rph45

8
Tarikh : 20 Mac 2013 Masa : 9.50 – 10.50 pagi Tahun : 5 Cekal Bilangan murid : 30 Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Kesihatan Tajuk : Cegah Sebelum Paah Pengetahuan sedia ada : Mui! tahu akan pekaa yang b"leh me"sakkan !ii. Hasil pembelajaran : Fokus Utama 5.1 Membaca kuat pekataan !an ayat !engan sebutan !an int"nasi yang betul !an memahami pekaa yang !ibaca Aras 3 (i) Membaca ayat dalam teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. Fokus Sampingan 1.1 Bebual tentang sesuatu pekaa bekaitan kehi!upan sehaian !engan menggunakan kata# ungkapan# ayat# sebutan# int"nasi !an na!a yang sesuai Aras 2 (i) Bertukar-tukar pandangan berdasarkan sesuatu isi. Objektif : Pa!a akhi pela$aan ini# mui! !apat 1. Membaca teks petikan !engan sebutan !an int"nasi yang betul. 2. Bebual%bual&bes"al $a'ab bekaitan isu yang !ipapakan melalui (i!e" klip. Kemahiran bahasa : Kemahian membaca# kemahian men!enga !an betutu !"#!"$!" P%"$!&!!" H!'!" B!H!S! M%(!)U

Upload: akuabus2068

Post on 07-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh : 20 Mac 2013Masa : 9.50 10.50 pagi Tahun : 5 CekalBilangan murid : 30Mata pelajaran : Bahasa MelayuTema : Kesihatan Tajuk : Cegah Sebelum ParahPengetahuan sedia ada : Murid tahu akan perkara yang boleh merosakkan diri.

Hasil pembelajaran : Fokus Utama5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca

Aras 3 (i) Membaca ayat dalam teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai

Aras 2 (i) Bertukar-tukar pandangan berdasarkan sesuatu isi.

Objektif: Pada akhir pelajaran ini, murid dapat 1. Membaca teks petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.2. Berbual-bual/bersoal jawab berkaitan isu yang dipaparkan melalui video klip.

Kemahiran bahasa : Kemahiran membaca, kemahiran mendengar dan bertutur

Sistem bahasa : i. Sebutan dan intonasi Intonasi ayat bahasa Melayu ii. Peribahasa Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Ilmu : Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Moral

Nilai : Kasih sayang , hormat-menghormati, bantu-membantu

Kemahiran Bernilai Tambah : i. Kemahiran berfikir Menjana idea Mengenal pasti ii. Kecerdasan Pelbagai Verbal-Linguistik Interpersonal Muzik

Bahan Bantu Mengajar : Teks petikan, Slaid powerpoint, LCD, komputer riba, pembesar suara, video klip, lembaran kerja,bahan audio

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi9.50 - 9.55 pagi

(5 Minit)

i. Bahan videoCeria tanpa dadah

ii. Apakah yang dapat kamu lihat sebentar tadi? Video tentang cita-cita murid.

iii. Apakah nasihat yang diberikan oleh guru tersebut?Rajin berusaha dan jangan terjebak dengan dadah.

iv. Tajuk Pelajaran : Cegah Sebelum Parah

i. Murid melihat bahan video yang ditayangkan dihadapan kelas.

ii. Murid bersoal jawab bersama guru mengenai bahan video tersebut.

iii. Murid mendengar penerangan guru berkaitan bahan video dan tajuk pelajaran.i. KB- Menjana idea

ii. KP- Verbal-Linguistik

iii. BBM- Bahan video Ceria Tanpa Dadah- Komputer riba- Pembesar suara- LCD

Langkah 19.55 - 10.20 pagi

(25 minit)i. Petikan teks Cegah Sebelum Parah

ii. Aktiviti :- Bacaan mentalis (senyap)- Mendengar bahan audio- Mendengar bacaan guru- Membaca dalam Kumpulan- Membaca secara individu.

iii. Makna perkataan dalam teks petikan :

1. Sebatang Kara- seorang diri2. Bangkai bernyawa- tiada harapan untuk hidup3. Hari-hari terakhir- saat-saat akhir kematian.4. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.- Berfikir sebelum bertindaki.Murid mendengar penerangan guru mengenai aktiviti teks Cegah Sebelum Parahdengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii. Murid membaca teks Cegah Sebelum Parah secara senyap (mentalis).

iii. Murid mendengar bacaan teks berbentuk bahan audio yang diperdengarkan di dalam kelas.

iv. Murid mendengar penerangan guru mengenai makna perkataan yang berwarna merah.

iv. Murid mendengar guru membaca teks petikan dengan iringan muzik latar.

v. Murid membaca teks petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

vi. Murid dipilih secara rawak (individu) untuk membaca teks petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul berdasarkan iringan muzik latar.

vii. Murid yang melakukan kesalahan ketika membaca akan diperbetulkan oleh guru.

i.KB-Menjana idea

ii. KP- Verbal-Linguistik

iii.BBM - Petikan teksCegah Sebelum Parah- Bahan audio- Komputer riba- Pembesar suara- LCD

Langkah 210.20 - 10.35 pagi

(15 minit)

i. Sesi berbual/ soal jawab berdasarkan paparan:- Video klip

a) Apakah yang dilakukan oleh penunggang basikal tersebut? Menunggang secara merbahaya/tidak berhemah.

b) Mengapa dia melakukan aksi merbahaya itu? Dicabar dan dipengaruhi oleh kawan-kawan.

c) Bagaimanakah kemalangan itu boleh terjadi? Disebabkan oleh pemandu kereta yang berkhayal/tidak waras.

d) Apakah keburukan mengambil dadah? Boleh mengundang masalah kepada orang lain.

e) Apakah maksud yang hendak disampaikan melalui isyarat tangan itu tadi? Membawa maksud Tidak kepada budaya merokok.

f) Apakah kesan buruk menghisap rokok? Boleh menyebabkan penyakit strok/penyakit jantung/penyakit paru-paru dan sebagainya.

g) Nyatakan satu langkah untuk menangani gejala pengambilan dadah dalam video tersebut.Menjalani sesi pemulihan di pusat pemulihan dadah.

h) Sebagai seorang pelajar, apakah yang harus anda lakukan untuk menjauhi dadah?Menjauhi kawan-kawan yang boleh mempengaruhi kita.

i.Murid mendengar penerangan guru mengenai sesi berbual/soal jawab berdasarkan video klip.

ii.Murid melihat tayangan video-video yang dipaparkan di hadapan kelas.

iii. Di antara setiap video klip yang ditayangkan, murid akan dipilih secara rawak untuk berbual/bersoal jawab berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh guru.

i.KB-Menjana idea-Mengenal pasti

ii.KP- Verbal-Linguistik

iii. BBM - Video klip- Slaid powerpoint- Komputer riba- LCD- Pembesar suara

Langkah 310.35 - 10.45 pagi

(10 minit)

i. Aktiviti Permainan Bahasa : Mencari perkataan tersembunyi.

a) jarumb) kotorc) rokokd) dadahe) najisf) aidsg) sihat

ii. Aktiviti pengukuhan interaktif-Soalan-soalan objektif dalam bentuk slaid powerpoint.

i. Murid mendengar penerangan guru berkaitan aktiviti mencari perkataan tersembunyi.

ii. Murid mencari perkataan tersembunyi pada lembaran kerja yang disediakan secara individu.

iii. Murid membentangkan jawapan di hadapan kelas.

iv. Murid mendengar penerangan mengenai aktiviti pengukuhan interaktif.

v. Murid dipilih secara rawak untuk menjawab soalan objektif interaktif di hadapan kelas.

i.KB-Menjana idea

ii.KP- Interpersonal

iii.BBM- Lembaran kerja -Komputer riba-LCD-Slaid powepoint- Slaid soalan pengukuhan

Penutup 10.45 10.50 pagi

(5 minit)

i.Rumusan isi pelajaran

ii. Soal jawab :Apakah yang telah kita pelajari hari ini?

ii.Nilai murni :- Kasih sayang- Hormat-menghormati- Bantu-membantu

i.Guru merumus isi pelajaran kepada murid-murid.

ii. Murid bersoal jawab bersama guru tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini.

iii. Murid mendengar penerangan guru secara sumbang saran berkaitan nilai murni.

iv. Murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu dengan iringan video.i.KB-Membuat kesimpulan

ii.KP- Verbal-linguistik

iii.BBM- Komputer riba- LCD- Pembesar suara- Slaid powerpoint- Video klip lagu Tak Nak Merokok

REFLEKSI:

ULASAN PENSYARAH / GURU PEMBIMBING