rph tahun 5 (1)

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN REKA BENTUK TEKNOLOGI TAHUN 4 VIVEGHAM TAJUK 6.0 SAINS RUMAHTANGGA MASA 60 minit (2 waktu) STANDARD KANDUNGAN 6.1 Menghasilkan Artikel Jahitan STANDARD PEMBELAJARAN 6.1.1 Menyatakan artikel jahitan dan kegunaannya seperti beg pensel, sarung kusyen, kusyen mini dan penggantung surat. 6.1.2 Mengenal pasti alatan jahitan iaitu gunting kertas, gunting fabrik, pembaris lurus, pita ukur, roda surih, kertas karbon tukang jahit, kapur tukang jahit, peretas jahitan, jarum peniti, dan jarum jahit tangan. 6.1.3 Menyatakan jenis bahan jahitan iaitu fabrik dan benang. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1) Menyatakan artikel jahitan dan kegunaannya. 2) Mengenal pasti alatan jahitan. RINGKASAN Murid dapat menyatakan contoh artikel jahitan serta dapat mengenal pasti alatan jahitan. KEMAHIRAN 1) Menamakan alatan jahitan. ELEMEN MERENTAS 1) Keusahawanan: (EK3) – berjaya menjalankan

Upload: jamuna-batumalai

Post on 27-Sep-2015

482 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANREKA BENTUK TEKNOLOGITAHUN 4 VIVEGHAM

TAJUK6.0 SAINS RUMAHTANGGA

MASA60 minit (2 waktu)

STANDARD KANDUNGAN6.1 Menghasilkan Artikel Jahitan

STANDARD PEMBELAJARAN6.1.1 Menyatakan artikel jahitan dan kegunaannya seperti beg pensel, sarung kusyen, kusyen mini dan penggantung surat.6.1.2 Mengenal pasti alatan jahitan iaitu gunting kertas, gunting fabrik, pembaris lurus, pita ukur, roda surih, kertas karbon tukang jahit, kapur tukang jahit, peretas jahitan, jarum peniti, dan jarum jahit tangan.6.1.3 Menyatakan jenis bahan jahitan iaitu fabrik dan benang.

OBJEKTIF PEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1) Menyatakan artikel jahitan dan kegunaannya.2) Mengenal pasti alatan jahitan.

RINGKASANMurid dapat menyatakan contoh artikel jahitan serta dapatmengenal pasti alatan jahitan.

KEMAHIRAN1) Menamakan alatan jahitan.

ELEMEN MERENTASKURIKULUM1) Keusahawanan: (EK3) berjaya menjalankan tugasan mengikut perancangan2) Kreativiti & Inovatif boleh menjana idea3) Nilai murni - Jimat cermat, keselamatan4) Pendidikan Alam Sekitar

BAHAN BANTU MENGAJAR1) Artikel jahitan2) Kit alatan jahitan3) LCD projector4) Carta5) Lembaran kerja

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSET INDUKSI 5 MINIT1) Guru menunjukkan beberapa contoh artikel jahitan.2) Guru bersoal jawab dengan murid:a) Apakah nama artikel jahitan ini? Jawapan : Alas dulang, permainan lembut, sarung kotak tisu.b) Dimanakah kamu biasa melihat artikel jahitan ini? Jawapan : Di rumah, pasar raya, pasar malam.c) Bolehkah kamu menghasilkan artikel seperti ini? Jawapan : Pelbagai respon dari murid.3) Guru mengaitkan jawapan murid dengan pembelajaran pada hari ini.

LANGKAH 1 5 MINIT1) Guru menayangkan sebuah video yang memperkenalkan alatan jahitan.

ALATAN JAHITAN:gunting kertas, gunting fabrik, pembaris lurus, pita ukur, roda surih, kertas karbon tukang jahit, peretas jahitan, jarum peniti, kapur tukang jahit, dan jarum jahit tangan.

AKTIVITI 10 MINIT1) Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan lalu mengadakan kuiz dengan menggunakan persembahan Powerpoint.2) Setiap kumpulan diberi ais krim stik yang ditanda dengan huruf A, B,C, D.3) Murid akan menjawab soalan dengan menunjukkan ais krim stik secara berkolabrasi.

LANGKAH 2 15 MINIT1) Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.

2) Guru meminta murid bergerak secara satu stesen ke stesen setelah meniup wisel.

3) Setiap stesen, mengandungi no berserta dengan gambar, nama gambar dan bahan maujud.4) Murid perlu menyenaraikan nama gambar yang dilihat mengikut nombor dalam kertas yang disediakan.

5) Setelah itu, guru menyediakan ruang bagi murid untuk menyusun atur nama alatan mengikut gambar.

6) Guru meminta murid untuk berkumpul lalu menerangkan fungsi bagi setiap alatan mengikut gambar dan membuat penilaian terhadap susun atur nama alatan.

AKTIVITI 20 MINIT

MENCARI HARTA KARUN

1) Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.

2) Dalam aktiviti ini, murid diberi arahan untuk bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain dan perlu mencari kata kunci seterusnya sehingga mendapat kata kunci TAMAT.

3) Setiap kata kunci memiliki fungsi bagi nama alatan. 5) Oleh itu, mereka perlu berkumpul setiap fungsinya lalu perlu memadankan fungsi dengan susun atur nama alatan.

4) Penilaian akan dibuat oleh guru.

PENILAIAN 5 MINIT1) Guru memberikan lembaran kerja untuk menilai kefahaman murid.

PENUTUP 5 MINIT1) Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMurid menjawab soalan yang disediakan dalam lembaran kerja-penilaian

PENGETAHUAN SEDIA ADA1) Murid pernah melihat dan memiliki contoh-contoh artikel yang dinyatakan.2) Murid juga pernah melihat dan memiliki alatan jahitan seperti gunting fabrik, jarum jahit, jarum peniti, pita pengukur, fabrik dan benang,.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :