorah

    supaya pasti.17. Apa yang kita dakwa dari kerohanian kita, mesti ada bukti selepas itu. Tujuan(latihan) kerohanian ialah (untuk mendapat) sembahyang khusyuk. Sebagai anugerah dariAllah.18. Rahmat Allah datang dengan menendang atau meninggalkan nafsu.19. Bila timbul krisis (persilihan pendapat), perkara ini kena rujuk kepada Allah. Kalauada rahmat melalui saya. Saya akan selesaikan dengan Rahmat Allah.20. Krisis mesti berlaku dikalangan Sahabat Radiallahu anhum kerana tidak sama darjahpermikiran.21. Roh adalah urusan tuhan (maksud Alquran Al-Isra ayat 85) ikut suka Tuhanlahhendak buat macam mana. Perkara inilah yang tidak difahami oleh ulamak zahiriah. Kenapahendak campur urusan Tuhan?22. Kamu pun boleh dapat! (kekuatan iman dan taqwa yang tinggi)! Dengan syaratmembuang kezaliman yang ada pada diri kamu sendiri.23. Taksub pada diri sendiri adalah hijab yang paling besar sekali.24. Kalau ada taksub atau mengambil kesempatan. Maka terhijablah kepada abid danzuhud.25. Kadang-kadang manusia itu, kena dibiarkan dahulu sampai mereka terhantuk.26. Jatuh bangun dalam perjalanan (sufiyah-ahlullah) adalah perkara biasa.27. Berlaku pergeseran sesama jemaah adalah perkara biasa. Tetapi janganlah jadibodoh.28. Rahsia perjalanan ialah tawaduk. Merendah diri dengan kebenaran.29. Orang yang kaya ilmu hendaklah tawaduk dengan kekayaan ilmunya atauketeguhannya.

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    4/19

    4

    30. Sekarang ramai orang seperti kacang yang lupakan kulit. Hanya memandangjasad (zahiriah sahaja) tidak memandang Rahmat Allah, itulah punca menjadi tidaktawadduk (takabbur) - inilah permainan syaitan.31. Orang yang buta mata hati. Hal-hal dunia dia boleh buat bermacam-macam.Kereta yang beranika bentuk, pakaian yang berfesyen-fesyen dan bangunan yangpelbagai bentuk. Tetapi jalan ke akhirat mereka tidak boleh buat pula.32. Taslim (penyerahan). Menunggu lakonan-susunan Allah. Tidak kempen, tidakhalau, tidak cepat, tidak lambat, tidak hendak sikit, tidak hendak banyak, tidak kira lamadan tidak kira baru. Tidak mahu jadi, tidak mahu tidak jadi, tidak kalau boleh dan tidak

    kalau tidak boleh!33. Nafsu sentiasa menarik kepada ammarah untuk duduk setakat lawwamah pun tidakdi beri.34. Buatlah sesuatu bukan berasa kerana hendak untung dan bukan takut mengalamikerugian.35. Mutmainnah itu ialah nafsu yang duduk atas garisan syariat. Sentiasa memikirkan

    jalan, bagi mendorongkan manusia ke jalan Allah s.w.t.36. Apabila mendapat mutmainnah. Penyakit penat akan hilang.37. Kalau raja (pemerintah) lupa Allah dan rakyat lupa Allah maka kedua-duanyamasuk neraka.38. Budak-budak gila dengan cara budaknya. Remaja gila dengan cara remajanya.Orang muda, gila dengan cara mudanya. Orang tua gila dengan cara tuanya, yang inilagi teruk! Janggut dah putih tidak sedar-sedar lagi. Tidak ingat mati. Alamat hendak

    masuk neraka!39. Iblis pun berzikir. Dalilnya dalam surah Sod (ayat 82) iblis menyebut fabi izzatika(hingga akhir ayat) (Demi KebesaranMu aku akan menyesatkan mereka semua). Dia

    minta dengan kebesaran Tuhan.Tetapi iblis tidak istighfar dan selawat.40. Pada tiap-tiap lapisan langit ada penjaganya.41. Dalam merebut takwa, hendaklah kita pentingkan diri kita dahulu.42. Saya tidak boleh tarik sesiapa. Kalau boleh, saya tarik anak dan isteri sayadahulu. Saya hanya sekadar memberi galakan dan dorongan sahaja.43. Saya hendak bersahabat dengan orang yang ikhlas dan orang yang berani.44. Saya yang diberi amanah oleh Allah di muka bumi ini pun saya berasa masihbanyak melakukan silap. Saya juga tidak tahu, di mana Allah hendak letakkan saya di

    akhirat nanti. Di syurga atau neraka.45. Tidak ada sebab kamu tidak mati, pasal malaikat maut pun akan mati.

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    5/19

    5

    46. Ada orang mengadu kepada Hadrat Tok ayah. Ayah! saya kadang-kadang berasasayu, sedih, hancur hati dengan Allah semasa dalam halqah zikir. Kadang-kadang berasatawar, berat dan malas hendak zikir. Saya berasa risau. Tok ayah menjawab. Tidak

    mengapa, yang pentingnya kita istiqomah. Allah hendak tengok kita bersunguh-sungguhsahaja.47. Di dalam perjalanan Ahlullah, orang yang masih terbelengu dengan hawa nafsu dikira budak-budak lagi, walaupun janggutnya sudah putih!48. Budak-budak hendak buat baik, takkan saya hendak halang. Tetapi fahamilahbahasa saya, budak-budak hendak buat baik!49. Kita jangan di perbudak-budakkan oleh budak-budak penjajah. Budak-budakpenjajah lebih ganas daripada penjajah. Dia melayu tetapi perangai sepertiorang England. Dia melayu tetapi perangai seperti orang Amerika. Dia melayu tapi

    perangai seperti orang Jepun.50. Kalau berzikir sahaja tetapi tidak selawat, tidak akan meningkat. Beristighfarlahpaling kurang 100 kali sehari. Selawat pula kena lebihkan.51. Apa dia Amerika? Apa dia England? Apa dia Jepun? Bumi Allah yang derhakadengan Allah! Ada Tuhan lain lagi? Seolah-olah Tuhan tidak tahu dan hendakmembiarkan mereka memusnahkan orang mukmin. Takkan Allah hendak biarkan.

    Sesungguhnya Allah berserta dengan orang yang bertaqwa, dengan orang yang bersabardan orang yang buat baik.52. Orang yang panas baran, payah hendak dapat dan masuk dalam perjalanankesufian.

    53. Tanyalah para ulama solehin, kalau kamu tidak tahu perkara yang bersangkut-pautdengan hal agama. Jangan kamu hendak memandai-mandai! Tengok kitab! Kitab

    bertimbun-timbun.54. Saya sayang kamu tetapi kamu tidak sayang diri kamu sendiri.55. Kalau saya sahaja yang sayang kamu, tetapi Tuhan tidak sayang kamu. Tidakberguna juga.56. Kita kasih kepada orang yang Allah kasih. Kita benci kepada orang yang Allahbenci.57. Tauhid Salaf adalah tauhid orang Zaukiah. Bukannya tauhid fahaman wahabbiah.58. Para Aulia yang bertugas di muka bumi ini ada seramai lapan ratus lima puluhenam orang (856). (Rujukan Kitab Tanwirul Qulub-Syaikh Muhammad Amin Al-Kurdi).59. Makan nasi jadi tahi, busuk. Makan zikir tidak busuk. Makanan jasad bila dimakan

    jadi busuk. Makanan roh bila dimakan jadi wangi. Kalau makan zikir jadi tahi, busuk. Inimenunjukkan ada penyelewengan.60. Apa dia iman? Iman ialah tumpuan yang penuh kepada Allah.

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    6/19

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    7/19

    7

    Bakhil kaki- Untuk berjalan ke majlis orang soleh dan berkhidmat kerana Allah tidakboleh. Berjalan ke tempat-tempat yang Allah benci boleh pula!

    Bakhil pemikiran- Tidak digunakan untuk memikirkan kebesaran Allah dan mencarijalan keridhoan Allah. Hanya digunakan memikir untuk memuaskan HAWA NAFSU.

    Bakhil perut - Tidak digunakan perutnya untuk berlapar.73. Orang-orang yang banyak berkhidmat (di jalan Ahlullah) lebih cepat dan mudahmeningkat (di dalam proses membaiki diri) daripada orang yang banyak tumpu kepada

    ibadah sahaja.74. Untuk (ikut kemahuan) nafsu kamu, kamu sanggup berhutang. Hendak beli keretaboleh berhutang. Hendak beli atau buat atau tambah rumah (yang hebat) boleh

    berhutang. Untuk jalan Allah kamu tidak sanggup berhutang. Ini syaitan!75. Berganding bahu di dalam kebaikkan dan takwa, ialah kita berganding bahu didalam bidang masing-masing. Macam guru dan murid. Guru menyampaikan ilmu denganIKHLAS, murid pula menerima ilmu. Kebaikkannnya ialah ilmu. Seperti sebuahrumah. Ada bumbung, tiang, lantai, tingkap, pintu dan dinding. Mereka duduk ditempat

    masing-masing. Kalau bumbung tidak mahu duduk di tempatnya, tiang, lantai, tingkap,

    pintu dan dinding tidak mahu duduk di tempat masing-masing. Tidak jadilah rumah!76. Perasaan dan khayalan itulah kejinan. Bukannnya jin. Kalau di kata kepada kita

    JIN. Kena terima, jangan marah. Kalau marah, jin akan tumpang dekat kita.77. Janganlah ikut perasaan. Kawallah perasaan supaya ia tidak melampau.78. Allah jodohkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. dengan Siti Khadijah(r.ah) Kerana ia seorang perempuan yang mempunyai kewibawaan. Rasulullah berumur25 tahun, dia berumur 40 tahun. Allah jodohkan Rasulullah s.a.w. dengan seorang

    perempuan yang bersesuaian dengan kebangkitan seorang Rasul.79. Hiduplah sebagaimana Musa a.s, Asiah (isteri firaun) dan Masyitah yang hidup didalam istana firaun.80. Orang yang mengaku Islam tetapi tidak buat amalan orang Islam. Dia buatperkara yang Allah larang minum arak, berzina, berjudi, dan macam-macam perkaramungkar yang ia buat. Teruknya manusia jenis ini. Kalau kita tanyakan kepada orang

    Hindu, Ini orang awak ke? Hindu pun tidak mahu mengaku dia Hindu! Tanya Majusi

    dan Budha, mereka pun tidak mengaku orang ini orang mereka. Tanya Yahudi danNasrani, mereka pun tidak mengaku orang ini orang mereka. Habis itu kamu hendak

    kata dia orang Islam!81. Air mata ada 7 peringkat. Air mata orang Ammarah mana hendak sama denganair mata Lawwamah. Air mata Lawwamah mana hendak sama dengan air mata

    Mulhammah. Air mata Mulhammah mana hendak sama dengan air mata Mutmainnah.Air mata Mutmainnah mana hendak sama dengan air mata Rodhiah. Air mata Rodhiah

    mana hendak sama dengan air mata Mardhiah. Air mata Mardhiah mana hendak sama

    dengan air mata Kamilah.82. Semua yang datang jumpa saya ini ada keturunan (baik). Samada keturunan ahlisufi ataupun datuk nenek mereka pernah berbuat baik dengan Ahli Sufi-Ahlullah. Dia ada

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    8/19

    8

    khidmat dengan orang-orang Allah. Tidak kiralah kebaikan yang mereka lakukan.

    Ataupun dia kasih dengan orang-orang Allah.83. Kamu sakit tetapi tidak mahu makan ubat tetapi kamu hendak sihat. Bagaimanakamu hendak sihat? Tuhan (Allah) yang menjadikan langit dan bumi sudah buat

    peraturannya (kalau sakit dan hendakkan sihat perlulah makan ubat). Kamu sombong!Sombong dengan Allah.84. Hendak makan buah tembikai, tetapi tidak tanam buah tembikai atau tidak belibuah tembikai bagaimana pula hendak makan buah tembikai. Tidak ikut susunan Allah.Kamu hendak berjaya tapi tidak ikut orang yang berjaya. Imam Syafie (r.a.) pernah

    berkata. Kamu harap-harap hendak berjaya tetapi kamu tidak ikut saluran-salurannya.Sesungguhnya kapal itu tidak akan belayar di atas darat.85. Kecil-kecil anak kita (boleh diasuh ikut kita). Bila sudah besar belum tentu jadianak kita.86. Semasa saya di Bangkok (Thailand). Ada orang bertanya saya satu masalah. Allahs.w.t. buka kepadanya tentang hikmah bilangan rakaat sembahyang fardhu. Katanya

    sembahyang Zuhur dan Asar kalau di campur jadi lapan- syurga ada lapan. Maghrib danIsyak kalau di campur jadi tujuh- nereka ada tujuh. Sembahyang subuh ada dua rakaat.

    Ini dia tidak dapat jawapannya. Puas dia memikir dan bertanya orang tetapi masih tidak

    mendapat jawapannya. Akhirnya dia bertanya kepada saya. Saya pun Syuhud Allah.Jawapannya, dua rakaat itu menunjukkan adanya malam dan siang. Dua perkara inilah(masa malam dan siang) menyebabkan manusia masuk syurga atau neraka.87. Saya tidak persoal tariqat. Yang saya persoalkan ialah jurulatih yang memimpinsatu-satu tariqat itu. Adakah jurulatih itu sampai atau tidak (sampai haqiqat danmakrifat).88. Kita tidak boleh lawan iblis. Hendak lawan iblis sama seperti hendak melawanAllah. Pasal iblis pun minta izin daripada Allah untuk menyesatkan manusia. Untuk lawanIblis mintalah bantuan daripada Allah.89. Tengok televisyen berjam-jam boleh. Tidak lenguh. Duduk halqah zikir jamtidak boleh. Tidak larat!90. Nafsu Ammarah tidak boleh menyelesaikan nafsu Ammarah. Dia menjadibertambah-tambah Ammarah lagi.91. Ketenangan tidak ada di dalam harta kekayaan, pangkat keturunan dan anakpinak. Ketenangan hanya ada di dalam zikrullah. (mengingati Allah)92. Sekarang ini zaman Karamah dan bukannya Maunah.93. Iblis hendak buat sesuatu dia minta izin dari Tuhan. Kamu hendak buat sesuatu,ada tanya Tuhan terlebih dahulu?94. Para sahabat r.a semuanya berjaya mendapat keredhaan Allah kerana merekasentiasa memberi tumpuan yang penuh kepada Rasulullah s.a.w. Mereka memperbaiki

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    9/19

    9

    diri mereka terlebih dahulu kemudian kepada orang-orang yang hampir dengan mereka

    seterusnya barulah kepada umat sejagat.95. Perkara (kerohanian) ini bukan boleh dapat dengan perasaan, dengan khayalan.Kena bersungguh-sungguh dan bertawakkul.96. Makanan dunia boleh dikongsi bersama. Makanan rohani tidak boleh di kongsi,perlu sungguh-sungguh (mujahadah lawan nafsu).97. Kamu janganlah hendak lawan orang-orang Allah (Wali Allah). Siapa kamu dansiapa mereka? Kamu tidakkan menang. Di dunia lagi Allah lipat kamu. Di akhirat Allahbubuh dalam neraka. Rugi! Rugi! Rugi!98. Para wali ialah orang yang paling aktif. Paling sibuk di dalam dunia ini. Sebabmereka faham dunia ini. Maz raatul Akhirah. Mereka faham surah Wal Asri. Mereka

    tidak ada masa hendak buat kerja sia-sia.99. Saya hanya boleh beri nasihat dan dorongan kepada kamu. Selepas ituterpulanglah kepada kamu. Kamu hendak terima atau tidak. Kamu hendak jadi munafikke? Mana saya tahu.100. Di dalam perjalanan (Ahlullah-Tarikah Sufiyah) hak kita, hak orang (orang lainboleh tumpang), hak orang tetap hak orang.101. Sesiapa yang melanggar syariat Rasulullah s.a.w. dan merosakkan syariatRasulullah s.a.w., boleh di hukum dan dipancung hatta dari kalangan para Aulia

    sekalipun.102. Kalau tidak ada syariat bagaimana hendak berjalan? (jalan Tarikat)103. Orang yang tidak mahu berguru di dalam jalan untuk mengenal Allah samalahseperti orang yang hendak petik buah rambutan di pokok yang banyak kerengga. Dia

    pula tidak mahu menggunakan galah, dan tangga. Hatinya hendak makam buahrambutan. Hendak dipanjatnya pokok rambutan itu tidak boleh, sebab banyak kerengga.

    Akhirnya lihat sahajalah buah rambutan tersebut!104. Syeikh (Guru Mursyid) ini umpama tangga atau pun pintu rumah. Hendak masukrumah kenalah naik tangga dan melalui pintu. Apabila sudah masuk ke dalam rumah

    tidak perlulah bawa masuk tangga itu sekali. Biarlah di luar rumah sahaja.105. Perkara yang kita perlu tawassul kita tidak tawassul dan perkara yang tidakperlu tawassul kita tawassul, ini sudah silap.106. Di dalam rumah, tempat makan boleh kamu sediakan tetapi kenapa tempat untukhalqah zikir tidak boleh kamu sediakan (tempat bermunajat dengan Allah).107. Untuk permulaan supaya kita mendapat kekuatan untuk meninggalkan perkara-perkara yang tidak bersesuaian. Maka hendaklah di seimbangkan masa makan denganmasa zikir. Seimbangkan masa mambaca akhbar dan majalah dengan masa membaca

    Al-Quran ataupun kitab-kitab yang bersesuaian dengan syariat dan thoriq. Seimbangkan

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    10/19

    10

    masa ketika kita melakukan hobi yang sia-sia dengan masa kita membuat tumpuan

    kepada Allah. Insya Allah kita akan lihat hasilnya sedikit demi sedikit.108. Punca yang paling besar manusia tidak sampai Tuhan ialah bimbang makhluk.Kalau bimbang pasal rezeki lebih lagi teruk.109. Batu permata yang tersimpan di dalam bukit pun kalau tidak di korek dan tidak digali, tetap tersimpanlah di dalam bukit sebagai batu permata selama-lamanya. Kalau

    manusia tidak korek dan prosesnya, maka manusia tidak akan dapat manfaat darinya.

    Begitu juga dengan kayu balak yang banyak terdapat di dalam hutan. Kayu jati ataukayu meranti pun, kalau tidak di tebang dan diproses, tidak boleh di buat kerusi, almari,

    perabot, rumah dan lain-lain dan akhirnya kayu balak tersebut reput dan mati dan tidakmendatangkan hasil. Begitulah jugalah para Aulia, mereka Allah rahsiakan dari

    pengatahuan manusia. Kalau manusia tidak mecari mereka (Aulia Allah) maka mereka

    tidak dapatlah manfaat darinya.110. Selagi dunia ini tidak kiamat, selagi itulah para aulia ada di muka bumi Allah ini.111. Orang yang nafsu Mutmainnah sudah tidak ada lagi penyakit-penyakit hati.112. Penyakit hasad ini adalah penyakit yang paling bahaya. Rasulullah menyatakan,hasad memakan kebajikan (menghilangkan pahala), sebagaimana api memakan kayuyang kering. Kamu semua ini tidak meningkat-ningkat sebab ada sifat hasad. Penatlah

    kamu meratib (berzikir)!, semuanya habis.113. Sesuatu perjuangan atau pekerjaan yang tidak ada aqidah, maka perjuangan ataupekerjaan tersebut tidak akan kekal lama. Aqidah merupakan asas atau akar tunjang

    bagi setiap pokok dan bangunan. Kalau asasnya tidak kuat, maka tumbanglah bangunandan pokok itu. Maka perlulah di kuatkan aqidah sejak daripada buaian lagi.114. Mimpi-mimpi ini semua jangan pakai, kena tolak. Berpegang kepada Allah sahaja.115. Dapat berjumpa Rasulullah ini banyak jenis (kategori). Abu Bakar Assidiq r.a punberjumpa Rasulullah s.a.w. Begitu juga Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Talib punberjumpa Rasulullah s.a.w.116. Setengah ulama zahiriah tidak setuju dengan penggunaan tasbih. Mereka katatasbih itu bidah, asal daripada Hindu dan Buddha. Kalau begitu, kereta yang kita pakaiitu mana ada Tok Syeikh yang buatnya. Semua datang daripada Jepun, dan dari negeri

    orang putih. Jangan kita gunakan kereta itu buat maksiat sudahlah.

    117. Untuk mendapatkan kekuatan dan ketahanan (kerohanian) kena banyak menangisdengan Allah. Kalau tidak boleh buat-buatlah menangis.118. Adab dengan Allah seni-seseninya (halus sehalus-halusnya)119. Orang yang berjumpa Nabi Allah Khidir dan mengatakan Nabi Khidir a.s masihada. Manaka orang yang tidak jumpa dengan Nabi Khidir dia akan berkata Nabi Khidir

    sudah tidak ada - sudah wafat.

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    11/19

    11

    120. Hendak jumpa Khidir, Syirik! Dia makhluk Allah macam kamu juga. Tidak bolehbagi manfaat atau mudharat.121. Boleh jadi (lafaz) Allah Hu Akbar yang kita sebut terpesong dengan sesuap nasi,seteguk air, sekepal tanah, seorang perempuan, sebuku roti dan berbagai-bagai lagi.

    Allah sudah cerita dalam Al-Quran. Al-haa-kumut-takaasur (telah melalaikan kamu olehbanyak-banyak).122. Iblis yang asal kejadiannya daripada api pun boleh terpesong dan derhaka Tuhan!Apatah lagi kita manusia yang Allah ceritakan di jadikan daripada Air yang HINA!123. Pada suatu hari saya pergi jumpa guru saya, Tok Ayah Said (Qaddasallahusirrahu)di Lundang Paku, Kelantan. Saya sampai lewat dan ketika itu belum bersembahyang

    fardhu lagi. Saya lihat dia sedang duduk, maka saya pun pergi mendapatkan dia,bersalaman dan terus duduk berhampirannya. Tiba-tiba mukanya berubah merah

    menyala. Saya tahu yang dia marahkan saya, sebab saya belum sembahyang fardhu lagidan terus berjumpa dengannya. Saya pun bergegas bangun dan terus bersembahyang.

    Selesai sahaja bersembahyang saya terus mendapatkannya dan barulah kelihatan beliau

    tersenyum. Lihat bagaimana dia mengajar saya beradab. Saya sangkakan apa yangtelah saya buat di awal pertemuan tersebut, betul dan beradab tetapi sebenarnya salah.

    Dia bawa saya kepada beradab dengan Allah dahulu dan bukannya beradab kepada dia.124. Allah bersama orang yang Tawajjuh tetapi Allah tidak akan bersama dengan orangyang gelojoh.125. Rukun Islam ada lima perkara. Pertama, mengucap dua kalimah syahadah.Kedua, sembahyang lima waktu. Ke tiga berpuasa di bulan Ramadhan. Keempat,

    mengeluarkan zakat harta dan kelima mengerjakan ibadah haji. Pada hari ini mengapasembahyang, puasa dan yang lain-lain tidak ke mana-mana, tidak ada roh? Kerana

    rukun Islam yang pertama lagi sudah tidak ada roh.126. Takrif iman ialah kita wajib ucapkan dengan lidah wajib tasdiq (terima) denganhati dan wajib zahirkan dengan amalan jasad. Masalahnya sekarang, iman yang ada

    pada orang Islam, hanya ada pada lidah sahaja tidak sampai ke dalam hati. Sebab itulah

    ibadat mereka tidak ke mana-mana. Sembahyang mereka pun tidak boleh mencegahmereka daripada melakukan kemungkaran.127. Untuk melahirkan manusia yang berperwatakkan Aulia, kena lahir daripada ayahyang soleh dan ibu yang solehah. Kita ambil contoh Maulana Ilyas, Ghaust Abad 14Hijrah (Pengasas Jemaah Tabligh).128. Gelombang dan ombak hanya berlaku di permukaan laut sahaja. Di dalam lauttidak ada gelombang, lagi dalam lagi tidak ada gelombong. Hendak masuk dalam laut,kena guna kapal selam. Kena keluar belanja mahal. Kalau setakat hendak terapung

    dipermukaan laut tidak perlulah semua itu. Guna batang pisang atau buluh, atau tongdram plastik, atau perahu pun boleh dan belanjanya pun tidaklah mahal. Tetapi kena

    lambungan gelombang sahajalah. Begitulah juga kalau nafsu Ammarah, Lawwamah, dan

    Mulhammah sentiasalah kena lambung dengan gelombang (kekufuran-kesyirikkan).Hanya orang Mutmainnah ke atas sahaja yang selamat daripada gelombang terutamanya

    orang Rodhiah, Mardhiah dan Kamil. Mereka ini lagi dalam mereka boleh menyelam.

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    12/19

    12

    129. Untuk menyihatkan badan. Macam-macam kamu makan. Makan vitamin danmakan itu dan ini. Tetapi untuk menyihatkan ROH, kamu tidak pandai hendakusahakan.130. Bila ada iman, kamu akan bersatu dengan orang-orang Allah. Bila tidak ada imankamu akan memusuhi orang-orang Allah.131. Apabila syirik, penyakit yang mula-mula akan terbit ialah khianat - tidak Amanah.Kedua, pembohong - tidak Sidiq (benar). Ketiga, jadi bodoh - tidak Fathonah. Oleh yang

    demikian, wajib bagi Rasul-Rasul dan Nabi-nabi bersifat Amanah, Sidiq dan Fathonahkerana mereka manusia yang tidak syirik.132. Mati hidup balik dan sampai hari kiamat pun Yahudi, Nasrani, Majusi dan Wasani(penyembah berhala) tidak akan redho dengan orang Islam; sehinggalah orang-orangIslam tinggalkan Allah dan Rasul-Nya.133. Tok Ayah Ismail Lundang Paku, Kelantan Qaddasallahu sirrahu (wali Allah yangberpangkat Qutub). Sebelum makan dia akan meratib (berzikir) terlebih dulu. Diaberzikir, Dia (Allah) yang bagi makan, Dia (Allah) yang tidak bagi makan. Sampai

    penuh perasaan dia dengan Allah barulah beliau makan. Sebaliknya kalau perasaannyatidak penuh dengan Tuhan dia tidak akan makan.134. Allah s.w.t. buat sesuatu ada kuotanya (kadarnya). Kuota itu terbahagi dua iaitukuota Ar-Rahman (Maha Pemurah) dan kuota Ar-Rahim (Maha Pengasih). Orang kafir

    dan musyrikin, mereka ini termasuk di dalam kuota Ar-Rahman manakala orang Islamyang mukmin termasuk di dalam kuota Ar-Rahim. Orang yang mengaku Islam tetapitidak ikut segala aturcara agama Islam, mereka ini tidak termasuk di dalam kuota Ar-

    Rahim kerana pura-pura Islam. Mereka ini tidak pula termasuk di dalam kuota Ar-Rahman kerana mereka mengaku Islam. Mereka inilah yang di makan oleh puak kafir

    musyrikin, dan mereka jugalah yang merosakkan agama Islam. Inilah golongan

    Munafiqin namanya.135. Bagaimana muridnya hendak dapat Mutmainnah kalau gurunya tidakMutmainnah?.136. Cakapnya logik (cakap orang yang belum sampai mutmainnah) tetapi di dalamnya

    jijik (penuh dengan kekufuran dan kesyirikan)137. Contohilah orang-orang yang ikut saya yang telah maju walaupun mereka orangbaru. Janganlah mencontohi orang-orang yang ikut saya yang tidak maju walaupunmereka orang yang telah lama.138. Kalau kamu boleh bersungguh-sungguh sebagaimana saya bersungguh-sungguhsetidak-tidaknya 10 % (peratus). Pasti kamu akan berjaya.139. Berdoalah kepada Allah Ya Allah dengan berkat mukjizat Rasulullah S.A.W,dengan berkat Kesultanan Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani dan dengan berkat Ahli zaman ini,

    anugerahkanlah kepada hambaMu yang hina, daif, jahil lagi banyak dosa ini keimanan,

    keyakinan, ketakwaan, ketahanan dan kesolehan sebagaimana yang telah Engkauanugerahkan kepada Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani.

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    13/19

    13

    140. Dua perbezaan di antara orang yang berdoa tetapi tidak ikut saluran danorang yang tidak berdoa tetapi ikut saluran.

    Cerita dua orang yang menanam buah tembikai (timun). Seorang, menggali lubangsedalam tiga kaki persegi dan letakkan segantang baja tahi ayam. Manakala seorang lagi

    menggali lubang sedalam satu kaki persegi dan letakkan hanya satu tempurung kelapabaja tahi ayam. Kemudian dia pun berdoa agar hasil buah tembikainya mencapai seberat

    5 kilogram sebiji. Manakala yang seorang lagi tidak pun berdoa. Apabila pokok ituberbuah tentulah yang bubuh baja segantang dan gali lubang 3 kaki dalam itu buahnya

    mencapai berat 3 kilogram ke atas. Orang yang seorang lagi, takkanlah boleh mendapat

    berat buah 5 kilogram sebab cara dia tanam tidak betul walaupun dia berdoa. Orangyang berjaya itu, sebab ikut susunanwalaupun dia tidak berdoa. Begitulah orang-orang

    Islam di hari ini, hendak iman, hendak menjadi orang soleh dan mati hendak masuksyurga tetapi tidak ikut salurannya. Hanya berdoa sahaja.141.

    Selagi mana tidak sampai (darjah) nafsu mutmainnah, selama itulah tidak fahamAl-Quran dan Hadis.

    142. Mengapa manusia mudah terpengaruh dengan suasana kekufuran dankesyirikkan? Sebab mereka masih duduk di dalam nafsu Ammarah. Nafsu yang penuh

    kekufuran.143. Orang yang tidak cinta agama, tidak cinta tanah air. Dia akan jual tanah air.144. Maksud niat ialah tumpuan hati kepada Allah. Untuk Allah kita tumpukan 65%.Manakala untuk Rasulullah 35%. Selain dari kedua-dua ini, hanyalah benda yang kitabuat sampingan sahaja.145. Karomah yang berlaku ditangan para Aulia, hanyalah untuk meyakinkan mereka,bahawasanya Dia (Allah) Tuhan, kita hamba.146. Karomah berlaku di kalangan Aulia dalam keadaan mereka tidak tahu dan tidaksedar berlakunya perkara tersebut. Apabila mereka mengetahui, mereka

    akan malu dengan Allah. Bersalahan pula dengan Maunah dimana apabila berlakunyasesuatu perkara yang dikehendaki maka akan wujud rasa hairan diri (perasan).147. Karomah yang ada pada para Aulia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja danianya berkekalan. Walaupun para Aulia tersebut sudah meninggal dunia. ManakalaMaunah berlaku pada waktu yang tertentu dan ianya tidak kekal, bila mati sahaja orang

    soleh tersebut habislah Maunahnya.148. Perkara yang kita buat sebab tabiat, ianya tidak jadi ibadah. Kalau buat dengankehambaan barulah ianya jadi ibadah. Seperti orang perempuan yang mengasuh anak

    atau membasuh pinggan-mankuk. Kalau dibuatnya dengan tabiat tidaklah mejadi ibadat.Kalau dibuat dengan kehambaan barulah ianya menjadi ibadah.149. Orang yang tidak senang dengan perjalanan Aulia ialah orang yang tidak senangdengan Rasulullah s.a.w. Tidak senang dengan Rasulullah s.a.w. bermakna tidak senang

    dengan Allah s.w.t.

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    14/19

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    15/19

    15

    165. Saiyidina Bilal menyebut Ahad! Ahad! Sebelum surah Al-Ikhlas di turunkan lagi.166. Mujahadah, ialah menundukkan nafsu untuk mengikuti garisan syariat dan thoriqserta meninggalkan keinginan nafsu dalam setiap aspek kehidupan.167. Orang kafir mana ada yang sabar. Mana ada redho. Mana ada tawakkul. Sabaryang ada pada mereka tabiat sahaja.168. Kalau orang kata kepada kamu,jahat. Kamu jangan marah. Kalau kamu marah,maknanya kamu memang jahat. Contohnya besi dan logam atau pun air boleh

    mengalirkan elektrik, kerana di dalamnya ada unsur yang boleh elektrik mengalir.Mengapa kayu, tembikar, dan tanah tidak boleh mengalirkan elektrik? Kerana di

    dalamnya tidak terdapat unsur-unsur yang boleh mengalirkan elek trik.169. Buatlah zikir, istighfar dan selawat, sehingga menjadi darah dan daging. Dikatakan menjadi darah dan daging, ialah setiap sel-sel kita tunduk kepada keagungandan kebesaran Allah, sebagaimana pengakuan yang roh latifah robbaniah telah buat di

    alam zuriat.170. Ketika dalam sembahyang, datang macam-macam gangguan di dalamnya (tidakada tumpuan). Ingat macam-macam. Pada masa itu, jangan lawan dan jangan tolak,

    kena terima. Sebab ianya adalah qodho Allah. Kalau tolak bermakna lawan Tuhan.Sewaktu itu hendaklah kita hancur hati kepada Allah. Mengakulah bahawasanya kita ini

    tidak terpakai.171. Orang yang tidak boleh menjaga waktu sembahyang yakni melewat-lewatkansembahyang. Menunjukkan zikir belum masuk dalam badannya lagi. Orang yang sudah

    masuk zikir dalam badan akan membuat persiapan sebelum masuk waktu lagi.Walaupun dia tertidur, sebelum masuk waktu lagi, automatik dia akan terjaga.172. Ketika Tuhan menjemput hamba-hambaNya menghadap Dia, kamu tidak bolehhadir (melewatkan waktu sembahyang). Tetapi bila kamu hendak jumpa bos kamu, buatperkara yang bersesuaian dengan nafsu, boleh pula tepat pada waktunya.173. Pengajaran dari seorang Aulia Allah. Semasa mengaji di India. Saya belajardaripada Maulana Abdul Bari r.a. Sewaktu kuliah hadis, dia mengajar kitab Misykat. Didalamnya, banyak hadis-hadis yang menerangkan Rasulullah s.a.w. membaca doa Qunut

    pada sembahyang Subuh daripada sembahyang witir. Ini menunjukkan bahawasanyamazhab kita Assyafie lebih kuat dalilnya daripada mazhab Hanafi. Saya pun

    memberitahu guru saya, Daripada apa yang kami belajar tadi, menunjukkan bahawadalil mazhab Syafie lebih kuat daripada mazhab empat yang lain. Saya berasa

    kemaslah, pasal saya Syafie. Guru saya menjawab, Wahai anakku! Imam-imam

    mujtahid ini adalah manusia juga dan sebagai manusia tentulah banyak kelemahan dankekurangannya. Kalau kita ikut salah seorang daripada mereka, janganlah pula kita

    komen yang lain. Masya-Allah! Saya kagum dengan jawapan yang di berinya. Tepat danpadat serta menyelesaikan masalah dan tidak pula menimbulkan masalah.174. Orang yang pandai mengatakan itu tidak betul, ini tidak betul tetapi tidak bolehmemberi jalan keluar dan membuat contoh; itu orang bodoh dan orangjahat! namanya.

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    16/19

    16

    175. Bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh. Sebagaimana bapa kita iaitu NabiAdam a.s bertaubat, barulah Allah s.w.t. menerima taubat kita.176. Orang yang masak tidak membaca bismillah dan tidak berselawat, samalahseperti Apek (Cina Kafir).177. Nafsu Ammarah ini, dia hendak beriman dengan syarat dia hendak Allah tunjukkanbukti dahulu. Macam kisah Nabi Musa a.s dengan Bani Israel. Selepas Allah selamatkan

    dari Firaun, Allah perintahkan mereka masuk ke Palestin tetapi mereka membantah.

    Mereka suruh Musa a.s masuk dahulu, kalau Nabi Musa sudah berjaya mengambilPalestin baru mereka hendak ikut. Padahal Allah sudah membuktikan kepada mereka

    cukup banyak. Tapi mereka membantah sebab nafsu ammarah. Dia (Nafsu Ammarah)tidak herani keluar masuk neraka.178. Peralatan yang digunakan untuk memotong kaca, di depannya diletakkan batuberlian. Ia tidak menggunakan besi walaupun badan alat tersebut diperbuat dari besi.Macam itu juga kita. Hendak buat sesuatu, kena tumpu kepada Allah terlebih

    dulu. Letakkan Allah di hadapan dan na fsu di belakang kita. Inilah yang

    dikatakan iman. Hanya kekuatan iman sahaja yang boleh menyelesaikan segalakebuntuan (sebagaimana kekuatan berlian yang boleh memotong kaca).179. Ada tiga Ta yang punca manusia berbunuh-bunuhan sesama sendiri danakhirnya mereka masuk ke dalam Neraka:-

    Wanita Takhta Harta

    180. Fanak-fi-Syeikh (ikut susunan guru) ialah kita patuh kepada susunan Syariat danThoriq.181. Orang yang hendak (kenal) Allah. Tetapi tidak mahu berguru (dengan gurumursyid-murabbi). Semuanya hendak dibuat sendiri. Dia mengajar sendiri kemudiannya

    dia belajar sendiri kemudian dia buat kertas soalan sendiri, dan dia jawab kertas soalan

    itu. Selepas itu dia semak jawapan tadi betul ke salah dan dia berilah markah sendiri.Akhirnya dia pun perasan.Betul semua aku jawab!182. Untuk mendapat ilmu hendaklah ada dua perkara:-

    (i) Kebolehan. (ii)Keberkatan. Yang paling

    penting sekali ialah keberkatan. Untuk mendapat keberkatan hendaklah beradab

    dengan orang yang memberi kita ilmu (guru).183. Kisah Yakinnya Abdul Mutalib. Semasa Abrahah hendak menyerang Kaabah.

    Dia merampas binatang ternakan penduduk Mekah. Kemudian dia memanggil Abdul

    Mutalib supaya berjumpa dengannya. Abrahah memberitahu dia mahu

    meruntuhkan Kaabah. Apa yang Abdul Mutalib hendak buat? Abdul Mutalibmenjawab dia hanyalah tuan punya unta. Adapun Kaabah itu rumah Allah. Dia

    hanya mahu binatang ternakan yang di curi oleh Abrahah dikembalikan semula.Adapun Kaabah kami serahkan kepada TuanNya (Allah) untuk menjaganya.

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    17/19

    17

    Akhirnya Allah musnahkan Abrahah dan tenteranya. Di hari ini kalau orang Islam

    ada keyakinan dan penyerahan kepada Allah seperti Abdul Mutalib. Sudah cukupbagi mereka mendapat bantuan dari Allah. Masa itu, Rasulullah baru hendak lahir

    dan Al-Quran pun belum diwahyukan lagi.184. Maksud bersatu ialah berpegang teguh dengan apa-apa yang Allah bangkitkanRasul.185. Mengapa orang Islam di hari ini di timpa bala oleh Allah seperti ditindas oleh orangkafir musyrikin? Sebab, mereka takut selain dari Allah.186. Semasa Tok Wali hidup tidak mahu mencari. Bila sudah mati baru tahu (bahawa)dia itu seorang Tok Wali. Hendak buat apa lagi? Dia sudah mati. Dia sudah masuk alam

    lain. Lepas itu pakat pergi lawat kubur sajalah.187. Kalau benda dunia boleh di buat pertandingan. Lumba basikal, lumba lari, angkatberat dan berbagai-bagai lagi. Kalau kesolehan macam mana hendak dibuat

    pertandingan? Kenalah bergaul dengan orang-orang soleh. Lihatlah peribadi mereka.Kalau duduk seorang diri, (tidak campur orang soleh) kita jadi perasanlah. Entah-entah

    kita lebih berlemoih ( biadab ) daripada orang lain.188. Syuhud

    Syuhudul-kasrah-fil-wahdah: Memandang yang banyak (makhluk) di dalamperintahan Allah yang Esa. Ini untuk orang salik.

    Syuhudul-wahdah-fil-kasrah: Memandang Allah yang Esa memerintah(mentadbir) pada sekalian makhlukNya. Ini untuk orang Mazjub.

    189. Perjalanan saya ini adalahperjalanan Uwaisiah. 190. Yang di katakan Sanad Silsilah ialah kita berperibadi, beriman dan bertakwa samaseperti Ahli Silsilah (Para Aulia) yang lebih dahulu daripada kita. Bukannya hanya adapada tulisan sahaja. (Silsilah ialah rantaian hubungan daripada satu orang guru kepada

    satu orang hingga kepada Tabi-ul-Tabien, Tabien- Sahabat sampailah kepada RasulullahS.A.W hingga kepada Jibril terus kepada Allah).191. Selagi mana timbul persoalan kenapa? bagaimana? macamana? Apafasal? didalam diri kamu (terhadap susunan Allah). Selama itulah Allah s.w.t. tidakakan membuka rahsia kepada kamu. Fasal ini soalan yang timbul daripada kekufuran

    dan kesyirikkan kamu.

    192. Amanah yang paling besar ialahkehambaan.193. HARAM ikut orang sufi yang JAHIL! (Orang tarikat yang terikat)194. Hendak jadi orang yang cerdik, jadilah HAMBA ALLAH!195. Orang sakit yang duduk di Hospital, mereka tidak kacau orang sakit lain. Sebabdoktor sudah ada. Masing-masing hanya memikirkan penyakit masing-masing. Merekaberharap penyakit mereka akan cepat sembuh. Begitulah juga kamu yang datang ikut

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    18/19

    18

    saya, semuanya ada penyakit. Jadi janganlah ambil peduli dengan penyakit orang lain.

    Proseslah untuk menyembuhkan penyakit kita dulu.196. Yang di katakan Syuhud Guru ialah seperti kereta kita beterinya lemah, kemudiankitaCASdengan menggunakan bateri kereta orang yang kuat. Kita sambungkan

    wayar bateri kita dengan bateri dia, kemudian startlah enjin.197. Was-was mainan syaitan.Kalau kita ikut dia (was-was) maknanya kita ikutsyaitanlah. Macam kita ambil wuduk, kita dah basuh anggota wuduk kita 3 kali.

    Kemudian datang bisikkan mengatakan belum rata lagi. Janganlah ikut. Kita dah basuh 3kali, tidakkanlah tidak rata-rata lagi. Kita takbiratul ihram, dia kata tidak

    masuk (niat) lagi. Jangan ikut dia. Apabila kita buat sesuatu yang berbetulan denganSyariat dan Thoriq, itu sudah mecukupi. Bila datang was-was, kita kata,Ya Allah,

    hambamu ini bodoh, tidak reti (faham) dan banyak dosa . Syaitan tidak bagi kita

    mengaku itu sahaja.198. Kalau kamu dengar muzik yang haram (melalaikan), kaki kamu bergoyang ikutrentaknya, itu menunjukkan di kaki kamu ada IBLIS!199. Daripada kamu berjumpa dengan Aulia yang sentiasa tenggelam di dalamkebesaran Allah, lebih baik kamu tengok tiang, sebab kamu tidak sangka buruk dengan

    tiang. Tetapi dengan Aulia jenis ini kamu akan sangka buruk. INI BAHAYA!200. Semua Tarikat di dalam dunia ini sanad silsilahnya hanya sampai kepada duaorang sahabat iaitu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saiyidina Ali Karamallah Wajhah.Ini bukanlah bermakna para sahabat yang lain tidak membawa perjalanan Sufiyah. Iniadalah kerana kedua mereka ini merangkumi segenap aspek. Saiyidina Abu Bakar

    mendapat kesufian kerana dia yang awal-awal memeluk Islam dan dia terlalu kasih danrapat terhadap Rasulullah s.a.w. Dia juga banyak , membuat pengorbanan di dalam

    perjuangan Rasulullah s.a.w. Saiyidina Ali Karamallah Wajhah mendapat kesufian

    sewaktu peperangan Uhud. Apabila beliau mendengar berita bahawa Rasulullah s.a.w.

    telah terbunuh di dalam pertempuran tersebut (berita palsu yang sengaja di buat olehmusyrikin untuk melemahkan orang mukmin). Dia pun terus memecut kudanya dengansekuat-kuatnya untuk menyerbu kafir musyrikin. Dia hendak bunuh semua kafir

    musyrikin biar seorang pun tidak tinggal di bumi Allah. Allah s.w.t. menjadikan debu-

    debu yang berterbangan daripada kuda Saiyidina Ali malaikat-malaikat. Bila orang kafir

    melihat perkara tersebut mereka pun lari bertempiaran. Inilah perjalanan sufi. AsyiddauAlal Kuffar. Ruhama Bainahum (tidak tunduk kepada kekufuran dalam segenap aspek.

    Menunaikan dan memelihara hak-hak mukmin dan muslim).201. Buat zikir, istighfar dan selawat (semua perintah Allah) bukannya hendak ubah-menolak Qodho Allah. Tetapi adalah untuk mendapat Redho dengan Qodho Allah.202. Orang yang sombong, Allah tidak pilih mereka berkhidmat di jalan Allah. Hendakangkat seketul batu pun Allah tidak izin.203. Apa dia Iman? Iman ialah membuat perintah Allah dan menjauhkanlaranganNya tanpa fikir bicara.204. Orang kaya jangan sombong dengan kekayaannya. Orang miskin jangan cemasdengan kemiskinannya.

  • 8/14/2019 ruhul_zikri_2

    19/19

    19

    205. Berkawan denganjutawan (orang kaya dunia) seperti kita naik kereta dibelakang lori minyak. Di lori itu ada tertulisBAHAYA! JANGAN HAMPIR , MUDAHTERBAKAR!206. Selagi mana kamu tiada penyerahan kepada Allah, selagi itulah Iblis duduk dalamperut kamu!207. Orang yang mengatakan hendak masuk perjalanan tidak perlu ilmu. Itu cakaporang yang tidak sihat. Mengajilah banyak mana pun, tetapi janganlah kita berasa, ilmu

    itu kita punya dan kita ada ilmu. Ianya adalah semata-mata anugerah Rahmat Allah!208. Orang yang melihat orang lain mengamalkan sunnah seperti melihat bangkai.Sebenarnya, merekalah bangkai.209. Di awal-awal Islam, Rasulullah s.a.w. mengajak manusia mentauhidkan Allah. Disekeliling Rasulullah s.a.w. penuh dengan berhala, di dalam Masjidil Haram pun banyakberhala. Namun Rasulullah s.a.w. tetap pergi ke KAABAH buat ibadat. Rasulullah tidak

    pergi katuk bagi hancur berhala itu. Tetapi Rasulullah s.a.w. boleh duduk dalamsuasana yang macam itu. Itulah yang di namakan KETAHANAN!.210. Belajarlah ilmu fikah tetapi janganlah berbalah.211. Bulan Muharram adalah bulan yang Allah s.w.t. berikan kemenangan kepadaRasul-RasulNya dan juga bulan yang dihancurkan kezaliman dan kekufuran.212. Orang yang mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. kenalah melaparkan perut danbukannya membuncitkan perut.213. Punca-punca yang merosakkan kesufian adalah disebabkan ilmu yang bercampuraduk dengan kejinan seperti puak bathiniah-zindiq dan tarikat yang tidak sampai

    kepada hakikat dan makrifat.

    Dimulakan dan disudahi susunan Ruhul Zikri Jilid kedua ini, hanya semata-mata dengan

    dan berharap Rahmat Allah S.W.T., di bawah berkat pancaran Nur Rasulullah S.A.W.,dengan keberkatan kesultanan Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani r.a. dan Ahli Zaman ini walau di

    mana pun mereka berada di bumi Allah S.W.T. ini. -Penyusun-Sekiranya pembaca ada kemusykilan terhadap kandungan petikan buku ini silalah merujukterus kepada Syeikh Mahmud sendiri. Beliau kebiasaannya berada di salah satu madrsah

    berikut: Madrasah Nurul Iman, Batu 5, Sik, Kedah Madrasah Nurul Iman, Jalan Kuari Sungai Long, Sungai Serai Hulu Langat, Selangor Madrasah Nurul Iman, Kg Kok Sira, Narathiwat, Thailand