rph tahun 5 sumber tenaga

6
SHIRLEY ANAK EMPEN RPH SAINS TAHUN 5 Tahun : 5 Murni Masa : 8.15 A.M -9.15 A.M Bilangan Pelajar : 25 Orang Standard Kandungan : 5.1 : Sumber dan bentuk tenaga Standard Pembelajaran : 5.1. 3 : Menyatakan tenaga boleh berubah dari satu bentuk ke satu bentuk lain melalui pemerhatian pelbagai peristiwa yang berlau di persekitaran. 5.1. 4 : Menjelaskan melalui contoh perubahan bentuk tenaga berdasarkan contoh peralatan seperti radio, telefon bimbit, lampu suluh, televisyen, lilin, basikal. Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: 1. Menguji kebolehan bahan mengalirkan elektrik dengan menjalan ujikaji dalam jadual dengan betul. 2. Membuat kesimpulan yang baik berdasarkan pemerhatian ujikaji. 3. Menyatakan sekurang-kurangnya 3 contoh bentuk perubahan tenaga yang ada di persekitaran. Strategi/ Pendekatan p&p : Inkuiri Penemuan Pengetahuan sedia ada : Mengetahui terdapat pelbagai sumber tenaga seperti tenaga haba, tenaga

Upload: cezy-shie

Post on 12-Jan-2016

291 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

hhhhh

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Tahun 5 Sumber Tenaga

SHIRLEY ANAK EMPENRPH SAINS TAHUN 5

Tahun : 5 Murni

Masa : 8.15 A.M -9.15 A.M

Bilangan Pelajar : 25 Orang

Standard Kandungan : 5.1 : Sumber dan bentuk tenaga

Standard Pembelajaran : 5.1.3 : Menyatakan tenaga boleh berubah dari satu bentuk ke satu bentuk lain melalui

pemerhatian pelbagai peristiwa yang berlau di persekitaran.

5.1.4 : Menjelaskan melalui contoh perubahan bentuk tenaga berdasarkan contoh peralatan

seperti radio, telefon bimbit, lampu suluh, televisyen, lilin, basikal.

Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:

1. Menguji kebolehan bahan mengalirkan elektrik dengan menjalan ujikaji dalam jadual dengan

betul.

2. Membuat kesimpulan yang baik berdasarkan pemerhatian ujikaji.

3. Menyatakan sekurang-kurangnya 3 contoh bentuk perubahan tenaga yang ada di persekitaran.

Strategi/ Pendekatan p&p : Inkuiri Penemuan

Pengetahuan sedia ada : Mengetahui terdapat pelbagai sumber tenaga seperti tenaga haba, tenaga kinetik, tenaga cahaya,

tenaga elektrik, tenaga kimia, tenaga bunyi melalui pemerhatian yang berlaku di persekitaran.

Kemahiran Saintifik : Membuat eksperimen/ ujikaji

Elemen Merentasi Kurikulum : Nilai murni kreativiti dan inovasi

Bahan Bantu Mengajar : Sterika elektrik, radio

Penilaian p&p : Jadual pemerhatian ujikaji dan soalan bertulis

Page 2: Rph Tahun 5 Sumber Tenaga

SHIRLEY ANAK EMPENRPH SAINS TAHUN 5

Fasa Tujuan/ Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Orientasi

8.15-8.22

Menyediakan pemikiran

murid untuk belajar.

Memperkenalkan topik

secara menarik.

a. Guru menunjukkan sterika elektrik dan radio kepada seluruh

kelas dan bertanyakan soalan-soalan berikut:

i. Apakah nama alat ini?

ii. Apakah kegunaan alat ini?

iii. Adakah semua komponen apad alat ini boleh

mengalirkan elektrik?

b. Guru seterusnya memperkenalkan topik “Perubahan Tenaga

Elektrik”

Topik ditulis dengan jelas di papan putih.

Sterika

elektrik dan

radio yang

sebenar

ditunjukkan

kepada

seluruh kelas.

Pencetusan Idea

8.22-8.30

Mengenalpasti

pengetahuan sedia ada

murid-murid tentang

perubahan tenaga

elektrik.

c. Guru menyuruh murid-murid memerhatikan bahan-bahan yang

berlainan yang ada dalam kelas/ makmal dan memikirkan

samada bahan-bahan tersebut boleh mempunyai perubahan

tenaga elektrik.

d. Guru melukis satu jadual di papan putih yang terdiri daripada 2

turus dan beberapa lajur.

Bahan Perubahan Bentuk TenagaRadioPengering RambutLampu suluhJam loceng

e. Beberapa orang murid dipanggil untuk mengisikan nama

Guru

mengalakkan

murid untuk

memikirkan

bahan yang

boleh

mempunyai

perubahan

tenaga

elektrik.

Page 3: Rph Tahun 5 Sumber Tenaga

SHIRLEY ANAK EMPENRPH SAINS TAHUN 5

bahan disekeliling yang mempunyai perubahan tenaga elektrik

dalam turus pertama dan jenis tenaga elektrik dalam turus

kedua.

f. Guru memberitahu kelas bahawa mereka akan tahu samada

merekan telah mengisi jadual tersebut dengan betul atau tidak

kemudiannya iaitu selepas ujikaji ringkas yang dijalankan.

Penstrukturan

Semula Idea

8.30-9.00

Murid diberi peluang

untuk menjalankan ujikaji

untuk menentukan jenis

tenaga elektrik yang

terdapat pada sesuatu

bahan.

g. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan guru

menunjukkan demonstrasi dengan menggunakan sterika

elektrik dan radio sambil setiap kumpulan melakukan sendiri.

h. Guru menyuruh murid-murid memahami arahan ujikaji secara

berkumpulan dan memberi masa selama 15 minit untuk

melakukan ujikaji tersebut.

i. Dalam masa 15 minit berkenaan, guru membimbing murid-

murid menjalankan ujikaji sambil menanyakan soalan-soalan

yang relevan. Guru bergerak dari kumpulan ke kumpulan yang

berlainan.

j. Selepas 15 minit (8.45), guru mengarahkan murid-murid

berhenti menjalankan ujikaji tersebut

k. Guru menyuruh wakil kumpulan menerangkan hasil ujikaji di

depan kelas dan guru membincangkannya dan seterusnya

merumuskan hasil ujikaji.

Aplikasi Idea Situasi harian yang Situasi dikemukakan oleh guru:

Page 4: Rph Tahun 5 Sumber Tenaga

SHIRLEY ANAK EMPENRPH SAINS TAHUN 5

9.00-9.10 bermasalah dikemukakan

untuk murid

mengaplikasikan idea/

konsep yang baru

dipelajari.

Dengan menunjukkan sterika elektrik dan radio yang sebenar, guru

menerangkan bahawa ianya mempunyai tenaga yang boleh berubah

dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain.

Kalau sterika anda rosak, bolehkah anda menggunakannya?

Berikan alasan anda.

(Jawapan: hal ini kerana tidak berlaku sebarang perubahan tenaga

elektrik kepada tenaga haba, ia menyebabkan ia tidak dapat

menghilangkan kedutan pada baju)

Guru beri masa 5 minit untuk murid bincang/ memikirkan masalah

tersebut sebelum perbincangan dibuat oleh guru dengan

mengambilkira jawapan dari beberapa orang murid.

Refleksi

9.10-9.15

Menyedarkan murid

tentang idea baru yang

lebih saintifik yang

mereka telah pelajari

(berbanding dengan

pengetahuan sedia ada

mereka sebelumnya)

Guru bertanyakan soalan-soalan yang menguji kefahaman mereka

tentang bahan yang mempunyai perubahan tenaga dan jenis

perubahan tenaga elektrik pada bahan tersebut:

iv. Adakah semua bahan di sekeliling kita mengalami

perubahan tenaga elektrik?

v. Beri contoh bahan yang mempunyai perubahan tenaga

elektrik?

vi. Apakah yang akan terjadi sekiranya bahan elektrik tidak

mengalami perubahan tenaga?

Guru merujuk

kepada

jadual (dalam

fasa

pencetusan

idea dan

bincangkan)

Page 5: Rph Tahun 5 Sumber Tenaga

SHIRLEY ANAK EMPENRPH SAINS TAHUN 5

Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran utama sebagai penutup

sesi pengajaran dan pembelajaran.