rph seni tahun 5

Upload: hayatun-syamila-mohd-mansor

Post on 31-Oct-2015

171 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

CAPAN

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 2013

Mata pelajaran : Pendidikan Seni VisualKelas : 5 CempakaTarikh : 17 April 2013Bilangan Murid : . /. orang muridBidang : Mencorak dan membuat rekaanTajuk : Pembalut hadiah (capan geometri)Masa : 9.10 pagi 10.10 pagi (60 minit)Objektif pengajaran dan pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid dapat ;1) Menghasilkan gubahan corak dalam bentuk geometri.2) Mengaplikasikan gubahan corak geometri dalam pelbagai bentuk grid.3) Mempelbagaikan idea pemilihan warna dan susunan yang menarik.4) Menyebut semula jenis-jenis dan susunan grid yang telah dipelajari,

Alat dan bahan : Kertas lukisan, cop berbentuk geometri, pensel, pembaris, cat air, palet, berus, bekas air.Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Kertas pembalut hadiah, contoh capan geometri, contoh grid.Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat pembalut hadiah bercorak geometri di dalam grid. : Murid tidak pernah menghasilkan capan bergrid.Penerapan Nilai : Berani, kerjasama, kebersihan dan kerajinan.

Strategi Pengajaran : 1. Belajar cara belajar - murid belajar dengan menggunakan deria yang berbeza iaitu visual, auditori dan kinestetik.

2. Konstruktivisme - murid membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengalaman sedia ada berkenaan susunan corak geometri di dalam kertas pembalut hadiah.

KBKK : Menjana dan menghasilkan idea penyusunan motif geometri dan grid yang sesuai serta penggunaan warna yang menarik untuk menghasilkan kertas pembalut hadiah.

LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

LANGKAH/MASA

ISI KANDUNGANPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU & MURIDSTRATEGI P&P / ABM/ NILAI

Set Induksi(5 minit)Aktiviti penjanaan idea. Guru menunjukkan kotak berbalut kertas bercorak geometri dan meminta murid membuat perkaitan.

Guru menyediakan kotak hadiah di hadapan kelas dan menyoal murid berkenaan pembalut pada kotak hadiah tersebut. Murid menjawab soalan guru mengikut pemahaman mereka.Bahan Bantu Mengajar : Kotak hadiah berbalut kertas bercorak geometri.

Penerapan nilai : Kerjasama, berani.

Langkah 1(10 minit)Pengenalan kepada Capan Jenis-jenis susunan grid Menegak

Melintang

Condong

Contoh hasil capan geometri. Guru menerangkan asas capan. Guru menunjukkan contoh gambar yang menggunakan teknik capan. Murid mendengar penerangan guru dan melihat contoh hasil karya yang ditunjukkan oleh guru.Penerapan nilai : Kerjasama.

BBM : Kertas pembalut hadiah yang mempunyai corak bergrid.

Langkah 2(10 minit)Edaran alat dan bahan serta tunjuk langkah-langkah bagi menghasilkan capan geometri di dalam grid.

Langkah-langkah:1. Lipat kerta lukisan kepada beberapa bahagian sehingga membentuk grid.2. Sapukan warna air pada permukaan cop berbentuk geometri menggunakan berus.3. Lekapkan cop pada kertas lukisan mengikut corak yang dikehendaki.

Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Guru mengedarkan alat dan bahan kepada setiap kumpulan. Guru menunjukkan langkah untuk menghasilkan corak berbentuk geometri di hadapan kelas. Murid mendengar arahan serta melihat langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru.

Alat dan bahan : Kertas lukisan, cop geometri, warna air, palet, berus, bekas air dan surat khabar.

Penerapan nilai :Kerjasama.

Strategi pengajaran:Belajar cara belajar.

Langkah 3(30 minit)Proses penghasilan corak geometri. Murid melipat kertas. Murid menyapu warna yang sesuai pada cop geometri. Murid mengecap di atas kertas lukisan.

Guru memantau sambil membantu murid yang memerlukan bantuan semasa menyiapkan karya tersebut.

Murid mendengar arahan guru dan melakukan aktiviti untuk menghasilkan lukisan teknik capan.

Alat dan bahan : Kertas lukisan, cop geometri, warna air, palet, berus, bekas air dan surat khabar.

Strategi pembelajaran : Konstruktivisme.

KBKK :Menjana dan menghasilkan idea untuk menyusun motif geometri serta pemilihan warna yang menarik dan sesuai. Penerapan nilai : Kerajinan, kerjasama.

Penutup (5 minit)Sesi apresiasi dan penilaian.

Pengetahuan murid berkenaan jenis-jenis dan susunan grid. Gubahan corak capan geometri serta penggunaan warna yang bersesuaian.

Guru meminta beberapa orang murid ke hadapan untuk membuat ulasan karya. Penilaian dibuat berdasarkan tiga tahap iaitu : Baik Sederhana Lemah Murid membuat ulasan di hadapan kelas. Murid diminta untuk mengemaskan meja dan alatan serta bahan yang telah digunakan.Penerapan nilai :Kerjasama, kebersihan.

Hasil karya murid..