rph tahun 1 kssr rancangan mengajar tahun 1 pendidikan moral.doc

6
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 Kelas : 1 Jujur( 31murid) Masa : 8.45pg – 9.45pagi Nilai Utama :Kerjasama Nilai sampingan : Bertanggungjawab, kerajinan dan bertoleransi Tajuk : Semangat Bergotong-royong Standard Kandungan : 12. Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama. Standard Pembelajaran : 12.1.1, 12.1.3 dan 12.1.4 Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat; Penaakulan :Menyenaraikan tiga jenis akiviti dilakukan bersama-sama jiran . Perasaan : Menceritakan perasaan apabila melakukan aktiviti brsama-sama jiran. Perlakuan : Mendemontrasikan cara melakukan aktiviti dengan cara kaedah lakonan. EMK : Kreativiti: menjana idea menggunakan `peta bulatan’ BBM 1 Gambar situasi bergotong royong 2. Buku Teks muka surat 83/86 3 Buku Aktiviti muka surat 62 3. Kad Perkataan situasi

Upload: zorimas-mohd-kudin

Post on 14-Dec-2015

107 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH TAHUN 1 KSSR  Rancangan Mengajar Tahun 1 Pendidikan Moral.doc

RANCANGAN PELAJARAN HARIANPENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

Kelas : 1 Jujur( 31murid)

Masa : 8.45pg – 9.45pagi

Nilai Utama :Kerjasama

Nilai sampingan : Bertanggungjawab, kerajinan dan bertoleransi

Tajuk : Semangat Bergotong-royong

Standard Kandungan : 12. Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

Standard Pembelajaran : 12.1.1, 12.1.3 dan 12.1.4

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat;

Penaakulan :Menyenaraikan tiga jenis akiviti dilakukan bersama-sama jiran .

Perasaan : Menceritakan perasaan apabila melakukan aktiviti brsama-sama

jiran.

Perlakuan : Mendemontrasikan cara melakukan aktiviti dengan cara kaedah

lakonan.

EMK : Kreativiti: menjana idea menggunakan `peta bulatan’

BBM 1 Gambar situasi bergotong royong2. Buku Teks muka surat 83/863 Buku Aktiviti muka surat 623. Kad Perkataan situasi4. Lembaran kerja Peta minda/buih5. Kepingan cantuman cogankata6. Soalan Temubual                

Page 2: RPH TAHUN 1 KSSR  Rancangan Mengajar Tahun 1 Pendidikan Moral.doc

Penilaian P&P : Analisis nilai: Penjelasan Nilai:Tindakan Sosial:Peta Buih:Soalan temubual (lisan) perasaan semasa menjalankan aktiviti:Pemerhatian terhadap aktiviti lakonan.

Refleksi: Kesemua 31 orang murid telah mencapai standard yang ditetapkan.          

Page 3: RPH TAHUN 1 KSSR  Rancangan Mengajar Tahun 1 Pendidikan Moral.doc

LANGKAH PdP:

LANGKAH/MASA

AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN CATATAN

Set Induksi(5 minit)

Murid diberikan gambar situasi bergotong-royong, yang ditunjukkan oleh guru.

Murid mengenalpasti nilai yang terkandung dalam gambar tersebut .

Guru menyoal dan mengaitkan isi pelajaran/ nilai yang akan dipelajari.

Contoh soalan:1. Apakah yang kamu dapat lihat dalam gambar ini?2. Apakah sifat-sifat yang ada dalam gambar aktiviti

bergotong-royong itu tadi ?3. Adakah kamu mengamalkan nilai tersebut dalam aktiviti

harian anda ?

BBM: Gambar situasi bergotong- royong

Langkah 1( 15 minit )

Guru menerangkan nilai kerjasama dan mengaitkan dengan jiran.

Murid memerhatikan gambar yang terdapat yang diberi dan menceritakan apa yang diperhatikan.

Murid berkongsi pengalaman mereka yang berkaitan dengan nilai kerjasama.

BBM: -Gambar Situasi gotong royong(buku aktiviti mukasurat 62)-Peta buih

Langkah 2(10 minit)

Guru mengagihkan murid kepada 4 kumpulan. Guru memberikan kad arahan kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu melakonkan aktiviti yang

diarahkan berdasarkan kad arahan. Murid melakonkan situasi berkenaan dan menunjukkan

cara-cara menyuarakan pandangan yang membina terhadap jiran berdasarkan situasi diberikan.

Contoh Situasi: 1. Bergotong-royong sekolah2. Gotong royong kawasan kejiranan3. Membantu ibubapa di rumah4. Menyiapkan projek sekolah5. Kerjasama dalam sukan

BBM: - Kad perkataanArahan Lakonan

Nilai Murni:- bekerjasama- keberanian

Langkah 3(15 minit)

Guru memberi penerangan dan arahan berkaitan aktiviti mengikut kumpulan.

Guru memberikan satu kepingan cantuman “Kerjasama Membawa Berkat” kepada murid.

Murid membuat cantuman kepingan Murid menyatakan mengenai aktiviti yang boleh

dilakukan dalam bergotong-royong dan mengaitkan dengan perasaan yang dirasa.

Contoh Aktiviti:

BBM: - Kertas warna dengan kepingan cantuman cogankata- Gam- Kertas Putih- GuntingNilai:Bertanggungjawab

Page 4: RPH TAHUN 1 KSSR  Rancangan Mengajar Tahun 1 Pendidikan Moral.doc

Murid mengaplikasikan dengan menggunting dan mencantumkan kepingan kertas membentuk cogankata dengan menyenaraikan cara-cara menyuarakan pandangan berdasarkan cogankata.

Soalan: Bagaimanakah kamu dan rakan kamu dapat melengkapkan cogankata? Terangkan maksud cogankata yang telah kamu cantumkan?

Guru membuat pentaksiran/penilaian

EMK:- Kreatif

Langkah 4(10 minit)

Guru memberikan lembaran kerja kepada murid. Murid menjawab lembaran yang diedarkan. Guru menilai hasil kerja murid.

BBM:- Lembaran kerja(Peta minda semut)Buku teks mukasurat 86

Penutup/ Rumusan:(5 minit)

Guru memberi arahan kepada murid. Guru memberi satu peristiwa yang berkaitan dengan jiran. Sekiranya peristiwa tersebut menunjukkan sikap

keberanian, maka murid akan bersorak “horrey” dan sekiranya tidak, murid akan buat aksi menangis.

Contoh :

1. Anda menegur jiran yang membakar sampah dihalaman rumah. (horrey / menangis)

2. Adik anda bergaduh dengan anak jiran. Anda tidak mempedulikan mereka. (horrey / menangis)

3. Anda meminta jiran anda untuk memperlahankan bunyi radio pada waktu malam. (horrey / menangis)

Page 5: RPH TAHUN 1 KSSR  Rancangan Mengajar Tahun 1 Pendidikan Moral.doc