kementerian sumber manusia jabatan tenaga kerja · pdf filejabatan telah mengadakan...

Download Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga Kerja  · PDF fileJabatan telah mengadakan Persidangan Pelan Strategik Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Tahun 2015 pada awal tahun ini

If you can't read please download the document

Upload: letram

Post on 06-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 1

    S A R A W AK

    BERSATUBERUSAHABERBAKTI BULETINJTK Sarawak Ed

    isi 1

    3B

    il 1/2

    015

    Janu

    ari-

    Dis

    ember

    2015

    Jabatan Tenaga Kerja SarawakKementerian Sumber Manusia

    ISSN 2231-8569

    KandunganIsi

    Dari Meja Ketua Editor

    Perutusan Pengarah Tenaga Kerja Sarawak

    Aktiviti / Program Rasmi Jabatan

    Aktiviti Kelab

    Sudut Pendidikan Perburuhan

    Info ICT

    Berita Warga

    * Salam Perkenalan

    * Cahaya Mata

    * Kenaikan Pangkat

    * Pertukaran

    Direktori

    Mutiara Kata

    What you plant now, You will harvest later

    ~ Og Mandino~

  • BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA2

    Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia,

    Saya rasa amat bersyurkur kerana dapat bertemu kembali dengan para pembaca budiman menerusi Buletin JTK Sarawak Edisi 13, Bil.1/2015 ini. Jutaan terima kasih kepada semua warga kerja Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) yang telah sama-sama memberi sokongan sehingga terbitnya isu pertama buletin bagi tahun 2015 ini.

    Jabatan telah mengadakan Persidangan Pelan Strategik Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Tahun 2015 pada awal tahun ini iaitu dari 29 Januari hingga 1 Februari 2015 untuk merancang strategi bagi mencapai Key Performance Indicators (KPI) yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan dan secara amnya daripada pihak Kementerian Sumber Manusia. Disarankan warga kerja JTK Sarawak dapat mencipta semangat baru bagi memantapkan lagi prestasi dan pencapaian serta mencapai sasaran yang telah ditetapkan untuk Jabatan ini.

    Pada masa yang sama, sebagai salah seorang pegawai kanan dalam Jabatan ini, saya juga ingin menasihatkan semua pegawai dan kakitangan agar lebih bertanggungjawab semasa menjalankan tugasan yang diarahkan dan menjaga displin diri agar dapat memberikan imej yang positif kepada orang awam yang datang mendapatkan perkhidmatan daripada kita. Oleh itu, sekali lagi, kita perlu mengamalkan sikap berintegriti dan menyahut seruan YBhg. Dato Sri Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk lebih berdedikasi terutama sekali kembali kepada tujuan asal penubuhan Jabatan ini iaitu untuk menguatkuasakan undang-undang perburuhan.

    Sidang Editor Buletin JTK Sarawak sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga kerja JTK Sarawak yang telah sama-sama menyokong sehingga terbitnya buletin isu kali ini.

    Terima kasih dan selamat membaca.

    OLIVER KADA AHONKetua Editor

    Datu August BumaPengarah Tenaga Kerja Sarawak

    Encik Oliver Kada anak AhonKetua Bahagian Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin

    Puan Aminah binti MusthaphaEncik Barnabas Ahjam

    Encik Wahid bin OlenEncik Jeffry Douglas anak William Nagun

    Cik Tan Hui Mien

    Encik Hayden LaieEncik Kipli Hj. Dollah

    Puan Kavitha RajandranPuan Salina binti Ali

    PENASIHAT

    KETUA EDITOR

    EDITOR

    JURUGAMBAR

    EDARAN

    SIDANG EDITOR

    Mutiara Kata

    In order to carry a positive action,we must develop a position vision

    ~Dalai Lama~

    BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 1

    S A R A W A K

    BERSATUBERUSAHABERBAKTI BULETINJTK Sarawak Edisi 13

    Bil

    1/2

    015

    Janu

    ari-

    Dis

    ember

    2015

    Jabatan Tenaga Kerja Sarawak

    Kementerian Sumber Manusia

    ISSN 2231-8569

    KandunganIsi

    Dari Meja Ketua Editor

    Perutusan Pengarah Tenaga Kerja SarawakAktiviti / Program Rasmi JabatanAktiviti Kelab

    Sudut Pendidikan PerburuhanInfo ICT

    Berita Warga

    * Salam Perkenalan

    * Cahaya Mata

    * Kenaikan Pangkat

    * Pertukaran

    Direktori

    Mutiara Kata

    What you plant now, You will harvest later~ Og Mandino~

    Dari MejaKetua Editor

  • Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia,

    Selamat bertemu kembali menerusi Buletin JTK Sarawak Bil.1/2015, Edisi 13 ini.

    Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara Sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 pernah menyatakan cabaran untuk anggota Perkhidmatan Awam adalah amat berbeza dari zaman dahulu. Pada masa kini, rakyat selaku stakeholders semakin hari semakin menuntut perkhidmatan yang lebih cepat, cekap, telus dan efektif. Kita sebagai penjawat awam perlu melaksanakan tugas dan amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab dan berkesan untuk menepati permintaan pelanggan pada zaman sekarang.

    Terdapat enam (6) prinsip yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) serta Produktif, Kreatif dan Inovatif (PCI), ianya harus dijadikan pegangan kita semua. Pengamalan nilai-nilai tersebut secara holistik adalah penting bagi memastikan Perkhidmatan Awam kekal relevan dan kompeten sepanjang masa. Dengan cara ini, Perkhidmatan Awam akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat bagi memenuhi

    keperluan dan aspirasi mereka. Justeru, saya ingin mengajak anggota Perkhidmatan Awam semua untuk terus melengkapkan diri dengan kemahiran terkini (emerging skills). Ini akan memastikan kita dapat memberi perkhidmatan yang relevan dan berkualiti kepada rakyat.

    Berdasarkan kepada Tema Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2015, Pekerja Sihat, Produktiviti Meningkat, ianya menunjukkan bahawa pekerja yang sihat dan sentiasa mengutamakan penjagaan kesihatan yang baik secara langsung akan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja yang tinggi. Sebagai Pengarah Jabatan ini saya menyarankan bahawa pegawai dan kakitangan jabatan ini boleh mengamalkan gaya hidup yang sihat dan membawa manfaat kepada masyarakat di sekelilingnya.

    Tahun 2015 bermula dengan bencana banjir yang berlaku di Daerah Serian akibat daripada hujan yang turun berterusan bermula dari 18 Januari 2015. Daerah Serian kali terakhir mengalami banjir besar pada tahun 2009. Y.B Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Ketua Setiausaha telah turun ke padang untuk meninjau kerosakan yang diakibatkan oleh banjir tersebut dan bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk membantu mangsa-bangsa banjir.

    Jabatan telah mengadakan Persidangan Plan Strategik Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKSWK) Tahun 2015 pada awal tahun iaitu dari 29 Januari hingga 1 Februari 2015 untuk merancang strategi untuk mencapai Key Performance Indicators (KPI) yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan dan secara amnya dari pihak kementerian. Disarankan warga JTK Sarawak dapat mencipta semangat baru bagi memantapkan prestasi dan pencapaian serta mencapai sasaran yang telah ditetapkan untuk jabatan ini.

    Akhir sekali, saya mengharapkan semua pegawai dan kakitangan JTK Sarawak meneruskan dan mempertingkatkan semangat kerjasama sebagai satu pasukan demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun 2015 dan seterusnya.

    Kepada semua pembaca yang dihormati, semoga penerbitan buletin ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

    Selamat membaca.

    DATU AUGUST BUMAPengarah Tenaga Kerja, Sarawak.

    Mutiara Kata

    You are the sum of everything youve seen, heard and felt. Everything influenced everything else, and because of that you need make sure that your experiences are sensible.

    ~Maya Angelo~

    Pengarah Tenaga KerjaPerutusan

    BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 3

  • BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA4

    TINJAUANYB MENTERI KE KAWASAN BANJIR (SERIAN)YB DATO SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM, MENTERI SUMBER MANUSIA KE KAWASAN DILANDA BANJIR DI DAERAH SERIAN, SARAWAK20 JANUARI 2015

    Yang Berhormat Dato Sri Richard Riot anak Jaem, Menteri Sumber Manusia telah mengadakan satu lawatan bagi memantau keadaan dan mangsa banjir di daerah Serian pada 20 Januari 2015. Terlebih dahulu, Y.B Menteri telah diberi taklimat daripada pelbagai agensi terlibat di Pejabat Daerah Serian tentang laporan terkini banjir di daerah Serian. Semasa lawatan tersebut juga, Dato Sri Richard Riot anak Jaem telah mengumumkan pemberian sebanyak RM30,000 yang diberikan melalui PERKESO untuk digunakan membantu bot agensi dan bot persendirian penduduk di sini untuk membeli petrol dan membantu mangsa yang terjejas. Beliau juga turut memaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia telah mengambil Serian sebagai anak angkat bagi membantu mengurangkan beban mangsa banjir di sini selepas Maran, Pahang. Y.B Dato Sri Richard Riot anak Jaem kemudiannya membuat lawatan ke sekitar kawasan Tebekang.

    GALERI

    GAMBAR & INFORMASI

    Antara rumah yang di tenggelami air di Kampung Tebekang Dayak

    Y.B Dato Sri Richard Riot anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Pusat Pemindahan SMK Tebekang

    Ketibaan Y.B Dato Sri Richard Riot anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Pejabat Daerah Serian

    Ketibaan Y.B Dato Sri Richard Riot anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Pejabat Daerah Serian

    Y.B Dato Sri Richard Riot anak Jaem, Menteri Sumber Manusia diberi taklimat oleh Pegawai Daerah Serian, Encik Sinde Muling serta agensi lain yang terlibat

    Majlis penyerahan peruntukkan sebanyak RM 30,000.00 oleh Datuk Selvarajah a/l Kathiravelu, Ketua Eksekutif PERKESO kepada Pejabat Daerah Serian pada 22 Januari 2015

    Mutiara Kata

    We are in danger destroying ourselves by our greed and stupidity.

    We cannot remain looking inwards into ourselves...

    ~Stephen Hawking~

    BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA4

  • BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 5

    GALERI

    GAMBAR & INFORMASI

    Lawatan Tinjauan Keadaan Banjir di Daerah Serian oleh Yang Berbahagia Dato Romli bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia pada 23 Januari 2015

    Yang Berbahagia Dato Romli bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia telah membuat lawatan ke daerah Serian bagi meninjau keadaan banjir yang berlaku di daerah ini pada 23 Januari 2015. Y.Bhg