rph.inkuiri-14.11

8
KURSUS KPD3016 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Sains Pertanian Tingkatan : 4 SP 1 Kedatangan : 18 orang / 20 orang Tarikh : 14 Oktober 2013 Masa : 8.20-9.00 pagi Kelas : Amali Tema/Bidang Pembelajaran Bab 2 : Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Hasil Tumbuhan Unit Pembelajaran/ - Sub-Tajuk 2.2 Iklim - 2.2.1(a) Cahaya (Fotosintesis) Objektif Umum 1. Murid boleh memahami pentingnya fotosintesis di dalam tumbuhan dan kesannya kepada penghasilan tumbuhan serta terhadap tanaman. 2. Murid boleh mengaplikasikannya di dalam aktiviti penanaman. 3. Murid dapat memperoleh kemahiran mengendalikan eksperimen dan amali secara berkumpulan dan mengaplikasikan prinsip saintifik yang dipelajari di dalam amalan pengeluaran tanaman. Objektif Khusus/Hasil Pembelajaran Di akhir sesi pembelajaran, murid boleh: A. Menguasai Isi Kandungan 1. Murid boleh menamakan proses fotosintesis (C1) 2. Murid mengenalpasti bahan dan radas yang digunakan semasa eksperimen dijalankan. (C1) 3. Murid boleh menjalankan eksperimen bagi menentukan keperluan cahaya untuk fotosintesis dengan menggunakan pengujian kehadiran kanji di dalam daun hijau. (C3) B. Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir 1. Murid dapat menginterprestasi pemerhatian dan membuat inferens eksperimen. (C2) 2. Murid dapat memperoleh kemahiran semasa menjalankan eksperimen dan amali. C. Mengamalkan sikap kerja/saintifik dan nilai murni 1. Menghargai dan menyedari kepentingan hidupan serta keseimbangan alam sekitar dalam RPH -Pendekatan INKUIRI

Upload: surianim-azmi

Post on 07-Feb-2016

103 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH.INKUIRI-14.11

KURSUS KPD3016

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Sains PertanianTingkatan : 4 SP 1 Kedatangan : 18 orang / 20 orang Tarikh : 14 Oktober 2013 Masa : 8.20-9.00 pagiKelas : Amali

Tema/Bidang Pembelajaran

Bab 2 : Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Hasil Tumbuhan

Unit Pembelajaran/

- Sub-Tajuk

2.2 Iklim

- 2.2.1(a) Cahaya (Fotosintesis)

Objektif Umum

1. Murid boleh memahami pentingnya fotosintesis di dalam tumbuhan dan kesannya kepada penghasilan tumbuhan serta terhadap tanaman.

2. Murid boleh mengaplikasikannya di dalam aktiviti penanaman.3. Murid dapat memperoleh kemahiran mengendalikan eksperimen dan amali secara berkumpulan dan

mengaplikasikan prinsip saintifik yang dipelajari di dalam amalan pengeluaran tanaman.

Objektif Khusus/Hasil Pembelajaran

Di akhir sesi pembelajaran, murid boleh:A. Menguasai Isi Kandungan

1. Murid boleh menamakan proses fotosintesis (C1)2. Murid mengenalpasti bahan dan radas yang digunakan semasa eksperimen dijalankan. (C1)3. Murid boleh menjalankan eksperimen bagi menentukan keperluan cahaya untuk fotosintesis dengan menggunakan

pengujian kehadiran kanji di dalam daun hijau. (C3)

B. Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir

1. Murid dapat menginterprestasi pemerhatian dan membuat inferens eksperimen. (C2)2. Murid dapat memperoleh kemahiran semasa menjalankan eksperimen dan amali.

C. Mengamalkan sikap kerja/saintifik dan nilai murni

1. Menghargai dan menyedari kepentingan hidupan serta keseimbangan alam sekitar dalam aktiviti penanaman.

2. Memberi kerjasama semasa menjalankan eksperimen.

Pengetahuan Sedia

RPH -Pendekatan INKUIRI

Page 2: RPH.INKUIRI-14.11

Ada

1. Murid pernah mempelajari mengenai fotosintesis dalam subjek Sains Tingkatan 3. 2. Murid telah mempelajarinya pada sesi pembelajaran yang lepas.3. Murid mengetahui proses fotosintesis secara umum.

Nilai Murni dan Sikap Bersyukur, ketelitian, keselamatan, keprihatinan, bertanggungjawab dan bekerjasama.

Media dan Alat/Bahan Bantu Mengajar

Projektor, Prezi/Powerpoint, Pen marker, Papan putih, Teka silang kata dan Peta minda.

Bahan dan Alatan untuk menjalankan eksperimen (Pokok keembong, daun pokok (hijau), kepingan kad,klip kertas, larutan iodin, larutan etil alkohol, piring petri, rod kaca, bikar 250ml, gunting kertas, penunu bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai).

Sumber Rujukan

1. Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4.2. Buku Panduan Sains Pertanian KBSM, 2002, KPM3. Huraian Sukatan Pelajaran Sains Pertanian Tingkatan 4, PPK 20074. Nota Mastery Guide Learning.5. Manual Amali Sains Pertanian (Edisi Kedua)

Langkah Keselamatan (jika ada)

1. Pastikan tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari selama 48 jam.2. Tutup sebahagian daun dengan rapat dan kukus daun dalam alkohol hingga klorifil terlarut. (Kukus lebih lama jika

daun yang lebih tebal)3. Lakukan pemerhatian ditempat yang cukup terang dan letakkan kertas putih di bawah piring petri semasa membuat

pemerhatian. 4. Berhati-hati ketika menyediakan bahan dan peralatan eksperimen berada di dalam makmal kerana kebanyakan

bahan merupakan bahan mudah terbakar dan peralatan adalah daripada kaca.5. Berhati-hati ketika menjalankan eksperimen dan menjauhkan punca alkohol dengan punca api kerana ianya bahan

yang mudah terbakar.6. Pemanasan alkohol perlu dilakukan di dalam kukusan air dan tidak memanaskannya terus dengan api secara

langsung bagi mengelakkan letupan kecil dan kebakaran.

Page 3: RPH.INKUIRI-14.11

LANGKAH PENGAJARAN

LANGKAH/MASA ISI KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH P & P

KBKKAKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR

LANGKAH 1

PERMULAAN/

MENCUNGKIL IDEA

(10 minit)

Empat (4) unsur iklim yang mempengaruhi proses pertumbuhan :

Cahaya, Suhu, Hujan/Kelembapan dan Angin

Proses fotosintesis

6CO2 + 12H2O C6H12O6 +6H2O +6O2

Tujuan eksperimen: Tentukan keperluan

cahaya terhadap proses fotosintesis dan kehadiran kanji pada daun hijau.

1. Guru memulakan kelas

dengan meminta murid

membaca doa.

2. Guru meminta murid

mengingatkan semula

mengenai pelajaran sebelum

ini mengenai Iklim.

3. Guru menyediakan video di

dalam Prezi tindakbalas

fotosintesis.

4. Guru meminta murid

menyelesaikan teka silang

kata (helaian edaran).

1. Seorang murid membaca doa

dan yang lain

mengaminkannya

2. Murid menumpukan perhatian

dan melihat Prezi/Powerpoint

tersebut.

3. Murid mencatatkan isi-isi

penting dan menyemak diksi

tindakbalas fotosintesis di

dalam buku nota.

4. Murid menjawab soalan yang

ditanya oleh guru.

KaedahPemusatan guru- Penerangan, PenyoalanPemusatan murid – Sumbangsaran

ABM dan BBM

Projektor Prezi/ PowerpointVideoPen MarkerPapan PutihTeka silang kata

Sumber rujukan lainProses FotosintesisTindakbalas cahaya dan gelap

http://www.slideshare.net.

KBKK - Memerhati- Komunikasi- menyoal- Mengelaskan

Page 4: RPH.INKUIRI-14.11

LANGKAH 2

MENSTRUKTUR/

MENSTRUKTUR

SEMULA

(30 minit)

Kenalpasti bahan dan

radas yang digunakan

Bahan

Pokok keembong,

daun pokok (hijau),

larutan iodin dan

larutan etil alkohol,

Alatan

Kepingan kad,klip

kertas, piring petri, rod

kaca, bikar 250ml,

penyepit, penunu

bunsen, tungku kaki

tiga, kasa dawai

Kenalpasti langkah-

langkah keselamatan

(lihat lampiran)

Prosedur melakukan

eksperimen.

(lihat lampiran)

Fungsi setiap bahan dan alatan(lihat lampiran)

1. Guru akan menyediakan

Prezi/Powerpoint (lihat

lampiran) yang menerangkan

tentang

Tujuan amali

Radas yang digunakan

Mendemonstari prosedur

satu persatu di dalam

melakukan eksperimen.

Langkah-langkah

keselamatan yang perlu

dipatuhi oleh murid semasa

menjalankan eksperimen.

2. Membahagikan murid kepada

beberapa kumpulan dan

meminta murid untuk

mengambil radas dan bahan

yang diperlukan mengikut

sukatan dan kuantiti yang betul.

5. Guru menanyakan soalan

kepada murid mana-mana

bahagian yang kurang jelas

dan tidak faham.

1. Mendengar penerangan dan

mencatat .

2. Melakukan aktiviti yang

diarahkan guru.

3. Murid bergerak membuat

kumpulan kecil dan

membahagikan tugas.

4. Murid mengambil radas dan

bahan yang diperlukan.

KaedahPemusatan guru- Demonstrasi, PeneranganPemusatan murid – Penyoalan dan Aktiviti berkumpulan

ABM dan BBM

Pen MarkerPapan putihPrezi/ PowerpointProjektorBahan dan radas eksperimen

KBKK - Mencirikan

- Mengenalpasti

- Membuat hipotesis

Page 5: RPH.INKUIRI-14.11

LANGKAH 3

APLIKASI IDEA

(30 minit)

Amali dijalankan

Inferens eksperimen Kanji yang terdapat

pada daun menukarkan kuning perang iodin kepada biru tua.

Keputusan eksperimen.i. Bahagian biru-

tua :aktif melakukan fotosintesis dan terdapat kanji yang tinggi

ii. Bahagian cerah-kekuningan-tiada kanji dan tiada proses fotosintesis.

1. Guru meminta murid

mencatatkan inferens ,

pemerhatian, keputusan dan

kesimpulan di dalam

eksperimen.

2. Guru meminta murid menjawab

soalan penilaian di dalam buku

teks.

3. Guru akan meminta murid

menulis setiap inferens

eksperimen diajukan di atas di

bahagian perbincangan

(laporan eksperimen).

4. Guru akan menunjukajar dan

membimbing murid semasa

menjalankan eksperimen

1. Murid mencatatkan inferens,

pemerhatian, perubahan pada

daun, keputusan dan

kesimpulan eksperimen.

2. Murid menjalankan eksperimen

mengikut arahan guru.

3. Murid akan bertanya soalan

sekiranya terdapat keraguan

4. Murid mencatatkan dapatan

amali dan mencatatkan

kesimpulan.

KaedahPemusatan guru- Tunjukajar, PeneranganPemusatan murid – Penyoalan dan Aktiviti berkumpulan

ABM dan BBMPen MarkerPapan PutihBahan dan radas eksperimen

KBKK

- Kemahiran kognitif- Kerjasama - Berhati-hati- Menghubungkait- Menguji hipotesis

Page 6: RPH.INKUIRI-14.11

LANGKAH 4

PENUTUP/

REFLEKSI

(10 minit)

Kesimpulan

eksperimen

Kanji terhasil

semasa

fotosintesis.

Cahaya penting di

dalam menghasilkan

kanji di dalam

tumbuhan.

Sumber makanan

hidupan lain

Membekalkan gas

oksigen dan udara

yang lembap

kepada

persekitaran.

Menukarkan

cahaya matahari

kepada tenaga

kimia.

1. Guru menyemak keputusan

setiap kumpulan

2. Guru meminta murid

menyediakan laporan

eksperimen.

3. Guru meminta murid menjawab

soalan penilaian. Contoh

soalan:-

a) Mengapakan sebahagian

daun perlu ditutup dengan

kad manila?

b) Mengapa daun perlu

dididihkan ke dalam air?

c) Apakah sumbangan

terpenting proses fotosintesis

kepada alam sekitar?

4. Guru menerangkan mengenai

aktiviti hari ini dengan ringkas

di dalam bentuk Pengurusan

Grafik (lihat lampiran)

1. Murid mendengar soalan

dan menjawab dengan

mengangkat tangan (di

dalam kumpulan).

2. Murid mencatatkan isi-isi

penting di dalam

penerangan guru dan

membetulkan maklumat

yang tersilap dan kurang

jelas.

3. Murid akan menyediakan

laporan eksperimen.

KaedahPemusatan guru- Penerangan, PenyoalanPemusatan murid – Aktiviti berkumpulan dan Perbincangan

ABM dan BBMPengurusan GrafikPen MarkerPapan putihProjektor

KBKK

- Menghuraikan

- Membuat rumusan

- Menghubungkait