sumber tenaga di malaysia

Upload: kelang-kelus-akmal

Post on 29-Feb-2016

65 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SUmber Tenaga di Malaysia dan Sumber Tenaga Alternatif yang digunakan

TRANSCRIPT

Sumber tenaga di Malaysia

Sumber tenaga di MalaysiaSumber Tenaga utamaMalaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian sumber asli, yang menjadi asas penting dalam penghasilan tenaga. Malaysia kaya dengan sumber tenaga konvensional (tidak boleh diperbaharui) dan bukan konvensional. Sumber tenaga konvensional terbesar yang boleh didapati di negara ini adalah bahan api fosil. Usaha berterusan sedang giat dijalankan bagi mempelbagaikan sumber tenaga, terutamanya meneroka potensi penghasilan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui.Sumber dari Portal Pusat Maklumat Rakyat (Portal PMR)Menurut Tenaga Nasional BerhadLebih 90% tenaga elektrik yang dihasilkan di Malaysia dijana daripada sumber arang batu dan gas. Tenaga elektrik yang dijana oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan penjana tenaga bebas (IPP) meliputi keseluruhan kapasiti sebanyak 21,059.5 MW yang membekalkan tenaga elektrik kepada industri, pusat-pusat komersil, pejabat-pejabat dan kawasan perumahan yang meliputi kira-kira 8 juta pelanggan di negara iniDalam memenuhi keperluan lebih 8.5 juta pelanggan di semenanjung Malaysia, 113,946 GWJ tenaga elektrik dijana pada tahun 2014. Seiring peningkatan pertumbuhan ekonomi negara, kami menjangka permintaan bekalan elektrik meningkat sejajar dengan industri yang kian berkembang dan keperluan perniagaan di seluruh negara.

OMG!!!Menurut SuruhanJaya tenaga malaysia

Berita Harian Online (24/11/2011)Penasihat Kanan Tenaga Jabatan Perancangan Strategik Korporat Exxon Mobil Corporation, David S Reed mengatakan:Kebergantungan Malaysia terhadap gas asli dan arang batu bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik memadai memandangkan populasi penduduknya kecil.Malaysia juga sudah mempunyai tiga terminal gas asli cecair dan ia sumber tenaga yang mencukupi untuk tempoh panjang, katanya kepada para sidang meja bulat Exxonmobil di Kuala Lumpur.Permintaan tenagaDalam tempoh rmke-10, permintaan akhir tenaga meningkat daripada 41,476 kilo tan minyak setara (ktoe) pada tahun 2010 kepada 53,222 ktoe pada tahun 2013. Permintaan ini dianggarkan meningkat kepada 57,123 ktoe pada tahun 2015Permintaan untuk sumber tenaga dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan purata 6.6% dalam tempoh rmke-10. Permintaan akhir tenaga per kapita meningkat daripada 1.5 tan minyak setara (toe)/orang pada tahun 2010 kepada 1.8 toe/orang pada tahun 2013 dan dijangka meningkat kepada 1.9 toe/orang pada tahun 2015.

Penggunaan tenagaSektor pengangkutan menggunakan 42.3% daripada jumlah permintaan akhir tenaga pada tahun 2013. Penggunaan tenaga yang tinggi ini didorong oleh peningkatan pemilikan kenderaan persendirian yang merupakan mod pengangkutan pilihan. Sektor kedua terbesar ialah perindustrian dengan penggunaan sebanyak 25.1% diikuti oleh sektor bukan tenaga sebanyak 17.1%, seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut.

Penggunaan elektrik mengikut sektor

Pengurusan permintaan tenagaPada tahun 2011, program SAVE telah dilaksanakan untuk menggalakkan penggunaan peralatan cekap tenaga. Sejumlah RM44.3 juta telah diperuntukkan bagi program ini dengan menawarkan rebat bagi pembelian peti sejuk dan pendingin hawa baharu yang cekap tenaga untuk kegunaan domestik serta alat penyejuk untuk kegunaan industri. Jumlah penjimatan tenaga daripada penggunaan peralatan ini dalam tempoh 2011- 2013 adalah sebanyak 306.9 gwh

TENAGA ALTERNATIF DI MALAYSIATENAGA SURIATenaga alternatif yang boleh diperbaharui.Sumber tenaga daripada matahari.Mendapat sebanyak 10 jam tenaga suria setiap hari.Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan terletak di kawasan khatulistiwa yang mampu menjana tenaga suria sebagai sumber tenaga alternatif. Penggunaan tenaga solar di negara-negara maju semakin meningkat, ini terbukti dengan pembukaan kilang mereka di Malaysia yang menghasilkan plat solar untuk kegunaan di negara-negara maju. Negara kita seharusnya mengambil langkah yang sama untuk memajukan bidang ini.

Menara Mesiniaga, IBM headquarters in Subang Jaya near Kuala LumpurMedia Relations DepartmentGroup Corporate Affairs DivisionPETRONAS

10 October 2012

PETRONAS has also embarked on similar initiatives to incorporate the solar PV technology into other areas of their operations such as incorporating a solar PV system into PETRONAS Dagangan Berhads operational facility rooftop with a capacity approximately 200 kilowatt peak that is expected to be completed soon. In addition to that, PETRONAS is also developing a utility scale Solar Independent Power Plant of 10.02 megawatt peak at Gebeng, Kuantan.Congrats PETRONAS & MITSUBISHI for a job well done.Go GREEEEEEEN!

Sumber Utusan

TENAGA BIOMASSPada tahun 1992, Profesor Dr Baharuddin Yatim dari Universiti Kebangsaan Malaysia, telah menganggarkan bahawa hampir 12 peratus dari jumlah tenaga yang digunakan adalah berpunca daripada sumber tenaga yang boleh diperbaharui terutamanya biojisim. Sebahagian besar penggunaan biojisim adalah dalam industri kelapa sawit. Contohnya, loji biojisim yang dibangunkan oleh Felda Holding Berhad pada tahun 2006, berupaya menjana tenaga elektrik sebanyak 7.2 MegaWatt daripada sumber tandan kosong kelapa sawit.

TENAGA ANGINSumber tenaga angin digunakan bagi menggerakkan turbin yang disambung dengan generator sehingga boleh menghasilkan tenaga elektrik. Pemilihan tapak janakuasa elektrik pula amat bergantung kepada taburan tiupan angin dan ketinggian menara kincir angin. Kajian terperinci mengenai kesesuaian tapak dan taburan halaju angin boleh membantu dalam proses pembangunan teknologi ini.Sebuah kincir angin bertujuan menjanakan kuasa elektrik. Ia dapat menjana kuasa elektrik apabila kelajuan angin 30 batu nautika sejam

Stesen Jana Kuasa Hibrid Pertama di Asia

TENAGA HIDROELEKTRIKBersih dan tidak mencemarkan udara. Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh mencemarkan sungai. Stesen tenaga hidro (hydro-electric power stations) menggunakan kekuatan pergerakan air untuk menghasilkan elektrik. Empangan Kenyir dan Empangan Bakun merupakan contoh penggunaan air sebagai sumber penjanaan tenaga. Empangan BakunMempunyai ketinggian 205 meter, adalah kedua terbesar di Asia selepas empangan Shibiyanu China (223 meter).Ia akan mengumpul air dari kawasan tadahan seluas 14,750km persegi atau seluas Kelantan yang mengambil keluasan 11 peratus Sarawak.Enam kali ganda lebih besar daripada Empangan Kenyir menjejaskan lebih 800 spesies tumbuhan, termasuk 67 spesies yang dilindungi, 104 spesies ikan, 229 mamalia dan 43 spesies burung dilindungi, memusnahkan 50 juta meter padu pelbagai jenis kayu balak dan menjejaskan lebih 10,000 penduduk di sekitarnya.

Dengan takungan seluas 69,400 hektar dan sempadan kira-kira 2,000 kilometer, Empangan Hidro Elektrik Bakun mampu menjana 2,400 megawatt (MW) tenaga elektrik sehari.Sekian